You are on page 1of 10

1

Unit Pengajian Am SMKTAR




900/2 STPM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN ABDUL RAZAK, KUCHING

PENGAJIAN AM
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2
( 1 jam 30 minit)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014

Arahan kepada calon:




Untuk kegunaan pemeriksa
Bahagian A
1
2
3
4
Bahagian B

Bahagian C

Jumlah



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
BERBUAT DEMIKIAN.
Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A,
Bahagian B, dan Bahagian C.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian
A dan satu soalan dalam Bahagian B dan dua Bahagian C.
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A
pada ruang yang disediakan.
Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam
bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas
yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Ikat
helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan
diberikan dalam tanda kurung [ ]

2
Unit Pengajian Am SMKTAR

BAHAGIAN A
[15 markah)

Jawab semua soalan.

1. Jelaskan dua indikator yang membolehkan sesebuah negara menjadi negara maju seperti yang
dicadangkan oleh Organisation For Economic CO-operation and Development (OECD). [4]

i. ................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

ii. ..............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

2. Nyatakan tiga tonggak utama dalam Model Baru Ekonomi untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. [3]

i. ...............................................................................................................................................

ii.

iii.


3. Jelaskan dua matlamat pembentukan Rukun Negara Malaysia. [4]

i.



ii. ..

.

4. Walaupun Malaysia menitikberatkan bidang perindustrian, bidang pertanian tidak diabaikan.
Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pertanian dalam tiga fasa iaitu Dasar Pertanian Fasa
Pertama,Fasa Kedua dan Fasa Ketiga.

(a) Nyatakan dua matlamat yang digunakan oleh Kerajaan dalam Dasar Pertanian Fasa
Ketiga. [2]

i. ...............................................................................................................................................

ii. ...............................................................................................................................................

3
Unit Pengajian Am SMKTAR

(b) Terangkan satu strategi yang digunakan dalam Dasar Pertanian Ketiga. [2]

i. .............................................................................................................................................

.............................................................................................................................................

BAHAGIAN B
[20 markah]

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan peratus perubahan kematian perinatal yang direkodkan di negeri-negeri
terpilih di Malaysia antara tahun 2009 dan 2010.

Kematian perinatal dikaitkan dengan kematian janin pada usia awal kehamilan yang
disebabkan oleh jangkitan kuman serta trauma kehamilan. Meskipun wujud kaedah rawatan
moden dalam penjagaan ibu mengandung dan teknologi rawatan bersalin, namun kematian
perinatal mencatakan peningkatan kes, baik di Malaysia mahupun di seantaro dunia. Di Kedah
umpamanya kematian perinatal yang direkodkan didapati meningkat sebanyak 15 kes pada tahun
2010 berbanding dengan 340 kes pada tahun 2009.

Bagi negeri Pulau Pinang pula, rekod kematian perinatal menunjukkan penurunan kes
pada tahun 2010 kepada 168 kes berbanding dengan 171 kes pada tahun sebelumnya. Negeri
Selangor pula merupakan negeri tertinggi merekodkan kes kematian perinatal dalam kalangan
negeri terpilih pada tahun 2009 dan 2010. Jumlah kematian yang dilaporkan bagi kedua-dua
tahun ialah 1,237 kes dan 51.7% daripadanya merupakan kematian perinatal yang direkodkan
pada tahun 2009, manakala bakinya ialah data kematian perinatal pada tahun berikutnya.

Kematian perinatal yang dilaporkan tahun 2009 di negeri Sabah pula melebihi data
kematian pada tahun 2010. Sebanyak 221 kes kematian perinatal dilaporkan pada tahun 2010,
iaitu berkurang sebanyak 14 kes berbanding dengan tahun 2009. Jumlah kematian perinatal di
negeri Sarawak pula mengatasi angka kematian di Sabah. Hal ini terbukti apabila sebanyak 307
kes kematian perinatal direkodkan pada tahun 2009 dan bertambah sebanyak 21 kes pada tahun
berikutnya.

Negeri Johor mencatakan 388 kes kematian perinatal pada tahun 2009 dan meningkat
kepada 409 kes kematian pada tahun 2010. Negeri Sembilan pula merupakan terendah angka
kematian perinatalnya bagi kedua-dua tahun. Sebanyak 324 kes kematian perinatal dilaporkan
bagi tahun 2009 dan tahun 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 166 kes kematian
dilaporkan pada tahun 2010, manakala selebihnya ialah kes kematian yang berlaku pada tahun
2009 .
(Sumber: Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)
4
Unit Pengajian Am SMKTAR

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan perbandingan nilai pasaran utama eksport sektor pembuatan Malaysia mengikut
negara pengimport bagi tahun 2010 dan tahun 2012.

Pada tahun 2010, pertambahan nilai eksport keluaran sektor berkenaan ialah RM46 835
juta dan telah bertambah kepada RM147 524 juta pada tahun 2012, iaitu pertambahan tahunan
sebanyak kira-kira 25.8 peratus. Namun, mengikut negara pengimportnya pula, terdapat
perubahan tertentu nilai eksport yang terlibat bagi kedua-dua tahun perangkaan berkenaan.

Malaysia menpunyai ramai rakan dagang. Negara yang menjadi rakan dagang Malaysia
yang mengimport barangan keluaran sektor pembuatan Malaysia ialah Amerika Syarikat, iaitu
daripada RM11 756 juta pada tahun 2010 kepada RM38 504 juta pada tahun 2012. Nilai eksport
Eksport ke Singapura ialah RM12 880 juta pada tahun 2010, dan nilai sebenar eksport ke
Singapura telah meningkat kepada RM32 750 juta dua tahun kemudian. Hubungan dagangan
Malaysia dengan Kesatuan Eropah menunjukkan penurunan sebanyak 2.1 peratus kepada 15.4
peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 2012, iaitu RM22 719 juta pada tahun 2012 dan
RM8 196 juta pada tahun 2010. Walau bagaimanapun nilai sebenarnya bertambah hampir tiga
kali ganda. Begitu juga dengan negara Jepun yang menunjukkan nilai importnya telah meningkat
hampir empat kali ganda, iaitu RM15 195 juta pada tahun 2012 berbanding dengan hanya 8.2
peratus sahaja atau RM3 840 juta daripada jumlah nilai eksport sektor pembuatan Malaysia pada
tahun 2010.

Hubungan dagangan dengan Hong Kong telah bertambah daripada RM2 248 juta pada
tahun 2010 kepada RM9 146 juta pada tahun 2012. Manakala nilai eksport Malaysia ke Taiwan
telah meningkat daripada 1.4 peratus atau RM656 juta daripada jumlah nilai eksport pada tahun
2010 kepada RM4 426 juta daripada jumlah nilai eksport pada tahun 2012.

Hubungan dagangan Malaysia dengan Negara-negara Selatan adalah jumlah RM1 358
juta, iaitu 2.9 peratus daripada jumlah nilai eksport telah berjaya diurus pada tahun 2010. Angka
ini bertambah ke paras 6.1 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 2012, yakni
sebanyak RM 8 999 juta. Sementara itu, nilai eksport ke negara-negara yang lain telah
mencatatkan peningkatan sebanyak lebih dua kali ganda, iaitu daripada RM 5 901 juta pada
tahun 2010 kepada RM 15 785 juta pada tahun 2012.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan
Malaysia Kesepuluh, 2013)





5
Unit Pengajian Am SMKTAR


BAHAGIAN C
[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7. Dasar kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara hab halal
memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Namun begitu, terdapat pelbagai
kekangan yang menghalang hasrat murni ini. Bincangkan.

8. Proses urbanisasi menjadi satu keperluan kepada Malaysia, namun sebalik
kewujudannnya pelbagi kos sosial terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Bincangkan.









SOALAN TAMAT





















6
Unit Pengajian Am SMKTAR



SKEMA JAWAPAN

1. (i) Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya. [1]
Kemajuan teknologi dan keupayaan modal membolehkan masyarakat di negara maju
memanfaatkan sumber alam secara optimum sperti penghasilan tenaga alternatif. [2]
(ii) Dapat mengatasi masalah penduduk [1m]
Kualiti dan produktiviti penduduk tinggi, dan peluang pekerjaan dan ekonomi terbuka luas.[1m]
(iii) Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang pesat. [1]
Produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi dan tidak terlalu bergantung kepada
hasil pertanian. [1]
(iv) Tingkat dab kualiti hidup masyarakat tinggi. [1]
Tingginya kualiti penduduk mendorong semakin tingginya produktiviti masyarakat yang akan meningkatkan
pendapatan perkapita dan pendapatan negara.
(v) Kebanyakan eksport adalah hasil industri dan perkhidmatan [1]
Tidak bergantung kepada sumber alam sepenuhnya, tetapi dengan pengetahuan dapat menghasilkan produk
daripada sumber alam seperti hasilan daripada kelapa sawit.
(vi) Kemudahan prasarana yang model dan mencukupi.[1]
Mampu menyediakan prasarana bagi warganya. Wujud tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga
masyarakatnya untuk memelihara dan memanfaatkan prasarana tersebut. [1]

2. (i) 1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan menyatukan rakyat Malaysia
(ii) Program Transformasi Kerajaan (PTK)
(iii) Program Transformasi Ekonomi (PTE)
(iv) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011- 2015)

3. (i) Untuk mencipta masyarakat yang adil. [1]
Kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama sera mempunyai peluang yang sama
untuk menikmati kejayaan tersebut.[1]
(ii) Untuk memelihara cara hidup demokratik.[1]
Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik asalkan tidak melanggar
undang-undang negara. [1]
(iii) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat.[1]
Semua rakyat hendaklah mendokong cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan satu negara yang bersatu
padu.[1]
(iv) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan pelbagai kaum. [1]
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan maasing-masing sesuai dengan
matlamat perpaduan negara.[1]
(v) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. [1]
Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak
maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan
Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020.

4. (a) (i) Meningkatkan kualiti pengeluaran bahan makanan
(ii) Pengukuhan hubungan antara sektor pertanian dengan sektor perindustrian dan perkhidmatan
(iii) Meningkatkan peroduktiviti dan daya saing sektor pertanian untuk perkembangan yang berterusan melalui
bioteknologi
(iv) Pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara mapan
(v) Mewujudkan sumber pertumbuhan baru untuk sektor pertanian dan perhutanan
dibangunkan di seluruh dunia. Keperluan pasaran ini untuk menggubal strategi-strategi pertanian hutan. [1]

(b) (i) Pendekatan Perhutani : [1]
Bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh,
dan bahan mentah. Pertanian dan perhutanan dibangunkan
bersama kerana dua kegiatan tersebut saling melengkapi dan serasi.[1]
7
Unit Pengajian Am SMKTAR

(ii) Pendekatan Berasaskan Produk : [1]
Memberi penekanan kepada keperluan cita rasa pengguna serta pasaran di seluruh dunia.
Keperluan pasaran ini untuk menggubal strategi-strategi pengeluaran pertanian huluan. [1]


5. Graf Bar Memesong

PERATUS PERUBAHAN KEMATIAN PERINATAL YANG DIREKODKAN DI NEGERI-NEGERI TERPILIH
DI MALAYSIA ANTARA TAHUN 2009 DAN 2010

Negeri Terpilih Kes Kematian Perinatal Peratus
Perubahan Tahun 2009 Tahun 2010
Kedah 340 355 4.41
Pulau Pinang 171 168 -1.75
Selangor 640 597 -6.75
Sabah 235 221 -5.96
Sarawak 307 328 6.84
Johor 388 409 5.41
Negeri Sembilan 158 166 5.06
(Sumber : Diubahsuaikan daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2010)


6. Carta Pai Bandingan

PASARAN UTAMA EKSPORT SEKTOR PEMBUATAN MALAYSIA MENGIKUT NEGARA
PENGIMPORT BAGI TAHUN 2010 DAN TAHUN 2012

Negara Tahun 2010 Tahun 2012
RM Juta % ( ) RM Juta (%) ( )
Amerika Syarikat 11 756 25.1 90.4 38 504 26.1 94.0
Singapura 12 880 27.5 99.0 32 750 22.2 79.0
Kesatuan Eropah 8 196 17.5 63.0 22 719 15.4 55.4
Jepun 3 840 8.2 29.5 15 195 10.3 37.1
Hong Kong 2 248 4.8 17.3 9 146 6.2 22.3
Taiwan 656 1.4 5.0 4426 3.0 10.8
Negara-negara Selatan 1 358 2.9 10.4 8 999 6.1 22.0
Negara-negara lain 5 901 12.6 45.4 15 785 10.7 38.5
Jumlah 46 835 100.0 360.0 147 524 100.0 60.0
















8
Unit Pengajian Am SMKTAR



7.Dasar kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara hab halal memerlukan usaha yang
bersungguh-sungguh.Namun begitu, terdapat pelbagai kekangan yang menghalang hasrat murni ini.
Bincangkan.

Pendahuluan: Malaysia berpotensi menjadi sebuah negara perdagangan dan perkhidmatan halal yang merangkumi
makanan, produk bukan makanan , farmaseutikal dan kosmetik serta perkhidmatan termasuk logistik,
pelancongan dan pemasaran, perbankan dan kewangan.

Bil

Idea

Huraian

1.

Menangani isu pensijilan halal -menyelaras pengurusan pensijilan halal antara JAKIM
dan Jabatan Agama Islam Negeri
-menangani pemalsuan sijil halal
-memastikan tatacara pensijilan halal dipatuhi

2. Kerjasama antara agensi kerajaan -melaksanakan dan menguatkuasa peruntukan undang-
undang sedia ada
-melibatkan kerjasama antara kementerian dan pihak
berkuasa tempatan
-menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan
secara bersepadu, efisien

3. Mencipta jenama Halal Malaysia -strategi untuk meningkatkan pembangunan industri
halal
-mempromosikan Malaysia dalam arena halal global
merangkumi produk makanan dan bukan makanan,
perkhidmatan , kewangan dan pelancongan.
-contoh Halalmart (pasaran dagang runcit halal
bersepadu) yang pertama di Malaysia
-menjadi hab penting pengilang bumiputera
mempromosi dan memasarkan produk mereka
4. Kempen -pameran halal dalam negeri dan peringkat antarabangsa
- memperkenalkan Malaysia sebagai pengeluar hab halal
-memperkenalkan sijil dan bentuk logo halal
-menggalakkan pihak pengeluar produk mendapatkan
sijil halal
5. e-halal - memperkenalkan dan memasarkan produk halal secara
elektronik samada dalam atau luar Negara.
-e-halal akan membenarkan syarikat yang mendapat sijil
halal sahaja mempamerkan produk halal mereka
-contohnya perbankan islam, pasaran modal islam
-produk halal ini disifatkan sebagai bersih, selamat
berfaedah dan baik.


6.
B. Kekangan
Penipuan/pemalsuan sijil halal

-banyak berlaku masalah pemalsuan sijil halal / logo
halal
-memberi pinjam / serah sijil halal kepada premis lain
-menggunakan logo halal kepada produk yang tidak
tersenarai dalam sijil halal
-mengubahsuai maklumat yang terdapat pada sijil halal
9
Unit Pengajian Am SMKTAR

- menjejaskan reputasi dan integriti sijil halal Malaysia
dan kewibawaan Malaysia sebagai peneraju industri
halal global
7. Kurang pendedahan / kesedaran -kesedaran masyarakat terhadap aspek halal masih lagi
pada tahap rendah
-pengeluar tidak prihatin dan tidak bermaklumat
8. penguatkuasaan -kurang pemantauan dan penguatkuasaan dalam
memastikan syarat pensijilan halal dipatuhi secara
konsisten
-kekurangan kakitangan menyukarkan urusan
pemantauann dan penguatkuasaan undang-undang ini
-penguatkuasaan tidak berterusan

Kesimpulan : Usaha untuk memperkasa Malaysia sebagai hab halal harus menjadi agenda penting negara. Kita
mestikan mencapai standard halal yang dapat diterima diperingkat antarabangsa.


8. Proses urbanisasi menjadi satu keperluan kepada Malaysia, namun sebalik
kewujudannnya pelbagi kos sosial terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Bincangkan.

Pengenalan
Proses urbanisasi merupakan proses pertumbuhan satu-satu kawasan yang melibatkan pertukaran corak aktiviti
ekonomi daripada tradisi kepada moden, perubahan fizikal dan juga sosial.

Isi
(a) Peranan / kepentingan
1. Pusat politik dan pentadbiran
- Pusat pelbagai jabatan kerajaan, badan berkanun yang emnguruskan pentadbiran kerajaan.
- Tumpuan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan berurusan

2. Pusat kegiatan ekonomi
- Tumpuan gadung perniagaan dan perdagangan
- Kawasan perniagaan dan kewangan

3. Pintu masuk antarabangsa
- Bandar pelabuhan untuk kegiatan import dan eksport iaitu kegiatan import dan eksport iaitu
kegiatan perkapalan
- Lapangan terbang menjadi pintu masuk pelancong
- Bandar sempadan pintu masuk rakyat dan perniagaan

4. Kegiatan sosial
- Pusat pendidikan, kebudayaan, sukan dan pelbagai kegiatan harian
- Terdapat pelbagai kemudahan moden untuk rekreasi dan lain-lain

(b) Kos sosial yang terpaksa ditanggung/ masalah

1. Kesesakan lalulintas
- penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar menyebabkan kesesakan
- pertambahan kenderaan dan poeningkatan taraf hidup

2. Masalah sosial
- keruntuhan akhlak seperti pelacuran, penagihan dan pendaran dadah serta rompak disebabkan
Kemiskinan
- budaya hidup individualistik dan materialistik menyebabkan institusi keluarga porak peranda
10
Unit Pengajian Am SMKTAR


3. Masalah perumahan
- kemiskinan dalam bandar disebabkan masalah pengangguran
- penerokaan tanah kerajaan dan persendirian mewujudkan petempatan setinggan yang
mencacatkan imej negara dan menimbulkan pelbagai masalah

4. Peningkatan kos hidup
- Bayaran perkhidmatan semakin meningkat disebabkan kemudahan hidup yang serba moden
- harga tanah dan rumah meningkat

5. Pencemaran dan sanitari
- masalah pencemaran haba, udara dan bunyi boleh memberi kesan pada kesihatan manusia
- selain itu masalah pelupusan atau sanitari dan perkhidmatan perbandaran amat diperlukan

Kesimpulan
Urbanisasi memerlukan perancangan yang teratur dan perlu dibuat untuk tempoh masa panjang. Semua aspek
kehidupan perlu diambil kita agar masalah atau kos yang perlu ditanggung akibat perbandaran dapat dielakkan.

You might also like