You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL

16800 PASIR PUTEH, KELANTAN D.N.

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 2/2009

Tarikh : 28 April 2009


Masa : 02.05 Petang
Tempat : Bilik Kurikulum
Kehadiran : Seperti dalam Lampiran

Agenda :
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih
kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

1.2 Pengerusi juga menjelaskan beberapa ahli panitia seperti PK1, PKHem, PKko tidak
dapat hadir pada mesyuarat kali ini kerana mempunyai urusan yang lebih penting
lagi. Cikgu Zaidi juga tidak dapat hadir kerana masih lagi dalam cuti sakit.
1.3 Sepatutnya mesyuarat panitia sejarah harus diadakan pada minggu lepas seperti
mana dalam surat siaran yang diedarkan oleh unit kurikulum sekolah. Namun
mesyuarat ini tidak dapat diadakan memandangkan banyak program utama sekolah
diadakan pada minggu tersebut.

2.0 Ucapan Guru Kanan

2.1 Guru Kanan Sains Sosial mengucapkan syabas kepada ahli panitia kerana dapat
hadir dalam mesyuarat kali kedua ini. Bagi beliau mesyuarat pada kali ini penting
sebagai medan untuk berbincang mengenai kelemahan dan kekuatan P&P dalam
kelas.

2.2 Proses pencerapan guru yang dijalankan berjalan dengan lancar. Beberapa orang
guru telah dicerap dan beliau amat berpuas hati dengan P& P yang dijalankan oleh
guru – guru tersebut. Beliau berharap semasa melakukan aktiviti P&P BBM
haruslah disediakan. Dalam P&P juga penggunaan ICT amat dititikberatkan.

2.3 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada panitia sejarah kerana telah
berjaya menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam dua peperiksaan awam
2008 iaitu PMR, dan SPM.

1
2.4 Selaku Guru Kanan Sains Sosial beliau meminta agar Fail Pengurusan Panitia
sejarah dapat dikemaskinikan kerana pihak pemantau akan memantau dalam masa
terdekat ini.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 En. Zulkifle Bin Mohamed telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong
oleh Pn. Nasirah Bt. Ishak

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Merujuk perkara (2.3) Pn. Rohana selaku selaku KP sejarah mengakui masih
terdapat beberapa elemen kecil yang belum lengkap dalam fail pengurusan dan
beliau akan memastikan fail Pengurusan Panitia akan lengkap sebelum pemantau
dijalankan. Beliau juga menyatakan bahawa minit mesyuarat telah diedarkan
selewat-lewatnya tiga hari selepas setiap kali mesyuarat diadakan

Tindakan : KP Sejarah dan Setiausaha

4.2 Merujuk perkara (2.5 ) En. Abdul Rahman inginkan kepastian tentang stok buku
kerja dan rujukan yang ada dalam simpanan panitia . Beliau juga ingin mengetahui
bajet untuk panitia Sejarah kerana baginya agak mudah untuk membeli BBM
sejarah.Tuan Haji Talib menegaskan bahawa pembelian buku rujukan haruslah
mengikut prosedur yang ditetapkan

Tindakan : semua ahli panitia Sejarah

4.3 Merujuk perkara (6.1) PBS untuk tingkatan 1 dan2 akan dilaksanakan walaupun
tiada kata putus daripada PPD. Pelaksanaan dibuat atas kesesuaian guru-guru yang
mengajar.
Tindakan : Guru tingkatan 1 dan 2

4.4 Merujuk perkara (10.4) Sekiranya ahli panitia mempunyai BBM untuk dimasukkan
ke dalam Blog sekolah bolehlah serahkannya kepada Cikgu Zulkifle atau Cikgu
Arman

Tindakan : Ahli Panitia sejarah dan En Zulkifle serta En. Arman

5.0 Post mortem UP1

5.1 Tingkatan 1
5.1.1 Secara keseluruhan keputusan UP1 untuk tingkatan 1 agak baik
memandangkan mereka masih baru dengan suasana sekolah menengah.
Purata gred secara keseluruhan adalah 2.55. Tingkatan 1PO mendapat

2
keputusan yang terbaik dengan nilai purata Gred 1.83 manakala kelas
1MH mendapat keputusan paling rendah dengan nilai gred purata 3.05.

5.2 Tingkatan 2

5.2.1 Keputusan tingkatan dua agak rendah berbanding dengan tingkatan lain.
Terdapat 20 orang calon daripada 152 orang calon tingkatan 2 gagal
dalam UP1 menyebabkan peratus kelulusan menjadi 92%.
5.2.2 Kelas 2ZL meyumbangkan peratus tertinggi kegagalan calon menjawab
UP1 iaitu seramai 7 orang, 4 orang daripada calon kelas 2PO dan 4 orang
calon daripada kelas 2ZH.
5.2.3 Hampir kesemua kelas di tingkatan dua memperoleh purata gred 3.0 ke
atas.
5.2.4 Justeru itu KP sejarah meminta agar guru – guru kelas berkenaan
mengambil tindakan segera untuk mengatasi dan mencari punca kegagalan
pelajar kelas mereka.

5.3 Tingkatan 3

5.3.1 Purata gred tingkatan 3 ialah 2.49. Secara keseluruhan semua kelas
mendapat purata gred di bawah nilai 3 kecuali kelas 3PO yang mendapat
3.08. Walau bagaimanapun kelas tersebut mendapat kelulusan 100%
berbanding kelas 3US yang hanya mendapat 96.55%.
5.3.2 Bilangan calon mendapat 1A masih rendah iaitu seramai 31 orang dan
diharap UP2 bilangan mendapat 1A semakin meningkat.

5.4 Tingkatan 4

5.4.1 Peratus kelulusan tingkatan 4 adalah 100%. Selain soalan objektif pelajar
didedahkan dengan soalan struktur.
5.4.2 Tingkatan 4MH mendapat keputusan tertinggi iaitu seramai 6 orang
calonnya mendapat 1A dengan purata gred sebanyak 2.93
5.4.3 Bagi kelas 4ST dan 4AL keputusan mereka agak merosot berbanding
dengan kelas lain dengan masing – masing mendapat purata gred 4.05 dan
5.0.

5.5 Tingkatan 5

5.5.1 Bagi tingkatan 5 pula secara keseluruhan purata gred ialah 3.54. Dalam
UP1 peratus kelulusan memperlihatkan keputusan 100% lulus.
5.5.2 5UD mempunyai calon teramai mendapat 1A iaitu 6 orang berbanding 3
orang dari kelas 5MH dan 5MI manakala 2 calon dari kelas 5PO.

3
6.0 Headcount

6.1 Pengerusi menjelaskan, setakat hari ini Headcount tingkatan 3 dan lima saja yang
ada. Tingkatan 1,2,dan 4 akan dibuat apabila penyelaras tingkatan memanggil dan
member taklimat kepada pengurus terbabit.
6.2 Guru hendaklah mengisi 8 item dalam Headcount kelas masing masing dan msatu
salinan hendaklah ditampal dalam buku rekod mengajar

7.0 Semakan aktiviti Panitia 2009

7.1 Program Pengurusan Perancangan, Pelaksanaan dan Penyelarasan Aktiviti Panitia


Sejarah

7.1.1 Mesyurat Kurikulum


7.1.2 Mesyuarat Jabatan
7.1.3 Mesyuarat Panitia
- Telah diadakan sebanyak dua kali.

7.2 Program Perkembangan staf

7.2.1 Kursus Multi media


i. Penyediaan soalan
ii. Penyediaan Bahan
iii. Blog Sejarah

7.2.2 Pencerapan

- Hampir semua guru sejarah telah dicerap samada olehPengetua, Pk


Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hem,Guru Kanan dan Guru
Cemerlang.

7.2.3 Semakan Buku latihan dan nota

- Semua guru hendaklah menyemak buku latihan dan nota pelajar


- Guru Kanan juga akan membuat semakan terhadap buku nota dan latihan
pelajar mengikut bilangan yang ditetapkan bagi setiap tingkatan

7.2.4 Kursus Teknik Penandaan dan Pemarkahan Sejarah Peringkat SPM

- Pemeriksa kertas sejarah SPM akan diundang ke sekolah untuk memberi


pendedahan kepada guru sejarah tingkatan 4 dan 5 tentang cara untuk
menanda kertas peperiksaan mengikut format yang betul

4
7.3 Projek Meningkatkan Pencapaian Akedemik Pelajar

7.3.1 Pintar Sejarah

i. Ceramah kerja kursus


- Julung - julung kali telah dilaksanakan di Dewan Bestari melibatkan
pelajar tingkatan 3
- Guru –guru tingkatan tiga telah menerangkan skop penulisan kerja
kursus secara mendalam kepada pelajar
- Ianya dikendalikan olehKetua Panitia, Pn.Hjh Zanirah,Pn Zamzuri,
En. Zulkifle dan En. Abdul Rahman

ii. Klinik sejarah


- Memerlukan bilik khas
- Mesti mempunyai jadual pengurusan lengkap
- Guru-guru tertentu yang terlibat dalam program ini

iii. Kelas Tambahan


- Melibatkan pelajar tingkatan tiga dan lima sahaja
- Telah berjalan mengikut jadual yang dirancang

iii. Modul P&P

iv. Peer Tutoring


- Hanya melibatkan pelajar tingkatan 3 dan 5 sahaja.

v. Seminar peperiksaan
- Akan dibuat seperti tahun tahun lepas

vi Motivasi

7.4 Program Cakna Fakta

7.4.1 Sebar Luas Maklumat


i. Meja Sejarah di kantin
- 2 buah meja kantin dikhaskan untuk panitia sejarah
- Maklumat dengan fakta sejarah telah dimuat di meja tersebut hasil
kerjasama pelajar dan guru – guru sejarah.

ii. Papan Kenyataan


Tiada papan kenyataan yang khusus buat panitia sejarah

iii. Laluan Sejarah

- Peringkat awal Guru Kanan Bahasa telah menyarankan laluan sejarah

5
yang dikhas ialah bermula dari blok bilik guru sehingga garaj basikal
pelajar
- Tuan Haji Talib akan berbincang dengan PK1 dan guru kanan yang lain
bagi memastikan lokasi Laluan Sejarah yang sebenar.

iv. Kuiz

7.4.2 Kemudahan

i. Bilik
- Buat masa ini tiada bilik khas diperuntuk kepada panitia sejarah sebagai
bilik sejarah
- Panitia sejarah amat memerlukan sebuah bilik khas bagi menempatkan
Klinik Sejarah dan juga bengkel sejarah

ii. Buku rujukan (Perpustakaan dan Panitia)


- Guru – guru sejarah diminta agar menyenaraikan buku buku sejarah
yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di Pusat sumber sekolah
- KP sejarah akan mengedarkan borang untuk guru menyenaraikan
judul buku tersebut sebelum diserahkan kepada guru Pusat Sumber

iii. Sumber P&P

7.5 Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan

7.5.1 Pameran
7.5.2 Kibar Jalur Gemilang
7.5.3 Malam Merdeka
7.5.4 Kuiz
7.5.5 Penulisan esei
7.5.6 Caramah

 Akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada masa akan datang.

8.0 Hal-hal Lain

8.1 Pengerusi menyampaikan pesan daripada PK1 dan PK1 telah meminta agar ahli
panitia:

i. Membina soalan bertaip lengkap dan kemas


ii. Menggunakan halaman depan soalan yang seragam dan halaman depan
tersebut bolehlah diminta daripada S/U peperiksaan sekolah

6
iii. Guru-guru perlu meminta kebenaran daripada Guru Kanan sebelum
mencetak soalan yang digubal.
iv. Satu salinan soalan haruslah diserah kepada KP dan satu salinan kepada S/U
peperiksaan untuk disimpan dalam bank soalan

8.2 En. Zulkifle meminta satu salinan minit mesyuarat untuk dimasukkan dalam laman
web sekolah.Beliau juga meminta rancangan tahunan bagi setiap tingkatan untuk
tujuan yang sama.

8.3 En. Azman Yaacob meminta penjelasan daripada Guru Kanan tentang tatacara
mencetak BBM kepada pelajar memandangkan beliau baru saja berkhidmat di
sekolah ini.

8.4 Guru Kanan Sains Sosial menjelaskan bahawa setiap guru yang ingin mencetak
bahan pasti dahulu bahan tersebut berbentuk soalan dan latihan. Bahan nota tidak
dibenarkan sama sekali. Setiap guru haruslah mendapatkan tandatangan terlebih
dahulu daripada beliau sebelum diserahkan kepada En. Rospi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.35 petang dengan bacaan surah “al – Asr”

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………. ……………………………
(PN. NORIHAH MOHD.TAN) ( PN. ROHANA MOHD. NOOR)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah

7
Lampiran 1

KEHADIRAN PANITIA SEJARAH PADA MESYUARAT KALI KEDUA 2009

Hadir

1. Tn. Hj. Ismail @ Talib b. Said ( Guru Kanan Sains Sosial)


2. Pn. Rohana bt. Mohd. Noor ( Ketua Panitia Sejarah)
3. Pn. Zaridah bt. Ibrahim
4. Pn. Norihah bt. Mohd. Tan
5. Pn. Nasirah bt. Ishak
6. En. Zulkifle b. Mohamad
7. En. Ismail
8. . En. Abdul Rahman b. Che Abdullah
9. En, Azman b. Yaacob

Tidak Hadir Bersebab

1. Tn.Hj. Mohd. Razak b. Che Yaakob ( PK Pentadbiran)


2. En. Wan Hussien b. Wan Ismail (PK Ko)
2. En. Che Aziz bin Mat ( PK Hem)
3. Pn. Zamzuri bt. Saupy

You might also like