You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1/2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TRONOH, 31750 TRONOH PERAK


TARIKH : 17/1/2013
MASA : 2.00 PM
TEMPAT : BILIK GERAKAN
PENGERUSI : EN. MOHD FAIZ WILSON YEO B. ABDULLAH
SETIAUSAHA : SYAHARAWI ISHAK
KEHADIRAN :
Lampiran 1
Agenda :
1.0 Ucapan pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
Pengerusi menerangkan mesyuarat bertujuan membincangkan penambahbaikan perlaksanaan PBS yang telah
dilakukan pada 2012 dan melaksanakan mengikut arahan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Pengerusi memberitahu setiap guru telah diedarkan surat lantikan dan borang biodata yang mana perlu diisi dan
diserahkan kepada setiausaha PBS secepat mungkin.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
2.1 En. Azlizan mencadangkan minit mesyuarat 5/2012 disahkan
2.2 Cik Rina menyokong pengesahan minit mesyuarat

3.0 Dokumen Standard Prestasi (DSP)
3.1 Pengerusi menegaskan semua guru perlu ada DSP bagi matapelajaran dan tingkatan yang diajar
3.1.1 Pengerusi meminta Setiausaha PBS muat turun DSP bagi setiap subjek dan tingkatan
3.1.2 Guru-guru yang tidak mempunyai DSP boleh perolehi daripada setiausaha PBS

4.0 Fail Guru
4.1 Pengerusi menegaskan semua guru perlu ada Fail Guru dan disimpan di bilik operasi PBS iaitu di bilik
Guru Kanan
4.2 Kandungan yang perlu ada di dalam fail guru adalah:
1. MAKLUMAT GURU
2. DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) * Semua matapelajaran PBS yang diajar
3. BORANG CHECKLIST EVIDEN SETIAP MATAPELAJARAN DAN KELAS
4. INSTRUMEN PENTAKSIRAN (SEPANJANG TAHUN) *Semua matapelajaran PBS yang diajar
5. SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR
6. JADUAL WAKTU
4.3 Setiausaha PBS akan mengedarkan kandungan fail guru PBS
4.4 Fail guru akan disediakan oleh sekolah pihak sekolah bagi setiap guru yang mengajar PBS
4.5 Setiap panitia perlu menyediakan fail khas PBS selain fail induk panitia. Panitia juga perlu menyedaiakan
perancangan tahunan PBS untuk tahun 2013. Fail ini juga akan disediakan oleh pihak sekolah.
5.0 Fail Perkembangan Murid (FPM)
5.1 FPM bagi murid tingkatan 1 tahun 2012 perlu dilengkapkan dengan laporan prestasi keseluruhan untuk
semua pelajar bagi setiap matapelajaran. Guru-guru yang masih tidak lengkap boleh mendapatkan
laporan prestasi tersebut di laman wen SPPBS bermula 21 JANUARI 2013.
5.2 FPM tahun 2013 perlu disiapkan oleh guru kelas tingkatan 1 bagi pelajar tingkatan 1. Manakala pelajar
tingkatan 2 guru kelas tingkatan 2 hanya perlu mendapatkan fail tersebut mengikut nama pelajar kelas
masing-masing di bilik operasi PBS. Warna Kuning dipersetujui sebagai warna tema fail tingkatan 1 tahun
2013.
5.3 FPM perlu dibuat pembahagian untuk semua subjek PBS yang diajar.
6.0 Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)
6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap P&P perlua ada elemen Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
6.2 Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.

7.0 Perkara Berbangkit
4.1 Guru diingatkan melaksanakan PBS dengan lebih tersusun dan teratur pada tahun 2013.
4.2 Proses key in data PBS perlu dilakukan setiap masa bagi mengelakkan masalah key in minit-minit
terakhir.
4.3 Pemantauan perlaksanaan PBS oleh guru akan dipantau oleh Ketua Panitia pada bulan 3,6,9 dan 11.


8.0 Hal-hal lain
5.1 Mesyuarat seterusknya akan dilakukan pada akhir bulan 2
5.2 Semua guru sebulat suara bersetuju dengan semua yang dicadangkan oleh pengerusi
9.0 Penutup
Ucapan penangguhan mesyuarat Pengerusi mengharapkan PBS dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi
oleh semua guru.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.oo petang



Dicatat oleh: Disahkan oleh:


------------------------------------------ ------------------------------------------
(SYAHARAWI BIN ISHAK) (EN MOHD FAIZ WILSON YEO BIN
ABDULLAH)
SETIAUSAHA PBS PENGERUSI JAWATANKUASA PBS
SMK TRONOH SMK TRONOH

You might also like