You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KEWANGAN KALI 2/2014

TARIKH

04 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS)

MASA

2.30 HINGGA 3.55 PETANG

TEMPAT

BILIK GERAKAN DISIPLIN, SK SENTOSA, SIBU

KEHADIRAN :

1.

RUJUK LAMPIRAN

Ucapan alu-aluan Pengerusi


1.1

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan mengucapkan
taniah kepada Puan Tang Sing Siew diatas kejayaan menganjur majlis Sambutan
Merdeka Sk Sentosa 2014.

1.2

Pengerusi juga telah mengucapkan taniah kepada semua warga Sk Sentosa kerana
telah bertungkus-lumus dalam menjayakan semua program sekolah.

1.3

Pada tahun 2013, akaun telah diuruskan dengan baik. Sekolah telah dianugerahkan
sijil dan tiada teguran terhadap akaun tersebut.

1.4

Pengerusi memberi penerangan tentang perbezaan diantara akaun KWK dan akaun
SUWA.

1.5

Pengerusi menegaskan semua guru dan staf perlu mengetahui berkenaan dasar baharu
peruntukkan sekolah iaitu teras dan wajib.

1.6

Setiap panitia diminta untuk memahami prosuder-prosuder perbelanjaan dan langkahlangkahnya iaitu:

Isi nota minta


Guru perlu membuat perbandingan harga di setiap kedai yang berbeza untuk
mendapatkan harga yang berpatutan.
Guru perlu memastikan kedai mempunyai daftar syarikat yang sah dan boleh
menerima penggunaan LPO/Cheque.
Selepas membuat perbandingan harga, guru perlu menghantar borang
permohonan kepada Ketua Pembantu Tadbir untuk mendapatkan kelulusan
dari Guru Besar dan voucher pembelian.

Ketua Pembantu Tadbir akan menyediakan LPO berdasarkan senarai barang


yang dipohon.
Guru perlu menyerahkan LPO kepada syarikat yang terpilih dan setelah pihak
syarikat berpuas hati, guru boleh mengambil barang yang hendak dibeli.
Guru perlu memastikan setiap barang yang dipesan mencukupi dan mengikut
spesifikasi yang ditetapkan.
Selepas pihak sekolah berpuas hati dengan barang yang telah dipesan, Ketua
Pembantu Tadbir perlu mengeluarkan cheque dan hanya boleh ditandatangani
oleh Guru Besar, Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum.

1.7

Guru perlu berbincang dengan Guru Besar dan Ketua Pembantu Tadbir sebelum
memesan barang. Barang yang hendak dibeli hanyalah untuk keperluan murid sahaja.

1.8

Dibawah peraturan kewangan baharu ini, pembelian aksesori keperluan ICT boleh
menggunakan peruntukkan tersebut kecuali pembelian set komputer

1.9

Pengerusi menegaskan bahawa penentuan kewangan sekolah berdasarkan bilangan


murid yang berdaftar. Pengerusi juga mengingatkan supaya mengawal aktiviti keluar
dan kemasukkan murid di sekolah ini.

1.10

Pengerusi mengingatkan supaya pegawai aset sekolah menyediakan data yang


lengkap berkenaan dengan aset sekolah dan perlu diserahkan kepada Unit
Pembangunan Pejabat Pendidikan Daerah Sibu secepat mungkin.

2.

Pengesahan Minit Mesyuarat


Pencadang : En. Hasnen Bin Semuni.
Disokong oleh : Puan Anita Binti Bahani.

3.

Perkara Berbangkit
3.1

Pada tahun 2014, sekolah telah dijadikan sebagai pusat tanggungngan gaji ( PTJ ) di
mana, pengurusan pembayaran gaji staf akan diuruskan di sekolah.

3.2

Pengerusi menegaskan bahawa urusan pemotongan gaji untuk guru-guru yang


berpindah ke lokasi baharu dan guru yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab perlu
disegerakan supaya tidak menjadi perkara berbangkit.

3.3

Pengerusi juga menegaskan bahawa Guru Besar berhak untuk mengeluarkan arahan
pemotongan gaji kepada pegawai-pegawai yang berpindah dan tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab.

3.4

Pembayaran gaji akan diurus selia oleh Puan Betty Ak Eri.

4.

Hal-hal lain
4.1

Ketua Pembantu Tadbir menegaskan bahawa tarikh akhir untuk memesan barang
haruslah dilakukan sebelum 25 haribulan pada setiap bulan.

4.2

Setiap ketua panitia disarankan memiliki cop nama dan jawatan sendiri bagi tujuan
urusan pembelian barangan sekolah.

4.3

Tempoh sah LPO hanya 45 hari. Selepas tamat tempoh LPO akan terbatal secara
automatik.

5.

Laporan Baki Peruntukkan Terkini


5.1

Rujuk Lampiran.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1555.

Pencatat Minit 1,

..
( MOHD NORHAKIM B. HUSSEIN)

Disemak Oleh,
..
( HERMAIN BIN MAHAJIM)
Guru Besar,
Sk Sentosa, Sibu

Pencatat Minit 2,

( BUHARI BIN HASSAN )

You might also like