You are on page 1of 3

AJ2153 SEJARAH AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI AMERIKA

KULIAH KEDUA
KEDATANGAN ORANG EROPAH

Pada hakikatnya orang Eropah tidak pernah menyedari tentang kewujudan benua Amerika sebelum
abad ke-15 masihi. Sebelum itu beberapa pengembara pernah sampai ke benua tersebut semasa
pelayaran mereka seperti Leif Ericson, seorang pelaut Norman pada abad ke-11. Dikatakan bahawa
pada antara tahun 500 dan 1500 masihi penemuan benua tersebut telahpun menjadi satu pengetahuan
biasa bagi orang Eropah tetapi tidak ada usaha selanjut oleh individu lain untuk menerokainya. Ini
adalah kerana pada ketika belum wujud pemimpin yang benar-benar berkuasa dan berminat untuk
melakukan penjelajahan ke atas tempat-tempat baru di seberang laut. Menjelang akhir abad ke-15
masihi, keadaan mula berubah di Eropah dan barulah ada usaha untuk menerokai dunia di seberang
laut.

Perdagangan dan Nasionalisme
Terdapat dua perubahahan penting yang mendorong kepada usaha orang Eropah untuk mencari tanah
baru. Pertama, adalah disebabkan oleh faktor pertambahan penduduk di Eropah pada abad ke-15
masihi. Sebelum itu, penduduk benua Eropah telah merosot akibat daripada jangkitan penyakit hawar
yang merebak dari Constantinople pada tahun 1347. Penyakit ini telah membunuh lebih kurang
separuh jumlah keseluruhan benua Eropah. Satu setengah abad kemudian, populasi mula meningkat.
Kedua, adalah didorong oleh kebangkitan ekonomi perdadangan dan kemunculan a new merchant
class yang berusaha untuk memenuhi permintaan barangan dari sebarang laut. Peningkatan
perdagangan juga didorong oleh peningkatan teknologi dalam bidang pelayaran dan pembinaan kapal
ketika itu membolehkan sesuatu pelayaran lebih jauh dapat dilakukan.
Pada masa yang sama, kerajaan-kerajaan baru yang bersatu dan amat berkuasa mula muncul
menggantikan kerajaan-kerajaan lama dan feudal. Di kawasan barat Eropah khususnya, kerajaan-
kerajaan monarki baru yang kuat telah muncul, menubuhkan centralized nation-states dan
menggalakkan aktiviti perdagangan yang pesat dalam kerajaan mereka.
Pada awal abad ke-14 masihi, apabila Marco Polo dan lain-lain pengembara telah kembali dari
pelayaran ke timur membawa exotic goods seperti rempah, kain dan pencelup, dan banyak exotic
tales, orang Eropah mula bercita-cita untuk mewujudkan hubungan perdagangan dengan dunia
Timur. Selama dua abad sebelum itu, aktiviti perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Timur adalah
terhad disebabkan oleh kesulitan perjalanan jauh melalui darat. Tetapi pada abad ke-14 masihi,
dengan wujud dan meningkatnya kemahiran dalam bidang maritim di kalangan beberapa masyarakat
Eropah usaha mencari jalan yang lebih pantas dan selamat melalui laut ke Timur terus meningkat.
Pada penghujung abad ke-15 mashi, beberapa kerajaan monarki di Eropah telah bersedia untuk
menaja penjelajahan.
Orang Portugis telah mengambil langkah pertama. Di bawah pemerintahan putera Henry the
Navigator kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15.
Baginda telah banyak menghabiskannya dalam mempromosikan penjelajahan. Ramai daripada kelasi
baginda telah menjelajah ke selatan sejauh hingga Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.
Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1460, orang Portugis telah menjelajah lebih jauh lagi.
Misalnya, pada tahun 1486, Bartolomeu Diaz telah berjaya sampai ke bahagian paling selatan benua
Afrika, iaitu Cape of Good Hope; dan pada tahun 1497-1498 Vasco da Gama telah sampai ke India.
Pada tahun 1500, sebuah kapal Portugis di bawah pimpinan Pedro Cabral yang berlayar menuju ke
India telah hanyut ditiup angin hingga sampai ke pantai Brazil, Amerika Selatan. Tetapi sebelum itu,
seorang penjelajah lain berbangsa Italy dan pernah berkhidmat dalam bidang maritim Portugal telah
berjaya menjelajah hingga ke benua Amerika atas tajaan kerajaan ratu Sepanyol.

Christopher Columbus
Columbus telah dilahir dan dibesarkan di Genoa, Italy. Beliau mula berkhidmat dalam aktiviti
pelayaran kerajaan Portugis. Sebagaimana kepercayaan masyarakat Eropah ketika itu, Columbus juga
tidak pernah menyedari akan kewujudan benua lain di sebelah barat Atlantik. Beliau bercita-cita
untuk menerokai jalan baru dengan belayar ke arah barat Atlantik.untuk ke benua Asia. Setelah gagal
mendapat pembiayaan daripada kerajaan Portugal, beliau merujuk permohonannya kepada kerajaan
Sepanyol. Pada ketika itu Sepanyol belum lagi menjadi sebuah kuasa maritim yang setanding dengan
Portugis. Namun, dengan perkahwinan Ferdinand of Aragon dengan Isabella of Castile, dua
pemimpin wilayah yang terkuat di Sepanyol telah membentuk satu kuasa monarki yang terkuat di
Eropah pada abad ke-15. Dengan kelebihan ini, bidang maritim terus dimajukan untuk menunjukkan
kekuasaannya di Eropah. Banyak misi pelayaran telah ditaja oleh kerajaan monarki Sepanyol. Nasib
telah menyelebahi Columbus pada tahun 1492. Beliau berjaya mendapat tajaan dari ratu Isabella.
Pada bulan Ogos 1492, beliau memimpin seramai sembilan puluh kelasi dengan tiga buah kapal;
Nina, Pinta dan Santa Maris belayar menuju arah barat Atlantik. Selama dua minggu dalam pelayaran
akhirnya beliau menemui daratan yang dianggapan sebagai benua Asia. Sebenarnya beliau telah
mendarat di salah sebuah pulau Bahamas. Pelayaran diterus hingga ke Cuba yang dianggapnya
negara China. Justeru itu, setelah menculik beberapa orang peribumi beliau terus pulang ke Sepanyol
untuk menyampaikan penemuannya kepada ratu. Beliau mengelar peribumi tersebut sebagai 'Indian'
oleh kerana beliau percaya mereka berasal dari benua India. Malang sekali, Columbus tidak
membawa balik bukti keagungan kerajaan Khan di China ataupun sebarang bukti kemewahan di
Timur. Maka, setahun kemudian beliau sekali lagi mencuba dengan persiapan dan kelengkapan
pelayaran yang lebih besar. Kali ini beliau telah sampai perairan Caribbean, dan meninggalkan
sebuah koloni di Hispaniola. Pada tahun 1498, untuk kali ketiga beliau belayar sampai ke bahagian
pantai utara Amerika Selatan. Kali ini beliau mula sedar bahawa pulau-pulau yang ditemui bukanlah
sebahagian dari benua Asia, tetapi benua lain yang berasingan. Kali keempat pelayarannya pada
tahun 1504, beliau telah sampai ke Amerika Tengah.
Implikasi daripada usaha-usaha Columbus tersebut telah mendorong kerajaan Sepanyol
mempertingkatkan lagi aktiviti pelayarannya. Dengan itu, Sepanyol telah mengatasi kekuasaan
maritim Portugis. Pada tahun 1515, seorang Sepanyol bernama Vasco de Balboa telah belayar hingga
ke Segenting Penama (Isthmus of Panama). Kemudian, pada tahun 1521 seorang Portugis bernama
Ferdinand Magellan yang berkhidmat dengan Sepanyol telah berjaya belayar hingga ke Kepulauan
Filipina di Timur melalui selatan benua Amerika Selatan. Menjelang tahun 1550, orang Sepanyol
telah menerokai pantai benua Amerika Utara (kini Amerika Syarikat) sejauh Oregon di barat dan
Labrador di timur.

Petempatan Tetap Pertama Orang Inggeris
Petempatan tetap pertama orang Inggeris di benua Amerika Utara telah dibina pada tahun 1607 di
Jamestown, Virginia. Hampir 30 tahun sebelum itu, pedagang dan pengembara Inggeris telah cuba
beberapa kali untuk membina koloni di Amerika tetapi gagal.
Pada sepanjang abad ke-16, orangg Inggeris tidak berminat untuk membina petempatan tetap di
benua Amerika. Bukan sahaja disebabkan oleh mereka merasa tidak yakin dapat menguntungkan
hidup mereka malah bimbang terhadap kekuasaan Sepanyol di Atlantik. Orang Sepanyol telahpun
membina banyak petempatan di benua Amerika sebelum orang Inggeris berbuat demikian pada awal
abad ke-17. Orang Inggeris mula berminat membina petempatan tetap di benua Amerika setelah
mereka mengalah Sepanyol dalam perang di Eropah. Pada tahun 1588 raja Sepanyol, putera Philip II
telah menyerang England, tetapi dapat dikalahkan oleh orang Inggeris. Kekalahan Sepanyol itu turut
menamatkan penguasaan mereka di Atlantik. Maka orang Inggeris mula bebas belayar di Atlantik ke
benua Amerika dan ke Asia.
Peneroka Inggeris yang pertama ialah Sir Humprhey Gilbert dan adiknya, Sir Walter Raleigh. Kedua-
duanya adalah kawan baik ratu England, Queen Elizabeth berdasarkan pengalaman mereka
menerokai koloni di Ireland sebelum itu. Pada tahun 1578 Gilbert telah mendapat geran 6 tahun
daripada ratu untuk menduduki mana-mana tempat atau tanah di seberang laut. Lima tahun kemudian
beliau telah berjaya menjelajah hingga ke Newfoundland. Pada tahun 1583 adiknya Raleigh
mendapat geran 6 tahun dan menamakan Virginia sempena ratu Elizabeth yang tidak pernah
berkahwin atau terkenal sebagai Virgin Gueen. Pada tahun 1585, Raleigh membimbing sepupunya,
Sir Richard Greenville untuk mengetuai satu koloni ke Roanoke, sebuah pulau di luar pantai North
Carolina. Walau bagaimanapun, mereka mendapat tentangan daripada penduduk peribumi Indian
pulau tersebut. Beliau segera pulang ke England untuk mendapatkan bantuan. Sir Francis Drake telah
dihantar untuk menyelamatkan koloni dan meninggalkan pulau tersebut. Pada tahun 1587, sekali lagi
Raleigh mencuba untuk menubuhkan koloni di pulau Roanoke. Seramai 91 orang lelaki, 17 orang
perempuan (2 sedang mengandung) dan 9 kanak-kanak telah menaiki kapal yang diketuai oleh John
White. Bukan sahaja wujud mereka menghadapi masalah hubungan tidak baik dengan peribumi
Indian malah tidak mempunyai bekalan keperluan harin yang mencukupi. Ini menyebabkan White
telah kembali ke England untuk mendapatkan bantuan bekalan. Selepas tamatnya perang Anglo-
Sepanyol, pada tahun 1590 White kembali semula ke pulau Roanoke. Malang sekali, beliau gagal
mengesan bekas koloninya. Peristiwa ini telah disebut sebagai Lost Colony dalam sejarah AS.
Sejak kejadian tersebut, kerajaan Britain tidak lagi memberi geran kepada individu yang berminat
menjelajah ke sebarang laut khususnya benua Amerika. Awal abad ke-17 dua kumpulan saudagar
dari London dan Plymouth muncul mendesak pihak kerajaan memberi geran kepada mereka untuk
menerokai kawasan baru di benua Amerika Utara. Akhirnya pada tahun 1606, raja England, Putera
James I telah meluluskan satu piagam yang membahagikan hak meneroka bahagian utara (Plymouth)
dan selatan (London) benua Amerika Utara.

You might also like