You are on page 1of 5

CINTA FITRAH VS CINTA FITNAH

Moderator : Ain Fatihah


Ahli Panel 1 : Fatin Nur Atifah
Ahli Panel 2 : Nurfarhana
Ahli Panel 3 : Ain Nabilah

Moderator :
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita di hari yang indah ini, dalam
majlis forum remaja yang telah lama anda semua nantikan, betul tak? Baiklah, kawan-kawan
sekalian, Cinta: Apabila Fitrah Menjadi Fitnah. Itulah dia tajuk yang bakal kita kupaskan
bersama ahli-ahli panel kita yang mantop lagi berwibawa. Tibalah masa untuk saya
perkenalkan siapa ahli-ahli panel kita pada hari ini. Semua orang pun nampak macam dah
tak sabar je. Macam cacing kena bakar je gayanya.
Baiklah, saya perkenalkan ahli panel yang pertama, yang berasal dari Bachok Kelate,
mengambil jurusan psikologi di Universiti Malaysia Kelate, iaitu, tak lain tak bukan, cik Fatin
Nur Atifah. Seterusnya, ahli panel kita yang kedua, cik Nurfarhana yang berasal dari
Temerloh Pahang, seorang mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa yang mengambil
jurusan medik. Dan panel kita yang terakhir sekali ialah, cik Ain Nabilah yang juga
merupakan anak jati Pahang yang menetap di Lepeh. Beliau mengambil jurusan farmasi di
Universiti Malaya.

Okeylah, berbalik pada tajuk kita pada hari ini, Cinta: Apabila Fitrah menjadi Fitnah. Ramai
yang berkata cinta itukan fitrah...ya cinta memang fitrah...jadi macam mana boleh jadi
fitnah? Fitrah kan sesuatu yang bersih dan bersesuaian dengan sifat manusia itu sendiri kan?
Ya, betul...tapi sejauh mana cinta itu dizahirkan... cinta yang fitrah adalah cinta kerana Allah
sebagaimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini,
nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi
segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali
kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila
dilemparkan ke dalam neraka." Riwayat Bukhari.

Jadi salah ke wujud perasaan cinta dikalangan manusia antara lelaki dan perempuan? Tentu
saja tidak salah. Jangan bunuh perasaan cinta itu kerana Allah campakkan perasaan itu agar
engkau berfikir akan kebesaranNya... Jadi macam mana kita hendak mencintai seseorang
sedangkan cinta yang fitrah boleh jadi cinta fitnah? Apa pendapat cik Fatin? Bolehkah cik
Fatin kongsikan pada kami semua?
Fatin :
Kawan-kawan tahu tak apa itu al-haya'? Al-haya tu perasaan malu... Nah, itulah
jawapannya... Jika ada rasa malu terhadap Allah, maka cinta itu tidak dizahirkan sewenang-
wenangnya terhadap orang yang kita kasihi. Melainkan, kita zahirkannya dengan akad nikah
yang sah sebagaimana Siti Khadijah melamar Rasulullah S.A.W kerana cinta beliau kepada
Baginda S.A.W. Khadijah tertarik dan jatuh cinta dengan akhlak dan budi Baginda S.A.W, lalu
melamarnya menjadi suami yang sah. Jadi begitulah sebaiknya kita menzahirkan cinta.
Letakkan syariat di hadapan kemudian pasti kita akan faham apa erti cinta fitrah.
Moderator :
Hmm saya setuju dengan pendapat cik Fatin tu. Lihatlah anak muda kita sekarang ni, mereka
mendefinisikan cinta sebagai satu ungkapan setia yang menghalalkan segala-galanya.
Namun begitu, matlamat tak menghalalkan cara. Apa pandangan cik Farhana pula tentang
cinta fitnah ?
Farhana :
Cinta fitnah ini ialah cinta yang membawa kita hanyut dengan perasaan. Apabila
diungkapkan rasa cinta itu, maka bermacam-macamlah perasaan yang berbunga-bunga
timbul. Rindu merindui, sayang menyayangi. Bak kata pepatah, kalau tak dapat tengok
orangnya, dapat tengok atap rumahnya pun jadilah. Nah, kawan-kawan, begitukah cinta
yang kalian mahu? Begitukah cinta yang Allah mahu? Hmm tepuk dada tanyalah iman...
Apa kata, kita jadikan perasaan cinta itu sebagai cinta fitrah yang bersih dan suci. Jauhilah
cinta fitnah!! Letakkan Allah dan RasulNya mengatasi segala-galanya. Barulah kita tidak
mudah kecundang apabila cinta yang didambakan daripada seorang manusia tidak dibalas,
kerana kita yakin dengan cinta yang pastinya akan terbalas. Itulah cinta Allah dan
RasulNya...Wallahu'alam.
Ain Nabilah :
Ehhh kejap kejap. Izinkan saya menyampuk tanpa memberi salam ya. Saya tertarik dengan
analogi yang diberikan oleh ukhti Fatimah Syarha tentang nyamuk dan harimau; yang mana
lebih bahaya?

Jika dilihat, mungkin ramai mengatakan bahawa harimau lebih bahaya berbanding nyamuk.
Bahkan bukankah sebenarnya ramai manusia lebih banyak menemui kematian akibat
penyakit dibawa oleh nyamuk berbanding kes orang dibaham harimau. Begitulah
perumpaan dalam cinta. Keparahan bercinta tahap teruk yang dilihat masyarakat adalah
apabila kejadian zina berlaku. Tetapi bagaimana pula jalan-jalan kecil yang tidak terlihat
dengan mata kasarnya?
Ia terkesan pada hati hingga kita melebihkan manusia yang dicinta melebihi Pencipta kita;
Allah lah yang paling utama patut kita cintai. Hingga kita bangun kita tidak melihat Allah
yang membangunkan kita, tetapi kita teringat manusia yang kita cinta. Apakah hingga
manusia mengambil tempat menjadi Tuhan di hati kita? Bukan saja untuk yang belum
berumahtangga bahkan hingga kita bergelar suami atau isteri sekalipun, Allah tidak patut
diletakkan ke nombor lain di dalam hati selain nombor yang pertama. Tidak ada yang boleh
mengambil takhta Ilah itu di hati melainkan Allah.
Moderator :
Wah... diam-diam ubi berisi nampaknya cik Ain Nabilah kita ni. Badannya kecil seperti
nyamuk, tapi pemikirannya luas bagaikan harimau! Tak ku sangka ku duga.
Farhana :
Habis tu, apa yang patut kita buat kalau tiba masanya kita telah dijentik dengan perasaan
cinta? Sebab saya rasa susah nak tepis perasaan tu.
Moderator :
Hai.. gaya cik Farhana cakap macam ada banyak pengalaman je ni. Ada sejarah silam ke ni?
Farhana :
Nama pun fitrah. Sejarah tu tak pernah mati dan tak akan mati. Faham-faham jelah.
Fatin :
Baik, perkara utama yang perlu remaja lakukan sekiranya jatuh cinta ialah..
Mujahadah, lawan nafsu. Sekiranya sudah bersedia pegang tanggung jawab dan mampu,
boleh mulakan langkah seterusnya. Langkah seterusnya tu seperti merisik, bertunang
ataupun lebih baik lagi kalau dah tak sabar sangat, bernikah terus.
Sebaliknya, jika kita terlalu mengikut hawa nafsu, akan terhasil kesan-kesan negatif seperti
zina, lahir anak luar nikah, kes buang bayi, dan lain-lain.
Ain Nabilah :
Sebaliknya, jika putus cinta, bila jatuh, perlu bangkit semula. Musibah mengajar kita banyak
perkara dan mendekatkan kita kepada Allah s.w.t. Biar putus cinta dengan manusia, jangan
putus cinta dengan Allah.
Moderator :
Amboi kuat betul menyampuk budak ni. Soalan pun belum usul lagi, jawapan dulu keluar.
Nampak sangat lebih berpengalaman daripada cik Farhana. Amboi amboi amboi.. bukan
main lagi ye ahli panel kita hari ini. Kalau macam tu saya nak tanya apa pentingnya cinta
fitrah itu?
Farhana :
Okeylah, pentingnya cinta fitrah ini ialah ia dapat membawa orang yang tersayang menuju
ke syurga. Apakah kita mahu menjadi penghalang orang yang kita sayangi itu menuju ke
Syurga? Mahukah kita sekiranya dia menjadi penghalang kita sebaliknya? Apakah kita
menjadi orang yang melalaikan orang yang kita sayangi dari mengingati Dia yang sepatutnya
pertama sekali kita cintai? Jalan yang paling selamat untuk bertemu-Nya di Syurga adalah
yang telah ditunjukkan-Nya kepada kita. Maka, apakah kita masih mahu menjalani jalan-
jalan yang menyempitkan dada dan menyesakkan nafas hingga kita bagai dihembus-hembus
bisikan syaitan yang memungkinkan kita jatuh ke jurang Neraka? Mengapa mahu pilih jalan
susah dan payah, sedangkan Allah dah sediakan kepada kita jalan yang lebih mudah? Justeru
itu, tepuk dada tanyalah iman....
Moderator :
Amboi banyak benar soalan cik Farhana ni, sampai tak terjawab dek saya dan ahli-ahli panel
yang lain. Baiklah, ada apa-apa lagi yang ingin kalian kongsikan bersama saya dan kawan-
kawan kita yang hadir pada hari ini?
Ain Nabilah :
Saya pula yang nak bertanya kepada cik Fatin. Jika seseorang remaja itu sudah terjerat
dalam arus percintaan, bagaimana? Boleh tak cik Fatin bagi serba sedikit tips bagaimana
seseorang remaja untuk menguruskan cinta mereka yang fitrah itu supaya tidak menjadi
cinta fitnah?
Fatin:
Okeylah.. bolehlah saya kongsikan dengan ringkas sahaja tips mengurus cinta bagi
remaja.Untuk bercinta, remaja mestilah memiliki MATLAMAT.Cinta memerlukan
persediaan. Cinta adalah benda besar yang tidak boleh dibuat main.Remaja perlu belajar
mengurus diri. Bijak mengurus diri, lebih bijak mengurus cinta.Sebelum sayang kepada
pasangan, perlu sayang Allah s.w.t dan sayang keluarga.Nak tahu kenapa?Cinta kepada
bunga,bunga akan layu.cinta kepada manusia,manusia akan mati...tetapi cinta pada Allah
cinta yang kekal abadi.
Moderator:
Okeylah rasanya masa sangat mencemburui kita. Jadinya,disini dapat saya simpulkan
bahawa cinta itu harus dipupuk oleh semua insan kerana rasa cinta itu sememangnya
diturunkan oleh Allah S.W.T. Bergantung pada kita bagaimana caranya untuk kita mengatur
dan mengendalikan rasa cinta itu supaya ia kekal sebagai cinta fitrah dan bukannya cinta
fitnah. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like