You are on page 1of 6

Buku Sila (Reef Knot)

Simpulan ini digunakan untuk menyambung dua tali dengan mudah dan
kemas.
digunakan untuk menyambung tali khemah, anduh dan hadiah
senang ditanggalkan

Bunga Geti (Sheet Bend)
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang
berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali
di penghujung bendera dalam flag break.

Simpul Pemati
penahan, menyambung dua hujung dan mengemaskini hujung yang
terburai

Simpul Angka Lapan
sama dengan simpul mati iaitu sebagai penahan tetapi lebih mudah
dibuka.

Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend)
Dua kali lilit menjadikan simpulan ini lebih kuat dan kukuh dari

Simpul Pengail Berganda
Fungsinya sama dengan Fisherman knot 1.
Cara ikatannya lebih rumit sedikit tetapi senang untuk digunakan.
Pastikan ikatan kedua-duanya boleh ditarik dan bersilang dalam keadaan
yang betul seperti dalam gambar rajah dibawah.

Simpul Manuk (Clove Hitch)
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki
dengan selamat.

Tindih Kasih (Bowline)
Simpulan ini digunakan dalam kerja menyelamat. Kita dapat lihat
pengaplikasian simpulan ini ketika kerja-kerja menyelamat mangsa bot
karam yang diselamatkan melalui helikopter.

Tindih Kasih Berganda (Bowline)

Kali ini, simpulan ini digunakan dalam menunda bot-bot kecil selain kerja
menyelamat mangsa dilaut.

Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
Kegunaannya adalah untuk mengikat hujung tali pada tiang, pokok,
gelung atau tali yang lain supaya ia tidak mudah terlucut/terungkai.
Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat hujung tali khemah atau tali
kerubung terbang

Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.

Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
Digunakan untuk mengikat hujung tali atau gentian bagi mengelakkan
dari hujung gentian dari terurai.

Ikatan Silang Tungku
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan,menara,gejet,dan
menyambung kayu dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama
besar.

Ikatan Balak
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan
yang besar supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan
balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain
ikatan manuk)

Ikatan Seraya(Square Lashing)
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat
jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.Langkah pertama
dimulakan dengan simpul manuk.kemudian lilit dengan kemas dan ketat
,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.

Simpul Pengail / Himpit
simpulan pengail atau ikatan tali yang licin.

Simpul Kerusi
Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau
menaikkan ke atas.

Ikat Silang Gunting
Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang
bersilang.
Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.
Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat.

Simpul Abah-Abah
Membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada
dangan tujuan untuk menarik sesuatu barang

Lilit Kacang Berganda
Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu
gadjet.

Genggam monyet
Digunakan untuk membuat hujung tali lebih berat supaya senang untuk
melempar tali ke sasaran dengan tepat. Biasanya, ia digunakan oleh
pengakap dalam aktiviti yang melibatkan kemahiran melempar tali dan
juga semasa melakukan aktiviti menyelamat.

Ikatan Simpul Pulih
digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa perlu
memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang
tidak kukuh.

Simpul Tindih Kasih berlari
Ikatan seperti tindih kasih tetapi ia boleh digerakkan dan kukuh.

Simpul Tapak Kucing
Digunakan untuk membuat gelung/tanjul pada tali supaya boleh
dimasukkan takal.

Simpul ngah
Untuk membuat tanjul (gelung) di tengah tali. Sesuai untuk pendaki bukit.
Saiz tanjul ini boleh di ubah mengikut kesesuaian orang itu.

Simpul Raga
Digunakan untuk menghubungkan dua tali.

Tindih Kasih Air
Untuk mengelakkan simpul dariapada mengetat atau mudah lucut bila
ditarik dalam air.

Simpul Serban
Untuk membuat wogel dan sebagai ikatan hiasan

Simpul Buaian
Digunakan untuk menggantung sekeping papan seperti platform buaian.

SEJARAH TALI
Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali. Tali yang
mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu.
Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas. Setengah-setengah pendapat
mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang
pertama.
Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akar-
akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan
bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk
berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, manarik, mengikat dan
menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain.
Umpamanya, tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik.
Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah :
1) Aktiviti panjat-mamanjat
2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan.
3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi.
4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.
5) Aktiviti memancing.

JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA.
Jenis-jenis tali
a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan
haiwan. Contoh tali fiber asli ialah :
tali gentian manila tali sabut tali sas tali kapas

b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan
campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah :
tali nylon tali hawser-laid tali karamental tali poltster tali wayar tali drilena

Penjagaan tali
Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila mempunyai mutu yang
baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan
sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala.
Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan
selamat. kita tidak boleh membasuh tali.

Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak
boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau
menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali
yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai.

Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat
diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah
2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan. Tali penarik
biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan tali
tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan
menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa menggunakannya.

DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN
Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan pada
sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung,
mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu
menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu
diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing)
dan mematikan hujung tali (whipping)

Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-
benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul
himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat
dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera,
menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa
ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Sambat
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Meyambugkan dua
tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang
biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.

Mematikan hujung tali
Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan
ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit
pemati biasa dan lilit pemati selit.


Oleh: Madzani @ Saidie Nusa
SOALAN OBJEKTIF

1) Tali mempunyai pelbagai
kegunaan kecuali

a) mengangkut
b) mengikat
c) menyelamat
d) memotong
2) kita tidak boleh membasuh tali.
Hal ini kerana tali yang basah
tidak boleh disimpan. Ini akan
menyebabkan

a) tali menjadi lembap
b) warna tali menjadi pudar
c) tali susah disimpan
d) tali menjadi reput
3) Apakah kegunaan ikatan seraya?

a. Memendekkan tali yang panjang tanpa
memotongnya.
b. Menyambung 2 tali yang tidak sama
saiz.
c. Digunakan apabila dua batang kayu
atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
d. Untuk mematikan hujung tali.



4) Terdapat dua jenis tali iaitu tali fiber asli dan tali
fiber buatan. Tali fiber asli diperbuat daripada bahan-
bahan berunsurkan haiwan dan tumbuhan. Antara
berikut adalah contoh tali fiber asli
i. tali gentian manila ii. tali drilena
iii. tali sas iv. tali kapas

a) i, ii, iii b) i, ii, iv
c) i, iii, iv d) ii, iii, iv
5) Yang manakah antara berikut adalah kegunaan
sambat
i. digunakan untuk menyambung dua tali
ii. digunakan untuk mengikat
iii. digunakan untuk mematikan hujung tali
iv. digunakan untuk membuat sesuatu peralatan

a) i, ii b) ii, iii
c) iii, iv d) i, iv

6) Antara ikatan berikut yang manakah digunakan
untuk mengikat 2 tali yang tidak sama saiz?

a. Bunga geti b. Tindih kasih
c. Simpul pulih d. Lilit balak

7) Mengapakah tali yang basah tidak boleh disimpan?

a. Supaya tali tidak terburai dihujungnya.
b. Menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak
boleh digunakan.
c. Supaya tali mudah digulung.
d. Memudahkan melakukan ikatan dan simpulan.


Mulakan dengan menggunakan simpul manuk atau
lilit balak.
Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah
tiang sehingga selesai.
8) Apakah jenis ikatan yang diterangkan di atas?

a. Ikatan jepun b. Lilit dua simpul
c. Ikat silang tungku d. Lilit kacang

9) Berikut adalah jenis ikatan. Kecuali

a. Seraya b. Serong
c. Lilit balak d. Tindih kasih

10)Berikut adalah jenis simpulan. Kecuali.
a. Tindih kasih b. Simpul himpit
c. Lilit dua simpul d. Ikat silang gunting

Soalan struktur

1. Tindih kasih merupakan ikatan paling asas. Apakah kegunaan simpul tindih kasih?




3. Berikan 3 jenis ikatan atau simpulan yang digunakan untuk menyambung 2 tali.




4. Terdapat pelbagai jenis tali. antaranya tali jenis fiber asli dan tali jenis fiber buatan manusia.
Namakan 4 jenis-jenis tali tersebut.






5. Tali mempunyai pelbagai kegunaan.Antaranya digunakan untuk aktiviti memancing.
Nyatakan 4 aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali.







Soalan esei

1) Kebanyakkan tali diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi. Oleh itu tali haruslah dijaga dan
disimpan dengan sempurna. Nyatakan cara penjagaan tali dengan betul supaya tali tersebut tidak
cepat rosak dan tahan lama.

You might also like