You are on page 1of 14

www.penaminang.

com

SEJARAH KRISTIAN DI EROPAH


JABATAN SEJARAH
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

www.penaminang.com

PENGENALAN
Agama Kristian berasal dari Palestin dan berteraskan ajaran Jesus atau Nabi
Isa. Jesus dilahirkan di Baitul Laham pada kira-kira 4 S.M.1 Sewaktu berusia 30
Tahun, beliau di utuskan oleh tuhan dan melantiknya sebagai pesuruh tuhan.
Ajarannya sama dengan para-para Nabi terdahulu iaitu menyeru manusia menyembah
dan mematuhui ajaran Tuhan yang satu. Tuhan telah menurunkan kitab Injil melalui
nabi isa sebagai panduan kepada umat nabi isa pada ketika itu.
Menurut orang Kristian,tumpuan Agama Kristian di berikan kepada kesucian
atau kekudusan Jesus yang dianggap sebagai tuhan (Jesus is Lord)2. Selain itu agama
Kristian juga menekankan konsep trinity atau kesatuan tuhan iaitu merangkumi tiga
unsure utama iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus3.
Agama krisitan ini semakin berkembang dari masa ke semasa dan sehinggalah
tersebar ke pelusuk dunia. Kesan daripada pekembangan ini bilangan penganut agama
kristian pada hari ini menjadi bilangan penganut yang kedua terbesar selepas bilangan
penganut agama Islam. Walaubagaimanapun dari sejak mula agama ini disebarkan
sehinggalah ke hari ini beberapa mazhab dalam agama kristian telah lahir seperti
Katolik, Protestian dan Ortodoks.
Perkembangan agama ini berlaku dari satu ke satu zaman. Pada asalnya agama
ini sukar diterima oleh masyarakat kerana pada awal abad pertama ramai penduduk di
muka bumi pada ketika itu percaya kepada kuasa ghaib dan dewa-dewi. Oleh kerana
ajaran kristian menerapkan nilai-nilai murni dan beberapa factor telah menyebabkan
agama kristian mula tersebar dan diterima masyarakat eropah pada ketika itu.

Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan Publication & Distributots SDN
BHD,2000.hlmn-70
2
Zulkarnain Abdul Rahman. Tamadun Eropah Klasik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2002.,hlmn-713
Ibid.,hlmn-71-

www.penaminang.com

PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN


Jesus dikatakan mula menyebarkan ajarannya secara berperingkat-peringkat di
kawasan sekitar tempat lahirnya hinggalah ke merata tempat di Palestin. Menurut
kepercayaan Kristian selepas kematian Jesus akaibat di salib, ajaran beliau masih di
teruskan oleh pengikutnya iaitu Utusan Dua Belas. Salah seorang pengutus yang
bernama Peter mengasaskan gereja Kristian dan menjadi bishop pertama Rom. Salah
seorang individu dikenali orang Kristian ialah Saint Paul yang berasal dari Tarsus ini
turut membantu mengembangkan agama Kristian4. Saint Paul adalah berbangsa
Yahudi dan merupakan seorang hartawan yang kaya.
Paul dikatakan telah merantau hingga ke merata Asia Kecil, Greek dan ke
Rom. Kesanya pada abad ke-3 M agama Kristian telah bertapak di Mesir, Syria,
Asia Kecil, Greek dan, Italy serta Palestin. Sumbangan Paul paling nyata dalam
proses perkembangan agama Kristian, meneurut Steward C. Eastern, ialah kejayaan
beliau menjadikan agama Kristian sebagai agama yang bersifat sejagat, iaitu milik
manusia dan bukanya untuk kumpulan manusia terpilih seperti yang kerap ditekankan
oleh masyarakat Yahudi 5.Dalam agama Kristian terdapat dua buah kitab suci (Bible)
iaitu Old Testament dan New Testament. Old Testamennt mengandungi 39 surah dan
berbahasa Ibrani (Hebrew). Manakala New Testament pula mengandungi 27 surah
yang berbahasa Greek dan merangkumi 4 gospel utama , iaitu John, Mathew, Mark
dan Luke.
Alexander the Great pernah menguasai Palestine pada tahun 333 S.M, diikuti
oleh Pompey pada 63 S.M yang merupakan seorang panglima Rom yang handal.
Selepas itu pada abad pertama sewaktu pemerintahan Agustus agama Kristian secara
4

Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan Publication & Distributots SDN
BHD,2000.hlmn-80
5
Zulkarnain Abdul Rahman. Tamadun Eropah Klasik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2002.,hlmn-73-

www.penaminang.com
berasur-ansur telah sampai ke Rom kerana dasar toleransi terhadap kehidupan
beragama di amalkan Agustus. Namun penganut agama ini terpaksa menghadapi
cabaran dan rintangan dari para golongan aristrokrat yang masih berpegang pada
ajaran asal (Pangan). Mereka juga berangapan agama kristian sebagai ancaman dari
sudut politik empayar Rom kerana tidak menuntut para penganutnya memuja atau
menyembah Maharaja. Pada 303 Masihi Maharaja Diocletian merampas harta gereja,
memusnahkan dan merampas kitab injil dan tulisan agama, menyingkirkan
masyarakat Kristian dan ramai masyaratkat dihukum mati. Cabaran dan kesukaran
masyarakat Kristian terpaksa dilalui dalam Empayar Rom.
Semasa pemerintahan Constantine (280-337 M) agama ini mula mendapat
tempat semakin baik dalam empayar Rom, selepas Constantine memeluk agama
kristian. Constantine menjadiakan agama Kristian sebagai agama rasmi empayar dan
menggalakkan perkembangannya. Melalui Edict of Milan beliau bertolak ansur
dengan semua agama termasuk Kristian6. Perkara ini telah menggalakkan
perkembangan agama kristian ke seluruh empayar rom. Semasa pemerintahan
Theodosius I (379-395 M) telah mengistiharkan agama Kristian sebagai agama rasmi
empayar Rom.
Serangan orang Gasar pada abad ke-4 dan ke-5 telah menyebakan pentadbiran
mula merosot dan gereja pula menjadi tempat pusat pentadbran kecil. Kemudian
pengaruh gereja semakin meningkat, hal ini dapat dilihat apabila Biskop Rom iaitu
Leo the Great(pemerintah gereja) menjadi semakin kuat bebanding maharaja di
Romsetelah berjaya melindungi penduduk Rom dari serangan Attila dan orang Hun
serta di beri gelaran Pope(ketua gereja empayar) oleh maharaja7.Selepas kematian

Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan Publication & Distributots SDN
BHD,2000.hlmn-827
Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan Publication & Distributots SDN
BHD,2000.,hlmn-84-

www.penaminang.com
maharaja terakhir pada 476 M peranan Pope mula menonjol dan menguasai banyak
gereja.
Peta : Lima pusat perkembangan penting Kristian selepas serangan orang
Gasar8

Peta : Perkembangan Kristian di Eropah pada zaman sebelum serangan islam9

8
9

Robert, J.M., The Pelican History of the World, Penguin Book,1980,hlmn-322Ibid.,hlmn-322-

www.penaminang.com

SEBAB-SEBAB UTAMA AGAMA INI BERKEMBANG


1) Pemelukan Constantine
Agama Kristian semakin berkembang selepas Maharaja Constantine memeluk
agama ini. Constantine merupakan maharaja yang pertama memeluk agama ini secara
rahsia pada 312-337 Masihi. Berbeza dengan bapanya sebelum ini, iaitu Diocletian
yang memusuhi agama kristian dan suka mengunakan kaedah kekerasan berbanding
dengan Constantine dilihat lebih bersikap toleran terhadap agama Kristian. Menurut
Para Sarjana barat, mereka menyatakan beberapa alasan bahawa perubahan sikap
maharaja Rom Terhadap agama Kristian, antaranya kemenangan tentera-tentera
Constantine dalam pertempuran berhampiran dengan Rom pada 312 M telah
memperkuatkan lagi kepercayaanya dengan pertolongan Tuhan agama Kristian10.Pada
313 M beliau mengeluarkan titah perintah Milan yang membenarkan kebebasan
agama. Tindakan ini telah menamatkan penindasan terhadap agama Kristian yang
selama ini

merupakan agama minority pada masa itu. Selepas beberapa tahun

kemudian agama Kristian menjadi agama majoriti masyarakat Eropah kerana agama
ini mudah diterima masyarakat11. Peperangan Milvia Bridge kerana telah
mempraktikkan keutuhan disiplin dan kekuatan tenteranya di bawah naungan
lambang salib. Constantine telah berjaya menentang pesaingnya iaitu Maxentius
dalam peperangan ini menjadi titik tolak permulaan misi Constantine untuk
menguasai seluruh Eropah. Asas Constantinople amatlah penting dalam misinya
memperluaskan empayar dan agama Kristian.

10

Markus, R. A. Christianity in the Roman World., Them and Hudson, London,1974.,hlmn-87Marta Sordi, The Christians And The Roman Empire, Croom Helm. London & Syedney 1983,.
hlmn-13411

www.penaminang.com
Beliau juga telah menubuhkan konsul Council of Nicaea pd 325 M untuk
menyelesaikan masalah ini melalui rangka Nicaea Creed yang mengfokuskan kepada
agama dan sifat ketuhanan. Di bawah pemerintahan beliau, pentadbiran gereja
semakin berkembang dan mengantikan sistem Empayar Rom yang kini merosot. Di
merata-rata tempat seperti Antioch, Asia Kecil, Syiria, Jurusalem, Alexandria, Greek,
Rom dan Constantinople ditubuhkan patriarchates yang menjadi pusat pentadbiran
tempatan dan pusat penyebaran agama. Terdapat juga pembantu paderi iaitu deacon
dalam pentadbiran untuk menjalankan tugas, menjaga kebajikan penduduk mendalami
dan menyebarkan agama Kristian12. Dasar seumpama ini telah diteruskan oleh
maharaja lain seperti Theodosius, Justinian dan Charlemagne (768-814M). Maharajamaharaja ini telah mengharamkan agama lain seperti agama paganisme.

Gambar : Maharaja Constantine


2) Peranan Institusi Gereja
Salah satu factor penyebab perkembangan agama kristian ialah peranan
institusi gereja. Gereja meupakan tempat beribadat bagi masyarakat beragama
kristian. Dalam instistusi gereja ini terbentuk satu organisasi yang menjadi tunjang
perkembangan agama ini. Menurut Crane Brinton,organisasi gereja muncul secara
jelasa mulai abad kedua Masihi. Keutuhan institusi gereja ini membolehkan mereka
merancang pelbagai perkhidmatan dan dapat memberi sumbangan kepada kehidupan

12

Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan Publication & Distributots SDN
BHD,2000.hlmn-88

www.penaminang.com
masyarakat Eropah serta membantu perkembangan agama Kristian. Terdapat 3 perana
organisasi gereja ini, antaranya ialah :
1) Membolehkan indidvidu tertentu menumpukan sepenuhnya terhadap hal ehwal
Agama.
2) Memberi peluang kepada individu yang mahir dengan ajaran Jesus boleh bertindak
Untuk memberi penjelasan ataupun mentafsirkan dogma-dogma agama kristian.
3) Merancang pelbagai perkhidmatan sosial terutamanya dalam menjaga kebajikan
rakyat khususnya yang sakit, miskin, anak yatim dan janda13.
Gereja juga telah banyak menghasilkan penganut kristian yang mahir dalam
agama dan dapat mengembangkan agama Kristian di Eropah. Selain itu institusi
gereja memainkan peranan dalam menjauhkan masyarakat Eropah daripada
terjerumus dalam nilai-nilai orang gasar atau barbarian. Gereja juga banyak
membantu dalam sistem politik eropah kerana berjaya memulihkan ketidakstabilan
politik.Selain itu gereja juga bertanggungjawab dalam menjaga hubungan baik dengan
Cathedral dan memberi sumbangan dalam sistem pendidikan seperti mengembalikan
keperluan asas pendidikan kepada golongan muda dengan menubuhkan badan-badan
terlatih. Biara-biara ditubuhkan untuk tujuan pengembangan agama Kristian.
Kewujudan institusi gereja ini, dilihat dalam konteks yang lebih luas, kerana institusi
ini menjadi alat penyatuan Eropah Barat dan Eropah Timur. Secara keseluruhannya,
kewujudan institusi gereja dalam konteks Rom bukan sahaja berjaya melahirkan dan
memberikan kepimpinan bersifat rohani atau keagamaan dalam erti kata memberikan
panduan tentang ajaran kristian dan amalan agama kristian yang sebenar, tetapi
malahanjug juga gereja turut membantu proses perkembangan agama berkenaan14.

13

Ibid,.hlmn-99
Zulkarnain Abdul Rahman. Tamadun Eropah Klasik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2002.,hlmn-7714

www.penaminang.com
3) Peranan Mubaligh
Factor seterusnya ialah peranan mubaligh Kristian dalam perkembagan agama
Kristian. Kegiatan para mublaigh menjadi factor terpenting yang menyebabkan
kepesatan perkembangan agama ini. Para mubaligh ini melatih kanak-kanak sejak dari
kecil lagi dalam doktrin agama dan apabila dewasa mereka di hantar keluar negara.
Antara mubaligh yang terkenal ialah seperti Hadrian, Boniface dan Theodore yang
juga merupakan pengurus-pengurus gereja Katolik yang terkemuka15. Mubalighmubaligh seperti St. Agustine yang berasal dari Afrika Utara ini telah di hantar oleh
Pope Gregory the Great ke Anglo Saxson bagi menyebarkan agama Kristian ke
Canterbury, England. Kesan daripada penghantara mubaligh St. Agustine, pada 644
M, seluruh kepulauan Britain telah menerima agama Kristian. St. Agustine juga
berjaya menjelaskan segala persoalan mengenai takdir tuhan mengenai keruntuhan
empayar Rom.
Selain itu perkembangan agama kristian juga berlaku di Eropah Timur.
Mubaligh-mubaligh Kristian ini memainkan peranan dalam mengembangkan agama
ini ke seluruh pelusuk Eropah Timur termasuk Russia. Pada abad ke-9 dua mubaligh
Greek,

Cyril

dan

Methodius

mengembara

ke

Moravia.

Disana

mereka

menjalinkanpersahabatan dengan penduduk pribumi Slav dan memperkenalkan huruf


yang sesuai untuk percakapan yang dikenali sebagai Cyrillic. Kemudian pada tahun
987 M, putera Kiev iaitu Vladimir menerima agama Kristian ini dan membuka jalan
untuk penerimaan agama Kristian di Eropah Timur. Mubligh Kristian ini juga banyak
memberi sumbangan dalam perundangan Kristian seperti St. Benedict yang
mendrafkan Rule of Benedict.

15

Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan Publication & Distributots SDN
BHD,2000.hlmn-90-

www.penaminang.com

Gambar: Theodore

Gambar: St. Agustine

Gambar : Pope Gregory


the Great

4) Kelebihan Agama Kristian


Manakala factor seterusnya yang menjadi penyebab agama ini berkembang di
seluruh Eropah ialah kelebihan agama itu sendiri. Salah satu kelebihannya ialah
Agama Kristian ini mengajak manusia menyembah tuhan yang satu, dan ia mudah di
fahami, bukanya seperti agama pagan yang menyembah banyak dewa-dewi dan kitab
injil atau Bible sebagai panduan untuk penganutnya16. Kitab injil ini pula terbahagi
kepada dua yang pertama old testament menekankan tentang Adam dan Hawa serta
keesaan tuhan. Manakala kitab yang kedua ialah new testament adalah gabungan
daripada pertambahan kitab-kitab suci baru iaitu Mattew, Mark, Luke, dan John.
Agama yang turun dari langit melalui Nabi Isa a.s ini mengajak manusia kearah
kebaikan dan kesejahteraan, ini menyebakan ramai masyarakat di eropah mula tertarik
dengan ajaran ini.
Agama ini telah membantu masyarakat Eropah keluar dari kelompok
masyarakat pagan dan animisme serta ditambah pula dengan peranan mubaligh yang
meyakinkan mereka bahawa keruntuhan Empayar Rom adalah takdir tuhan. Selain itu
agama Kristian juga menyaran manusia bersikap toleransi dan hormat menghormati

16

Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan Publication & Distributots SDN
BHD,2000.hlmn-88

10

www.penaminang.com
sesama manusia tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa, status dan jantina17.
Kehebatan dan kesjahteraan yang disarankan oleh agama ini telah menyebakan ramai
masyarakat di eropah mula memeluk agama ini termasuk maharaja. Kerana agama
kristian juga banyak siri peperangan dimenagi dan berpendapat bahawa tuhan
menolong peperangan mereka. Kelebihan seterusbya ialah pada hari ahad semua
masyarakat Kristian diwajibkan bercuti dan harus pergi ke gereja. Manakala pada 25
Disember setiap tahun mereka merayakan hari Krismas dan Easter Day sempena
menyambut kelahiran Nabi Isa serta perayaan kebangkitan Jesus selepas
pensaliban.Perkara ini tidak berlaku sebelum kedatangan agama kristian.

5) Sistem Empayar
Factor perkembangan agama kristian seterusnya ialah disebabkan oleh sistem
empayar. Empayar Rom menjadi platform atau tulang belakang perkembangan agama
kristian ini. Hal ini di tambah pula dengan keluasan empayar Rom yang begitu luas
dari Jerman di bahagian utara hingga kebahagian Sahara atau Afrika Utara18. Semasa
zaman empayar Rom jalan-jalan di bina di pelusuk kawasan empayar bagi
memudahkan pergerakkan bala tentera untuk bertempur. Jalan yang dibina ini
kemudian di gunakan oleh para padri untuk menyebarkan agama Kristian. Selain itu
pembukaan jalan perdagangan di laut dan darat di seluruh empayar juga memangkin
perkembangan agama ini serta memudahkan para padri bergerak untuk menyebarkan
agama ini.
Di dalam sistem empayar Rom terdapat juga sistem pos yang efektif untuk
tujuan pengahantaran surat menyurat terutamnya dalam pentadbiran empayar.
Kemudahan yang tersedia ini telah digunakan oleh para padri untuk menyampaikan
17

Ibid-hlmn-88Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan Publication & Distributots SDN
BHD,2000.hlmn-8718

11

www.penaminang.com
maklumat ke kawasan pedalaman. Pada masa itu juga wujud kedamaian dan peraturan
dalam semua kawasan dan ia meliputi daerah-daerah yang besar. Hal ini ditambah
pula dengan jaringan sistem perhubungan yang baik dan ini memudahkan orang ramai
berulang-alik terutamnya seseorng yang menjadi warganegara Rom seperti St. Paul19.
Bandar-bandar di rom menjadi tempat permulaan untuk agama Kristian berkembang
ke luar Laut Maditerranean melalui jalan-jalan perdagangan. Di tambah pula dengan
jalan-jalan perdagangan yang baik dan selamat muncul di bawah Pax Romana ini
telah memudahkan perkembangan agama Kristian. Gereja pula dibina dimerata
tempat seluruh kawasan empayar dan ini mengalakan lagi perkembangan agama
Kristian.

Peta : Empayar Rom hingga 117 Masihi

19

Ibid-87-

12

www.penaminang.com
KESIMPULAN
Secara keseluruhanya perkembangan agama Kristian disebabkan oleh 5 faktor
iaitu pemelukan Constantine, peranan Institusi Gereja, sistem empayar, peranan
Mubaligh Kristian dan yang terakhir ialah tariakan agama Kristian. Factor-faktor itu
tadi menjadi pemangkin kepada kepesatan agama ini berkembang sehingga keseluruh
Eropah pada ketika itu. Pada abad ke 14 dan 15 agama Kristian ini mula berkembang
ke luar Eropah dan memasuki benua Amerika Selatan dan Asia. Hal ini disebabkan
semangat penyebaran agama Kristian masih kuat terutamnya di kalangan bangsa
Portugis dan Sepanyol. Penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh mereka
bagi bukan sahaja untuk mendapat hasil kekayaan bumi ini malah mereka turut
menyebarkan agama Kristian ke kawasan mereka terokai. Pada hari ini kita masih
dapat lihat agama Kristian masih disebarkan oleh golongan Mubaligh-mubaligh
Kristian melalui pelbagai cara terutamnya di negara dunia ketiga dan negara
berkonflik. Mereka mengunakan platform misi kemanusian di negara yang bergolak
bagi menarik masyarakat mengikuti ajaran mereka. Walau bagaimanapun agama
Kristian ini telah banyak mencorak dan mengubah masyarakat Eropah dari semasa ke
semasa. Kerana agama Kristian juga timbul pelbagai konflik seperti konfik antara
agama Islam di Asia Barat yang mencetuskan Perang Salib dan juga perang 30 tahun
antara mazhab-mazhab dalam agama Kristian.

13

www.penaminang.com
BIBLIOGRAFI
1) Sivachandralingam Sundra Raja.(2000),Sejarah Eropah.Utusan Publication
&Distributots SDN BHD,
2) Zulkarnain Abdul Rahman.(2002)Tamadun Eropah Klasik. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur,.,
3) Markus, R. A. Christianity in the Roman World.,(1974) Them and Hudson,
London,
4) Marta Sordi, The Christians And The Roman Empire,(1983) Croom Helm.
London & Syedney,.
5) Robert, J.M., (1980) The Pelican History of the World, Penguin Book,

14

You might also like