You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN BIL 1/2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN



Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Sains
Tarikh : 27 Januari 2014
Kehadiran : Pn. Mazniah Bt. Mandin Ketua Panitia
En. Hairul Anuar B. Ismail Setiausaha
Pn. Faizah Bt. Ibrahim Guru KT Tahun 6
Pn. Barirah Bt. Mohamad Guru KT Tahun 5
Pn. Rajaletchumi A/P Nadarajan Guru KT Tahun 5
En. Mohd Hafiz B. Harun Guru KT Tahun 5
Pn. Rosdiana Bt. Idris Guru KT Tahun 5

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
2. Penulisan Rancangan Mengajar
3. Program Panitia Kajian Tempatan 2014
4. Pesanan Dalaman Peralatan/Bahan Kajian Tempatan
5. Hal-hal lain

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pn. Mazniah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah
menghadirkan diri ke mesyuarat pada kali ini. Pengerusi memulakan mesyuarat
dengan membaca surah Al-Fatihah.
1.2 Ketua Panitia memaklumkan bagi mata pelajaran Kajian Tempatan 2014 hanya
diajar untuk tahun 5 dan 6.
Tindakan : Makluman AJK
2. Penulisan Rancangan Mengajar
2.1 Ketua Panitia menerangkan bahawa penulisan rancangan mengajar yang betul
amat penting terutamanya jika sekolah dilawati oleh pegawai dari JPN atau PPD.
2.2 Ketua Panitia menunjukkan dan mengedarkan contoh rancangan mengajar yang
diberikan oleh JPN sebagai panduan. Aktiviti dan teknik pengajaran boleh
diubahsuai mengikut kesesuaian murid dan sekolah.

Tindakan : AJK

3. Program Panitia Kajian Tempatan 2014
3.1 Ketua Panitia membentangkan perancangan program dan aktiviti Kajian
Tempatan bagi tahun 2014.
i. Lawatan Sambil Belajar Bulan Mac
ii. Minggu Ko-Akademik ( Pertandingan Buku skrap ) Bulan April
iii. Sambutan Bulan Kemerdekaan Bulan Ogos
iv. Penutupan Bulan Kemerdekaan Bulan September
Jika ada perubahan atau penambahan program. AJK boleh memberi cadangan
setiap kali mesyuarat Panitia diadakan.

Tindakan : AJK

4. Pesanan Dalaman Peralatan/Bahan KT
4.1 Ketua Panitia meminta setiap guru KT menyenaraikan peralatan/bahanyang
diperlukan dalam P&P atau aktiviti Kajian Tempatan.

Tindakan : AJK



4.2 Ketua Panitia akan memeriksa stok berdasarkan senarai peralatan/bahan yang
diperlukan. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kehabisan, maka
pesanan baru akan dibuat.
Tindakan : Ketua Panitia


5. Hal-hal lain
5.1 Puan Faizah bertanya tentang tempat mendapatkan BBM Kajian Tempatan.
Ketua Panatia menerangkan yang ianya disimpan di dalam Bilik BBM di Pusat
Sumber atau boleh diperoleh dari beliau.

5.2 Ketua Panitia menangguhkan mesyuarat pada pukul 2.00 petang.


Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.. ...
( EN. HAIRUL ANUAR B. ISMAIL )
Setiausaha
Panitia Kajian Tempatan SKTR
2014

You might also like