You are on page 1of 17

1

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
UNIT SAINS (FIZIK)









ENCIK LAU PEE CHOONG
SMK SUNGAI TIANG, 06750 PENDANG, KEDAH
TEMPAT : PPD KUALA MUDA YAN
TARIKH : 19 JUN 2014

2

1 PENDAHULUAN
Fizik merupakan salah satu cabang dalam bidang sains yang memainkan peranan penting
dalam proses ketamadunan manusia sejagat. Kita perlu berterima kasih di atas pengorbanan
tokoh-tokoh fizik yang telah banyak mengorbankan tenaga dan masa dalam usaha untuk
mencari penyelesaian dan penemuan satu-satu teori atau hukum fizik yang membawa kepada
keselesaan hidup manusia dan terbentuknya tamadun manusia yang membanggakan.

2 MASALAH UMUM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FIZIK DI
KALANGAN PELAJAR
Dalam mentaliti pelajar secara umum, fizik sering dianggap sebagai satu subjek yang sukar dan
subjek pembunuh kerana konsep-konsepnya yang abstrak, simbol-simbol yang pelik,
persamaan-persamaan matematik yang memeningkan dan sebagainya. Tanggpan negatif ini
sedikit sebanyak akan menjejaskan minat mereka terhadap subjek fizik. Malahan ada pelajar
yang akan meninggalkan aliran sains semata-mata kerana hendak mengelakkan subjek fizik
manakala sebahagian akan terus dengan TANPA HALUAN sehinggalah ke dewan
peperiksaan.
(a) Ketidak-sinambungan di antara konsep lama dan konsep baru menyebabkan berlakunya
kecelaruan sehingga konsep baru tidak dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif
dengan secara berkesan

(b) Kewujudan miskonsepsi

(c) Kelemahan pelajar dalam matematik menyebabkan pelajar tidak pandai menganalisis
suatu permasalahan melalui rumus atau formula fizik (lemah kemahiran analitikal)

(d) Kesukaran dalam menerangkan sesuatu konsep fizik supaya dapat difahami sepenuhnya
oleh pelajar

(e) Pelajar tidak pandai mengolah jawapan yang dapat memenuhi selera peraturan
permarkahan

3

TAKSONOMI BLOOM


3 MISKONSEPSI
- PRA KONSEPSI
- KONSEPSI NAIF
- SAINS KANAK-KANAK
- KERANGKA ALTERNATIF
Dalam konteks KONSTRUKTIVISME, setiap individu dianggap berkemampuan membina
pengetahuan baru mengikut persepsi dan tafsiran sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Namun begitu, ada kalanya pengetahuan baru yang dibina itu adalah salah dan bercanggah
dengan pengetahuan teori sebenar.


4

3.1 JENIS-JENIS MISKONSEPSI

MISKONSEPSI BERDASARKAN FENOMENOLOGI
Menggunakan konsep yang salah untuk mentafsir sesuatu kejadian/peristiwa/fenomena.
Biasanya berdasarkan pemerhatian semata-mata.
MISKONSEPSI BERDASARKAN KOSA KATA
Tafsiran berbeza yang berpunca daripada pengalaman yang terhad dalam pengertian
kosa kata/perbendaharaan mengikut konteks sendiri
CARTA ALIR AKOMODASI MISKONSEPSI








Ada
Miskonsepsi ?
?
Tidak
Remedi/Akomodasi
melalui aktiviti
Ya
Peneguhan konsep baru
melalui aktiviti hands-
on/minds-on
Mula p&p / konsep baru
p&p
tamat
Pra -mula p&p
5

CONTOH 1: MISKONSEPSI KOSA KATA
Kebanyakan pelajar akan mengerti kosa
kata pecut mengikut konteks umum.
Contohnya Sebuah kereta sedang
memecut di jalan raya. Pecut ditafsirkan
sebagai bergerak.

CONTOH 2 : MISKONSEPSI KOSA KATA
Dalam konteks umum, pengalaman
memberitahu pelajar bahawa unit dalam
menimbang sukat berat ialah kg.
Contohnya, berat badan Ali ialah 65 kg.
Dalam konteks saintifik, jisim membawa
pengertian yang berbeza dengan berat
kerana ia merujuk kepada kuantiti jirim
dalam suatu bahan dan SI unitnya ialah kg.
Oleh kerana penggunaan unit yang sama ,
maka telah menimbulkan kekeliruan di
kalangan pelajar sehinggakan terdapat
sesetengah pelajar mengerti jisim dan
berat sebagai konsep yang sama.

CONTOH 3 : MISKONSEPSI
FENOMENOLOGI & KOSA KATA
Angin kencang telah menerbangkan
bumbung rumah kerana kekuatan angin
telah melonggarkan paku-paku pada
kepingan zink dan seterusnya meniup
kepingan zink itu berterbangan .

CONTOH 4 : MISKONSEPSI
FENOMENOLOGI
Sebuah blok kayu 100 g diletakkan di dalam
air, blok kayu tersebut terapung di atas
permukaan air. Sebuah blok besi 1 kg
diletakkan di dalam air, blok besi tenggelam
ke dalam air. Blok kayu terapung kerana
ia lebih ringan manakala blok besi
tenggelam kerana ia lebih berat.

CONTOH 5 : MISKONSEPSI
FENOMENOLOGI


Daya apungan di Rajah (a) >Daya
apungan di Rajah (b)






6

CONTOH 6 : MISKONSEPSI
Sebuah pesawat sedang terbang
pada suatu altitud tertentu

F > R : Memecut ke kiri
R > F : Memecut ke kanan????

CONTOh 7 : MISKONSEPSI
FENOMENOLOGI


Ketinggian pokok di Rajah (a) > Ketinggian
pokok di Rajah (b)



CONTOH 8 : MISKONSEPSI KOSA KATA


Panjang gelombang di Rajah (a) <
Panjang gelombang di Rajah (b)


CONTOH 9 : MISKONSEPSI

Bahan elemen pemanas adalah
berintangan lebih kecil supaya arus lebih
besar




CONTOH 10 : MISKONSEPSI


Yang mana ialah motor?????
Yang mana ialah penjana arus???????
Tangan kiri Fleming????
Tangan kanan Fleming????


7
MISKONSEPSI


Yang mana ialah penjana arus???????
CONTOH 11 : MISKONSEPSI

Halaju objek di kedudukan Y dalam
Rajah(a) > halaju objek di kedudukan Y
dalam Rajah (b)

CONTOH 12 : MISKONSEPSI


KERANA A
X
> A
Y





11 : MISKONSEPSI

bjek di kedudukan Y dalam
(a) > halaju objek di kedudukan Y
CONTOH 12 : MISKONSEPSI


8

3.2 MEMBETULKAN MISKONSEPSI
- AKTIVITI MINDS-ON
- AKTIVITI HANDS-ON
Aktiviti minds-on merupakan aktiviti
berupa penerangan, pembuktian secara
teori, penghuraian, pemberian contoh-
contoh yang konkrit dan sebagainya
untuk membuktikan kesalahan
pengetahuan sedia ada/meyakinkan
pelajar tentang pengetahuan konsep
saintifik supaya dapat diasimilasikan ke
dalam struktur kognitif.

Aktiviti hands-on merupakan aktiviti
yang berupa eksperimen, aktiviti-aktiviti
makmal, demonstrasi dan sebagainya
untuk membuktikan kesalahan
pengetahuan sedia ada /meyakinkan
pelajar tentang pengetahuan konsep
saintifik supaya dapat diasimilasikan ke
dalam struktur kognitif.
Mekanisme pembetulan tersebut dikenali
sebagai akomodasi

4 KEMAHIRAN ANALITIKAL
KEBOLEHAN MEMBUAT KUPASAN
SECARA KUANTITATIF ATAU
KUALITATIF TERHADAP SESUATU
PERMASALAHAN BERBANTUKAN
PENGETAHUAN TEORI, KONSEP
SAINTIFIK DAN RUMUS SAINTIFIK




CONTOH 1 : KEMAHIRAN ANALITIKAL

Apa akan berlaku kepada pecutan troli di
Rajah (b)?

CONTOH 2 : KEMAHIRAN ANALITIKAL


Apa akan berlaku kepada d, jika spring
dalam Rajah (a) digantikan dengan
spring baru yang sama panjang tetapi
dengan diameter dawai spring yang lebih
besar? Terangkan jawapan anda



9

CONTOH 3 : KEMAHIRAN ANALITIKAL


Bandingkan ketumpatan cecair X dan
ketumpatan cecair Y.

CONTOH 4 : KEMAHIRAN ANALITIKAL

Apa akan berlaku kepada bacaan tolok
Bourdon selepas bola didedahkan
kepada matahari untuk beberapa jam?
Terangkan jawapan anda.



CONTOH 5 : KEMAHIRAN ANALITIKAL


Apa akan berlaku kepada :
(i) jarak imej
(ii) saiz imej
jika kanta cembung yang sedia ada di
Rajah (a) digantikan dengan sebuah
kanta cembung yang lebih tebal seperti
di Rajah (b) .

CONTOH 6 : KEMAHIRAN ANALITIKAL



10

CONTOH 7 : KEMAHIRAN ANALITIKAL
Suhu awal minyak masak dan suhu awal air
ialah 25
O
C. Kedua-duanya dipanaskan
dengan kadar yang sama untuk selama 30
minit dan masing-masing mencapai suhu
akhir seperti ditunjukkan dalam rajah di
bawah. [ Anggap tiada kehilangan haba ke
persekitaran]
Mengapa suhu akhir minyak lebih tinggi
daripada suhu akhir air selepas 30 minit?


CONTOH 8 : KEMAHIRAN ANALITIKAL


bilangan lilitan gegelung sekunder, N
S
>
bilangan lilitan gegelung primer, N
P

Mengapa transformer injak naik??????
5 MENGOLAH JAWAPAN YANG
MEMENUHI SELERA PERATURAN
PERMARKAHAN
SENARIO PERMARKAHAN
i. Jawapan ringkas, padat, tepat
ii. Markah penalti ke atas poin / fakta
yang kontradik
iii. Ejaan nama konsep/prinsip/hukum
fizik WAJIB BETUL
iv. Jawapan akhir untuk soalan kiraan
tidak boleh dibiarkan dalam bentuk
pecahan, perlu diperbetulkan
kepada sekurang-kurangnya 3 atau
4 angka bererti
v. Unit wajib betul
vi. Jawapan tidak boleh berunsurkan
spekulasi
vii. Bahagian C (Membuat keputusan,
buat pilihan) : Tidak boleh menjawab
dalam beberapa versi dengan
harapan versi jawapan yang betul
sahaja akan disemak
viii. Rangkai kata lebih kurang, lebih
sedikit dalam pembandingan/mana-
mana bahagian jawapan adalah
dilarang sama sekali
ix. Jawapan kepada soalan Apakah
yang dimaksudkan dengan ..
mesti menjurus kepada maksud akar
umbi, BUKAN MENULIS
FORMULA
x. Calon boleh menjawab semua
soalan dalam Bahagian B dan
Bahagian C, markah tertinggi akan
diambilkira
xi. Semak secara bebas dalam
Bahagian B dan Bahagian C
xii. Boleh menggunakan simbol
matematik >, < untuk
membanding kuantiti fizik dan
pengolahan jawapan

11

KONFIGURASI ARAS KOGNITIF DAN KEMAHIRAN DALAM KERTAS 2 (B / C)
ARAS KOGNITF/KEMAHIRAN TABURAN MARKAH
PENGETAHUAN 1
MENGKONSEPSI DAN HUBUNGKAIT 4/5
APLIKASI 5
KEFAHAMAN 4
MENYELESAIKAN MASALAH 10

1.PENGETAHUAN
- Apakah yang dimaksudkan dengan .....................
- Nyatakan prinsip/hukum.
2.MENGKONSEPSI DAN HUBUNGKAIT
- Bandingkan ......................
- Hubungkaitkan ..................
- Deduksikan konsep fizik/prinsip fizik/hukum fizik
3.APLIKASI
-Hitungkan ........
(i) rintangan berkesan.......
(ii) jumlah arus

4.KEFAHAMAN
-Terangkan .....................

5. MENYELESAIKAN MASALAH
- Cadang dan terangkan modifikasi berdasarkan aspek-aspek berikut :

6. MEMBUAT KEPUTUSAN
Berdasarkan spesifikasi dalam jadual, terangkan kesesuaian dari aspek-aspek ...................
Pilih satu kaedah yang paling baik. Justifkasikan pilihan anda.

12






BIL KATA/RANGKAI KATA
ARAHAN
TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT/CONTOH



1


Apakah yang dimaksudkan
dengan .
Nyatakan maksud bagi

(a) Memberi pernyataan formal berkenaan maksud
sesuatu konsep atau kuantiti.
(b) FORMULA DITOLAK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Apakah yang dimaksudkan dengan haba pendam
tentu pengewapan?
Apakah yang dimaksudkan dengan daya impuls?



2



Namakan

Memberi nama kepada prinsip/hukum/fenomena/kejadian
yang berkenaan

(a) Namakan fenomena di atas.
(b) Namakan prinsip yang terlibat
(c) Namakan hukum yang terlibat
(d) Namakan konsep fizik yang berkenaan


3


Nyatakan
Memberikan fakta tanpa memberi sebarang penjelasan

(a) Nyatakan faktor yang mempengaruhi inersia.
(b) Nyatakan prinsip keabadian momentum.
(c) Nyatakan Hukum Charles
4 Kelaskan
Kelasifikasikan.
Mengumpulkan maklumat yang diberi mengikut ciri-ciri
pengelasan yang berkenaan


5


Bandingkan

Memberi kesamaan atau perbezaan di antara dua situasi
yang berkenaan.

i. Kuantiti fizik (> , <, =)
ii. Kuantiti bukan fizik (guna ayat dan kata penghubung
tetapi)
iii. Jadual



6



Terangkan/Jelaskan..

Mengkehendaki calon menggunakan teori untuk memberi
maklumat secara terperinci atau alasan mengikut konteks
satu-satu soalan.

(a) Terangkan mengapa atelit lompat tinggi yang
mendarat di atas tilam yang lembut akan tidak
mengalami kecederaan.



7



Cadangkan

Calon menggunakan pengetahuan teori untuk menyarankan
sesuatu idea.

(a) Cadangkan satu kaedah untuk mengelakkan pasu
bunga daripada pecah sewaktu dalam pengangkutan
jarak jauh.

13

BIL KATA/RANGKAI KATA
ARAHAN
TINDAKAN YANG PERLU
DIBUAT/CONTOH


8


Deduksikan..
Tuliskan deduksi
Calon perlu menghasilkan jawapan
melalui hubungan logik di antara
maklumat yang diberi
Membuat
generalisasi/kesimpulan/menyimpu
lkan satu-satu konsep berdasarkan
pemerhatian
9 Justifikasikan
Berikan alasan
untuk..

Memberikan sebab-sebab berkenaan atas
sesuatu pilihan yang dibuat





10





Hubungkaitkan ..
Tuliskan hubungan

Calon perlu menyatakan hubungan di
antara dua kuantiti fizik dalam bentuk :

i. Semakin bertambah ., semakin
bertambah ..
ii. Semakin bertambah ., semakin
berkurang .
iii. Semakin berkurang ., semakin
bertambah ..
iv. Semakin berkurang ., semakin
bertambah .

Hubungkait juga boleh melibatkan
kuantiti bukan fizik :
- Spring-spring yang disusun secara
sesiri adalah lebih lembut
- Perintang-perintang yang disambug
secara selari menghasilkan rintangan
berkesan yang lebih kecil


11

Kira..
Hitung

Calon perlu menggunakan
formula/anggapan /maklumat tertentu
untuk mendapatkan jawapan melalui
kiraan.

(i) Menulis formula/menyatakan
anggapan
(ii) Penggantian yang betul
(iii) Jawapan akhir dengan unit
yang betul




14

CONTOH 1 : Q9 SPM 2012



15









16

CONTOH 2 : Q11 SPM 2012


17

You might also like