You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Baru Alumni SMASKP (Mesyuarat Jawatankuasa

Penaja)

Seperti yang tertera pada tajuk post ini,
saya diminta oleh saudari Nor Akmar Atan untuk post-kan minit mesyuarat berkenaan
pembentukan jawatankuasa baru Alumni SMASKP.

MINIT MESYUARAT PEMBENTUKAN JAWATANKUASA BARU ALUMNI SMASKP
(MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA)

Tarikh : 29 November 2008
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Selera SMASKP

Kehadiran :

Muhammad Hafiz B Rudi
Muhammad Akmal B Aminudin
Amirrul Affzan B Anuar
Mohamad Syafiee B Sainal
Muhammad Faddli B Abdul Malik
Mohd Rahmat B Mohd Shukor
Nor Hafizan B Abdul Wahab
Mohd Zulhairi B Zulhanafi
Nur Uyun Bt Aman
Rusqiyah Bt Md Din
Azliza Bt Abu Bakar
Nuruljannah Bt Ayop
Nadzirah Bt Redzuan
Nor Akmar Bt Atan

Turut hadir :

Nur Fatimah Bt Ahmad Zairin
Dalilah Bt Mohamad Amran
Nurhidayah Bt Idris
Nur Faizzah Bt Ahmad Zairin


Agenda 1
Kata-kata aluan dari penasihat Alumni
Encik Baharuddin B Ali selaku penaihat Alumn SMASKP menzahirkan penghargaan dan
mengalukan kedatangan semua bekas pelajar yang sudi meluangkan masa pada hari tersebut.
Beliau juga menyatakan perasaan yang terharu dengan sokongan yang diberikan semua bekas-
bekas pelajar yang masih setia berhubungan dengan pihak sekolah.

Agenda 2
Pembubaran AJK lama Alumni.
Mesyuarat pada hari itu di pengerusikan dahulu oleh penasihat Alumni sendiri sebelum
pembetukan Ajk baru dibuat. Menurut beliau ini adalah kali ketiga mesyuarat yang
seumpamanya dibuat tetapi malangnya AJK yang telah dibentuk di mesyuarat sebelumnya
tidak berjalan atau dalam erti kata lain tidak aktif. Sehubungan itu,beliau mengumumkan
pembubaran AJK terdahulu dan menyarankan pembentukan AJK baru dibuat. Perkara ini telah
di persetujui oleh semua ahli mesyuarat termasuklah bekas AJK Alumni yang telah pun dilantik
dalam mesyuarat yang lepas.

Agenda 3
Perlantikan AJK Baru Alumni.
Encik Baharuddin seterusnya menyerahkan majlis kepada Saudari Nuruljannah Bt Ayop sebagai
wakil beliau untuk mempengerusikan perlantikan Ajk baru dan membincangkan agenda
seterusnya. Atas nasihat Encik Baharuddin, perlantikan AJK kali ini juga boleh melibatkan
mereka yang tidak hadir pada hari itu dengan syarat mereka itu dipersetujui dan di ketahui
kebolehannya oleh semua. Hasil perbincangan yang telus dan teratur maka terbentuk lah AJK
Alumni SMASKP yang baru seperti di bawah:

STRUKTUR ORGANISASI

Penaung
Hj Abdul Halim Bin Othman

Penasihat (I)


Penasihat (II)


Yang Di Pertua (YDP)
Mohd Sabri B Jamaluddin.

Naib Yang Di Pertua (NYDP)
Nuruljannah Bte Ayop.

Setiausaha
Nor Akmar Bte Atan.

Bendahari
Mohd Rahmat B Shukor.

Jawatankuasa Kecil :

Biro Teknologi Maklumat (IT)
Nor Hafizan B Abdul Wahab

Biro Setiap Batch
Batch 1 : Mohd Rizal
Batch 2 : Rusqiyah
Batch 3 : Maizatul Akmar
Batch 4 : Nur Fatimah
Batch 5 : Mohd Zairi
Batch 6 : Nakiah

Biro Program
Amirrul Affzan B Anuar
Nadzirah Bte Redzuan

Agenda 4
Mesyuarat AJK baru : Perbicangan kertas kerja penubuhan/pendaftaran Alumni SMASKP.
Mesyuarat selanjutnya tetap dipengerusikan oleh Saudari Nuruljannah selaku NYDP mewaikili
YDP yang telah dilantik tetapi tidak hadir pada hari tersebut. Perbincangan tentang kertas kerja
ini berlanjutan agak lama dan tidak juga menemui penyelesaian atau kata sepakat yang
memuaskan. Selaku setiausaha saya mencadangkan agar perbincangan tentang kertas kerja ini
dijalankan dengan ahli Majlis Tertinggi bersama Penasihat Alumni sahaja untuk mengelakkan
terlau banyak kecelaruan dan percanggahan. Perkara ini telah di persetujui dan akan di ambil
tindakan oleh mereka yang berwajib.

Agenda 5
Progam Alumni yang terdekat.
Encik Baharuddin mencadangkan supaya AJK yang baru dibentuk ini menjalankan sekurang-
kurangnya dua program yang terdekat. Satu program adalah untuk mengumpulkan semua
belas pelajar SMASKP dari semua batch buat julung kalinya. Dan satu lagi program adalah
melibatkan Alumni dengan pelajar SMASKP sekarang seperti sirih pulang ke gagang. Perkara
ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut setelah Alumni SMASKP ini telah di daftarkan secara
rasminya.

Agenda 6
Usul yang dibawa dan diminta pertimbangan dari semua ahli mesyuarat.
Sebelum mesyuarat berakhir semua ahli mesyuarat diminta untuk mengemukakan sekurang-
kurangnya satu usul yang membawa kebaikan kepada Alumni dan boleh diguna pakai kelak.
Antara usul mereka adalah ;

Nur Uyun : Saudari Uyun menyarankan agar program perjumpaan/gathering semua bekas
pelajar SMASKP di jadikan acara wajib sama ada setahun sekali atau dua tahun sekali. Tambah
beliau lagi, ini dapat memastikan keberlangsungan persatuan ini sekali gus merapatkan
ukhwah yang telah lama terpisah.

Mohd Rahmat : Selaku bendahari beliau telah meyarankan agar yuran sebanyak
RM 20.00 setahun di kenakan kepada setiap ahli persatuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh
semua ahli mesyuarat setelah perbincangan yang agak panjang. Saudara Rahmat juga
menyarankan agar semua surat dan kertas kerja di buat dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Ini adalah penting dan berguna untuk mendapatkan lebih banyak penaja
terutama dari syrikat swasta.

Mohd Hafis : Saudara Hafis mencadangkan supaya diwujudkan kad keahlian bagi setiap ahli
persatuan. Perkara ini kedengaran menarik tetapi ia perlu dipertimbangkan sewajarnya kerana
ia memakan kos.

Rusqiyah & Dalila : Kedua-dua mereka menyentuh tentang perkara yang sama iaitu tentang
akaun persatuan. Mereka juga menyarankan agar semua yuran persatuan dapat di salurkan
atau dimasukkan terus ke dalam akaun tersebut.

Amirrul Affzan : Beliau berharap agar semua program yang bakal di jalankan oleh persatuan
akan mendatangkan faedah dari segi kewangan. Oleh itu semua ahli persatuan perlu bijak
merebut setiap peluang yang ada dalam setiap program bagi menambah dana persatuan.
Beliau juga menambah agar semua program yang bakal di jalankan oleh persatuan Alumni kali
ini mendatangkan faedah dan keuntungan kepada semua pihak sama ada yang menganjurkan
program atau mereka yang menyertai program tersebut.

Agenda 7
Penutupan.
Pengerusi mesyuarat Saudari Nuruljannah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
setiap kerjasama yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat. Beliau juga mengharapkan agar
AJK yang baru terbentuk ini dapat meneruskan aspirasi dan sekali gus melaksanakan impian
kita semua bagi menubuhkan secara rasminya Alumni SMASKP. Mesyuarat ditangguhkan pada
lebih kurang jam 1.15 petang.


Disediakan Oleh;

(..............................)
NOR AKMAR BINTI ATAN
Setiausaha Alumni SMASKP


Disemak dan disahkan oleh;

(...........................................)
NURULJANNAH BINTI AYOP
b.p Yang Di Pertua Alumni SMASKP.

You might also like