You are on page 1of 1

Contoh Teks Forum Remaja

Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?


.
Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah
sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin.

Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional
persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual
kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah
sekalian.

Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan sudah
semestinya membawa kepada persoalan yang berkait dengan kawalan individu, pemimpin,
masyarakat dan sebagainya. Kawalan inilah yang penting dalam menentukan jati diri,
akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di tonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab
adalah rukun utama dalam pembentukan disiplin. Di sekolah, disiplin satu kawalan sosial
bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan teratur dan lancar. Maka disinilah terletaknya tanggungjawab yang
digalas oleh semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelajar sama ada murid itu sendiri,
guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau masyarakat umumnya.
Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan disiplin adalah asas penting bagi
membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Amanah
yang dipikul dengan baik adalah tunjang kepada kawalan sosial yang baik. Namun tidak
dinafikan, ramai juga masyarakat di luar sana menganggap tanggungjawab dan disiplin
adalah suatu perkara yang sangat negatif iaitu merupakan masalah sosial dan tidak
amanah sedangkan hakikatnya ia merupakan usaha yang perlu bagi memperbaiki etika dan
gaya hidup bertamadun manusia. Contohnya orang Jepun yang membangunkan negara
mereka setelah menjadi padang jarak padang tekukur dan kini merupakan negara moden
seperti sekelip mata. Asasnya tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab dan disiplin
yang hebat.

pada hari ini, siapakah yang sebenarnya menggalas tanggungjawab utama bagi
mendisiplinkan pelajar di sekolah
Panel Pertama: Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan. Pada
pendapat saya, pihak yang menggalas akauntabiliti utama dalam mendisiplinkan pelajar
adalah golongan ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan
perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Hal ini disebabkan ibu bapalah yang
sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Di samping
itu, golongan ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak
mereka sejak berada di dalam kandungan lagi. Di samping itu, ibu bapa juga perlu
meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih
anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, menunjukkan keperibadian yang mulia,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Justeru, Ibu bapa
hendaklah menjadi role model kepada anak agar anak-anak tidak kehilangan arah dan
menjadi insan yang berilmu dan beragama, penyumbang kepada kemantapan ummah
seantero dunia, insya-Allah.

You might also like