You are on page 1of 10

NILAI 1

Fairuz sering kali ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru kelasnya selepas
makan di kantin. Dia akan bertanyakan gurunya jika ada pertolongan yang
diperlukan daripadanya. Biasanya, guru kelas akan menyuruh Fairuz mengambil
buku-buku tersebut kepada kawan-kawannya. Jika ada pembetulan yang perlu
dibuat, Fairuz akan memberi tunjuk ajar kepada seorang murid yang kedekut
ilmu. Selain itu, Fairuz senang didekati oleh kawan-kawannya kerana dia suka
berbangga sungguhpun dia murid yang pintar. Kawan-kawannya juga senang
berkawan dengannya kerana sikap yang ramah dan berbudi bahasa dengan
orang lain.
Nilai Situasi
Baik hati Kita perlu menjadi seorang murid yang baik hati seperti
Fairuz dia memberi tunjuk ajar kepada seorang murid yang
kedekut ilmu.
Rajin menolong Kita perlu menjadi seorang murid yang rajin menolong orang
lain seperti Fairuz sering kali ke bilik guru untuk berjumpa
dengan guru kelasnya.
Berdisiplin Kita perlu menjadi seorang murid yang berdisiplin seperti
Fairuz mengambil buku-buku kepada kawan-kawannya.
Merendah diri Kita perlu menjadi seorang murid yang merendah diri seperti
Fairuz senang didekati oleh kawan-kawannya kerana dia
suka berbangga sungguhpun dia murid yang pintar.
Berbudi bahasa Kita perlu menjadi seorang murid yang berbudi bahasa
seperti Fairuz bersikap ramah dan berbudi bahasa dengan
orang lain.


NILAI 2
Ketika sedang menyapu lantai di kelas, Siti terjumpa sekeping wang kertas
bernilia RM 10.00. Dia mengambil wang itu lalu memasukkan ke dalam koceknya.
Siti sungguh gembira kerana mendapat duit itu kerana dia boleh menggunakan
duit itu untuk membeli alat-alat tulis. Tiba-tiba dia teringat pesanan ibunya
bahawa menjadai kesalahan jika mengambil brang orang lain tanpa kebenaran.
Kemudian, Siti segera pergi ke bilik guru untuk mendapatkan guru kelasnya. Dia
menyerahkan duit itu kepada guru kelasnya. Di dalam kelas. Guru kelasnya
bertanyakan siapa yang kehilangan wang. Ada seorang murid mengangkat
tangan dan menyatakan bahawa wangnya hilang kerana tercicir. Guru kelasnya
menyerahkan wang itu kepada murid itu. Beliau juga memuji Siti kerana murid
jujur. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Siti kerana terjumpa wangnya
itu.
Nilai Situasi
Menjaga kebersihan Kita perlu menjaga kebersihan kelas seperti Siti menyapu
lantai di kelasnya.
Jujur Kita perlu menjadi seorang murid yang jujur seperti Siti
menyerahkan wang yang dijumpai kepada guru kelasnya.
Menghargai sikap
baik
Kita perlu menghargai sikap baik orang lain seperti guru
kelasnya memuji sikap Siti yang jujur itu.
Berbudi bahasa Kita perlu menjadi seorang yang berbudi bahasa seperti
budak itu berterima kasih kepada Siti yang terjumpa
wangnya itu.


NILAI 3
Peperiksaan semakin hampir, Fauzan sangat risau kerana persiapan untuk
peperiksaan belum dibuat sepenuhnya. Dia ingin membuat latihan intensif dan
belajar sendiri di rumah. Fauzan tidak mahu menysahkan ibunya mengeluarkan
wang tabung untuk membeli buku latihan. Sebelum keluar, dia meminta izin
dengan ibunya untuk pergi ke kedai buku. Ibunya sangat mengambil berat
tentang keselamatan anaknya itu memberitahu hendak memani anaknya ke
kedai buku. Fauzan sunggut gembira kerana ibunya sangat mengambil berat
tentang diri. Selepas itu, mereka bersama-sama ke kedai buku.
Nilai Situasi
Rajin Kita perlu menjadi seorang murid yang rajin seperti
Fauzan belajar sendiri untuk persediaan peperiksaan.
Berdikari Kita perlu menjadi seorang murid yang berdikari seperti
Fauzan menggunakan duit sendiri untuk membeli buku
latihan.
Taat kepada ibu
bapa
Kita perlu menjadi seorang murid yang taat kepada ibu
bapa seperti Fauzan meminta izin daripada ibunya
sebelum hendak ke kedai buku.
Mengambil berat Kita perlu menjadi seorang murid yang mengambil berat
seperti ibu Fauzan menemani Fauzan ke kedai buku.


NILAI 4
Azaln dipilih sebagai ketua pengawas di sekolahnya. Dia amat disenangi oleh
semua orang kerana sikapnya yang bertanggungjawab dan merendah diri.
Selain itu, Azlan juga bersikap adil dalam menjalankan tugas. Dia tidak pernah
lokek ilmu dan selalu membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah.
Dia seorang murid yang sangat hormat kepada guru malah sesiapa saja yang
lebih tua daripadanya.
Pada suatu hari, dia sedang berjalan menuju ke kantin untuk bertugas, dia
ternampak dua orang murid sedang bertengkar. Dia segera ke tempat itu dan
bertanyakan apa yang telah berlaku. Setelah dia mendapati punca pertengkaran,
dia menyuruh murid yang bersalah itu berminta maaf. Murid itu meminta maaf
dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan lagi. Selepas itu, Azlan terus ke
tempat yang dituju untuk menjalankan tugas.
Nilai Situasi
Bertanggungjawab Kita perlu menjadi seorang murid yang bertanggungjawab
seperti Azlan seorang ketua pengawas yang
bertanggungjawab.
Adil Kita perlu menjadi seorang murid yang adil seperti Azlan
berlaku adil semasa menjalankan tugasan.
Menghormati orang
lain
Kita perlu menjadi seorang murid yang menghormati
orang lain seperti Azlan menghormati guru dan orang
yang lebih tua daripadanya.
Membantu orang Kita perlu membantu orang dalam kesusahan seperti
Azlan akan membantu kawan-kawannya yang
menghadapi masalah.


NILAI 5
Pagi-pagi lagi Jing Xiang dan Selk Qi berkemas untuk pergi berkelah bersama-
sama keluarga. Mereka menolong ibu dan ayah mereka menyiapkan barang-
barang yang hendak dibawa. Setibanya di tepi pantai tempat mereka hendak
berkelah, Jing Xiang membentangkan tikar untuk meletakkan barang-barang
yang dibawa dari rumah. Mereka makan bersama-sama di bawah pokok dengan
tertib sekali. Selepas makan, Jing Xiang dan Selk Qi meminta izin daripada
orang tuanya untuk mandi di laut. Mereka menggunakan pelampung semasa
mandi di laut. Ibu bapanya juga menasihati mereka supaya berhati-hati ketika
mandi di laut.
Nilai Situasi
Rajin Kita perlu menjadi seorang murid yang rajin seperti Jing
Xiang dan Selk Qi membantu ibunya.
Taat kepada orang
tua
Kita perlu menjadi seorang murid yang taat kepada orang
tua seperti mendapat kebenaran barulah membuat
sesuatu.
Menjaga
keselamatan diri
Kita perlu menjaga keselamatan diri seperti Jing Xiang
dan Selk Qi menggunakan pelampung untuk mandi di
laut.
Bertanggungjawab Kita perlu bertanggungjawab seperti ibu bapa menasihat
anak-anak membuat sesuatu dengan berhati-hati.



NILAI 6
Zi Qian : Ibu sedang buat apa?
Ibu : Eh, Zi Qian! Ibu sedang memasak untuk makan tengah hari.
Zi Qian : Boleh saya tolong?
Ibu : Sudah tentu boleh. Kamu tolong ibu potongkan sayur sawi tu.
Zi Qian : Baiklah ibu, banyaknya sayur ibu beli.
Ibu : kita perlu makan sayur-sayuran kerana bagus untuk badan
kita. Kamu dah siapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru
kamu?
Zi Qian : Sudah saya siapkan tadi ibu.
Ibu : Bagus, kalau kita bertangguh kerja, kerja akan menjadi
bertambah banyak. Kalau sdah potong jangan lupa basuh
sayur-sayuran itu hingga bersih.
Zi Qian : Baiklah, ibu.

Nilai Situasi
Rajin Kita perlu rajin membantu ibu seperti Zi Qian membantu
ibu memotong sayur.
Menjaga kesihatan Kita perlu menjaga kesihatan dengan memakan makanan
berzat seperti makan sayur-sayuran.
Mengambil berat Kita perlu mengambil berat seperti ibu Zi Qian
bertanyakan tentang kerja sekolah Zi Qian.
Menjaga kebersihan Kita perlu menjaga kebersihan seperti membersihkan
sayur yang dipotong sehingga bersih.


NILAI 7
Jia Sing Mencapai kasut sekolahnya di atas rak lalu dibawa ke bilik air. Dia
mencuci sendiri kasut sekolahnya tanpa disuruh oleh ibunya. Dia menjemur
kasut sekolahnya di tempat panas. Sementara kasut sekolahnya kering, dia ke
bilik untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. Setelah kerja
sekolahnya selesai dibuat, tanpa disuruh dia membantu ibunya memasak di
dapur. Jia Sing membersihkan sayur dengan air yang bersih sebelum dimasak.
Pada sebelah petang pula, Jia Sing menyiram pokok-pokok bunga agar hidup
subur. Dia sangat sayang akan pokok-pokok di sekitar rumahnya kerana
membekalkan oksigen. Begirulah rutin hari minggu Jia Sing. Jia Sing membuat
kerja rumah dengan hati yang gembira.
Nilai Situasi
Berdikari Kita perlu berdikari seperti Jia Sing membasuh kasut
sekolahnya sendiri.
Bertanggungjawab Kita perlu bertanggungjawab seperti Jia Sing menyiapkan
kerja yang diberi oleh gurunya.
Rajin Kita perlu rajin seperti Jia Sing telah membantu ibu untuk
memasak makanan.
Menjaga pokok-
pokok bunga
kita perlu menjaga pokok-pokok bunga seperti Jia Sing
menyiram pokok-pokok bunga.


NILAI 8
Jumaat, 15 April 2011
Hari pertama, semua peserta perkhemahan berkumpul di tapak perkhemahan.
Pembahagian tugas secara saksama oleh ketua. Mereka melakukan kerja
dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi setiap arahan. Semangat
perpaduan antara peserta diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan. Aktiviti
mendirikan khemah, membersihkan khemah dan memasak untuk makan malam
dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Sabtu, 16 April 2011
Pada hari kedua perkhemahan, aktiviti meredah hutan dijalankan. Peserta
didedahkan dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Peserta diberi penerangan
tentang penjagaan dan pemuliharaan hutan. Mereka juga perlu melakukan
aktiviti lasak sepertimenuruni curam yang dalam dan menyeberangi sungai yang
deras. Semangat setia kawan dan sanggup menghadapi setiap cabaran
dilakukan dengan tenang.
Ahad, 17 April 2011
Hari terakhir perkhemahan. Peserta mengemas barang-barang sebelum pulang.
Tapak perkhemahan dibersihkan sebelum bergerak pulang.

Nilai Situasi
Adil Kita perlu adil seperti ketua pasukan membahagikan
tugas secara saksama.
Mematuhi arahan Kita perlu mematuhi arahan seperti peserta perkhemahan
mematuhi setiap arahan ketua pasukan.
Sayang akan alam
sekitar
Kita perlu sayang akan alam sekitar seperti menjaga dan
memulihara hutan.
Bertanggungjawab Kita perlu bertanggungjawab seperti peserta mengemas
barang-barang sebelum pulang.


NILAI 9
Menabung merupakan satu amalan yang perlu dipupuk dalam setiap diri individu.
Amalan ini melatih diri kita berjimat cermat dalam berbelanja. Selain itu juga, kita
akan membeli sesuatu barang mengikut keperluan dan tidak membazir secara
berlebih-lebihan. Apabila kita ditimpa kesusahan dari segi kewangan, kita boleh
menggunakan duit yang kita simpan untuk masa depan seperti untuk
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi di sini, kita tidak perlu
risau dan mengharapkan ibu bapa kita untuk menyediakan wang untuk kita.
Wang yang kita simpan juga boleh kita gunakan untuk membantu orang yang
menghadapi kesusahan untuk meringankan, kita juga dilatih untuk berbakti
kepada orang lain yang memerlukan pertolongan.
Nilai Situasi
Berjimat cermat kita perlu berjimat cermat seperti membeli barang yang
perlu sahaja.
Berdikari Kita perlu berdikari seperti menggunakan duit sendiri
meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menolong Kita perlu menolong orang lain seperti membantu orang
yang menghadapi kesusahan.
berdisiplin Kita perlu berdisiplin seperti menabung perlu dipupuk
sejak kecil lagi.


NILAI 10
SKUDAI, 16 Mei SJKC Thai Hong mengadakan sambutan Hari guru peringkat
sekolah dengan penuh kemeriahan. Sambutan ini dikendalikan sepenuhnya oleh
semua murid Tahun 6.
Tujuan sambutan ini disambut adalah untuk meraikan dan membalas jasa-jasa
guru yang banyak berjasa kepada anak bangsa. Aktiviti persembahan yang
memukau para guru pada hari itu ialah pakaian beragam setiap kaum di
Malaysia. Ini menggambarkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,
budaya dan kesenian hidup dalam suasana aman. Selain itu juga persembahan
tarian daripada tiga kaum terbesar di Malaysia dipertontonkan. Murid-murid bijak
menambat hati para gurunya.
Guru besar berbangga dengan sikap murid-muridya kerana berbakat besar dan
bijak mengendalikan sambutan Hari Guru kali ini dengan lancer. Beliau juga
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua murid yang menjayakan
sambutan Hari Guru Kali ini.
Nilai Situasi
Semangat nasional Kita perlu mempunyai semangat nasional dengan
perasaan cintakan tanah air sendiri.
Bekerjasama Kita perlu bekerjasama dengan orang lain seperti bertolak
ansur dalam menerajui Negara.
Bersyukur dengan
nikmat
Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang dikecapi seperti
penulis bersyukir kepada Tuhan dengan kejayaan
Malaysia.
Semangat
kemasyarakatan
Kita perlu mempunyai semangat kemasyarakatan dengan
bersatu hati demi perpaduan dlam kalangan masyarakat.

You might also like