You are on page 1of 12

AJ 30903 PENGURUSAN SUMBER

WARI SAN :
Tapak Warisan Dunia Kemboja (Cambodia)



NAMA : MOHAMAD HAFIZ BIN RIDUAN
NO.MATRIK : BA12110192
PENSYARAH : EN. BASZLEY BEE
TUTOR : EN. LISON
MASA/HARI TUTORIAL : 3.00-4.00 (BTG 3) / RABU

PENGENALAN
Kajian mengenai warisan dunia merupakan satu perkara penting pada hari.
Pengetahuan tentang warisan dunia telah memberikan kita gambaran tentang sesebuah
kebudayaan, ketamadunan serta etnik sesebuah negara. Disamping memberi maklumat dan
pengetahuan yang berguna, warisan sesebuah negara turut melambangkan ikon negara
sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan serta dikongsikan dengan dunia.
Kemboja atau dikenali sebagai kampuchea dalam bahasa sanskrit kambuja merupakan
sebuah negara asal tertubuhnya empayar Khmer pada suatu ketika dahulu.
Kemboja mempunyai 2 tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu Angkor Wat
dan Kuil Preah Vihear.

TAPAK WARISAN ANGKOR WAT

Info Ringkas
Merupakan salah satu tapak warisan dunia yang terpenting di Asia Tenggara.
Berkeluasan 400km2 (hutan dan tapak Arkeologi).
Memiliki ciri-ciri geografi yang unik seperti strukturnya yang hidraulik (lembangan,
benteng, takungan dan terusan) serta terdapat puluhan kuil di kawasan sekitarnya.
Keunikan seni empayar Khmer berkembang dan mengalami evolusi daripada adaptasi
keseniaan India sehingga berjaya membentuk kesenian sendiri yang memiliki ciri serta
keistimewaan tersendiri.

Keistimewaan Tapak Angkor. (PENGIKTIRAFAN UNESCO)

UNESCO melakukan pemilihan Angkor berdasarkan beberapa kriteria, antaranya :

i) Angkor memiliki keunikan dalam pencapaian kesenian dan memperlihatkan karya
yang agung, kreatif dan genius.
ii) Ia telah memberi pengaruh yang besar dalam sejarah, budaya dunia, dan juga
memperlihatkan perkembangan dalam bidang seni bina, serta monumental seni, dan
landskap yang maju di Asia Tenggara.
iii) Ia membuktikan ketamadunan agung yang telah lama hilang.
iv) Ia memaparkan kesenian arkitek yang tinggi nilainya dan memaparkan satu
kesignifikasian evolusi dalam sejarah.
(UNESCO 1993:22)








Isu-Isu
ISU MASALAH HURAIAN
PENGURUSAN
TAPAK.
I. PERSAINGAN KUASA
DALAM PENGURUSAN
SERTA PENGAWALAN
TAPAK ANGKOR.
Apabila sesebuah tapak warisan dicalonkan
dalam senarai tapak warisan dunia, sebuah
badan pentadbir atau pengurusan sudah mula
dibentuk sebelum berlakunya proses
pencalonan. (tidak berlaku dengan sepatutnya).
Membelakangkan institusi pengurusan sedia
ada iaitu Angkor Conservation Office (ACO)
yang diletakkan di bawah kementerian
kesenian dan budaya Kemboja.
Menimbulkan kekecohan dalam
pertembungan autoriti di antara ahli-ahli
jawatankuasa APSARA dan ACO.
Terdapat persaingan kuasa yang turut
berlaku diantara APSARA dan wakil UNESCO
di Kemboja dalam pengurusan tapak
Angkor, perkara ini kemudiannya membawa
kepada pembubaran ahli asal di pejabat
rasmi UNESCO.
Persaingan kuasa turut berlaku di antara
APSARA dan kementerian pengangkutan
dan kerja awam Kemboja, perkara yang
menjadi isu adalah pemberian permit
pembinaan hotel di kawasan zon
perlindungan.
II. PERSAINGAN DALAM
PEMILIKAN
Pada awal 1990, usaha APSARA dalam
melakukan operasi untuk melindungi serta
memulihara monumen dan tapak warisan
Angkor telah menyebabkan masyarakat
tempatan tidak mengutarakan sebarang isu
tentang hak-hak terhadap tapak warisan.
Ketegangan antara pihak berkuasa dan
masyarakat tempatan.
Polis warisan umpamanya telah
mengutarakan bahawa Angkor adalah hak
milik negara dan dunia, bukannya hanya
terhad kepada individu yang tinggal di
kawasan sekitarnya.
Persaingan pemilikan tapak Angkor turut
menjadi isu di antara negara Thailand dan
Kemboja.
Pada Januari 2003, akhbar Kemboja pernah
mengeluarkan kenyataan bahawa Suvanant
Kongying (pelakon Thailand) telah
mengatakan bahawa Cambodia had stolen
Angkor Wat, kecuali Angkor Wat
dikembalikan kepada Thailand, beliau tidak
akan melawat Kemboja.
Pejabat kedutaan Thailand di Phnom Penh
yang baru sahaja dibina telah dimusnahkan,
terdapat juga beberapa gudang-gudang
perniagaan Thailand yang di buka di
Kemboja telah dimusnahkan.
Warganegara Thailand telah melakukan
demonstrasi besar-besaran di hadapan
kedutaan Kemboja di Hong Kong.
III. MASALAH DALAMAN
(RASUAH,
KETIDAKADILAN, DAN
PERAS UGUT)

Dalam sesetengah kes, terdapat beberapa
aduan daripada penduduk kampung yang
menyatakan telah ditipu dan di peras ugut
oleh ahli APSARA.
Rasuah dan ketidakadilan ahli APSARA
telah dialami oleh para penduduk
kampung dalam pentadbiran APSARA
terutamanya terhadap sekatan
pembinaan.
Salah satu daripada penduduk kampung
telah menyatakan bahawa sesiapa yang
ingin membina rumah di kawasan zon
perlindungan Angkor, perlu membayar
USD 3,000 kepada pihak APASARA dan
tawaran yang rendah tidak akan
diterima.
PEMBANGUNAN
EKONOMI
I. KETIDAKSTABILAN
PEMBANGUNAN
EKONOMI DAN
PENDAPATAN
PERKAPITA KAWASAN
SIEM REAP-ANGKOR

Menurut laporan ICC pada tahun 2005, jumlah
pendapatan negara berasaskan pelancongan
telah mencatat US$1,078 juta yang merangkumi
10 peratus daripada GDP
1
dan pada tahun 2007
pula, jumlah kedatangan pelancong asing ke
Siem Reap-Angkor telah mencatatkan hampir 2
juta.
Walaupun pembangunan sektor
pelancongan telah membawa kepada
peningkatan ekonomi yang tidak terhingga
kepada Kemboja khususnya melalui Siem
Reap-Angkor, namun apa yang berlaku
adalah Siem Reap masih terletak dalam
senarai ketiga kawasan termiskin di Kemboja
dan hampir 52 peratus keluarga
disenaraikan dalam kategori miskin tegar.
II. SEKATAN DALAM
AKTIVITI SOSIO-
EKONOMI
TRADISIONAL.
Sejak tahun 2000 apabila UNESCO mula
melakukan beberapa aktiviti pemuliharaan tapak
warisan Angkor, segala amalan tradisi sosio-

1
ICC (International Coordinating Committee for the Safeguarding and Development of the
Historic Site of Angkor), Fifteenth technical committee, Phnom Penh : ICC-UNESCO,
2006a, hlm.106.

ekonomi di kawasan tersebut telah disekat
antaranya aktiviti memburu, membersihkan
hutan, membina rumah baru, membiarkan
haiwan ternakan berkeliaran dan lain-lain.
Polis warisan yang mengenakan bayaran
terhadap aktiviti penjaja di kawasan Siem Reap-
Angkor ini telah mengundang lagi ketegangan
diantara pihak tempatan dan APSARA.
Terdapat juga penjaga kuil yang berkeliaran di
kawasan Angkor telah dihalau.
SOSIAL I. PERTAMBAHAN
POPULASI KAWASAN
SIEM REAP-ANGKOR.
Pada Julai 2006, satu persidangan mengenai
pengurusan tapak Angkor telah diadakan di
Universiti Sydney. Dalam persidangan ini,
APSARA telah mengutarakan kebimbangan
terhadap kadar peningkatan populasi di
kawasan perkampungan Siem Reap-Angkor
fenomena ini telah memberi ancaman
terhadap kebudayaan dan ekosistem
persekitaran tapak Angkor serta turut
memberi kesan terhadap penduduk asal
I. MASALAH ZON DAN
SEKATAN

Masalah dalam pengezonan dan sekatan yang
dilakukan oleh pihak berkuasa di kawasan Siem
Reap-Angkor telah dirasai oleh penduduk
tempatan sejak 2005.
Ramai penduduk kampung tempatan
khususnya tidak menyedari dan tidak tahu
tentang zon yang mana kampung mereka
terletak.
Papan tanda yang didirikan tidak memberi
penanda secara jelas dan perkara ini telah
menjadi isu apabila terdapat beberapa
penduduk tempatan yang telah didakwa
melakukan jenayah/kesalahan tanpa
mengetahui sekatan-sekatan yang di
lakukan oleh APSARA.
I. PENGGUNAAN TANAH
DAN PROSES
URBANISASI

Dalam kerangka baru institusi APSARA, proses
perhubungan yang berlaku antara APSARA
dengan penduduk adalah agak sukar. Perkara ini
berlaku disebabkan kepelbagaian Jabatan dan
perlaksanaan dasar serta strategi adalah tidak
jelas terhadap penduduk kampung.
banyak berlakunya aduan bahawa setiap
jabatan dalam pengaruh kuasa APSARA
mempunyai pelaksanaan undang-undang
yang berbeza dan dasar serta strategi yang
dilaksanakan APSARA adalah tidak jelas.
Dalam pembinaan infrastruktur di kawasan
perumahan pula, APSARA telah
melaksanakan undang-undang yang amat
ketat, oleh itu dalam beberapa hal jika
seseorang membina satu infrastruktur tanpa
adanya kebenaran, ianya akan dimusnahkan
tanpa sebarang notis.











2. KUIL PREAH VIHEAR

Info Ringkas
kuil Preah Vihear ini terletak di atas cenuram setinggi 525-meter di pergunungan
Dangrek wilayah Preah Vihear, Kemboja dan berhampiran dengan sempadan Thailand
moden pada hari ini
kuil Preah Vihear dibina semasa pemerintahan ke-tujuh monarki Khmer.
Istilah Prasat Preah Vihear membawa maksud Biara Suci dan merupakan tempat
beribadah semasa era kegemilangan Angkor.
Pada asalnya pembinaan kuil ini adalah didedikasikan kepada Dewa Shiva dalam agama
Hindu, oleh itu ramai penganut agama Hindu dari seluruh empayar Khmer akan datang
ke kuil ini untuk meminta rahmat Dewa Shiva.

Keistimewaan Tapak Angkor. (PENGIKTIRAFAN UNESCO & ICOMOS)
Pembinaanya lebih berunsurkan landskap alam semulajadi dan ia turut memperlihatkan
ciri-ciri struktur yang unik terutamanya penggunaan kayu dan bumbung jubin.
Analisis yang dilakukan oleh ICOMOS mendapati bahawa terdapat satu ikatan yang kuat
antara landskap, kerohanian dan alam semulajadi dalam pembinaanya sama sepertu
Mont-Sain-Michel (Perancis) atau Meteora (Greece).
melambangkan kekuatan diantara agama dan dunia yang diterapkan dalam seni bina
berunsurkan alam semulajadi.
kuil ini mempunyai 800 paksi satah yang dibina di sepanjang gopuras (menara pintu
masuk) dan sepanjang jalan menuju ke kuil.
bangunan yang di bina di bahagian hadapan juga adalah lebih besar daripada biaranya
dan terdapat juga penggunaan bahan-bahan binaan yang ringan seperti kayu bumbung
berjubin.






Isu-Isu
ISU MASALAH HURAIAN
ISU KESELAMATAN,
SEMPADAN, KUASA
DAN POLITIK
I. PEREBUTAN
TAPAK WARISAN
KUIL PREAH
VIHEAR.

Satu-satunya isu yang berlaku di tapak Preah Vihear
dan paling popular di mata dunia adalah perebutan
kuil tersebut di antara pihak Thailand dan Kemboja.
Keputusan UNESCO untuk menjadikan tapak kuil
Preah Vihear sebagai salah satu warisan dunia
bermula semasa persidangan di Quebec pada
tahun 2008. Namun dalam persidangan
tersebut, pihak Thailand telah melakukan
bantahan terhadap pemilihan tersebut
(walaupun perjanjian telah ditandatangani di
antara menteri luar Thailand dengan pihak
Kemboja untuk memberikan kuil Preah Vihear
kepada Kemboja).
Kesan daripada pertelingkahan ini, telah
mewujudkan semula pertelingkahan sempadan
dan kedua-dua pihak telah meletakkan tentera
masing-masing untuk berkawal di kuil Preah
Vihear.
para pelancong yang ingin melakukan lawatan
ke Kemboja telah diberi amaran, oleh itu
persidangan jawatankuasa warisan dunia di
Brasilia pada musim panas 2010 telah bersetuju
untuk menangguhkan pemilihan kuil Preah
Vihear sebagai warisan dunia sehingga 2011.
Namun proses perundangan yang mengambil
masa 3 tahun di antara kedua-belah pihak,
akhirnya persetujuan telah dicapai dan ICJ telah
mengistiharkan tapak kuil Preah Vihear adalah
milik Kemboja pada Julai 2011.
ANALISIS/KESIMPULAN

Melalui penelitian terhadap isu-isu warisan yang berlaku di Kemboja, adalah dapat dinilai
bahawa ikon warisan sesebuah negara banyak memainkan peranan dalam ketiga-tiga aspek
Politik, Sosial dan Ekonomi. Perjalanan proses dalam menjadikan tapak Angkor sebagai tapak
warisan dunia telah jelas memperlihatkan bagaimana setiap implementasi perundangan dan
pengurusannya, telah membawa kepada keterlibatan pihak-pihak yang berkepentingan serta
cabaran-cabaran baru dalam pengurusan warisan. Isu-isu yang timbul juga memberi pengkaji
gambaran tentang kepentingan kuasa politik dalam mewujudkan persaingan antara pihak
kerajaan dan badan-badan swasta. Oleh itu dalam pengurusan warisan, perkara yang terlibat
bukan sahaja usaha dalam memulihara tapak tersebut namun turut melibatkan persaingan bagi
memperoleh kepentingan masing-masing. Pengurusan tapak Angkor telah memberi banyak
pengajaran kepada UNESCO tentang impak sesuatu pelan pelaksanaan terhadap senario
pengurusan yang akan berlaku. Secara positifnya, isu perebutan kuil Preah Vihear pula
memperlihatkan bagaimana kuasa perundangan dunia berjaya mengatasi masalah geo-politik
yang berlaku diantara Kemboja dan Thailand, namun menilai impak negatifnya pula adalah
berlakunya ketegangan diantara kedua-dua buah negara untuk suatu tempoh yang panjang.















RUJUKAN

APSARA Authority. 2004. Reforestation project in Siem Reap Angkor region. Phnom Penh :
APSARA Authority ( Department of Water and Forestry).

APSARA Authority, Eco-village for sustainable developmen : Concept note of an ecological
human settlement. Phnom Penh : Run Ta-Ek. , 2008, hlm.233-245.

B.H.Schaublin. 2011. World Heritage Angkor and Beyong (Circumstances and Implication of
UNESCO Listing in Cambodia). Germany : University of Gottingen.

Chau Sun, Krya. 2006. Angkor sites, Cultural World Heritage. dalam Barbara T. Hoffman. Art
and Cultural Heritage : Law, policy, and practice. Cambridge : Cambridge University
Press.

David P. Chandler. 1992. History of Cambodia. Boulder : Westview Press.

Esposito, Adle and Sylvia Nam. 2008. Siem Reap : Urban development in the shadow of
Angkor. Los Angeles : Ghetty Conservation Institute.

ICOMOS. 1992.The Sacred Site of the Temple of Preah Vihear (Cambodia) No.1224. 1
September 1992. hlm.1-13.

ICC (International Coordinating Committee for the Safeguarding and Development of the
Historic Site of Angkor). 2006. Fifteenth technical committee, Phnom Penh : ICC-
UNESCO.

Khuon, Khun-Neay. 2006. Angkor : A living World Heritage Site kertas pembentangan bengkel
ICCROM-SPAFA. dalam Living Heritage: Empowering Community, Thailand : Phrae.
November 2006.

Lloyd, Georgina. 2009.The safeguarding of Intangible Cultural Heritage: Law and policy a case
in Angkor (Disertasi Ph.D.). University of Sydney.

Miura, Keiko. 2004. Contested heritage : People of Angkor (Disertasi Ph.D.). University of
London : School of Oriental and African Studies.

Phnom Penh Post. 2003. Mobs go berserk in anti-Thai frenzy : Thai embassy torched. 13
Febuari 2003

UNESCO. 1993. Safeguarding and development of Angkor (prepared for the Inter-Governmental
Conference on Angkor). Tokyo. October 1993.

ZEMP Expert Team. 1993. Zoning and environmental management plan for Angkor (Discussion
Draft, Chapter 4), Phnom Penh.

Angkor-UNESCO World Heritage dlm. http://whc.unesco.org/en/list/668, diakses pada
1/10/2014, 1.50 am.


APSARA History and Organization. dalam http://www.autoriteapsara.org/en/apsara/
about_apsara/history_organization.html. diakses pada 1/10/2014, 2.24 am.

Cambodia UNESCO World Heritage Sites dlm. http://allpointseast.com/blog/tour-
info/cambodia/cambodia-unesco-world-heritage-sites/. diakses pada 18/9/2014. 3.13
am.

Hing, Vutha and Tuot Sokphally. 2007. Pro-poor tourism : Siem Reap case stud. dalam CDRI
(Cambodia Development Resource Institute) : Pro-poor tourism in the greater Mekong
sub-region. Phnom Penh : CDRI.

ICJ (International Court of Justice). 2014. dalam Memorial of the government of the Kingdom of
Cambodia SectionB, Pleadings (Merits),
http://www.icjcij.org/docket/index.php?p1=3&p2=3&k=46&PHPSESSID=570ee917d8d0
8757a71ff78ec 171b54f&case=45&code =ct&p3=, diakses pada 1 Oktober 2014, jam
3.11.

UNESCO. 2014 Cambodia. http: // portal. unesco.org / geography/en/ev.php-
URL_ID=2395&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html, diakses pada 1 Oktober
2014.

You might also like