You are on page 1of 82

BAB 1

PENGENALAN




1.1 Pengenalan


Industri pembinaan merupakan suatu industri yang amat penting dalam
menggerakkan pembangunan sesebuah negara dan seterusnya akan meningkatkan atau
menjana perkembangan ekonomi negara tersebut. Malaysia merupakan salah sebuah
negara membangun yang semakin meningkat ke arah menjadi sebuah negara maju.
Selaras dengan peningkatan dan kemajuan yang dicapai untuk ke arah negara maju,
industri pembinaan memainkan peranan penting dalam proses pembangunan terutamanya
dalam sektor perumahan, infrastruktur dan sebagainya.

Sebagai negara membangun, Malaysia telah melangkah ke arah yang lebih
berprestij terutama dari segi pembangunan fizikal. Terdirinya Menara Kuala Lumpur,
Menara Berkembar Petronas, J ambatan Pulau Pinang, Putrajaya, SMART Tunnel, Sistem
Monorail dan Transit Aliran Ringan, dan Empangan Bakun yang masih di dalam
pembinaan, terbukti Malaysia adalah di antara pembina-pembina yang berkebolehan
mencipta sesuatu struktur yang setaraf dengan pembina-pembina ternama di dunia.


2
Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai jenis bentuk struktur binaan yang dapat
dilihat di mata dunia, dengan adanya struktur-struktur bangunan yang sedemikian kita
tidak seharusnya melupakan aspek-aspek lain yang turut berperanan penting dalam
menjayakan pembinaan bangunan yang serba indah dan megah tersebut. Aspek-aspek
yang dimaksudkan adalah dari segi pengurusan yang berkesan, penggunaan bahan binaan
yang berkualiti seperti yang telah ditetapkan, memastikan pembinaan berjalan seperti
yang telah dirancangkan dan sebagainya. Untuk memastikan aspek-aspek ini tercapai,
maka pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang penting. Pihak-pihak yang
dimaksudkan adalah Klien, Arkitek, J urutera Perunding, Kontraktor dan pihak-pihak
lain. Semua pihak tersebut harus bekerjasama untuk menjayakan projek yang dijalankan.

Masalah-masalah yang sering dihadapi dalam sektor pembinaan di Malaysia
adalah pengurusan sesebuah syarikat pembinaan yang lemah dan mementingkan
keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kualiti pembinaan di mana akhirnya
akan menyebabkan niat pemilik rumah atau bangunan tersebut tidak tercapai seperti yang
dirancangkan.

Kualiti merupakan aspek atau faktor yang amat penting dalam semua bidang
termasuk pengurusan, pengeluaran, pembinaan dan sebagainya. Bagi menentukan
pencapaian kualiti yang ditetapkan berjaya maka suatu pengurusan dan pemantauan
terhadap kualiti dalam sesuatu sektor perlu dilakukan dengan teliti dan terkawal. Ini
termasuklah kualiti, kos, jadual kerja, keperluan misi dan kesesuaiannya.




1.2 Penyataan Masalah


Kualiti merupakan aspek yang penting dalam industri pembinaan umpamanya
kualiti pengurusan, kualiti hasil binaan, bahan dan sebagainya. Walaupun demikian,
perkara ini sering diabaikan oleh sesetengah syarikat yang masih kurang prihatin
terhadap kualiti.

3

Sesebuah syarikat atau organisasi yang mempunyai sistem pengurusan kualiti
yang baik akan dapat menaikkan imejnya dipasaran. Untuk mendapatkan pengiktirafan
imej yang baik perubahan perlu dilakukan dari pelbagai aspek terutamanya dalam
pengurusan kualiti.

Pengurusan kualiti yang efisien bukan suatu perkara yang mudah, pelbagai
langkah dan perubahan perlu dilakukan untuk memenuhi kategori yang telah ditetapkan
oleh badan pernilaian khas. Pengurusan kualiti yang baik dalam sesebuah syarikat atau
organisasi adalah sukar dan memerlukan jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan
hasil serta ia perlu di kekalkan secara berterusan untuk memastikan pengiktirafan tersebut
dikekalkan. Malangnya, terdapat organisasi yang telah memperolehi pengiktirafan
tersebut lupa terhadap matlamat awalnya.

Pada kebiasaannya, kebanyakkan organisasi menggunakan ISO sebagai alat
pengurusan kualiti. Apakah pula TQM dan bagaimanakah prosedur perlaksanaannya?
Apakah kesannya terhadap prestasi organisasi pembinaan? Apa yang hendak di
perkatakan di sini ialah sesuatu yang baru ditonjolkan kepada dunia pembinaan iaitu
Pelan Kualiti Projek (PKP)

Pada waktu ini PKP ini belum diketahui secara mendalam ataupun umum oleh
pihak atau individu yang terlibat dengan sektor pembinaan. Daripada hasil soal selidik
yang dilakukan terhadap beberapa individu yang bekerja disektor swasta dan kerjaan
sebahagian daripada mereka tidak pernah tahu dan sebahagiannya adalah kali pertama
mendengar PKP. Apa yang mereka faham tentang kualiti adalah yang berkaitan dengan
ISO ataupun Total Quality Management (TQM). Ini adalah sebahagian daripada masalah
yang akan di perbincangkan didalam projek ini selain pemahaman tentang PKP itu
sendiri.






4
1.3 Pelan Kualiti Projek (PKP)


Perancangan kualiti projek ialah suatu manual yang disediakan untuk menambah
kepada dokumaen sistem kualiti yang sediada. Perancangan kualiti projek adalah amat
penting dalam industri pembinaan kerana setiap projek mempunyai kelainan antara satu
sama lain, samada dari segi rekabentuk, kehendak pelanggan dan cara pembinaan.
Perancangan kualiti ini haruslah disediakan berdasarkan kepada dokumen kontrak,
lukisan pembinaan, spesifikasi, manual kualiti, prosedur kerja dan arahan kerja.
Dokumen pelan kualiti projek (PKP) mestilah mengandungi:(Khairil Azizi
Mohamad,2002)

1. Nama dan Alamat pemilik, wakil pemilik dan perunding.
2. Skop kerja yang dilakukan
3. Lukisan Pelan susunatur tapak
4. Carta perancangan utama tapak.
5. Organisasi projek
6. Bidang kerja penyeliapenyelia tapak
7. Senarai sub-kontraktor dan pembekal beserta nombor telefon
8. Objektif kualiti
9. Perancangan pemeriksaan dan ujian untuk aktiviti yang berkaitan
10. Arahan kerja yang berkaitan
11. Borang permintaan pemeriksaan
12. Maklumt kontrak
13. Senarai peralatan yang digunakan ditapak
14. Tatacara kerja yang diluluskan








5
1.4 Penyediaan Dan Perlaksanaan Pelan Kualiti Projek


A.Tanggungjawab Pengurusan

Tanggungjawab pengurusan bagi sesuatu kerja atau projek ialah menentukan dan
memastikan objektif suatu projek itu tercapai. Disamping itu ianya juga pada waktu yang
sama membangun dan memastikkan perlaksanaan projek tersebut mengikut kualiti yang
telah ditetapkan.

B. Perancangan Kualiti
1. Penyediaan Pelan Kualiti Projek(PKP)
2. Skop Kerja
3. Keperluan ISO 9001:2000
4. Polisi
5. Prosedur aktiviti yang perlu dikawal
6. Arahan Kerja
7. Rekod

C. Pengurusan sumber
1. Personel pembinaan
2. Subkontraktor dan pembekal
3. Mesin dan jentera
4. Bahan binaan
5. Keperluan Latihan
6. Keperluan infrastruktur dan kemudahan

D. Pengawalan Proses Pembinaan
1. Pemeriksaan dan pengujian spesifikasi
2. Penilaian tapak dan kos masa
3. Mesyuarat tapak



6
E.Penambahbaikan
1. Pengauditan sistem, prosedur, arahan kerja dan rekod
2. Analisis data dan penyediaan lapuran

Pelan kualiti projek (PKP) ini disediakan oleh Pengurus Projek dengan dibantu oleh
Pengurus Kualiti dan ianya hendaklah mengikut dengan sistem Pengurusan Kualiti ISO.




1.5 Matlamat dan Objektif


Kajian bermatlamat untuk mengkaji penggunaan PKP dalam meningkatkan kualiti
sesuatu projek. Bagi mencapai matlamat ini beberapa objektif dikenalpasti:

Mengenalpasti elemenelemen penting dalam penggunaan PKP bagi
sesuatu projek pembinaan.

Mengenalpasti masalahmasalah berkaitan perlaksanaan PKP

Mengenalpasti kebaikan pengunaan PKP dalam projek pembinaan.




1.6 Skop Kajian


Kajian Projek Sarjana Muda (PSM) ini adalah berasaskan kepada tiga perkara
berikut:
i. Skop kajian adalah berkaitan dengan perancangan kualiti projek secara
menyeluruh yang diamalkan oleh sesebuah organisasi yang
menyumbangkan ke arah kejayaan organisasi tersebut.
7

ii. Kajian soal selidik dibuat pada dua organisasi terpilih sahaja.

iii. Kajian soal selidik menumpu kepada sektor kerajaan dan swasta.

Untuk kajian ini, kebekesanan pelan kualiti projek secara menyeluruh dalam
sesebuah syarikat serta kejayaan penggunaannya akan diteliti dan dikaji.




1.7 Kepentingan Kajian


Hasil kajian Projek Sarjana Muda (PSM) ini dipercayai akan memberi menfaat
kepada pihak yang terlibat didalam industri pembinaan negara, terutamanya dalam aspek
pengurusan kualiti. Pengamalan sistem perancangan kualiti projek yang berterusan akan
meningkatkan prestasi sesebuah syarikat atau organisasi dalam semua aspek. Oleh yang
demikian, pemahaman terdapat sistem Pelan Kualiti Projek (PKP) secara menyeluruh
adalah penting kearah mencapai matlamat organisasi tersebut.




BAB II




PENGENALAN KUALITI




2.1 Pengenalan


Kualiti adalah elemen yang penting dalam kehidupan kita untuk memastikan
memenuhi permintaan para pengguna dalam semua aspek termasuklah dari segi barangan
yang dihasilkan, pengurusan, perkhidmatan dan sebagainya.

Bab ini akan memberikan pengenalan awal terhadap definasi kualiti, terminologi
kualiti dan sebagainya. Melalui definasi yang dinyatakan, diharap dapat memberikan
permahaman lebih mendalam terhadap perkataan kualiti yang sebenar.









9
2.2 Definasi Kualiti


Sebelum kita mendalami atau memahami apakah yang dimaksudkan dengan
Pelan Kualiti Projek (PKP) secara menyeluruh, adalah lebih baik jika kita memahami
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kualiti.

Walaupun secara umumnya masih belum terdapat definasi kualiti yang dapat
diterima secara universal. Akan tetapi, berdasarkan persamaan elemen-elemen dalam
definasi kualiti, kita dapati:

Quality is a dynamic state associated with products, services, people, processes
and environment that meets or exceed expectations.(The Draft International
Standarad ISO / Dis/ 8402)

Terminologi-terminologi bagi kualiti selain daripada Pelan Kualiti Projek adalah
termasuk sebagaimana dibawah : (Lim Kean Kean, 2004)


2.2.1 Polisi Kualiti (Quality Policy)


Secara keseluruhannya, tujuan dan matlamat kualiti yang diamalkan oleh sesebuah
organisasi adalah berdasarkan kepada kehendak atau penetapan pihak pengurusan atasan
sesebuah organisasi tersebut terhadap bentuk kualiti yang dikehendaki diamalkan oleh
organisasi tersebut.

Beberapa objektif yang dapat disimpulkan didalam Polisi Kualiti ialah :

i. Memenuhi kehendak pelanggan ataupun pembeli dan berusaha untuk mencapai
harapan mereka.
ii. Mempertingkatkan dan memperbaiki kualiti tentang perkhidmatan,projek dan
kecekapan memproses sesuatu perkara.
iii. Memberi cabaran dan didikan bagi kakitangan sesuatu organisasi atau syarikat
10
tentang pertumbuhan kemajuan organisasi atau syarikat.
iv. Dapat menguruskan projek dengan berkesan dalam aspek kualiti, masa dan kos




2.2.2 Pengurusan Kualiti (Quality Management)


Menetap dan melaksanakan polisi berdasarkan kepada semua aspek dalam fungsi
pengurusan. Ini memerlukan sokongan dan penglibatan golongan pihak pengurusan
atasan sesebuah organisasi.

Pembentukan organisasi iaitu satu carta organisasi yang menunjukkan aliran
komunikasi, fungsi dan tanggungjawab setiap bahagian hendaklah dinyatkan dengan
jelas. Ini adalah untuk memastikan segala kerjakerja diuruskan, dilaksanakan dan
disemak supaya ianya mematuhi keperluan sisitem kualiti mengikut piawaian yang telah
ditetapakan. Manual kuasa melulus dan had kuasa juga perlu digubal supaya ianya
menerangkan hadhad kuasa yang ada pada seseorang individu. Diantara contoh individu
yang mempunyai kuasa ialah seperti General Manager, Pengurus Projek, J urutera,
J urukur Bahan dan lainlain lagi.


2.2.3 Sistem Kualiti (Quality System)


Untuk perlaksanaan pengurusan kualiti, adalah penting untuk mewujudkan suatu
struktur organisasi, tanggungjawab semua pihak, prosedur-prosedur, proses dan juga
bantuan. Tujuannya adalah untuk memastikan pencapaian, pelaksanaan dan peningkatan
kualiti secara ekonomikal. Sistem kualiti merupakan suatu sistem untuk meningkatkan
tahap kualiti dalam sesebuah organisasi. Ianya adalah rangkaian prosesproses yang
membolehkan input seperti maklumat, bahanbahan dan lainlain melalui proses bagi
menghasilkan produk atau perkhidmatan. Disamping itu, organisasi perlu mewujudkan
srtuktur bagi menguruskan prosesproses ini, prosedurprosedur serta sumber yang
11
diperlukan untuk melaksanakan programprogram kualiti. Rangkaian prosesproses,
struktur, prosedur dan sumber ini apabila disepadukan akan membentuk sisitem kualiti
dalam organisasi.

Selain tujuan diatas, sistem kualiti adalah untuk memastikan produk dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh organisasi adalah memenuhi kehendak pelanggan dan
konsisiten kualitinya. Sistem kualiti memastikan matlamat ini dicapai melalui
perlaksanaan elemenelemen seperti MS ISO 9000 yang membentuk sistem kualiti.
Elemen ini menghendaki organisasi mengenalpasti kehendak pelanggan mereka serta
merancang dan mengawal proses yang menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
dapat memenuhi kehendak berkenaan. Elemen ini juga memerlukan organisasi
menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya bagi personel yang bertanggungjawab
melaksanakan prosesproses tersebut. Disamping itu, setiap aktiviti atau tindakan dalam
sistem kualiti akan didokumenkan sebagai dasar atau prosedur. Semua tindakan yang
dilakukan adalah mematuhi dasar dan prosedur yang telah didokumenkan ini.

Bagi mewujudkan sistem kualiti, organisasi hendaklah menetapkan dan
menyediakan prosesproses yang perlu didalam sistem kualiti bagi menghasilkan produk
atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Organisasi juga perlu
menyediakan struktur dan sumber yang sesuai bagi menguruskan prosesproses tersebut
dengan cekap. Bagi menetapakan dan menyediakan prosesproses tersebut, langkah
langkah berikut perlu diikuti:

i. Mengenalpasti proses utama dalam organisasi
ii. Menyediakan proses/carta aliran kerja.
iii. Memilih model MS ISO 9000 yang paling sesuai dengan proses utama
iv. Penggunaan elemen dalam proses utama
v. Menyediakan Prosedur.






12
2.2.4 Kawalan RekodRekod Kualiti (Control Of Quality Record)


Rekod kualiti merujuk kepada data atau maklumat yang direkodkan akibat
daripada aktiviti atau proses yang dilaksanakan didalam sistem kualiti. Sebagai contoh,
apabila latihan diadakan untuk menambahbaikan kecekapan pekerja, rekod mengenai
latihan ini adalah dianggap rekod kualiti. Kawalan bermaksud perlu adanya prosedur
prosedur yang didokumenkan untuk mengurus dan menyenggara rekod supaya mudah
dirujuk semula dan untuk mengelakkan kemungkinan kehilangan rekod.

Tujuan elemen ini adalah untuk menyimpan rekodrekod kualiti sebagai
bukti sistem kualiti telah berfungsi. Pengurusan rekod sebagai bukti sistem kualiti telah
berfungsi. Pengurusan rekod kualiti dapat menunjukkan keperluan yang spesifik telah
memenuhi serta untuk mengesahkan keberkesanan sistem kualiti.

MS ISO 9000 mengadakan keperluan yang ketat mengenai pengurusan rekod. Ini
adalah kerana MS ISO 9000 ialah sistem kualiti yang berasaskan bukti dan pengesahan.
Rekod yang disenggarakan dengan baik adalah buktibukti yang objektif bahawa sistem
kualiti yang didokumenkan telah diamalkan.

Rekod kualiti hendaklah terang dan jelas, disimpan di tempat yang sesuai supaya
mudah dirujuk semula dan dapat mengelakkanya daripada rosak dan hilang. Tempuh
masa simpanan hendaklah ditentukan dan direkodkan.

Organisasi hendaklah menentukan jenis rekodrekod kualiti yang perlu
diselenggarakan selaras dengan fungsi yang dijalankan. Aspek lain yang perlu diberi
pertimbangan ialah jangkamasa simpanan bagi sesuatu rekod yang disimpan, tempat
simpanan dan kaedah untuk melupuskannya. Organisasi perlu juga mengenalpasti dan
mendokumenkan pihak yang bertanggungjawab keatas pengurusan rekod kualiti.





13
Garis panduan MS ISO 9004 (Clause 5.3.4) menjelaskan bahawa rekod rekod
kualiti mengenai rekabentuk, pemeriksaan, pengujian, tinjauan, audit, semakan atau lain
lain lapuran berkenaan adalah penting dalam sistem pengurusan kualiti. Contoh rekod
kualiti yang diberikan ialah :

Lapuran Pemeriksaan
Data Pengujian
Lapuran kelayakan
Lapuran Pengesahan
Lapuran Audit
Lapuran Kos Kualiti


Mengikut garis panduan MS ISO 9004-2 (Clause 5.4.3 Rekod kualiti hendaklah
memberi maklumat mengenai:

Pencapaian objektif kualiti
Tahap kepuasan/ketidakpuasan mengenai perkhidamatan
Pencapaiann system kualiti untuk semakan dan penambahbaikan
perkhidmatan
Penganalisaan bagi mengenalpasti arah aliran kualiti
Tindakan pembetulan dan keberkesanannya
Prestasi pembekal
Kepakaran dan latihan personel
Perbandingan Persaingan.


2.2.5 Jaminan Kualiti (Quality Assurance)


Untuk mewujudkan keyakinan terhadap produk atau perkhidmatan supaya akan
mencapai penetapan atau keperluan dalam aspek kualiti, maka semua perancangan dan
tindakan yang bersistematik diperlukan.
14
Secara keseluruhannya, konsep yang dibincangkan di atas akan mengarahkan
sesebuah organisasi ke arah pencapaian Sistem Pengurusan Kualiti. Sub-topik yang
berikut akan membincangkan sistem pengurusan kualiti.




2.3 Komitmen Terhadap Kualiti Berbanding Dengan Pengurusan Secara
Tradisional


Sistem pengurusan kualiti formal semakin diiktiraf dan dipraktikkan dalam semua
bidang. Perlaksanaan sistem pengurusan kualiti memang mengelirukan dan perlu
dihadapi oleh ketua eksekutif dan pengarah terutamanya terhadap teori-teori
perlaksanaannya. Mereka harus saling berbincang sesama untuk memahami dan
merancangkan tindakan yang harus diambil untuk melaksanakannya dan memberikan
komitmen kepada perlaksanaan sistem kualiti. Kebijaksanaan adalah mustahak untuk
menghasilkan polisi yang berdasarkan kualiti seperti berikut:

i. Komitmen terhadap peningkatan yang mantap dalam jangkamasa panjang.
ii. Mengamalkan falsafah Zero Defects untuk mengubah budaya kerja
berdasarkan kepada prinsip Betul Kali Pertama (Right First Time).
iii. Melatih semua pekerja untuk memahami perkaitan atau konsep antara
pelanggan-pembekal.
iv. Pemikiran terhadap sesuatu perkara tidak boleh hanya berdasarkan sesuatu
fakta, tetapi harus berdasarkan keseluruhan fakta yang berkaitan.
v. Memastikan bahawa perkembangan sistem adalah terurus.
vi. Mengamalkan kaedah baru dalam menyelia dan melatih pekerja serta
menghapuskan perasaan takut dalam mencuba sesuatu.
vii. Menghapuskan halangan dan jurang antara pekerja dengan pihak pengurusan
melalui kekerapan berkomunikasi dan kerjasama.
viii. Menghapuskan pemahaman atau pengamalan yang berkonsep mencapai
sesuatu kerjayaan tanpa perancangan dan kaedah.
ix. Secara konsisten mengajar dan melatih pekerja untuk mewujudkan pakar.
15
x. Mewujudkan suatu kaedah yang bersistematik bagi menguruskan
perlaksanaan TQM.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak organisasi yang masih
mengamalkan kaedah tradisional dimana ia menyebabkan mereka ini tidak dapat bersaing
dan mencari peluang lain. Kebiasaannya mereka mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Prinsip seseorang yang mempercayai kaedah traditional akan dapat
menjaminkan kualiti.
ii. Tidak menggalakkan perubahan dalam pengurusannya.
iii. Pengurusannya hanya aktif untuk jangkamasa pendek berdasarkan kepada
permintaan pelanggan dan mempunyai pendapatan jangkamasa pendek.
iv. Lebih mementingkan pembelian sesuatu berdasarkan kepada harga yang
rendah berbanding dengan nilai wang tersebut.
v. Lebih mementingkan kos sesuatu benda tetapi membazirkan tenaga pekerja.
vi. Kedudukan strategi yang tidak jelas.
vii. Komunikasi yang lemah diantara sesama sendiri dan juga dengan pelanggan.




2.4 Kepentingan Pengurusan Kualiti


Secara kebiasaannya kualiti dianggapkan sebagai suatu ukuran untuk memenuhi
keperluan pengguna atau memenuhi sesuatu tujuan. Setelah mendefinasikan maksud
kualiti, kebiasaannya orang ramai akan menganggap bahawa kawalan kualiti telah
merangkumi semua untuk memastikan sesuatu produk atau perkhidmatan dalam
memenuhi permintaan pengguna. Sebahagian orang ramai bergantung kepada jaminan
kualiti, dimana ia memberikan keyakinan terhadap perancangan secara teliti dan
dilaksanakan bagi menunjukkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, kawalan kualiti dan jaminan kualiti sahaja tidak akan dapat
membantu dalam menguruskan sesuatu perniagaan dengan berjaya jika ia tidak
16
mengambilkira aspek sejagat, komersil dan ketidaksistematik dalam menjalankan sesuatu
perniagaan. Oleh yang demikian, pengurusan kualiti telah diperkenalkan dengan
matlamat untuk mewujudkan suatu sistem pengurusan yang lebih berkualiti. Sistem
pengurusan kualiti adalah penting untuk masa kini kerana ia merupakan sesuatu kaedah
baru yang mengambilkira orang ramai, prosedur, sistem dan lain-lain aspek dalam
perniagaan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan menghasilkan keuntungan secara
konsisten.




2.5 Pengurusan Kualiti Perkhidmatan


Terdapat perbezaan yang nyata antara sesebuah organisasi yang benar-benar
percaya bahawa perlunya untuk menguruskan kualiti dan adalah sentiasa untuk bersedia
untuk memenuhi standard tertentu. Aplikasi kejayaan sesuatu falsafah bagi Pengurusan
Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam sesebuah organisasi ialah menitikberatkan pengurusan
yang berkualiti daripada hanya mementingkan pencapaian standard. Dalam penetapan
kualiti semua organisasi harus memahami konsep perkaitan antara pelanggan dan
produk atau perkhidmatan.

Pelanggan termasuklah orang luar mahupun pekerja organisasi sendiri. Disamping
untuk mencapai permintaan para pelanggan luar, organisasi perlu memastikan permintaan
pelanggan dalamannya (pekerja) dipenuhi dalam semua peringkat proses kerja. Walaupun
demikian, kualiti yang diberikan kepada pelanggan tidak harus hanya tertumpu dalam
sesuatu aspek kerja sahaja.






17
2.5.1 Perkaitan antara pelanggan - majikan - kontraktor utama - sub kontraktor -
pembekal


Dalam semua bidang perniagaan, samada kontraktor atau praktik professional,
terdapat rantaian hubungkait antara pelanggan-pembekal dimana secara amnya akan
membekalkan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan luar. Rajah 2.1 berikut
menunjukkan perkaitan secara grafik.



Pembekal
Sub Kontraktor
Kontraktor Utama
Majikan
Pelanggan












Rajah 2.1: Rantaian Kualiti


Bagi urusan seseorang atau pasukan makluman daripada pekerja sepejabat perlu
diketahui untuk memastikan mereka dapat menyiapkan proses kerjanya. Kegagalan
dalam sebarang rangkaian dalam rantaian tersebut akan menyebabkan pembaziran segi
wang dan masa. Kebiasaannya hasil barangan dan perkhidmatan yang diberikan adalah
berisiko tinggi.

Oleh yang demikian, untuk memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan
atau produk seperti yang dijangkakan, maka perniagaan perlu menguruskan setiap
18
rangkaian dalam Rantaian Kualiti dan bukan sekadar untuk memasarkan perkhidmatan
atau produk. Setiap pembekal samada dalam perniagaan, bahagian atau peringkat
persendirian mesti dikenalpasti keperluan pelanggannya dan memastikan perkhidmatan
yang diberikan dapat memenuhi keperluan pelanggannya.

Diperingkat bahagian, semua jurutera dan juru ukur bahan mesti setuju dengan
keperluan kedua-dua pihak dan bukan hanya menceritakan hal-hal teknikal dan kontrak
tetapi harus membincangkan tempoh jangkamasa dan perwatakkan. Pada peringkat
individu, majikan harus menetapkan semua tugas setiap individu.




2.6 Tanggapan Pengguna Terhadap Kualiti


Permintaan pengguna yang semakin meningkat dan sukar untuk dipenuhi
keperluannya. Tanggapan seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau
perkhidmatan adalah berdasarkan kualitinya. Oleh yang demikian, adalah penting untuk
majikan mengambil tindakan untuk menguruskan tanggapan pengguna dengan
meningkatkan kualiti dan standard.

Terdapat dua pendekatan bagi kualiti. Pertama, kualiti teknikal bagi produk dan
kedua ialah kualiti fungsi bagi perkhidmatan. Rajah 2.2 berikut menunjukkan perkaitan
secara grafik









19












PERKHIDMATAN YANG
DI INGINKAN
Perkhidmatan Tradisional
didefinasikan melalui
penerangan atau kontrak.
KUALITI SECARA TEKNIKAL
- Penyelesaian secara teknikal
- Kebolehan teknikal pekerja
- Pengetahuan
- Sistem perniagaan
- Pra-aktif
KUALITI SECARA FUNGSI
- Kontrak majikan
- Penilaian
- Masa yang terhad
- Perwatakkan
TANGGAPAN PELANGGAN

Rajah 2.2 : Tanggapan Terhadap Kualiti Perkhidmatan




2.7 ISO 9000 Dan Kualiti


2.7.1 Definasi ISO 9000 Dan ISO 9000


ISO adalah satu nickname bukan acronym untuk International Organisation for
Standardisation. ISO ialah satu badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari
seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard dinegara masing- masing.
Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menggalakkan pewujudan standard
antarabangsa. Pewujudan standard ISO 9000 adalah untuk memastikan produk dam
perkhidmatan yang dihasilkan oleh NegaraNegara ahli diiktiraf di peringkat
antarabangsa (Global acceptance)

20
ISO 9000, adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan
elemenelemen asas yang perlu ada didalam system kualiti bagi memastikan
perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak
pelanggan. Pelaksanaan standard bagi sistem ini akan memastikan produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan dapat menepati spesifikasi yang telah ditetapkan untuk
produk atau perkhidmatan tersebut pada setiap kali ianya dihasilkan.


2.7.2 Hubungan ISO 9000 Dan Kualiti


Dalam ISO 9000, kualiti adalah ditafsirkan sebagai keseluruhan ciriciri dan sifat-
sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersirat dan
yang dinyatakan. Ciriciri dan sifatsifat ini ditentukan mengikut kehendak pelanggan.
Pelangganlah yang akan menilai sama ada perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi ciri
ciri yang telah mereka tetapkan. Oleh itu kualiti bermakna memenuhi kehendak
pelanggan. Dalam perkhidmatan awam, antara ciriciri perkhidmatan berkualiti yang
dapat memenuhi kehendak pelanggan termasuk menepati masa, ketepatan fakta, layanan
mesra, keselesaan, kecekapan, kebolehpercayaan informatif dan mudah diperolehi.

Kualiti boleh dicapai melalui dua pendekatan, iaitu kawalan kualiti (Quality
Control) dan kepastian kualiti (Quality assurance). Kawalan kualiti adalah teknik yang
digunakan bagi mengenalpasti produk yang tidak memenuhi spesifikasi. Konsep ini
menekankan pemeriksaan keatas produk setelah ianya dihasilakn. Ini melibatkan
pembaziran yang tinggi kerana banyak sumber telah disalurkan untuk menghasilkan
produk yang sebahagiannya tidak akan memenuhi spesifikasi.

Pembaziran dapat dielakkan dengan menggunakan pendekatan yang kedua iaitu
kepastian kualiti (Quality Assurance). Dalam kepastian kualiti, kawalan kualiti tidak
ditumpukan kepada produk akhir tetapi kepada proses yang menghasilkan produk
tersebut. Dengan memberi tumpuan kepada kawalan kualiti keatas proses,penghasilan
produk yang tidak memenuhi spesifikasi dapat dielakkan sebelum ianya berlaku. Dengan
21
kata lain, prinsip penting bagi kepastian kualiti adalah mencegah daripada berlaku
masalah dan bukannya mengatasi masalah selepas ianya berlaku. Kepastian kualiti ini
adalah matlamat utama yang hendak dicapai didalam ISO 9000.


2.7.3 Hubungan ISO 9000 dan TQM


ISO 9000 menyediakan asas yang kukuh bagi melaksanakan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM). TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan kepada
falsafah kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan, melibatkan
semua aspek dalam organisasi dan memberi penekanan kepada kerja berpasukan.Antara
aspekaspek utama organisasi yang menjadi tumpuan TQM ialah aspek sokongan
pengurusan, perancangan strategik kualiti dan pengurusan proses. ISO 9000 juga
memberi penekanan kepada aspekaspek ini terutamanya aspek pengurusan proses.

Sistem kualiti dan sistem kepastian kualiti yang diwujudkan melalui perlaksanaan
ISO 9000 akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan proses yang
diberi tumpuan oleh TQM. Oleh yang demikian,pelaksanaan ISO 9000 boleh
memantapkan usahausaha kearah perlaksanaan TQM.


2.7.4 Prinsip Prinsip ISO 9000


Perlaksanaan ISO 9000 adalah berasaskan kepada beberapa prinsip penting
seperti yang dinyatakan dibawah:
Prinsip pertama : ISO 9000 adalah standard bagi sistem kualiti. Ianya
bukan standard untuk produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Standard bagi
produk menetapkan ciri- ciri bagi produk berkenaan. Contohnya, SMR ialah
standard bagi sejenis getah yang dihasilkan oleh Malaysia. Standard ini
22
menetapkan ciriciri bagi getah tersebut, seperti warna, elastisitinya dan
kandungan bahan kimianya. Sebaliknya standard ISO 9000 adalah standard bagi
system kualiti yang mengahasilkan getah tersebut.
Prinsip Kedua : ISO 9000 berasaskan kepada dokumentasi. Prinsip ini
menekankan kepada dokumen apa yang dibuat, buat apa yang didokumenkan dan
seterusnya buktikan kesemuanya.
Prinsip Ketiga : ISO 9000 menekankan pencegahan iaitu mencegah
daripada berlakunya masalah dan bukannya mengatasi masalah selepas ianya
berlaku.
Prinsip Keempat : ISO 9000 adalah suatu standard universal. Ini adalah
kerana ianya menggariskan keperluankeperluan asas secara umum tetapi tidak
memperincikan tindakantindakan yang perlu diambil bagi memenuhi keperluan
tersebut. Dalam erti kata lain, ISO 9000 hanya menghuraikan apa yang perlu
diadakan dan tidak bagaimana hendak membuatnya. Sebagai contoh, standard ini
menetapkan tindakan pembetulan perlu dijalankan tetapi tidak menghuraikan
bagaimana cara dan bentuk tindakan pembetulan yang perlu di ambil.
Memandangkan ISO 9000 adalah standard yang universal, ia sesuai dilaksanakan
oleh pelbagai jenis organisasi samada yang terlibat dalam pengeluaran produk
atau pemberian perkhidmatan termasuk perkhidmatan awam.


2.7.5 Skop ISO 9000


Secara amnya, ISO 9000 membabitkan dua bentuk standard yang asas iaitu:

i. Standard Jamian Kualiti merangkumi ISO 9001,ISO 9002 dan ISO 9003
yang direkabentuk khas untuk kegunaan dalam tujuan kontraktual dan
penilaian.

23
ii. Standard Pengurusan Kualiti merangkumi ISO 9004, dimana ia adalah
panduan secara non-kontraktual untuk memberi pertunjuk bagi sesebuah
organisasi untuk membina dan melaksanakan sistem kualiti mereka sendiri.

Skop bagi setiap standard dan perhubungannya ditunjukkan seperti berikut:

a. ISO 8402 - Kualiti Perbendaharaan Kata
b. ISO 9000 : 1994 - Standard Pengurusan Kualiti dan J aminan kualiti
(Panduan untuk pilihan dan kegunaan)
c. ISO 9004 : 1994 - Kualiti Pengurusan dan Elemen Kualiti (Panduan)
d. ISO 9001 : 1994 - Sistem Kualiti (model untuk jaminan kualiti dalam
rekabentuk, pembangunan, pembuatan, pemasangan dan perkhidmatan)
e. ISO 9002 : 1994 - Sistem Kualiti (model untuk jaminan kualiti bagi
pembuatan dan pemasangan)
f. ISO 9003 : 1994 - Sistem Kualiti (model untuk jaminan kualiti dalam
pemeriksaan dan percubaan akhir)


Di antara skop yang dinyatakan diatas, penentuan skop oleh sesebuah organisasi
berdasarkan kepada bentuk organisasi itu sendiri. Apakah perhubungan antara ISO 9000
dengan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Sub-topik berikut akan
membincangkannya.


2.7.6 Faedah Melaksanakan Standard ISO 9000


Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya
sesuatu masalah. Dengan demikian dapat mengelak pihak pengurusan daripada
terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti operasi harian organisasi. Ini adalah
kerana staf dibekalkan dengan panduan dan cara bekerja yang lengkap.
Membolehkan organisasi mengenalpasti tugastugas yang patut dijalankan
serta memperincikan langkahlangkah yang perlu diambil. Ini dicapai melalui
24
perancangan yang dibuat sebelum sesuatu tugas dilaksanankan dan menyediakan
prosedur, standard serta garis panduan untuk membantu staf mengetahui tugas
sebenar yang perlu dilakukan.
Memberi kaeadah bagi mendokumenkan seacara tersusun amalanamalan
pengurusan dan caracara bekerja. Dokumen ini boleh dijadikan sebagai asas
untuk program latihan kepada staf dan asas bagi ppenambahbaikan prestasi.
Dokumendokumen yang disediakan mengandungi amalan amalan dan cara
bekerja yang kemaskini.
Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalahmasalah
serta mengelakkannya daripada berulang. Ini dilakukan dengan mewujudkan
langkahlangkah bagi mengesan tindakantindakan yang tidak mematuhi amalan
dan spesifikasi, mengenalpasti puncanya dan merancang serta melaksanakan
tindakan pembetulan.
Membolehkan staf menjalankan tugastugas mereka dengan betul pada kali
pertama dan pada setiap kali. Ini boleh dicapai dengan mengadakan arahan kerja,
kawalan yang berkesan, sumber yang sesuai dan mencukupi, latihan, motivasi dan
persekitaran yang memberansangkan.
Membolehkan organisasi membuktikan kepada mana-mana pihak yang
membuat penilaian keatas organisasi tersebut mengenai kualiti perkhidmatan yang
diberikan dan sisitem bagi menghasilakan perkhidamatan ini terkawal. Ini
dilakukan dengan cara mengenalpasti, mewujud dan menyenggara rekodrekod
aktiviti yang mempunyai kesan keatas kualiti.
Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan baik melalui
maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan
kawalan dokumen.








25
2.8 Rumusan


Berdasarkan kepada penjelasan yang telah diterangkan didalam bab ini tentang
definasi kualiti dan termologi-termologi dalam kualiti. Diharapkan akan dapat
menguatkan pemahaman tentang kualiti. Disamping itu, bab ini juga mendefinasikan ISO
9000, skop ISO 9000 dan juga faedah melaksanakan ISO 9000 dalam sesebuah
organisasi.

Oleh yang demikian, hasil daripada keterangan diatas dapatlah dibezakan diantara
ISO 9000 dan PKP. Maka dapatlah disimpulkan bahawa ISO 9000 itu adalah IBU
kepada PKP. ISO 9000 adalah suatu sistem yang dapat digunakan disemua sektor seperti
perkilangan, perladangan, pelabuhan dan lain lain. Manakala PKP adalah hanya untuk
sector pembinaan sahaja. Selain itu ianya juga hanya khusus untuk satu projek. Sebagai
contoh PKP untuk projek Lebuhraya tidak boleh digunakan untuk projek membina
bangunan ataupun jambatan. Penjelasan yang diberi diharap dapat memjelaskan apa yang
dimaksudkan dengan Pelan Kualiti Projek dan apa yang dimaksudkan dengan ISO 9000.
( Rajah 2.3 : Menerangkan maksud di atas)

Bab yang seterusnya akan menbincangkan tentang model dan kaedah
Perancangan Kualiti Projek secara lebih mendalam didalam suatu projek yang telah
dikenalpasti.

ISO 9001 : 2000
P . K . P










Rajah 2.3 : ISO 9001:2000




BAB III




METODOLOGI




3.1 Metodologi Kajian


Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pengumpulan data melalui kaedah
soal selidik dengan pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan kualiti projek
disesebuah organisasi. Rajah 3.1 berikut merupakan carta aliran bagi metodologi kajian
ini.











27

Kajian Literatur


Kajian Kes

Temuramah
Kajian Dokumen




Analisa Data

Kesimpulan & Cadanagann

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Kajian


3.2 Kajian Literatur


Kajian literatur merangkumi penelitian bahan-bahan bertulis seperti buku-buku
teks, kertas kerja, laporan, jurnal yang berkaitan dan tesis-tesis yang lepas. Dalam kajian
literature, tumpuan pencarian difokuskan kepada pengenalan dan latarbelakang sistem
Pelan Kualiti Projek (PKP). Peringkat ini juga melibatkan pengumpulan maklumat
tentang piawaian-piawaian yang terdapat didalam sistem Pelan Kualiti Projek (PKP).
Tumpuan juga diberikan terhadap cara-cara perlaksanaan dan masalah yang dihadapi
ketika melaksanakannya.








28
3.3 Kajian Kes


Dalam kajian ini maklumat yang inigin diumpulkan adalah tentang pemahaman
terhadap sistem Pelan Kualiti Projek (PKP), perlaksanaan yang dilakukan, masalah-
masalah yang dihadapi dan pandangan-pandangan yang berkaitan. Dalam kajian ini,
boring soal selidik akan diedarkan kepada pihak yang sepatutnya menggunakan sistem
Pelan Kualiti Projek(PKP). Borang soal selidik ini lebih menekankan terhadap
perlaksanaan PKP dan pendapat-pendapat mereka tentangnya. Secara amnya, soal selidik
ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian pertama menyelidik terhadap
kefahaman Pelan Kualiti Projek(PKP), bahagian kedua ialah tentang perlaksanaan PKP
dan bahagian ketiga ialah tentang masalah-masalah dan kelebihan yang terdapat dalam
perlaksanaan PKP.




3.4 Analisa Data dan Keputusan


Dalam peringkat analisa, data-data yang dikumpulkan melalui kaji selidik akan
dianalisis, disunting dan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk tujuan analisis, dua
kaedah yang digunakan adalah analisis kekerapan dan indek relatif. Daripada hasil
analisis yang dibuat, barulah penilaian dibuat terhadap keberkesanan perlaksanaan sistem
Pelan Kualiti Projek didalan industri pembinaan Malaysia. Kajian ini akan mendalami
pandangan mereka yang terlibat dalam perlaksanaan sistem PKP ini.








29
3.5 Kesimpulan dan Cadangan


Daripada hasil analisa diatas, kajian ini akan memberi rumusan mengenai hasil
pencarian yang dijalankan. Selaras dengan objektif kajian, kesimpulan mengenai
keberkesanan perlaksanaan sistem PKP dalam industri pembinaan Malaysia, masalah-
masalah yang dihadapi dan pandangan-pandangan akan diulas di penghujung kajian ini.











BAB IV




HURAIAN PERUNTUKAN DALAM SISTEM
PELAN KUALITI PROJEK (PKP)




4.1 Pengenalan


Pelan Kualiti Projek, pada masa kini hanya digunapakai oleh dua organisasi
sahaja. Pertama ialah Pelan Kualiti Projek (PKP) yang digunakan oleh J KR Malaysia.
Manakala PKP yang ke dua ialah, yang digunakan oleh pihak kontraktor atau pemaju
sebagaimana yang perlu di sediakan di dalam sesuatu projek. PKP ini kebiasaannya di
minta oleh pihak Penguasa sesuatu projek. Dalam bahagian ini akan diterangkan secara
terperinci tanggungjawab setiap inidividu yang terlibat dalam struktur pengurusan dan
bagaimana operasi pengurusan dilakukan bagi meningkatkan kualiti kerja.







31
4.2 Pelan Kualiti Projek JKR Malaysia


Pelan kualiti projek J KR Malaysia, ianya merangkumi lima belas perkara. Setiap
perkara yang dinyatakan, menerangkan segala keperluan dan kehendak pelanggan yang
perlu dipatuhi. Semua perkara yang dimaksudkan dinyatakan secara terperinci
sebagaiamana penerangan dibawah.


4.2.1 Pengenalan


Didalam bab pengenalan akan terdapat nama bagi suatu projek yang mana ianya
akan menerangkan tentang kerja-kerja yang akan dijalankan. Seterusnya skop kerja yang
akan dilaksanakan. Perkara yang ketiga ialah tentang konsep projek yang akan
dijalankan. Ianya seperti contoh konsep design and built, turnkey dan lain-lain lagi
sebagaimana yang dipraktikkan di negara kita. Perkara yang terakhir ialah tujuan sesuatu
projek itu dijalankan. Kebanyakan projek yang dijalankan dinegara ini adalah untuk
kesenangan dan kemajuan rakyat. Rajah 4.1 dibawah adalah contoh borang pengenalan
suatu projek.


4.2.2. Objektif Kualiti


Perkara yang terdapat didalam tajuk ini terbahagi kepada tiga perkara. Perkara
yang pertama ialah tentang penyiapan projek didalam tempoh yang ditetapkan. Dalam hal
ini dinyatakan tentang tarikh mula projek (Tarikh sah brif projek) dan juga tarikh siap
projek (Tarikh serahan projek kepada pelanggan).


Perkara yang kedua ialah tentang siling kos projek yang dipersetujui. Dalam hal
ini kos siling selalunya diakui dan dipersetujui sebelum bermulanya suatu projek. Ianya
perlu supaya tidak akan berlaku lebihan kos didalam suatu projek. Manakala perkara
32
yang ketiga ialah tahap penerimaan kualiti projek tersebut. Kualiti ini berpandukan
kepada berapa bilangan NCR yang ditutup dan juga berapa bilangan aduan kecacatan
yang diterima. Rujuk Rajah 4.2




33
1.1 Nama Proj ek
Nama Projek : Rujukan SKALA :
Ruj Fail :
1.2 Skop/Konsep/Tuj uan
Raj ah 4.1 : Pengenalan
2.1 Objektif projek ini adalah
2.1.1 Penyi apan dal am tempoh yang di tetapkan
i. Tarikh mula projek :
(Tarikh Sah Brief Projek)
ii Tarikh siap projek :
(Tarikh serahan projek kepada pelanggan)
2.1.2 Si l i ng Kos Proj ek yang di persetuj ui : RM
2.1.3 Tahap penerimaan kualiti
i. Bilangan NCR yang tutup :
ii. Bilangan aduan kecacatan :
Rajah 4.2 : Pengenalan & Objektif Kualiti




34

4.2.3 Maklumat Asas Projek


Untuk sesuatu projek butiran-butiran pelanggan hendaklah diketahui secara
terperinci. Oleh itu perkara-perkara yang diketahui ialah sebagaimana pejabat pelanggan
berserta alamat yang lengkap. Perkara yang kedua ialah tentang nama wakil pelanggan
yang akan berurusan dengan pihak kontraktor, perunding dan sebagainya. Selain nama
pangkat yang disandang juga perlu dinyatakan. Seterusnya ialah ialah talian telefon dan
juga faks untuk perhubungan antara pelanggan dan pihak yang dinyatakan diatas. Sila
lihat Rajah 4.3


Perkara yang seterusnya adalah tentang butiran kewangan dan juga sunber
kewangan bagi projek yang akan dijalankan. Perlu diketahui bahawa suatu projek itu
adakah ianya termasuk didalam Rancangan Malaysia atau pun tidak. Sekiranya
termasuk ianya didalam Rancangan Malaysia yang keberapa? Ini perlu diketahui kerana
inya melibatkan banyak agensi di dalam kerajaan. Seterusnya kos projek tersebut juga
perlu diketahui dan juga diterangkan maksud pembangunan yang akan dijalankan. Berapa
lamakah peruntukan masa yang diberi bagi menyiapkan projek tersebut disamping itu dan
segala butiran tentang projek tersebut juga perlu diambilkira.


4.2.4 Pelan Lokasi Projek


Pelan lokasi projek ialah penerangan tentang Negeri, Daerah, Mukim dan
sebagainya. Ianya adalah sebagai pengenalan kepada projek yang akan dijalankan.



35
3.1 Butir - butir pelanggan
Pejabat Pelanggan:
Nama Wakil Pelanggan: J awatan Pelanggan:
Alamat: No Telefon: No Fax:
3.2 Butir Kewangan/Sumber Pembiayaan
Rancangan Malaysia Ke: Maksud Pembangunan: Butiran:
Kos Projek: Peruntukan Masa:
4 Pelan Lokasi Projek
Seperti Dilampirkan
5 Kaedah Dan Proses - Proses Perlaksanaan Projek
5.1 Tentukan kaedah pelaksanaan
Konvensional Konvensional Reka & Bina
(Dalaman) (Perunding)
Tender Terbuka Tender Terbuka Tender Terbuka
Tender Terhad Tender Terhad Tender Terhad
Rundingan Terus Rundingan Terus Rundingan Terus
Rajah 4.3: Maklumat Asas Projek




36
4.2.5 Kaedah dan Proses-Proses Perlaksanaan Projek.


Sebelum bermula perlaksanaan suatu projek, terlebih dahulu hendaklah
ditentukan kaeadah perlaksanaanya dahulu. Di dalam kaedah dan proses perlaksanaan
projek terdapat tiga kaeadah yang selalu digunapakai. Kaedah dan proses-proses
perlaksanaan projek adalah kaedah Konvesional (Dalaman), Konvensional (Perunding),
dan yang terakhir Kaedah Reka & Bina seperti Rajah 4.4

CARTA ALIR PROSES KERJ A
(Pelaksanaan Projek Secara Konvesional)
Kawalan Kualiti
Input
Surat Kuasa,
Brief Projek Aktiviti 1 Aktiviti 2
Peruntukan Perancangan Rekabentuk
Peraturan
Standard
Aktiviti 3 Aktiviti 4 Aktiviti 5
Perolehan Pembinaan Penyerahan
OUTPUT
Projek Yang
Pengurusan Sumber Disiapkan
(Pelaksanaan Projek Secara Reka & Bina)
Kawalan Kualiti
Input
Surat Kuasa,
Brief Projek Aktiviti 1 Aktiviti 2
Peruntukan Perancangan Rekabentuk
Peraturan
Standard
Aktiviti 3 Aktiviti 4 Aktiviti 5
Perolehan Pembinaan Penyerahan
OUTPUT
Projek Yang
Pengurusan Sumber Disiapkan

Rajah 4.4:Carta Alir Proses Kerja

37
4.2.6 Cadangan Bilangan Pekerja Yang Di Perlukan Bagi Setiap Tugas


Untuk perkara ini ianya adalah untuk memastikan berapa banyak dan siapakah
yang layak dan perlu untuk mengndalikan sesuatu projek. Ini adalah disebabkan setiap
projek yang akan dijalankan berbeza dengan projek yang telah dilalui. Oleh itu
kesesuaian memilih J urutera, Arkitek, J urukur Bahan, Pembatu Teknik dan yang lain-lain
adalah penting dan pemilihannya hendaklah mengikut kehendak projek yang akan
dijalankan. Sekiranya pemilihan ini salah atau kurang sempurna ianya akan
mendatangkan masalah dikemudian hari. Rajah 4.5 contoh borang analisis sumber

Cadangan bilangan staf J KR yang memiliki kelayakan kompetensi yang sesuai dalam bidang tugas
rekabentuk, perolehan & penyeliaan [Rujuk Prosedur J KR.PK(P).09] bagi mengendalikan projek.
J awatan Bilangan Yang Diperlukan Bilangan s angan sediada Bil Tambahan Yg Diperlukan
A B C A B C A B C
J urutera
Arkitek
J urukur Bahan
Pembantu Teknik
J uruteknik
Pelukis Pelan
Jumlah
Nota : A =Peringkat Rekabentuk (Dari D-Plan)
B =Peringkat Perolehan (Dari D-Plan)

Rajah 4.5:Analisis Sumber







38
4.2.7 Pasukan Projek


Pasukan projek bagi suatu pembinaan adalah terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian yang pertama ialah bahagian Pegawai Penyelaras. Bahagian ini terdiri daripada
Pengarah yang berkeaan, ketua pasukan projek, pengarah projek dan pegawai penguasa.
Manakala untuk bahagian yang kedua pula ialah bahagian pejabat pelaksana yang
bertanggungjawab. Bahagian ini terbahagi kepada 3 seksyen, ianya sebagaimana
dinyatakan di dalam Rajah 4.6 dibawah.

39
7.1 Pegawai Penyelaras
Bil Tanggungjawab Nama J awatan Pejabat
1 Pengarah Berkenaan
2 HOPT
3 PP/PD
7.2 Pejabat Pelaksana/ Bertanggungjawab
Bil Aktiviti T/J awab J awatan Pejabat
1 Rekabentuk HODT
a. Senibina HODT
b. Asas HODT
c. Kerja luar bangunan HODT
d. Kerja Tanah HODT
e. Bekalan air HODT
f. Pembetungan HODT
g. J alan HODT
h. J ambatan HODT
i. Maritm HODT
j. Mekanikal HODT
k. Eletrikal HODT
l. Ukurbahan HODT
2 Perolehan HODT
3 Seliatapak
a. Senibina WPP/WPD
b. Asas WPP/WPD
c. Kerja luar bangunan WPP/WPD
d. Kerja Tanah WPP/WPD
e. Bekalan air WPP/WPD
f. Pembetungan WPP/WPD
g. J alan WPP/WPD
h. J ambatan WPP/WPD
i. Maritm WPP/WPD
j. Mekanikal WPP/WPD
k. Eletrikal WPP/WPD
l. Ukurbahan WPP/WPD
Rajah 4.6: Pasukan Projek


4.2.8 Carta Organisasi Pasukan Projek


Sebagaimana kita sedia maklum,bahawa carta organisasi adalah suatu elemen
yang sangat penting dalam sesuatu projek, jabatan atau organisasi. Ianya diperlukan
adalah untuk menerangkan tentang siapakah yang bertanggung jawab bagi setiap
bahagian yang telah diputuskan. Didalam carta organisasi suatu projek kebiasaannya
40
ianya diketuai oleh seorang Pengurus Projek. Manakala untuk melancarkan perjalanan
projek tersebut ianya dibantu oleh J urutera, J urukur Bahan, Penyelia dan lain-lain lagi.
Rajah 4.7 adalah contoh carta organisasi.

Pengarah
(Nama,
J awatan
&Pejabat
HOPT Penyeliaan
(Nama, Tapak
J awatan Bina
&Pejabat
HODT HODT HODT HODT HODT HODT HODT HODT HODT
Kerja Kerja Bekalan J urukur J ambatan J alan
Senibina Asas Struktur Luar Tanah air Bahan Senibina Senibina
(Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama,
J awatan J awatan J awatan J awatan J awatan J awatan J awatan J awatan J awatan
Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat)

Rajah 4.7: Carta Organisasi Projek


4.2.9 Jadual Perancangan Projek


Bagi menjayakan suatu projek dengan jaya, maka sudah tentu ianya memerlukan
perancangan projek. Oleh itu jadual perancangan projek adalah amat mustahak bagi
mencapai maksud diatas. J adual perancangan kerja terbahagi kepada lima bahagian
sebagaimana diterangkan secara terperinci didalam Rajah 4.8 dan Rajah 4.9 dibawah.


41
Bil Aktiviti J awatan Pegawai Nama Tarikh J angka
Bertanggungjawab Pejabat Laksana
PERANCANGAN
1 Penerimaan & Pendaftaran Projek HOPT
2 Sah Brief Projek HOPT
REKABENTUK
3 Memo terima set pertama lukisan tender HOPT
4 Penyerahan lukisan lengkap tender HOPT
PEROLEHAN
5 Tarikh Iklan HOPT
6 Surat kepada lembaga tender HOPT
7 Makluman keputusan lembaga tender HOPT
8 Surat setuju terima HOPT
PEMBINAAN
9 Perakuan siap kerja PP/PD/WPP/WPD
SERAHAN
10 Perakuan siap baiki kecacatan PP/PD/WPP/WPD

Rajah 4.8 : Maklumat Peancangan Projek










42
Bil Aktiviti Tarikh Tarikh 2 0 0 5 2 0 0 6
Mula Siap 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6
1 Perancangan
1a Terima &
Daftar Projek
1b Sah brief Projek
2 Rekabentuk
2a Lukisan set
pertama projek
2b Set lukisan
lengkap projek
3 Perolehan
3a Iklan
3b Keputusan
Lembaga Tender
3c Surat setuju
terima
4 Pembinaan
4a Perakuan siap
kerja
5 Serahan
5a Siap baiki
kecacatan

Rajah 4.9 : Carta Bar Perancangan Projek


4.2.10 Input / Standarad / Kod-Kod Amalan / Pelan Kawalan Kualiti


Bagi projek-projek yang dikendalikan oleh J KR semua perkara yang dijalankan
adalah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditentukan. Segala prosedur ini dinyatakan
dibawah. Rajah 4.10 prosedur didalam bentuk jadual.

A. Pengurusan Am Projek
- Prosedur J KR.PK(P).02
- Prosedur J KR.PK(P).03
- Prosedur J KR.PK(P).04
- Prosedur J KR.PK(P).05
- Prosedur J KR.PK(P).06
- Prosedur J KR.PK(P).07
- Prosedur J KR.PK(P).08
- Prosedur J KR.PK(P).09
43
- Prosedur J KR.PK(P).10
- Prosedur J KR.PK(P).11
B. Peringkat Rekabentuk
- Prosedur J KR.PK(O).01
- Prosedur J KR.PK(O).02
- J KR standards & specifications (J alan, Bangunan, Mekanikal, Eletrikal)

C. Peringkat Perolehan
- Prosedur J KR.PK(P).10
- Prosedur J KR.PK(O).03

D. Peringkat Pembinaan & Serahan
- Prosedur J KR.PK(O).04
- Prosedur J KR.PK(O).04A
- Prosedur J KR.PK(O).05
- J KR standards & specifications (J alan, Bangunan, Mekanikal, Eletrikal)


















44




Bil Perkara Piawaian/ Tanda Catatan
Kod Amalan
Pengurusan am projek
1 Prosedur J KR.PK(P).02
2 Prosedur J KR.PK(P).03
3 Prosedur J KR.PK(P).04
4 Prosedur J KR.PK(P).05
5 Prosedur J KR.PK(P).06
6 Prosedur J KR.PK(P).08
7 Prosedur J KR.PK(P).09
8 Prosedur J KR.PK(P).10
9 Prosedur J KR.PK(P).11
Peringkat Rekabentuk
10 Prosedur J KR.PK(O).01
11 Prosedur J KR.PK(O).02
12 J KR standards & specifications
13 - Roads
14 - Buildings
15 - Mechanicals
16 - Electrical
17 - Architectural
Peringkat Perolehan
18 Prosedur J KR.PK(P).10
19 Prosedur J KR.PK(P).03
Peringkat Pembinaan & Penyerahan
20 Prosedur J KR.PK(O).04
21 Prosedur J KR.PK(O).04A
22 Prosedur J KR.PK(O).05
23 - Roads
24 - Buildings
25 - Mechanicals
26 - Electrical
27 - Architectural

Rajah 4.10 : Input/Standard/Kod-Kod Amalan/Pelan Kualiti Projek



45
4.2.11 Pengeluaran/Output


Didalam bab ini, perkara utama yang dilihat ialah skop kerja. Skop kerja yang
dimaksudkan ialah senibina, asas, struktur, kerja luar bangunan, peparitan, kerja-kerja
tanah, jalan, jambatan, pelabuhan, landasan kapalterbang, bekalan air, kerja eletrik dan
yang terakhir kerja mekanikal. Rujuk Rajah 4.11

Kesemua perkara diatas yang dinyatakan ianya hendaklah mengikut pernyataan
kehendak kerajaan, pengiraan yang betul, mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan
yang terakhir kesemuanya hendaklah diterjemahkan didalam lukisan kerja.

Tandakan ( x ) di ruang di bawah ini bagi deliverables yang dihasilkan
Skop Kerja Senibina Asas Kerja luar Perparitan Kerja-kerjaJ alan J ambatan Pelabuhan
Asas bangunan tanah
Output
Pernyataan
kehendak
kerajaan
Calculation
Spesifikasi
Lukisan

Rajah 4.11 : Output


4.2.12 Semakan Jadual Perancangan


Semakan jadual perancangan bagi suatu projek yang dijalankan, ianya terbahgi
kepada 2 bahagian sebagaimana dibawah.

A. Penyediaan/Pindaan D.Plan
- Rujuk Prosedur J KR.PK(O).02
B. Penyediaan/Pindaan C.Plan
46
- Rujuk Prosedur J KR.PK(O).04


Bagi penyediaan dan pindaan D plan ianya membawa maksud Pelan Kualiti
Rekabentuk (Design). Manakala bagi C-Plan ialah membawa maksud Pelan Kualiti
Pembinaan (Construction Plan).


4.2.13 Pelan Verifikasi,Validasi & Pemantauan Projek


Untuk perkara 13 ini ianya adalah untuk mendapat tarikh bagi semakan suatu
kerja yang akan dijalankan. Kesemua ini melibatkan tarikh cadangan, tarikh sebenar dan
juga tandatangan pegawai yang bertanggungjawab. Segala butiran yang terkandung
didalam perkara ini ialah sebagaimana didalam Rajah 4.12 dibawah.


Bil Butiran Semakan Tarikh Tarikh t.t ringkas
Cadangan Sebenar pegawai
1 Q-Plan
2 Verifikasi Rekabentuk
3 Validasi Rekabentuk
4 Serah lukisan akhir rekabentuk
5 Iklan tender
6 Tarikh surat setuju terima
7 Milik tapak
8 Mesyuarat tapak
9 C-Plan
10 Tarikh sijil siap praktikal(CPC)
11 Penyerahan projek kepada pelanggan
12 Bayaran akaun muktamad
13 Sijil siap baiki kecacatan
Rajah 4.12 : Pelan Verifikasi, Validasi & Pemantauan Projek



47
4.2.14 Rekod Yang Disenggara


Apabila suatu projek telah siap dibina, maka segala rekod-rekod tentang projek
tersebut mestilah disimpan dengan sebaik mungkin. Ini adalah untuk rujukan pada masa
hadapan sekiranya timbul masaalah atau sebagai bahan rujukan. Rekod-rekod yang perlu
diselenggara ialah sebagaimana dibawah. Kesemua rekod ini mempunyai pegawai yang
bertanggungjawab dan beliau mestilah mengetahui lokasi rekod yang dimaksudkan
sebagaimana di dalam Rajah 4.13


Nyatakan di bawah ini rekod-rekod yang perlu diselenggara bagi projek yang
berkenaan.
Bil J enis Rekod Pegawai Lokasi Rekod
Bertanggungjawab
1 Plan Kualiti
2 Plan Kualiti Rekabentuk
3 Plan Kualiti Pembinaan
4 Dokumen Kontrak
5 Lukisan Tender
6 Lukisan As-built
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Rajah 4.13 : Rekod Yang Disenggara





48
4.2.15 Rekod Penyediaan/Pindaan/Kemaskini Q-Plan


Bagi rekod yang dinyatakan di atas, kesemuanya mestilah mempunyai No
pindaan, tarikh dibuat pindaan dan kesemuanya mestilah ditandatangan oleh Ketua
Pasukan Projek.

Disediakan : ________ Tarikh : _________Tandatangan HOPT __________________________
Disediakan : ________ Tarikh : _________Tandatangan HOPT __________________________
Disediakan : ________ Tarikh : _________Tandatangan HOPT __________________________
Disediakan : ________ Tarikh : _________Tandatangan HOPT __________________________
Disediakan : ________ Tarikh : _________Tandatangan HOPT __________________________
Disediakan : ________ Tarikh : _________Tandatangan HOPT __________________________
Rajah 4.14 : Rekod Penyediaan/Pindaan/Kemaskini Q-Plan
















49
4.3 Pelan Kualiti Projek Kontraktor/Pemaju


Di dalam sektor swasta Pelan Kualiti Projek merupakan sesuatu yang agak baru.
Sebahagian daripada mereka, menggunakan Pelan Kualiti Projek ini apabila terlibat
dengan projek pembangunan yang pihak klien adalah kerajaan. Manakala projek yang
melibatkan pihak swsta ianya tidak menggunakan Pelan Kualiti Projek. Contoh untuk
projek yang menggunakan Pelan Kualiti Projek yang dipantau oleh pihak kerajaan ialah
Proposed Design, Construction and Completion of 300 Units Apartment at Sub Precint
14-7, Precint 14 of Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Untuk Pelan Kualiti Projek bagi projek yang dinyatakan diatas, terdapat 28
seksyen keseluruhannya. Setiap seksyen akan diterangkan dengan lebih terperinci untuk
tujuan pemahaman bersama.


4.3.1 Seksyen 1 : Indek


Di dalam seksyen ini ianya menerangkan nombor setiap seksyen beserta
dengan tajuk bagi setiap seksyen. Di bawah ini dinyatakan setiap indek dan keterangan
setiap seksyen yang terlibat.

No Seksyen Tajuk Seksyen

1.0 Indek(Index)
2.0 Pelan Lokasi Tapak(Site Location Plan)
3.0 Objektif Kualiti dan Polisi Pengurusan
(Quality Objectives and Management Policy)
4.0 Senarai Pelan
5.0 Keterangan Projek dan Skop Kerja
6.0 Summary Kontrak
7.0 Definasi
7.01 - Projek
50
7.02 - Klien
7.03 - Arkitek
7.04 - J urutera Awam & Struktur
7.05 - J urutera Mekanikal & Eletrikal
7.06 - Arkitek Landskap
7.07 - Kontraktor Utama
8.0 Program Kerja
9.0 Carta Organisasi Projek
10.0 Skop & Keutamaan
11.0 Manual Kawalan Pelan Kualiti Projek
11.01 - Pengisuan Kuasa
11.02 - Manual Pemindaan
11.03 - Kawalan Pengedaran
12.0 Rekod Manual Pindaan Projek Kualiti Pelan
13.0 Organisasi Projek & Hubungan
13.01 - Umum
13.02 - Tanggungjawab & Kuasa
13.03 - Sumber
13.04 - Wakil Pengurusan
13.05 - Hubungan Terhadap Kontarktor Lain
13.06 - Kajian Semula Pengurusan
14.00 Projek Kualiti Sistem
14.01 - Umum
14.02 - Dokumen sistem kualiti
14.03 - Rujukan
15.00 Kawalan Dokumen Tapakbina
15.01 - Umum
15.02 - Prosedur Kawalan Dokumen
16.00 Produk Pengenalan & Carian
16.01 - Rekod Dokumen
16.02 - Pengenalan
16.03 Produk Pengenalan
17.00 Proses Kawalan Pembinaan Ditapak
17.01 - Umum
51
17.02 - Proses Kawalan Ditapak
18.00 Kawalan Kualiti Ditapak
18.01 - Umum
18.02 - Pemeriksaan & Ujian Tapak
18.03 - Status Pemeriksaan & Ujian
18.04 - Pemeriksaan & Ujian Kalibrasi
18.05 - Rekod Pemeriksaan, Ujian & Pentauliahan.
19.00 Kawalan Produk Yang Tidak Diterima
20.00 Penyimpanan Bahan Binaan
21.00 Rekod Kualiti
22.00 Pengauditan Kualiti Dalaman


4.3.2 Seksyen 2 : Pelan Lokasi Tapak


Pelan lokasi tapak ialah penerangan tapak yang sebenarnya. Sebagai contoh pelan
lokasi tapak suatu projek ialah: Negeri Selangor, Mukim Sepang, Daerah Kajang,
Kawasan Putrajaya dan yang terakhir Precint 14. Daripada pelan lokasi tapak juga dapat
menerangkan jalan dan keadaaan setempat samada ianya di pusat bandar, pinggir bandar
atau kawasan pendalaman.


4.3.3 Seksyen 3 : Objektif Kualiti dan Polisi Pengurusan


Organisasi projek yang dibuat oleh Nam Fatt Enginering ini adalah untuk
memastikan bahawa semua kerja-kerja yang berkaitan dengan perbekalan dan juga
pengawasan terhadap pembinaan bangunan ini berjalan lancar.





52
4.3.4 Seksyen 4 : Senarai Pelan


Di dalam bab bab ini mennyenaraikan semua pelan-pelan yang akan digunapakai
di dalam projek pembinaan tersebut.


4.3.5 Seksyen 5 : Keterangan Kerja dan Skop Kerja


Projek ini adalah kerja-kerja membina dan menyiapkan 5 blok bangunan
kediaman beserta sebuah dewan dan kerja-kerja luaran. Pihak yang empunya projek ialah
Putrajaya Holdings.

Skop kerja yang akan dilakukan ialah bermula dengan kerja-kerja ukur
dan setting out ditapak yang mana ianya mengikut kehendak spesifikasi di dalam pelan
yang dekeluarkan oleh pihak Perunding.

Manakala skop kerja yang seterusnya ialah membina, menyiapkan, menguji dan
mentauliahkan bagi senarai kerja-kerja di bawah:

a. Kerja-kerja bangunan utama sepaerti substrutur, superstruktur, architectural,
mekanikal & eletrikal, paip dan sanitari

b. Kerja-kerja infrastruktur yang terkandung didalam kawasan kerja. Ini
termasuk lampu jalan, lampu landskap, kerja-kerja perparitan, jajaran utama
paip air dan sistem hydrant. Kesemua ini dilakukan oleh kontraktor utama.

c. Kesemua kerja yang terdapat di dalam Bills of Quantities, pelan dan
spesifikasi kerja.

d. Kerja-kerja M&E dan lift.

53
Seterusnya adalah yang berkaitan dengan keperluan dan kerja-kerja sementara.
Tidak ketinggalan kerja-kerja pemuliharaan dan perlindungan bagi kawasan yang
disekeliling projek. Manakala untuk kerja-kerja utiliti ( TNB, Telekom, Syabas, dll)
hubungan dengan pihak yang berkenaan tentang kordinat, jadual pembinaan,
pemeriksaan dan pentauliahan juga salah satu daripada skop kerja.


4.3.6 Seksyen 6: Ringkasan Kontrak


Dalam seksyen ini, ianya menerangkan tentang tajuk projek, nombor kontrak,
harga kontrak sebenar, terma bayaran, tempoh pembinaan, tarikh milik tapak, tarikh siap
dan denda kelewatan kerja.


4.3.7 Seksyen 7: Definasi


Untuk seksyen 7 ini ianya hampir sama dengan tajuk 6. Didalam seksyen ini
terkandung tentang tajuk projek, nama klien, arkitek, jurutera awam & struktur, jurutera
mekanikal & eletrikal, arkitek ladscap dan juga kontraktor utama. Kesemua nama yang
disebut di atas ianya berserta dengan alamat, nombor telefon dan faks yang akan
digunapakai selama tempoh kerja-kerja pembinaan.


4.3.8 Seksyen 8: Program Kerja


Program kerja ialah salah satu perkara yang utama dan yang terawal yang perlu
di sediakan oleh pihak kontraktor utama. Pihak klien akan mendapat idea yang awal
tentang pembinaan sesuatu projek dan sekiranya ada perkara yang perlu diubah atau
sebagainya, maka ianya dapat dibuat dengan segera sebelum kerja-kerja pembinaan
dijalankan.

54
4.3.9 Seksyen 9: Carta Organisasi Projek


Di dalam carta organisasi projek, kita dapat melihat kekuatan dan keupayaan
tenaga kerja yang akan di gunakan di dalam sesuatu projek. Sekiranya terdapat
kekurangan kerja atau keperluan tenaga kerja, maka daripada carta organisasi projek ini
kita akan dapat membuat keputusan tersebut. Klien juga akan menilai kesemua tenaga
kerja yang ada di dalam carta organisasi bagi memastikan, kesemua tenaga kerja tersebut
adalah benar-benar layak untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi.


4.3.10 Seksyen 10: Skop dan Prinsipal

Skop dan prinsipal adalah menerangkan tentang Pelan Kualiti Kerja yang
digunapakai untuk projek ini adalah memenuhi kehendak Nam Fatt Berhad Quality
Assurance manual NM/QM/001 Rev 0 dan ianya memenuhi kehendak arahan dan
prosedur spesifikasi pakej kontrak.


4.3.11 Seksyen 11: Manual Kawalan Pelan Kualiti Projek


Terdapat 3 perkara utama di dalam seksyen ini. Ianya di terangkan sebagaimana
dibawah:

a. Pengisuan Kuasa (Issuing Authority)

Maksud pengisuan kuasa ialah dimana, Pelan Kualiti Projek yang digunakan di
dalam projek ini adalah milik Nam Fatt Berhad. Ianya tidak boleh di hasilkan atau di
keluarkan tanpa ada kebenaran daripada pihak Nam Fatt Berhad. Sekiranya ada
kebenaran ianya hendaklah kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengurus Quality
Assurance. Pihak Nam Fatt berkuasa untuk meminda manual dan prosedur dokumentasi
ini dari masa ke semasa selagi mengikut kehendak polisi yang di tetapkan demi untuk
peningkatan sistem yang sediada.
55

b. Manual Pindaan

Sebagaimana yang di terangkan di atas tentang kuasa meminda manual Pelan
Kualiti Projek, maka inidividu yang bertanggung jawab ialah Pengurus Quality
Assurance dan Pengurus Quality. Kedua- dua mereka ini hendaklah memastikan bahawa
setiap pindaan yang dibuat dan tindakkan tentang rekod dan sebagainya adalah menepati
segala kehendak yang telahditetapkan.

c.Kawalan Edaran

Pengurus Quality Assurance hendak bersetuju mengedarkan manual kualiti
projek dengan pihak Pengurus Projek.


4.3.12 Seksyen 12: Manual Rekod Pindaan Pelan Kualiti Projek


Sekiranya ada perubahan di dalam Pelan Kualiti Projek, maka ianya hendaklah
ditunjukkan bahagian dan isu yang ditukar. Seterusnya dinyatakan nombor dokumen
pada setiap helaian atau mukasurat yang terlibat. Apabila berlaku pindaan, maka
keseluruhan seksyen tersebut hendaklah di ganti semula dan pindaan pada isu semasa
hendaklah di tanda pada sebelah kanan margin.


Isu Tarikh Perkara Yang Dipinda Nombor Seksyen

Rajah 4.15 : Contoh Borang Pindaan Plan Kualiti Projek


56
4.3.13 Seksyen 13: Organisasi Projek


Struktur pengurusan projek bersama dengan tanggungjawab yang ditetapkan di
dalam organisasi projek adalah untuk memastikan bahawa sistem kualiti di laksanakan
sebagaimana yang dinyatakan didalam carta organisasi kerja. Oleh yang demikian di
bawah ini di terangkan tanggungjawab dan juga kuasa yang ada pada individu yang telah
di lantik dalam menjalankan kerja-kerja untuk pembinaan bangunan yang di maksudkan.

A. Pengurus Kualiti

Pengurus Kualiti adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan
semua pekerja memahami dan bertanggungjawab terhadap semua kerja yang
dilaksanakan adalah mengikut kehendak didalam dokumen prosedur. Antara perkara di
dalam dokumen prosedur ialah :

a. Memperkenalkan langkah melindungi perkara yang tidak pasti
berhubung dengan urusan syarikat dan juga sitem kualiti.
b. Kenal pasti dan rekod sebarang aktiviti dan masalah sistem kualiti
c. Memperkenalkan, cadangan atau menyediakan langkah-langkah mengatasi
masalah
d. Mengawal rancangan masa hadapan apabila ada output yang tidak
disahkan atau dikenalpasti sehingga keadaan tidak memuaskan di
perbetulkan.

B. Pengurus Projek

Pengurus Projek adalah individu yang bertanggungjawab terhadap segala Qualiti
Assurance dan di samping itu mengekalkan kehendak yang di tetapkan sebagaimana di
bawah:

a. Semak dan sahkan kesemua kerja-kerja persediaan.
b. Mengesahkan dan memastikan segala kerja adalah mengikut kehendak
pelanggan.
57
c. Awasi dan pinda struktur dengan pihak atasan syarikat.
d. Rancang dan kordinat kerja dengan pihak atasan syarikat.
e. Memeriksa dan memutuskan bahawa suatu kerja itu selamat.
f. Adakan mesyuarat setiap minggu bersama kumpulan projek.
g. Bertanggungjawab terhadap semua pembelian untuk projek ini.

C. J urutera Kawalan Kualiti Projek

J urutera kawalan kualiti projek adalah bertanggungjawab sebagaimana
yang dinyatakan dibawah:

a. Membantu inspektor kawalan kualiti melakukan aktiviti pemeriksaan
secara rambang terhadap struktur dan tapak projek
b. Memantau terhadap semua lapuran yang tidak disahkan dan tindakan
pembetulan yang dipohon
c. Menyelaraskan aktivit yang tidak merosakkan
d. Memantau dan mengawal dokumen yang berhubung dengan kawalan
kualiti dan pemeriksaan seperti laporan ujian dan sijil pemeriksaan pengilan

D. J urutera Projek

J urutera Projek bertanggungjawab terhadap beberapa perkara yang telah di
tetapkan sebagaimana di terangkan di bawah:

a. Rancang dan kawal segala aktiviti harian dengan penyelia dan juga sub
kontraktor projek.
b. Memastikan kesemua kerja adalah mengikut spesifikasi dan jadual yang
telah ditetapkan.
c. Menyelesaikan masalah yang berhubung dengan teknikal dan juga
sumber manusia dengan penyelia projek dan sub kontraktor.
d. Lapor dan membantu Pengurus Projek mengatasi maslah di tapak bina.



58
4.3.14 Seksyen 14: Sistem Kualiti Projek


Pengurusan Projek membina, mendokumentasi dan mengekalkan sistem kualiti
adalah untuk memastikan bahawa perjalanan sesuatu projek itu berjalan lancar dan
sempurna. Oleh itu dokumentasi sistem kualiti di pecahkan kepada beberapa bahagian
sebagaimana dibawah:

A. Struktur Dokumentasi

Struktur dokumentasi projek untuk sistem kualiti terbahagi kepada 3
bahagian:
1. Peringkat 1 - Plan Manual Pengurusan Kualiti Projek
2. Peringkat 2 - Prosedur Pemeriksaan Kawalan Kualiti dan Cara Kerja
3. Peringkat 3 Arahan Kerja

Peringkat 1 - Plan Manual Pengurusan Kualiti Projek

Manual ini menerangkan polisi kualiti, komitmen pengurusan terhadap
kualiti disamping itu meliputi skop projek, organisasi projek, tanggungjawab
pengurusan, sistem kualiti, dokumen & kawalan data, pengenalan & pengesanan
bahan, proses kawalan di tapak, kawalan kualiti di tapak, kawalan bahan yang
tidak di sahkan di tapak, langkah pembetulan, menyelenggara dan menyimpan,
rekod kualiti dan yang terakhir audit kualiti.

Peringkat 2 Prosedur Pemeriksaan Kawalan Kualiti Dan Cara Kerja

Prosedur yang menerangkan bagaimana kerja dijalankan.Mereka
menyediakan arah kepada individu yang terlibat untukmemastikan bahawa semua
kerja menepati kehendak dan efektif.Menggunakan prosedur dapat memastikan
bahawa semua kerja yang di jalankan adalah seragam serta dan ianya berterusan
sekiranya ada perukaran pekerja atau pekerja berhenti.


59
Peringkat 3 Arahan Kerja

Arahan kerja yang spesifik di keluarkan untuk kerja-kerja yang spesifik.
Arahan kerja boleh di dalam bentuk borang atau senarai kerja. Ianya boleh di
keluarkan dan di kawal oleh Pengurus yang menyediakannya.


4.3.15 Seksyen 15: Kawalan Dokumen Di Tapak


Didalam seksyen ini ianya meliputi tanggungjawab pengedaran dokumen di
pejabat. Selain itu ianya juga mengelola segala aktiviti penghantaran dan pengambilan
dokumen yang melibatkan pihak klien. Dua perkara didalam kawalan dokumen ditapak .

A. Prosedur Kawalan Dokumen

i. Penerimaan dokumen ataupun surat
ii. Penerimaan surat berkaitan perubahan pelan
iii. Penerimaan lukisan kerja baru atau yang ada peruahan

B. Dokumentasi Kawalan Kualiti

i. Notis permohonan pemeriksaan
ii. Lapuran pemeriksaan/ujian
iii. Lapuran yang tidak disahkan
iv. Lapuran audit kawalan kualiti
v. Penghantaran keluar surat dan dokumen
vi. Tag pengenalan sampel






60
4.3.16 Seksyen 16: Pengenalpastian Dan Penandaan Produk


Didalam seksyen ini terdapat beberapa 3 elemen yang mana setiap elemen
diterangkan sebagaimana dibawah

A. Rekod Dokumen

Kesemua peralatan dan bahan yang dibekalkan ketapak bina bagi sesuatu projek
hendaklah direkodkan mengikut kehendak prosedur projek. Senarai nombor yang
khusus dikenalpasti bagi kesemua peralatan yang besar dan mustahak. Nombor tag
adalah proses untuk mengawal kesemua peralatan.

B. Pengenalpastian

Setiap perkara mengenai peralatan dan kuatiti barang yang hendaklah di
kenalpasti dengan dengan nombor siri masing-masing. Kesemua yang berhubung kait
dengan dokumen kawalan kualiti hendaklah direkodkan siri nombornya bagi
memastikan pengenalannya.

C. Pengenalpastian Produk

J urutera kualiti projek bertanggungjawab bagi memastikan bahawa semua produk
yang dikeluarkan menepati kehendak peringkat pemeriksaan. J ika boleh semua
produk hendaklah ditanda (Tag) bahawa barangan tersebut telah lulus daripada
pemeriksaan kualiti.


4.3.17 Seksyen 17: Proses Kawalan Pembinaan


Seksyen ini membincangkan prosedur kerja ditapak bina. Ianya hendaklah di
sokong oleh pihak ibu pejabat daripada permulaan projek sehingga akhir projek. Ini
61
adalah untuk memastikan aktiviti pembinaan ditapak dibawah pengawasan yang
dikehendaki.

Proses kawalan ditapak adalah dibawah tanggungjawab Pengurus Projek. Beliau
mesti memastikan bahawa semua aktiviti pembinaan adalah mengikut dan mematuhi
kehendak sebagaimana dibawah:

a. Struktur dan pembinaan mengikut pelan/lukisan yang dilulus dan yang terbaru
sekiranya ada perubahan.
b. Struktur dan pembinaan mengikut prosedur dan soesifikasi yang terbaru.
c. Plan Pengurusan kualiti projek, pemeriksaan yang relevan, plan ujian dan
prosedur penyokong.

Seterusnya Pengurus Projek juga merangka kerja harian ditapak bina dan
memastikan bahawa semua kerja yang dijalankan merangkumi perkara dibawah.

a. Menyelesai dan menyiapkan arahan kerja untuk kerja yang wajar disiapakan dan
aktiviti yang terlibat ditapak adalah penting.
b. Mutu dan kriteria pekerjaan
c. Proses kawalan yang lebih terutama kerja-kerja seperti kimpalan, melibatkan
bahan api dan mengecat.Ini termasuk kelayakan individu yang melakukan kerja,
prosedur kerja dan peralatan yang digunakan.
d. Dokumen bagi kerja-kerja pembetulan yang mengikut turutan dan pengenalan
a. bahan binaan.


4.2.18 Seksyen 18: Kawalan Kualiti Di Tapak


Didalam seksyen ini ianya menerangkan cara bagaimana bahan dan kerja
dilakukan pemeriksaan dan ujian. Ianya meliputi keseluruhan sesuatu projek yang
berkenaan. Selanjutnya ialah pengesahan ujian dan pemeriksaan daripada pihak ke tiga
bagi memastikan semuanya adalah mengikut kehendak kontrak.

62
A. Pemeriksaan dan ujian ditapak.

Pengurus projek hendaklah melantik seorang pekerja bagi melakukan pemeriksaan
ditapak yang mana ianya meliputi penerimaan pemeriksaan, tahap proses
pemeriksaan dan pemeriksaan akhir.

Pekerja yang dimaksudkan mestilah yang mempunyai kelayakan dan pengalaman
untuk melakukan semua perkara sebagaimana yang dikehendaki oleh pengurus
kualiti. Kesemua pengalaman dan kelayakan pekerja tersebut hendaklah dinyatakan
didalam biodata pekerja tersebut.

Pemeriksaan dan ujian yang dilakukan mestilah mengikut plan kualiti, spesifikasi,
pemeriksaan tapak, plan ujian dan senarai semak bagi memastikan bahan dan barang
yang dibekalkan oleh pembekal adalah mengikut kehendak spesifikasi yang
ditetapkan. Sampel semua bahan yang telah diperiksa dan dibuat ujian hendaklah
dilampirkan bersama diakhir projrek.

B. Pemeriksaan dan status ujian

J urutera Projek bagi kawalan kualiti (QC) adalah individu yang bertanggungjawab
memantau sema pemeriksaan dan ujian, semua dilakukan mengikut kehendak setiap
fasa kerja yang dilakukan. Sistem untuk mencari status pemriksaan atau ujian yang
telah dilakukan hendaklah merujuk kepada rekod pemeriksaan yang telah
didokumentasikan.

J urutera (QC) hendaklah dari masa kesemasa membina dan mengutarakan senarai
semak atau plan ujian dan pemeriksaan untuk menunjukkan kehendak atau keperluan
pemeriksaan. Setiap pemeriksaan perlu disahkan oleh individu yang melakuakn
pemeriksaan.





63
C. Peralatan pemeriksaan dan ujian kalibrasi

Semua perlatan mengukur, perlatan dan perkakasan untuk ujian hendaklah mengikut
spesifikasi yang ditetapkan dan ianya hendaklah disimpan didalam keadaan yang baik
dan diselenggara. Peralatan ini boleh digunakan pada bili-bila masa.

J urutera (QC) hendaklah memastikan semua peralatan untuk ujian dan pemeriksaan
mengikut kehendak piawaian dan mutu seperti SIRIM supaya semua ujian dan
pemeriksaan dapat diterimapakai.

D. Rekod pemeriksaan, ujian dan pentauliahan.

Untuk semua peringkat pemeriksaan, ujian dan proses pentauliahan, rekod-rekod
perkara tersebut perlu di simpan dengan sempurna. Ini adalah untuk dijadikan sebagai
bukti semua perlatan dan bahan telah melepasi pemeriksaan dan ujian mengikut
kriteria yang telah ditetapkan.

Semua sijil yang relevan, laporan ujian dan lain-lain adalah hasil daripada
pemeriksaan dan ujian, ianya mestilah dipertimbangkan sebagai rekod jaminan kualiti
dan difailkan secara baik.


4.3.19 Seksyen 19: Kawalan Produk Yang Tidak Diterima


Bahagian ini menerangkan tentang peraturan yang perlu dibuat untuk mengawal,
mengenalpasti, membuang dan melaporkan tentang barangan atau perkhidmatan yang
tidak mematuhi dan menepati ciri-ciri kualiti yang diperlukan.

Oleh kerana perkara ini melibatkan semua pekerja, maka langkah-langkah perlu
diambil oleh setiap individu adalah sebagaimana dibawah:

a. Mengenalpasti dan melaporkan mana-mana bahan atau bahagian kerja
yang tidak menepati kualiti mengikut kontrak
64
b. Mengasingkan bahan atau bahagian yang tidak diterima untuk memastikan
kerja-kerja yang berkaitan tidak diteruskan dan kerja yang tidak berkaitan
dapat diteruskan.
c. Semua laporan yang diterima haruslah direkodkan didalam fail oleh
Pengurus Projek.

Kesalahan atau kecacatan kerja yang dilaporkan mestilah direkodkan dan
langkah-langkah pembetulan yang diambil juga haruslah direkodkan denga teliti. Pekerja
yang menjumpai kesalahan kerja ini mestilah melaporkan kepada Pengurus Projek,
supaya langkah pembetulan dapat diambil dengan kadar segera. Pengurus Projek mestilah
menganalisa kesalahan kerja ini dan mengambil langkah sekurang-kurangnya seperti
dibawah:

a. Kerja-kerja pembetulan menurut spesifikasi.
b. Memberitahu pelanggan atau perunding tentang kerja-kerja pembetulan.
c. Kegunaan bahan untuk kerja pembetulan mestilah disemak.
d. Langkah-langakah menghalang berulangnya kesalahan.


4.2.20 Seksyen 20: Penyimpanan Bahan Binaan


Bahagian ini menerangkan tentang kualiti penyimpanan bahan binaan dari
permulaan perlaksanaan projek hinggalah siap projek tersebut. Prosidur-prosidur bagi
penyimpanan bahan binaan adalah sebagaimana dibawah:

a. Mengenalpasti kawasan penyimpanan yang bersesuaian yang boleh
memuatkan semua bahan pembinaan tanpa mengalami kerosakkan.
b. Mengadakan pagar atau bangunan yang bersesuaian, pengawal
keselamatan dan kawalan daripada kecurian.
c. Merekod semua pergerakan keluar masuk barangan mengikut jenis
barangan yang disimpan.
d. Menetapkan bahagian-bahgian tertentu mengikut jenis barangan yang
disimpan.
65
e. Pengasingan barangan yang telah rosak untuk mengelakkan kesilapan
pengambilan

f. Pemeriksaan keatas stok yang ada mesti dilakukan sekurang-kurangnya
dalam masa sebulan


Semasa penerimaan atau penghantaran barang, ada diantara barangan yang akan
rosak. Ianya haruslah diasingkan mengikut jenis. Pengambilan barangan harus merujuk
dahulu kepada Pegawal Barangan untuk memastikan tidak menggunakan barangan yang
telah rosak. Langkah berjaga-jaga harus juga di kawal selia oleh penyelia sewaktu
barangan di pasang atau digunakan. Suatu perancangan yang teliti tantang penggunaan
barangan haruslah dikeluarkan oleh Pengurus Projek dalam hal ini.


4.2.21 Seksyen 21: Rekod Kualiti


Bahagian ini menerangkan bagaimana rekod kualiti yang diadakan, dikenalpasti
dan di simpan. J enis rekod yang termasuk dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

A. Rekod Sistem Kualiti
1. Dokumen kawalan contoh seperti spesifikasi cara kerja
2. Laporan tentang kecacatan
3. Laporan tentang audit dalaman
4. Latihan
5. Laporan pihak pengurusan
6. Ma klumat sub-kontraktor dan pembekal

B. Rekod Kontrak
1. Kontrak dengan pelnggan
2. Perjanjian antara sub-kontraktor
3. Laporan tender untuk sub-kontraktor
4. Harga sub-kontraktor
66

C. Rekod Bahan Pembinaan
1. Borang pembelian
2. Sijil barangan
3. Borang penghantaran
4. Boang permintaan barangan
5. Surat perpindahan barangan
6. Senarai harga barangan
7. Maklumat tentang pembekal

D. Rekod Projek
1. Lukisan projek
2. Laporan pemeriksaan dan ujian
3. Lukisan As Built
4. Certificate of Practical Completion
5. Laporan kemajuan
6. Perubahan kerja
7. Keputusan ujian kiub konkrit

Kemasukan atau pengeluaran dokumen huruslah sentiasa di rekod dan di teliti.
Semua rekod haruslah di simpan di satu tempat yang dikhaskan mengikut bahagain atau
jabatan. Setiap ketua bahagian perlu bertanggungjawab dengan dokumen didalam
simpanan mereka. Semua rekod hanya dapat diambil atau dilihat setelah mendapat
kebenaran dari ketua bahagian atau jabatan. Semua rekod kualiti haruslah di simpan
sekurang-kurangnya lima tahun setelah projek siap. Pemusnahan rekod ini mestilah
mendapat kebenaran Pengarah Urusan syarikat.


4.3.22 Seksyen 22: Pengauditan Kualiti Dalaman


Dalam fasa ini diterangkan tentang pengauditan dalaman yang perlu dilakukan
untuk memastikan samada aktiviti yang dijalankan menepati ciri kualiti yang
67
dikehendaki. Ianya juga akan menerangkan tentang tanggungjawab bahagian audit dan
prosidur bahagian pengauditan.


Tanggungjawab

Pengurus Kawalan Kualiti adalah bertanggungjawab untuk memastikan perkara-
perkara berikut :

a. Perancangan keseluruhan, penyeliaan, pembahagian dan perlaksanaan audit
kualiti
b. Mengadakan jadual kerja untuk perlaksanaan kerja pengauditan
c. Mengawasi semua laporan kualiti audit dan memastikan tindakan telah diambil
terhadap kesalahan yang ditemui sewaktu pengauditan.

Pegawai Pengauditan pula bertanggungjawab terhadap perkara seperti berikut:

a. Merancang kerja-kerja pengauditan
b. Memeriksa dan meniliti semua maklumat
c. Membuat laporan tentang pengauditan yang didapati dan membuat cadangan
yang bersesuaian.
d. Meninjau tindakan yang diambil berkaitan kesalahan yang ditemui.

Laporan Audit

Laporan audit haruslah disediakan di penghujung kerja pengauditan dan diberikan
kepada Pengurus Kawalan Kualiti untuk mendapatkan kelulusan. Pengurus Kawalan
Kualiti kemudiannya akan mengedarkan laporan tersebut kepada pihak lain yang terlibat.
J ika laporan ini menunjukkan kesalahan besar telah ditemui, maka Pengurus Kawalan
Kualiti boleh membuat cadangan berdasarkan laporan ini untuk menamatkan kontrak
sub-kontraktor atau pembekal yang terlibat.




BAB V




KEBERKESANAN, KEBAIKAN DAN MASALAH PERLAKSANAN
PELAN KUALITI PROJEK (PKP)




5.1 Pengenalan


Setelah mendalami kehendak-kehandak yang terdapat didalam sistem pelan
kualiti projek (PKP), kajian seterusnya adalah memfokuskan kepada keberkesanan dan
masalah dalam perlaksanaannya. Keberkesanan perlaksanaannya dan masalah dikaji
dengan membuat kajian daripada penganalisaan jawapan yang didapati daripada soal
selidik terhadap individu yang terlibat dengan industri pembinaan. Mereka yang terlibat
ialah daripada pihak Pemaju, J urutera Perunding dan Kontraktor.




5.2 Analisa Data Soalselidik


Analisa data selidik ialah merupakan perkara utama didalam penulisan Pelan
Kualiti Projek. Kesemua keputusan yang diperolehi akan menunjukkan bagaimana
69
penerimaan mereka yang terlibat didalam industri pembinaan dinegara ini tentang Pelan
Kualit Projek. Oleh yang demikian setiap sesuatu yang baru, mereka yang telah disoal
selidik telah memberi beberapa pandangan dan pendapat. Daripada kepelbagaian
pendapat maka dapat dibuat beberapa rumusan serta permasalahan yang timbul dapat
dilihat memberi nafas baru tentang kebaikan dan kekurangan penggunaan Pelan Kualiti
Projek. Kita akan dapat melihat kesemua perkara didalam perbincangan yang seterusnya.


5.2.1 Pengenalan


Soal selidik telah dijalankan terhadap sepuluh responden yang terlibat dalam
industri pembinaan. Pemilihan responden dilakukan secara rawak dan tidak hanya
ditumpukan pada satu peringkat pekerjaan sahaja. Borang soal selidik yang disediakan
mengandungi tiga bahagian iaitu, kefahaman tentang Pelan Kualiti Projek(PKP),
perlaksanaan sistem PKP dan masalah tentang sistem PKP.


Kaedah yang digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi daripada soal
selidik ini ialah kaedah analisis frekuensi dan indek relatif. Kaedah analisis frekuensi atau
analisis kekerapan merupakan kaedah utama analisa dibuat. Kaedah ini digunakan untuk
kebanyakkan soalan yang dikemukakan untuk menentukan peratusan responden yang
memberikan tahap persetujuan yang sama mengenai sesuatu pernyataan yang diberikan.
Indek relatif pula digunakan untuk menentukan susunan persetujuan untuk pernyataan
yang diberikan. Setiap pernyataan terdapat 5 hierarki tahap persetujuan yang masing-
masing dinomborkan dari 1 hingga 5. Nombor 5 sangat setuju manakala nombor 1 sangat
tidak setuju. Setelah dikira indek relatif masing-masing, langkah seterusnya adalah
menyusun faktur-faktur tersebut mengikut susunan menurun, iaitu faktur yang
mempunyai indek yang lebih besar diikuti dengan nilai yang lebih kecil. Daripada
susunan ini, dapatlah diketahui pernyataan mana yang lebih signifikan dalam membentuk
keberkesanannya.



70
5.2.2 Latar Belakang Responden


Daripada dua puluh responden, sebanyak 60% responden adalah dari syarikat
pemaju, 20% adalah daripada syarikat kontraktor dan 20% adalah dari sayrikat jurutera
perunding. Peringkat pekerjaan yang disandang oleh mereka kebanyakkanya adalah
jurutera 70%, penyelia projek 15% dan pengurus 15%. Oleh yang demikian boleh
dikatakan bahawa 85% responden adalah golongan professional yang mana mereka ini
terdedah kepada perlaksanaan sistem kualiti. Lihat rajah 5.1 dan Rajah 5.2


PEMAJU 60%
PERUNDING
KONTRAKTOR
20%
20%
Rajah 5.1 : Latarbelakang Responden

71

PENGURUS
PENYELIA
15%
15%
70%
JURUTERA
Rajah 5.2: J awatan Responden


5.2.3 Kefahaman Tentang Sistem Pelan Kualiti Projek


Setelah kajian dijalankan, didapati daripada 20 responden ini hanya responden
daripada syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja untuk projek kerajaan sahaja
yang menggunapakai sistem PKP. Ini adalah kerana ianya telah diarahkan mengguna
pakai sistem PKP oleh pihak yang memantau suatu projek tersebut. Contoh projek yang
menggunakan sistem PKP ini ialah Projek Pembinaan Hospital Shah Alam dan Proposed
Design, Construction and Completion Of 380 Units Apartment At Presint 14 Putrajaya.

Bagi responden daripada syarikat pemaju kebanyakkan mereka tidak
menggunapakai sistem PKP ini. Kebanyakkan mereka ini mengetahui kewujudan sistem
PKP ini tetapi mereka tidak mahu menggunakannya. Hanya 30% peratus responden
daripada syarikat pemaju yang menggunakan sistem PKP ini. Kesemuanya mereka ini
kebanyakkannya adalah daripada syarikat pemaju yang telah menjalankan sistem ISO.

Untuk syarikat perunding pula kebanyakkan mereka 85% lebih tertumpu
menggunakan sistem ISO yang sediada. Dakwaan mereka PKP adalah anak kepada ISO,
72
oleh yang demikian apabila ISO dilaksanakan maka secara tidak langsung PKP akan
dilaksanakan juga.

Tentang pernyataan yang mengatakan bahawa sistem PKP adalah sistem kualiti,
sebanyak 85% amat bersetuju. Manakala 15% tidak bersetuju. Mengenai pernyataan
mengatakan bahawa sistem PKP adalah sistem dokumentasi atau sistem kertas kerja,
terdapat 20% responden yang tidak bersetuju, yang selebihnya bersetuju. Sebanyak 90%
responden setuju mengatakan bahawa sistem PKP adalah sistem yang menjimatkan masa
dan kos manakala yang selebihnya tidak bersetuju.

Masalah kefahaman tentang sistem Pelan Kualiti Projek ini timbul mungkin
kerana kurang pendedahan yang diperolehi oleh mereka tentang kebaikan sistem ini yang
mana, kebaikan sistem ini tidak dapat dilihat dalam waktu yang singkat. Kemungkinan
juga responden-responden ini tidak faham atau juga masih kurang pengalaman dalam
pengurusan projek pembinaan. Ini adalah kerana pengalaman kerja merupakan faktor
yang penting dalam menilai keberkesanan dan kecekapan sesuatu sistem yang dijalankan
terhadap suatu projek.

Selain itu mereka juga berpendapat perlaksanaan sistem Pelan Kualiti Projek
hanya menambah beban kerja yang sediada. Ini terutamanya bagi projek-projek kecil dan
syarikat yang mana tidak mempunyai ramai kakitangan. Sila rujuk Rajah 5.3













73


90%

Peratus















74
76
78
80
82
84
86
88
90
80%
85%
Sistem
Kualiti
Sistem
Dokumentasi
Sistem
Menjimatkan
Masa
Rajah 5.3: Kefahaman Tentang Sistem Pelan Kualiti Projek




5.2.4 Perlaksanaan Sistem Pelan Kualiti Projek


Kebanyakan mereka responden yang disoalselidik mengetahui tentang Pelan
Kualiti Projek dan aplikasi-aplikasi yang terkandung didalamnya. Selain itu mereka ini
tahu cara mengaplikasinya, malangnya mereka menghadapi masalah dalam
melaksankannya. Hanya sebilangan kecil yang tidak mengalami masalah dalam
melaksanakannya. Ini memberi gambaran kepada kita bahawa, organisasi-organisasi yang
diwakili oleh mereka, kebayakkannya tidak melatih pekerja mereka secukupnya dalam
74
melaksanakan sistem Pelan Kualiti Projek. Kurangnya kemahiran disamping kefahaman
dalam menggunapakai sistem Pelan Kualiti Projek juga menyumbang kepada peratusan
yang tinggi yang menghadapi masalah dalam perlaksanaan PKP.

Terdapat 70% mengakui dokumentasi didalam Pelan kualiti Projek menjadi
masalah didalam perlaksanaannya. Ini mungkin terjadi kerana tidak menyempurnakan
segala dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh sistem setiap hari. Oleh itu apabila
dokumen-dokumen ini terkumpul dan menjadi banyak maka masalah untuk
melengkapkannya akan timbul. Ini bersesuaian dengan kenyataan yang diambil bahawa
85% bersetuju bahawa Pelan Kualiti Projek memerlukan masa yang lama untuk
disiapkan. Bagi pernyataan yang mengatakan sistem Pelan Kualiti Projek adalah suatu
masalah, hanya terdapat 30% sahaja yang bersetuju dan ini menunjukkan sistem ini tidak
membawa masalah apabila diaplikasikan. Terdapat 50% daripada mereka bersetuju
mengatakan bahawa sistem Pelan Kualiti Projek adalah sistem yang berulang-ulang.

Seterusnya masalah peruntukan masa adalah tunggak utama masalah perlaksanaan
Pelan Kualiti Projek dimana ianya memberi indek relatif yang tertinggi iaitu 0.92. Secara
keseluruhannya dapat disimpulkan disini bahawa masih ramai yang menghadapi masalah
dalam perlaksanaan sistem Pelan Kualiti Projek yang mana mungkin kerana peruntukan
masa dan kos oleh sesebuah organisasi. Sistem ini juga memerlukan kerjasama dan
komitmen yang tinggi dari semua pihak,terutamanya pihak pengurusan untuk
menjayakannya.


5.2.5 Kebaikan Pelan Kualiti Projek


A. Dokumentasi Yang Teratur

Dokumentasi yang teratur dan lengkap bagi sesebuah projek pembinaan adalah
dihasilkan daripada rekod yang lengkap berkenaan dengan sejarah sesuatu proses
pembinaan itu. Ianya bukan bermakna satu dokumentasi yang yang terdiri dari timbunan
kertas-kertas dan juga lambakan fail-fail, tetapi ianya adalah amat penting bagi
merekodkan peristiwa yang akan berlaku, sedang berlaku atau yang sudah berlaku. Ini
75
disebabkan dokumentasi yang lengkap itu akan menawarkan faedah-faedah sebagaimana
yang diterangkan dibawah.

a. Menghasilkan sejarah bagi sesuatu projek yang mana ianya boleh dijadikan
rujukan apabila jenis masalah yang sama dihadapi pada masa hadapan.
b. Menawarkan maklumat yang lengkap dan amat penting bila mana datang
seseorang mengambil alih tugas sesebuah projek.
c. Menyimpan rekod bagi sesebuah projek didalam fail(secara bertulis) yang
mana ianya boleh menjadi rujukan walaupun projek tersebut sudah tamat
bertahun dahulu.
d. Mengurangkan kadar salah faham, ini adalah kerana segala arahan adalah
termaktub didalam kualiti manual dan bukan secara lisan yang boleh
mengundang masalah dikemudian hari.
e. Menjadi panduan apabila terdapat masalah undang-undang kerana industri
pembinaan amat terdedah kepada masalah ini.
Menjimatkan Kos Dan Masa

B. Menjimatkan Masa Dan Kos

Keberkesanan melaksanakan Pelan Kualiti Projek dapat menjimatkan masa dan
kos kerana industri pembinaan banyak bergantung kepada sitem kualiti yang digunakan,
teknologi pembinaan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Oleh yang demikian,
penggunaan sistem Pelan Kualiti Projek adalah penting pada masa pra kontrak dan masa
kontrak. Boleh dikatakan kejayaan dalam industri pembinaan banyak bergantung kepada
perkara-perkara seperti berikut.

a. Sumber tenaga seperti arkitek, jurutera, jurukur, pekerja mahir dan separa
mahir.
b. Bahan pembinaan sebagaimana contoh bahan mentah yang digunakan
sehinggalah kepada bahan komponen bangunan.
c. Sumber penggunaan mesin samada berat atau ringan
d. Teknologi pembinaan seperti teknologi terkini yang meningkat mutu kualiti,
keselamatan dan keberkesanan kerja.
76
e. Sistem pengurusan kualiti, contohnya seperti pengurusan yang baik, kod
amalan kerja dan teknik pengurusan yang bersesuaian untuk industri
pembinaan.

iii. Lain-lain keberkesanan sistem Pelan Kualiti Projek

Selain yang dinyatakan diatas, disini dinyatakan lagi tentang kebaikan dan
keberkesanan Pelan Kualiti Projek.

a. Meningkatkan kesedaran dikalangan kakitangan syarikat tentang polisi dan
objektif syarikat.
b. Meningkatkan lagi tahap komunikasi antara pelbagai jabatan samada didalam
syarikat mahupun kerajaan
c. Meningkatkan kebolehkesanan punca suatu masalah kepada kualiti
d. Sistem yang formal untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang selaras
e. Kesilapan dapat dikesan diperingkat awal
f. Meningkatkan hubungan dengan pelanggan, sub kontraktor dan pembekal
g. Meningkatkan lagi imej kualiti organisasi
h. Peningkatan kualiti yang berterusan melalui pengauditan yang dilakukan pada
setiap tahun di organisasi tersebut


5.2.6 Masalah-Masalah Perlaksanaan Pelan Kualiti Projek


Didalam bab ini kita akan membincangkan sebahagian daripada masalah-masalah
yang berkaitan dengan perlaksanaan Pelan Kualiti Projek. Ianya dilihat dari segi
pengurusan dan teknikal di tapak bina.

i. Masalah Komitmen Pengurusan

Daripada keputusan kajian yang dibuat, sebanyak 30% organisasi menghadapai
masalah dalam melaksanakan Pelan Kualiti Projek. Ini adalah kerana berpunca daripada
kekuranagn komitmen seperti berikut:
77

a. Kurang pengetahuan tentang sistem Pelan Kualiti Projek
b. Bagi syarikat yang telah menggunakan ISO, mereka beranggapan Pelan Kualiti
Projek adalah penambah kepada ISO dan ini memerlukan kos penambahan.

Kebanyakan organisasi yang diaudit masih didapati mereka ini menggunakan konsep
pengurusan kualiti yang lama. Mereka berpendapat bahawa untuk mendapatkan kualiti
yang baik ianya memerlukan kos yang tinggi. Syarikat-syarikat ini tidak menyedari
bahawa konsep Pelan Kualiti Projek boleh menguntungkan dari segi kos projek. Ini
adalah kerana tidak ada kos yang banyak untuk pembaikan semasa tempoh jaminan.


ii. Masalah Dokumentasi

Kehendak utama sistem Pelan Kualiti Projek ialah dokumentasi. Bagaimanapun
apa yang perlu didokumentasi atau berapa banyak yang perlu didokumentasi, ianya tidak
dijelaskan dengan sebenarnya didalam Pelan Kualiti Projek. Oleh itu kebanyakkan
organisasi mengambil pendekatan yang konservetif iaitu mendokumentasikan semua
kehendak didalam Pelan Kualiti Projek. Langkah mengabaikan kehendak apa yang
sepatutnya didokumentasikan, ini menyebabkan penghasilan terlalu banyak kertas kerja
yang mana sebahagiannya tidak diperlukan langsung. Birokrasi yang melampau
menyebabkan kesan negatif terhadap kawalan dokumentasi. Ini dinyatakan dalam kajian
yang mana didapati 70% syarikat gagal memenuhi kehendak pendokumentasi. Masalah
yang paling biasa dihadapi didalam kawalan dokumen ialah penggunaan dokumen yang
sudah dimansuhkan, pemindahan dokumen yang tidak sah, dokumen yang dipinda tidak
diserahkan kepada semua pemegang dokumen dan yang terakhir percetakan dokumen
yang tidak diluluskan.

Alasan kepada kegagalan ini ialah ketidakupaya organisasi mengenalpasti atau
memahami kehendak asas Pelan Kualiti Projek. Prinsip asas ialah, dokumen mestilah
dikeluarkan apabila ianya mempunyai kesan terus kepada sistem kualiti dan jika tidak
dibuat ianya akan memberi masalah kapada kualiti. Secara mudahnya dokumen mestilah
disepadukan dengan sistem operasi, sumber yang ada, budaya pengurusan dan jenis
barang atau perkhidmatan.
78
Untuk mengelak dokumentasi yang berlebihan,organisasi mestilah memeriksa
kehendak dan proses perniagaan mereka, kemudian membuat keputusan tentang kuantiti
yang perlu untuk memenuhi kehendak sistem Pelan Kualiti Projek. Perlu diingat
dokumentasi yang dikeluarkan mewakili sistam kualiti sebenar dan dokumentasi
membantu pengopersian sistem.


iii. Masalah Menterjemah Kehendak Pelan Kualiti Projek

Sistem Pelan Kualiti Projek sepatutnya adalah asas utama dalam pengurusan
organisasi, pembinaan dan perniagaan. Oleh yang demikian terdapat sebahagian terma
yang tidak tepat menyebabkan salah faham terhadap kehendak kualiti sistem. Kekeliruan
juga mungkin timbul kerana kurangnya definasi terma didalam prosedur Pelan Kualiti
Projek. Terdapat juga kekeliruan sejauhmana sesutu dokumen boleh digunapakai.
Terdapat fasal didalam sistem yang membina dan mengekalkan prosedur manakala fasal
yang lain hanya merujuk kepada dokumen. Masalah lain yang dikenalpasti ialah
penggunaan sistem ini yang tidak kena mengena dengan sektor atau organisasi tersebut.
Sebagai contoh, Pelan Kualiti Pembinaan untuk projek jalan digunakan untuk projek
jambatan atau bangunan. Cara untuk mengatasi masalah salah tafsir ini ialah mempunyai
pegawai yang berpengalaman didalam sektor atau industri tersebut, membina dan
melaksanakan sistem kualiti.


iv. Masalah Perlaksanaan

Kebiasaanya dalam industri pembinaan, pendokumentasi sistem kualiti hanya
diserahkan kepada seorang pengurus kualiti. Ini menyebabkan pendokumentasi tidak
mencerminkan apa sebenarnya yang berlaku atau tidak mencapai matlamat dan cara yang
paling efektif. Oleh itu prosedur yang dibuat mungkin diabaikan oleh pekerja yang
sepatutnya menggunakannya. Masalah lain dalam perlaksanaan Pelan Kualiti Projek ialah
organisasi atau syarikat gagal dalam melatih pekerja mereka yang terlibat didalam
perlaksanaan sistem ini. Kegagalan dalam melatih pekerja secukupnya menyebabkan
kegagalan dalam perlaksanaan sistem. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan
cara melibatkan semua pekerja didalam organisasi tersebut dalam menulis prosedur kerja
79
dan arahan kerja. Pengurus kualiti pula bertindak sebagai penyelia kepada proses ini.
Dengan cara ini sistem tersebut akan dapat dilaksanakan dan difahami.


v. Sikap tidak mahu berubah

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa pengurusan atau pekerja bahagian
pertengahan yang enggan berubah adalah halangan utama kepada kejayaan perlaksanaan
sistem Pelan Kualiti Pelan. Mereka ini memandang sistem yang diutarakan sebagai
menambah birokrasi dan mengganggu tugas mereka, terutama apabila faedahnya tidak
dapat dilihat pada masa tersebut. Adalah penting bagi sebuah organisasi mempromosi dan
berkomunikasi tentang matlamat sebenar perlaksanaan sistem Pelan Kualiti Projek.
Pendidikan dan latihan yang berterusan tentang prinsip dan konsep asas dalam
pengurusan kualiti, penglibatan semua pekerja dalam perlaksanan sistem kualiti akan
mengurangkan keengganan untuk berubah.








BAB VI




KESIMPULAN DAN CADANGAN




6.1 Kesimpulan


Sistem kualiti yang menyeluruh amat penting didalam suasana perniagaan yang
sangat kopetitif. Dalam era globalisasi dimana persaingan ekonomi semakin sengit,
adalah menjadi strategi perniagaan untuk melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang
memenuhi kehendak hari ini. Perlaksanaan Pelan Kualiti Projek akan membawa kepada
peningkatan daya saing melalui aktiviti-aktiviti berikut:

a. Menumpukan kepada kehendak pelanggan
b. Membina hubungan antara pembekal dan pelanggan melalui perjanjian
bersama
c. Membangunkan sikap berhati-hati didalam organisasi
d. Membina prosedur dan arahan yang didokumentasikan secara jelas
kepada individu

Untuk industri pembinaan, perlaksanaan Pelan Kualiti Projek membantu industri
ini kearah yang lebih berinovasi dan cekap dalam pengurusan, kurang pembaziran,
pertimbangan yang secukupnya kepada kualiti dan keselamatan, pemeliharaan alam
81
sekitar dan nilai-nilai estetika. Penggunaan sistem Pelan Kualiti Projek adalah baik untuk
amalan pengurusan. Oleh yang demekian penggunaan Pelan Kualiti Projek membawa
lebih banyak kebaikan daripada keburukan.




6.2 Cadangan


Hasil dari kajiselidik yang dilakukan maka didapati Pelan Kualiti Projek ini perlu
dijalankan disetiap projek yang ada di negara kita. Ini adalah kerana dengan pemakaian
Pelan Kualiti Projek, insyaallah kita akan dapat mengelak daripada masalah-masalah
yang membabitkan kualiti didalam sektor pembinaan. Dalam ertikata lain Pelan Kualiti
Projek ini hendaklah di wajibkan keatas semua kerja-kerja pembinaan.

Seterusnya dicadangkan supaya kajian keberkesanan Pelan Kualiti Projek
terhadap mutu pembinaan terus dilakukan dalam kearah negara untuk mencapai status
negara maju.















82



RUJUKAN

BS EN ISO 9000 (1994). Series of Standard for the Management of Quality.:
London: BSI

BS EN ISO 8402 (1995). Quality Management And Quality Assurance Vocabulary.
London: BEC

BS 4778 Part 2 (1991). Quality Concept and Related Definition. London: BSI

Building Employers Confederation (1990).Quality Management for Builders
London: BEC

International Organization For Standardization (1994).ISO 8402 Quality,
Vocabulary

International Organization For Standardization (1990).Certification Principal And
PracticeGeneva

International Organization For Standardization (1994).ISO 9001: 2000

J .M.J uran (1998).Quality Control HandBookMc-Graw Hill Internatinal

Khairi Azizi Ahmad (2002).Keberkesanan Sistem Kualiti ISO Dalam Industri
Pembinaan Di Malaysia

You might also like