You are on page 1of 19

[UDARA DI SEKELILING KITA]

1 | P a g e


Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta
merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.















[UDARA DI SEKELILING KITA]

2 | P a g e

Pencemar Primer vs sekunder
Primer - disebarkan terus ke udara dari pencemaran sumber.
Sekunder - primer apabila bergabung dengan bahan-bahan lain di udara
dan mencipta sesuatu yang lebih berbahaya (hujan asid, kabut)

Matahari sering menyediakan tenaga bagi tindak balas ini.
Sumber Utama Pencemar Primer
Sumber Pegun
Pembakaran bahan api untuk kuasa dan haba - Penjana Kuasa
Pembakaran lain seperti kayu & pembakaran tanaman atau kebakaran hutan
Proses industri / komersial
Pelarut dan aerosol
Sumber Bergerak
Lebuhraya: kereta, lori, bas dan motosikal
Di luar lebuh raya: pesawat, kapal, lokomotif, peralatan ladang, RVs, jentera
pembinaan, dan mesin pemotong rumput
[UDARA DI SEKELILING KITA]

3 | P a g e

Sumber semula jadi
Kebakaran hutan - abu, zarahan, karbon dioksida
Gunung berapi - abu, asid kabus, hidrogen sulfida
Tumbuh-tumbuhan mereput sebatian sulfur
Pokok & semak - Sebatian organik meruap (VOC) memberi rona biru pada
Blue Ridge Mountains.
Debunga
Spora
Virus
Bakteria
Habuk daripada ribut di kawasan-kawasan gersang
Gas dari usus bakteria metana
Sumber antropogenik Pencemaran Udara
EPA menggunakan enam "kriteria pencemar" sebagai penunjuk kualiti udara:
Sulfur Dioksida: SO2
Nitrogen Dioksida: NO2
Carbon monoksida: CO
Plumbum: Pb
Jirim zarahan: PM10 (PM 2.5)
Ozon: Pembentukan ozon di permukaan bumi, O3

[UDARA DI SEKELILING KITA]

4 | P a g e


Pencemar Udara yang lain
Karbon dioksida - sumber semula jadi daripada fotosintesis & pernafasan;
aktiviti manusia yang disebabkan daripada bahan api fosil & penebangan
hutan
Klorofluorokarbon (CFC ) - dari bahan pendingin, aerosol, Styrofoam
Formaldehid Bahan binaan & barangan rumah
Benzene - cat
Asbestos - brek kereta, bahan binaan
Dioksin - racun perosak
Industri Kadmium - peleburan, bateri, plastik








[UDARA DI SEKELILING KITA]

5 | P a g e


1) KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah masalah sistem
pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia.
Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai
penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan
kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan
untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga
menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak
3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia
adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh
kemalangan kenderaan.


[UDARA DI SEKELILING KITA]

6 | P a g e



2) TUMBUHAN
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis
(keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada
penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya
menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu
keseimbangan ekosistem.

3) HAIWAN
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara
ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu,
makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

4) BAHAN
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada
pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada
permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat
daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat
kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
[UDARA DI SEKELILING KITA]

7 | P a g e



5) PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat
daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran
terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari
boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang
terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di
bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami
ketidakseimbangan.

6) HUJAN ASID
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid
sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak
ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan
dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh
tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh
menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang serta tidak subur.

[UDARA DI SEKELILING KITA]

8 | P a g e





7) KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh
negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat
dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi
panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam yang tidak normal.





[UDARA DI SEKELILING KITA]

9 | P a g e







1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon
dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida. Asap yang dikeluarkan juga
berwarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara
persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan
meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak
pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda
[UDARA DI SEKELILING KITA]

10 | P a g e

dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori
dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah.
Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan
dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping
baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum dan
memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk
mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api
elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan
pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem
pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap
hitam.

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila
bahan api fosil yang terdiri dari petroleum, gas asli dan arang batu dibakar,
asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya,
pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli
di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

[UDARA DI SEKELILING KITA]

11 | P a g e

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti
kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria. Negara kita telah menuju ke
arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa,
Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.



4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos,
kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini
menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering
berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber
untuk tenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik
ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya
menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan
baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

[UDARA DI SEKELILING KITA]

12 | P a g e

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak
melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di
kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-
hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan
perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh penduduk perumahan.
7. Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman
perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu,
kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan
meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

8. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan
plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat
mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga
dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada
berlarutan.

9. Program kitar semula
[UDARA DI SEKELILING KITA]

13 | P a g e

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di
sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka
menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang
terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah
lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.



10. Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap
30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang
alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah
dirawat dan tidak mencemarkan udara.

11. Penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana
kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi
akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan
kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

12. Kempen
[UDARA DI SEKELILING KITA]

14 | P a g e

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio
hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab
perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat
untuk generasi akan datang.





I. LAKUKAN PERUBAHAN DI JALAN RAYA
Fikirkan semula jenis sistem pengangkutan yang hendak digunakan.
Amalkan berkongsi kereta / kenderaan bagi perjalanan yang mempunyai
tujuan sama
Pertimbangkan sistem pengangkutan awam, berbasikal ataupun berjalan
kaki
Selenggara kenderaan dan pastikan keadaan angin tayar yang baik bagi
menjimatkan kos bahan api
[UDARA DI SEKELILING KITA]

15 | P a g e

Pandu kenderaan dengan bijak. Jangan biarkan kenderaan statik dengan
enjin kereta. Tutup enjin kenderaan sekiranya tidak bergerak walaupun
sekejap mampu menjimatkan bahan api
Isi tangki minyak kenderaan pada waktu yang lebih sejuk bagi
mengelakkan bahan api terperuwap ke udara .
Gunakan non-ozone depleting refrigerant untuk sistem penghawa dingin
kenderaan
Pastikan bahan pendingin kenderaan dikitar atau diguna semula semasa
servis kenderaan. Perbaiki kebocoran sistem penghawa dingin
kenderaan

II. LAKUKAN PERUBAHAN DI RUMAH
Gunakan bahan kimia yang terdapat di rumah secara bijak
Gunakan bahan non-ODS, low VOC paints and solvents. Pastikan
terlebih dahulu membaca panduan penggunaan dan pelupusan bahan
tersebut.
Perbaiki kebocoran sistem penghawa dingin rumah bagi mengelakkan
bahan Ozone Depleting Substances (ODS) mencemarkan udara
Beli sistem penghawa dingin yang mesra alam dan tidak menipiskan
lapisan ozon
Jimatkan penggunaan kuasa elektrik
[UDARA DI SEKELILING KITA]

16 | P a g e

Amalkan pengurusan bahan buangan dengan bijak. Kitar semula tin
aluminum, kertas dan kaca
Beli produk yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula
Hentikan pembakaran terbuka.

III. SEKTOR PERINDUSTRIAN BOLEH MEMBUAT PERUBAHAN
Amalkan teknologi bersih
Jimat penggunaan kuasa elektrik. Gunakan dan hasilkan produk yang
tidak menipiskan lapisan ozon.
Jalankan servis dan penyelenggaraan ke atas mesin-mesin pembuatan.
Hentikan pembakaran terbuka.
Amalkan Teknik Pembakaran Sifar (sektor pertanian).
Kurangkan penggunaan racun makhluk perosak yang tidak mesra alam
(sektor pertanian).

ANTARA CARA UNTUK MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH:

1)Pengurangan di punca
Aktiviti mengurangkan atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses
Guna semula
Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan
bahan berguna
[UDARA DI SEKELILING KITA]

17 | P a g e

Rawatan
Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan
berguna
Pengubahsuaian produk
Ubah komposisi produk, Ubah formula, Ubah kegunaan produk, Reka produk
supaya boleh diguna semula
Pertukaran bahan
Guna bahan tulen,Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci
Penukaran teknologi
Ubah proses,Ubah peralatan, saluran dan Ubah keadaan operasi
Perubahan prosedur
Elak kehilangan bahan mentah melalui kebocoran atau tumpahan, Asingkan
sisa, Kendalikan sisa dengan baik

3) Mengurangkan penggunaan CFC
Chlorofluorocarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan
nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom
klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di
bawah tekanan tinggi. Chlorofluorocarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin
dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa
dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih,
dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan
[UDARA DI SEKELILING KITA]

18 | P a g e

oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000
molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk
menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hydrochlorofluorocarbon
(HCFC) .

4)Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam
sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan
Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada
50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan
kepada 1000 meter.

5)Mengitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan
buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini
merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat
[UDARA DI SEKELILING KITA]

19 | P a g e

mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat
dikurangkan.

You might also like