You are on page 1of 8

1

NAMA:______________________________________________________

KELAS:_______________________


SULIT
BAHASA
MALAYSIA
MEI
2014
50 minit



SEKOLAH KEBANGSAAN BAWANG ASSAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
TAHUN 3


BAHASA MALAYSIA

PEMAHAMAN


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.. Jawab semua soalan.









2


Soalan 1 hingga Soalan 24
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Tukang kebun itu menggunakan __________ untuk menyabit rumput.
A gergaji C parang
B cangkul D sabit


Soalan 2 berdasarkan Gambar 1








Gambar 1

2. __________ itu sedang menghidangkan minuman ringan kepada
para penumpang.

A Jurujual C Hartawan
B Pramugari D Seniman


3. Savita menerima sepucuk surat ___________ sahabat penanya.

A pada C dari
B dengan D daripada


4. Semasa saya tiba tidak ada _____________ pun di sini.
A apa-apa C mana-mana
B siapa-siapa


5. Puan Gan sekeluarga akan _____________ ke Paris untuk bercuti
selama dua minggu.

A terangkat C mengangkat
B berangkat D diangkat

6. Saya __________ daripada tidur apabila mendengar bunyi bising di
luar.

A menjaga C terjaga
B berjaga D penjagaan


Soalan 7 berdasarkan Gambar 2



Gambar 2






3

7. Wanita itu _________ anak kecilnya menuju ke perhentian bas.

A mendukung C mengelek
B menjunjung


8. Selepas makan Rina _______________ meja dan membasuh pinggan.

A menggilap C mengelap
B menggosok D menyapu


9. Rajesh ____________Boon Tan adalah pemain bola sepak sekolah
yang handal.

A dan C namun
B atau D serta


10. Mak cik mengusahakan jualan kerepek pisang ini secara
____________, kata Mak Jah.

A rendah-rendah C kecil-kecilan
B seluas-luasnya D habis-habisan

Soalan 11 berdasarkan Gambar 3










Gambar 3

11. Banyak pohon kelapa tumbuh subur di _________ pantai.

A tepi C dalam
B atas D depan

12. _____________ harikah ayah kamu ke Melaka?

A Di mana C Apa
B Berapa D Siapa

13. Adik tidak mahu menelan ubat itu kerana sangat ______________.

A pahit C payau
B kelat D masin

14. Kereta ayah ___________ selepas terlanggar tiang elektrik itu.

A retak C pecah
B remuk D hancur

15. Cikgu Wasidah memang baik dan ________________ orangnya.


4


A lemah longlai C lemah lembut
B lemah semangat

Soalan 16 berdasarkan Gambar 4










Gambar 4

16. Tukang jahit itu menggunting kain dengan sebilah ______________ .

A pisau C parang
B gunting D sabit

17. Rafidah membeli se_____________ payung di pasar raya Gemilang.

A kaki C pucuk
B laras D buah

18. Terdapat sebatang pokok mangga di _______________ rumahnya.

A depan C bawah
B atas

19. Perlawanan hoki terpaksa dibatalkan ______________ hujan lebat.

A setelah C kerana
B apabila D sementara

Soalan 20 berdasarkan Gambar 5











Gambar 5

20. Nenek sedang mengisi sarung bantal dengan ______________.

A bebenang C dedaun
B bebola D kekabu

21. Datuk Zaki membeli lukisan yang mahal itu. ___________ hendak
meletakkan di pejabatnya.




5

A Dia C Beliau
B Baginda D Anda

22. Adakah ___________ bersetuju dengan cadangan saya ini? tanya
Aidid kepada kawan-kawannya.

A kalian C kami
B kita D anda

23. Usahlah ceritakan perkara ini kepada Fandi. Dia itu __________,
kata Hazwan kepada Aniq.

A panjang tangan C mulut murai
B mulut tempayan D banyak mulut

24. Maria berasa ____________ apabila Nina menuduhnya mencuri buku
ceritanya.

A patah hati C ada hati
B baik hati D kecil hati


Soalan 25 dan Soalan 26
Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris.

25. Halim sudah menjelaskan yuran pada minggu lepas.

A menyudahkan C memberikan
B membayar D menamatkan

26. Ayah menggantikan tiang rumah yang sudah lapuk itu.

A baru C longgar
B usang D reput

Soalan 27
Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris.

27. Anak kucing itu dikurung oleh adik di dalam sangkar.

A dibiarkan C disimpan
B dilepaskan D dibuang

Soalan 28
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

28. Bilakah kejadian itu berlaku, Hafiz?

A Naim telah cedera dalam kejadian itu.
B Kemalangan itu melibatkan dua orang murid sekolah kita.
C Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.
D Kejadian itu berlaku di Jalan Pahang.


Soalan 29
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

29. Saya tidak setuju dengan cadangan Farid itu.


6

A Mengapakah anda tidak bersetuju dengan cadangan Farid
ini ?
B Apakah pandangan kamu terhadap cadangan Farid ini?
C Apakah cadangan yang ingin kamu kemukakan?
D Bagaimanakah cadangan ini dapat dilaksanakan?



Soalan 30
Pilih ayat yang betul.

30. A Wah, cantik anyaman ini!
B Hai, janganlah menangis lagi anakku!
C Aduh, cantik sungguh pemandangan dari bukit ini!
D Amboi, malang betul nasib kanak-kanak itu!




Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.































31. Apakah yang berlaku kepada Molly?

A sakit perut C sakit kepala
B muntah-muntah D demam



Molly : Aduh, sakitnya perut saya!
Kakak : Mengapa Molly?
Molly : Perut saya memulas-mulas, kakak.
Kakak : Mari kakak sapukan minyak. Nanti suruh ibu bawa ke klinik. Apa
yang kamu makan tadi, Molly?
Molly : Saya makan cendol yang dijual oleh penjaja di tepi jalan semasa
pulang dari sekolah. Lebih kurang sejam kemudian, perut saya
sakit.
Kakak : Entah-entah kamu keracunan makanan. Itulah kamu, sudah
beberapa kali ibu pesan, jangan makan makanan yang tidak kita
ketahui cara penyediaannya. Mungkin cara penyediaannya
tidak bersih. Biasanya begitulah keracunan makanan berlaku.
Molly : Betul cakap kakak. Saya berasa kesal kerana tidak mendengar
pesanan ibu.
Kakak : Lain kali jangan ulangi kesilapan yang sama. Mulai hari ini, kamu
bawa makanan yang disediakan oleh ibu untuk kamu makan
di sekolah. Kebersihan terjamin dan kamu pun boleh berjimat
cermat.
Molly : Betul juga kata-kata kakak.
Kakak : Sudahlah. Kakak hendak beritahu ibu agar membawa kamu ke
klinik.


7

32. Molly sakit perut kerana...

A dia tidak makan apa-apa kecuali cendol saja
B dia tidak makan apa-apa
C dia makan cendol di luar kawasan sekolah
D dia makan banyak makanan

33. Apakah maksud kata pesanan berdasarkan dialog ini?

A ingatan C amanat
B nasihat D amaran

34. Apakah nasihat yang diberi oleh kakak kepada Molly?

A Jangan makan makanan yang tidak diketahui cara
penyediaannya.
B Jangan membeli makanan yang dijual di kantin.
C Jangan lupa makan makanan di sekolah.
D Makan makanan yang hanya disediakan oleh ibu.

35. Semua yang berikut adalah kebaikan membawa bekalan ke
sekolah, kecuali...

A Kita dapat menabung wang belanja.
B Makanan yang dibekalkan terjamin kebersihannya.
C Kita dapat membelanjakan wang saku.
D Kita dapat belajar berjimat cermat.

Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca catatan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.





























Sabtu, 12 Jun 2007
7.30 pagi: Berkumpul di kantin sekolah. Sebanyak 38 orang murid Tahun
Tiga dan Tahun Dua dan empat orang guru turut serta lawatan ke Kuala
Lumpur. Kami bertolak pada pukul 7.45 pagi.

10.30 pagi: Kami tiba di Kuala Lumpur. Kami berehat seketika di Taman
KLCC. Kemudian kami melawat ke Petrosains yang terletak di Menara
Berkembar Petronas. Di sini kami melawat ke beberapa bahagian. Kami
berpeluang mengenali dinasour, kejadian gempa bumi, dan
pembentukan petroleum melalui pameran Diorama Geomasa.

1.30 petang: Kami makan tengah hari di Taman Tasik Perdana.
Seterusnya kami melawat ke Planetarium Negara dan Muzium Negara.
Kami bersiar-siar di Dataran Merdeka sebelum pulang.

6.30 petang: Kami bertolak pulang selepas makan malam. Tiba pada
pukul 10.00 malam. Walaupun letih, kami berasa amat seronok dan
gembira.

8

36. Pada pukul berapakah mereka bertolak ke Kuala Lumpur?

A 8.00 pagi C 7.45 pagi
B 7.15 pagi D 8.00 pagi

37. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ini?

A 42 orang C 38 orang
B 48 orang D 50 orang


38. Mereka berpeluang melihat dinasour ...

A di Muzium Negara. C di Planetarium Negara.
B di Petrosains. D di Menara Berkembar Petrosains.

39. Apakah tempat terakhir yang dilawati oleh mereka?

A Muzium Negara C Taman Tasik Perdana
B Dataran Merdeka D Planetarium Negara

40. Pilih penyataan yang tidak benar.

A Lawatan itu diadakan selama dua hari.
B Semasa melawat ke Petrosains, mereka dapat mengetahui
kejadian gempa bumi.
C Petrosains terletak di Menara Berkembar Petronas.
D Mereka makan tengah hari di Taman Tasik Perdana.

You might also like