You are on page 1of 10

LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat1

SJK(C) PEI HWA


Ujian Bulanan 2 Bahasa Malaysia Tahun 3
Kertas 1 ( Pemahaman)
Nama : ____________________( ) Markah :________________
Kelas : 3 ( ) Tarikh :___/___/2010
T/tangan ibu bapa: ______
Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan A, B, dan C. J awab semua soalan. Anda
dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan
kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

(A) Soalan 1- 30
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Tandas awam itu sungguh _____________ kerana dijaga dengan baik.
A. kotor
B. bersih
C. busuk

2. Berhati-hati ketika berjalan di atas lantai yang terlalu___________ itu.
A. licin
B. kasar
C. panas

3. Air sungai itu mengalir dengan _____________ kerana dipenuhi sampah sarap.
A. perlahan
B. deras
C. bersih

4. Kita perlu bersenam setiap hari supaya badan __________________.
A. lemah
B. sihat
C. gemuk
LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat2


5. Kuku yang _____________perlu dipotong.
A. panjang
B. kotor
C. pendek

6. _____________ yang disediakan oleh emak sungguh enak.
A. Memakan
B. Makanan
C. Makan

Soalan 7 berdasarkan gambar 1.






7. Steven _____________ internet untuk mencari maklumat.
A. merujuki
B. melayari
C. membaca

8. Pokok-pokok padi yang telah masak itu kelihatan _________ di tengah sawah.
A. menguning
B. menghijau
C. membiru

9. Air sungai itu telah ____________ kerana dipenuhi sisa toksik dari kilang.
A. tercemar
B. mencemar
C. pencemar
Gambar 1
LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat3


Soalan 10 berdasarkan gambar 2.







10. Azim _____________ Gunung Kinabalu bersama dengan kawan-kawannya.
A. mendaki
B. mengikuti
C. berlari

11. Saya membeli lima ____________ jagung bakar di pasar malam.
A. tandan
B. tongkol
C. biji

Soalan 12 berdasarkan gambar 3.







12. Se______________pokok tumbang semasa ribut melanda malam tadi.
A. helai
B. batang
C. kawan
Gambar 2
Gambar 3
LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat4


Soalan 13 berdasarkan gambar 4.







13. Pak Ali membawa se____________pisang untuk dijual di pasar.
A. tandan
B. sikat
C. batang

14. Pilih ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
A. Adik telah menghabiskan sekawan pisang.
B. Di kampung itu terdapat sebidang sungai.
C. Bapa menghadiahi ibu seutas rantai emas.

Soalan 15 berdasarkan gambar 5.







15. Ayah menghadiahkan se___________ bunga kepada emak pada Hari Ibu yang
lalu.
A. sisir
B. jambak
C. batang
Gambar 4
Gambar 5

LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat5


Soalan 16 berdasarkan gambar 6.







16. Lelaki itu menjual se_________ durian di tepi jalan.
A. longgok
B. kumpulan
C. biji

17. ____________kelihatan bercahaya pada waktu malam.
A. Anai-anai
B. J entik-jentik
C. Kelip-kelip


18. _____________ suka membiak di dalam air yang bertakung.
A. Tetamu
B. Kekura
C. J ejentik

19. Ibu memasukkan beberapa biji ___________ ikan ke dalam sup itu.
A. pepohon
B. lelangit
C. bebola

Gambar 6
LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat6


20. Hui Ling menyusun ___________ cerita lamanya di dalam sebuah kotak.
A. buku-buku
B. layang-layang
C. surat-surat

21. Lipas menggunakan __________nya untuk mengesan sesuatu bau dan benda.
A. lelangit
B. sesungut
C. jejari

22. Bermain ______________ amat sesuai semasa angin kencang.
A. kelip-kelip
B. layang-layang
C. kuda-kuda

23. Aini amat meng _________________tentang kebersihan tempat tidurnya.
A. ambil berat
B. minta diri
C. anak kunci

Soalan 24 berdasarkan gambar 7.






24. Mohan ingin _____________ kakaknya menjadi pemain boling yang terkenal.
A. minta diri
B. ikut jejak
C. salah sangka
Gambar 7
LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat7

25. Kok keong tersenyum sambil menunjukkan ______________ yang manis.


A. air muka
B. ikut jejak
C. minta diri

26. Murid-murid dan guru-guru _______________ di padang semasa sukan sekolah
diadakan.
A. mandi peluh
B. besar hati
C. titik peluh

27. Ibu Azim _____________ apabila anaknya mendapat johan dalam pertandingan
tersebut.
A. ringan tulang
B. besar hati
C. mata pencarian

28. Pilih kata ganda penuh yang menunjukkan nama binatang.
A. gula-gula
B. riang-riang
C. langit-langit

29. Pilih kata ganda penuh yang menunjukkan nama benda.
A. jentik-jentik
B. dekak-dekak
C. biri-biri

30. Pilih pasangan kata berimbuhan akhiran yang betul.
A. baca -------- membaca
B. bina -------- membina
C. hidup -------- hidupan
LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat8

(B) Soalan 36-40


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.













31. Ke manakah keluarga Swee Bee telah melawat?
A. Ke Kota Kinabalu
B. Ke Gunung Kinabalu
C. Ke Sabah

32. Kundasang sangat terkenal dengan
A. gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu
B. tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan
C. udara yang tercemar

33. Di manakah sayur-sayuran ditanam di Kundasang?
A. Di lereng-lereng kaki gunung.
B. Di Gunung Kinabalu
C. Di kaki gunung
Semasa melawat ke Sabah, keluarga Swee Bee sempat ke kaki Gunung Kinabalu. Di
sana terdapat satu kawasan yang sungguh nyaman iaitu Kundasang.

Di Kundasang, udaranya nyaman dan sangat terkenal dengan tanaman pelbagai
jenis sayur-sayuran yang segar. Pokok-pokok sayur ini ditanam di lereng-lereng kaki
gunung menjadikan kawasan itu menghijau dan senang mata memandang.

Ramai pelancong datang ke sini untuk berehat sebelum atau selepas mendaki
Gunung Kinabalu. Ada juga yang datang untuk membeli sayur-sayuran, bunga-
bungaan dan buah-buahan yang segar dari sana sambil menikmati udara yang tidak
tercemar di sana.
LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat9


34. Mengapakah orang ramai suka datang ke Kundasang?
A. Untuk menjual sayur-sayuran.
B. Untuk menanam sayur-sayuran.
C. Untuk membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.

35. Bagaimanakah keadaan udara di Kundasang?
A. Tercemar
B. Tidak tercemar
C. Panas

(C) Soalan 31-35
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pertandingan Bercerita
Tarikh : 9 J ulai 2010 (J umaat)
Masa : 4.15 petang
Tempat : Dewan sekolah
Kelayakan : Semua murid Tahun 3
Pendaftaran : sesiapa yang berminat, sila isi borang pendaftaran.
Borang pendaftaran boleh didapati melalui guru kelas.
Tarikh Tutup :2 Julai 2010 (Jumaat)
Hadiah yang ditawarkan:
Tempat pertama : RM50 +Sebuah Kamus Dewan
Tempat kedua : RM50 +Dua buah buku cerita
Tempat ketiga : RM20+Sebuah buku cerita
Lima hadiah sagu hati : Sebuah buku cerita
LimJuiLing/BahasaMalaysiaK1/Tahun3/Mukasurat10


36. Di manakah pertandingan bercerita akan diadakan ?
A. Dewan sekolah
B. Kantin sekolah
C. Bilik komputer

37. Dengan siapakah borang pendaftaran boleh didapati?
A. Ketua darjah
B. Guru kelas
C. Pengawas

38. Bilakah tarikah tutup pendaftaran bertandingan bercerita?
A. 9 J ulai 2010
B. 2 J ulai 2010
C. 3 J ulai 2010

39. Siapakah yang layak menyertai pertandingan tersebut?
A. Murid-murid Tahun 3
B. Murid-murid Tahun 2
C. Murid-murid Tahun 1

40. Apakah hadiah yang disediakan untuk pemenang tempat pertama?
A. Rm50 dan sebuah Kamus Dewan
B. Rm50 dan dua buah buku cerita
C. Rm20 dan sebuah bukuk cerita

---------------------------------------------------- TAMAT ------------------------------------------------------------


Disediakan oleh : Cik Lim J ui Ling
Disemak oleh : Cik Rozilawana Bt Ibrahim

You might also like