You are on page 1of 13

1

PENEMPATAN KOMUNITI
(PKS KK LENGGONG)
TAHUN 2 SEMESTER 2
TUGASAN
CASE STUDY

TAJUK:
(PEDICULOSIS CAPATIS)
NAMA : MUHAMMAD AMIR IKHWAN BIN MUHD SHUKRI
NO I\C : 930513-07-5835
NO.MATRIK : BPP2011-6588
PENGAJAR : EN HAIZAD BIN YUSUF



T/TANGAN PEMERIKSA
2

KANDUNGAN
PENGENALAN .......................................................................................................... 3
PENYATAAN MASALAH .......................................................................................... 4
LITERATURE REVIEW..5
PERBINCANGAN8
KESIMPULAN ......................................................................................................... 11
RUJUKAN ............................................................................................................... 12


3

PENGENALAN

Pediculosis adalah keadaan yang disebabkan oleh infestasi kutu iaitu sejenis
parasit dari kumpulan pediculosis humanus. Secara amnya, pediculosis berpunca
daripada tiga jenis kutu iaitu pediculosis capitis, pediculosis corporis (kutu badan)
dan pediculosis pubis (kutu kemaluan). Walau bagaimanapun, pediculosis capitis
merupakan parasit yang kerap menyerang bahagian kepala manusia dan ini lebih
dikenali sebagai kutu kepala.
Menurut Shafinaz Sheikh Maznan (2008) di dalam Utusan Online, kutu
kepala sudah menjangkiti manusia sejak berjuta tahun lamanya tidak kira di negara-
negara membangun mahupun maju. Setiap tahun, dianggarkan antara enam juta
hingga 12 juta orang manusia di seluruh dunia dijangkiti oleh kutu kepala.
Kutu kepala adalah serangga kecil yang pipih dan tidak mempunyai sayap.
Kutu kepala hidup dan melekat pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah
kira-kira 2 4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian
belakang. Kutu kepala menggigit kulit kepala dan menghisap darah manusia.
Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini
menyebabkan rasa gatal pada kulit kepala.






4

PENYATAAN MASALAH

Maklumat Peribadi Pesakit
Nama : Nur Ika Syafinaz bin Abdul Rahman
Umur : 5 tahun
Bangsa : Melayu
Warganegara: Malaysia
Alamat : No.6 Kampung Sumpitan, 33420, Lenggong, Perak.
Diagnosis : Pediculosis capitis
Aduan utama : Gatal dekat kepala sejak 3 minggu lalu.
Tanda dan gejala :
-pruritis pada kepala sejak 3 minggu
-sores(kudis) pada kepala
-pain pada kawasan sores(kudis )di kepala.
Pemeriksaan fizikal :
Hasil pemeriksaan pada rambut pesakit mendapati terdapat telur
kutu(head lice) telah dikesan pada hujung rambut dan kulit kepala. Terdapat juga
Nymph di kesan pada kulit kepala pesakit . Terdapat juga sores (kudis) pada kepala
pesakit .





5


LITERATURE REVIEW
Pediculosis capitis ialah sejenis kutu yang hidup di kepala.Menurut John
Lucky Meisenheimer (2004) kutu dewasa hidup pada pangkal rambut dan mkan
pada kulit kepala sebanyak 5-6 kali sehari.Kutu kepala menjadi ancaman kepada
kesihatan setiap individu di dunia.Kutu secara amnya memberi kesan yang lebih
kepada kanak-kanak perempuan sekolah rendah, berumur 3-12 tahun berbanding
dengan kanak-kanak lelaki. Dalam kaji selidik sekolah tertentu epidemiologi yang
dijalankan di negara-negara yang berbeza kelaziman kutu telah didapati menjadi
6.8% di Turki (Kokturk et al., 2003), 8.9% di Belgium (Willems et al., 2005), 13% di
Australia ( Counahan et al, 2004), 35% di Brazil (Borges dan Mendes, 2002), 5.8%
di Korea (Sim et al., 2003) dan 52% di Ukraine (Kurhanova, 2006). Menurut
pendapat Mohammad Nik (2010), jangkitan kutu kepala selalunya berlaku dalam
kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 3 hingga 12 tahun dan anak
perempuan lebih kerap dijangkiti berbanding perempuan.
Borges dan Silva, (2007) turut menyatakan bahawa kutu kepala lebih
kerap mnyerang kanak-kanak perempuan.Kutu kepala hidup dengan menghisap
darah dan seterusnya boleh membawa kepada jangkitan sekunder.Apabila individu
kerap digigit kutu serangga ini boleh menyebabkan alahan seperti gatal-gatal yang
teruk dan menyebabkan individu kerap menggaru pada tempat gatal dan hasilnya
menyebabkan kudis (Mumcuoglu dan Hemingway, 1995). Di samping itu jangkitan
sekunder boleh mengganggu tingkah laku dan prestasi sekolah (Bailey dan Prociv,
2000) dan menyebabkan kesusahan psikologi (Dodd, 2001; Mumcuoglu, 1999).
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abdul Majid (2010) Kutu merupakan
masalah ketara pada rambut apabila kesihatan diri tidak dipentingkan. Kutu atau
nama saintifiknya, Pediculus humanes dapat berpindah daripada seorang individu
6

kepada individu yang lain apabila peralatan rambut seperti sikat dikongsi bersama.
Menurut pendapat Hasnan Azlan (2010) pula, kutu kepala tidak memilih kepala
sama ada bersih atau kotor malahan ia lebih suka dengan rambut yang bersih, lurus
dan pendek kerana ia memudahkan laluan kutu di kepala.
Cara yang paling penting untuk penyebaran penyakit ini adalah hubungan
secara langsung dengan individu-individu yang terlibat dan penggunaan barangan
peribadi mereka termasuk pakaian yang tercemar, katil atau menggunakan
perabot.Cara yang paling berkesan untuk berkempen dengan penyakit itu
menggunakan syampu yang mengandungi racun serangga dan pendidikan kesihatan
awam (Koch dan Brown, 2001).
Kutu dewasa bergerak dengan cepat melalui rambut kering berbanding
dengan rambut yang basah (Koch et al., 2001).Kutu biasanya meletakkan telur pada
kulit kepala dengan kedalaman 1-2mm (Frankowski, 2004).Beberapa kajian telah
menyatakan bahawa kanak-kanak perempuan menunjukkan serangan kadar yang
jauh lebih tinggi daripada lelaki. Kebanyakan kajian lepas telah menunjukkan
kelaziman yang lebih tinggi dalam perempuan (Motovali Emami et al, 2003;
Kokturk et al, 2003;. Counahan et al, 2004;. Sim et al, 2003).
Bagaimanapun beberapa kajian telah gagal untuk menunjukkan hubungan
antara panjang rambut dan serangan kutu kepala (Chouela et al, 1997;. Slonka et
al, 1977). Perbezaan dalam kadar penyebaran kutu kepala antara kumpulan umur
tidak disokong oleh banyak kajian (Kokturk et al, 2003;. Borges et al, 2002;
Kamiabi dan Nakhaei, 2005), tetapi dalam beberapa laporan, ia telah menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan dalam kadar serangan dengan usia (Amr dan Nusier,
2000; Wandy Shakkoury dan Abu, 1999) atau tidak mempunyai hubungan
kepentingan statistik (Motovali Emami et al, 2003;. Zabihi et al, 2006.).
7

Dalam kajian ini, kawasan bandar mempunyai kelaziman yang lebih rendah
daripada serangan kutu daripada kawasan-kawasan luar bandar, yang disebabkan
oleh kebersihan yang lebih baik, kerana sekolah bandar mempunyai guru yang
terlatih atau penyelia kesihatan. Beberapa orang penyelidik telah mendakwa bahawa
kutu kepala ditemui di semua sosio-ekonomi dikelaskan (Kokturk et al, 2003;
Counahan et al, 2004;. Borges et al, 2002), manakala yang lain telah melaporkan
bahawa kutu kepala adalah lebih kerap di luar kawasan bandar dengan kelas sosio-
ekonomi (Sim et al, 2003;. Kamiabi dan Nakhaei, 2005).
Ada pendapat mengatakan bahawa kawasan sosio ekonomi yang rendah
mempunyai kesedaran yang kurang dalam penjagaan kebersihan rambut.Pendapat
ini telah disokong oleh Monsen dan Keller, (2002). Kawasan luar bandar
menunjukkan tiga kali ganda daripada kadar jangkitan di kawasan bandar. Baru-baru
ini, dua kajian telah menyatakan bahawa kutu boleh menyebarkan Bartonella
Quintana Brenner (agen penyebab demam parit) (Sasaki et al., 2006) dan
Richkettsia prowazekii da Rocha-Lima (Robinson et al, 2003).
Diagnosis serangan kutu boleh disahkan dengan melakukan pemeriksaan
klinikal kulit kepala dan rambut untuk pengesanan kutu dewasa peringkat nymphal,
atau telur (nit) dengan menggunakan sikat bergigi halus.Kaedah ini disahkan
pengesanannya (Mottram, 2000). Menggunakan sikat bergigi halus adalah 4 kali
lebih cekap daripada pemeriksaan visual langsung dan dua kali ganda secepat
(Elston, 2005; Mumcuoglu et al, 2006).




8

PERBINCANGAN
Setelah pemeriksaan fizikal dilakukan pada kanak-kanak perempuan ini
,didapati dia telah dijangkiti oleh kutu.Terdapat telur kutu dihujung
rambutnya.Terdapat juga telur kutu pada kulit kepala. Frankowski( 2004)
telah mengatakan bahawa kutu biasanya meletakkan telur pada kulit kepala
dengan kedalaman 1-2mm.Semasa pemeriksaan fizikal pada rambut dan kulit
kepala dilakukan,kanak-kanak ini mengalamai kegatalan pada kepalanya.Dia
sentiasa menggaru kepalanya. Apabila individu kerap digigit kutu serangga ini
boleh menyebabkan alahan seperti gatal-gatal yang teruk danmenyebabkan
individu kerap menggaru pada tempat gatal dan hasilnya menyebabkan kudis
(Mumcuoglu dan Hemingway, 1995). Menurut pendapat Mohammad Nik
(2010), jangkitan kutu kepala selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang
berumur dalam lingkungan 3 hingga 12 tahun dan anak perempuan lebih kerap
dijangkiti berbanding perempuan.
Guru kelas kepada kanak-kanak ini telah mengatakan bahawa kanak kanak
ini mengalami kesukaran untuk memberikan perhatian didalam kelas.Soal
jawab telah dilakukan terhadap murid ini.Pengambilan sejarah penyakit
dilakukan .Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kebersihan dirumahnya tidak
diambil berat.Ibu bapanya sibuk bekerja menyebabkan tiada masa untuk
memberi tumpuan terhadap kebersihan dirumah dan kebersihan dirinya
terutamnya dalam konteks kebersihan rambut.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abdul Majid (2010) Kutu merupakan
masalah ketara pada rambut apabila kesihatan diri tidak dipentingkan. Kutu
atau nama saintifiknya, Pediculus humanes dapat berpindah daripada
seorang individu kepada individu yang lain apabila peralatan rambut seperti
9

sikat dikongsi bersama. Menurut pendapat Hasnan Azlan (2010) pula, kutu
kepala tidak memilih kepala sama ada bersih atau kotor malahan ia lebih suka
dengan rambut yang bersih, lurus dan pendek kerana ia memudahkan laluan kutu di
kepala.
Jangkitan sekunder boleh mengganggu tingkah laku dan prestasi
sekolah (Bailey dan Prociv, 2000) dan menyebabkan kesusahan psikologi
(Dodd, 2001; Mumcuoglu, 1999).Pemeriksaan yang lain juga mendapati
terdapat murid yang terkena jangkitan kutu.Murid perempuan turut dijangkiti
kutu.Terdapat kajian mengatakan kanak-kanak perempuan lebih kerap
dijangkiti kutu. Bagaimanapun beberapa kajian telah gagal untuk
menunjukkan hubungan antara panjang rambut dan serangan kutu kepala
(Chouela et al, 1997;. Slonka et al, 1977).
Setelah pemeriksaan dilakukan kepada kanak kanak perempuan
ini,pendidikan kesihatan telah diberikan kepadanya.Cara-cara penjagaan
kebersihan diri telah diajar kepadanya untuk mengelakkan dijangkiti oleh kutu
kepala. Menurut Koch dan Brown, 2001,telah mengatakan bahawa
pendidikan kesihatan awam cara yang paling dan berkesan untuk kempen
mengurangkan penyakit itu.Guru kelas kanak-kanak ini turut diberikan
pendidikan kesihatan supaya beliau boleh memantau pergerakan murid-
muridnya dan mencegah dari berlakunya penyebaran kutu kepala.
Rawatan telah diberikan kepada kanak-kanak adalah dengan
memberikan 1 botol 1% Gamma Benzene Hexachloride.Ubat ini disapu pada
rambut dan diguna seperti syampoo.Menurut Koch et al., 2001, kutu dewasa
bergerak dengan cepat melalui rambut kering berbanding dengan rambut
10

yang basah.Cara penggunaan ubat ini telah diterangkan kepada murid dan
guru kelasnya.Dengan cara ini,rawatan ini dapat diberikan secara baik tanpa
sebarang masalah.Kanak-kanak ini boleh menggunakan sikat untuk
mengesan sebarang telur kutu yang tertinggal selepas melakukan
rawatan.Serangan kutu boleh disahkan dengan melakukan pemeriksaan
klinikal kulit kepala dan rambut untuk pengesanan kutu dewasa peringkat
nymphal, atau telur (nit) dengan menggunakan sikat bergigi halus.Kaedah ini
disahkan pengesanannya (Mottram, 2000). Menggunakan sikat bergigi halus
adalah 4 kali lebih cekap daripada pemeriksaan visual langsung dan dua kali
ganda secepat (Elston, 2005; Mumcuoglu et al, 2006)
RAWATAN

Memandangkan kutu boleh merebak dengan begitu mudah dan cepat, adalah
penting untuk merawatnya dengan betul dan menyeluruh. Pada masa dahulu,
minyak tanah digunakan untuk membunuh kutu kepala. Namun begitu ia
mengundang bahaya kerana boleh terbakar. Terdapat juga beberapa jenis racun
serangga yang boleh digunakan untuk merawat masalah kutu kepala ini. Gamma
benzene hexachloride dan Malathion merupakan rawatan kutu kepala paling
berkesan. Bagaimanapun, Gamma benzene hexacloride telah diharamkan di
beberapa negara kerana dikaitkan dengan keradangan sistem saraf pusat.
Syampu Malathion didapati berkesan menghapuskan kutu kepala dan telur-
telurnya selepas 10 minit disapukan ke kepala tanpa sebarang kesan sampingan.
Kadar penyembuhan kutu kepala mencapai 95.5 peratus. Cara untuk menggunakan
ubat kutu adalah seperti berikut:

11

6.0.1 Cara penggunaan syampu Malathion
1. Basahkan rambut terlebih dahulu kemudian sapukan syampu Malathion ke
seluruh rambut sehingga kulit kepala berasa basah. Beri perhatian terhadap
bahagian belakang kepala dan leher.
2. Tutup kepala dengan tuala dan biarkan selama 10 15 minit.
3. Basuh dan syampu rambut selepas 24 jam.
4. Selepas rawatan syampu, buangkan telur kutu yang mati dengan sikat bergigi
yang halus.
5. Rawatan ini hanya boleh diulang selepas 7 9 hari.
Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, hendaklah berjumpa dengan
doktor untuk rawatan lanjut










12

KESIMPULAN
Pedikulosis kapitis adalah penyakit pada kulit kepala dan rambut yang disebabkan
oleh parasit Pediculus humanus capitis. Cara penularan penyakit ini ditularkan
melalui sentuhan kepala dengan kepala atau melalui benda-benda seperti sisir,
bantal, dan asesoris rambut. Gejala yang paling sering timbul adalah gatal pada kulit
kepala terutama pada bahagian belakang telinga dan leher yang disebabkan oleh air
liur dari kutu yang mengigit kulit kepala semasa menghisap darah. Rawatan utama
adalah dengan menggunakan ubat syampu seperti Malathion. Pencegahan dapat
dilakukan terutama dengan menjaga kebersihan rambut, pakaian, serta benda-benda
yang dapat menjadi media penularan.

















13

RUJUKAN
1. Graham-Brown R, Savin J, Milner J, editors. Head Lice. In : In Clinical
Practice Series Dermatology. China : Churcill Livingstone, 2004. p 48-51
2. Pediculosis Capitis (Head Lice) [online] [dilayari pada 2013 April 11];
Maklumat
dari:URL:http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?ijkey
=e9ca60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c
3. Pediculosis Capitis (Head Lice) [online] [dilayari pada 2013 April 11];
Maklumat
dari:URL:http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?ijkey
=e9ca60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c
4. Kutu kepala [online] [dilayari pada 2013 April 11]; Maklumat dari:
URL:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kutu_kepala
5. Kutu sukakan kepala bersih [online] [dilayari pada 2013 April 11]; Maklumat
dari:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0205&pub=Utusa
n_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm&arc=hive
6. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1070891/ [online] [dilayari pada
2013 April 11 ];
7. Journal of arthropod-borne diseases 6:1 2012 pg 79-85
8. http://scialert.net/abstract/?doi=pjbs.2008.260.264[online] [dilayari pada 2013
April 11]
9. Monsen KA, Keller LD.A population based approach to pediculosis
management.Public Health Nursing 2002; 19:201-208.
10. http://www.uptodate.com/contents/pediculosis-corporis/abstract/1[online]
[dilayari pada 2013 April 11];

You might also like