You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI

(Laporan)
MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI
KOPERASI SMK TAMAN TUANKU JAAFAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
BIL 1/2011
Tarikh: 26 Aprtil 2011
Masa: 2.00 petang
Tempat: Balai Konferensi, SMK Taman Tuanku Jaafar
Kehadiran:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Tn. Omar bin Ahmad Pengerusi


Pn. Hjh. Zainab binti Mohd. Nasir- Naib Pengerusi
Pn. Hjh. Ruzita binti Moharad- Setiausaha
Pn. Norhanisah binti Che Mat- Bendahari
Pn. Jarayah binti jais- Pengurus Belian
Pn. Noridah binti Noordin- Pengurus Jualan
Muhammad Amirun Ikhwan- AJK
Rhafain bin Ismail- AJK
Muhammad Iqmal fahmi AB Kadir- AJK
Rhafarren bin Ismail- AJK
Muhammad Aizat bin Azlan- AJK
Nur Shahlizah Aimi Ahmad Suhaimi- AJK
Nur Atiqah binti Othman- AJK
Amira Shafiwa binti Amran- AJK
Liyana Syamimi binti Jasni- AJK

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan mengucapkan terima
kasih.
1.2 Koperasi menjadi "landmark" sekolah kerana terletak di bahagian hadapan
bangunan sekolah. Keceriaan dan mural di koperasi perlu ditukar dan dicat semula.
1.3 Pengerusi juga menyatakan pada dasarnya sekolah tidak dibenarkan membuat
pembelian barang dari koperasi, tetapi sekiranya koperasi dapat membekalkan barang
yang lebih murah dari harga di luar, sekolah boleh berbuat demikian.
1.4 Mulai tahun depan, pengerusi akan menguatkuasakan pemakaian baju T sekolah
kepada semua pelajar yang memasuki kawasan sekolah. Koperasi diminta menjual baju
T berlengan panjang bagi kegunaan pelajar perempuan.
2.0 Mengesahkan Minit mesyuarat Yang Lalu
2.1 Pn. Jarayah binti Jais mencadangkan agar minit mensyuarat yang lalu.
2.2 Pn. Noranisah binti che Mat menyokong cadangan tersebut.

3.0 Membincangkan Perkara-perkara Berbangkit


3.1 Merujuk perkara 3.5, Pengerusi mencadangkan agar pihak koperasi membincangkan
dengan Pusat Pungutan Zakat Negeri Sembilan agar sebahagian wang zakat koperasi
disalurkan semula kepada sekolah, khususnya kepada surau.
(Tindakan: Bendahari)
4.0 Laporan Setiausaha
4.1 Setiausaha membaca laporan. (Lampiran 1)
4.2 Pengerusi menyatakan bahawa koperasi boleh menyumbang sehingga RM 5 000
kepada sekolah kerana koperasi tidak membayar sewa kepada sekolah.
4.3 Sumbangan boleh dalam bentuk pembinaan wakaf, kolam atau keceriaan sekolah.
5.0 Laporan Bendahari
5.1 Bendahari melaporkan kedudukan kewangan setakat ini ialah:
Kutipan bulan januari hingga Mac ialah RM 61 000.00
Jumlah pembayaran yang telah dibuat ialah RM 57 000.00
Pada 31 Mac 2011 jumlah wang di bank adalah RM 33 609.72
6.0 Laporan Pengurus Jualan dan Belian
6.1 Pn Jarayah Jais membaca laporan. (Lampiran 2)
6.2 Pada dasarnya pengerusi bersetuju untuk pembinaan garaj kereta menggunakan
tabung pembiayaan SKMM. Kajian keperluan perlu dibuat terlebih dahulu.
6.3 Pembinaan rak buku baru dan masalah anai-anai di koperasi boleh diatasi dengan
menggunakan duit koperasi.
6.4 Pengerusi mencadangkan agar gelanggang Petanque dimanfaatkan dan mesyuarat
meluluskan pembelian dua set bola petanque.
6.5 Baju T sukan harus dibuat mengikut cita rasa pelajar. pengerusi menyarankan
koperasi melihat contoh-contoh baju T yang dikeluarkan oleh syarikat sukan seperti
Adidas, Puma dan sebagainya.
6.6 Mulai tahun depan, pelajar diwajibkan mengenakan baju T sekolah sahaja apabila
berada dalam kawasan sekolah.

7.0 Pertukan Penanda Tangan Cek Koperasi


7.1 Kuasa menandatangani cek koperasi adalah mana-mana dua orang seperti di bawah:
1.
2.
3.

Pengerusi (Omar bin Ahmad) KP: 611111-04-5221


Bendahari ( Norhanisah binti Che Mat) KP 690705-03-5424
Setiausaha (Ruzita binti Moharad) KP 670608-01-5570

8.0 Hal-hal Lain

8.1 Pengerusi memberitahu tentang pemurnian blog yang akan diadakan pada 7 Mei
2011 de mada koperasi sekolah juga perlu membina sebuah blog/
8.2 Tarikh tentatif mesyuarat agung ialah 12 Oktober 2011.
8.3 Hari Koperasi Sekolah akan disambut pada bulan Jun
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.03 petang.

You might also like