You are on page 1of 13

MISTERI TASIK GALILEE

Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini..Antara
punca2 kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan
kegiatan tindakan rakus Israel melengcongkan anak2 sungai yg mengalir ke Sg. Jordan, Israel mengawal
air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurg. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini
bagi tujuan pengairan di kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi
yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam
masyarakat Yahudi.. Akibat dari tindakan rakus ini.. tasik galilee dah semakin susut dgn teruk yg tidak
pernah berlaku dlm sejarah [berlaku dizaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka
akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini..
DIMANA TASIK GALILEE?
Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang
mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada
200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota
Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah
orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi
agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah,
kedai dan restoran di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan
seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada
di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut
Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak
bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan
dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka
ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam
keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan
Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.
Mereka menjawab, Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?
Dia berkata, Apakah tasik itu masih berair?
Mereka menjawab Ya.
Katanya lagi, Sesungguhnya air tasik itu hampir kering...
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah
sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita
didalam hadis tersebut..
Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan
dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam Membongkar
Misteri Dajjal
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi
Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk
merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg
akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar..Wallahu Alam
KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ
Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj
Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua
air yang ada di tasik tersebut
Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk]
yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya
mengatakan dulu disini ada air..
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama
runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan
Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg saya ceritakan di atas..
YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ].
Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah
bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan
dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..
Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan
keterangan Allah swt di bawah:
Maka mereka tidak dapat menebuknya; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt
memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk
tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj
dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: Telah
mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini. Rasulullah membuat lingkaran
dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj
tidak dapat menebuknya? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok
berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika
tidak boleh ditebuk!!
Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View
of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi
daripada buku Srah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein
MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul..,
di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi
banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga
tempat yang bernama Khurasan,
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;
Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan. (Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan
kepada seorang penulis buku Membongkar Misteri Dajjal
Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam
daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam
Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..
Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya). Beliau bersabda: Yang ditanya tidak lebih
tahu dari yang bertanya . Dia berkata: Beritahukan aku tentang tanda-tandanya , beliau bersabda:
Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada,
miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya
Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal
di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas.
Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al
Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup
menunjukkan mukanyaTidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan
Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu
mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkanIngin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar
sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu sedang kena dengan 1 fakta
hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.
Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan
ianya benar2 terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman
akan menari2 di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situsaya lampirkan
juga hadis itu dibawah, walaupun saya berniat utk membiarkan kamu sendiri mencari dan menemukan
hadis itu.. kerana perkara yang kita cari sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-
perkara yang kita dapat dengan mudahmengikut kefahaman saya..
Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah
5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus
memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah
oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.
FITNAH DAJJAL
Masa untuk kemunculan Imam Mahdi akan hadir tidak lama lagi, Mereka2 yang masih kekal di dalam
liputan sistem2nya tidak mungkin dapat membezakan siapakah Al-Masih yang sebenarnya, [sila rujuk
semua kiriman Tuan Megat Panji Alam yang lepas untuk mengetahui kenapa ini berlaku??] dan sebelom
itu umat Islam akan diuji dengan bahang kepanasan yang berturut2 selama 3 tahun tak lama sahaja lagi,
Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid al ansariah:-
Pada suatu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata;
Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama
langit menahan satu pertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua
langit menahan dua pertiga air hujan sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun
ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya.
Kerana kemarau panjang selama 3 tahun inilah Tasik Galilee sudah hampir mengering..
Hadis lain berkaitan Tasik Galilee:
Al-Mahdi akan mengeluarkan tabut dari Tasik Tiberias/ Tibriyah.(Iqd al-Durar fi Akbar al-Imam al-
Muntazar oleh Syeikh Jamaluddin Yusuf al-Damisyqi)
Apakah Imam Mahdi akan menguasai kawasan itu daripada tentera Israel lalu mengeringkan Tasik
Galilee dan mengeluarkan tabut? Ataupun mungkinkah tentera Israel ada membina kompleks rahsia di
bawahnya dan menyorokkan tabut di situ?.. Persoalan ini saya tinggalkn di sini..kerana saya bukanlah
orang selayaknya mentafsir hadis ini.. Cuma mahu mengajak sahabat2 lain untuk sama-sama berfikir dan
mengkaji terus mengkaji..
PENUTUP
-Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir Seorang muslim yang menghafal sepuluh
atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca
sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal..
Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi s.a.w berkata:
Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal. (HR.
Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah
Dajjal.(HR Imam Ahmad)
-Baca doa selepas Tahiyyat Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal
merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita telah di
diberi beberapa amaran oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.
Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
Bila seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah
empat perkara, iaitu: Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur,
dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal. *Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan
utk dirinya sesuai kepentingannya+ *Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam
Al-Muntaqa (27)]
Dalam riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut
dalam Tasyahudnya. Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi
s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon
perlindungan dari fitnah dajjal,..sedangkan siapalah kita disisi Allah?..
Bahayanya fitnah dajjal ini bukan sahaja mengelirukan orang awam yg rendah ilmu dan imannya, tetapi
jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama terkeliru dengan Dajjal ini, baik Dajjal kiasan ataupun realiti.
Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yg awalnya Islam akan tersesat di akhir
hayatnya..Nauzubillah..
-Simpan Emas banyak-banyak, system duit kertas tidak akan bernilai dan system kapitalis akan hancur
tidak lama lagi..
-Marilah buat persediaan, berlatih memanah, berkuda dan berenang.


Menghampiri Kiamat - Paras Air Tasik Galilee 27.11.2011

Hari ini (27/11/2011) telah genap setahun selepas akhbar harian Kosmo! (M) melaporkan beberapa
pemimpin Israel mengadakan upacara memanggil hujan. Ia diadakan berikutan kebimbangan Yahudi di
Israel terhadap paras air di Tasik Galilee yang dilihat semakin susut.

Akhbar Kosmo! bertarikh 27/11/2010 {1} itu antara lain menunjukkan beberapa orang lelaki Yahudi
meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan yang diadakan di atas bot di
tengah-tengah laut Galilee, utara Israel.

Tahukah anda pada hari ini (27/11/2011), berapakah paras air Tasik (juga disebut laut) Galilee? Menurut
data yang MacJay.Net perolehi dari sebuah laman sesawang Save the Kinneret, yang bertanggungjawap
melaporkan tahap paras air di Tasik Galilee - paras tasik tersebut kini berada di tahap -213.66 (24-27).
Kali terakhir, ia berada pada paras -213.67 (12-24) iaitu penurunan sebanyak 0.01. {2}

APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMAT ISLAM ?
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam
al-Fitan menyebut :
Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan
solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam
bergurau Baginda tertawa dan berkata: Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas
sajadahnya.

Kemudian berkata: Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?

Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.

Rasulullah s.a.w berkata lagi: Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-
nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-
Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita
kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang
bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat
menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya
mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati
orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana
jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: Makhluk apa engkau ini?

Binatang itu menjawab: Saya adalah Al-Jassasah.

Mereka tanya: Apa itu Al-Jassasah?

Binatang itu hanya menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai
lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang
ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah
melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga
dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: Siapakah anda?

Orang seperti raksaksa itu menjawab: Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula
ingin bertanya: Siapa kamu ini?

Mereka menjawab: Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba
datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan
selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat
mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya
menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin
tahu siapa tuan sebenarnya.

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu, (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: Keadaan apanya yang tuan maksudkan?

Orang besar itu menjawab: Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: Aku takut
pokok itu tidak berbuah.

Orang besar itu bertanya lagi: Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.

Mereka menjawab: Tentang apanya yang tuan maksudkan?

Lelaki itu menjawab: Maksudku airnya apakah masih ada. Mereka menjawab: Airnya tidak susut.

Lelaki itu berkata: Air sungai itu disangsikan akan kering.

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu,
apa yang dia buat?

Mereka menjawab: Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Lelaki itu bertanya lagi: Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab? Mereka menjawab: Ya, dia
diperangi oleh orang-orang Arab.

Lelaki itu bertanya lagi: Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka? Mereka ceritakan
bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.

Kata orang besar itu lagi: Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal.
Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh
malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat
memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat
menembusinya.

Kata Tamim Al-Dariy lagi, Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata:
Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah
aku sampaikan cerita ini kepada kamu?

Mereka menjawab: Ya, sudah ya Rasulullah.

Rasulullah s.a.w berkata lagi: Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu
bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah
dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam
atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur, kata Rasulullah s.a.w sambil
menunjuk ke arah timur. {3}
Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini
dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan 'paras air' di Tasik Galilee ini telah pun
disebut-sebut pada zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari ini.

KFH is giving away GOLD & AEON vouchers every weeks
Perhatikan pada ayat di bawah :

Lelaki itu berkata: Air sungai itu disangsikan akan kering.
Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai
Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh
oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.

Hendaklah diingatkan bahawa hadith Tamim ad-Dari ini sememangnya terbukti sahih apabila ia
diriwayatkan oleh Imam Muslim dan beberapa orang lagi yang tinggi martabatnya dalam Islam. Penulis
buku "Membongkar Misteri Dajjal", Muhammad Nurani Maarif memberikan komentarnya berkenaan
hadith ini dengan berkata :
Nabi (SAW) tidak hanya memiliki sifat cerdik di dalam memilih kata-kata, bahkan dia adalah seorang
yang benar di dalam setiap tutur katanya. Dia membenarkan buah butir perkataan Tamim ad-Dari.
Baginda seorang yang amanah dan tidak berselindung atau meninggalkan kata-kata tersembunyi.
Baginda berusaha menjelaskan keadaan Dajjal yang dilihat oleh Tamim ad-Dari itu agar ia difahami
dengan jelas dan terang.

Saya membaca dan meneliti hadith perihal Dajjal ini (hadith Tamim ad-Dari) secara berulang kali,
bahkan melihat riwayat-riwayat yang lain untuk mendapatkan kepastian apakah benar Nabi SAW
sekadar menyatakan sesuatu tetapi pada hakikatnya mempunyai makna yang berlainan. JELAS IA TIDAK
BERLAKU DEMIKIAN.

Tamim ad-Dari menyebut: :... akulah Jasassah. Tak usahlag kamu bertanya lagi dan hendaklah kamu
pergi menemui SEORANG LELAKI yang ada di tempat pertapaan (biara) kerana ia sangat mahu
mendengar berita dari kamu. {4}

Jika Dajjal yang dimaksudkan itu adalah segolongan manusia, kenapa pada ketika itu Nabi Muhammad
SAW tidak memotong kata-kata Tamim ad-Dari atau mengubahnya atau menghuraikannya semula
dihadapan para sahabat yang khusyuk mendengar buah kata baginda? Adalah sesuatu yang pelik
apabila Nabi (SAW) tidak bertangguh memanggil para sahabat yang jauh mahupun dekat untuk
mendengar berita ini tetapi hanya diam dan bertangguh untuk membetulkan kesalahan fakta dan
huraian tamim ad-Dari (jika ada). Bahkan Nabi SAW meng-ia-kan apa yang ditemui oleh Tamim ad-Dari
adalah Dajjal.

....Oleh kerana Nabi (SAW) bersifat amanahlah maka baginda menyampaikan berita yang didengarinya
tanpa menokok tambah dan baginda menggunakan laras bahasa yang mudah , terang dan jelas...{5}
Apa yang boleh kita fahami daripada komentar Muhammad Nurani Maarif di atas adalah
mengenai logik dansahih-nya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fathimah bin Qais
ini.Tidak mampu untuk kita selaku umat akhir zaman cuba menafikan kebenaran, dari petunjuk Nabi
SAW ini hanya kerana kita takut menghadapi kemusnahan.

Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta
saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi SAW menerusi hadith-hadith
baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari Timur. Jarak
kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim bin Hammad meriwayatkan
dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;
"Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas (Bendera Syiah) kemudian akan muncul dari Khurasan
bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga
beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72
bulan."{6}
Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan 'diri'nya maka, umat Islam hanya ada
72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemunculan
Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To
Unite Them All.

Masihkah anda ingat dengan berita kematian Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdulaziz yang
menggemparkan hampir seluruh umat Islam sedunia? {7} Kegemparan yang berlaku dalam berita
kematian baginda Sultan Abdulaziz bukanlah kerana Sultan Abdulaziz itu sendiri, tetapi muncul khabar
angin yang mengatakan bahawa pemerintah Arab Saudi yang sedang memegang takhta negara arab itu
kini yakni Raja Abdullah telah mangkat. Ramai yang sudah sedia maklum bahawa kesihatan Raja
Abdullah sendiri tidak begitu baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baginda Raja Abdullah
dikatakan menerima rawatan dari masa ke semasa oleh doktor yang merawat sakit jantungnya.

Apa yang mengejutkan umat Islam mengenai berita khabar angin itu ialah 'khabar angin mengenai
kematian Raja Abdullah' itu benar-benar berlaku di saat negara-negara Arab sedang dilanda Revolusi
rakyat. Sebahagian daripada para pembaca pastinya sudah faham apa yang cuba saya perkatakan ketika
ini. Yang dimaksudkan ialah salah-satu tanda saat pembaiatan Imam Mahdi sepertimana yang telah
disebutkan :








Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :
"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki
penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar
dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun
(Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk
memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan
Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka
mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu
muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki
Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil
mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing.
Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu
membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka
bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin
mensolatkannya." {8}
Mungkinkah kewafatan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang dimaksudkan di dalam hadith
diatas? Wallahualam bissawab. Berat hati saya untuk menafikannya apabila mengenangkan bumi Arab
Saudi itu, adalah lokasi di mana terletaknya bumi suci, Madinah dan Makkah.


Mudah-mudahan kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beruntung. INGATLAH BETAPA
DEKATNYA KEDUDUKAN KITA (UMAT NABI MUHAMMAD SAW) DENGAN HARI AKHIR DUNIA.

You might also like