You are on page 1of 2

NAMA : SUZANNE LAU HUI YING

UNIT : PJK (SJKC)



ANSUR MAJU HANTARAN BOLA BALING
A. Hantaran Atas Bahu
Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala. Kedudukan siku
yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.
Bahagian atas badan tegak kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke
sasaran. Pemain berdiri seluas bahu. Kaki dominan berada di hadapan. Pemain
mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan
membaling memindahkan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan. Semasa
pemindahan berat badan, siku bagi tangan yang membaling dibawa ke hadapan dengan
segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat. Pergelangan tangan disentapkan ke
bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Jari telunjuk menghala ke
sasaran di akhir perlakuan. Tangan bebas dihalakan ke sasaran. Lutut hendaklah
dibengkokkan sedikit.

B. Hantaran Aras Dada
Pemain dalam kedudukan posisi triple-threat. Pergerakan lengan dan siku dengan
pantas ke hadapan. Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari
semasa melepaskan bola. Ikut lajak ke arah sasaran. untuk mencengkam bola. bola
mesti berdekatan dengan badan. Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan
tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola.

C. Hantaran Sisi
Hantaran ini dilakukan secara menyisi ke sasaran. Pemain daripada keadaan
kedudukan posisi triple-threat, mengangkat siku tangan membaling menghala ke
sasaran. Pada masa yang sama, pemain meluruskan lengan dan manghayunkannya ke
sasaran. Semasa lengan kurus, perlenganan tangan disentap diikuti dengan jari-jari
semasa melepaskan bola. Lengan ikut lajak ke arah sasaran.

D. Hantaran Lompat
Bola dipegang melepasi paras bola dan dibawa ke belakang kepala. Kedudukan siku
yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.
Bahagian atas badan tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke
sasaran. Pemain melonjak ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan
NAMA : SUZANNE LAU HUI YING
UNIT : PJK (SJKC)

tangan membaling. Pemindahan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan.
Semasa pemindahan berat badan, siku bagi tangan membaling dibawa ke hadapan
segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat. Pergelangan disentapkan ke bawah
diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. jari menghala ke sasaran di akhir
perlakuan. Tangan bebas dihalakan ke sasaran dan lengan ikut lajak ke arah sasaran.

E. Hantaran Bawah Lengan
Pemain berkedudukan posisi triple-threat. Bola dipegang melepasi paras bahu dan
dibawa ke belakang badan. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dan
lebih tinggi dari kedudukan bola yang dipegang. Bahagian atas badan dicondongkan
sedikit ke hadapan, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran. Bola
ditolak ke sasaran dengan menjatuhkan siku tangan membaling. Pindahkan berat badan
dan kaki belakang ke kaki hadapan. Semasa pemindahan berat badan, tangan
membaling dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan
kuat. Pergelangan tangan disentapkan ke atas diikuti dengan jari-jari semasa
melepaskan bola. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.

F. Hantaran Lantun
Bola dipegang pada posisi triple-threat. Kedudukan siku yang memegang bola
dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi. Bahagian atas badan
condong dan mata memandang ke sasaran. Pemain melantunkan bola dengan
melangkah kaki menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling.
Pemindahan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan. Lengan ikut lajak ke arah
sasaran.

You might also like