You are on page 1of 3

SJK C LI HWA

PERMATANG TENGAH,13000 BUTTERWORTH.


TEL: 04-3235470

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN


BIL 4/2013
Tarikh : 26 Okt 2013
Masa : 12:30 1:30 petang
Tempat : Bilik Guru
KEHADIRAN
1. Puan Tam Ley Hoon (Pengerusi)
2. Puan Tan Yen Shing ( Setiausaha)
3. Puan Lee Yet Yuen
TURUT HADIR
1. Encik Fam Wei Ee (Guru Besar)
AGENDA
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Perbincangan
5. Hal-hal lain
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dalam
mesyuarat ini.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Puan Tan Yen Shing bercadang mengesahkan minit mesyuarat.
2.2 Cadangan ini disokong oleh Puan Lee Yet Yuen.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Hasilan folio telah dikumpul dan diserahkan kepada ketua panitia.
3.2 PKBS akhir tahun telah dilaksanakan dan keputusan telah diperolehi.
3.3 Pada keseluruhannya, keputusan PKBS akhir tahun Kajian Tempatan agak tidak
memuaskan. Ini adalah disebabkan murid-murid tidak mementingkan matapelajaran ini
dan tidak membuat ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan.
4.0 PERBINCANGAN

4.1 Guru-guru digalakkan banyak menggunakan BBM dan bahan rujukan yang berguna
demi menarikkan minat pelajar semasa P&P dijalankan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
4.2 Guru KT hendak cuba meningkatkan prestasi matapelajaran ini dengan pelbagai
kaedah pengjaran yang berpusatkan murid dan berorentasikan aktiviti.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
4.3 Pertandingan mencipta kraftangan memang Berjaya dijalakan. Kesuntukkan masa
akibat tidak dapat pamerkan hasil kraftangan agak mengecewakan murid.

5.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


5.1 Belajar sambil lawatan ke Singapura bagi murid murid tahun 6 akan diadakan pada
bulan Disember.
5.2 Seramai 104 orang murid akan menyertai rombongan ini dan akan diiringi dengan 10
orang guru.
5.3 Guru-guru KT dari Tahun 4 &5 telah membincang dan memilih buku rujukan dan buku
kerja untuk tahun 2014.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.4 Guru-guru hendaklah memeriksa buku latihan dan buku kerja murid dan kembalikannya
kepada murid-murid sebelum bercuti.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Buku-buku teks atau rujukan mesti dikembalikan kepada ketua panitia sebelum sekolah
bercuti.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
6.2 Pastikan segala bahan bantuan mengajar dipulangkan ke bilik pusat sumber.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
6.3 Membuat semakan semula tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh panitia
Sepanjang tahun.
6.4 Matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 akan dimansuhkan mulai tahun 2014 tetapi ia

masih tetap diteruskan bagi murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 pada tahun 2014.
6.5 KSSR mula dilaksanakan pada murid-murid Tahun 4 pada tahun depan. Matapelajaran
Sejarah akan diperkenalkan bagi murid-murid Tahun 4 mulai Tahun 2014.
7.0 PENUTUP
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_______________
(Tan Yen Shing)
Setiausaha Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan,SJKC Li Hwa

________________
(Tam Ley Hoon)
Pengerusi Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan,SJKC Li Hwa

Tarikh : 28 Okt 2013

You might also like