You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

KALI KE 2 / 2014



Tarikh : 22 April 2014
Hari : Selasa
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
SMK Puteri Wilayah, 50300 Kuala Lumpur.



Kehadiran :

1. Pn. Radhiah Bt Muhammad Pengetua
2. Datin Noor Hasimah Bt Mohd Taib PK Tadbir dan Kurikulum
3. En. Mazlan Bin Sharif PK Ko-ko
4. Pn. Norhayati Bt Mahmud PK Petang
5. Pn. Norhalma Bt Omar Guru Kanan
6. Cik Rohani Bt Roslan Guru Kanan / Audit Dalaman
7. Pn. Susilayati Bt Ehwan Guru Kanan
8. Pn. Rukiah Bt Husin Guru ICT
9. Pn. Nur Wahida Bt Rahim Guru Penyelaras Media & Perpustakaan
10. Pn. Kong Lai Mei Ketua Panitia-B.I
11. Pn. Teo Lay Bee Ketua Panitia-Matematik
12. Pn. Zakiah Bt Mohd Yusof Ketua Panitia-Mate Tambahan
13. Pn. Norazela Bt Safien Ketua Panitia-Sains Tulen
14. Pn. Maznah Bt Khazali Ketua Panitia-Sains
15. En. Mohd Firdaus Bin Mohd Zin Ketua Panitia-Sejarah
16. Pn. Siti Nor Azlina Bt Abdul Hamid Ketua Panitia-Geografi
17. Pn. Salmi Binti Manaf Ketua Panitia-Pend. Islam
18. Pn. Roslina Bt Samsi Ketua Panitia-P.A/E.A/Pdgangan
19. Pn. Wan Noordina Bt Hamzah Ketua Panitia-K.H/PP Aset
20. Pn. Intan Fazrini Bt. Adnan Ketua Panitia-P.Seni
21. Pn. Raja Zamilah Bt Raja Yaacob Ketua Panitia-PJK
22. Pn. Masliza Bt Mohd Idi Ketua Panitia-L.K
23. Pn. Norlida Bt Mohd Noor Ketua Panitia-Sivik
24. Pn. Fatimah Bt Ibrahim Ketua Pembantu Tadbir
25. Pn. WanYusnida Bt W. Hamat Zawawi Pembantu Tadbir







1. Perutusan Pengerusi

1.1 Terlebih dahulu Pengerusi mengucapkan Salam 1 Malaysia dan ucapan
terima kasih atas kehadiran semua AJK yang hadir untuk Mesyuarat
JPKA kali ke dua bagi tahun 2014.
1.2 Pengerusi mengingatkan supaya semua Ketua Panitia membelanjakan dan
merancang pembelian secara berhemah.
1.3 Pengerusi seterusnya menjemput Pn. Fatimah Bt. Ibrahim (KPT) untuk
membentangkan kewangan sekolah.

2. Pergurusan Bajet

2.1 Pn. Fatimah memaklumkan pecahan-pecahan Bantuan Perkapita yang
diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Februari 2014
yang lalu mengikut pecahan Panitia masing-masing. (Rujuk Lampiran)
2.2 Peruntukan ini mestilah dibelanjakan dengan berhemah dan dihabiskan
dalam tahun semasa.
2.3 Pn. Wan Yusnida pula memaklumkan Bantuam Perkapita yang diterima
oleh Kumpulan Wang Asrama adalah sebanyak RM341,740.00 bagi
Bantuan Makanan dan RM8,580.00 bagi LPBT untuk tahun 2014.
2.4 Bagi Bayaran Tambahan Asrama 2014 hanya bayaran fardhu ain dan
sanitac dibenarkan oleh Pelulus (Unit Perhubungan & Pendaftaran
JPWPKL). Kutipan bagi sanitac akan diakaunkan ke akaun PIBG sekolah.
2.5 Bayaran Tambahan Persekolahan Murid Bukan Warganegara Tahun 2014
dan Kutipan Bayaran Majalah Sekolah Tahun 2014 telah diluluskan oleh
JPWPKL dan boleh dikutip mulai 1 April 2014.
2.6 Bagi Akaun PIBG, bayaran tambahan yang dibenarkan ialah Sumbangan
PIBG,sanitact,selenggara kecil,akviti latih tubi murid,kertas tulis jawapan
dan Program Kecermerlangan Akademik.

3. Penyediaan dan Pembentangan Penyata Kewangan & Laporan Kewangan
Suku Pertama/2014.

3.1 Baki KWK,KWS dan KWA sehingga 21.04.2014 (Rujuk Lampiran)
3.2 Pemeriksaan Naziran keatas bayaran melalui system eSPKB telah
dijalankan pada 17 Mac 2014 yang lalu dan secara keseluruhan mengikut
Sistem Penilaian Prestasi PTJ eSPKB(SPPP), prestasi pelaksanaan eSPKB
di PTJ adalah CEMERLANG dengan peratus sebanyak 92.10%.
Berdasarkan Naziran eSPKB yang telah dijalankan, didapati pengurusan
penyata penyesuaian vot, laporan BV381, laporan BV340, Lapran C231B,
penyimpanan dokumen kewangan, surat penurunan kuasa kepada pegawai
pegawai yang layak menjalankan tugas eSPKB dan Borang Kew 290
bagi contoh tandatangan dan Had Kuasa Berbelanja (HKB) Peraku I dan II
telah dilaksanakan dengan teratur.
3.3 Pengauditan Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun 2013 akan dijalankan
pada 22 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014 ini.

4. Lain-lain Hal
4.1 Pengerusi menjelaskan yang Bayaran Tambahan Sekolah pada tahun 2014
ini berdasarkan kelulusan Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-41 mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7 Tahun 2008.
4.2 Mesyuarat JPKA Kali Ke-3 dicadangkan pada bulan Julai (suku tahun
kedua/2014). Penekanan akan diberikan kepada baki bagi setiap panitia
setelah perbelanjaan dilaksanakan.
4.3 Pengerusi meminta kerjasama semua guru kanan supaya merancang bagi
membelanjakan peruntukan yang diberikan secara berhemah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.



Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :



(WAN YUSNIDA BT WAN HAMAT ZAWAWI (RADHIAH BT MUHAMMAD)
Pembantu Tadbir N17 Pengetua
SMK Puteri Wilayah SMK Puteri Wilayah
Kuala Lumpur Kuala Lumpur.

You might also like