You are on page 1of 2

Pada alaf baharu ini, ibu bapa diberikan peranan yang penting kepada masyarakat dan

negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan obligasi yang wajib
dipikul oleh ibu bapa. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat hari ini selalu diberi
perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan dalam hal yang bersangkut-paut dengan
pembentukan masyarakat penyayang. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat
penyayang amat penting sekali. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang
anggotanya mengamalkan sikap yang sayang-menyayangi, hormat-menghormati, bantu-
membantu, dan nilai murni yang lain. Masyarakat seperti ini menjadi impian negara kita
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah pragmatik
yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.


Peranan ibu bapa yang paling signifikan ialah ibu bapa perlu memberikan kasih sayang
kepada anak-anak. Ibu bapaseyogianya membesarkan anak-anak dengan penuh kasih
sayang bagai menatang minyak yang penuh. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa
yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa tersebut lebih mementingkan
kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan
masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Kasih sayang ibu bapa dapat dilihat
melalui kesanggupan ibu bapa meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Pada masa itu,
ibu bapa harus berkongsi masalah anak-anak dan menjadi pendengar setia kepada setiap
luahan hati anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti
sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek
pembelajaran serta ibu bapa. Dengan ini, bibit-bibit kasih sayang akan mekar dalam jiwa
anak-anak. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan
tercapai jua.

Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak semenjak kecil lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Akan tetapi, ibu bapa kini terlalu mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan
tanggungjawab hakiki mereka dalam mencurahkan didikan agama kepada nanak-anak. Hal
ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa didikan agama tidak penting dalam arus
kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan
agama kepada anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama amat
mementingkan hubungan baik dengan Pencipta, sesama manusia dan alam sekitar. Hai ini
akan tercapai dengan adanya nilai kasih sayang dalam kehidupan. Misalnya, mereka perlu
menggalakkan anak-anak mengikuti kelas agama supaya anak-anak akan menjadi insan yang
penyayang. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada
anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa
dalam melahirkan generasi yang penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti
melalui didikan agama yang teguh.

Seperkara lagi itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk seperti
menjadi pendera, perogol dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi entiti
mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa
perlu menunjukkan sikap yang penyayang kepada anak-anak sejak kecil lagi seperti sering
membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung. Lama-kelamaan generasi muda akan
mengikut tabiat yang positif ini dan masyarakat penyayang akan dilahirkan. Ringkasnya,
peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang penyayang pada alaf
globalisasi ini.

Jika kita tinjau dari perspektif yang berbeza pula, ibu bapa juga harus menjaga
keharmonian rumah tangganya. Hal ini dikatakan demikian kerana kerharmonian rumah
tangga dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan hidup dengan penuh limpahan
kasih sayang. Ikatan kasih sayang yang teguh daripada ibu bapa sudah pasti dalam
membentuk jiwa anak-anak dengan nilai kasih sayang dan sekali gus mereka akan
mencontohi sikap penyayang ibu bapa mereka kerana kepimpinan melalui teladan. Ibu bapa
seyogianya memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan
keluarga yang penyayang. Hal ini dapat dipraktikkan dengan mengelakkan sebarang
pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak yang masih belum keras ubun-
ubunnya dan sentiasa menghormati pasangan hidup masing-masing. Dengan adanya sikap
toleransi dan hormat-menghormati ditambah lagi dengan kasih sayang maka impian kita
untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.


Secara deduksinya, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam melahirkan
masyarakat yang penyayang. Namun begitu, tindakan mengharapkan ibu bapa semata-mata
juga tidak akan berkesan kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Setiap individu
dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan
paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat
Malaysia. Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa
yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya, justeru kaya dengan budaya penyayang.
Secara tidak langsung juga, imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat
Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak
kata pujangga,Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika
akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.