You are on page 1of 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: SITI NORDIAYANA AMIRAH BT MOHD RADIN

PROGRAM

: PISMP- MATEMATIK (PR) SEMESTER 8


: PISMP- PEMULIHAN PR SEMESTER 8

NAMA SEKOLAH

: SK BUKIT HIJAU, POKOK SENA, KEDAH

NAMA PROJEK

: SUDUT ILMU MATEMATIK

TEMPOH PELAKSAAN

: 6 JULAI 2014 7 OGOS 2014 ( 4 MINGGU)

OBJEKTIF:
Menjadikan Sudut Ilmu sebagai pusat untuk para pelajar menambah ilmu
pengetahuan.
Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan
sumber perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi
sekolah.
Hasil kerja pelajar sebagai buah tangan / kenang-kenangan bila pelajar
meninggalkan alam persekolahan kelak.
Melatih pelajar untuk belajar melukis mural yang mampu menjadi nilai tambah
dalam diri pelajar.
Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru pembimbing.

Berjumpa

dan

berbincang

dengan

guru

pembimbing

untuk

mendapatkan cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan


mencipta satu sudut matematik.

2. Membuat perancangan dan persediaan.


Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan
persetujuan

daripada guru pembimbing dan Guru Besar SK Hakim

Teh. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan


hiasan yang diperlukan.
3. Membina satu sudut matematik
Saya dan rakan-rakan yang lain berusaha menghasilkan satu sudut
matematik yang berilmiah dan mencantikkannya.

Pada 7 Julai 2014, saya ran rakan-rakan yang lain telah berjumpa dengan
guru pembimbing matematik kami iaitu Pn Siti Noraisah binti Ani. Perbualan kami
kebanyakannya berkisarkan mengenai pencapaian matematik murid-murid
sekolah Kebangsaan Hakim Teh secara umumnya dan murid-murid tahun 6
secara khususnya.. Sepanjang perbincangan dan perbualan ini kami membuat
refleksi dan mengenalpasti punca permasalahan murid-murid ini. Antara yang
punca permasalahan ini yang telah dikenalpasti adalah
Masalah tidak memahami konsep asas
Lupa akan formula sesuatu topik
Kurangnya inisiatif membuat latihan matematik sendiri
Mensetkan minda bahawa matematik merupakan subjek yang sukar dan
membosankan.

justeru itu, saya dan rakan-rakan telah berusaha meneliti satu persatu masalah

ini dan dengan bantuan guru pembimbing, kami telah memutuskan untuk
menghasilkan sudut matematik.
Langkah pertama yang diambil adalah penghasilan kertas kerja. Penghasilan
kertas kerja mengambil masa yang singkat tidak sampai satu hari pun. Lalu kami
telah menunjukkan kertas kerja kami kepada Guru Besar Sekolah KEbangsaan
Hakim Teh, Tn Jusoh bin Abdullah. Setelah beliau berpuas hati dan meluluskan
kertas kerja kami, kami memulakan langkah pertama denagn membuat lakaran
ringkas mengenai sudut matematik yang akan dibina.
Pada minggu pertama dan minggu kedua iaitu 6 Julai sehingga 20 Julai
2014, kami telah menghasilkan segala bentuk carta dan formula yang hendak
ditampal. Selain itu, kami turut menghasilkan sendiri bentuk 3D yang agak rumit
untuk dihasilkan. Memandangkan untuk sudut matematik ini,kami telah
membahagikan kepada 7 skop topik yang berbeza, jadi setiap skop perlu
diselesaikan dengan teliti dan kemas. 7 skop bidang pembelajaran yang
difokuskan adalah
I.

Masa dan waktu

II. Bentuk 2D
III. Bentuk 3D
IV. Jarak
V. Pecahan
VI. Perpuluhan
VII. Rekreasi matematik

Setelah melengkapkan kesemua bahan yang penting, kami kemudiannya,


melekatkan bahan-bahan tersebut pada papan kenyataan yang telah disedikan,.
Antara cabaran proses ini adalah, memandangkan sudut matematik ini

merupakan sudut yang agak terbuka kepada angin dan hujan, kami perlu kreatif
untuk mencari alternatif lain supaya bahan-bahan yang telah dihasilkan kekal
selamat dan tidak rosak. proses ini berlangsung pada minggu ketiga iaitu pada
27 Julai sehingga 31 Julai 2014.
Pada minggu terakhir kami berinternship di Sekolah KEbangsaan Hakim
Teh iaitu pada 2 Ogos sehingga 7 Ogos 2014, kami hanya perlu melakukan
penambahbaikan pada sudut matematik yang telah dihasilkan.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari
cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan
rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .
2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk
murid-murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar
dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, sudut matematik
mampu menarik minat murid terhadap keindahan dan keseronokan
matematik seperti rekreasi matematik.
3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan
murid-murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta
pekerja-pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.
4. Pn

Siti

Noraisah

juga

telah

banyak

membantu

kami

semasa

melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi


masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk
membantu menyenangkan tugas kami.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kerja kami selalu di ganggu kerana projek ini dilaksanakan sekali


dengan waktu untuk melaksanakan intervensi bagi kajian tindakan. Jadi
kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini
telah melambatkan kami untuk menyelesaikan tugas.
2. Selain itu, kawasan sudut matematik yang terdedah kepada angin kuat
dan hujan memelrlukan penjagaan yang rapi dan tersusun.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih
sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan
pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu
petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.
Selain itu, kami perlu menjadi lebih kreatif dan tahu bagaimana
menyelesaikan masalah dengan mencari alternatif lain dan tidak mudah
menyerah kalah.

KESIMPULAN
Melalui projek menghasilkan sudut matematik ini, saya rasa bersyukur
kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru.
Saya telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan
mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik.
Selain itu, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolongmenolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu
projek.
Dengan selesainya projek ini, saya mengaharapkan murid-murid mampu
untuk menguasai konsep-konsep asas matematik yang mudah ini. Selain itu,
kami turut mengharapkan agar murid -murid dapat melihat matematik dari sudut
pandang yang berbeza. Matematik bukan hanya sekadar melibatkan perkiraan

tetapi ia adalah sangat unik dan menarik misalnya seperti rekreasi matematik.
Semoga usaha kecil ini mampu memberi impak yang besar kepada anakanak Sekolah Kebangsaan Hakim Teh.

SEKOLAH KEBANGSAAN HAKIM TEH,


06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.
NO TEL/FAX: 9293662/9293662
E-MAIL: skhakimteh@gmail.com

DOKUMENTASI LAPORAN INTERSHIP


SUDUT MATEMATIK

LAPORAN BERGAMBAR PROJEK SUDUT MATEMATIK

Gambar 1

Gambar 2

LAPORAN BERGAMBAR PROJEK SUDUT MATEMATIK

Gambar 3

Gambar 4

LAPORAN BERGAMBAR PROJEK SUDUT MATEMATIK

Gambar 5

You might also like