You are on page 1of 6

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi

diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat. ( 5


Prinsipal A …… )

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai


sedekah.

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.


4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.( Tapi
ikutlah batasan syariat agama )

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa
salahnya. ( Apa pun akhlak dan aurat mesti jaga )
8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap


kesihatan diri.
11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan
diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.( kerana Allah )

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

SEMOGA SUKSES DAN KEJAYAAN MENANTI KITA.


http://sejarahstpm.blogspot.com/search/label/MOTIVASI%20DIRI

You might also like