You are on page 1of 14

TUGASAN

SEPTEMBER 2013 SEMESTER


KOD KURSUS

EKM 331

NAMA KURSUS

KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

HAZLINA SANIF

NO. MATRIK

E30203120282

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUAN MASTURA MUHAMED

PUSAT
PEMBELAJARAN

KUANTAN

BAHAGIAN A
Meyatupadukan kemahiran menaakul, pemikiran kreatif dan Inovasi dalam
Pelaksanaan Kurikulum Bahasa Melayu
Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
membangkitkan Konsep Modal Insan Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang
berkualiti untuk mencapai kecemerlangan negara yang berterusan. Masyarakat yang
kreatif dan inovatif amat diperlukan supaya matlamat Modal Insan dapat dicapai
untuk pembangunan negara.. Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi
pelapis yang berkualiti dan berkompeten dalam menerajui negara ke arah kemajuan
yang bakal dicapai pada tahun 2020. Untuk merealisasi impian ini sektor pendidikan
memainkan peranan yang penting untuk melahirkan generasi yang kreatif dan
berinovasi. Justeru itu kemahiran menaakul, Pemikiran kreatif dan inovasi telah
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan institusi
pengajian tinggi..
Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu
membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. Mereka dapat membezakan antara
yang positif dan negatif. Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses
menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang
melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras
yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan
bagi abad ke 21. Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan
kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut
terutamanya dalam Bahasa Melayu. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan
mampu menjana idea pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam
kebolehan berfikir secara logik dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk
membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan
diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang
dijalankan. Guru-guru perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang
lebih mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu
membuat penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu
bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Bagi menyediakan rakyat ke
arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus
segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak
2

guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar menerangkan
Kemahiran Menakul adalah pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran
kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu
berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif.
Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa
terjadinya sesuatu disamping dapat membuat ramalan atau andaian. Ia merupakan
proses kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan, data dan strategi
menyelesaikan masalah untuk membuat kesimpulan dan keputusan. Kemahiran
menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan maklumat dan membuat
andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia ada. Proses penaakulan akan menjana
kemahiran intelek seseorang untuk membolehkan individu tersebut memahami idea
dan konsep dengan lebih jelas justeru membuat kesimpulan yang rasional.
Kreativiti ialah kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau
mengumpul idea-idea baru samada idea yang berupa mudah atau kompleks. Kanakkanak yang agak nakal dan aktif akan sentiasa mendapat idea-idea baru dan dia akan
sentiasa berfikir untuk mneghasilkan sesuatu yang kreatif mengikut imaginasi mereka.
Apabila seorang ahli sains yang menghasilkan suatu idea, beliau dikatakan sebagai
melatih kreativiti.
Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek
yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah
sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang
individu. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa inovasi merupakan suatu penghasilan
baru yang berbentuk maujud dan mujarad berdasarkan proses penyusunan semula
dengan menggunakan unsur yang sedia ada, maka terhasillah sesuatu yang unik dan
bernilai.
Inovasi merupakan tindakan yang akan terhadap idea-idea yang kreatif.
Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalah proses produktif.
Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang
dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya hanyalah sekadar idea sematamata tanpa apa-apa hasil. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah tepung, inovasi pula
adalah kek atau kuih yang dihasilkan dari pengadunan tepung tersebut.
Pembangunan kreativiti dan inovasi dikalangan murid bertujuan untuk melahirkan
modal insan yang kreatif dan inovasi. Individu yang seperti ini berkeupayaan
3

menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti dan diharapkan akan menjadi
amalan dan budaya dalam kehidupan mereka. Dalam pembangunan kreativiti dan
inovasi ini mampu melahirkan murid-murid yang mempunyai idea kreatif dan inovasi.
Murid-murid berketerampilan dan mempunyai personaliti individu yang kreatif.
Mereka berkebolehan dalam berkomunikasi dan menyampaikan idea-idea yang
bernas. Mereka juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis
dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus
kehidupan harian.
Menurut George, 1970 pemikiran kreatif ialah suatu proses penyelesaian
masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks (Edward de Bono,1997). Beliau
juga mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral yang
membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir
untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
pemikiran kreatif dan inovatif yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar
ialah pemikiran secara kritis dan kreatif. Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai
oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar
mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum
akan berlaku. Pembelajaran dalam bilik darjah perlu menjadi medan di mana muridmurid dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi idea ini
dengan rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.
Percambahan idea ini boleh dirangsang mealui pendekatan pembelajaran berasaskan
penyelesaian masalah atau problem-based learning.
Sebagai contoh, seorang guru yang kreatif boleh meminta murid untuk bekerja
dalam beberapa kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah.
Sekolah saya sering menghadapi masalah keceriaan dan kebersihan yang menjejaskan
persekitaran dan suasana pembelajaran di sekolah. Perkara pertama yang perlu saya
buat ialah mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut. Setelah
menemui puncanya, saya boleh menggalakkan pelajar mengemukakan pelbagai idea
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka boleh berbincang mengenai
perkara ini. Mungkin mereka akan mengemukakan kaedah baharu seperti pengurusan
pembersihan sekolah, pemberian insentif kepada murid atau kelas yang paling bersih
dan ceria, atau mencipta alat baharu yang boleh mengatasi masalah pembuangan
sampah di sekolah. Mereka boleh bersama-sama berbincang untuk menyusun jadual
tugasan bagi membersihkan atau menceriakan kelas mengikut giliran. Aktiviti ini
4

melibatkan beberapa proses pembelajaran penting seperti pencarian fakta (fact


finding), pencarian punca masalah (problem finding), pencarian idea (idea-finding)
dan akhirnya penemuan penyelesaian (solution finding) yang kesemuanya
merangsang daya kreativiti murid.

Untuk memantapkan penggunaan kreatif dan inovasi dalam bilik darjah, saya
menggalakkan pelajar saya menggunakan alat-alat berfikir seperti peta minda.Teknik
berfikir melalui operasi meta kognitif ini akan membantu individu menjana pemikiran
secara kreatif dan kritis melalui peta minda dan penggunaan grafik. Selain itu peta
minda yang lain adalah seperti 'relevance tree'. Saya akan memecahkan sesuatu tajuk
utama kepada sub-tajuknya. Menurut Mohd. Yusuf Hassan (1994), penulisan
karangan adalah hubungan antara keupayaan pelajar berfikir dengan domain kognitif
di samping domain afektif dan psikomotor. Dalam konteks pengajaran karangan, saya
menggalakkan pelajar menulis rangka-rangka karangan sebelum memindahkannya
dalam bentuk karangan lengkap. Beberapa kumpulan diwujudkan dan setiap ahli
kumpulan digalakkan memberi pendapat mengenai tajuk atau isi-isi yang terdapat
dalam peta minda yang bakal ditulis oleh mereka. Sokongan bahan bantu mengajar
seperti akan melahirkan pemikiran pelajar yang positif, kreatif dan inovatif.
Pendekatan pengajaran. bersifat 'hands-on" dan "experiencial learning" yang
dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dapat menonjolkan kemahiran menaakul
untuk meningkatkan keberkesanan murid membuat interpretasi, analisis, sintesis,
penilaian, pengitlakan dan kesimpulan serta, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Antara, kriteria murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan
Inovatif adalah seperti:
kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan
mencapai sesuatu objektif.
kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.
kebolehan untuk menghasilkan idea, yang tulen, asli atau baru.
kebolehan meneroka bidang & teknologi baru.
kebolehan mencari kebolehan mencema idea bagi menyelesaikan tugasan.
kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi.

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara


analitis, krisis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang
5

disediakan oleh Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang
pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut;
a) Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam sesuatu kumpulan kecil dengan
mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikannya dan
kelemahannya.
b) Menggunakan teknik menyelesaikan masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu
aternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat
sesuatu rumusan.
c) Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan
atau semasa membuat keputusan.
d) Membimbing pelajar meneliti segala akibat (berikut sesuatu tindakan) yang mungkin
berlaku dalam masa jangka pendek serta masa jangka panjang.
e) Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan
orang lain.
f) Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang
sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, sekolah sebagai organisasi hendaklah memberikan peluang
kepada pelajar untuk mencambahkan idea mereka. Dengan percambahan idea, pelajar
yang berfikiran kreatif, kompeten dan inovatif dapat dilahirkan. Sekolah memainkan
peranan penting dalam usaha membangunkan para pelajar yang kreatif dan inovatif
dan kompeten selaras dengan pembentukan Modal Insan bagi mengisi keperluan
negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir
secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Hal ini
disebabkan golongan pelajar yang akan menjadi pemimpin negara pada masa yang
akan datang adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah sekarang.
Merekalah yang akan jadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan negara
seterusnya merekalah yang akan menjadi golongan yang akan berusaha memajukan
negara di samping menikmati apa juga kejayaan yang telah diusahakan oleh generasi
terdahulu.

Oleh itu, jelas kelihatan bahawa sekolah memainkan peranan yang amat besar dalam
melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten untuk keperluan masa
depan negara. Pembangunan modal insan seperi dituntut dalam Wawasan 2020 dan
Pelan Induk Pembanguan Pendidikan memerlukan pemikiran rakyat yang dinamik
dan berkualiti terutama dari segi kefahaman dan penerokaan fikiran. Untuk
membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, guru-guru hendaklah
sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke hadapan.

RUJUKAN

Abdul Rahim Hussein (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir. Umida Industries Sdn.
Bhd., Skudai ;

Ainon Mohd (1996). Belajar Berfikir : Teknik Menjalankan Daya Fikir. Utusan
Publications, Kuala Lumpur

Buzan, (1984), Mind Mapping: Kickstart Your Creativity and Transform Your Life,
Amazon: London

De Bono, E. (1997). Pemikiran Lateral ; Golden Books Centre Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur

BAHAGIAN B
Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan
pembelajaran (PDP) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk
melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi
dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata, tetapi berpusat
kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Aktiviti Pembelajaran
merupakan bahagian penting yang wajib ada dalam perancangan pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti yang direka bentuk oleh guru untuk memudahkan kewujudan
sesuatu hasil. Contohnya, aktiviti yang menggalakkan murid memberi pendapat,
aktiviti yang memaksa murid berbincang dalam kumpulan dan aktiviti yang memberi
peluang murid membuat penyampaian secara lisan. Antara aktiviti pengajaran bahasa
Melayu yang dikenal pasti sesuai untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan
keratan akhbar , teka silang kata, lawatan,main peranan dan bercerita.

PENGGUNAAN KERATAN AKHBAR


Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu belajar disandarkan
kepada pendapat seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978) yang menggariskan
tujuh kepentingan penggunaan bahan bantu belajar.
i.

Merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.

ii. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak
pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.
iii. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh itu
menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.
iv. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui
cara-cara lain.
v.

Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat perkembangan

perbendaharaan kata.
vi. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan
kegiatan seorang pelajar.
vii. Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan
sukarela.

Berdasarkan hal yang diperkatakan oleh Dale, nyatalah bahawa bahan bantu
belajar berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar, memberikan
keseronokan kepada pelajar kerana dengan penggunaannya, pelajar akan
mengalami situasi yang terkeluar daripada suasana pemelajaran biasa dan seterusnya
dapat menghindarkan mereka daripada berasa bosan untuk belajar. Penggunaan
keratan akhbar boleh dijalankan dengan membuat perancangan pada awal tahun lagi.
Setiap pelajar akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk membuat keratan akhbar,
berupa keratan rencana pengarang akhbar.
Penggunaan keratan akhbar boleh dijalankan dengan membuat perancangan
pada awal tahun lagi. Setiap pelajar akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk
membuat keratan akhbar, berupa keratan rencana pengarang akhbar. Keratan rencana
pengarang akhbar dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pelajar dalam
aspek pengucapan lisan. Untuk aktiviti lisan, guru hendaklah memastikan setiap
pelajar sentiasa bersedia dengan keratan rencana pengarang akhbar masing-masing.
Guru akan meminta pelajar memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam
keratan rencana pengarang akhbar yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah
diucapkan secara lisan tanpa merujuk keratan tersebut. Dengan cara itu, pelajar dapat
dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap di khalayak ramai. Cara ini juga
dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap. Keratan rencana pengarang juga dapat
membantu pelajar
Dalam penulisan karangan pula, guru meminta pelajar menyenaraikan isiisi penting yang terdapat dalam keratan tersebut. Semasa pelajar membacakan isi-isi
penting tersebut, pelajar lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan.
Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa. Guru dan pelajar membuat
perbincangan berdasarkan isi-isi yang telah dicatat dan seterusnya menyusunnya
menjadi karangan. Sepanjang sesi pembelajaran berlangsung, guru akan memilih
tajuk yang tertentu daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting
untuk perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan
memberikan keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan
idea, serta dapat berbincang bersama-sama.

PERMAINAN TEKA SILANG KATA


Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran muridmurid kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Menurut
beliau juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan
yang membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya
memberi peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Permainan seperti teka
silang kata, sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajran.
Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dengan menggunakan hurufhuruf yang dicantum menjadi perkatan, biasanya diberikan soalan atau pembayang
untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan. Murid secara rawak, diminta ke
meja guru bagi mengambil satu sampul arahan untuk mendapat tip bagi menjawab
soalan pertama teka silang kata. Murid menyusun cip-cip huruf dalam petak-petak
yang disediakan berdasarkan soalan yang dalam sampul arahan tersebut. Melalui
permainan ini juga, murid dikehendaki memusingkan roda impian. Apabila putaran
berhenti , murid dikehendaki melengkapkan petak-petak kosong dengan cip-cip huruf
yang sepadan dengan jarum yang ditunjukkan pada papan roda. Aktiviti ini dapat
memahirkan murid dalam ejaan. Murid akan menyusun cip huruf untuk mengeja
gambar-gambar yang sepadan pada papan roda impian. Aktiviti ini akan dieruskan
sehingga semua soalan dalam teka silang kata dapat dijawab oleh murid-murid.
Melalui permainan ini kita boleh menguji kosa kata murid-murid. Penguasaan
perbendaharaan kata dari segi sinonim dan antonim. Ini boleh mencabar minda
murid-murid. Kerana mereka terpaksa merujuk Kamus sekiranya menimbulkan
keraguan dari segi makna perkataan tersebut. Contohnya terdapat dua jawapan dalam
satu soalan yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan ejaan seperti bobos
dan bolos. Kemahiran berfikir adalah penting dalam konteks ini. Mereka terpaksa
memilih satu jawapan yang sesuai dengan perkataan-perkataan lain di papan
silangkata. Setiap perkataan yang dibina telah dapat menambahkan perbendaharaan
kata mereka. Mereka juga akan merujuk Kamus jika mereka menjumpai dua
perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza.
Mereka terpaksa membuat pilihan untuk disesuaikan dengan perkataan perkataan
lain disekelilingnya, supaya huruf-huruf yang ditulis atau dipilih mempunyai
kesinambungan dengan huruf-huruf disekelilingnya. Ini akan mendorong murid-murid
untuk rajin pergi ke perpustakaan untuk membuat rujukan dan dapat menyemaikan
semangat minat membaca. Perpustakaan adalah merupakan gedung ilmu yang sesuai
untuk mencari maklumat pembelajaran. Dengan ini murid-murid tidak akan
membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah kerana untuk menyelesaikan
satu teka silang kata memerlukan masa yang agak lama. Aktiviti teka silang kata ini
boleh dijalankan secara berkumpulan. Ini mrnggalakkan murid-murid membuat
perbincangan sekiranya terdapat percanggahan untuk memilih jawapan yang sesuai.
Degan yang demikian mereka akan sentiasa berfikir dan terus berfikir untuk
mendapatkan jawapan yang betul-betul sesuai. Ini juga akan dapat mengeratkan lagi
hubungan sosial yang positif diantara murid-murid.
10

AKTIVITI LAWATAN
Jika kita perhatikan di zaman yang serba canggih dan membangun ini pelbagai
kemudahan dapat dikecapi oleh murid-murid. Di hujung-hujung minggu ramai ibu
bapa membawa anak-anak mereka pergi membeli belah atau pergi ke tempat-tempat
percutian. Mereka ingin merehatkan fikiran setelah sekian lama bekerja. Bagi muridmurid pula mereka ingin merehatkan fikiran setelah seminggu terlibat dalam proses
pembelajaran. Alangkah eloknya jika keadaan seperti ini dapat kita kaitkan dengan
aktiviti pembelajaran di sekolah. Justeru itu saya telah memilih aktiviti lawatan dalam
proses pembelajaran ini.
Aktiviti ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran penulisan. Secara realitinya,
murid-murid suka meneroka dan meneliti. Melalui pemerhatian, sel-sel otak mereka
akan sentiasa berkembang. Melalui sentuhan, deria-deria halus pada anggota akan
menghantar maklumat ke otak untuk menggalak otak mereka untuk berfikir. Dalam
penulisan karangan yang berbentuk sejarah dan kepahlawanan sangat sesuai
menggunakan aktiviti ini. Murid-murid akan di bawa melawat ke tempat-tempat
bersejarah seperti ke Kota Melaka kota bersejarah. Di Sini mereka dapat melihat
sendiri artifak-artifak peninggalan sejarah. Mereka lebih mudah membuat catatan
tentang apa yang mereka lihat sendiri. Untuk mengetahui sesuatu peristiwa yang
berlaku, mereka akan membaca artikal-artikal atau catatan yang terdapat di tempat
tersebut. Di sini mereka telah dapat mengaplikasikan kemahiran membaca mereka.Ini
juga dapat memberi dorongan kepada murid-murid yang lemah membaca untuk
menguasai kemahiran membaca bagi mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah
berlaku. Mereka mendapat gambaran yang lebih jelas berbanding melalui
pembelajaran dalam kelas yang banyak menggunakan teknik kuliah dan syarahan
yang mungkin akan menimbulkan kebosanan.
Melalui aktiviti ini juga mereka dapat meneroka pengetahuan dan pengalaman
baru. Mereka dapat melihat sendiri peralatan atau senjata yang digunakan di zaman
kepahlawanan Melayu dahulu. Mereka lebih mudah mengingati gambaran yang
mereka alami sendiri. Lebih banyak kosa kata dan perbendaharaan kata yang
diperolehi dengan membaca setiap keterangan yang terdapat pada setiap objek atau
gambar. Melalui pengalaman yang dialami ini akan memudahkan murid-murid untuk
menulis karangan yang berbentuk sejarah. Mereka juga akan lebih seronok kerana
mereka telah keluar dari kepompong kebosanan belajar hanya di dalam kelas sahaja.
Pepatah Melayu mengatakan bahawa banyak berjalan luas pandangan.

11

AKTIVITI MAIN PERANAN

Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang


sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian
bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah
ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau
sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan
dalam situasi kumpulan. Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid
memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat
atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari
pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau
mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui
pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu,
guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan. Contohnya
mereka dikehendaki memainkan perana sebagai seorang penjual dan pembeli di pasar
borong. Mereka perlu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang santun dan
bertatasusila. Mereka akan menjadikan guru mereka sebagai rujukan untuk menghasil
ayat-ayat yang santu dan bertatasusila. Pembelajaran akan menjadi dua hala kerana
perbincangan akan sentiasa berlaku antara murid dan guru, dan murid bersama
kumpulan mereka. Mereka juga dikehendaki menghormati perasaan dan kepentingan
orang-orang yang berada di sekeliling mereka. Dengan ini akan menggalakkan
mereka untuk mencari pengalaman sendiri samaada pergi ke pasar borong untuk
melihat situasi sebenar atau dengan bertanya kepada individu yang bekerja sebagai
peniaga. Di sini mereka dapat menyelami dunia perniagaan dan seterusnya dapat
diaplikasikan dalam kehidupan yang nyata. Melalui aktiviti ini juga dapat
menyemaikan semangat dan minat untuk berniaga. Sebagaimana yang kita sedia
maklum bahawa salah satu sumber ekonomi kita ialah melalui perniagaan.

12

AKTIVITI BERCERITA.

Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk


membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan. Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting untuk
memastikan kejayaan sesuatu penceritaan.
Dimana ia harus dikawal supaya tidak mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Mereka akan lebih terdorong untuk membuat latihan persuaraan untuk menghayati
cerita yang akan disampaikan. Suara mestilah kuat dan jelas didengar disamping
mempelbagaikan intonasi dan nada. Mereka hendaklah menyesuaikan intonasi dan
nada mengikut skrip. Untuk menjayakan lagi penceritaan ini mereka mesti menghafal
dan mengingati jalan ceritanya. Oleh itu mereka akan sentiasa membuat ulangan dan
ulangan hingga mereka betul-betul dapat mengingatinya. Ini menggalakkan mereka
untuk sentiasa membuat ulangkaji. Aktiviti bercerita bertujuan untuk mencernakan
daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai
kemahiran dan kecekapan berbahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar
dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid
berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau
mimik muka mereka.
Semasa menjalankan aktiviti ini, guru perlu memilih cerita yang sesuai dengan
umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Tajuk atau isi cerita hendaklah disesuaikan
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sebelum aktiviti ini dijalankan guru
boleh bercerita terlebih dahulu sebagai panduan kepada murid-murid. Dalam
penceritaan tersebut , guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau
lain-lainBahan Bantu belajar. Guru juga boleh menyediakan kad-kad perkataan, frasafrasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
disampaikan.

13

RUJUKAN
Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur :
UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.

Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam
Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.

Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan
Menengah.Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah
danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.

14

You might also like