You are on page 1of 33

Papan Suis Utama

PAPAN SUIS UTAMA

1. 1.

AM

Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mulamula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain
beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan.

Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan
masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama
yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus,
kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya
mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.

Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V untuk selama 1 saat
(BS 5486).

1. 2.

JENIS

Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu:


1.
1. Jenis melekat di dinding (wall mounted)
2. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access)
3. Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)

Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga 100 ampiar. Jenis pedestal
untuk pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar. Namun begitu
http://abmutara.wordpress.com

Page 1

berat sesebuah PSU akan juga menentukan jenis yang sesuai digunakan (wall mounted atau floor
mounted).

Tahap perlindungan PSU lazimnya ialah IP42.

1. 3.

PAPAN SUIS KECIL

Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang mendapat bekalan utamanya dari PSU.
Perkataan kecil adalah relatif sebab ada PSK yang saiznya lebih besar dari PSU ditempat lain.
Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU.

PSK digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan terasing dari PSU. Ini
adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan dan senggaraan.
1. 4.

BINAAN

PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan yang terdapat
di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-section channel. Rangka
yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm
supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia
boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambong sahaja rangka
tambahan.

Dibahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tidak kurang dari
2mm.

Palang bas pembumian dengan keratan rentas yang mencukupi hendaklah dipasang dibahagian
bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.

http://abmutara.wordpress.com

Page 2

1. 5.

KLAS

Terdapat tiga klas PSU:

1. Tiada kompartmen (Form 1) tiada pengasingan (dinding pemisah) diantara bahagianbahagian dalam PSU.
2. Sebahagian berkompartmen (Form 2a) Palang bas dipisahkan daripada yang lainnya
menggunakan sleeving, (Form 2b) menggunakan enclosure/barrier.
3. Sepenuhnya berkompartmen (Form 3) semua pemutus litar diasingkan diantara satu
sama lain tetapi tidak terminal kabelnya.
4. Sepenuhnya berkompartmen (Form 4) semua pemutus litar dan terminal kabel
diasingkan diantara satu sama lain.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan dan
harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap kompartmen dalam
PSU diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagian lain tidak
terlibat. Selain mahal ianya juga berat.

Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama bahagian yang
menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan besar
berlaku percikan api elektrik.

Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisahan diantara kompartmen di
dalam PSU tersebut.

1. 6.

LOKASI

PSU hendaklah ditempatkan ditempat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

http://abmutara.wordpress.com

Page 3

1. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan


submains dan kabel
2. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air
3. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan
mudah dijalankan
4. Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci

1. 7.

KEPERLUAN BILIK SUIS

Diantara keperluan bilik suis adalah:

1. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik


2. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya
serangga tidak dapat masuk
3. Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki
dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan
4. Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel
5. Bilik suis hendaklah dilengkapan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan
seperti CO2
6. Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi
hendaklah disediakan di dalam bilik suis
7. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik
PSU

1. 8.

PERKAKAS SUIS DALAM PSU

Palang Bas (bus bar)

Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran
tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada
pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan
kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan
kerja pemasangan.

http://abmutara.wordpress.com

Page 4

Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada juga yang
mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai ketumpatan arus tidak melebihi
1.5A/mm persegi.

Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung kepada saiznya, bahan yang digunakan
iaitu tembaga atau tembaga campuran. Sila rujuk jadual.
Palang bas hendaklah diasingkan dari bahagian-bahagian logam PSU menggunakan nonhygroscopic insulators untuk menahan tekanan mekanikal apabila berlaku kerosakan ditahap
maksima.

1. 9.

PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)

Pemutus litar udara ialah sebuah pemutus litar yang bertindak memutus dan menyambungkan
litar dengan sesentuh utamanya berada didalam udara biasa, tidak didalam medium pemutus
jenis lain seperti minyak, hampagas atau SF6. Ianya hendaklah jenis metalclad flush mounted.

Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau menyambungkan bekalan atau
disebut juga sebagai pengasing sahaja. Namun begitu apabila ianya dilengkapkan dengan
komponen perlindungan seperti alatubah arus, geganti dan shunt trip coil, ianya dapat memberi
perlindungan yang diperlukan secara otomatik. Perlindungan yang diperlukan ialah arus lebih,
beban lebih dan rosak ke bumi.

Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara (ACB), tetapi pada masa ini
Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker / MCCB) semangkin banyak digunakan.
Penggunaan samada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus sesuatu pemasangan
elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya ACB digunakan walaupun MCCB
ada juga digunakan.

ACB ditentukan didalam B.S 4752 dimana voltan nominalnya tidak melebihi 660V AC
dengan ulangan 50Hz atau 60Hz. Kadaran arusnya tidak melebihi 8000A dan kapasiti pemutusan

http://abmutara.wordpress.com

Page 5

litar pintas berkadar tidak melebihi 200KA. Minimum rupturing capacity ialah 31MVA pada
415V.

Saiz ACB terkecil yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah 600A. Dengan penatahan
(setting) kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh
ditatah kepada kadaran arus kurang daripada 600A, contohnya 200A, 400A dan sebagainya.
Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 6300A.

Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam sesebuah PSU samada
mempunyai kadaran arus yang sama atau dengan kadaran yang berlainan. Dengan itu rangka
PSU mestilah mempunyai kekuatan mekanikal yang mencukupi untuk menampung berat
komponen-komponen tersebut.

Nilai arus kerosakan (fault level) ACB ialah 45KA untuk 3 saat. Ini bermakna dengan arus
sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak dengan selamat tanpa ianya mengalami kerosakan.

Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus litar ialah sebagai bus tie atau
bus coupler atau sesentuh tukar alih, tetapi hendaklah dari jenis empat kutub.

ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa keluar (not
withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru atau boleh dibawa keluar untuk tujuan
senggaraan dan ujian (drawout type).

ACB hendaklah diuji dan diperakui mengikut standard ASTA atau KEMA.

Istilah-Istilah Mengenai Kadaran

1. a.

Kadaran Arus Thermal (rated thermal current)

http://abmutara.wordpress.com

Page 6

Had arus dimana pemutus litar boleh membawanya secara berterusan tanpa kenaikan suhu yang
melebihi nilai tertentu pada suatu keadaan tertentu.

1. b.
Kadaran Keupayaan Tutup-Balik Litar Pintas (rated short circuit making
capacity)

Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya menyambung atau menutup balik pada
keadaan tertentu.

1. c.
Kadaran Keupayaan Putus Litar Pintas (rated short circuit breaking
capacity)

Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya memutuskan litar pada tahap
kerosakan tertentu dengan selamat dan tanpa ianya mengalami kerosakan. Kadarannya adalah
dalam kiloampiar (KA).

1. d.
Kadaran Arus Menahan Pada Masa-Pendek (rated short-time withstand
current)

Ini adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa 1 saat tanpa sebarang
keadaan luar biasa pada keadaan yang tertentu

http://abmutara.wordpress.com

Page 7

1. 10.

BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB

1. a. Sesentuh Tetap dan Sesentuh Bergerak

Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang mempunyai empat kutub. Oleh itu
terdapat tiga sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila dalam keadaan ON sesentuh tetap
dan sesentuh bergerak akan tertutup dan bila dalam keadaan OFF atau terpelantik (trip) ianya
akan terbuka.

Semua sesentuh diperbuat dari bahan logam yang kuat dari segi mekanikal dan keupayaan
membawa arus menutup (making current), arus membuka (breaking current0 dan arus litar pintas
(short circuit current). Contoh logam yang digunakan ialah silver alloy.

1. b. Sesentuh Arka (Arcing Contact)

Sesentuh arka adalah sesentuh tambahan yang gunanya ialah untuk membenarkan arka berlaku di
sini dan tidak disesentuh utama. Dengan ini sesentuh utama tidak dibebankan dengan arka setiap
kali ACB di ON dan OFF kan. Oleh itu sesentuh utama akan tahan lebih lama.

1. c.

Mekanisma Penyimpan Tenaga (Spring)

Setiap ACB mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring. Spring yang berada didalam
keadaan tegang (tension) adalah menyimpan tenaga untuk menolak dengan pantas sesentuh
bergerak untuk tertutup dengan sesentuh tetap. Aksi ini serupalah dengan spring yang terdapat
pada perangkap tikus yang akan mengetap tikus dengan pantas apabila galangnya terlepas.

Spring ini boleh di charge menggunakan handle atau charging lever yang disediakan atau
menggunakan motor elektrik (automatic charging) yang boleh dipasang didalam mana-mana
ACB. Namun tidak semua ACB mempunyai kemudahan automatic charging.

http://abmutara.wordpress.com

Page 8

1. e.

Bahagian Pengalir

Biasanya bahagian yang mengalirkan arus ialah pengalir utama litar, pengalir mudah lentur,
sesentuh utama dan sesentuh arka. Penebat berkesan yang diperbuat dari bahan penebat seperti
glass polyester atau kepingan fibre diletakkan diantara fasa atau kutub.

1. f.

Gelong Shunt Trip (Shunt Trip Coil)

Gelong shunt trip ialah sebuah gelung yang dipasang didalam ACB untuk tujuan pelantikan
secara otomatik. Apabila diberikan bekalan yang sesuai dengan gelong, ia akan bertenaga dan
menarik plunger dan seterusnya menyebabkan ACB terpelantik.

Gelong ini biasanya berkadaran 240V AC tetapi untuk pemutus litar tertentu ada juga yang
kerkadaran 110V AC ataupun 30V DC. Bekalan ini selalunya diterima dari satu punca (palang
bas atau bateri) melalui fius, geganti atau butang tekan.

Satu suis tambahan mestilah digunakan untuk membuka litar ke gelong tadi supaya ianya tidak
terbakar jika bekalan tidak diputuskan untuk jangka masa yang lama.

1. g. Gelong Voltan Kurang (Under Voltage Coil)

Gelong ini akan menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan jatuh kepada suatu nilai
tertentu. Jika tiada bekalan ACB tidak boleh di ON kan.
1. h.

Arc Chute

Arc chute ialah sebuah kekotak yang diletakkan diatas sesentuh utama dan sesentuh tambahan
yang tujuannya ialah untuk menyerap percikan dan asap dari arka yang terjadi supaya ia tidak
merebak ke bahagian-bahagian lain.

http://abmutara.wordpress.com

Page 9

g.

Charging Handle

Satu handle untuk charge spring supaya menyimpan tenaga.

h.

Butang Buka (OFF button)

Butang tekan untuk OFF ACB

1. i.

Butang Tutup (ON button)

Butang tekan untuk ON ACB

j.

Penunjuk Open-Close

Satu penunjuk samada ACB itu buka (open) atau tutup (close)

1. k.

Penunjuk Charging

Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau discharge

1. l.

Penunjuk Kedudukan (Position Indicator)

Menunjukkan kedudukan ACB samada CONNECTED, TEST atau DISCONNECTED.

http://abmutara.wordpress.com

Page 10

1. m.

Penutup Palang Bas / Interlock Shutter

Penutup ini akan menutup palang bas apabila ACB dikeluarkan.

1. n.

Pendawaian Elektrik dan Penyambungan

Pendawaian yang penting ialah pendawaian diantara geganti ke gelong shunt trip, yang lain ialah
pendawaian untuk gelong tanpa voltan dan untuk sesentuh tambahan. Oleh sebab ACB boleh
dibawa keluar maka penyambungan pendawaian ini perlulah melalui satu penyambungan yang
sesuai seperti sliding contact.

1. o.

Closing Spring

1. p.

Kemudahan Kunci atau Padlock

Untuk mengunci ACB supaya tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan.

1. q.

Sesentuh Tambahan

Untuk litar amaran dan petunjuk (indicator)

http://abmutara.wordpress.com

Page 11

11.

BINAAN

Komponen-komponen asas sesebuah ACB ialah:

11.1

Terminal-terminal
Tapak tetap
Sesentuh-sesentuh pengasing bagi pegun
Sesentuh-sesentuh pengasing roller (bergerak)
Sesentuh-sesentuh utama tetap, berhujung perak (silver)
Sesentuh-sesentuh utama bergerak, berhujung perak
Sesentuh-sesentuh arka tetap, berhujung rintangan aloi/logam campuran
Sesentuh-sesentuh bergerak, berhujung rintangan aloi/logam campuran
Magnetic de-ionization arc-chutes
Pelepas beban lampau (overload release)
Pelepas bawah kadaran voltan (undervoltage release)
Bar pelantik
Tuil (lever) pelantik untuk pelepas bawah kadaran voltan dan pelantik pirau
Himpunan mekanisma penutup
Punatekan-punatekan, buka (O), tutup (1)
Penunjuk-penunjuk mekanikal: spring berbeban, spring tanpa beban, buka-tutup
Tuil spring berbeban secara manual
Gear pengurang kelajuan bagi motor yang diputar, untuk spring berbeban otomatik
Alat pengunci mekanikal yang menghalang pemutus litar daripada dikeluarkan ketika
keadaan tertutup untuk pemutus litar yang boleh ditarik keluar sahaja
Rel peluncur (untuk ACB yang boleh ditarik keluar sahaja)
Pelepas penutup
Pelantik pirau
Sesentuh-sesentuh tambahan (alat bantu)
Sesentuh-sesentuh peluncur tambahan/alat bantu (bagi pemutus litar jenis boleh ditarik
keluar)

Himpunan Mekanisma Pengatup (Closing Mechanism Assembly)

Kesemua tenaga yang diperlukan untuk mengatup ACB dicas dan disimpan didalam mekanisma
tenaga tersimpan (stored energy mechanism). Operasi mengecas boleh dilakukan dengan tangan
atau secara elektrik, dengan menggunakan motor elektrik.

http://abmutara.wordpress.com

Page 12

Pada pemutus litar yang dikendali dengan tangan, mekanisma tersebut dicas oleh satu daya tetap
menggunakan sebuah tuil pengecas manual (manual charging lever).

Pada pemutus litar yang dikendali secara elektrik, mekanismanya dicas oleh sebuah motor
elektrik.

11.2

Arc Chute

Arka, satu aspek gangguan arus yang pasti berlaku, dipadamkan oleh plet-plet pemisah arka (arc
splitter plates).

Plet-plet pemisah arka terkandung didalam arc chute

11.3

Sesentuh-Sesentuh

Kesemua sesentuh terdiri daripada aloi perak (silver alloy) yang mempunyai keupayaan
gangguan litar pintas serta keupayaan memutus dan menyambungkan yang jelas.

Terdapat dua jenis sesentuh iaitu sesentuh utama yang membawa arus beban dan sesentuh arka
yang tidak membawa arus beban. Sesentuh utama termasuh didalam litar utama bagi sebuah
pemutus litar. Sesentuh arka terbuka bila pemutus litar berada didalam kedudukan tertutup.
Sesentuh arka tertutup sebelum dan terbuka selepas sesentuh utama. Ini bagi menggantikan
sesentuh utama daripada cepat rosak disebabkan oleh arka.

11.4

Rupa Bentuk Pemasangan (Mounting Configuration)

Terdapat dua rupa bentuk pemasangan:

http://abmutara.wordpress.com

Page 13

Jenis dipasang tetap


Jenis boleh ditarik keluar

Jenis dipasang tetap adalah jenis dimana ACB dipasangkan ke dalam papan suis utama dengan
menggunakan bolt dan nut.

Jenis boleh ditarik keluar pula adalah dimana ACB boleh ditarik keluar, berbeza daripada jenis
dipasang tetap, kerana jenis ini mempunyai satu mekanisma boleh ditarik keluar bagi
membolehkan ACB tersebut ditarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan penyenggaraan.

Mekanisma boleh ditarik keluar tersebut membenarkan ACB mengambil sebarang dari
kedudukan-kedudukan yang berikut:

Bersambung (kedua-dua litar kawalan dan litar utama disambungkan)


Ujian (litar utama diputuskan, tetapi litar kawalan masih tetap bersambung bagi
membolehkan ujian dilakukan)
Terputus (kedua-dua litar utama dan litar kawalan diputuskan)

11.5SENGGARAAN ACB

Diantara kerja-kerja senggaraan ACB ialah:

1. d.

Sesentuh utama dan sesentuh arka

Gosok dengan kikir halus atau emery paper mana-mana yang sesuai untuk melicinkan
permukaan sesentuh dari kesan arka. Sebaik-baiknya ikut cadangan pihak pembuat. Sesentuh
yang telah rosak teruk boleh ditukar kepada yang baru.

http://abmutara.wordpress.com

Page 14

1. e.

Arc Chute

Cuci dan bersihkan dengan berus, penyedut hampagas atau lain-lain alat yang sesuai.

1. f.

Sesentuh Utama

Ambil bacaan rintangan sesentuh utama dan bandingkan bacaannya dengan data dari pembuat
ACB tersebut. Bacaannya ohm nya selalunya kecil sahaja. Kalau bacaan ohm nya tinggi sila
laraskan contact pressure arm sehingga bacaan yang rendah diperolehi.

1. g.

Pelinciran

Minyakkan (lubricate) bahagian-bahagian yang memerlukannya dengan cecair pelinciran yang


dusyorkan oleh pembuat seperti vaselin oil dan sebagainya.

1. 12.

Ujian ACB

Ujian yang perlu dibuat kepada sebuah ACB ialah:

1. Ujian operasi ON dan OFF kan ACB untuk memastikan ianya boleh dikendalikan
dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
2. Ujian suntikan secondary untuk memastikan ia akan terpelantik apabila berlaku
kerosakan pada tahap yang ditentukan.

http://abmutara.wordpress.com

Page 15

3. Ujian penebatan untuk menentukan penebatan diantara fasa dengan fasa dan dengan
bumi adalah baik (minima 0.5 megaohm)
4. Ujian sesentuh untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebehi dari nilai
yang di syorkan oleh pembuat ACB

1. 13.

PEMUTUS LITAR BEKAS BERACUAN (MCCB)

Pemutus litar bekas beracuan merupakan sebuah perkakas suis voltan rendah yang padu. Ianya
menyambung dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa. Ketika
keadaan luar biasa, litar terputus secara otomatik.

MCCB telah digunakan secara meluas didalam pepasangan moden, terutamanya di dalam
bangunan-bangunan dan loji perindustrian bagi menggantikan Fius Suis atau Suis Pisau (fused
knife switches).

Piawaian yang sesuai untuk MCCB ialah B.S 4752, yang mengandungi kesemua keperluan
teknikal yang khusus. Arus Interrupting Capacity hendaklah tidak kurang dari 43KA rms.

13.1

Binaan

Badan MCCB diperbuat dari glass reinforced polyester moulded case. Binaan dalamnya pula
hampir menyerupai dengan sebuah MCB. MCCB selalunya mempunyai 3 kutub sebab ia
lazimnya digunakan untuk litar 3 fasa. Kadaran arusnya dari 60A sehinggalah melebihi 1000A.
MCCB mempunyai ciri-ciri tambahan berikut bila dibandingkan dengan MCB.

1. Butang pelantik
2. Ciri-ciri masa / arus boleh laras
1. Memperuntukkan bahan tambah boleh pilih (optional accessories) seperti gelung
pelantik pirau, sesentuh tambahan dan sebagainya

http://abmutara.wordpress.com

Page 16

13.2

Alat Pelantikan

Alat pelantikan otomatik yang digunakan didalam MCCB adalah samada dari jenis magnetichaba atau jenis magnetik hidrolik.

13.3

Ciri-Ciri Pelantikan

Dua jenis pelantikan ialah pelantikan jangka masa lama dan pelantikan jangka masa sertamerta.

Piawaian British menghendaki MCCB dari jenis B.S 4725 seharusnya tidak berkendali ketika
membawa arus kadarannya secara berterusan. Bagi MCCB yang mempunyai arus kadaran tidak
melebihi 63A seharusnya tidak terpelantik dalam masa 1 jam (masa lazim) bila membawa arus
1.05 kali arus kadaran, tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam berikutnya, jika arus
meningkat ke 1.35 kali ganda arus kadarannya. Bagi arus kadaran yang melebihi 63A, masa
lazimnya menjadi 2 jam.

13.4

Shunt Trip coil

Salah satu dari beberapa assessori pilihan yang boleh dipasang didalam MCCB ialah shunt trip
coil untuk tujuan perlindungan rosak ke bumi dan juga untuk pelantikan kawalan jauh (remote
tripping).

Untuk pelantikan rosak ke bumi, shunt trip coil hendaklah disambungkan kepada sesentuh
pelantikan (tripping contact) sebuah geganti bocor ke bumi (earth leackage relay (ELR) atau
Earth Fault Relay (E/F).

13.5

Mekanisma Pensuisan

http://abmutara.wordpress.com

Page 17

1. a.

Kendalian (ON, OFF, RESET):

Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila pemutus litar telah terpelantik,
asingkan kerosakan daripada litar, kemudian alihkan pemegang (handle) ke arah OFF untuk
menempatkan semula (to reset) pemutus litar tersebut. Selepas kendalian RESET pemutus litar
sekarang sudah bersedia untuk disuiskan ON. Rujuk rajah 2.

RAJAH 2

1. b.

Penunjuk Terpelantik (Trip Indication)

Sekiranya pemutus litar terpelantik secara otomatik, pemegang akan berada ditengah-tengah
antara kedudukan ON dan OFF (rajah 3)

RAJAH 3

1. c.

Mekanisma Trip Free (Trip Free Mechanism)

Walaupun pemegang pemutus litar tersebut berada dikedudukan ON, mekanisma pensuisan akan
terpelantik bila arus lampau mengalir (rajah 4).

http://abmutara.wordpress.com

Page 18

MCCB Dibandingkan Dengan Fius Suis

Butiran

MCCB
Fius Suis
Keselamatan
Terdapat ruang pemadam arka (arc chamber)
Tiada ruang pemadam arka
Perlindungan fasa tak seimbang
(single phasing)
Kesemua fasa terputus walaupun arus lampau berlaku didalam satu fasa sahaja, kerana itu
kemungkinan motor tiga fasa berkendali pada dua fasa tidak ujud
Arus lampau yang berlaku didalam satu fasa menyebabkan fius yang melindungi fasa-fasa
tertentu terputus, kerana itu, ujud kemungkinan motor tiga fasa berkendali pada dua fasa
Penggantian selepas setiap kerosakan berlaku
Tidak perlu
Fius terbakar perlu diganti baru
Pemberian semula bekalan selepas setiap kerosakan berlaku
Senang diberikan semula bekalan, dengan membuat RESET
Penggantian fius terlalu rumit (troublesome) dan memakan masa
Alat-alat tambahan
Pelantikan dibawah kadaran voltan yang dikawal secara jauh, pelantikan pirau, sesentuh
tambahan boleh diperolehi
Tiada
http://abmutara.wordpress.com

Page 19

14. Ujian MCCB

Ujian biasa yang lazimnya dibuat kepada MCCB ialah:

1. Ujian operasi ON dan OFF MCCB untuk memastikan ianya boleh dikendalikan dengan
sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
2. Ujian suntikan secondary Bagi MCCB yang dilengkapkan dengan shunt trip coil, ujian
suntikan secondary perlu dilakukan untuk menentukan ia boleh terpelantik apabila
berlaku kerosakan melebihi had-had yang tertentu.
3. Ujian penebatan untuk menentukan nilai rintangan penebatan diantara fasa dengan fasa
adalah baik (minima 0.5megaohm).
4. Ujian keterusan sesentuh utama untuk memastikan nilai rintangan sesentuh utama tidak
tinggi (melebehi dari yang disyorkan oleh pembuat). Jika rintangannya tinggi,
menunjukkan keadaan sesentuh yang kurang baik dan boleh mengakibatkan lampau
panas (overheating).

15.

FIUS BOLEH DAWAI SEMULA

Alat pelindung yang terawal iaitu fius boleh didawai semula, atau kadang kala dikenali sebagai
fius separuh tertutup (semi enclosed fuse), mengandungi seutas dawai fius yang nipis, dipegang
diantara terminal-terminal yang terletak didalam pemegang bakelite atau porcelain. Ianya
digambarkan di Rajah 1

Ianya dimasukkan didalam litar yang dilindungi dan saiz dawai fius disesuaikan kepada kadaran
litar tersebut. Fius tersebut direka supaya sekiranya arus melebihi arus yang dikadarkan bagi litar
itu, dawai atau elemen fius akan cair dan memutuskan litar.

Fius jenis dawai ini tidak mempunyai titik lebur yang tertentu. Oleh itu apabila berlaku litar
pintas fius akan cair dan arka yang terhasil tidak terkawal atau terbendung. Selalunya ia boleh
merosakakan tapak fius serta pembawa fius (fuse base and carrier). Kadaran fius dawai tidaklah
tinggi iaitu kurang dari 30A.

http://abmutara.wordpress.com

Page 20

16

FIUS HRC

Fius HRC (High Rupcturing Capacity) mempunyai badan yang diperbuat dari ceramik. Terdapat
satu atau lebih elemen fius didalamnya, bergantung kepada kadaran arus. Elemen fuis dikelilingi
oleh insert arc quenching filler seperti gramulated quartz, untuk menyerap arka yang terjadi.
Di kedua-dua hujung fius terdapat tin-plated copper atau brass end caps dan biasanya tinplated copper tag terminations. Bagi fius HRC melebihi 60A end cap selalunya mempunyau
lubang atau slot bagi tujuan mengikatnya dengan sekeru.

Sebuah fuse-link yang tipikal ditunjukkan di Rajah 2.

Ciri-Ciri Bagi Fius HRC Dan Fius Boleh Didawai Semula

Istilah-istilah berikut digunakan ketika membicarakan tentang fius:

Kadaran arus (rated current):

Ini adalah arus maksimum yang akan dibawa oleh fius secara berterusan tanpa menukar sifatsifat pada elemen fius tersebut.

Arus lebur (fusing current / rupcturing current):

Ini adalah arus minima yang akan meleburkan elemen fius

Faktur Fius (fusing factor):

http://abmutara.wordpress.com

Page 21

Faktur Fius ialah nisbah diantara arus lebur dan kadaran arus.

Arus lebur
Faktur Fius

---------------Kadaran arus

Jadual dibawah menunjukkan berbagai keupayaan bagi fius HRC dan fius yang boleh didawai
semula.

Ciri-ciri
Jenis Fius
Boleh didawai semula (B.S 3036)
HRC
(B.S 88)
HRC
(B.S 1361)
Faktur Fius
Tidak melebihi 2
Tidak melebihi 1.25 untuk jenis P dan
Tidak melebihi 1.5 untuk kelas Q1
Tidak melebihi 1.5
http://abmutara.wordpress.com

Page 22

Keupayaan Putus
(KA rating)
Maksima 12,000A
80KA pada 415V A.C
16.5KA pada 250V dan
33KA pada 415V AC

17.

PEMUTUS LITAR KECIL (MCB)

Pemutus litar kecil ialah sebuah alat mekanikal yang padu digunakan untuk menyambung dan
memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa, seperti ketika arus lampau dan
litar pintas. Dalam keadaan luar biasa litar terputus secara otomatik. Ia dicipta bagi
menggantikan penggunaan fius yang tidak melebihi 60A.

MCB ditentukan didalam BS 3871 yang mengaitkan tentang pemutus litar yang mempunyai
bekas tertutup rapat bagi tujuan perlindungan mekanisma dan ciri-ciri masa / arus yang tidak
boleh diubah-ubah. Ianya khusus untuk digunakan bagi perlindungan pepasangan elektrik
perusahaan, perdagangan dan kediaman.

Piawaian ini bersabit dengan pemutus litar yang mempunyai kadaran voltan hingga ke 415 volt.
Kadaran arus hingga ke 100 ampiar.

17.1

Binaan

Komponen utama bagi sebuah pemutus litar kecil ialah:

http://abmutara.wordpress.com

Page 23

1.
2.
3.
4.

17.2

Sebuah mekanisma pensuisan (a switching mechanism)


Sebuah alat pelantikan otomatik
Sebuah alat pemadam arka
Sesentuh tetap dan bergerak

Mekanisma Pensuisan MCB

1. d.

Kendalian (ON, OFF):

Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila MCB telah terpelantik,
pemegangnya (handle) akan berada di kedudukan ke bawah, baiki kerosakan, kemudian alihkan
pemegang ke arah ON (kearah atas). Sekarang MCB boleh berfungsi semula.

b. Jenis Magnetik-Hidrolik

Unit pelantik mengandungi sebuah gelung elektromagnetik dengan himpunan oil dashpot
sebagai terasnya (rajah 6). Penarikan angker (armature) ke dalam, yang mengerakkan mekanisma
pelantik auto (auto trip mechanism), boleh dilakukan dengan salah satu dari dua cara (rajah 6a
dan 6b).

Didalam pelantikan jangka masa lama (long delay tripping) daya gerak magnet arus lampau
menyebabkan teras magnetic cuba mengatasi spring dan rendaman minyak, dan bergerak dalam
teras.

Selepas satu masa lewat (delay), ianya akan menyentuh penutup silinder, yang akan
menyebabkan regangan litar magnet (magnetic circuit reactance) jatuh secara mendadak, supaya
angker tersebut ditarik ke dalam. Jika arus lampau mencapai paras pelantik sertamerta
(instantaneous-trip level), tarikan magnetic menjadi cukup kuat untuk menarik angker kedalam.

http://abmutara.wordpress.com

Page 24

c.

Alat Pemadam Arka (Arc Extinguishing Device)

Pemadam arka seperti yang ditunjukkan di rajah 6 direkakan supaya bila berlakunya arka ketika
sesentuh terpisah, secara sertamerta dipesongkan ke pemisah arka (arc splitter). Dengan itu arka
segera dipadamkan.

17.3

Ciri-Ciri Bagi MCB

Ciri-ciri masa-arus yang biasa terdapat bagi MCB diberikan didalam rajah dibawah.

Terdapat dua jenis pelantikan iaitu pelantikan jangka masa lama dan pelantikan jangka masa
sertamerta.

Sesebuah MCB yang terpelantik secara otomatik dengan masa kendaliannya tidak melebihi 0 1
saat diistilahkan sebagai pelantikan jangka masa sertamerta (instantenous).

Piawaian British (British Standard) menghendaki, MCB dari jenis B.S 3871 seharusnya tidak
berkendali ketika membawa arus kadarannya secara berterusan. Ia juga dikehendaki supaya
terpelantik dalam masa 1 jam sekiranya arus ialah 1.5 kali ganda arus kadaran (bagi arus kadaran
hingga 10A) atau 1.35 kali ganda arus kadaran (bagi arus kadaran lebih daripada 10A).

17.4

Kebaikan MCB Berbanding Dengan Fius HRC Atau Fius Boleh Didawai Semula

1. Ciri-ciri pelantikan beban lampau telah ditentukan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh
diubah-ubah
2. Keupayaan MCB boleh diuji, ditentukur atau ditempatkan semula (reset)
http://abmutara.wordpress.com

Page 25

3. Litar-litar yang rosak begitu mudah dikenalpasti


1. Bekalan boleh dibekalkan dengan mudah dan segera, bila kerosakan telah
diperbaiki

18.

FIUS SUIS

Fius Suis adalah satu alat pengasing untuk ON dan OFF secara manual tetapi dilengkapkan
dengan fius HRC untuk memberi perlindungan litar pintas. Fius berserta dengan pemegangnya
bertindak sebagai elemen yang menyambung dan memutuskan bekalan.

Fius Suis lazimnya digunakan untuk litar tiga fasa (TPN). Kadaran standard ialah 60A, 100A,
160A, 200a, 300A, 400A, 500A, 600A, 800A.

Jenis fius yang digunakan mestilah HRC kerana kadaran arusnya yang tinggi. Jenis center tag
dan off tag adalah yang biasa digunakan, manakala jenis round cap tidak boleh digunakan kerana
sentuhan yang tidak kukuh untuk menampung arus yang tinggi.

19.

SUIS FIUS

Suis Fius hampir menyerupai fius suis tetapi mempunyai perbedaan berikut:

1.
2.
3.
4.

Fiusnya berkadaran 60A dan kurang


Ia digunakan lebih kepada satu fasa, terdapat juga jenis tiga fasa
Fius dari jenis round cap, tanpa tag, boleh digunakan, tak perlu skrew dan nut
Ia tidak terpisah dari basbar bekalan apabila di OFF kan

http://abmutara.wordpress.com

Page 26

20.

SESENTUH TUKAR ALIH (Change Over Contactor)

Sesentuh tukar alih secara asasnya adalah sejenis pengasing, mengandungi dua set sesentuh
tetapi dalam satu-satu masa hanya satu sahaja boleh ditutup. Setiap sesentuh menerima bekalan
dari punca yang berlainan, lazaimnya satu bekalan dari TNB dan yang satu lagi dari janakuasa
tunggusedia. Pada satu-satu masa hanya satu sahaja bekalan boleh disambungkan ke palang bas
PSU. Ia mempunyai ciri-ciri interlock elektrikal dan mekanikal.

Sesentuh tukar alih mestilah mempunyai empat kutub, seperti yang dikehendaki oleh peraturan
elektrik 1994. Ini bermakna sambungan neutral hendaklah melaluinya. Kadaran arusnya
hendaklah sama dengan kadaran arus ACB, boleh mencapai beberapa ribu ampiar.

Tiada apa-apa komponen perlindungan dipasang pada sesentuh tukar alih sebab ia tidak
berfungsi sebagai pemutus litar. Namun begitu ia dilengkapkan dengan dua gelong kawalan
untuk membuka dan menutup sesentuh secara otomatik dan sebagai electrical interlock. Terdapat
juga sesentuh kecil tambahan untuk tujuan kawalan dan indication.

21.

BUS TIE / BUS COUPLER

Alat ini merupakan sebuah pengasing yang boleh menghubungkan dua kumpulan palang bas
yang berasingan. Satu kumpulan palang bas mengawal sebahagian beban manakala yang satu
lagi mengawal sekumpulan beban yang lain pula. Saiz palang bas kedua-dua kumpulan tersebut
hendaklah sama.

Penggunaan bus tie selalunya apabila terdapat dua atau lebih punca bekalan walaupun dari pehak
yang sama (TNB atau sebagainya). Apabila salah satu punca bekalan terganggu, bekalan boleh
disalurkan dari punca yang satu lagi melalui bus tie tersebut.

http://abmutara.wordpress.com

Page 27

Apabila semua punca bekalan dalam keadaan normal bus tie selalunya dalam keadaan OFF.
Apabila berlaku gangguan dari mana-mana satu punca bekalan dan jika perlu baharulah bus tie di
ON kan.

Tiada komponen perlindungan diperlukan oleh bus tie. Ia lazimnya dikendalikan secara manual.
Sebagai langkah keselamatan tambahan ia selalunya dikunci dengan menggunakan kunci khas
(castle key).

22.

BEKALAN MASUK DAN KELUAR

Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah. Kalau PSU berada ditingkat bawah, tempat
dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah masuk melalui parit kabel (cable trench)
dan ditamatkan menggunakan kotak kabel (cable box) atau cable gland. Hujung kabel dipasang
telinga kabel (cable lug), melalui telinga kabel inilah kabel disambungkan menggunakan skrew
dan nut kepada pemutus litar.

Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui pemutus litar. Saiznya selalunya lebih kecil
dari kabel masuk. ia keluar melalui parit kabel atau melalui trunking atau dulang kabel (cable
tray), bergantung kepada kemana kabel tersebut pergi, samada ke dalam bangunan atau keluar
bangunan.

23.

ALATUBAH ARUS (C.T)

Alatubah arus diperlukan untuk mendapatkan arus yang lebih kecil supaya sesuai untuk tujuan
perlindungan dan pemeteran. Arus sebenar di palang bas dikecilkan mengikut nisbah-nisbah
tertentu supaya arus yang memasuki geganti (relay) dan meter ampiar tidak melebihi 5A. Dengan
cara ini geganti dan meter tidak perlu dibuat bersaiz besar, oleh itu menjimatkan kos dan lebih
praktikal.

Alatubah arus dipasang dipalang bas atau kabel dimana arus hendak disukat. Satu alatubah arus
perlu dipasang bagi setiap fasa dan neutral.

http://abmutara.wordpress.com

Page 28

1. 24.

GEGANTI

Geganti diperlukan untuk tujuan perlindungan. Geganti yang diperlukan ialah jenis arus
lebih/beban lebih dan rosak ke bumi atau bocor ke bumi. Geganti mendapat maklumat dari
alatubah arus dan akan menentukan tahap tertentu dimana ianya perlu menghantar signal kepada
shunt trip coil untuk memutuskan bekalan.

25.

METER VOLTAN

Meter voltan sangat penting untuk mengetahui adanya bekalan dan berada pada tahap yang
sepatutnya. Meter voltan untuk PSU bervoltan 415V boleh disambung terus kepada palang bas
sebab meter tersebut boleh menerima voltan 415V dengan selamat. Suis pemilih lazimnya
dipasang supaya satu meter voltan boleh membaca ketiga-tiga fasa. Fius hendaklah dipasang
pada litar meter voltan untuk perlindungan litar pintas.

26.

METER AMPIAR

Meter ampiar juga penting untuk mengetahui arus semasa yang mengalir didalam sesuatu
pemasangan. Untuk arus yang tidak melebihi 60A meter ampiar boleh disambung terus kepada
pengalir utama yang membawa arus beban. Bagi arus yang melebihi 60A pula meter ampiar
tidak boleh disambung terus kerana ia akan merosakan meter, oleh itu alatubah arus dengan
nisbah yang sesuai hendaklah digunakan. Lazimnya arus sekunder alat ubah arus hendaklah 5A.

27.

METER FAKTUR KUASA

Diperlukan untuk mengetahui faktur kuasa sesuatu pemasangan.

28.

METER KW DAN KWh

Untuk memberikan bacaan kuasa dan tenaga sesuatu pemasangan.

29.

LAMPU-LAMPU PENUNJUK

Untuk mengetahui terdapatnya bekalan dan sebagainya.


http://abmutara.wordpress.com

Page 29

30.

KAPASITOR BANK FAKTUR KUASA

Kapasitor bank dengan saiz KVAr tertentu diperlukan untuk memperbaiki faktur kuasa supaya
tidak kurang dari 0.85. Ini untuk mengelakkan ketidakcekapan penggunaan tenaga dan supaya
tidak didenda oleh pihak TNB.

31.

PENGECAS BATERI

Terdapat sesetengah PSU mempunyai pengecas bateri didalamnya. Bateri yang dicas mungkin
bateri janakuasa atau bateri sistem perlindungan.

32.

UJIAN PSU

Antara ujian-ujian untuk PSU ialah:

1. Ujian Penebatan antara fasa ke fasa ke neutral ke bumi


2. Ujian tekanan 2KV selama 1 minit
3. Ujian suntikan primary dan secondary

33.

PEMBUMIAN

Palang bas tembaga pembumian bersalut timah (tinned copper earthing bas bar) berukuran
seperti didalam jadual dibawah hendaklah dipasang dan di skrew pada keseluruhan panjang dan
tinggi papan suis. Palang bas bumi ini hendaklah disambungkan kepada elektrod bumi
pemasangan dengan menggunakan tape tembaga (copper tape) yang mempunyai ukuran yang
sama. Kesemua wayer-wayer bumi hendaklah disambungkan kepada palang bas ini dengan
menggunakan bolt dan nut.

Ukuran Main Earthing Bar dan Konduktor Bumi

Prospective Earth Fault Current for 1 sec duration

http://abmutara.wordpress.com

Page 30

Main Earthing Bars

Earthing Conductors
(No x mm x mm)
1 [ 20 kA
25 mm x 6 mm
1 x 25 mm x 3 mm
20 kA < 1 [ 30 kA
31 mm x 6 mm
2 x 25 mm x 3 mm
30 kA < 1 [ 40 kA
38 mm x 6 mm
2 x 25 mm x 3 mm
40 kA < 1 [ 50 kA
50 mm x 6 mm
2 x 25 mm x 3 mm

SAIZ-SAIZ PALANG BAS DAN KADARAN ARUSNYA


No
Ukuran Palang Bas Tembaga
(mm x mm) round edge
Kadaran Arus
(Ampiar)

http://abmutara.wordpress.com

Page 31

6.3 x 25
250
2

6.3 x 31.5
300
3

6.3 x 40
400
4

6.3 x 50
500
5

6.3 x 63
600
6

6.3 x 80

http://abmutara.wordpress.com

Page 32

800
7

6.3 x 100
1000
8

6.3 x 125
1250
9

2 x 6.3 x 50
1000
10

2 x 6.3 x 80
1600
11

2 x 6.3 x 100
2000

http://abmutara.wordpress.com

Page 33

You might also like