You are on page 1of 23

1

TAJUK : PENGGUNAAN DIALEK


KELANTAN DALAM KALANGAN
PELAJAR PRA UNIVERSITI DI
SMK SULTAN YAHYA PERTA (1).

AHLI KUMPULAN :
JUNAINATUL AMIZA BT AB MANAFF
(970707-03-5688)
NURUL NASUHA BT MUHAMMAD
(950709-03-5674)
SITI NADIRAH BT MOHD SHUKRI
(950112-03-6358)
NOOR FARIHAH BT ABD HASHIM
(950921-03-5718)
2

ISI KANDUNGAN

PERKARA :

M/S
Tajuk

i
Isi Kandungan

ii
Pengenalan

1-2
Objektif Kajian

3
Kepentingan Kajian

4
Skop Kajian

5
Batas Kajian

6
Kaedah Kajian

7-9
Dapatan Kajian

10-17
Rumusan

18
Penutup

19
Lampiran

20




3

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang penggunaan
dialek Kelantan dalam kalangan pelajar Pra Universiti di SMK Sultan Yahya Petra (1)
serta definisi konsep konsep penting yang digunakan dalam kalangan kajian ini.

1.1 LATAR BELAKANG

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh
sekumpulan penutur dalam satu satu masyarakat bahasa. Dialek mempuyai
bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk
yang standard dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata kata tertentu,
tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa
yang lain.
Dialek dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah
variasi daripada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sekarang ini menjadi bahasa
kebangsaan Malaysia dan sejak peristiwa 13 Mei 1969, bahasa ini dikenali
sebagai bahasa Malaysia. Bahasa Melayu sekarang merupakan bahasa yang
dianggap sebagai bahasa kebangsaan yang standard. Dalam satu satu dialek
tempatan di Malaysia, terdapat pula idiolek atau kelainan pengucapan yang
disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi akibat
perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek. Sesungguhnya terdapat
kelainan kelainan tersebut, dialek harus tidak terkeluar daripada had saling
kesefahaman yang menentukan bahawa kelainan kelainan itu masih tergolong
dalam satu bahasa.
Dialek Kelantan bukan sahaja ditutur di negeri Kelantan, tetapi merentasi
sempadan politik dan ditutr juga oleh penduduk penduduk di tempat tempat
lain seperti penduduk penduduk yang mendiami daerah daerah sempadan
Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang,Kelantan/perak, dan juga beberapa dalam
daerah Thai Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala, dan Patani. Dialek
Kelantan agak unik jika dibandingkan dengan dialek dialek lain di Malaysia
4

terutama dari segi sebutan, kosa kata dan makna. Keunikan inilah kadangkala
menyababkan dialek Kelantan agak sukar difahami oleh anggota masyarakat yang
lain.

1.2 DEFINISI KONSEP

Menurut Nik Safiah Karim (1988), dialek ialah variasi bahasa. Sesuatu
bahasa mungkin mempunyai banyak variasi bergantung pada sejarah
perkembangannya, jumlah penduduk dan luas daerah penyebarannya. Terdapat
perbezaan antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam sesuatu bahasa.
Dalam satu daerah yang luas, dialek dialek yang berdekatan biasanya
mempunyai lebih banyak persamaan daripada yang berjauhan kedudukannya.
Menurut Asmah Hj Omar (1991), dialek dialek yang terdapat di
Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan kepada lima kawasan utama iaitu
kelompok barat daya yang meliputi Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut
diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok Timur yang meliputi
Terengganu, selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi dialek yang dituturkan
di Johor, Melaka, Pahang, Selangor, dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok
yang mewakili dialek Negeri Sembilan.
Noraliza (1986:129), menjelaskan bahawa sesuatu bahasa atau dialek
berbeza daripada bahasa atau dialek lain akibat daripada pengaruh alam dan
persekitaran yang berlainan. Menurut beliau, perbezaan ini boleh dilihat menerusi
sistem bunyi dan leksikal.
Abdul Hamid Mahmood (1990:217), mentakrifkan dialek sebagai variasi
daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam
satu satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan
dalam kawaasan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi sebutan,
tatabahasa ataupun penggunaan kata kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah
begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.


5

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk :

i. Mengumpul data tenteng sebutan bunyi bunyi vokal bahasa Melayu mengikut
sebutan dialek Negeri Kelantan.
ii. Membandingkan sebutan sesuatu bunyi vokal mengikut sebutan bahasa Melayu
baku dengan sebutan dialek Negeri Kelantan berdasarkan kehadirannya dalam
bahasa suku kata / perkataan.
iii. Menentukan jumlah sebutan bunyi vokal dalam dialek negeri Kelantan.
6

3.0 KEPENTING KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk :

i. Memperlihatkan kelainan sebutan vokal antara dialek Kelantan dengan sebutan
bahasa standard.
ii. Menambah dokumentasi atau rujukan tentang kajian dialek.
iii. Dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membetulkan sebutan
pelajar yang bertutur dalam bahasa Melayu formal tetapi memperlihatkan
pengaruh dialek Kelantan.


7

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada penyebut enam bunyi vocal bahasa Melayu baku
mengikut sebutan dialek Negeri Kelantan, sebutan kesemua vokal, iaitu vokal depan,
vokal tengah dan vokal belakang akan dikaji dalam kalangan pelajar pra universiti di
SMK Sultan Yahya Petra 1.

8

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berdasarkan sebutan informan yang berasal dari Negeri
Kelantan. Oleh itu, sebutan ini tidak menggambarkan cara sebutan seluruh penutur dialek
Negeri Kelantan yang pada hakikatnya berbeza beza mengikut daerah permastautin.
Informasi juga terdiri daripada golongan yang berpendidikan, oleh itu, sebutan
yang setulen sebutan penutur jati dialek Negeri Kelantan yang tidak terdedah kepada
bahasa baku atau dialek lain, tidak dapat ditunjukkan oleh kajian ini kerana informan
telah terdedah kepada sebutan baku dan juga dialek lain.

9

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjejaskan cara penyelidikan mendapatkan data sebagai bahan kajian,
kaedah pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.

6.1 MENDAPATKAN DATA
Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah lapangan, iaitu penyelidikan
mendapatkan data primer daripada informan yang berasal dari Negeri Kelantan.
Informan di minta menyebut beberapa perkataan yang pengkaji senaraikan, iaitu
yang mengandungi vokal vokal yang berbeza dan sebutan itu mengikut dialek
mereka. Mereka juga di minta berbual dalam dialek Kelantan. Penyelidikan
merakamkan sebutan dan juga perbualan.

6.2 MENGUMPULKAN DATA
Untuk memudahkan pengkaji menganalisis data, pengkaji mencatatkan sebutan
perkataan yang mengandungi vokal vokal tersebut dalam bentuk ejaan Rumi
dan dalam transkripsi fonetik.

6.3 MENGANALISIS DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA
Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan
semua vokal dalam dalam bahasa Melayu, iaitu [i], [e], [a], [u], [o] dan [ ].
Huraian tentang vokal tersebut dan cara penghasilannya adalah seperti yang
berikut :







Rajah jenis jenis vokal
10

Rajah diatas menunjukkan keratan rentas lidah. Bahagian disebelah kiri merupakan
bahagian depan lidah manakala bahagian di kanan ialah belakang lidah. Bahagian yang
bergaris horizontal menunjukkan ketinggian lidah diangkat dan bukan antara rahang.

6.3.1 Vokal Depan Sempit [i]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit keras tetapi
tidaklah sampai menyentuhnya. Udara dari paru paru keluar melalui rongga
mulut dan tekak tanpa sekatan. Bukaan rahang adalah sempit manakala keadaan
bibir terhampar.

6.3.2 Vokal Depan Separuh Sempit [e]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah kearah lelangit keras tetapi
tidak setinggi semaasa menghasilkan bunyi [i]. udara dari paru paru keluar
melalui rongga tekak dan mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang lebih luas
berbanding dengan semasa menghasilkan bunyi [i] manakala keadaan bibir
terhampar.

6.3.3 Vokal Depan Luas [a]
Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah rendahnya.
Udara dari paru- paru keluar dari rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan.
Bukaan rahang lebih luas daripada semasa menghasilkan bunyi [ ] manakala
keadaan bibir antara bundar dan terhampar.

6.3.4 Vokal Tengah [ ]
Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan bahagian tengah lidah di antara
kedudukan untuk menghasilkan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit.
Udara dari paru paru keluar tanpa sekatan manakala keadaan bibir neutral.
11

6.3.5 Vokal Belakang Sempit [u]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut
tetapi tidak sampai mrnyentuhnya. Udara dari paru paru keluar melalui rongga
mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir bundar manakala rahang
terbuka sedikit.

6.3.6 Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangi lembut
tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan vokal [u]. Udara dari paru paru
keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir
bundar, manakala rahang terbuka sedikit.
Hasil kajian akan di persembahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu
dicatatkan perkataan yang mengandungi vocal tetentu, iaitu mengikut susunan
vokal depan, vokal tengah dan vocal belakang dalam kedudukan yang berbeza
dalam perkataan. Bagi setiap perkataan itu dituliskan ejaannya, transkripsi fonetik
sebutan bakunya dan sebutan mengikut dialek Negeri Kelantan. Dengan
demikian, perbezaan sebutan itu dapat dilihat dengan jelas.

12

7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini, diperlihatkan sebutan perkataan yang menjadi data kajian mengikut
sebutan baku dan sebutan dialek Negeri Kelantan.

7.1 Vokal depan sempit [i]

Penyebutannya :
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
Ikan Ike
Ikut Ikot
Polis Poleh
Itik Itek
Tulis Tuleh
Dia Dio
Hitam Ite
Putih Puteh
Hijau Ija
Kuning Kuni
Kekasih Kaseh
Kisah Kesoh
Jadual 1 : Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan sempit
Berdasarkan jadual di atas, dapat di lihat bahawa sebutan vokal depan sempit [i] pada
aawal dan tengah suku kata dalam dialek Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, dalam suku
kata tertutup pada akhiran perkataan, sebutannya berbeza. Selain itu, konsanan akan digugurkan
apabila berada di awal perkataan, contohnya bunyi [h] akan gugur dengan sendirinya dan bunyi
[i] akan berada di awal perkataan. Jika suku kata diakhiri oleh bunyi [s], vokal [i] itu disebut
sebagai [e], kecuali bagi kata pinjaman. Hal ini bermakna, vokal [i] dan [e] bervariasi bebas.
13

7.2 Vokal depan separuh sempit [e]

Penyebutannya :
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ekor Eko
Epal Epo
Elak Elok
Etak Etok
Boleh Buleh
Ela Elo
Meja Mejo
Kes Keh
Engsel Ehsel
Jadual 2 : Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit

Vokal depan separuh sempit [e] juga banyak digunakan dalam dialek Kelantan.
Perkataan yang mempunyai vokal [e] pada awal suku kata dalam bahasa melayu baku
akan mengugurkan suku kata akhir tertutup dengan syarat suku kata akhir tersebut diakhiri
dengan huruf getaran [r] dan huruf gigi gusi [l] seperti [ekor] [eko] dan [epal] [epo]. Perkataan
yang suku kata bermula dengan [e] dan suku kata akhirnya yang mengandungi vokal [a] akan
menjadi [o] dalam dialek Kelantan. Contoh perkataan yang suku katanya bertukar dari vokal [a]
menjadi vokal [o] ialah [elak] [elok], [etak] [etok]. Sesetengah perkataan yang suku kata
awalmya mengandungi vokal [o] ditukar kepada vokal [u] dalam sebutan Kelantan. Perkataan
baku yang diakhiri dengan vokal [a] akan diubah menjadi vokal [o] seperti perkataan [ela] [elo]
dan [meja] [mejo]. Sesetengah perkataan baku yang mengandungi konsonan [s] dan [ng] akan
ditukar kepada konsonan [h]. Antara perkataannya adalah [kes] [keh] dan [engsel] [ehsel].


14

7.3 Vokal depan sempit [a]

Penyebutannya :
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
Ketua Ketuo
Kuda Kudo
Lada Lado
Apa Apo
Bahasa Bahaso
Mata Mato
Teka Teko
guna Guno
gila Gilo

Rajah di atas menunjukkan penggunaan vokal [a ] pada akhir kata bahasa Melayu
standard mempunyai kesejajaran dengan penggunaan vokal [o] dalam subdialek.

Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
Ombak Ombok
Malas Malah
muntah Muntoh
emak Emok
gajah Gajoh
galah Galoh
kalah Kaloh

15

Rajah di atas menjelaskan vokal [a] yang mempunyai suku kata tertutup mempunyai
kesejajaran dengan vokal [o] yang mempunyai hentian glotis dalam sebutan bahasa Melayu
standard seperti konsonan [h] dan [k].

Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
Tongkat Tokak
siap Siak
lipat Lipak
lewat Lewak
liwat Liwak
dapat Dapak

Perkataan dalam sebutan standard yang berakhir dengan konsonan [t] dan [p] mempunyai
kesejajaran dengan konsonan [k] dalam sebutan subdialek Kelantan.

Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
Tumbang Tumbe
Ikan Ike
Badan Bade
Makan Make
masam Mase
hitam Ite

Penggunaan vokal [a] yang dikuti dengan konsonan [n], [m] dan [ng] dalam suku kata
tertutup menukarkannya menjadi vokal [e] pada hijung perkataan dalam subdialek Kelantan.



16

7.4 Vokal tengah [ ]

Penyebutannya :
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
Empat Pat
satu So
Pedas Pedah
das Dah
perut Perot
beruk Berok
buruk Burok
ketupat Tupak
kempis Kepek
Jadual 4 : penyebutan perkataan yang mengandungi vokal tengah
Rajah di atas menunjukkan perubahan penggunaan vokal tengah dalam subdialek
Kelantan. Perkataan standard yang mempunyai vokal tengah konsonan [m] dan [t] akan
mengalami penyingkiran suku kata awal perkataan seperti [empat] menjadi [pat] dan [satu]
menjadi [so].manakala perkataan yang mempunyai vokal tengah [d] dalam sebutan standard dan
dengan syarat mempunyai konsonan [s] di akhir perkataan akan bertukar menjadi kosonan [h]
pada akhir perkataan iaitu hentian glotis seperti perkataan [pedas] menjadi [pedah] dan perkataan
[das] menjadi [dah]. Seterusnya,perkataan standard yang mempunyai vokal tengah konsonan [r]
akan mengubah vokal [u] selepas konsonan [r] menjadi vokal [o] seperti [perut] menjadi [perot],
[buruk] menjadi [burok] dan perkataan [beruk] menjadi [berok]. Selain itu,terdapat juga
sesetengah perkataan standard yang mempunyai vokal tengah [t] dan [p] diubah terus daripada
perkataan asal seperti [ketupat] menjadi [kupat] dan perkataan [kempis] menjadi [kepek].


17

7.5 Vokal belakang sempit [u]

Penyebutannya :
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ular Ula
juga Jugo
Dua Duo
salur Salo
ukur Uko
Perut Perot
Ikut Ikot
Ulam Ule
Udang Ude
Hutan Ute
Hujan Uje
Jadual 5 : Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang sempit


Dalam dialek Kelantan terdapat juga penggunaan vokal belakang sempit [u]. Penggunaan
vokal [u] pada awal suku kata dalam bahasa melayu stardard seperti perkataan [ular] dan disebut
[ula] dalam dialek Kelantan yang mengugurkan konsonan belakang tertutup. Sesetengah
perkataan melayu stardard yang mempunyai vokal[o] pada awal suku kata akan menukurkan
vokal [a] dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal [o] seperti
perkataan [duo] dan [jugo] seperti yang terdapat dalam jadual di atas. Vokal [o] pada suku kata
akhir yang mempunyai konsonan [r] dalam sebutan bahasa melayu baku digugurkan dalam
dialek Kelantan. Antara perkataan yang digugurkan konsonan [r] dalam dialek Kelantan ilah
[salur] menjadi [salo] dan [ukur] menjadi [uko]. Sesetengah perkataan dalam bahasa melayu
baku yang suku kata akhirnya mempunyai vokal [u] ditukar menjadi vokal [o] dengan syarat
konsonan akhir tertutup ialah konsonan [t]. Contohnya perkataan [perut] ditukarkan [perot] dan
[ikut] menjadi [ikot]. Seterusnya,sesetengah perkataan bahasa melayu baku yang suku kata
awalnya bermula dengan vokal [u] ditukarkan kepada vokal [e] dengan syarat suku kata akhir
18

tertutupnya adalah konsonan [m], [n] dan [ng]. Hal ini dapat dilihat pada perkataan [udang ]
ditukar menjadi [ude] dan [ulam] [ule]. Perkataan bahasa melayu baku yang suku kata awalnya
dimulakan dengan konsonan [h] akan digugurkan dalam dialek Kelantan sepertinya [hutan]
kepada [ute] dan [hujan] kepada [uje].

19

7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

Penyebutannya :
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ombak ombok
ekor Eko
tolong Tulo
polis poleh
Boleh buleh
Tongkat Tukak
Jadual 6 : Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang separuh
sempit

Rajah di atas menujukkan penggunaan vokal belakang separuh sempit [o] dalam dielek
Kelantan. Vokal [a] yang terdapat pada suku kata akhir sesuatu perkataan akan ditukar menjadi
vokal [o] dalam sebutan dielek Kelantan seperti [ombak] ditukarkan , mejadi [ombok]. Terdapat
juga sesetengah perkataan dalam bahasa standard yang mempunyai vokal [o] pada suku kata
akhir perkataan mengugurkan konsonan akhir yang tertutup seperti konsonan [r] dan [ng] seperti
[ekor] menjadi [eko] dan [tolong] disebut [tulo]. Penggunaan vokal [o] pada awal suku kata
dalam bahasa melayu baku ditukarkan kepada vokal [u] dalam sebutan dialek Kelantan. Hal ini
dapat dilihat pada perkataan [boleh] disebut [buleh] dalam dialek Kelantan dan perkataan
[tongkak] ditukar menjadi [tukak]. Sesetengah perkataan bahasa Melayu baku yang
mengandungi vokal [o] pada awal suku kata menukarkan vokal [i] pada suku kata akhir kepada
vokal [e] dan mengekalkan kosonanan tertutup seperti [h] seperti perkataan [polis] disebut
[poleh] dalam dielek Kelantan.

20

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Kesimpulannya, dapat dibuktikan bahawa wujud persamaan dan perbezaan penyebutan
vokal-vokal bahasa melayu mengikut sebutan baku dan mengikut sebutan dialek negeri
Kelantan. Perbezaan itu melibatkan vokal-vokal seperti vokal depan sempit, vokal
separuh sempit, vokal depan luas, vokal luas, vokal tengah, vokal belakang sempit dan
vokal belakang separuh sempit dalam kedudukan yang berbeza iaitu pada awal, tengah
dan akhir perkataan sehingga menghasilkan bunyi sebutan yang berbeza. Vokal pepet e
dan a merupakan vokal kardinal primer, sedangkan vokal-vokal yang lain merupakan
vokal kardinal sekunder. Untuk kemudahan percetakan, vokal-vokal kardinal sekunder
itu selanjutnya tidak diberi lambing khusus. Penyebutan vokal-vokal i,e,u, dan o dalam
lingkungan-lingkungan yang terizin oleh sistem fonologi dialek Kelantan tidak banyak
bezanya dengan yang terdapat dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, kecuali
adanya ciri kardinal sekunder pada sifat kardinal vokal-vokal berkenaan di mana relevan.
Ini bermakna, dialek Kelantan memperlihatkan keseragaman yang agak tinggi, khususnya
dari segi fonologi.
21

9.0 PENUTUP
Hasil kajian diatas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Negeri Kelantan
merupakan suatu variasi bahaasa yang unik. Sebenarnya, setiap dialek mempunyai ciri
ciri keunikkannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin bahasa yang
menarik untuk dikaji. Pelbagai kajian perlu dijalankan, misalnya dalam aspek penyebutan
difton dan konsanan konsanan tertentu, buakan sahaja dalam dialek Negeri Kelantan,
tetapi juga dalam dialek dialek lain. Penyelidik berharap agar kajian yang seperti ini
akan diteruskan.

22

10.0 RUJUKAN

23

11.0 LAMPIRAN

You might also like