You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) ke-4 Tahun 2014

Tarikh

: 07 November 2014

Masa

: 11:40 pagi 12:40 petang

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Pengerusi

: Pn. Choo Chin Moi (Guru Besar)

Kehadiran

: En. Chew Poh Chai


Pn. Wong Yiik Ling
Cik Lau Nge Hsia
Pn. Jong Fui Kian
Pn. Liu Siaw Ying
Cik Audrey Yee Hsing Hui

En. Alan Tan Ting Kiang


Pn. Wong Leh Ling
Cik Phang Hui Chen
Pn. Ling Siaw Chin
En. Zaidan bin Isa

Agenda:
1.0
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Ucapan Aluan
Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang
hadir.
1.2
Pengerusi menyatakan bahawa terdapat dua versi bagi SKPM yang mana versi
2003 adalah secara offline dan versi 2010 adalah secara online.

2.0

TAKLIMAT SKPM
2.1
Terdapat 4 standard yang dinilai dengan skor 6 adalah skor tertinggi dan perlu
diberi justifikasi yang jelas.
Tindakan: Semua PK dan Ketua Panitia
2.2

Setiap aspek dalam SKPM 2010 lebih memfokuskan kepada keberhasilan


murid berbanding SKPM Versi 2003 yang lebih menumpukan kepada aspek
pengurusan guru.

2.3

STANDARD 1 : KEPIMPINAN DAN HALA TUJU


Terdapat 8 aspek, antara aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti
berikut:
1.1
Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk
menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat
sekolah.

1.2

1.3
1.4
1.5
1.6
1.7

1.8

Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi menjadi hala tuju


seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang
ditetapkan.
Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk
perkongsian idea dan maklumat.
Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik
untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.
Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk
meningkatkan kualiti kerja.
Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah
Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan
pemupukan budaya belajar
Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi
memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus
sekolah.
Tindakan: Guru Besar

STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI


Terdapat 8 aspek, antara aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti
berikut:
2.1
Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga
sekolah.
2.2
Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan
keselamatan warga sekolah.
2.3
Kewangan, aset alih dan aset tidak alih kerajaan diurus untuk
memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan yang optimum.
2.4
Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan.
2.5
Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diurus
bagi menyokong peningkatan kualiti pembelajaran.
2.6
Persekitaran dan suasana yang kondusif diwujudkan bagi memastikan
kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.
2.7
Permuafakatan strategik diwujudkan untuk memperoleh sumbangan
dan sokongan pelbagai pihak bagi manfaat sekolah.
2.8
Asrama diurus untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan
perkembangan sahsiah murid
Tindakan: Guru Besar dan Semua PK

STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,


SUKAN DAN HAL EHWAL MURID
3.1
PENGURUSAN KURIKULUM
Terdapat 5 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
3.1.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan
pelaksanaan kurikulum kebangsaan.
3.1.2 Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pengajaran.
3.1.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus untuk menyokong
peningkatan prestasi murid.
3.1.4 Jadual waktu disediakan bagi membolehkan pembelajaran dan
pengajaran dilaksanakan dengan teratur.
3.1.5 Peperiksaan awam, pentaksiran dan penilaian diurus untuk mengesan
pencapaian dan masalah pembelajaran murid.
Tindakan: Cikgu Chew
3.2
3.2.1
3.2.2

3.2.3

3.2.4

3.2.5

3.2.6

3.3

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN


Terdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan
pelaksanaan kokurikulum dan sukan.
Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid
secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di
bilik darjah.
Badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara
menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan
perwatakan murid dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Program Sukan untuk semua diurus untuk memastikan penglibatan
murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap
pengetahuan, kemahiran dan pembangunan sahsiah murid.
Program sukan untuk kecemerlangan diurus untuk mengesan dan
memperkembangkan bakat serta potensi murid ke arah peningkatan
pencapaian sukan sekolah.
Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan diurus untuk mengesan
pencapaian murid.
Tindakan: Cikgu Alan

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


Terdapat 4 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
3.3.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan
pelaksanaan Hal Ehwal Murid (HEM)
3.3.2 Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif
murid.

3.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disediakan untuk membantu


dan membimbing murid dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan
kerjaya murid.
3.3.4 Perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan keselamatan disediakan untuk
memastikan kesejahteraan murid.
Tindakan: Cikgu Lau
STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.1
Penglibatan murid
Membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.
Aspek 4.2
Penguasaan pembelajaran murid
Selaras dengan objektif yang ditetapkan.
Aspek 4.3
Hasil kerja murid
Berkualiti dan dapat mengukuhkan pembelajaran.
Aspek 4.4
Perancangan dan persediaan guru
Mesti rapi agar dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Aspek 4.5
Kaedah Penyampaian
Kaedah yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif
pelajaran.
Aspek 4.6
Kemahiran Komunikasi
Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan
menggalakkan pembelajaran murid.
Aspek 4.7
Penggunaan Sumber Pendidikan
Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu
mengukuhkan pembelajaran murid.
Aspek 4.8
Penilaian
Berterusan dan boleh meningkatkan keberkesan P&P.
Aspek 4.9
Teknik Penyoalan
Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman
murid.
Aspek 4.10
Penguasaan Isi Kandungan
Penguasaan yang mendalam membolehkan pelajaran
disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
Aspek 4.11
Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang)
Cekap dan boleh mewujudkan suasana yang kondusif untuk
meningkatkan keberkesanan P&P.
Aspek 4.12
Amalan Profesionalisme Keguruan
Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif
mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
Tindakan: Guru Besar

2.3

Guru diminta mengisi skor PKS-SKPM VERSI 2003 dan SKPM 2010
sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Berikut merupakan maklumat-maklumat
penting yang disebarkan kepada semua guru:
INSTRUMEN
Portal
Tarikh Pengisian
Skor PdP

SKPM 2003
http://nkra.moe.gov.my
1 Nov 28 Dis 2014
Skor Standard 4 SKPM 2010

SKPM 2010
www.moe.gov.my/enazir
1 Nov 28 Dis 2014
Skor Standard 4 SKPM 2010

Tindakan: Semua PK dan Ketua Panitia


2.4

Maklumat berkenaan Penilaian Bersepatu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


(PBPPP) boleh didapati di http://apps.moe.gov.my/smg/10/ atau buku panduan
SKPM yang telah diberi pada awal tahun sekiranya mana-mana guru
memerlukan pemahaman yang lebih mendalam.

3.0

HAL-HAL LAIN
3.1
Semua guru kelas diminta untuk melengkapkan kedatangan murid di laman
sesawang SPS (https://sps.1bestarinet.net/) sebelum cuti sekolah bermula.
Tindakan: Guru Kelas

4.0

UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada 12:40 petang dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

............................
CHEW POH CHAI
Setiausaha AJK SKPM
SJK Chung Hua Buntal

............................
CHOO CHIN MOI
Pengerusi AJK SKPM
SJK Chung Hua Buntal

You might also like