You are on page 1of 1

iv

ABSTRAK

Dewasa ini, penggunaan perbankan internet di kalangan masyarakat konsumer


semakin berkembang. Konsumer yang menggunakan perbankan internet didorong
oleh pelbagai faktor antaranya faktor sosio-ekonomi, persepsi terhadap perbankan
internet, sikap dan juga faktor persekitaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat
sejauhmana masyarakat konsumer menggunakan perbankan internet. Selain itu, kajian
juga bertujuan untuk melihat bagaimana masyarakat konsumer mentafsirkan konsep
utilitarianisme semasa menggunakan perbankan internet. Kajian ini telah dijalankan di
Bandar Sunway Seberang Jaya, Butterworth. Sebanyak 50 orang responden yang
dipilih dengan pensampelan bukan kebarangkalian. Hasil kajian secara umumnya
menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penggunaan
perbankan internet di kalangan konsumer perbankan Bandar Sunway Seberang Jaya di
Butterworth.

You might also like