You are on page 1of 84

AFZAN NOOR HISYAM BIN ISA

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

AFZAN NOOR HISYAM BIN ISA


( 16DTP11F1018 )

KILANG SAWIT CHINI 3,


FELDA PALM INDUSTRIES SDN. BHD
26690 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
DISEMBER 2012

DISEMBER 2012

PTSB

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

AFZAN NOOR HISYAM BIN ISA


( 16DTP11F1018 )

KILANG SAWIT CHINI 3,


FELDA PALM INDUSTRIES SDN. BHD
26690 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

DISEMBER 2012

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN

MUKA SURAT

Judul

Pengesahan Pelajar

ii

Isi Kandungan

iii

Penghargaan

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI


1.1 Pendahaluan

1- 2

1.2 Objektif Latihan Industri

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

1.4 Kepentingan Latihan Industri

5-6

BAB 2 Latar Belakang Syarikat

2.1 Sejarah FPISB

2.2 Latar Belakang Penubuhan Syarikat

- 2.2.1 Aktiviti Syarikat

- 2.2.2 Matlamat Syarikat

2.3 Polisi Syarikat


-2.3.1 Polisi Kualiti

10

-2.3.2 Polisi Keselamatan Dan Kesihatan

10

-2.3.3 Polisi Alam Sekitar

11

2.4 Prosedur-prosedur Pekerja Syarikat


-2.4.1 Pentadbiran Dan Pengurusan
2.5 Bahagian kewangan
2.6 Bahagian Pengurusan Sumber Dan Manusia

12
12 - 15
15
16 - 18

2.7 Latihan Di Peringkat Kilang


2.8 Carta Organisasi

18 19
20

BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


3.1 Pengenalan
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

21
22 - 29

BAB 4 PROSES PENGELUARAN MINYAK


4.1 Stesen Penerimaan ( BTS )

30

- 4.1.1 Proses Timbang

31

- 4.1.2 Stesen tuangan BTS ( Greding )

32

- 4.1.3 Loading Ramp

32

- 4.1.4 Kapstan ( capstan )

33

4.2 Stesen Penyucihama ( seterilizer )

34

- 4.2.1 Penyucihama (seterilizer )

35

4.3 Stesen Peleraian Dan Pemerah

36

- 4.3.1 Mesin Angkat ( crane )

37

- 4.3.2 Autofeeder

37

- 4.3.3 Pelerai ( Thresher )

39

- 4.3.4 Mesin Penghadzam ( Digester ) Dan


Pemerah ( Screw Press )
4.4 Pembersihan Minyak Kelapa Sawit

39
40

- 4.4.1 Bilik Minyak

40

- 4.4.2 Penapis Minyak Mentah ( vibrating screen)

41

- 4.4.3 Perangkap Pasir

41

4.5 Loji Isi Sawit


- 4.5.1 Cake Breaker Conveyor

BAB 5

43

- 4.5.2 Depricarper

43

- 4.5.3 Pemecah Biji Sawit ( Nut Cracker )

43

- 4.5.4 LPTS ( Light Particles Transport System

44

- 4.5.5 Jeriji Bergetar ( Vibrating Through )

45

- 4.5.6 Hidrosiklon

45

- 4.5.7 Silo Pemanas

45

- 4.5.8 Kernal Bunker

46

5.1 LOJI KUASA STIM

47

- 5.1.1 Kegunaan Stim Dalam Industri


- 5.1.2 Kendalian Loji kuasa Stim
5.2 Rawatan Air

BAB 6

42

47
47 - 51
52

- 5.2.1 Proses Penjernihan Air

52

- 5.2.1.2 Rawatan Air ( Boiler )

54 55

LAPORAN KERJA YANG DIBERIKAN

56

- 6.1 Kerja ( Overhaul Conveyor Horizontal )

56 60

- 6.2 Kerja Pembaikan untuk Pam Mengantikan

61 65

( mechanical seal )
BAB 7

KESIMPULAN
- 7.1 Komen
- 7.2 cadangan
- 7.3 kesimpulan

66 - 67
67
68 - 70

Rujukan
Lampiran

71

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH
AFZAN NOOR HISYAM BIN ISA
(16DTP11F1018)

DI
FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD
KILANG SAWIT CHINI 03,
26690 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada


Pensyarah Penilai Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Mekanikal

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

DISEMBER 2012

PENGESAHAN PELAJAR

Saya akui laporan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan,gambar dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.
Tandatangan

Nama Pelajar

: AFZAN NOOR HISYAM BIN ISA

No. Pendaftran

: 16DTP11F1018

Tarikh

: 1 MEI 2013

PENGURUS,

( ENCIK ABDUL KADIR MUHAMMAD )


PENGURUS KILANG SAWIT CHINI 03

ii

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH


SESI DISEMBER 2012

BIODATA PELAJAR

NAMA

: AFZAN NOOR HISYAM BIN ISA

NO PENDAFTARAN

: 16DTP11F1018

NO KAD PENGENALAN : 930311065639


KURSUS

: DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN

JABATAN

: KEJURUTERAAN MEKANIKAL

INSTITUSI

: POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

FIRMA LATIHAN

: KILANG SAWIT CHINI 3,


FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD,
26690 CHINI PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

NAMA PENGURUS

: ABDUL KADIR BIN MUHAMMAD

TEMPOH LATIHAN

: 17 DISEMBER 2012 03 MEI 2013

iii

PENGHARGAAN

Setinggi-setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan


Kilang Sawit Chini 03 kerana telah memberi peluang saya menjalankan latihan
industri dikilangnya selama 6 bulan.Khasnya buat En. Abdul Kadir Bin
Muhamad selaku pengurus di kilang ini dan menguruskan hal kami semasa
menjalani latihan industri di organisasi ini. Selain itu, En. Ismail Bin jaffar selaku
penyelia saya kerana Beliau juga telah banyak membantu saya dalam
menjalankan kerja-kerja dikilang ini terutama yang saya tidak mahir. En Ismail
juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang penggunaan alatan terutama
yang berkaitan denga mesin dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul.
Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja kilang terutama dalam bahagian
mekanikal telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok
kilang. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam
pekerjaan pada masa yang akan datang.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan
Industri dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas
menjalani latihan industri dan penyediaan laporan latihan industri.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku
laporan dan menamatkan latihan industri selama 6 bulan.
iv

BAB 1
PENDAHALUAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah saya


menamatkan latihan industry dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan
serta menyediakan laporan industry saya pada masa dan waktu yang
dikehendaki oleh jabatan saya.
Dalam tempoh masa 6bulan bermula pada 17 DISEMBER 2012 sehingga 3
MEI 2013 , saya telah menjalankan latihan industry di syarikat KILANG SAWIT
CHINI 03 FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD Dalam tempoh saya berada di
organisasi ini, saya dapat melalui pengalaman baru dalam hidup saya terutama
di dalam alam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi ini saya dapat
mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di politeknik dan
mengenali bahan, kelemgkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan
industri.
Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini ialah , bagi saya
dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan
yang sebenar. Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar
dan dapat membuka minda untuk memikirkan bagaimana sesuatu produk itu
dihasilkan dan mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah yang timbul
semasa berada di tempat kerja. Ianya juga dapat membantu kami menambah
keyakinan diri terhadap kemampuan kami.
1

Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih
pelajar seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan
sekerja dan juga pihak atasan. Di dalam latihan industri ianya akan memberi
peluang kepada saya untuk mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik
bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga
adalah salah satu aspek penting yang di titik beratkan dalam alam pekerjaan.
Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin,
bertanggungjawab, membuat keputusan untuk dan berupaya menguji
keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif
untuk melahirkan graduan yng berkuliti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi
kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang.

1.1 Objektif Latihan Industri


Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik
perlulahmenjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu
selama 6 bulan . Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang
diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum di anugerahkan sijil atau diploma
daripada Politeknik Kementeriaan Pengajian Tinggi . Setiap pelajar perlu lulus
latihan industri sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya . Di antara
objektif utama latihan industri ini wujud adalah :
i.

Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.

ii.

Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di


politeknik denganaspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.

iii.

Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama


pekerja di firmatersebut.

iv.

Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan


berkeyakinan tinggisemasa latihan industri dijalankan dan dimasa
akan datang.

v.

.Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas


tamat pengajiandi Polisas kelak.

vi.

Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang


diarahkan oleh politeknik seperti menyediakan buku laporan industri.

1.2 Objektif Laporan Latihan Industri


Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu,
maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap
dan mengikut piawaian yangtelah ditetapkan
oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh
manakahkeberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang
tempoh tersebut. Laporanini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting
dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia
juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temudugakelak
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarahpensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar
semesta yang berikutnya. Suatu kerja yangdilakukan secara baik tidak memberi
makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk
dijadikan bahan rujukan kelak.
Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari
pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahanarahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah
mudahdifahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihakpihak lain untuk penilaianserta rujukan terhadap laporan tersebut.Dengan itu,
dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan
segalateknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteran mekanikal
khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak secara langsung atau tidak langsung
4

1.3 Kepentingan Latihan Industri


Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang mem
beri peluang kepadaseseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesididalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari
pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung iadapat melipat gandakan
kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu
sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam
sesuatu bidangkerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut
sangat penting untuk menjadikanseseorang pelajar itu yang terbaik dalam
bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang
bakal merealisasikan segala cita-cita danimpian ketika belajar. Segala
penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan
industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri.
Secara tidak lansung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di
dalam alam pekerjaan sebenarnya dalah tidak semudah yang dipelajari dalam
bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini
tidak dinafikan kerana secaraumum sesebuah firma amat mengutamakan
individu yang memiliki ilmu pengetahuan yangtinggi disamping pengalaman
bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebutmenawarkan
tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.
Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah
sangat besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang
diperolehi semasa tempoh latihansebagai panduan dan bekalan untuk dimasa
akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa
dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin
kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta
menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan
cemerlang kelak.

BAB 2
LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 Sejarah Felda Palm Industries Sdn. Bhd.


Felda Palm Industries Sdn. Bhd. Adalah sebuah syarikat berhad dalam
kumpulan FELDA. Ia merpkan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara
iaitu minyak sawit mentah dan isi sawit.
Pensyarikatan perbadanan : Pada 31 Disember 1995, Perbadanan kilang
felda di bubarkan di bwah seksyen 43 (4) Akta Kemajuan Tanah 1996.
Sehubungan itu dengan proses pensyarikatan , semua fungsi dan aset bersih
perbadanan yang telah di bubarkan telah di ambil alih oleh syarikat perbadanan
iaitu Felda Palm Industries Sdn. Bhd. Yang di perbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965 pada 1 hb Januari 1996. Kilang sawit pertama di tubuhkan di
Malaysia adalah Kilang Sawit Jerangau di Terengganu. Kini jumlah kilang sawit
(FPISB) di Malaysia telah meningkat , 64 buah di semenanjung dan masingmasing 6 buah di Sabah dan 1 buah di Sarawak dengan keupayaan
memproses 48/28 tan buh sawit (BTS) sehari.
Kadar penggunaan kilang berbanding dengan kapasiti sebenar ialah 73%
berbanding dengan 72% yang dicapai pada tahun sebelumnya. Kadar
penggunaan kilang adalah diukur berdasarkan penggunaan sebenar
berbanding dengan kapasiti keupayaan kilang memproses iaitu mengikut
jumlah bilangan mesin pemerah (Press) iaitu antara 40 tan sehingga 64 tan
sejam.
7

2.2 Latar Belakang Syarikat Kilang Sawit Chini 3


Kilang Sawit Chini 03 dalah ,erupakan anak syarikat salah satu anak
syarikat Felda Palm Oil Industries Sdn. Bhd. ( FPISB )
Kilang Sawit Chini 03 telah dikomersialkan pada tahun 1997. Ia mula di
operasikan pada tahun julai 1977. Kilang ini di bina berdekatan dengan ladang
kelapa sawit supaya dapat mengurangkan kos pengakutan. Matlamat utama
Kilang Sawit Chini 03 adalah untuk memperolehi mutu hasil yang baik dan
berkualiti dan dapat memenimakan kos pengeluaran.
Luas kawasan kilang ini ialah 15.735 hekta dan luas loji effluen adalah
23.1 hekta. Kapasiti atau keupayaaan kilang ini untuk memproses adalah 54
Mt/jam. Jumlah keseluruhan pekerja yang digunakan untuk menjalankan
operasi iaitu 2 shift. Shift pertama bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang
manakala shift kedua bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam. Waktu operasi
juga bergantung kepada penerimaan buah sawit atau Buah Tandan Segar (
BTS ) yang dihantar oleh pihak pembekala kepada kilang. Kilang Sawit Chini 3
ini mempunyai 2 bahagian keupayaan untuk memproses. Disini bahan mentah
adalah diterima daripada peneroka felda.
Sejajar dengan tujuan asal FPISB maka tujuan utama Kilang Sawit Chini 3
ini ditubuhkan untuk memproses Buah Tandan Segar ( BTS ).

2.2.1 Aktiviti Perniagaan


Kegiatan utama FPISB ialah memebeli buah kelapa sawit dan dirujuk
sebagai buah tandan segar (BTS) dari tanah rancangan felda. Operasi
pengilangan iaitu memproses BTS oleh kilang-kilang pemprosesan dang
menjual hasil keluaran. Hasil yang dikeluarkan dari aktiviti pemprosesan ini
ialah minyak sawit mentah (CPO), isi sawit (Kernel), dan baja abu tandan
(Bunch Ash) .
2.2.2 Matlamat Syarikat
I.

Berusaha memperolehi dan melabur dalam pembangunan sumber


manusia, proses dan teknologi di peringkat tempatan dan antarbangsa

II.

Mempelbagaikan hasil keluaran

III.

Mempertingkatkan daya saing di pasaran antarabangsa

IV.

Memproses buah kelapa sawit secara berkesan dan cekap dengan


memaksimumkn sumber yang da supaya dapat menghasilkn kualiti
produk sawit yang terbaik.

V.

Mewujudkan warga yang prihatin terhadap tanggungjawab sosial dan


alam sekitar

VI.

Memberi peluang maksimum kepada pemilik dan yang berkepentingan.

2.3 Polisi Syarikat


Syarikat mempunyai 3 polisi
2.3.1 Polisi Kualiti
a. Membekalkan produk sawit dan perhidmatan berkualiti dan menepti
kehendk pelangan melalui perhubungan yng baik dengan pembekal
buah sawit serta meningkatkan aktiviti pengeluaran dan perhidmatan
sokongan.
b. Mematuhi perundangan, peraturan dan lain-lain keperluan kualiti
berkaitan produk perhidmatan sokongan.
c. Meningkatkan secra berteruan kualiti produk sawit, perhidmatan dan
Sistem Pengurusan Kualiti melalui pemberian kuasa dan tangungjawab
kepada petugas, komitmen pengurusan dan peningkatan aktiviti-aktiviti
pengilangan.
2.3.2 Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
a. Melengkapkan semua petugas dan pelawat dengan alat perlindungan
keselamatan semsa berada dalam kawasan kilang.
b. Menyediakan dan menyelengarakan pekara yang berkaitan dengan
kebajikan , kesihatan dan keselamatan petugas dan sesiapa yang
berada di premisnya
c. Mematuhi semua undang-undang, peraturan piawaian dan lain-lain
keperluan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.
d.

Menyelenggara dan mematuhi sistem pengurusan bahan kimia dengan


baik dan selamat.
10

e. Mencegah kecederaan, kemalangan dan keadaan tidak sihat ,


meningkatkan secara berterusan keberkesanan Sistem Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan untuk membangunkan dn
memajukan budaya kerjaya selamat dan sihat.
f. Menyiasat semua insiden dan mengambil tindakan untuk memastikan
kejdian tersebut tidak berulang.
2.3.3 Polisi Alam Sekitar
a. Memenimumkan kesan pencemaran ke atas alam sekitar seperti udara,
air, dan tanah daripada aktiviti pengilangn melalui perlaksanaan
pencegahan pencemaran alam disemua peringkat.
b. Mematuhi semua undang-undang, peraturan, piawaian dan lain-lain
keperluan alam sekitar.
c. Menguatkuasakan dan melaksanakan setiap masa amalan baik
pengurusan alam sekitar yang telah dibangunkan dalam industry minyak
sawit.
d. Meningkatkan secara berterusan keberkesanan Sistem Pengurusan
Alam Sekitar untuk mencapai kesejahteraan alam sekitar di semua
projek.

11

2.4 Prosedur-prosedur Pekerja Syarikat


Jadual di bawah menunjukkan masa bekerja bagi Kilang Sawit Chini 3. Ia
adalah sama dengan waktu bagi pelajar yang menjalani latihan industri
HARI

8.00 pg

12.45 ptg

2.00 ptg

WAKTU
ISNIN

12.45 ptg
WAKTU KERJA

2.00 ptg
REHAT

4.15 ptg
WAKTU KERJA

SELASA

WAKTU KERJA

REHAT

WAKTU KERJA

RABU

WAKTU KERJA

REHAT

WAKTU KERJA

KHAMIS

WAKTU KERJA

REHAT

WAKTU KERJA

JUMAAT

WAKTU KERJA

REHAT

WAKTU KERJA

SABTU

WAKTU KERJA

AHAD

CUTI UMUM

Jadual 2.4.1 : jadual waktu bekerja

2.4.1 Pentadbiran Dan Pengurusan Kilang Sawit Chini 3


Panduan-panduan dalam melaksanakan sistem pengurusan di kilang-kilang
sawit telah ditetapkan oleh pihak ibu Pejabat.Di antara perkara yang perlu di
beri tumpuan di dalam pengurusan kilang sawit adalah:
a) Pentadbiran dan penjawatan
Berikut adalah tugas-tugas yang dilakukan di bahagian ini
I.

Ia merancang,mengurus dan mengarah semu aktiviti-aktiviti


penjawatan dan pentadbiran.

12

II.

Menjalankan penyelidikan mengenai keperluan kakitangan bagi


jangka pendek dan keperluan bagi jangka panjang sesuai dengan
perkembangan syarikat.

III.

Menjalankan pengawasan dan pengawalan ke atas fungsi-fungsi


perancangan,belanjawan,kewangan dan pengurusan jabatan.

b) Bahagian latihan
Berikut adalah tugas yang dijalankan di bahgian ini :
I.

Mengenal pasti kepeluan untuk semu kategori pegawai,


kakitangan dan pekerja

II.

Menyediakan program kursus keseluruhan dalam jangka masa


panjang, tahunan serta semasa mengadakan kursus-kursus
diperingkat kilang, zon dan ibu pejabat.

III.

Membuat penilaian kursus, laporan kursus serta ulangkaji


terhadap kursus yang dijalankan.

c)Bahagian perolehan
Berikut adalah tugas yang dijalankan di bahgian ini :
i.

Menyusun,

mencadang

dan

mengurus

peraturan-

peraturan dan tatacara mengenai:


a) Khidmat dan tender kontrak.
b) Belian dan bekalan.
ii.

Mengawal dan mengenal pasti kaedah-kaedah Sistem


Perolehan dari segi permohonan, belian dan penerimaan
barang.

13

d) Bahagian perancangan dan kawalan


Berikut adalah tugas yang dijalankan di bahgian ini:
I.

Buah tandan segar (BTS)

II.

Kawalan inventori

III.

Perancangan kilang

IV.

Pengurusan jualan minyak

e) Bahagian keawangan
Berikut adalah tugas yang dijalankan di bahgian ini:
I.

Merancang, menyusun dan mengarah aktiviti-aktiviti


Bahagian keawangan serta mencadang semua peraturan
keawangan.

II.

Mengarah perancangan, penyediaan dan penjagaan rekodrekod perakaunan. Mamaju dan mentadbir program pelaburan
yang mudah dan mengekalkan hubungan dengn insitusiinstitusi bank dan angensi luar.

III.

Mengarah, mengumpul dan menganalisa laporn-laporan


keawang, belanjawan dan kawalan pembelanjaan.

f) Bahagian operasi
Berikut adalah tugas yang dijalankan di bahgian ini:
I. Menyusun dan mencadang dasar-dasar dan peraturanperaturan operasi-operasi,menyelaraskan operasi-operasi
ibu pejabat dan peringkat kilang,memberi khidmat nasihat
dan pertolongan kepada pengurusan dan kakitangan
kilang.
14

II. Memberi arahan-arahan pentadbiran umum,mengadakan


mutu kerja,menilai operasi-operasi,menyesuaikan programprogram seperti yang dikehendaki.
III. Merancang,menyusun,mengawasi dan menyelaraskan
semua aktiviti-aktiviti perkilangan.
IV. Mengkaji penggunaan sumber-sumber secara maksimum
dan menentukan keutamaan-keutamaan bagi aktiviti projek.
g) Bahagian senggaraan
Fungsi bahagiam ini adalah seperti berikut:
I.

Menyelaraskan kerja-kerja selenggaraan besar berancangan


iaitu meliputi aspek penyediaan spesifikasi, penilaian tender,
kawalan kerja, pengesahan siap kerja dan permohonan
pembayaran ke atas kerja-kerja yang siap.

II.

Mengatur kerja pembaikan segera yang tidak dirancang


apabila diperlukan oleh kilang.

2.5 Bahagian kewangan


Pentadbiran Kewangan di selenggarakan bagi memenuhi 2 keperluan utama
iaitu perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.
Objektif Utama
1. Memproses dan menyimpan satu rekod yang lengkap bagi semua
urusniaga kewangan dan menyediakan penyata-penyata yang berkaitan.
2. Merancang, mengarahkan dan mengawal sumber-sumber wang tunai
yang ada.
15

3. Merangka dan membentuk sistem pentadbiran kewangan selaras


dengan peningkatan kecekapan pengurusan.
4. Menyediakan maklumat pengurusan yang mencukupi dan mengemas
kini selaras keperluan luar dan dalaman.
2.6 Bahagian Pengurusan Sumber Dan Manusia
Peringkat kilang sawit pengurusan sumber manusia adalah bergantung
kepada peringkat pengurusan di ibu pejabat. Segala pekara tertaluk di ibu
pejabat. Setiap pekerja akan di nilai mengenai pretasi kerja oleh pihak
pengurusan penilaian ini melibatkan pretasi kerja dan disiplin semasa bertugas.
Penilaian Prestasi Tahunan Petugas
Sistem penilaian prestasi petugas yang dibuat adalah meliputi petugas
bergaji bulanan dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan oleh pihak
ibu pejabat. Borang penilaian prestasi petugas bergaji bulanan (PBB) di pejabat
dan target dalam kerja. Penilaian prestasi pekerja dibuat oleh pihak pengurusan
pada bulan sebelum tarikh kenaikan gaji.
Insurans

16

Semua pekara yang berkaitan dengan polisi insurans seperti bayaran


premium dan penyelenggaraan tuntutan adalah di uruskan oleh ibu pejabat.
Sekiranya ada kes-kes kemalangan petugas, kehilangan kerosakan kepada
harta dan sebarang tuntutan atau dokumen daripada pihak ibu pejabat. Syarikat
mengambil polisi insurans yang meliputi perlindungan seperti berikut:
1. Polisi kebakaran
2. Polisi kecurian
3. Polisi tanggungan awam
4. Wang dalam perjalanan
5. Jaminan ketaatan
6. Insurans All Rinks

Larangan Menerima Hadiah / Keraian Dari Pemborong Atau Pembekal


Petugas dituntut supaya menyempurnakan tugas dan tanggungjawab
dengan cekap dan adil. Petugas adalah ditegah menceburi diri dalam kegiatan
dan amalan yang boleh menjejaskan pertimbangan diri seperti menerima
hadiah dan keraian daripada pembekal atau pemborong

17

Tatatertib
Tindakan tatatertib adalah merupakan langkah-langkah yang diambil ke atas
petugas yang melanggar peraturan syarikat. Tindakan boleh dikenakan ke aats
petugas yang mengingkari larangan dan peraturan yang ditetapkan ianya
mengikut jenis kesalah yng dilakukan oleh petugas. Bagi kes-kes yang
melibatkan salah laku, tindakan boleh diambil setelah proses siasatan
dilakukan. Bagi kes ketidak hadiran tanpa sebab, iaitu surat tunjuk sebab
hendaklah dikeluakan kepada petugas.
Apabila petugas didapati bersabit terhadap tuduhan salah laku dengan
keputusan disingkirkan daripada perhidmatan, petugas akan dimaklumkan
secara bersurat tentang keputusan temu siasat tersebut. Antara pekara penting
yang perlu dikemukan adalah akta peruntukan yang dikenakan, tarikh mula
disingkirkan dan kesalahan tersebut layak atau tidak untuk membuat rayuan.
2.7 Latihan Di Peringkat Kilang
Pengurus kilang adalah bertanggungjawab menyediakan latihan yang cukup
untuk memastikan petugas mereka berupaya melaksanakan tugas dengan
cekap dan berkesan.Aktiviti latihan di peringkat kilang boleh dibahagikan
kepada beberapa kategori seperti berikut:1. Aspek teknikal (Operasi,senggaraan automasi dan lain-lain)
2. Aspek pengurusan dan kualiti.
3. Aspek alam sekitar.
4. Aspek keselamatan dan kesihatan pekerja.
18

Pengurusan adalah bertanggungjawab melaksanakan TNA di


peringkat kilang bagi membentuk Program Latihan Tahunan.Pengurusan
kilang bertanggungjawab untuk Pelan Latihan Tahunan berdasarkan
cadangan daripada JKLK.Satu kalender latihan hendaklah dikeluarkan pada
akhir tahun untuk program tahunan berikutnya.JKLK bertanggungjawab untuk
menyemak dan mengubahsuai dari masa ke semasa
Terhadap kesesuaian kandungan modal latihan yang sedia ada.Dalam
persiapan untuk sesuatu program latihan perkara-perkara berikut hendaklah
dipastikan:
1. Pengajar
2. Bahan kursus
3. Pelatih (senarai nama)
4. Kemudahan-kemudahan latihan
5. Pentadbiran
Program latihan hendaklah dikendalikan mengikut jadual seperti kalendar
latihan. Petugas dan penyelaras program hendaklah bertanggungjawab
mengedarkan borang penilaian kursus setiap akhir sesi kursus. Rumusab
penilaian hendaklah disediakan untuk di bincangkan dalam JKLK. Kerani
bertanggungjawab menyediakan dan mengemaskinikan rekod Latihan untuk
setiap petugas.

19

2.8 CARTA ORGANISASI

ABDUL KADIR MUHAMMAD


( MILL MANAGER )

ABDUL MALIK SAFIAN


AHMAD TARMIZI ALIAS
( ASSISTANT MILL MANAGER )
( ASSISTANT MILL MANAGER )

AHMAD TARMIZI ALIAS


TAJUDDIN MORAD

ROSDI MANAP
ISMAIL JAAFAR

( FFB GRADING SUPERVISOR )


( OPERATION SUPERVISOR ) (
LABORATORY ASSISTANT )
( FORMEN )

ZAMRI MUHAMED

FINANCE CLERK )

ZAINAL ABIDIN MANAP


YAHYA ALI
( OPERATION SUPERVISOR )
( STORE CLERK )

LAMRI SAAT
ROSLAN ZALI

MOHD

ABD RAZAK ZAINAL ABIDIN

( BOILER HOUSE CHARGEMEN )


( UNION NEP )

( ELECTRIC CHARGEMEN )

20

BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 PENGENALAN
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang
ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab
yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyeliai. Setiap aktiviti atau tugas
yang dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini
akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktivitidan tugas saya yang telah
dijalankan semasa menjalani latihan industri pada satu semester iaitu dua puluh
minggu. Segala aktivitiyang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu
supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu
di sampingakan memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu
tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang
diumum oleh pihak syarikat.
Dalam menjalani latihan industri, saya telah di dedahkan dengan banyak
perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik,
saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan
ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya
menjalani latihan industri. Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya
21

telah ditempatkan di bahagian penyelenggaraan mekanikal yang lebih kepada


kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara peralatan mesin dalam kilang.
Setiap pekerjaan yang ditugaskan telah dijadualkan oleh jurutera senggaran
untuk memudahkan tugas penyelenggaraan seterusnya pada setiap hari jumaat
kilang melakukan kerja ( prevention maintenance ) ianya bermaksud membuat
pemeriksaan dan menyelenggara peralatan mesin secara berjadual yang telah
ditetapkan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 7
jam sehari, bermula dari jam 08.00 a.m 04.00 p.m setiap hari bermula dari
hari Isnin Sabtu. Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya
menjalani latihan industri selama 20 minggu.

22

MINGGU PERTAMA (17 DISEMBER 2012 22 DISEMBER 2012)


AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINNGU INI
1. Tukar paip hydrocyclone
2. Mengantikan paip air yang mengalami kebocoran
3. Melapor diri di firma
4. Kemalangan kebakaran berlaku dalam kilang
5. Mempelajari membuat saluran paip
6. Ubahsuai kedudukan bearing
MINGGU KEDUA ( 24 DISEMBER 2012 29 DISEMBER 2012 )
1. Pasang paip
2. Pasang ( sprocket elevator )
3. Mempelajari cara menukar hanger bearing
4. Membaiki shaft
5. Membuat pemeriksaan pada ( kernel bunker ) dan pemeriksan pada
( despecth pump )
MINGGU KETIGA ( 31 DISEMBER 2012 5 JANUARI 2013 )
1. Mempelajari bagaimana proses buah tandan segar ( BTS )
2. Tukar ( endless sprocket )
3. Membaiki rail
4. Membuat pemerikasaan

23

MINGGU KEEMPAT ( 7 JANUARI 2012 12 JANUARI 2012 )


1. Membuat pemeriksaan pada mesin ( kernel heater silo )
2. Membuat lubang skru pada ( flanges )
3. Membuat pemeriksaan pada dinding tangki ( silo )
4. Mengantikan ( ribbon ) yang patah
5. Pasang bearing
MINGGU KELIMA ( 14 JANUARI 2013 - 19 JANUARI 2013 )
1. Membuat tapak motor ( kernel heater fan ) menggunakan plat
2. Mengemas bengkel
3. Pasang ( chute )
4. Membuat pemeriksaan pada sprocket elevator
5. Baiki kebocoran pada ( valve )
6. Kimpal ( bush thresher )
.
MINGGU KE ENAM ( 21 JANUARI 2013 26 JANUARI 2013 )
1. Baiki kebocoran pada con ( hydrocyclone )
2. Kemas bengkel
3. Fabricate chute
4. Pasang bearing F210
5. Membuat pemeriksaan pada ( fruit elevator )

24

MINGGU KE TUJUH ( 28 JANUARI 2013 2 FEBUARI 2013 )


1. Membuat sokongan bahagian bawah paip stim
2. Membuat projek yang diberikan oleh penyelia
3. Buang rantai
4. Membuang ( liner )

MINGGU KE LAPAN ( 4 FEBUARI 2013 9 FEBUARI 2013 )


1. Buang ( liner ) dan pasang ( liner )
2. Membuat kimplan pada ( liner )
3. Kemas bengkel
4. Buat ( plate form )
5. Pasang scrapers dan rantai untuk ( conveyer horizontal )
6. Pasang ( bucket elevator )
.
MINGGU KE SEMBILAN ( 12 FEBUARI 2013 - 16 FEBUARI 2013 )
1. Kimpal rail
2. Baiki bumbung
3. Membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan pada mesin seperti (
elevator ),( conveyer ) dan ( gear box )
4. Pasang chute
5. Baiki ( shaking grate ) kernel silo

25

MINNGGU KE SEPULUH ( 18 FEBUARI 2013 23 FEBUARI 2013 )


1. Potong paip
2. Cuti sakit
3. Kemas bengkel
4. baiki kebocoran pada paip
MINGGU KE SEBELAS ( 25 FEBUARI 2013 2 MAC 2013 )
1. Tukar liner mesin rolek
2. Fabricate paip untuk ( despecth pump )
3. Membuat pemeriksaan
4. Baiki kebocoran paip
5. Baiki rail
6. Mempelajari bahagian rolek
MINGGU KE DUA BELAS ( 3 MAC 2013 9 MAC 2013 )
1. Baiki tapak bearing
2. Fabricate chute
3. Baiki kebocoran
4. Pasang belting
5. Psang pump bomba
6. Potong plat

26

MINGGI KE TIGA BELAS ( 11 MAC 2013 16 MAC 2013 )


1. Kemas bengkel
2. Baiki plate form
3. Tukar bearing
4. Kimpal recond gear bunch
5. Membuat pemeriksaan
6. Kimpal ( LPTS ) cyclone
MINGGU KE EMPAT BELAS (18 MAC 2013 23 MAC 2013 )
1. Tukar belting ( digester )
2. Baiki plate form
3. Membuat pemeriksaan
4. Tukar valve ball ( autodesender )
5. Menyelia tempat kerja
6. Baiki kebocoran paip
,MINGGU KE EMPAT BELAS ( 25 MAC 2013 30 MAC 2013 )
1. Membuat pemeriksaan pada mesin rolek
2. Kemas bengkel
3. Membantu menukar liner
4. Servis pump
5. Buka rotor sleve rolek
6. Pasang rotor rolek

27

MINGGU KE ENAM BELAS ( 1 APRIL 2013 6 APRIL 2013 )


1. Membuat pemeriksaan pada ( autofeeder )
2. Pemeriksaan pada enjin jenset
3. Baiki ( shakin grate )
4. Baiki tapak motor
5. ( Prevention maintenance )
6. Ganti minyak ( gear box )
MINGGU KE TUJUH BELAS ( 8 APRIL 2013 13 APRIL 2013 )
1. Prevention maintenance
2. Mengantikan linear
3. Kemas bengkel
4. Baiki kerosakan rail track
5. Ganti minyak gearbox
6. Baiki kebocoran LPTS
MINGGU KE LAPAN BELAS ( 15 APRIL 2013 20 APRIL 2013 )
1. ( Buka net screen second stage )
2. Tukar ( mechanical seal )
3. ( greasing bearing )
4. ( Fabricate plate form C.B.C )
5. ( prevention maintenance )

28

MINGGU KE SEMBILAN BELAS ( 22 APRIL 2013 28 APRIL 2013 )


1. Ganti tali sawat pump C.O.P
2. ( Prevention maintenance )
3. Buat plate form
4. ( Greasing bearing )
5. Pasang pump air
6. Buka ( bucket elevator )
MINGGU KE DUA PULUH ( 29 APRIL 2013 3 MEI 2013 )
1. Penerangan mengenai stesen Boiler
2. Penerangan mengenai stesen Boiler
3. Mengikuti program hari keluarga yang di anjurkan oleh pihak kilang pada
30 1 Mei 2013
4. Pengesahan tamat latihan industri
5.

29

BAB 4
PROSES MINYAK KELAPA SAWIT

4.1 Stesen Penerimaan ( BTS )


Carta Proses Kelapa Sawit
Air Sungai

Buah tandan sawit (BTS )

Loji
Stesen Penerimaan BTS

Penjernihan
Air

Stesen Penyucihama

Wap

( seterilizer )
Stesen
dandang
setim

Stesen Pelerai/Pemerah
( Digester/theresher )

Sabut Tempurung

Stesen Loji
Isi Sawit
Isi Rong Sawit
30

Stesen Pembersihan Minyak


Kelapa Sawit ( Oil Room )
Minyak Sawit Mentah

4.1.1 Proses Timbang

Tujuan utama proses ini dijalankan untuk mendapatkan berat bersih


penerimaan dan penghantaran bahan mentah.Orang yang
dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan tugas ini ialah pengurus,
penolong pengurus,kerani timbang dan pembantu kerani timbang. Tugas juru
timbang dalah membuat timbangan terhadap penerimaan bahan mentah iaitu
bahan mentah ( BTS ) dan pengeluaran hasil seperti minyak sawit mentah, isi
sawit ( kernel ) dan sebagainya. Segala urusniaga masuk dan keluar perlu
ditimbang terlebih dahulu.
Proses ini menerangkan cara buah tandan segar di terima dari pembekal dan
peladang ,penjualan hasil kilang ditimbang dan di gredk supaya dapat menepati
kualiti bahan mentah yang standard sebelum di buat bayaran mengikut harga
selepas digred dan penjualan hasil kilang yang berkualiti. Proses ini dapat
membantu kilang supaya dapat menerima bts dan menjual hasil keluaran
kilang.
Di Kilang Sawit Chini 03 terdapat dua jenis penimbang iaitu ( Toledo ) dan (
Avery L 200 ). Timbang ( Toledo ) digunakan untuk menimnag hasil yang keluar
dari kilang sepertoi menyak sawit mentah ( cpo ), isi sawit (kernel ) , baju abu
tandan, tandan kosong dan sebagainya. Manaka penimbang jenis ( Avery L 200
) pula digunkan untuk menimbang bahan mentah yang diterima dari pembekal
iaitu buah tandan segar.

31

4.1.2 Stesen tuangan BTS ( Greding )


BTS dari stesen penerimaan atau timbangan lori akan dibawa masuk ke
kawasan tuangan

( greding ), BTS dituangkan ke tapak tuangan untuk proses

( greding ) oleh para petugas ( grader ). Untuk memastikan kualiti BTS akan di
periksa oleh grader dari segi tandan muda,tandan mengkal,tandan busuk dan
benda asing

Gambar rajah 4.1.2 : Tuangan


4.1.3 Loading Ramp

1. Petugas perlu memastikan gerabak ( cages ) kosong dan tesusun


sebelum BTS dituangkan kedalam ( cages )
2. Pengisian dibuat mengikut sistem FIFO dimana pam hidraulik supaya
BTS dan buah relai masuk kedalam gerabak kemudian pam hidraulik
akan ditutup selepas gerab penuh.
3. Setiap gerabak boleh memuatkan 2.5 MT petugas perlu memastikan

gerabak ini di isi dengan penuh.

32

gambar rajah 4.13 : Pengisian ( BTS ) ke dalam gerabak


4.1.4 Kapstan ( capstan )

Penggunaan kapstan untuk membantu penolakan gerabak masuk dan keluar


dari penyucihama (seterilizer ). Kapstan mempunyai tarikan dalam lingkungan
60 tan. kawasan ini adalah berisiko kemalangan setiap petugas perlu sentiasa
melakukan kerja mengikut Standard Operation Procedure ( SOP ). Setiap
petugas memakai pakaian keselamatan lengkap yang dibekalkan pihak
pengurusan kilang seperti kasut,sarung tangan topi keselamatan dan pelindung
telinga.

gambar rajah 4.1.4 : Capstan

33

4.2 Stesen Penyucihama ( seterilizer )

Ladang

Lori
i)

Pengakutan

Tapak tuangan
i)

Greding

ii)

Tolakan masuk

( Loading Ramp )
i)

Gerabak pengukusan

Proses seterusnya Stesen Penyucihama ( seterilizer )


34

4.2.1 Penyucihama (seterilizer )


Tekanan hendaklah dipastikan mencapai 40psi hingga 45 psi. Pastikan BTB
dimasak mengikut jangkamasa yang ditetapkan iaitu 90 minit..Penyuci hama
merupakan proses pengukusan BTS menggunakan stim yang diperolehi
daripada boiler. Proses ini penting dalam pemprosesan minyak mentah kerana;
1. Menghentikan kenaikan FFA dapat menghentikan tindakan enzim yang
pada suhu sekurang-kurangnya membolehkan mutu minyak yang
dihasilkan tidak berapa baik.
2. Memudahkan pemisahan buah sawit daripada tandan. Apabila haba
yang tinggi dikenakan, ia akan membantu proses peleraian buah (
threshing ).
3. Membantu memecahkan sel-sel minyak dalam mesolarp. Ini akan
memudahkan pengeluaran minyak daripada sabut.
4. Tekanan haba boleh menyebabkan isi sawit mengecut tidak melekat
pada tempurung dan sabut mudah renggang.
5. Memudahkan proses pemecahan biji sawit yang akan dijalankan di
stesen cracking.kelembapan biji sawit dan masa pengeringan dalam silo
biji sawit dapat dikurangkan.

Gambar rajah 4.2.1 Penyucihama (seterilizer )


35

4.3 Stesen Peleraian Dan Pemerah


BTS dari stesen penyucihama

Mengangkat
i) crane

Peleraian
i)

Autofeeder

ii)

Pelerai ( thresher )

iii)

Pengakut Buah relai

Pemerah
i)

Penghaadam ( digester )

ii)

Pemerah ( press )

iii)

Pengasingan pasir (sand trap )

iv)

Penapis minyak ( vibrating screen )

v)

Tangki minyak mentah ( cruide oil tank)

vi)

Pam minyak mentah (cruide oil pump )

36

4.3.1 Mesin Angkat ( crane )


Mesin angkat berfungsi mengangkat sekurang- kurangnya 12 buah gerabak
dengan muatan 2.5 tan ( BTS ) yang dikukus didalam masa 90 minit. Ia juga
digunkn untuk mengangkat dan mencurahkan ( BTS ) didalam ( Autofeeder )
dan dipulangkan ke atas ( rail track ) dalam masa 5 minit.

Gambar rajah 4.3.1 Proses mengangkat dan tuangan

4.3.2 Autofeeder
( Autofeeder ) berfungsi memastikan tandan tandan yang telah dikukus
dimasukkan pada kadar tetap ke dalam pelerai ( theresher ). Kadar masukkan
( BTS ) ke dalam pelerai hendakalah didalam lingkungan 0.5 tan ( BTS ) pada
setiapa minit.

37

Tandan yang masuk kedalam pelerai dengan ditolak oleh plat yang bergerak
dengan pusingan 1-5 rpm ( Autofeeder ) adalah bergantung kepada sistem
automatik di penghadam dimana ia memberi arahan kepada ( Autofeeder )
untuk berhenti apabila penghadzam telah penuh.

Gambar rajah 4.3.2 Autofeeder


4.3.3 Pelerai ( Thresher )
Pelerai adalah berfungsi untuk meleraikan buah- buah yng dikukus daripada
tandan.dalam pelerai biji akan lerai dan keluar melalui lubang-lubang dalam
pelerai. Pelerai terdiri daripada deram yang bergaris pusat 6 inchi yang
dipegang menggunkan ( Bolt ) kepada ( annular bar ) . Tiga topang yang
dipanggil ( spider arm ) dikancing ( bolted ) serta dikimpalkan kepada bahagian
deram. Didalam deram terdapat besi bersudut untuk menolak tandan kosong
keluar.

38

Gambar rajah 4.3.3.1 Thresher


4.3.4 Mesin Penghadzam ( Digester ) Dan Pemerah ( Screw Press )
Mesin penghadzam adalah alat untuk memisahkan bahagian mesokarp dan biji
sawit. Stim dibekalkan untuk mendapatkan suhu 95C supaya keadaan
mesokarp adalah lembut. Pisau didalam mesin digunakan untuk memisahkan
mesokarp dan biji sawit serta memecahkan sel minyak.

Gambar rajah 4.3.4 Digester

39

Mesin pemerah berfungsi mengeluarkan minyak daripada buah sawit, iaitu


minyak diasingkan dari fibre dan nut dengan cara ( press ) atau mampatan.
Terdapat 2 unit ( worm screw ) yang berpusing secara berlawanan dalam
sarang pemerah ( press cage ). Kon penutup ( screw press ) dijalankan dengan
menggunkan hidrolik. Apabila kon digerakkan tekanan akan meningkat dan
pemampat akan berlaku. Dengan ini minyak akan di perah dan keluar melalui
lubang-lubang kecil di sarang pemerah.
4.4 Pembersihan Minyak Kelapa Sawit
4.4.1 Bilik Minyak
Stesen bilik minyak merupakan bahagian yang amat penting bagi sesebuah
kilang sawit. Di sini minyak mentah akan menjalani beberapa peringkat. Selain
menjalani pemprosesan minyak mentah, aspek kebersihan juga amat
dititikberatkan bagi memastikan penghasilan minyak mentah bermutu tinggi dan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.Tujuan utama bahagian ini adalah
untuk memastikan dan menghasilkan minyak yang bermutu tinggi dan
kehilangan minyak adalah yang paling minimum.
Terdapat beberapa objektif operasi bilik minyak antaranya ialah;
1. Pengasingan minyak tulen (pure oil) daripada minyak mentah(crude oil)
pada peringkat permulaan.
2. Penghasilan minyak yang baik daripada keladak (clarifier).

40

3. Pengasingan minyak tulen dengan air dan kekotoran yang baik dapat
dilakukan.

Gambar rajah 4.5.1 : Oil room


4.4.2 Penapis Minyak Mentah ( vibrating screen)
Penapis minyak mentah dan kekotoran seperti pasir,sabut dan lain-lain supaya
pengasingan minyak di bilik minyak dapat dilakukan dengan baik.Terdapat dua
rekabentuk penapi iaitu penapis bulat (circular VS) dan penapis empat segi
(conventional).ada dua jenis jaring yang berbeza saiznya iaitu 20 mesh diatas
dan 40 mesh dibahagian bawah.Pergerakannya dikawal oleh sebuah motor dan
pemberat yang tidak seimbang.
4.4.3 Perangkap Pasir
Perangkap pasir berfungsi mengasingkan yang masuk ke kilang bersama buah
sawit yang dihantar ke kilang.Kedudukannya adalah di bawah pemerah
sebelum minyak mentah mengalir ke penapis.Sekiranya pasir tidak ditapis
terlebih dahulu sebelum masuk ke mesin penapis minyak mentah,ia akan
menyebabkan kesumbatan mesin Sludge dan seterusnya menggangu operasi
mentah akan mengalir keluar dari atas.
41

4.5 Loji Isi Sawit


Biji sawit, sabut dai mesin pelerai dan pemerah

Penggasingan sabut
i.

Cake breaker conveyor

Sabut ke stesen

ii.

Polishing drum

dangdang

iii.

Penyedut sabut ( depericper )

Pemprosesan biji sawit


I.

Silo biji sawit

II.

Kipas pemans

Tempurung ke

III.

Shaker grate

stesen dangdang

IV.

Pemecah biji ( nut craker )

V.

Jeriji bergetar ( vibrating through )

VI.

Pengasingan tempurung ( LPTS )

VII.

Pembersih isirong ( hydrocyclone

Pemprosesan isirong
I.

Silo isi rong

II.

Kipas pemanas

III.

Kernel bunker

Isi rong kering dibersih

42

4.5.1 Cake Breaker Conveyor


( Cake Breaker Conveyor ) digunakan untuk mengering dan memecahkan Kek
Pemerah (Press Cake) bertujuan untuk pengasingan sabut dan biji sawit di
Depricarper.
4.5.2 Depricarper
Digunakn untum mengasingkan sabut dari biji swit dengan menggunakan
angina.( Depericaper fan ) akan mengawal kelajuan angin di pneumatic
( Separating Column ) bahan ringan iaitu sabut akan di sedut ke ( Fibre Cyclone
) manaka biji sawit yang lebih berat akan jatuh ke ( Nut Polishing Drum )
digunaakn untuk mengeluarkan sabut yang msih melekat pada biji sawit. ( Fibre
Cyclone ) digunakan untuk mengumpulkan sabut yang seterunya digunakan
sebagai bahan bakar untuk dangdang.
Secara ringkas( Depericarper ) mempunyai mensin-mesin berikut :
a) Nut Polishing Drum

b) Pneumatic Separating Columm.


c) Fibre Cyclone.
d) Depricarper Fan.
4.5.3 Pemecah Biji Sawit ( Nut Cracker )
Biji sawit dari silo biji sawit dipecahkan oleh pemecah biji ( nut cracker ) yang
terletak dibawah silo biji sawit. Pemecah biji mengandungi pemutar ( Rotor )
yang berpusing dengan kelajuan tinggi.biji sawit akan masuk ketengah pemutar

43

dan keluar melalui celah-celah pemutar.biji sawit dipecahkn apabila terhentak (


Wearing Ring ) pada pemegun ( Stator ).
Pemecah biji dilengkapi dengan pemancu halaju boleh ubah ( Variable Speed
Drive ) untuk memudahkan melaraskan kelajuan supaya dapat mencapai
kecekapan pemecahan yang baik. Kelajuan pemutar boleh di ubah dari
1000rpm sehingga 2000rpm

Gambar rajah 4.6.3 : Mesin rolek


4.5.4 LPTS ( Light Particles Transport System )
Fungsi pneumatic adalah untuk mengasingkan dan mengeluarkan
habuk,tempurung ringan serta isi sawit pecah dari campuran pemecahan (
Cracked Micture ). Sistem tersebut terdiri daripada turus tegak ( Verticle
Column ) yang mengandungi pengaliran udara melalui penggunaan kipas.
Biasanya 80% tempurung bebsa diasingkan mankala isi sawit tak retak dan
sepruh retak jatuh ke jeriji bergetar, kehilngan isi sawit pada LPTS hendaklah
dibawah paras 2.0%.

44

4.5.5 Jeriji Bergetar ( Vibrating Through )


Jeriji sawit bergetar adlah untuk mengasingkan isi sawit dan tempurung
daripada biji sawit yang tidak pecah.
4.5.6 Hidrosiklon
Sistem hidrosiklon menggunakan pebgaliran air untuk mengasingkan isi sawit
dan tempurung yang mempunyai ketumpatan yang berlainan. Secara
ringkasnya, campuran pemecah masuk keruanag utama A yang mengandungi
air. Air serta campuran pemecah dipam dengan menggunakan pam C1 ke
siklon D. sebhagian isi sawit akan meninggalkan siklon D. Dengan
menggunakan pam C2 campuran pemecah ( kebanakannya serpihan
tempurung ) dipam ke siklon E dimana pengasingan terakhir berlaku. Serpihan
keluar ke ( driping Drum ) melalui lubang puncak siklon E. manakala isi sawit
serta baki tempurung masuk ke ruang A melalui lubang volute dan di edar
semula.
4.5.7 Silo Pemanas
Isi sawit diangkat daripada hidrosiklon melalui ( Kernal Elavator ) ke silo isi
sawit untuk Proses pengeringn. Isi sawit mestilah dikeringkn agar kandungan
air tidak melebihi 6.0 7.0 %.proses ini adalah penting kerana :
I.

Isi sawit yang basah mudah menjadi ulat

II.

Apabila isi sawit disimpan dalam keadaan basah kandungan sid ( FFA )
akan meningkat dengan cepat.

45

Proses pengeringan ini dijalnkan dalam sebuh silo dimana isi sawit disimpan
dan udara panas ditiup ( melalui pemanas ) dengn menggunakan kipas. Masa
pengeringan adalah antara 14 -16 jam sekitar pemansan 50 - 55C.
4.5.8 Kernal Bunker
( Kernel Bunker ) ialah sistem penyimpanan isi sawit sebelum ianya dihantar
secara pukal atau bulk menggantikan sistem bag. Ia terdiri daripada sebuah
tangki berbentuk segi empat dan pyramid dibahagin bwah berbentuk silinder dn
kon bahagian bawah dilengkapi dengan :
I.

Pintu kawalan hidraulik digunakan untuk mengeluarkan isi sawit bagi


tujun penghantaran

II.

( Kernal Winnowing System ) terdiri daripada 2 unit kipas, dua siklon,


dan empat unit ( Airlock ) dan digunakan untuk membersihkan isi sawit
daripada habuk atau kekotoran yang ringan sebelum di buat
penghantaran.

Saiz ( Kernal Bunker ) ini ialah ( 24 ft X 24 ft X 10 ft ) yang mempunyai kapasiti


120 tan metrik.

46

BAB 5
LOJI KUASA STIM

5.1 Loji Kuasa Stim


5.1.1 Kegunaan Stim Dalam Industri

Loji kuasa stim menggunakan stim sebagai medium untuk menjanakan kuasa
dan menukarkan tenaga kinetic kepada tenaga mekanikal.Tenaga dari stim
akan ditukarkan kepada tenaga mekanikal oleh turbin dan turbin akan
memacukan penjana.
Tujuan utama stim turbin ini digunakan dlm industry adalah untuk
mengeluarkan tenaga elektrik untuk operasi kilang diatas sebab berikut :
a) Kos operasi rendah
b) Menggunkan bahan bakar yang sedia ada
c) Bhan buangan stim turbin dapat digunakan semula distesyen lain
d) Kawaln operasi rendah
e) Dapat dipasangkan dimana- mana
Komponen asas yang terdapat dalam loji kuasa stim:
1.

Dandang (Boiler)

Merupakan alat yang paling utama dalam menghasilkan stim. Ianya adalah satu
bekas tertutup yang diisikan dengan air dan kemudiannya air ini dipanaskan
sehingga berubah ke fasa stim. Terdapat dua jenis dandang yang dikelaskan
mengikut strktur pembinaannya iaitu:
47

i.

Dandang Tiub Api (Fire Tube Boiler)

ii.

Dandang Tiub Air (Water Tube Boiler) I

2. Turbin Stim (Steam Turbine)


Menghasilkan punca putaran bagi melakukan sesuatu kerja. Turbin ini berputar
dengan bantuan stim yang diterima dari dandang dalam bentuk tekanan dan
halaju yang tinggi mengikut jenis turbin. Taburan tekanan dan halaju ini adalah
dikawal dengan menggunakan muncung (nozzle) yang berasingan atau bilah
tetap mengikut pembinaan.
3. pam Air Bekal (Feed Pump)
Pam yang digunakan untuk membekalkan bahan dari tangki bekalan kepada
punca yang memerlukannya. Terdapat dua jenis pam yang digunakan dalam
loji kuasa stim iaitu:
i.
ii.

Pam bekalan bahanapi


Pam bekalan air

4. Pemeluwap (Condenser)
Stim yang memasuki turbin sedikit sebanyak akan berubah menjadi air akibat
kejatuhan tenaga kinetiknya. Yakni akan terdapat stim yang masih wujud. Jika
fasa stim adalah yang keluar dari turbin, maka ianya tidak boleh dipam ke
tangki bekalan. Dengan itu, stim yang keluar dari turbin itu akan disalurkan
masuk ke dalam pemeluwap dan di sini stim yang panas akan bersentuhan

48

dengan tiub-tiub tembaga yang berisi air sejuk dari menara penyejuk. Proses ini
akan menyebabkan pemindahan haba dan seterusnya menukarkannya dari
fasa campuran stim dan air itu kepada fasa air sepenuhnya
5. Tangki Bekalan
Sesuatu bekas yang menampung sesuatu jenis bekalan yang bakal digunakan.
Terdapat dua jenis tangki bekalan pada loji kuasa stim iaitu:
i.
ii.
6.

Tangki Bekalan Air (Water Feed Tank)


Tangki Bekalan Bahan Api (Fuel Feed Tank)

Menara penyejuk (Cooling Tower)

Satu menara yang biasanya diletakkan pada satu paras yang agak tinggi
supaya berlaku peredaran udara yang elok. Menara penyejuk ini adalah
pembekal air kepada tiub-tiub yang terdapat di dalam pemeluwap.Dengan ini air
yang memasuki pemeluwap ini akan menjadi panas akibat dari proses
pemindahan haba. Dengan itu satu pam air digunakan bagi menghantar air
yang panas tadi naik ke menara penyejuk. Disini air itu akan dijatuhkan ke
tapak menara pendingin itu sendiri dalam bentuk titisan-titisan air yang kecil.
Pada masa ini air yang panas tadi akan menjadi sejuk dan air yang sejuk ini
akan masuk kembali ke dalam pemeluwap.

49

Gambar rajah 5.1.1 : lakaran susun atur kompenen loji kuasa stim
5.1.2 Kendalian Loji kuasa Stim
Kendalian loji kuasa stim adalah merujuk kepada titik awal air kepada titik
akhir air. Air dalam dandang akan sampai ke suatu tahap yang ditetapkan dan
alat pengesan akan mematikan pam. Pada masa ini, lektrod di dalam dandang
akan menjadi merah menyala dan skaligus pemancit akan memancitkan bahan
api ke atas elektrod tadi. Dengan ini, pembakaran akan berlaku secara
berterusan sehingalah burner itu dimatikan.
Pembakaran yang berterusan ini akan menyebabkan air di dalam dandang
itu mendidih dan seterusnya menjadi stim. Stim yang terkumpul ini akan
tersimpan dibawah satu injap penahan sehinggalah tekanan kerja stim wujud.
Setelah stim dilepaskan untuk memutarkan turbin, maka pembakaran akan
terus berlaku dan stim akan dijana berterusan. Stim tadi akan mengalir melalui

50

saluran dan sampai ke muncung dan di sini tekanan stim yang tinggi akan
dapat diubah kepada proses halaju yang tinggi supaya dapat memutarkan trbin
tersebut. Putaran turbin ini akan menyebabkan penjana elektrik juga turut
berputar dan menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga ini akan melalui panel
kawalan supaya dapat memenuhi piawaian.
Stim yang berhalaju tinggi akan menhentam bilah-bilah turbin akan
kekurangan tenaga kinetiknya dan ini akan menyebabkan sedikit daripada stim
tersebut brubah kepada fasa air. Stim selebihnya perlu dikeluarkan supaya
tidak membantu mengurangkan halaju stim yang bakal masuk oleh yang
demikian, satu pam hampagas yang diisikan air terlebih dahulu digunakan
untuk menyedut masuk stim dari turbin ke dalam pemeluwap.
Di dalam pemeluwap, terdapat beberapa tiub tembaga yang berisi air
sejuk dari menara penyejuk, apabila stim panas yang keluar dari turbin itu
bersentuhan dengan tiub-tiub yang sejuk, maka pemindahan haba akan berlaku
menyebabkan stim berubah fasa kepada air. Kemudian,air ini akan dihantar
masuk ke dalam tangki ukur untuk menguji keberkesanan bebatan dan
sebagainya. Seterusnya, air dari tangki ukuran tadi akan di hantar kembali ke
tangki bekalan air sebelum ianya digunakan semula.

51

Dalam pada itu, air dalam tiub-tiub tembaga akan menjadi panas. Oleh yang
demikian ,satu pam yang khas digunakan bagi mengepam air panas tadi ke
bahagian atas menara penyejuk dan air sejuk darinya akan berselisih ganti.

Gambar rajah 5.1.2


5.2 Rawatan Air
5.2.1 Proses Penjernihan Air
Proses penjernihan air boleh diketegorikan kepada tiga bahagian
1. Coagulation
2. Flocculation
3. Settling of flocs

52

1. Coagulation yang baik memerlukan pekara-pekara seperti berikut :


a) Pemilihan bahan kimia yang betul iaitu menggunakan alum.
b) PH air yang betul iaitu 6.0 8.0 sekiranya PH dibawah paras tersebut
ash soda akan digunakan untuk menaikan kadar PH air.
c) Turutan dosing yang digunakan adalah betul ( soda ash, alum, dan
flocculant )
d) Sukatan bahan kimia dan air sempurna.
2. Flocculation yang baik memerlukan pekara berikut :
a) Masa penahanan
b) Aliran air yang tenag dan seragam
3. Settling yang baik seperti berikut ;
a) Terbentuk lapisan sludge yang besar
b) Kadar aliran yang sekata ( upflow rate )
5.2.1.1 Kawalan penjernih
Bahan kimia alum digunakan hendaklah dikawal supaya tidak melebihi had (
overdose ) kerana ia boleh menyebabkan :
a) Penggunaan ( soda ash ) untuk menaikan kadar PH air.
b) Lapisan bergelatin menyebabkan ( carry over floc )
c) Ion aluminium di dalam ( Boiler ) akan bergabung dengan silica dan
memebentuk skala yang keras ( hard analcite scale )
d) Kesan kepada sistem saraf manusia.

53

5.2.1.2 Rawatan Air ( Boiler )


Air yang digunakan di boiler memerlukan rawatn lanjutan sebelum proses
penjanaan stim dilakukan kerana boiler memerlukan alat yang sangat kritikal
dan sangat penting di dalam kilang. Rawatan bertujuan untuk.
1. Mengelakan pengaratan
2. Mengelakan ( carry over )
3. Mengelakan bentuk skala deposit
4. Mendapatkan kualiti stim tulin
Tedapat 2 jenis rawatan ( air boiler ) yang digunakan :
1. Rawatan luaran
I.

( Softening )

II.

( Dearation )

2. Rawatan dalaman
I.

( Phosphate )

II.

( Synthetic sludge condition )

III.

( Oxygen scavenger ( caustic sulphite ) )

IV.

( On line clear )

Phosphate digunakan untuk mengelakan ( hardness ).dan bahan ( sludge


conditioning ) digunakan untuk mengelakan lapisan ( suspended solid ) melekat
pada dingding ( boiler ).selain itu, ( oxygen scavenger ( caustic sulphate ) and
soda untuk mengelakan hakisan.

54

Kedaan ( air Boiler ) yang ideal adalah seperti berikut :


Parameter

Limit kawalan

PH

10 11

Total hardness

< 5 ppm

Caustic alkalinity

250 400 ppm ( 2 x silica value )

Total dissolve solid

<2000 ppm

Phosphate reserve

30 70 ppm

Sulphate reserve

30 5 pppm

Total iron as fe

<2 ppm

Chloride

<150 ppm

55

BAB 6
LAPORAN KERJA YANG DIBERIKAN
Pengenalan
Bab ini menerangkan bahagian kerja yang dilakukan dan di pelajari
sepanjang menjalani latihan industri. Semasa menjalani latihan industri saya
ditempatkan di bahagain mekanikal yang dimana bahagian ini adalah salah
satu bahagian penting iaitu tulang belakang kepada kilang kerana sebarang
masalah dan kerosakan memerlukan khidmat pekerja mekanikal untuk
selesaikan sebagai contoh dalam pemeriksaan mesin,pembaikan dan kerja
penyelenggaraan. Semasa menjalani latihan saya sentiasa mengambil
bahagian dalam kerja yang dilakukan oleh petugas dan mempelajarinya. Saya
juga mempelajari untuk mengenal peralatan dyang digunakan dalam kilang.
Selain itu, dalam bab ini saya akan menerangkan kerja yang dilakukan
berserta gambar rajah yang akan di bentangkan dalam bab ini.

6.1 Kerja ( Overhaul Conveyor Horizontal )

( conveyor ) adalah bahagian umum dari peralatan yang membawa beban yang
bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.( Conveyor ) digunakan dalam aplikasi
yang melibatkan permindahan bahan berat atau besar dan ringan dari satu
tempat ke tempat yang lain. Dengan menggunakan sistem ini kerja akan
menjadi lebih cepat dan produktif.
56

Faktor faktor pemilihan jenis ( conveyor ) biasanya mengikut bahan


antaranya adalah :
1. Jumlah bahan yang di bawa
2. Jarak perpindahan bahan
3. Bentuk ( conveyor ) biasa yang digunakan ialah horizontal,vertical dan
lain- lain
Tugas yang diberikan ialah membantu petugas dalam kerja ( overhaul )
pada ( conveyor ) ini.semsa melakukan kerja ini saya banyak mempelajari
tentang ( conveyor ) dari segi kegunaan dan peralatan penting untuk mesin
ini. ( conveyor ) ini digunakan untuk memindahkan tandan kosong yang
dikeluarkan mesin ( theresher ) setelah siap proses peleraian biji sawit dari
tandan. Antara kerja yang dilakukan ialah mengantikan rantai,( bearing ),
( sprocket ) , ( linear ) dan (rantai ).
Bahan dan peralatan yang digunakan
1. Kimpalan gas untuk memotong oksi
2. Mesin kimpalan arka
3. Alatan spana
4. Rantai 88 feet
5. Linear 44 unit saiz ialah ( 1 in x in x 20 ft )
6. U.C.T takeup bearing
7. Chain block

57

Prosedur kerja
1) Rantai dipotong dengan menggunakan oksi atau kimpalan gas
dengan tekanan untuk memotong iaitu oksigen 50 psi dan
asetelin 13 psi.
2) Kerja membuang ( linear ) menggunakan oksi atau kimpalan gas
dan bahagian bawah ( linear ) ini di bersihkan bagi memudahkan
kerja mengantikan ( linear ) baru dan membuat kimpalan pada (
linear ) tersebut.

3) Selepas bahagian bawah linear dibersihkan linear yang baru di


letakan pada kedudukkan yang sama dan disambungkan dengan
tapak linear tersebut dengan mengimpal linear.

58

4) Selepas itu,kerja mengimpal linear untuk menyambungkan linear


pada tapak tersebut

5) Selepas selesai kerja pemasangan dan mengimpal liner rantai di


pasang pada conveyer tersebut.rantai di pasang dengan
menggunakan ( chain block ) untuk menarik rantai tersebut.

6) Setelah kesemua rantai siap dipasang.kerja penyambungan


antara rantai dengan menymbungkan ke semua rantai
menggunakan pin rantai yang dibekalkan.

59

7) Kemudian ( scrapers ) dipasang pada bahagian rantai dengan


memasukkan skru pada lubang yang disediakan pada
rantai.menggunkan skru dan nut inchi.

8) Langkah terakhir semua keadaan peralatan yang ditukar dalam


keadaan baik dan selamat,membuat pemerikasaan semasa mesin
sedang beroperasi dari segi ketegangan rantai dan pergerakan
rantai berada di atas linear.
Langkah keselamatan
1. Pastikan semua pakain keselamatan di pakai.
2. Lakukan kerja mengikut prosedur dan sentiasa mengamalkan ciri ciri
keselamatan.
3. Bersihkan kawasan yang akan dikimpal terlebih dahulu
4. Pakai pelindung muka sebelum memulakan kimpalan

60

6.2 Kerja Pembaikan untuk Pam Mengantikan ( mechanical seal )


Pam biasanya digunakan bagi meningkatkan tekanan sistem supaya bendalir
sistem tersebut dapat dipindahkan ke satu bahagian yang lain.
Contohnya :
1. Dari perigi ke paras mukabumi
2. Dari sungai ke rumah
3. Lombong pam
4. Dari tempat rendah ke tempat yang tinggi
Pam hanya digunakan bagi menghantar bekalan bendalir dari satu kawasan
yang rendah ke mana mana kawasan yang lebih tinggi. Jika penggunaannya
adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang lebih rendah, pam tidak perlu
digunakan. Dalam erti kata lain, ia merupakan suatu peranti mekanikal yang
digunakan untuk menambahkan tenaga cecair supaya bergerak.
Pam biasanya dijalankan oleh dua punca yang asas iaitu :
Pacuan enjin
a.

Pacuan terus ( Motor Elektrik Gabungan Terus)

Digunakan untuk memindahkan cecair dari paras yang rendah ke paras yang
lebih tinggi.Ia boleh menggerakkan cecair dari kawasan yang mempunyai
tekanan yang rendah ke kawasan yang mempunyai tekanan yang tinggi.Lebih
banyak cecair yang boleh digerakkan olehnya dalam satu sela masa yang
ditentukan dan ia bergantung kepada kadar alir yang dikehendaki.

61

Bagi menghasilkan kecekapan yang baik, adalah penting bagi memastikan


komponennya berada dalam keadaan yang elok. Jadi untuk itu, kita perlu
mengenali secara lebih dekat lagi akan nama dan juga kendalian komponen
komponen.

Gambar rajah 6.2.1 : pump


Secara umumnya pam air terdiri daripada :
Perumah (casing)
1. Impeller
2. Stuffing atau seal box
3. Perumah (casing)
Ia terdiri daripada impeller
a. Impeller bertindak dengan memindahkan cecair ke dalam perumah.
b. Turus naik dan pemindahan cecair berlaku pada saluran keluar.
c. Arah aliran cecair bergantung kepada rekabentuk sesebuah perumah.

62

Jenis perumah :
perumah membulat (circular casing)
a) Mempunyai ruang impeller yang seragam.
perumah volute (volute casing)
b) Dinding berbentuk spiral menyebabkan ruang diantara impeller dan
perumah semakin membesar.
Impellar
a. Impeller merupakan satu cekera nipis yang mempunyai bilah-bilah
yang besar dan merupakan bahagian yang paling penting dalam
sebuah pam.
b. Ia berputar mengikut arah putaran jam(pandangan dari arah
rotor).Bilahnya berbentuk melengkung ke belakang berfungsi
untuk menolak cecair keluar daripada pam pada kadar yang telah
disetkan.
c. Sekiranya impeller bergerak pada putaran lawan arah
jam,bilahnya mudah tertanggal dan pam tidak berfungsi dengan
baik.

Gambar rajah 6.2 : impeller


63

Perlatan yang digunakan


1. Alatan spana
2. Tukul
3. ( Mechanical seal )
4. ( Thread seal tape )
5. ( Silicon )
6. Pemutar skru
Prosedur kerja
1) Langkah pertama tanggalkan ( pulley ) kemudian bahagian
( pump casing ) dibuka terlebih dahulu dengan membuka
skru yang terdapat pada bhagian ( casing ).

2) Kemudian ( impeller ) dibuka dengan cara mengetuk (


impeller ) tersebut mengikut lawan arah jam. Selepas itu ,
buka ( mechanical seal ) tersebut untuk di gantikan dengan
yang baru. ( mechanical seal ) ini akan melindungi cecair
keluar dari bahagian ( shaft ).ia satu komponen penting
untuk semua jenis pum.

64

3) Kemudian pasangkan ( mechanical seal ) tersebut. (


mecahanical seal ) ini dipasang mengikut manual yang
diberikan dan perlu berhati hati kerana terdapat ( gland
ring ) yang diperbuat dari getah yang lembut amat mudah
tercedera yang boleh menyebababkan ia rosak.
4) Akhir sekali pasangkan semula komponen yang di
tanggalkan dan lakukan pemeriksaan pada pum tersebut
untuk memastikan tiada lelehan pada ( shaft ) ketika pum
dijalankan.
Langak keselamatan
1. Pastikan suis utama pum ditutup terlebih dahulu sebelum memulakan
kerja pembaikan.
2. Mulakan kerja mengikut prosedur kerja yang betul.
3. Pastikan mengunakan peralatan yang bersesuain dengan kerja yang
dilakukan
4. Elakan sebarang pekara yang boleh menyebabkan berlaku kemalangan .

65

BAB 7

7.1 Komen
Semasa saya menjalani latihan industri di syarikat ini saya amat berpuas hati
dengaan laayaanaan yang diberi oleh majikan kepada saya yang menjalni
latihan industry di syarikat tersebut. Waalaupun syarikat ini merupakan salah
satu syarikat yang maju bagi pandagan saya terdapat juga kelemahan yang
boleh menjejaskan pretasi syarikat ini antaranya ialah :
1. Peralatan yang disediakan oleh majikan tidak mencukupi dimana
peralatan mesin tangan seperti gerudi tangan dan mesin larik yang
sering rosak
2. Terdapat juga peralatan yang rosak yang boleh membahaykn petugas
3. Sikap segelintir pekerja yang tidak mementingkan ciri ciri keselamatan.
Contoh terdapat mesin yang beroperasi tanpa pengawasan pekerja
untuk mengendalikan mesin tersebut
4. Terdapat sesuatu projek tidak dapt disiapkan pada masa yang
ditetapkan kerana terdapat masalah dengan barang yang tidak
mencukupi atau barang lambat sampai atas sebab kelewatan pihak stor
mengeluarkanya. Ini menyebabkan untuk menghasilkn sesuatu projek
akan memakan masa yang panjang.
5. Kepada kami pelatih tidak diberi kepercayaan untuk melakukan tugas.

66

6. Kekurangan tenaga kerja dalam menyebabkan sesetengah petugas


terpaksa melakukan tugas yang amat berat dan terpaksa menangung
beban kerja.
7. Kekurangan gaji ataupun elaun untuk memuaskan hati semua pihak
bukanlah senang. Tetapi pada pendapat saya,sesuatu pekerjaan yang
dilakukan haruslah bertetapan dengan keuntungan yang diperolehi.
7.2 Cadangan
Sebagai mana yang diketahui latihan industri dalah salah satu syarat bagi
penganugerahan sijil diploma kepada pelajar pelajar politeknik. Jadi
sewajarnya jika semuanya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari selok
belok kerja dan mempraktikan segala yan telah dipelajri dahulu.
Walaubagaimanapun, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang
difikirkan wajar untuk meningkatkan mutu kerja syarikat dan kemajuan syarikat.
1. Sikap bertanggunjawab menjaga peralatan syarikat perlu ditanamkan
kepada petugas.
2. Langkah menyimbangkan pekerja sambilan atau pelatih perlu diambil
untuk menjimatkan masa dan meningkatkan mutu pengeluaran.
3. Mengadakan satu program khas oleh syarikat kepada pelatih dan
pekerja bagi mendedahkan pelbagai aspek untuk mencungkil bakat
bakat dalam diri mereka.

67

Selain itu, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang difikirkan wajar
kepada pihak politeknik.
1. Bagi pandangan wajar pihak politeknik memberikan kelonggaran kepada
pelajar untuk memohon tamat latihan industri lebih awal dari tarikh yang
diberikan mengikut persetujuan organisasi latihan industri.ini untuk
memudahkan pelajar menyelesaikan segala urusan yang berkaitan
terutma yang menjalani latihan industri jauh dari politeknik.
2. Saya juga berharap pihak politeknik terutama pihak unit perhubungan
memberikan lebih maklumat tentang latihan industri kepada pelajar. Bagi
memudahkan dan untuk pelajar lebih bersedia sembelum menjalani
latihan
3. Selain itu, maklumat dari segi kandungan penulisan akhir latihan industri
dan penulisan maklumat dalam power point untuk dibentangkan selepas
tamat latihan.
7.3 Kesimpulan
Sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang wujud di muka bumi ini, pasti
mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu kita tidak
seharusnya meninggi diri akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus
asa akan kekurangan yang ada pada diri.Sebagai manusia tidak salah untuk
kita sentiasa bernasihat-nasihat dan memperingati antara satu sama lain. Ini
kerana semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan individu itu sendiri.
Dan seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan lebih
mantap lagi. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung
68

atau tidak langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah
dari kelemahan kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya.
Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin saya menyusun
sepuluh jari saya memohon maaf dan keampunan terutama sekali kepada
pihak firma sekiranya saya telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang
menyebabkan saya tidak disenangi oleh pihak tuan. Tetapi jauh dihati saya,
ingin sekali untuk saya memberikan khidmat bakti saya Kilang Sawit Chini 3 ini
kerana bagi saya selama 6 bulan saya menjalani latihan industri disini, saya
seolah-olah sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan,keprihatinan, dan
segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat saya nilai
dengan wang ringgit. Tinggi harapan saya supaya pihak Kilang Sawit Chini 3
sentiasa menerima kehadiran saya dengan tangan yang terbuka apabila
terdetik dihati untuk bekerjaya di kilang ini.
Selama 20 minggu latihn industri yng telh berllu bnyak pekara yang telah saya
pelajari dan mendedahkan saya kepada situasi dan cara bekerja yang sebenar.
Sayadapati banyak kelainan yng dirasai jika dibandingkan dengan
pembelajaran di politeknik. Syarikat dimana saya menjalani latihan iaitu Kilang
Sawit Chini 3, Felda Palm Industries Sdn Bhd telah memberikan pengalaman
baru kepada saya.

69

Disini saya mendapat banyak kemahiran dan memepelajari sesuatu yang amt
berguna dan berkaitan dengan kursus Teknologi Pembuatan. Kemahiran ini
benar benar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan pengajian
saya di semester akhir dengan jayanya dan seterusnya melangkah kea lam
pekerjaan yang sebenar.
Program latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan
pergaulan antara rakan rakan sekerja. Ia banyak mengajar saya agar lebih
menitik beratkan hal hal hubungan social tidak kira dengan pihak atasan
mahupun pekerja am. Namun demekian sifat ingin tahu juga amat penting bagi
memebolehkan saya mengumpul seberapa pengalaman dan pengetahuan.
Tahap keyakinan saya juga ada bertambah dan kini memebuatkan saya lebih
bersedia untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

70

RUJUKAN

1. Abdullah hj yussof ( esekutif pengeluaran standard operation operating (


SOP ) ) wilayah Muadzam,Pahang
2. Factories and Machinery (Steam Boiler and Unfired Pressure Vessel)
Regulations 1970.
3. Unit perhubungan latihan industri ( 2011 ) Buku panduan perlaksanaan
kursus latihan AT401, Politeknik Tuanku Sulttanah Bahiyah

71

LAMPIRAN

Gambar rajah : bahagian pum

Gambar rajah : bahagian bearing

Gambar rajah : fibre

Gambar rajah : kernal

Gambar rajah : tangki simpan minyak mentah 1800 ton

Gambar rajah : minyak mentah

You might also like