You are on page 1of 16

SABAH

NAMA : MUHAMMAD ZAIDUL ABRAR BIN ZAWAWI


KELAS: 1 FARABI
GURU: CIKGU NUR UYUN
TARIKH SERAHAN: 24 SEPTEMBER 2014




Asal Usul Nama Sabah
Asal-usul nama Sabah dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang
yang dikenali sebagai pisang Saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil
"SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat
pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai
sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau
di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang
mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di
Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum
kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta
Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama
'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau
bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika
pembentukan Malaysia.

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun
1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu
beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin
merujuk kepada Brunei.
Bumiputra di Sabah
Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang
dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai
bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan
menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut
adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah:
Kadazandusun
Bajau
Melayu Brunei
Murut
Orang Sungai
Iranun
Bonggi
Kwijau
Paitan
Lun Bawang
Lundayeh
Kedayan
Suluk
Binadan
Bisaya [1]
Kokos
Rumanau
Lotud
Minokok
Tidung
Rungus
Kagayan
Tatana[2]
Tagaas
Ubian
Kimaragang
Bajau Laut
Ida'an
Inokang

Sosiobudaya di Sabah
Penduduk Sabah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing.
Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan

dengan menggunakan lebih dari 50
bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan,
Bisaya, Irranun,Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana,
Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Pakaian
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan
warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna
ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada
setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara
hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.

Aksesori
Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri,mutiara,butang putih atau
cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan
perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan
moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-
hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti
manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang
dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada
berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan,
pergelangan tangan serta kaki.
Hiasan Kepala

Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa
sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai
adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan
hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu
upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah
sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si
pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan
kegiatan yang dilakukan.
Kraftangan
Kraftangan di kalangan masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka untuk berteduh/berlindung,
menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali. Mereka menghasilkan berbagai-
bagai barang yang banyak dengan menumpukan kepada fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang
perhatian pada hiasan. Benda-benda yang dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan
pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan upacara keagamaan. Penghasilan kraftangan
mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.
Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis kraftangan. Di pedalaman Sabah,
sebilangan besar kaum wanita membuat terendak, anyaman tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul
kecil, nyiru dan benda-benda kecil untuk kegunaan seharian. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih
besar, parang, alat-alat membajak dan memburu, jala dan alat menangkap ikan yang lain dan senjata.
Dikalangan masyarakat nelayan tepi pantai, kaum lelaki membuat perahu, ukiran kayu, alat penangkap
ikan dan wanitanya menenun dan menyulam kain, mengayam tikar dan lain-lain.
Variasi
Kraf yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya dalam berbilang daerah mempunyai
variasi yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada
laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan
penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai. Perbezaan juga
wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma.
Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat utilitarian tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat
muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain.
Bahan
Keadaan tentang adanya bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang dihasilkan.
Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul, rumah
(termasuk atap) dan pagar sangat luas di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan Tambunan. Dalam pada
itu, labu pahit yang terdapat di Tambunan telah menjadikan daerah ini sebagai pusat pengeluaran
sompoton, sejenis organ mulut yang diperdagangkan di kalangan kumpulan Dusun, walaupun ia juga
ada dibuat di tempat-tempat lain. Rotan yang merupakan satu lagi bahan yang tahan digunakan dengan
luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan dinding dan juga pengikat kayu atau buluh. Bahan
untuk membuat pakaian tradisional juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit
kayu, kapas atau gentian tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.
Komersial
Benda-benda yang dibuat pada masa lalu adalah hanya untuk kegunaan rumah sahaja dan corak asas
benda-benda tersebut mencerminkan fungsi asalnya. Hasil yang lebih kadang kala dijual di tamu untuk
komoditi lain. Dengan cara ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti tempayan, manik, benda
tembaga, gong tembaga dan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk pesisiran pantai dibawa masuk
ke kawasan pedalaman pulau Borneo. Dengan perhubungan dengan dunia luar yang semakin
meningkat, bahan-bahan yang jarang terjumpa diganti dengan benda-benda yang diimport dan lebih
murah dalam usaha menghasilkan kraftangan tradisional. Dengan itu, manik-manik kaca yang jarang
ditemui telah diganti dengan manik plastik yang murah dalam penghasilan manik dan hiasan pakaian.
Benang kapas import yang murah kini diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam
yang diimport telah digunakan sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara tradisional dalam
penghasilan pakaian.
Salah satu kraftangan yang sangat banyak dibuat di Sabah ialah bakul oleh kerana benda ini dipakai oleh
hampir semua kumpulan etnik. Bentuk dan jenis bakul bergantung kepada fungsi dan tradisi penduduk
yang membuat benda-benda ini. Artifak berbagai-bagai macam kini telah diubah suai dan dihasilkan
untuk memenuhi selera pelancong walaupun sesetengah dari artifak ini masih dibuat dalam bentuk yang
asal.
Tarian & muzik
Muzik tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi sebagai muzik latar dalam sesuatu
majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya digunakan oleh orang perseorangan untuk hiburan diri sendiri.
Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai adalah tarian Sumazau, tarian Limbai, tarian
Igal Igal, tarian Magunatip,tarian busak baku irau rayeh Lundayeh Sabah , tarian Adai-adai dan tarian
Daling-daling.

Upacara
Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan penduduknya sejak bertahun-
tahun. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama
kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi
masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik mempunyai bentuk muzik yang tersendiri walaupun
banyak alat-alat muzik utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan
sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik mempunyai
keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat
muzik tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh
masyarakat yang lain.
Notasi & Alat Muzik
Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak
bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan
muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan
khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja.
Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon,
turali, suling (atau seruling), sompoton, gabang dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain
seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat
daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis
gentian pokok palma.

Kelas Alat Muzik
Kordofon Tongkungon, Gambus, Sundatang/Gagayan
Erofon Suling, Turali/Tuahi, Bungkau, Sompoton
Idofon Togunggak, Gong, Kulintangan
Membranofon Kompang, Gendang/Tontog
Xylophone Gabang, Salun

Ekonomi Sabah
.
Sabah merupakan negeri kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah
73,610 km persegi. Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan,
galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut. Lebih kurang 60 peratus daripada
tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi
30 peratus. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada
sumber pendapatan negeri Sabah. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan
batu kapur juga didapati dinegeri ini.
Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada ekspot komoditi utamanya seperti
minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis. Sektor
pengekspotan membentuk 70 peratus daripada jumlah pengeluaran. Pada masa kini,
negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh
Malaysia. Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan
pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi
negeri Sabah.
Hampir 1/7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. Dari segi
penggunaan tanah, 12.9% telah digunakan7untuk pertanian; 42.9% adalah
pemeliharaan hutan; 1.2% untuk perikanan; 2.6% hidupan liar; 3.6% taman-taman
negara dan 36.8% untuk lain-lain.
Pertanian & perladangan
Sektor pertanian merupakan tulang belakang utama kepada ekonomi negeri Sabah. 70
peratus daripda penduduk negeri Sabah menetap di luar bandar dimana mereka terlibat
secara lansung dan tidak lansung dengan sektor pertanian. Daripada 2.1 juta hektar
tanah yang dikenal pasti sesuai untuk pertanian, hanya 1.25 hektar sahaja yang telah
dimajukan untuk tujuan tersebut. Sektor pertanian menyumbangkan 30 peratus
daripada Jumlah Pengeluaran Dalaman Negeri dan menyediakan 33 peratus peluang
pekerjaan dan 35 peratus jumlah pendapatan ekspot negeri. Tanaman utama pertanian
adalah kelapa sawit, koko dan getah. Sabah merupakan pengeluar utama bagi minyak
kelapa sawit dan koko di Malaysia. Kelapa Sawit adalah penyumbang terbesar kepada
hasil pendapatan ekspot negeri.
Kelapa sawit
Sektor ini menyumbangkan 30% daripada jumlah pendapatan melalui pengeksportan.
Pada tahun 1998 pengeksportan sawit telah mencapai rekod sebanyak RM5 juta.
Sabah adalah pengeluar sawit mentah Malaysia dan menyumbang kira-kira 25%
daripada jumlah keluaran sawit negara.
Penanaman kelapa sawit meliputi lebih daripada 700,000 hektar di bahagian Pantai
Timur Sabah. Kawasan ini adalah kawasan pertanian dan sesuai digunakan untuk
tujuan tersebut. Antara semua negeri di Malaysia, Sabah mempunyai hasil sawit yang
tertinggi per hektar berbanding dengan negeri-negeri lain. Faktor ini menyebabkan
ramai pelabur yang berpotensi tertarik untuk melabur di Sabah.
Selalunya sektor kelapa sawit negeri akan menentukan kerja-kerja pemprosesan . Pada
masa ini terdapat 58 buah kilang di Sabah yang memproses sawit mentah. Hasilnya
adalah terdiri daripada palm kernel oil dan palm kernel cake. Keluaran lain daripada
kelapa sawit adalah hanya dalam kuantiti kecil sahaja.
Koko
Negeri Sabah adalah pengeluar terbesar Koko di Malaysia. Pada tahun 1998 lebih
daripada 70% jumlah keluaran koko disumbangkan oleh negeri Sabah. Namun begitu,
walaupun penanaman koko dilakukan secara besar-besaran di Sabah, terdapat
penurunan dari segi pengeluaran koko. Ini adalah kerana penanaman pokok-pokok
koko mula diganti dengan penanaman kelapa sawit pula.
Kebanyakan daripada empunya tanah yang menanam koko hanya melakukan
penanaman secara kecil-kecilan. Bilangan peladang yang melakukan penanaman
secara besar-besaran adalah masih ditahap yang rendah. Penanaman Koko di Sabah
biasanya tertumpu di daerah Tawau dan kawasan-kawasan lain di bahagian pantai
timur.
Sebahagian besar daripada keluaran koko di negeri Sabah dieksport dalam bentuk biji
koko dan sebahagian yang lain pula akan diproses menjadi mentega koko dan serbuk
koko sebelum dieksport. Keluaran koko yang utama yang dihasilkan di dalam negeri
akan dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk kerja pemprosesan selanjutnya, ini
adalah untuk mengeluarkan barangan yang lebih bermutu tinggi. Antara barangan
tersebut ialah coklat dan barangan lain yang berdasarkan coklat.
Getah
Getah adalah barangan komersil yang ketiga pentingnya di negeri Sabah, selepas
kelapa sawit dan juga koko. Pada tahun 1998, sumbangannya kepada eksport negeri
ialah RM76 juta. Keluaran getah yang dieksport adalah terdiri daripada kepingan getah
diasap dan latex. Keluaran ini kemudiannya dihantar ke Semananjung Malaysia untuk
kerja pemprosesan seterusnya. Pemprosesan lanjut ini akan mengeluarkan keluaran
atau barangan yang bermutu tinggi. Walau bagaimanapun pada masa ini penanaman
getah hanya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.
Dewasa ini kerajaan juga menggalakan penghasilan getah untuk keluaran kayu getah.
Kerajaan mempromosikan keluaran perabot kayu getah yang kini kepentingannya telah
meningkat dipasaran dunia.
Balak
Lebih daripada tiga dekad, industri pembalakan telah menjadi tulang belakang ekonomi
negeri. Sumbangannya terhadap pendapatan negeri telah meningkat kepada 40% pada
jumlah keseluruhan pendapatan 1997. Sektor pembalakan juga mempunyai peranan
yang berkaitan dengan sektor ekspot negeri.
Industri pembalakan negeri dikuasai kerja-kerja pemprosesan balak. Keluaran kayu
utama yang dihasilkan adalah kayu potong, papan lapis, veneer, wooden mouldings,
laminated boards, particle boards dan block boards. Terdapat 425 kilang kayu yang
telah direkodkan pada tahun 1996. Kerajaan pada masa kini juga giat mempromosikan
keluaran bermutu tinggi daripada kayu-kayan, iaitu selari dengan objektif States
Industrial Masterplan. Menyedari akan sumber hutan yang semakin pupus, kerajaan
telah membuat beberapa rancangan untuk memulihkan semula hutan dan memastikan
bahawa ianya dapat memberikan bekalan yang cukup kepada industri pembalakan
negeri di masa akan datang.
Perikanan & sumber laut
Lebih daripada tiga suku sempadannya diliputi oleh lautan telah menjadikan Sabah
sebagai negeri yang kaya dengan sumber hidupan laut. Sabah dianggarkan
mempunyai 251,500 tan metrik sumber ikan. Pada tahun 1997 sumbangan sektor
perikanan kepada Keluaran Kasar Negeri pada tahap yang paling minima ialah 2%.
Dalam aspek pekerjaan, sektor perikanan telah mewujudkan 22,000 jenis pekerjaan
kepada negeri.
Aktiviti utama dalam sektor perikanan ialah penangkapan udang menggunakan pukat
tunda. Penangkapan ikan di laut dalam masih kurang berkembang dan dengan
demikian terdapat potensi yang tinggi untuk menerokai aktiviti ini. Sektor perlautan
negeri berkembang dengan cepat terutamanya di kawasan pantai timur di mana
penternakan udang adalah aktiviti utama. Penternakan ikan air tawar, ikan laut, tiram,
mutiara dan tumbuhan laut juga semakin menjadi popular.
Dari segi pengeksportan, pembekuan udang segar adalah keluaran utama sektor
perikanan negeri, menyumbangkan kira-kira RM150 juta daripada pendapatan tahunan
eksport negeri.
Mutiara kultur
Sebuah syarikat secara usahasama dengan pelabur Jepun yang dinamakan Syarikat
Kaya Pearls Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1963 untuk tujuan pemeliharaan
permata ini di Pulau Bohey Dulang kira-kira 18km dari Pekan Semporna, Sabah. Projek
tersebut mempunyai keluasan kira-kira 11.5 hektar.
Syarikat tersebut sedang menternak tiram dari jenis "Silver lip" (Pinctada_maxima)
untuk pengkulturan mutiara. Adalah didapati spesis ini boleh mengeluarkan mutiara
yang berkualiti baik.
Perkilangan
Sumbangan sektor perkilangan kepada hasil keluaran negeri telah meningkat dengan
banyak iaitu daripada 9% keluaran kasar negeri pada tahun 1990 kepada 15% pada
tahun 1997. Walau bagaimanapun sektor perkilangan negeri masih di tahap awal, di
mana proses perkilangan dikuasai oleh pemprosesan sumber semulajadi. Bilangan
besar bagi keluaran pengilangan adalah termasuk balak yang dipotong, veneer, papan
lapis, wooden mauldings, uncoated printings and writing paper, processed palm oil,
methanol and Hot Briquetted Iron. Keluaran lain, seperti perabot dan barangan elektrik
juga dihasilkan tetapi dalam kuantiti yang kecil. Sektor perkilangan negeri merangkumi
industri besar, kecil dan sederhana.
Untuk menyebarkan proses industri negeri, kerajaan telah mengeluarkan satu
rancangan perindustrian iaitu yang dikenali sebagai Sabahs Industrial Masterplan.
Pihak kerajaan juga telah membangunkan pelbagai kawasan industri seperti Kota
Kinabalu Industrial Parks (KKIP), Timber Integrated Complexes and Parks, Palm Oil
Industrial Cluster dan Rubber Industrial Cluster untuk menggalakkan sektor perkilangan
negeri. Insentif bagi pelaburan khas juga diberi bagi sektor perkilangan yang dapat
menarik pelabur berpotensi.

You might also like