You are on page 1of 10

1

PENGENALAN

Tidak banyak diperkatakan mengenai sastera di dalam pendidikan kanak-kanak,
terutamanya di peringkat prasekolah. Namun dapat dilihat bahawa sastera kanak-kanak
sememangnya memainkan peranan penting di dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut definisi
yang diberikan oleh Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak adalah buku
berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir
sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanak-
kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen.
Menurut Glazer (2000), buku kanak-kanak adalah buku-buku yang ditulis bagi tujuan
pembacaan kanak-kanak ataupun buku yang menjadi bacaan kanak-kanak, tidak kira apa jua
bentuk penulisannya samada ianya buku cerita (berbentuk fiksyen) dan bukan fiksyen yang
ditulis untuk memberi maklumat, atau pun buku yang menggunakan bahasa berirama seperti
lagu, sajak pantun dan lain-lain.
Dapatlah disimpulkan sastera kanak-kanak adalah juga buku kanak-kanak yang menitik
beratkan tema, minat kanak-kanak, sifat kanak-kanak, dan keperluan tahap pembacaan kanak-
kanak. Ini bertujuan agar bahan bacaan yang dihasilkan bersesuaian dengan kanak-kanak. Oleh
itu sastera kanak-kanak sebenarnya sesuai digunakan sebagai jambatan bagi membantu
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.







2

APA ITU SASTERA KANAK-KANAK
Sastera awal bagi seseorang kanak-kanak awal merupakan sarana penting untuk
mengembangkan imaginasi dan minat kanak-kanak dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, ibu
bapa dan guru-guru mempunyai peranan mereka dalam menyemai minat membaca dalam
kalangan kanak-kanak. Dengan ini mereka dapat menimba ilmu pengetahuan melalui
kesusasteraan. Walau bagaimanapun, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak Malaysia kini
ialah kanak-kanak kita belum mahir menguasai pembacaan karya sastera. Hal ini mungkin
disebabkan mutu karya sastera masih rendah dan tidak mencungkil minat kanak-kanak untuk
menghayati karya sastera kanak-kanak. Adalah disyorkan para ibu bapa dan guru sama ada di
rumah atau di prasekolah hendaklah menggalakkan kanak-kanak membaca sewaktu senggang.
Di rumah, ibu bapa perlu melakukan aktiviti pembacaan buku-buku cerita untuk kanak-kanak
sebagai rutin harian. Sementara guru-guru di sekolah pula perlu mengadakan aktiviti tambahan
untuk mengekalkan dan meningkatkan kepentingan dalam tabiat membaca dalam kalangan
kanak-kanak untuk jangka masa panjang. Selain itu, buku-buku sastera kanak-kanak yang
diterbitkan di Malaysia tidak didapati menarik kerana kebanyakan karya sastera kita ditulis
mengikut nuansa dewasa. Seterusnya, penerbit perlu menerbitkan sastera kanak-kanak yang baik
dan berkualiti berdasarkan keperluan kanak-kanak.
Menurut Molina S.Nijhar, dalam buku Hadijah Rahmat kesusasteraan kanak-kanak
merangkumi semua jenis penulisan kreatif dan imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan,
hiburan dan penilaian kanak-kanak. Secara amnya kesusasteraan kanak-kanak ini meliputi
keseluruhan buku yang bermutu dan berfaedah yang ditulis untuk bacaan kanak-kanak yang
merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen. Sastera kanak-kanak juga mempunyai fungsi dan
peranan yang tersendiri. Oleh itu ada baiknya kita menelusuri fungsi dan peranan sastera kanak-
kanak itu dengan jelas dan teliti.

DEFINISI SASTERA KANAK-KANAK
Perkembangan awal kesusasteraan kanak-kanak dalam masyarakat Melayu, sepertisastera untuk
kanak-kanak dalam masyarakat lain, dapat dikesan daripada tradisisasteralisan. Sastera lisan atau
lebih dikenali sebagai sastera rakyat walaupun ditujukan khususuntuk golongan dewasa, telah
3

tersebar luas dan turut diminati olehkanak kanak.Perkembangan kesusasteraan kanak-kanak
dianggap selaras dengan proses tumbesarankanak-kanak kerana terdapatnya hubungan yang
mesra dan sebati antara sastera dengankanak-kanak.Puisi kanak-kanak, terutamanya yang
didendangkan dalam bentuk nyanyian atauirama kanak-kanak amat kurang diwarisi, dikenali dan
dinyanyikan oleh kanak-kanak ketikamereka bermain. Mereka tidak lagi didodoikan dengan
irama atau puisi tersebut oleh ibu bapaatau pengasuh. Masa dan perubahan corak hidup
masyarakat telah mengikis tradisi sasteralisan dalam masyarakat dan menukarkan bentuk dan
sifat hubunganantara sastera dengankanak-kanak. Hari in tempat sastera lisan telah diambil alih
oleh sastera tulisan.

KEPENTINGAN SASTERA KANAK-KANAK
Fungsi sastera kanak-kanak yang biasa dan sama fungsinya dengan kebanyakkan genre
sastera adalah berfungsi sebagai bahan hiburan. Hal ini kerana bahan yang dibaca oleh seorang
kanak-kanak itu mampu menghiburkan hati mereka. Contohnya cerita jenaka. Selepas membaca
atau mendengar cerita jenaka seorang kanak-kanak itu akan ketawa dan gembira kerana kelucuan
yang wujud dalam cerita jenaka tersebut. Oleh itu fungsi sebagai alat hiburan menjadi fungsi
tetap dan ada pada setiap genre sastera tidak terkecuali juga sastera kanak-kanak.
Sastera kanak-kanak juga berfungsi sebagai alat pendidikan dan pengajaran. Hal ini
kerana dalam setiap cerita sastera kanak-kanak terdapat unsur-unsur pendidikan dan pengajaran
yang baik untuk perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Eleanor Estes dalam buku Hadijah
Rahmat, buku kanak-kanak yang baikk adalah buku yang dapat,
Menyebabkan seseorang kanak-kanak ketawa atau menangis menjadikannya berasa beberapa
emosi, menyebabkan ia berasa ingin keluar untuk membetulkan kejahatan dunia, untuk
mencapai sesuatu yang mulia ; mencetuskan hubungan perasaan di jiwanya dengan pemikiran,
tulisan dan tindakan mulia dan unggul ajli fikir ; menimbulkan perasaan kasihan terhadap
golongan yang tidak bernasib baik dan yang berduka ; menimbulkan kesedaran bahawa apa
yang ia fikirkan, tuturkan dan lakukan, turut menyumbangkan rasa persefahaman sesama
manusia, dan bertegas bahawa orang ramai perlu bersifat baik dan murah hati.
4

Hal ini jelas menunjukkan melalui sastera kanak-kanak juga mampu memberikan perkembangan
pemikiran mereka. Selain itu melalui pembacaan ini juga kanak-kanak akan melihat pengajaran
yang disampaikan oleh sesebuah cerita itu. Oleh itu dapat dilihat bahawa cerita kanak-kanak
boleh membantu kanak-kanak dalam mengenal dunia yang bakal mereka hadapi kelak.
Contohnya cerita bawang putih bawang merah. Walaupun terdapat sedikit unsur khayalan,
namun mesej atau pemikiran yang disampaikan jelas iaitu perbuatan baik akan dibalas baik. Oleh
itu sastera kanak-kanak sangat membantu pemikiran dan minda seorang kanak-kanak itu.
Sastera kanak-kanak juga berfungsi sebagai pendorong atau motivasi. Hal ini berlaku
kerana kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya. Selain itu fungsi sebagai
pendorong dan motivasi yang berkesan dengan memperkenalkan dan mendedahkannya kepada
pembaca jenis-jenis kejayaan atau sesuatu lingkungan pencapaian yang baik, berguna, sesuai dan
luas. Melalui sastera kanak-kanak seseorang kanak-kanak itu mampu meningkatkan daya
motivasi dan keyakinan dalam diri. Kanak-kanak akan berusaha untuk menjadi lebih baik atau
sama dengan kejayaan yang terdapat dalam cerita kanak-kanak itu. Contohnya cerita binatang
seperti sang kancil yang memperlihatkan kepandaian sang kancil. Melalui dorongan cerita ini
kanak-kanak itu akan berusaha untuk menjadi sebijak sang kancil dan lebih bijak lagi daripada
sang kancil yang ada dalam cerita itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sastera kanak-kanak itu
mampu menjadi pendorong dan motivasi dalam diri seseorang kanak-kanak.
Sastera kanak-kanak juga menjadi alat sosialisasi. Alat sosialisasi merupakan satu wadah
atau corong penyaluran nilai-nilai masyarakat kepada generasi muda. Hal ini dapat dilihat
melalui mesej atau pengajaran yang cuba disampaikan oleh sesebuah cerita kanak-kanak itu.
Contohnya cerita Upin dan Ipin yang memaparkan nilai masyarakat kampung yang penuh
deengan nilai ketimuran dan keagamaan yang tinggi. Seperti episod puasa dalam animasi Upin
dan Ipin. Dalam cerita itu menunjukkan kepentingan bulan puasa dan ibadat puasa dalam
kalangan umat islam. Tidak kira daripada orang dewasa sehingga kanak-kanak. Melalui teladan
dalam cerita ini kanak-kanak yang beragama islam akan mencontohi dan mengukuhkan
sosialisasi dan kepercayaan terhadap agama islam itu sendiri.
Kemudian sastera kanak-kanak juga berfungsi sebagai alat untuk proses pembentukan
pemikiran, emosi, imaginasi dan keperibadian seseorang. Hal ini kerana melalui bacaan terhadap
sastera kanak-kanak mampu membuatkan seseorang itu berfikir. Melalui teladan yang ada dalan
5

cerita kanak-kanak juga membantu seseorang itu membentuk atau memperbaiki keperibadian
mereka. Tidak kisah sama ada seorang kanak-kanak yang baru membentuk jati diri atau
keperibadiannya mahupun orang dewasa yang ingin memperbaiki keperibadian serta emosi
mereka, melalui sastera kanak-kanak.
Sastera kanak-kanak juga menjadi salah satu bidang kerjaya. Hal ini dapat dilihat agak
kurang penyelidik atau bidang kepakaran yang melibatkan sastera kanak-kanak. Sekiranya
ditelusuri secara teliti tidak ramai yang terlibat dengan bidang sastera kanak-kanak ini. Secara
tidak langsung sastera kanak-kanak juga boleh menjadi salah satu bidang kerjaya yang masih
terbuka. Penghasilan buku kanak-kanak juga tidak banyak dihasilkan oleh penulis pada masa
kini. Oleh itu sastera kanak-kanak boleh menjadi sumber pencarian dan kewangan seseorang itu.
Sastera kanak-kanak juga salah satu medium kritikan sosial. Hal ini kerana melalui
sastera kanak-kanak seseorang itu boleh mengkritik masalah sosial, atau kumpulan masyarakat
yang tertentu. Keadaan ini selalunya disampaikan dalam cerita kanak-kanak untuk menyindir
golongan tertentu dengan cara yang lembut, sopan dan tidak memalukan pihak yang dikritik.
Oleh itu sastera kanak-kanak menjadi salah satu medan mengkritik golongan masyarakat
tertentu.

MENGABUNGJALINKAN SASTERA DI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PRASEKOLAH.
Adalah menjadi tugas guru untuk menerapkan kesasteraan ke dalam pengajaran mereka
bagi memastikan kanak-kanak mendapat faeadah daripadanya. Bagi mengabungjalinkan
kesusasteraan dalam pendidikan prasekolah beberapa cara boleh digunakan oleh guru bagi
menjayakan tujuan tersebut. Antaranya ialah:
1. Penggunaan Bahan Bacaan Asas
Penggunaan bahan bacaan Asas (basal) telah lama digunakan di United State bagi
pengajaran sekolah rendah. Menurut Durkin (1987, Tomlinson dan Lynch-Brown) bahan bacaan
asas adalah bacaan bersiri yang di peringkatkan daripada yang mudah meningkat kepada aras
yang agak sukar peringkat demi peringkat. Bahan asas dalam program ini adalah buku bacaan
6

bagi kanak-kanak, buku panduan guru, panduan penggunaan program secara keseluruhan dan
sistem penilaian. Menurut Lapp, Flood dan Farnan 1992, (dalam Tomlinson dan Lynch Brown,
1999) kekuatan bagi program yang berasaskan bahan bacaan berperingkat ini ialah ianya
membantu guru dalam menyelenggarakan program bacaan secara sistematik. Ia membimbing
guru serta membantu guru membuat keputusan mengenai bahan bacaan yang diperlukan oleh
kanak-kanak pada peringkat tertentu. Ianya berasaskan teori bawah ke atas di mana pembacaan
bermula daripada abjad dan berakhir dengan ayat. Setelah kanak-kanak boleh membaca,
pelbagai jenis kesusasteraan akan diperkenalkan seperti sajak, bahasa berirama, cerita dan
pelbagai jenis bahan bacaan. Set bacaan asas yang baik akan turut mengambil kira mengenai
aspek-aspek kesasteraan disamping mengfokus kepada pengajaran berasaskan kemahiran fonik
dan perbendaharaan kata. Sekiranya bahan bacaan asas tersebut tidak menyediakan buku yang
berkualiti dari sudut kesasteraan mungkin guru boleh memperkenalkan juga buku buku lain yang
berkualiti daripada aspek kesasteraan untuk digunakan bersama-sama buku bacaan asas tersebut.

2. Menggunakan buku bagi tema tertentu
Bagi memudahkan guru menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan tema pada
minggu tersebut, sediakan senarai buku yang akan digunakan bagi tema-tema tertentu sepanjang
tahun. Misalnya tema seperti diri saya, keluarga saya, sekolah saya, pekerjaan, perayaan, bunga
dan sayuran adalah tema-tema yang biasa digunakan di prasekolah-prasekolah. Pamerkan buku-
buku yang mempunyai tema-tema ini di rak pameran semasa tema-tema ini berlangsung. Ini
akan menggalakkan kanak-kanak mencari maklumat atau membuat eksplorasi dengan lebih
meluas lagi mengenai tema yang mereka palajari. Guru boleh membacakan buku dan
menunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana mencari maklumat menggunakan buku yang
berkaitan dengan tema pembelajaran yang sedang dijalankan di bilik darjah.

3. Penyediaan Sudut Literasi
Penyediaan persekitaran yang sesuai bagi pembacaan secara langsung akan
menggalakkan pembacaan di kalangan kanak-kanak. Oleh kerana kanak-kanak menyukai warna
yang terang, warna-warna sebegini bolehlah digunakan di pusat bacaan agar dapat menarik
7

perhatian kanak-kanak. Tempat yang agak terkepung juga disukai oleh kanak-kanak kerana ia
menyebabkan mereka rasa terlindung dari laluan dan kebisingan.
Jadikan sudut bacaan sebagai tempat yang selesa dengan berkarpet serta mempunyai
banyak kusyen untuk kanak-kanak membaca dengan selesa. Sediakan rak pameran untuk
mempamerkan buku yang dibaca oleh guru pada minggu itu agar mudah dilihat oleh kanak-
kanak juga buku yang berkaitan dengan tema mingguan. Rak terbuka pula untuk menyimpan
buku yang menjadi koleksi bilik darjah tersebut. Koleksi buku juga harus mengandungi pelbagai
jenis buku bergambar dan buku-buku bacaan mudah. Selain dari itu alat perakam suara, buku
interaktif dan juga komputer untuk digunakan oleh kanak-kanak di sudut bacaan. Ini akan
meringankan beban guru untuk membacakan buku yang sama berulang-ulang kali kepada kanak-
kanak. Ini kerana alat-alat tersebut dapat membantu dengan cara membacakan buku yang telah
dibaca secara kuat kepada kanak-kanak pada bila-bila masa yang diperlukan oleh mereka.
Guru juga boleh melibatkan kanak-kanak dalam pengurusan sudut bacaan ini dengan
membenarkan mereka membersihkan sudut ini serta menyusun buku dan peralatan secara
bergilir-gilir.Ajak mereka menukar hiasan dan beri mereka peluang untuk menyatakan idea
mereka terhadap hiasan disudut ini. Benarkan kanak-kanak menggunakan sudut ini secara bebas
apabila mereka ada kelapangan seperti jika mereka menyudahi aktiviti pembelajaran lebih awal
dari yang sepatutnya, semasa menunggu waktu pembelajaran bermula ataupun semasa
menunggu waktu untuk pulang. Jadikan sudut bacaan ini aktif sepanjang masa dengan
mengadakan aktiviti-aktiviti membaca yang boleh dijalankan secara bersendirian, bersama guru,
bersama rakan dan juga dalam kumpulan yang kecil.

4. Penyediaan Koleksi Buku Kanak-kanak
Sediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam prasekolah anda. Pada
mulanya galakkan kanak-kanak membaca daripada jenis yang sama. Apabila mereka telah
lancar dan suka membaca mereka akan menyukai meneroka bahan-bahan bacaan daripada jenis
yang berlainan. Guru juga boleh memilih buku berdasarkan pengarang atau pelukis yang kanak-
kanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis yang terkenal. Buku yang mempunyai
nilai-nilai kesusasteraan yang merujuk kepada gaya bahasa, plot, watak dan juga berasaskan
tema-tema tertentu juga boleh dijadikan koleksi.
8

Guru perlu menyediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam sudut bacaan
sebagai koleksi prasekolah. Pada mulanya galakkan kanak-kanak membaca daripada jenis yang
sama. Apabila mereka telah lancar dan suka membaca mereka akan menyukai meneroka bahan-
bahan bacaan daripada jenis yang berlainan. Guru juga boleh memilih buku berdasarkan
pengarang atau pelukis yang kanak-kanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis
yang terkenal. Buku juga boleh dikumpulkan berasaskan tema-tema tertentu.



















9

KESIMPULAN
Melihat semua fungsi dan kepentingan sastera kanak-kanak boleh membantu dalam segala aspek
kehidupan mahupun diri seseorang itu. Kita juga jangan menyempitkan pemikiran dengan
melihat sastera kanak-kanak hanya untuk kanak-kanak sahaja. Sastera kanak-kanak juga boleh
dibaca oleh semua lapisan umur, disebabkan sifat sastera kanak-kanak yang umum dan tidak
terikat dengan mana-mana unsur
Secara keseluruhanya buku cerita kanak-kanak amat berguna dalam usaha bagi
membantu perkembangan kanak-kanak kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh. Oleh itu
guru seharusnya mengambil peluang ini untuk menerapkan atau mengabungjalinkan bahan-
bahan sastera di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Hasilnya akan dapat dilihat dalam
bentuk pulangan jangka panjang iaitu kanak-kanak tersebut bukan hanya akan mempunyai minat
membaca yang mendalam serta mempunyai kemahiran membaca yang tinggi, malah mereka
juga akan turut berkembang dari segi kognitif serta membina sahsiah diri yang baik.
.











10

RUJUKAN

Harun Mat Piah (2000), Kesusasteraan Melayu Tradisional. DBP: KL.

Lynch-Brown & Tomlinson, C.M. (1999), Essentials of Childrens Literature, Allyn & Bacon:
London

Hart-Hewins,L & Wells, J. (1990). Real Books for Reading: Lerning to Read with Children
Literature. USA, Pembroke Pub.

Molina, S. N. (1981). Apakah sastera kanak-kanak khasnya buku bergambar. Bengkel Buku
Bergambar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh & Abdul Ahmad . (1984). Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Dewan
Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Hadijah Rahmat (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur

You might also like