You are on page 1of 5

BAB 5

RUMUSAN

Hasil kajian menunjukkan pelbagai faktor yang menyebabkan masyarakat konsumer


lebih suka menggunakan perkhidmatan perbankan internet seperti faktor menjimatkan
masa dan kos, faktor laman web yang menarik, faktor kegemaran dalam menggunakan
teknologi yang canggih, faktor keselamatan dan faktor masalah peribadi konsumer.

Dalam konteks kajian ini, sifat keutilitarian masyarakat konsumer merupakan


punca utama yang mendorong penggunaan perbankan internet dikembangkan.
Kebanyakan konsumer ingin menjimatkan kos dan masa mereka untuk mengurus
perkara yang lain mengakibatkan mereka lebih rela berurus dengan bank dalam
bentuk perbankan internet. Secara tidak langsungnya, perbankan internet telah
menjadi alternatif yang lebih baik kepada perbankan konvensional.

Namun sedemikian, faktof-faktor lain juga memainkan peranan yang penting


dalam menentukan kehendak para responden dalam tahap kegemaran penggunaan
perbankan internet. Misalnya responden suka menggunakan perkhidmatan perbankan
internet akibat gemar menggunakan produk teknologi tinggi dan penggunaan
perbankan internet akibat laman web perbankan internet yang menarik. Ini telah
menerangkan perkembangan teknologi memang membawa perubahan kepada
masyarakat konsumer dengan kemudahan dan penarikan baru yang meminatkan.
Tambahan pula, melayari laman web keperibadian yang tertentu telah menjadi satu
73

keperluan harian di kalangan generasi muda sekarang. Berurusan di perbankan


internet tidak mendatangkan isu kekurangan peralatan dan kemahiran kepada generasi
muda sekarang.

Faktor emosi dan personaliti konsumer juga menentukan kehendak konsumer


lebih suka menggunakan perbankan internet apabila berbanding dengan perbankan
konvensional. Sesetengah responden tidak suka berurusan dengan bank di cawangan
perbankan yang sibuk dan riuh-rendah. Ini bermaksud sebahagian konsumer
memerlukan suasana yang sunyi untuk memikirkan keputusan yang mereka membuat.
Selain itu, didapati sebahagian responden pula menyatakan mereka akan berasa
kurang selesa apabila bersemuka dengan orang ramai atau jurubank. Sikap sesetengah
jurubank yang kurang kesopanan dan kesabaran ketika berinteraksi merupakan salah
satu punca dalam kejadian tersebut.

Namun sedemikian, didapati masih mempunyai responden yang tidak


bersetuju perbankan internet lebih utilitari daripada perbankan konvensional. Mereka
menyatakan kawasan kediaman mereka tidak jauh dari mana-mana cawangan bank
jika mengambil kira ke atas faktor menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Selain
itu, kekurangan peralatan dan akses komputer dan internet serta tidak mahir dalam
penggunaan perbankan internet juga merupakan salah satu punca. Segelintir
responden pula menerangkan laman web adalah kurang menarik dan sukar digunakan
apabila dibandingkan dengan perbankan konvensional. Responden lebih suka
berurusan dengan jurubank dalam bersemukaan dan tidak yakin kepada sistem
keselamatan perbankan internet juga merupakan faktor-faktor yang mengakibatkan
mereka tidak bersetuju perbankan internet lebih utilitari daripada perbankan
konvensional.

Persepsi yang terbentuk di kalangan konsumer juga mempengaruhi


keutitilitarian konsumer dalam penggunaan perbankan internet. Dalam konteks kajian
74

ini, persepsi masyarakat konsumer di kawasan kajian juga berbeza-beza mengikut


pandangan masing-masing. Terdapat pelbagai bentuk persepsi individu yang boleh
mempengaruhi keutilitarian konsumer ketika membuat keputusan dalam
menggunakan perkhidmatan perbankan internet atau sebaliknya seperti responden
yang berpendapat perbankan internet mampu memberi ruang persendirian dan
kesulitan dan menganggap perbankan internet hanya bertujuan untuk berurusan
dengan bank sahaja. Selain itu, segelintir responden juga bersetuju perbankan internet
merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka. Responden yang lain pula
menyatakan perbankan internet memiliki kepelbagaian fungsi. Persepsi yang
menyatakan perbankan internet merupakan salah satu hasil daripada kecanggihan
teknologi dan cara bank untuk meningkatkan pretasi perniagaan juga dijumpai di
kalangan respoden. Akhirnya, responden juga berpendapat perbankan internet
merupakan satu cara untuk menjimatkan masa dan kos pengangkutan semasa
berurusan dengan bank.

Kenyataan responden menunjukkan majoriti bersetuju bahawa perbankan


internet adalah lebih berutilitari. Tambahan lagi, ramai responden bersetuju bahawa
perbankan internet akan berkembang sehingga menjadi satu kebiasaan dalam
kehidupan harian. Namun mereka masih belum sedia untuk menggantikan perbankan
konvensional sepenuh-penuhnya dengan perbankan internet. Antara sebabnya adalah
mereka masih tidak mempunyai keyakinan yang sepenuhnya kepada sistem
keselamatan perbankan internet. Walaupun sedemikian, banyak responden bersetuju
bahawa perbankan internet menjimatkan kos mereka. Kadar tersebut menunjukkan
perbankan internet berupaya membantu konsumer mencapai tujuan mereka dengan
kos yang lebih kurang daripada perbankan konvensional. Oleh sedemikian,
kebanyakan responden bersetuju perbankan internet membawa faedah kepada
konsumer telah mengukuhkan keutilitarian perbankan internet apabila dibandingkan
dengan perbankan konvensional.
75

Walaupun mempunyai konsumer yang masih tidak mahir dalam penggunaan


komputer dan internet, namun didapati banyak responden memaklumkan bahawa
penggunaan perbankan internet adalah mudah kepada mereka.

Hasil daripada kajian ini dapat menggambar sifat keutilitarianisme di kalangan


konsumer semasa menggunakan perbankan internet. Penggunaan teknologi perbankan
internet yang lebih maju, cemerlang dan menjimatkan masa dan kos dianggap sebagai
satu tindakan utilitari kepada masyarakat konsumer di kawasan Bandar Sunway
Seberang Jaya, Butterworth.

Oleh sedemikian, masyarakat konsumer akan berubah cara menghasilkan


penggunaan mereka dengan mengambil kira faktor keutilitarianisme. Dalam
masyarakat yang mementingkan kualiti produk atau perkhidmatan, status konsumer
telah dipertingkatkan sambil diberi beberapa set pilihan oleh pembekal. Ini telah
mengakibatkan masyarakat konsumer berkembang ke satu bentuk yang berhak
mendapatkan kualiti yang lebih baik dan berutilitari.

Hasil kajian menunjukkan masyarakat konsumer akan membelanjakan kos


yang paling minimum untuk mendapatkan faedah yang paling maksimum dalam
urusan perbankan. Bagi mereka, perbankan internet adalah satu pilihan yang utilitari.
Ini telah dibuktikan oleh hasil kajian yang menyatakan konsumer bersetuju perbankan
internet merupakan satu kecanggihan teknologi dan inovasi yang diciptanya
membawa kebaikan kepada para konsumer perbankan.

Didapati masalah kesilapan transaksi tetap wujud di dalam perbankan internet


walaupun berjumlah kecil. Responden yang terbabit menyatakan bahawa mereka
pernah menggalami masalah kesilapan transaksi semasa menggunakan perkhidmatan
perbankan internet. Masalah yang ditemui adalah seperti berikut: laman web
perbankan internet tidak berfungsi dengan lancar dan kesilapan sendiri.
76

Masalah laman web perbankan internet tidak berfungsi mempunyai tiga faktor
secara umumnya. Selain daripada masalah gangguan muatan server yang digunakan
oleh laman web perbankan internet, masalah-masalah seperti had laju perkhidmatan
internet yang terhad dan virus atau spyware yang berada di dalam komputer yang
sedang digunakan juga akan menganggu penggunaan perbankan internet.

Selain daripada pihak pembekal, konsumer sendiri juga merupakan pengakibat


masalah dalam penggunaan perkhidmatan perbankan internet. Selain daripada salah
in-put jumlah yang ingin membayar atau berpindah, konsumer akan in-put nombor
akaun yang salah.

Walaupun masalah tersebut akan menyusahkan konsumer dalam penggunaan


perbankan internet, namun teknologi yang semakin maju akan menyelesaikan masalah
tersebut. Misalnya peningkatan kemuatan server dan had lajuan akses internet. Selain
itu, sistem interaksi di antara konsumer perbankan internet dengan bank di laman web
boleh diadaptasikan dengan lebih berkesan secara keseluruhan.

You might also like