You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR


KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2014

Tarikh: 27 Disember 2013
Masa: 11.00 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran:
1. En Mat Som B Sadono (Ketua Panitia)
2. En Zulkeflee B Rahmat
3. Tn Hj Mohd Saim B Buang
4. En Burhan B Md Yussof
5. En Jamal B Adenan
6. En Ahmad Salleh B Suraimi
7. Pn Hjh Fazidah Bt Buwang
8. Pn Azizah Bt Osman
9. Pn Siti Hawa Bt Ahmad
10. Pn Noreha Bt Awi
11. Bersama-sama hadir: En Zakariah B Bahari (GPK 1)


BIL PERKARA
1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa
menghadiri mesyuarat kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2014.

Tindakan
Pengerusi
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
En Ahmad Salleh B Suraimi mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Disokong
oleh En Jamal Bin Adenan dan sebulat suara.

Tindakan
Pn Siti Hawa Bt Ahmad
3 Perkara perkara berbangkit:

3.1- Analisis keputusan UPSR 2013

3.1.1 : Pengerusi mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang Bahasa Melayu bagi
UPSR 2013 iaitu bagi kertas Pemahaman sebanyak 97%, GPMP 1.59, %A 60.6% manakala
bagi kertas Penulisan mencatatkan kelulusan 92.4% , GPMP 1.83, %A 50% iaitu
peningkatan sebanyak 14.4% berbanding tahun 2012.

3.1.2: Pihak sekolah telah berbincang dan menganalisis bahawa bagi UPSR 2014, sasaran
adalah seperti berikut:

Kertas Pemahaman sasarannya ialah 100% menguasai, GPS 1.92 dan %A ialah sebanyak
67.80%

Kertas Penulisan pula sasarannya ialah 94.92% GPS 1.51 dan %A juga sebanyak 67.8%.

Sasaran bagi kedua-dua kertas peperiksaan UPSR tersebut adalah berdasarkan TOV yang
telah dicapai oleh 59 calon UPSR 2014, iaitu pencapaian calon-calon bagi Peperiksaan
Akhir Tahun 2013.

3.1.3: TOV calon-calon UPSR 2014 adalah seperti berikut. Pemahaman 94.92% menguasai
GPMP 2.36, dan %A 10.17%. TOV bagi Penulisan pula 88.14% menguasai, GPMP 2.46, %A
15.25%.

Justeru itu, bagi kertas Pemahaman memerlukan peningkatan sebanyak 5.08% menguasai
untuk mencapai sasaran, dan kertas Penulisan perlukan lagi 6.78% untuk mencapai
sasaran tersebut.

3.1.4: Bagi memastikan sasaran ini tercapai beberapa perkara berikut akan dijalankan.

- Pengurusan Sekolah- haruslah lebih memantau pelajar-pelajar bermasalah
dari segi sahsiah dan kelakuan, kerana ini akan mengganggu proses pembelajaran dan
pengajaran guru di kelas
- Panitia Panitia akan menyediakan bahan-bahan soalan terkini dan meneruskan
program-program yang ternyata berkesan meningkatkan keputusan UPSR untuk tahun
2013 yang lalu. Antara program-program tersebut ialah:
a. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR (Penulisan)
b. Program 3P
c. Program Menyalin Karangan
d. Zoom A
e. Sudut Bahasa Melayu DI Dalam Kelas
f. Penggunaan Akhbar Didik
g. Kelas Malam
h. Teka Silang Kata


- Guru Guru akan menghadiri kursus-kursus penandaan dan pemantapan bahasa
bagi mengetahui format terbaru yang dikendaki dalam menjawab kertas penulisan.

- Pelajar- Pelajar yang mempunyai semangat yang negatif haruslah diberikan
motivasi. Pembangunan sahsiah penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang kondusif. Ini akan dijalankan bersama dengan unit Kaunseling.

- Ibu-bapa-Ibu bapa harus memantau kerja rumah pelajar juga semasa pelajar
menjawab Zoom A. Tanpa pengawasan mereka, pelajar-pelajar akan melayari laman web
yang tidak berfaedah.



Tindakan
Semua Pentadbir, ibu bapa,
Guru Kaunseling, guru Bahasa
Melayu yang terlibat


4. Perkara-perkara Yang Dibincangkan:

4.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan dan Rancangan Tahunan
Ketiga-tiga bahan tersebut hendaklah disediakan oleh semua guru mata pelajaran Bahasa
Melayu termasuk Tahun 1,2,3 dan 4 yang mula menggunakan kurikulum baru KSSR.

4.2 Pn Azizah Osman Jumlah murid Linus Tahun 1 bagi tahun 2013 ialah Tahun 1 yang
masuk ke Tahun 2 sebanyak 9 orang pelajar. Tahun 2 yang sekarang masuk ke Tahun Tiga
jumlahnya ialah sebanyak 2 orang pelajar. Dan tahun Tiga yang masuk tahun 4 semuanya
telah melepasi sasaran.

4.3 Pemulihan- Pn Maryati Salim menjelaskan guru-guru termasuk kelas Tahun 6 boleh
menghantar pelajar yang lemah ke kelas Pemulihan.
4.4 KSSR PBS kini telah sampai ke Tahun 4. En Ahmad Salleh menjelaskan guru-guru
Tahun 1-4 mestilah menyediakan fail-fail dan evidens seperti yang lepas. Dan
memasukkan markah-markah dalam system online PBS apabila telah sampai masa yang
telah ditetapkan.

4.5 MBM/MBI Program MBM/MBI akan terus dijalankan terutamanya sama ada
secara rasmi dan tidak rasmi bagi memantapkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar
sekolah ini. Ini akan digabungkan dalam kempen-kempen Anti Dadah, Kempen Hari
Kemerdekaan dan sebagainya.

4.6- PLBS, Ujian Lisan Bahasa Melayu mestilah dijalankan sebagaimana pada tahun-tahun
yang lepas. Ini khas untuk murid Tahun 5 dan 6 sahaja. Pemantauan akan dijalankan oleh
pihak PPD. Sekurang-kurangnya ujian ini dijalankan dua kali setahun.

4.7-Pelajaran Keselamatan Jalan Raya (PKJR), mestilah dijalankan. Buku-buku aktiviti PKJR
ini akan diserahkan kepada semua pelajar dari Tahun 1-Tahun 6 pada awal Januari 2014.

Tindakan-
Semua guru Bahasa Melayu
yang berkenaan
5. Hal-hal lain:

5.1 Pengerusi meminta guru-guru yang memerlukan bahan, alat bantu mengajar agar
dapat dibekalkan kepada guru-guru melalui sumber kewangan panitia yang ada.

5.2-Hj Mohd Saim Buang memohon buku rujukan terkini khasnya contoh karangan bagi
kegunaan guru.

5.3-Pn Fazidah Buwang menjelaskan tentang Program Transisi dan Guru Penyayang
Tahun 1 akan diadakan selama seminggu pada awal persekolahan sesi 2014 ini.

5.4-Pengerusi juga menjelaskan tentang Plan J juga haruslah dilaksanakan bermula
Januari.

5.5-PROTIM juga akan dijalankan. Tarikh-tarikh dijalankan adalah setelah menerima surat
daripada PPD.

Tindakan
Semua guru Bahasa Melayu

6. Penutup


Ucapan penangguhan oleh En Zakariah Bin Bahari. Beliau dan barisan pentadbir akan
mengambil berat permasalahan dan perkembangan panitia Bahasa Melayu demi
kemajuan pelajar.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah hari

You might also like