You are on page 1of 69

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

PERUNDINGAN KAUNSELING
KEIBUBAPAAN

Ubahsuai dan Disusun oleh;


Mohamad Shuhmy Shuib M.Sc.(Guide and Counseling)
Kaunselor Berdaftar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
copyright © othmanmohamed 1997(Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji
Mohamed)

1
PERUNDINGAN KAUNSELING
KEIBUBAPAAN

MODUL 1: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber Pembelajaran

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk Pembelajaran

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.

1. Konsep perundingan secara umum


2. Konsep perundingan dalam kaunseling

Kaedah Belajar

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian

1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan
uji sendiri.
2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang
berikut :

" Fahamkan definisi perundingan dan bezakan dengan definisi kaunseling". Penulisan tidak
melebihi 3 muka surat mengikut cara penulisan American Psychological Association.

Teks Wajib
Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa. (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

2
TOPIK 1: KONSEP PERUNDINGAN KAUNSELING

PENGENALAN

Latihan yang diterima oleh seorang kaunselor adalah seimbang, memberi fokus kepada
kedua-dua pengetahuan tentang tingkahlaku manusia yang berbentuk afektif dan kognitif.
Latihan demikian menyediakan seorang kaunselor itu sebagai ahli profesional yang unik
dalam masyarakat sekolah kerana persediaan pengetahuan asasnya kepada kefahaman
tentang aspek psiko-sosial dan pendidikan. Kaunselor mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang tingkahlaku kanak-kanak, remaja, serta proses pengajaran-
pembelajaran.

Pengetahuan dan kemahiran ini boleh digunakan dengan lebih berkesan secara berkongsi
dan membantu guru-guru, ibu-bapa, atau kelompok yang signifikan untuk memahami
tentang nilai, sikap, emosi serta tingkahlaku mereka. Penglibatan sedemikian secara
langsung membantu ibu-bapa, guru, dan kelompok yang signifikan meningkatkan
pengalaman dan pertumbuhan diri mereka. Aktiviti seperti ini adalah selari dengan konsep
perundingan atau konsultasi.

DEFINISI PERUNDINGAN KAUNSELING

Ada berbagai definisi perundingan yang terdapat di dalam rujukan kajian. Caplan (1970),
memberikan satu definisi yang bersepadu. Perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan
perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak melibatkan perhubungan
berhairaki. Biasanya professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza,
seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di samping itu,
perundingan bermatlamat untuk 1) memperbaiki tugas yang dijalankan oleh konsulti; 2)
memperkembangkan kemahiran konsulti sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah
yang serupa secara tersendiri pada masa hadapan. Sehubungan ini, bantuan yang
dihulurkan dapat membantu orang-orang profesional itu dalam menanangi aspek kesihatan
psikologikal dalam tugas mereka semasa, dan membolehkan mereka menanangi masalah
yang serupa pada masa depan dengan lebih berkesan.

Lippitt dan Lippitt (1978), pula menyatakan proses perundingan itu melibatkan antara
seorang perunding dengan berbagai corak individu dan sistem, termasuk keluarga, sistem
masyarakat dan sebagainya. Kedua-dua definisi ini mempunyai kekuatan dan
kelemahannya. Definisi Caplan (1970) memberi peneguhan kejituan kepada perundingan
apabila hanya dua pihak professional sahaja yang terlibat dalam proses perundingan.
Kelemahan definisi Caplan amat ketara kerana proses seperti ini tidak dapat diperluaskan
kepada khidmat dengan kelompok bukan profesional dalam masyarakat.

Apabila definisi perundingan diperluaskan kepada kelompok seperti keluarga, sistem


masyarakat, maka timbul kontroversi sama ada proses perundingan itu boleh digunakan di
luar ruang rujuk masalah pekerjaan. Katz & Kahn (1978) melaporkan bahawa kebanyakan
perunding berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara proses perundingan itu
dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi yang spesifik bersamaan
sistem komunikasi dan sumber maklomat yang baik. Tujuan proses adalah supaya sumber
yang mendapat khidmat itu menukarkan keadaan semasanya ke arah matlamat yang
hendak dicapai. Contohnya, satu proses perundingan dengan seorang guru akan fokus

3
kepada cara melayan peserta yang kurang berminat dalam suatu matapesertaan. Fokus
perundingan dalam keadaan ini mungkin akan menumpu kepada cara mendapatkan
maklomat mengenai masalah peserta tersebut, cara meyakinkan peserta tersebut tentang
pentingnya prestasi akademik dengan kerjaya dan sebagainya.

Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987) pula menekankan ruang rujuk perundingan kepada
khidmat kemanusiaan. Ruang rujuk ini selari dengan pendapat Lippitt dan Lippitt (1978).
Perundingan bermirip khidmat kemanusiaan ini mementingkan proses penyelesaiaan
masalah itu secara sukarela. Khidmat perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh
perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan bertujuan untuk
membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya boleh berfungsi
dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia bertanggungjawab. Tersemat dalam maksud
ini memberi erti bahawa perundingan diperluaskan kawasan pengunaannya kepada
kelompok, organisasi, selain daripada individu.

Antara aspek terpenting dalam proses perundingan ialah hubungan antara perunding
dengan konsultinya. Hubungan ini adalah sama rata. Ciri-ciri hubungan yang terbuka, ikhlas,
penuh kerelaan hati, empati dan ketulenan diri, kesemuanya menjamin hasil yang baik.

Ciri-ciri seperti ini sangat terdekat dengan manifestasi proses kaunseling. Namun, dalam
kaunseling prosesnya akan bermatlamat ke arah membantu klien mengatasi masalah
psikologikal. Dalam proses perundingan, perunding boleh mengenalpasti masalah
psikologikal klien melalui konsulti dan memberi saranan cara yang boleh dilaksanakan untuk
mengatasinya. Sehubungan ini, proses perundingan tidak berhasrat untuk menuju ke arah
matlamat kaunseling secara langsung.

Berpegang kepada definisi yang dihuraikan, ada dua aspek yang ketara. Apabila
perundingan itu di analisis sebagai satu kemahiran atau kecekapan yang terampil, maksud
definisinya adalah terhad kepada ahli profesional. Apabila perundingan dianalisis sebagai
satu proses maka terapanya adalah lebih condong kepada hasrat bagi memperbaiki
hubungan sesama insan dan lebih komprehensif.

Dalam erti kata lainnya, perundingan dapat didefinisikan sebagai upaya peningkatan
keterampilan melalui proses komunikasi terbuka yang dapat membantu penyelesaian
masalah, di samping memastikan proses hubungan sesama insan yang berlangsung secara
sukarela dilaksana di dalam sistem yang komprehensif.

Proses perundingan melibatkan tiga peserta; perunding yang memberi khidmat bantuan itu
menyampaikan khidmat kepada klien melalui orang tengah atau perantara. Perunding
merupakan seorang yang mempunyai kepakaran. Kepakaran tersebut biasanya dikongsi
dengan seorang orang tengah dan secara tidak langsung membantu pihak yang ketiga
untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengubah tingkahlaku dan sebagainya
(lihat Rajah 1)

Dalam Rajah 1, orang tengah yang dimaksud itu dinamakan sebagai konsulti. Konsultilah
yang akan menjalankan proses membantu klien bagi menanangi kerumitan yang sedang
dihadapinya. Perunding pula merupaka seorang yang memberi tunjuk ajar kepada konsulti
cara bagaimana untuk menanangi masalah yang dihadapi klien. Dalam keadaan demikian
kontak klien secara langsung dalam menanangi masalahnya adalah dengan konsulti. Dalam
proses perundingan, perunding menyalorkan kepakarannya kepada konsulti.

Dalam Rajah 2 pula, jelas dapat dipaparkan proses perundingan antara perunding (A)
dengan konsulti (B). Manakala hubungan diantara konsulti (B) dengan klien (C) adalah
proses menolong. Sehubungan ini, dalam keadaan yang di luar proses perundingan, apabila

4
kaunselor menanangi masalah klien secara hubungan langsung, interaksi ini tetap ke arah
proses kaunseling (lihat Rajah 3)

5
MODUL 2: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang
disarankan seperti berikut: " Huraikan apakah yang dipentingkan dalam proses perundingan
kaunseling".

Teks Wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.
Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV.
Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

6
TOPIK 1: Interaksi Perundingan

Pengenalan

Secara umum, perundingan merupakan satu proses interaksi antara dua orang profesional.
Antara elemen ciri yang dapat dipersetujui dalam perundingan adalah seperti berikut:

• Perunding sebagai seorang spesialis


• Konsulti yang memerlukan pertolongan
• Konsulti bersetuju bahawa perunding adalah personel yang mempunyai keterampilan
bidang berkaitan pertolongan yang diperlukan

Ciri ini boleh melibatkan seorang klien atau melebihi satu orang klien. Interaksi perundingan
juga boleh melibatkan perancangan program atau pengurusan pentadbiran. Rajah 4 dapat
memaparkan interaksi perhubungan perundingan antara kaunselor sebagai perunding
dengan ibu bapa, guru, pengetua sebagai konsulti, dan klien. Manakala klien mendapat
pertolongan daripada konsulti.

Rajah 1 jelas menunjukkan aliran proses perundingan di antara kaunselor dengan konsulti.
Pengilibatan ibu bapa, pengetua, atau guru tingkatan di sini sebagai konsulti memaparkan
bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan klien biasanya
peserta di sekolah.

Manakala Rajah 5 pula menunjukkan keadaan proses perundingan antara perunding dengan
konsulti. Perhubungan yang jelas dalam perundingan adalah seperti berikut:

• Tidak ada hairaki di antara perunding dengan konsulti


• Proses perundingan dijalankan secara sukarela
• Perundingan dijalankan antara dua orang profesional
• Perundingan bertujuan memperbaiki tugas konsulti
• Perundingan memperkembangkan kemahiran konsulti
• Berlakunya perhubungan koordinat. Perhubungan ini bermaksud pengetahuan yang
diperolehi konsulti daripada perunding akan diserap ke dalam sistem pemikiran
konsulti

Di dalam perhubungan perundingan, kedua-dua perunding dan konsulti dianggap sebagai


pakar. Perunding tidak ada kuasa ke atas konsulti. Ini memberi implikasi bahawa konsulti
boleh menolak saranan perunding. Implikasi selanjutnya kolsultilah yang bertanggungjawab
ke atas segala tindakannya sendiri.

Ciri Perundingan

1. Di dalam perundingan kesihatan mental, dua orang yang dianggap sebagai


profesional akan terlibat dalam perundingan.
2. Konsulti memberi penjelasan tentang masalah yang sedang dihadapi seperti:

1. kecelaruan mental
2. personaliti
3. antara personel
4. pengurusan

7
1. Perunding perlu memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang bidang yang
dikemukan di dalam perenggan 2 di atas.
2. Tanggungjawab pengurusan, pentadbiran tentang masalah konsulti adalah hak
konsulti.
3. Konsulti tidak terikat dengan saranan perunding.
4. Perhubungan secara koordinat atau perhubungan sama rata tanpa hairaki
membolehkan pertukaran idea yang selesa di antara perunding dengan konsulti.
5. Proses perundingan biasanya tidak berpanjangan. Lazimnya pertemuan akan berlaku
sebanyak di antara dua hingga tiga sesi perundingan.

Ciri proses perundingan yang baik dapat dilihat seperti di dalam Rajah 6.

8
MODUL 3: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.

1. Konsultasi kesihatan mental Caplan.


2. Perundingan modaliti perkhidmatan insan Lippitt & Lippitt.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini,

sila buat tugasan yang disarankan."Huraikan perpezaan antara pendkatan Caplan dengan
pendekatan Lippitt & Lippitt".

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman

9
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan

Pengenalan

Sebagai seorang pengasas dalam ilmu perundingan kesihatan mental, Caplan telah
mengemukakan beberapa konsep asas dalam proses perundingan seperti berikut:

1. Perundingan dilakukan di antara dua orang profesional.


2. Definisi masalah adalah seperti yang dikemukakan oleh konsulti.
3. Tanggungjawab kerja pentadbiran dan tugas perlaksanaan adalah ditanggung oleh
konsulti.
4. Idea perunding tidak semestinya diterima oleh konsulti.
5. Perhubungan di antara perunding dengan konsulti tidak ada hairaki.
6. Biasanya perunding berasal dari luar organisasi di mana konsulti berkhidmat.
7. Pertemuan di antara perunding dengan konsulti adalah sekali-sekala.
8. Pemberian maklumat oleh perunding tidak menyeluruh kerana perlu mengelakkan
pergantungan oleh konsulti kepada perunding.
9. Terdapat dua matlamat di dalam proses perundingan:
i. memperbaiki kefahaman
ii. meningkat kemahiran konsulti
10. Tujuan perundingan biasanya adalah bagi meningkatkan dan memperbaiki prestasi
kerja konsulti.
11. Perundingan tidak fokas kepada masalah peribadi.
12. Perunding peka kepada perasaan yang diluahkan oleh konsulti.
13. Peranan tidak terhad kepada tugas perundingan dalam keadaan kecemasan.

JENIS PERUNDINGAN

Caplan membezakan antara empat jenis perundingan:

1. Fokus perundingan berkaitan dengan kerumitan yang dialami klien.


2. Fokus perundingan berkaitan dengan kerumitan pentadbiran.
3. Matlamat perundingan bagi memberi maklumat.
4. Matlamat perundingan bagi memperbaiki daya penyelesaian masalah konsulti.

10
Topik 2: Perundingan Modaliti Perkhidmatan Insan Lippitt
& Lippitt

Pengenalan

Model perundingan yang dikemukakan oleh Lippitt dan Lippitt (1978) pula memberi fokus
kepada interaksi serta proses yang berlaku semasa perundingan di antara perunding dengan
sistem. Sistem di sini bermaksud individu, keluarga dan juga masyarakat. Model yang di
kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt ini lebih meluas berbanding dengan model Caplan. Lippitt
dan Lippitt menamakan modelnya sebagai Perundingan Perkhidmatan Insan. Definisi yang di
kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt begitu bersepadu seperti berikut:

1. Perundingan adalah sebagai satu proses penyelesaian masalah secara sukarela.


Perkhidmatan ini pula boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsulti.
2. Asas perundingan adalah bertujuan bagi membantu konsulti memperkembangkan
sikap dan kemahiran, supaya membolehkan konsulti berfungsi dengan lebih
berkesan.
3. Matlamat di dalam proses perundingan adalah :

 Bagi memperbaiki khidmat kepada orang yang ketiga, iaitu klien.


 Bagi memperbaiki keupayaan konsulti untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

4. Di samping ini, perhubungan dan proses perundingan adalah setaraf di antara


perunding dengan konsulti.
5. Ciri di dalam proses perundingan terserlah dengan adanya sifat seperti:

 Kerelaan hati perunding


 Pandangan yang terbuka oleh perunding
 Ketulenan diri oleh perunding
 Wujud rasa empati oleh perunding

Apabila diperhatikan ciri di dalam proses perundingan yang dikemukakan oleh kedua-dua
Caplan dan Lippitt & Lippitt, maka agak terserlah bahawa wujud keserupaan antara
kaunseling dengan perundingan. Malahan di dalam sorotan literatur pendekatan kaunseling
itu dianggap sebagai strategi intervensi orde yang pertama. Manakala pendekatan
perundingan adalah dianggap sebagai strategi intevensi orde kedua. Jelas bahawa di dalam
pendekatan perundingan sasaran utama – iaitu klien tidak bersemuka secara langsung
dengan kaunselor yang memberikan khidmat sebagai perunding. Klien mendapatkan
pertolongan melalui konsulti.

Perundingan modaliti oleh Lippitt & Lippitt bermatlamat bagi mewujudkan perubahan yang
positif dalam sistem emosi klien melalui pertolongan yang disampaikan oleh konsulti.
Perubahan ini boleh berlaku dengan dua cara:

1. Secara pasif. Perubahan emosi melalui cara pasif dimana kuasa perubahan tidak
terkawal oleh konsulti yang berkenaan. Dalam keadaan ini, kaitan secara
langsung tentang tindakan yang di ambil ke atas mengubah emosi klien di

11
lakukan selain dari konsulti. Ini bermakna bahawa konsulti hanya bertindak
sebagai pemangkin perubahan.
2. Secara aktif. Perubahan emosi adalah hasil daripada usaha sistem itu sendiri yang
mengarah penyelesaian masalah dan pencapaian maklumat. Dalam keadaan ini,
konsulti itu sendiri yang memainkan peranan bagi menggerakkan tindakan
perubahan ke atas emosi kliennya. Konsulti berperanan aktif dengan melakukan
pelbagai tindakan yang mempunyai unsur-unsur bagi mengubah emosi dan
perlakuan klien.

©copyright othmanmohamed

MODUL 4: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.

1. Cara perlaksanaan perundingan modaliti Perkhidmatan Insan.


2. Perubahan dalam perundingan.
3. Matlamat perundingan modaliti Perkhidmatan Insan.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang
disarankan. "Pilih tiga cara perlaksanaan modaliti Perhubungan Insan dan huraikannya
besertakan contoh dalam pengalaman anda".

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

12
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

13
Topik 1: Cara perlaksanaan perundingan modaliti
Perkhidmatan Insan

Pengenalan

Dalam modaliti ini terdapat lima cara bagi melaksanakan proses perundingan seperti

• Secara langsung;
• Sebagai perantara;
• Secara kolaboratif;
• Sebagai sistem sokongan;
• Kepekaan tentang sikap dan perasaan.

Cara atau elemen perlaksanaan ini penting kerana tersemat di dalamnya ciri yang akan
memudahkan proses perundingan di antara perunding dengan konsultinya.

Secara langsung.

Dalam keadaan ini, konsulti mendapatkan perkhidmatan secara langsung dari perunding.
Manakala perunding pula tidak keberatan menjalankan proses intervensinya secara
langsung ke atas sistem sasarannya. Keadaan ini dapat di paparkan seperti di dalam Rajah
6. Dalam contoh ini, konsulti telah meminta perunding menjalankan satu latihan di dalam
organisasinya yang melibatkan ahli di dalam organisasi. Ahli tersebut boleh dianggap
sebagai klien dalam erti kata definisi oleh modaliti Lipit & Lipit. Apabila perunding bersetuju
dengan perlaksanaan latihan tersebut, perunding akan juga menangung sepenuhnya
tanggung jawab ke atas hasil latihan yang akan dijangkakan ke atas sasarannya.

Sebagai perantara.

Dalam keadaan ini perunding dianggap sebagai memainkan peranagn orang perantaraan.
Pada biasanya, keadaan berlaku di mana masalah yang timbul melibatkan terputusnya
komunikasi akibat pertelingkahan di antara individu atau pun kelompok. Perunding di sini
menerima tanggung jawab membuat analisis masalah yang berlaku dengan pertolongan
konsulti dan ahli lain yang terlibat dngan masalah komunikasi tersebut.

Secara kolaboratif.

Dalam keadaan ini, perunding mempunyai anggapan bahawa konsulti adalah sebagai rakan
sekerjanya di dalam proses menghasilkan perubahan dalam sistem sasaran. Biasanya
keadaan ini agak teserlah apabila sistem persekolahan itu diambil sebagai satu contoh.
Sasaran yang mungkin relevan adalah peserta sebagai klien yang memerlukan pertolongan.
Guru sebagai rakan sekerja kaunselor sekolah akan mendapatkan perkhidmatan
perundingan sebagai satu cara bagi menanangi masalah yang dihadapi dengan pesertanya
baik di dalam bilik darjah atau pun dalam interaksi biasa di luar bilik darjah. Peranan
kaunselor yang mewajarkan imej melaksanakan tugas secara kolaboratif ini akan dapat
merapatkan lagi perhubungan dirinya sebagai seorang profesional dengan guru dan
personel sekolah yang lain.

Sebagai sistem sokongan.

14
Perundingan adalah merupakan sebagai sebahagian daripada cara pertolongan mekanisme
penyelesaian masalah. Dalam alam realiti, perundingan tidak dapat digunakan secara
bersendirian. Perundingan merupakan sebagai satu dari alternatif mekanisme pertolongan
seperti kaunseling, kocing dan dalam keadaan yang spesifik penyeliaan. Namun,
perundingan mengambil tempat istimewa dalam menyerlahkan kaedah pengajaran secara
bersahaja bagi mewujudkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran konsulti.

Kepekaan tentang sikap dan perasaan.

Dua elemen, sikap dan perasaan ini penting. Namun, perunding wajar menumpukan
tindakan yang berasingan terhadap kedua elemen ini. Perunding mesti faham tentang
hipotesis berkaitan isu yang sedang menghindar konsulti dari berfungsi secara optima.
Contohnya, perasaan yang disimpan oleh konsulti mesti dapat diselami oleh perunding. Ada
kemungkinan konsulti masih memendam sesuatu perasaan yang belum dapat diselesaikan.
Dalam keadaan demikian, adalah menjadi tanggungjawab perunding dapat persetujuan dari
konsulti bagi menggerakkan proses penyelesaian perkara yang belum selesai itu melalui
proses kaunseling. Biasanya bagi mengelakkan timbul isu perhubungan penduaan maka
kaunseling dijalankan oleh seorang kaunselor selain dari perunding.

Perunding juga akan berhadapan dengan isu sikap dalam perhubungan di antara perunding
dengan konsulti. Sikap adalah dipunyai secara tersendiri oleh konsulti. Setiap konsulti
sebagai seorang insan memang mewajarkan ciri personaliti yang pelbagai. Cara melayan
konsulti adalah amat penting. Layanan yang menyerupai layanan seperti di dalam proses
kaunseling adalah sebahagian dari seni yang begitu halus mesti diperolehi perunding.
Dalam perkara ini, kemahiran kaunseling amat penting diterapkan ke dalam perlaksanaan
proses perundingan.

Topik 2: Perubahan dalam perundingan

Pengenalan

Perundingan adalah strategi intervensi yang melibatkan perhubunganantara seorang


penolong profesional, kliennya dan sistem sebagai sasaran yang berkehendakkan
pertolongan. Pada biasanya, perhubungan adalah bersifat sementara namun produktif
apabila perhubungan itu berbentuk sukarela (Lipit dan Lipit). Dari definisi ini dapat satu
implikasi sekiranya dilihat dari aspek keterampilan, maka perundingan hanya dapat diberi
khidmat serta dinikmati oleh orang profesional sahaja. Namun, apabila perundingan itu
sendiri seperti mana yang dikemukakan oleh Lipit dan Lipit sebagai satu proses, maka
kawasannya lebih meluas mengabungi hubungan sesama insan.

Prinsip yang boleh melibatkan perubahan

1. Bagi perundingan dapat menikmati kejayaan, perkhidmatan ini perlu mendapat


sokongan oleh orang-orang yang paling berkuasa di dalam sistem sasaran.
2. Perubahan dapat dilihat sebagai mengurangkan kerja, tanggungan yang semasa.

3. Sesuai dengan nilai dan idealisma sistem sasaran.


4. Menawarkan matlamat, penyelesaian, pengalaman yang diminati oleh sistem
sasaran.

15
5. Sistem sasaran tidak merasa bahawa intervensi perunding menggangu
keselamatan dan otonominya.
6. Disokong secara sebulat suara oleh sistem sasaran.
7. Sistem sasaran faham, bersetuju tentang masalah pokok yang sedang
dialaminya.
8. Sistem sasaran mengalami sokongan kepercayaan, keyakinan penerimaan dalam
perhubungan antara perunding – konsulti.

Sistem sasaran juga terlibat dalam proses penilaian.

Topik 3: Matlamat perundingan modaliti Perkhidmatan


Insan

Pendahuluan

Matlamat perlu dicapai di dalam sesuatu proses perkhidmatan pertolongan. Matlamat dapat
memberi arah tujuan bagi melaksanakan sesuatu perancangan dan tindakan yang baik.
Dalam perundingan modaliti Perkhidmatan Insan matlamat perundingan menumpu ke arah
mengoptimumkan keberkesanan sistem sasaran.

1. Timbulkan satu perasaan aktif tentang kesedaran diri konsulti dan sistem
sasaran.
2. Wujudkan suatu suasana di mana pembelajaran serta kefahaman diberi
penghargaan.
3. Pengaruh sistem sasaran agar lebih terbuka bagi menerima perubahan.
4. Tanamkan satu perasaan keyakinan dan perasaan penuh kemahiran terhadap
kebolehan sistem sasaran itu berupaya menyesuaikan dengan perubahan yang
positif.

16
MODUL 5: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.

1. Peringkat dalam perundingan.


2. Kemahiran perundingan.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila sila buat tugasan yang
disarankan.

1. "Bincang dan bezakan peringkat perundingan dengan kaunseling"?


2. "Bagaimanakah perlunya kemahiran kaunseling diterap ke dalam proses
perundingan kaunseling keibubapaan"?

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

17
Topik 1: Peringkat dalam perundingan

Pengenalan

Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987), mencadangkan peringkat seperti berikut:

1. Kemasukan. Sebaik sahaja seorang perunding bersedia melibatkan diri dalam proses
perundingan, beliau sudah boleh menilai dirinya dan persediaan konsulti menerima proses
tersebut. Di samping itu perunding sudah dapat mengenalpasti masalah yang hendak
diselesaikan. Dalam keadaan yang sama perunding besedia menggunakan strategi
membentuk hubungan bekerja secara bersepakat `teamwork'. Dalam suasana demikian
segala nilai, keperluan, anggapan pekerjaan sudah dapat dijelaskan dengan baik, tujuan
mengeratkan bekerja secara bersepakat.

2. Memulakan perhubungan perundingan. Hubungan yang positif mementingkan


hubungan yang sama rata di antara perunding dengan konsulti. Komunikasinya adalah
terbuka, bermakna prosedur ini memberi peluang kepada kedua-dua perunding dan konsulti
menyatakan kehendak masing-masing, gaya bekerja masing-masing. Di samping itu kedua-
dua pihak adalah terikat dengan kerahsiaan dan komunikasi maklomat. Taraf tidak
berhairaki adalah penting di antara perunding dengan konsulti. Walaupun perunding tidak
mempunyai kuasa yang formal, kuasanya tersemat dalam penghormatan yang diberi
kepadanya oleh konsulti berasaskan kepakarannya.

3. Penentuan keperluan. Sebelum satu persetujuan diperolehi berhubung dengan


keadaan masalah yang sebenar, proses konsultasi tidaklah wajar untuk dimulakan. Cara
penilaian masalah sebenar adalah berbeza. Walau bagaimana pun, penaksiran keperluan
perunding -- konsulti biasanya tidak terkeluar daripada model perundingan.

4. Penentuan masalah dan matlamat. Masalah yang hendak diselesaikan perlu


dijelaskan secara terperinci dan mantap. Kedua-dua pihak perlu membuat analisis tentang
dasar yang akan dilaksanakan. Konsep tentang ruang rujuk kerja yang paling sesuai wajar di
kenalpasti dan difahami oleh semua pihak yang terlibat. Keseluruhan proses kefahaman
yang asas ini adalah untuk menentukan bahawa perundingan dijalankan untuk
menyelesaikan masalah yang sebenar.

5. Pemilihan strategi. Selepas penjelasan matlamat secara jelas, perunding perlu


meneroka segala altenatif yang berkemungkinan. Dalam hal ini, perunding membantu
konsulti meneroka altenatif merancang satu strategi yang baik. Prinsip teori bersistem yang
berasaskan kepada konsep `equifinality' adalah penting kerana di dalam satu sistem
terdapat pelbagai strategi ke arah mencapai matlamat yang sama.

6). Melaksanakan strategi. Peringkat ini akan menentukan sama ada segala konsep yang
diterokai semasa persediaan proses benar-benar dapat dijayakan. Oleh yang demikian,
segala perancangan dan perlaksanaan wajar bermotif fleksibel. Masalah yang tidak diduga
berkemungkinan berlaku dan perlu dihadapi secara sistematik. Perhubungan yang konsisten
antara perunding dan konsulti adalah penting untuk mengukur perkembangan yang semasa.

7. Penilaian. Setiap proses perundingan perlu mempunyai satu sistem bagi mengukur
perancangan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dijalankan secara formatif, apabila kaedah
serta proses tidak formal tidak begitu ketara. Dalam penilaian seperti ini, tujuan adalah bagi
mengenalpasti dan memantau sejauh manakah tindakan perlaksanaan konsultasi berjaya
seperti dirancangkan pada peringkat yang tertentu. Biasanya kerjasama adalah antara
perunding dengan konsulti sahaja, dan tidak melibatkan pihak lain. Penilaian secara

18
summatif mementingkan laporan yang formal. Maklombalas biasanya adalah diperlukan
oleh pihak yang berkuasa tentang perlaksanaan suatu dasar terhadap organisasi.

8. Tamat. Peringkat ini memberi satu formaliti bahawa proses perundingan diberhentikan
secara persetujuan antara perunding dengan konsulti. Bagaimana pun kesan dan hasil
daripada proses perundingan itu tetap terjalin dengan klien yang menerima khidmat
tersebut.

Topik 2: Kemahiran perundingan


Baker (1981), mencadangkan bahawa perunding di alam pendidikan perlu mempunyai
kemahiran yang berikut:

1. Kebolehan secara berkesan untuk menyampaikan kemudahan khidmat perkhidmatan


kepada bakal pelanggan.
2. Kefahaman tentang menggunakan satu sistem untuk menganalisis dan menjalankan
proses perundingan.
3. Memberi latihan kepada konsulti tentang kemahiran asas untuk melayan klien.
4. Faham tentang perkaitan antara proses psiko-sosial dengan proses pendidikan.
5. Membantu konsulti mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi.
6. Membantu konsulti menggubal strategi yang tertentu untuk menyelesaikan masalah
yang sedang dihadapi.
7. Membantu konsulti melaksanakan strategi penyelesaian masalah.
8. Patuh kepada syarat etika dan segala peraturan undang-undang.

Kemahiran yang berguna dalam peringkat perundingan

Peringkat kemasukan.

1. Perhubungan antara insan


2. Mendengar secara aktif
3. Empati
4. Pengluahan swadiri
5. Refleksi

Peringkat mengenalpasti masalah.

Peringkat ini berkaitan dengan penentuan keperluan , di samping menentukan masalah dan
matlamat. Kemahiran yang sesuai adalah seperti berikut:

1. Memberi fokus
2. Parafrasa
3. Mengulang
4. Penentuan matlamat
5. Empati
6. Ketulenan diri
7. Komitmen
8. Penjelasan

19
Peringkat susulan.

1. Berani mengambil risiko


2. Sikap terbuka
3. Tegas
4. Ketahanan diri

Peringkat perlaksanaan.

Peringkat ini menumpu kepada aliran strategi semasa melaksanakan proses perundingan.
Kemahiran yang sesuai adalah seperti berikut:

1. Maklum balas
2. Kesabaran
3. Fleksibel
4. Hubungan antara insan
5. Empati
6. Ketulenan diri
7. Mengatasi perasaan negatif
8. Mengatasi rintangan swadiri

Peringkat tamat.

1. Memberi dan menerima maklumbalas


2. Parafrasa
3. Empati

20
MODUL 5: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.

1. Perundingan kesihatan mental Caplan.


2. Ciri perundingan modaliti Caplan.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang
disarankan. "Apakah ciri terpenting dalam perundingan modaliti Caplan".

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

21
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Pengenalan

Pendekatan ini memberi tumpuan kepada konsep kesihatan mental komuniti. Fokus adalah
kepada pendekatan psikodinamik di antara konsulti dengan perunding dan apabila proses
pertolongan di ambil alih oleh konsulti, fokusnya beralih kepada konsulti dengan kliennya.
Elemen yang ditumpukan di dalam proses perundingan adalah aspek wawasan psikologikal.
Maka dari segi hasil yang hendak dicapai daripada perundingan ada persamaannya dengan
proses terapi psikodinamik.

Tiga perkara yang terserlah di dalam pendekatan perundingan Caplan adalah seperti
berikut:

1. Konsep perhubungan setaraf atau egalitarian di antara perunding dengan


konsulti.
2. Gangguan tema.
3. Empat pendekatan perundingannya seperti berikut:

 Pendekatan pemusatan klien


 Pendekatan pemusatan konsulti
 Pendekatan pemusatan program pentadbiran
 Pendekatan pemusatan konsulti pentadbiran

Topik 2: Ciri perundingan modaliti Caplan


1. Kaedah dilaksanakan di antara dua orang profesional.
2. Modaliti ini banyak tertumpu kepada aspek kesihatan mental. Perunding dianggap
sebagai pakar dalam bidangnya. Fokus masalah yang ditangani adalah seperti:

 Kecelaruan mental yang merangkumi psikosis; neurosis; kecelaruan personaliti;


masalah penyesuaian; dan kecelaruan perlakuan.
 Pertumbuhan kesihatan klien.
 Masalah antara insan.

3. Perunding tidak ada tanggungjawab pentadbiran ke atas konsulti.


4. Perunding tidak terpaksa menerima idea, cadangan perunding.
5. Perhubungan di antara perunding dengan konsulti tidak berhairaki. Wujud kebebasan
menerima atau menolak idea. Keadaan ini adalah selari dengan perhubungan
koordinat.
6. Biasanya di dalam bentuk modaliti Caplan, perunding datang dari luar institusi.
Penglibatannya adalah untuk seketika sahaja.
7. Siri temuduga di antara perunding dengan konsultinya adalah pendek dan
mengambil hanya lebih kurang dua atau tiga pertemuan sahaja. Sungguh pun begitu
perbincangan dan perjumpaannya tidak tetap.
8. Di samping pertemuan yang pendek, ianya tidak semesti berterusan.
9. Pada lazimnya, perunding bergerak balas ke atas kehendak konsulti.
10. Selain membantu memperbaiki masalah konsulti, perunding juga memperbaiki
kefahaman konsulti tentang masalahnya yang semasa. Di samping itu, prosesnya

22
juga dapat membantu meningkatkan kemahirannya menanangi masalah akan
datang.
11. Memperbaiki harga diri klien hasil dari usaha memperbaiki kemahiran konsulti.
12. Tidak fokus kepada masalah peribadi konsulti.
13. Sekiranya ada tumpuan kepada masalah peribadi konsulti, ianya lebih kepada
perbincangan dan bukan dalam erti kata proses kaunseling.
14. Mengguna kaedah perundingan yang bersesuaian. Di sini konsep vicarious liability
tetap diambil perihatin bagi menjaga keselamatan konsulti dan juga klien.

23
MODUL 7: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.

1. Perundingan Kesihatan Mental Caplan Model Pemusatan Klien


2. Langkah Perundingan Model Pemusatan Klien

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang
disarankan. "Berasaskan Rajah 7 dalam modul, apakah yang anda faham tentang proses
perundingan kaunseling mengikut model Pemusatan Klien"?

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

24
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Model
Pemusatan Klien
Fokus: Membuat satu perancangan yang dapat membantu klien cara yang sepsifik.

Matlamat: Menasihati konsulti tentang rawatan terhadap klien.

Peranan perunding: Tanggungjawab menilai. Selanjutnya cadangan tindakan.

Contoh: Kaunselor sebagai perunding diminta membuat diagnosis tentang masalah


penteng sekolah. Pada biasanya akan berjumpa dengan klien konsulti.

Dalam model pemusatan klien, konsulti akan meminta bantuan daripada perunding tentang
cara bagaimana menanangi kes yang dianggapnya rumit (Lihat Rajah 7) . Perunding akan
secara langsung memeriksa dan membuat diagnosis terhadap masalah yang dihadapai
klien. Perunding dirujuk oleh konsulti sebagai seorang pakar atau spesialis. Di samping
memberi diagnosis, perunding akan memberi saranan preskriptif secara lisan kepada
konsulti apakah cara rawatan yang paling sesuai. Sasaran dalam proses perundingan di sini
adalah kemajuan klien. Inilah yang diharapkan sebagai suatu hasil perundingan. Namun,
tanggungjawab proses pertolongan masih di dalam kawasan konsulti.

Cara menangangi kes

Topik 2: Langkah Perundingan Model Pemusatan Klien

Pengenalan

Langkah I Wujudkan kontak permulaan.

1. Perbincangan awal tentang cara dan prosidur perundingan.


2. Perlu dihuraikan peranan masing-masing di antara perunding dengan konsulti.

Langkah II Perunding menjalankan penilaian terhadap klien.

1. Diagnosis oleh perunding dianggap penting.


2. Mengumpulkan data secara pentigasegian.

Langkah III Sebaik mendapat mengumpulkan data, perunding akan kemukakan satu
laporan.

1. Perbincangan secara bersemuka dengan konsulti tentang bagaimana


diagnosis dilakukan serta memberi penjelasan ke atas pengumpulan data dan
diagnosis.
2. Perbincangan juga meliputi cara bagaimana untuk mengelakkan sala faham
dan salah komunikasi antara perunding dengan konsulti.

Langkah IV Peranan perunding menyerlahkan perhubungan koordinat dalam perancangan


proses perundingan.

Langkah V Susulan.

25
1. Penilaian dan perancangan memperbaiki untuk keperluan yang mendatang.

26
MODUL 8 : PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.

1. Perhubungan setaraf dan perhubungan koordinat.


2. Perundingan kesihatan mental Caplan: Modaliti Pemusatan Konsulti.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini sila buat tugasan yang
disarankan. "Bincangkan bagaimana mekanisme beladiri boleh menjadi penghalang dalam
proses perundingan kaunseling"?

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

27
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Perhubungan setaraf dan perhubungan koordinat

Pengenalan

Konsep perhubungan setaraf atau perhubungan eglitarian sangat dituntut dalam proses
perundingan modaliti Caplan. Malahan di dalam pelbagai pendektan perundingan selepas
Caplan, konsep ini juga diterima pakai bagi menjalinkan suasana penerimaan di antara
perunding dengan konsulti. Di dalam Rajah 8, dan lihat juga Rajah 5, di dalam Modul 2, jelas
menunjukkan tidak adanya tahap berhairaki di antara perunding dengan konsulti. Malahan,
perhubungan sama taraf atau perhubungan egalitarian ini boleh merangsangkan suatu
penerimaan perbincangan di antara perunding dengan konsulti tanpa rasa terancam.

Dalam perundingan modeliti yang dikemukakan oleh Caplan, konsep perhubungan koordinat
ini memainkan perang yang penting kerana segala prosedur proses berandaian bahawa
perhubungan koordinat ini lumrah wujud dan difahami oleh kedua pihak perunding –
konsulti.

Konsep perhubungan koordinat memberi maksud wujudnya elemen yang berikut:

1. Rasa hormat menghormati.


2. Wujudnya sokongan.
3. Adanya penglibatan yang aktif.
4. Wujudnya suatu jangkaan untuk mengambil rasa tanggungjawab ke atas rawatan
yang di beri.

Keseluruhan elemen yang disebutkan di atas memberi pengertian bahawa dalam


perhubungan di antara perunding dengan konsulti sewajarnya berlaku kesalingan faham
memahami. Di samping di antara perunding dengan konsulti juga digalakkan suatu
kesalingan perhubungan yang sama rata.

Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti


Pemusatan Konsulti

Pengenalan

Fokus di dalam modaliti adalah kepada konsulti. Modaliti ini beranggapan bahawa konsulti
tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha untuk
memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh konsulti. Kekurangan tersebut dipercayai
akan mengurangkan kefungsian kaunseling yang dijalankan oleh konsulti. Dalam keadaan
demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada disedari atau tidak disedari oleh konsulti.
Namun, di dalam proses ini, klien langsung tidak terlibat di dalam interaksi perunding
dangan konsulti.

Elemen utama di dalam modaliti Pemusatan Konsulti

Fokus: Memperbaiki fungsi profesional konsulti, terutama kepada kes yang spesifik.
Matlamat: Mendidik konsulti.
Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti

28
punca kerumitan yang dihadapi oleh konsulti. Selanjutnya bertindak secara tidak langsung
bagi memperbaiki kerumitan tersebut.

Contoh: Seorang guru atau pun kaunselor peserta meminta bantuan tentang cara bagi
mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan peserta.Dalam menanangi kes
seperti ini perunding tidak ada hubungan secara langsung dengan klien konsulti.

Masalah yang lazim dihadapi oleh konsulti dalam modaliti pemusatan konsulti dan
cara mengatasinya adalah seperti di dalam Jadual 1.

MODUL 9: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan

Gangguan tema

Pengenalan

Dalam proses menjalankan perundingan, perunding mesti berinteraksi dengan konsultinya.


Konsulti pula ada kalanya berhadapan dengan pelbagai masalah yang menjadi rintangan
dalam melaksanakan perjalanan kaunseling atau pertolongan dengan kliennya. Keadaan
tersebut boleh berlaku hasil daripada pelbagai pengalaman negatif yang dilalui oleh konsulti
sendiri. Pengalaman lampau itu boleh menjadi penghalang bagi membuka minda konsulti
kepada suatu persepsi yang agak tidak berbelah bagi apabila menghadapi dengan masalah
yang diajukan oleh kliennya.

Keadaan yang dialami oleh konsulti itu mungkin merupakan satu masalah atau kegagalan.
Pengalaman yang dilalui itu pula menyerap didalam tahap bawah sedar konsulti sehingga
mempengaruhi segala jangkaan yang boleh merumitkan tugasnya sebagai seorang
penolong yang berkesan semasa menjalakna sesi pertolongan dengan klien. Keadaan ini
menyerupai suatu silogisma yang mana konsulti tidak dapat mengelakkan kaitan diantara
satu keadaaan yang pernah dialaminya dengan kesan atau hasil yang tidak diinginkan.
Sebagai contoh:

`A’ memberi suatu pernyataan keterangan tentang sesuatu keadaan yang biasa
berlaku pada dirinya. Perkara ini dimaklumkan kepada kaunselornya. Namun,
pernyataan `A’ itu belum ada penyelesaian yang boleh dicapai oleh kaunselor dan
juga `A’. Pengalaman ini terterap di dalam minda tahap bawah sedar kaunselor.

`B’ pula menghampiri kaunselor dengan keterangan pernyataan yang serupa dengan
apa yang sudah dialami oleh `A’. Manakala `B’ pula menyatakan hasil dari
pengalaman yang dilaluinya menghasilkan suatu kesan yang tidak menyenangkan
bagi dirinya.

Kaunselor sebagai konsulti di sini menjelmakan suatu hubungan rangkai di dalam


persepsinya tentang sesuatu keadaan dengan kesan yang kurang menyenangkan. Ciri
pengtakrifan am secara sejagat ini akan menggerakkan seorang individu itu membuat satu
kesimpulan mudah bahawa apabila keadaan seperti `A’ berlaku maka kesan sebagaimana
yang dialami oleh `B’ akan tetap wujud (lihat Rajah 9).

29
Silogisma berlaku apabila kaunselor sebagai konsulti tetap akan mempunyai persepsi
keadaan "1" akan menghasilkan keadaan "2". Dalam keadaan yang serupa, konsulti akan
sentiasa bertindak bahawa pengalaman "A" adalah sama dengan pengalaman "B". Hasilnya
adalah sama juga dan memang tidak ada penyelesaian bagi mengatasi masalah yang
sedang dihadapi klien.

Bagi konsulti, pengalamannya berkaitan dengan gangguan tema ini menyebabkan dirinya
merasi begitu tidak berupaya serta kehilangan daya minda yang kreatif sehubung usha bagi
meneroka penyelesaian masalah kliennya. Sehubungan ini, konsulti apabila melaksanakan
cara penerokaan dengan kliennya sering kali akan terlibat dengan ciri tergesa-gesa dan
tidak begitu berkesan. Suasana minda yang dialami oleh konsulti ini ada kaitannya dengan
ciri tahap bawah sedar konsulti sendiri. Ciri intra psikik ini biasanya yang mempengaruhi
tingkahlaku konsulti sehinggakan kehilangan pedoman yang objektif dan tidak berbelah
bahagi dalam usaha meneroka masalah sebenar yang dilalui oleh kliennya.

Namun begitu, ada beberapa kaedah yang boleh diambil oleh perunding bagi membantu
konsulti mengatasi masalah gangguan tema. Dua cara yang biasa diguna bagi mengatasi
masalah gangguan tema adalah:

1. memutusakan rangkaian persepsi;


2. mengurangkan gangguan tema.

Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan

Cara mengatasi gangguan tema

Pengenalan

Konsulti yang mengalami masalah gangguan tema akan memerlukan pertolongan daripada
perunding. Keadaan ini memastikan perunding bersedia dengan beberapa cara mahu pun
kaedah yang dapat diguna tujuan membantu konsulti. Dua cara yang biasa diguna bagi
mengatasi masalah gangguan tema adalah:

1. Memutusakan rangkaian persepsi

1. Mengurangkan gangguan tema.

Memutuskan rangkaian persepsi

Dalam kaedah ini, perunding menggunakan segala pengaruhnya melalui perbincangan dan
anggapan rasional bagi menukar persepsi yang tersemat di dalam minda konsulti.
Biasanaya, perunding akan menyampaikan ciri persepsi yang berlainan dan meminta
konsulti melihat kliennya dari aspek perspektif baru. Cara ini ada kaitannya dengan teknik
gambaran imejeri, di mana konsulti dapat mengikiskan gambaran asal terhadap kliennya, di
samping mengetepikan pemikiran yang menyeleweng persepsinya.

Cara memutuskan rangkaian persepsi melalui perubahan persepsi ini adalah satu kaedah
yang boleh berjaya. Namun, Caplan tidak begitu setuju dengan cara ini kerana beliau
berpendapat bahawa gangguan tema tetap wujud dan akan tetap berulang dalam masa
jangka pendek. Oleh yang demikian, cara yang sesuai adalah dengan mengurangkan
gangguan tema dan bukannya bermatlamat bagi menghapuskannya sama sekali.

30
Mengurangkan gangguan tema

Gangguan tema adalah satu gejala pengolahan minda yang bergerak di tahap bawah sedar.
Gangguan tema juga sangat berkaitan dengan segala konsep dan elemen yang bersamaan
dengan mekanisme bela diri. Dalam menanangi masalah mekanisme beladiri, banyak
kaedah pentafsiran diguna sealiran dengan teknik psikoterapi psikoanalisis. Di samping ini,
biasanya pentafsiran digandingkan dengan interaksi pujukkan serta melahirkan wawasan
psikologikal kepada konsulti. Terdapat empat kaedah bagi mengurangkan gangguan tema:

1. Fokus secara lisan kepada klien.


2. Menggunakan kiasan.
3. Fokus tanpa lisan kepada kes.
4. Fokus tanpa lisan tentang perhubungan pertolongan.

Fokus secara lisan kepada klien

Dalam kaedah ini, kes konsulti berkaitan dengan kliennya akan di selidik secara terperinci
oleh perunding bersama konsulti. Secara bersama, perunding dan konsulti berbincang dan
perunding menyampaikan persepsinya terhadap kes kepada konsulti. Juga secara bersama
perunding dengan konsulti bersetuju dengan jangkaan hasil pertolongan yang akan dicapai
oleh konsulti dengan kliennya. Kedua perunding dengan konsulti berbincang tentang
persepsi baru tersebut. Isu yang penting boleh diketengahkan dan suatu resolusi dicapai
bagi membolehkan kejayaan "menang – menang" untuk kedua-dua konsulti dan juga
kliennya. Ini bermaksud bahawa konsulti faham tentang gangguan tema yang dihadapinya
dan cara bagi mengurangkannya; di samping klien pula dapat sekurang-kurangnya
mengurangkan tahap masalah yang sedang dihadapinya.

Perunding akan memberi ketegasan bahawa kemungkinan hasil yang dijangkakan tidak
dapat mengelakkan masalah yang dihadapinya secara sepenuhnya. Namun, ada
kemungkinan beberapa perkara yang tidak begitu berat dipikul oleh kliennya dapat juga
terhasil dari usaha yang baru itu.

Menggunakan bahasa kiasan, pepatah, metafora

Bahasa kiasan, pepatah dan metafora memang sudah menjadi resam dalam perbualan
seharian di dalam masyarakat Melayu. Ciri bunga bahasa ini boleh menjana ketajaman
minda serta upaya kreativiti dalam interaksi perbualan. Di samping memberikan suatu gaya
yang penuh dengan ciri keistimewaan cendikiawan yang disegani baik oleh masyarakat
orang biasa mahupun orang yang berilmu. Di dalam interaksi kaunseling dan perundingan,
bahasa merupakan antara elemen yang terpenting bagi melahirkan gerak balas yang
berkesan di anatara kaunselor – klien; konsulti – perunding. Keupayaan menggunakan
intonasi bahasa juga dapat melahirkan keistimewaan makna dan maksud sesuatu istillah
bagi memastikan perasaan yang sedang dilalui oleh klien atau konsulti.

Semasa proses kaunseling atau pun konsultasi, kefahaman yang dituntut oleh kedua pihak
memastikan keupayaan pemikirannya sentiasa cergas dan peka dengan istilah yang boleh
memberi makna spesifik ke atas perlakuan yang hendak dihasilkan. Bagi perunding,
pengalamannya yang pernah dilalui boleh digunakan dalam perundingan dan disampaikan
kepada konsulti secara percontohan kiasan. Keadaan ini sangat memerlukan perunding
pandai menukarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebagai satu contoh dengan
melambangkannya dalam satu bentuk kiasan kepada konsulti. Prinsip yang asas di sini
adalah menuntut konsulti agar dapat mengguna penaakulan di dalam mindanya
mentafsirkan analogi atau kiasan yang diterima tadi dan mengalihkannya kepada

31
pengalamannya sendiri. Amndaiannya menuntut supaya konsulti dapat satu persepsi yang
baru hasil daripada penaakulan dalam mindanya sendiri.

Fokus tanpa lisan kepada kes

Prinsip yang diguna dalam cara fokus tanpa lisan kepada kes memberi tumpuan kepada
keperihalan konsulti terhadap sesuatu pengalamannya yang perunding menganggapkan
sebagai keterlaluan. Perundingan akan menggerakkan satu perbincangan dengan konsulti
tentang kecemasan yang dilaluinya. Di samping menunjukkan bahawa kecemasan itu
sebenarnya keterlaluan dalam persepsi konsulti. Perbincangan dilaksanakan dalam keadaan
yang tenang di samping perunding dapat mengajukan pentafsiran dan persepsi dari
perspektif yang baru terhadap masalah yang dialami konsulti.

Fokus tanpa lisan kepada perhubungan perundingan

Dalam penghalangan tema, persepsi dan juga perasaan konsulti biasanya tersisih dan
konsulti menganggapkan masalahnya sebagai satu kes peribadi yang begitu unik. Konsulti
secara langsung juga terperangkap di dalam mekanisme bela diri pindahgantian dan
mengkaitkannya di dalam hubungan perundingan tersebut. Peranan perunding dalam
keadaan demikian adalah untuk menunjukkan kepada konsulti bahawa ekspektasi atau
jangkaannya adalah salah dan tidak tepat. Kesabaran amat dituntut dalam diri perunding
apabila berhadapan dengan konsulti yang melahirkan pindahgantian ini. Perbincangan yang
berlangsung juga mesti dilaksanakan dalam keadaan yang penuh ketenangan.

32
MODUL 10: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti


Pemusatan Pentadbiran Konsulti

Pengenalan

Fokus di dalam modaliti adalah kepada cara pengurusan dan pentadbiran konsulti
menjalankan tugasnya di dalam sesuatu organisasi. Modaliti ini beranggapan bahawa
konsulti tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha untuk
memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh konsulti. Kekurangan tersebut dipercayai
akan mengurangkan kefungsian pertolongan dan pengurusan yang dijalankan oleh konsulti.
Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada disedari atau tidak disedari
oleh konsulti. Namun, di dalam proses ini, klien langsung tidak terlibat di dalam interaksi
perunding dangan konsulti.

Fokus: Memperbaiki fungsi cara pentadbiran dan pengurusan profesional konsulti, terutama
kepada kes yang spesifik dalam organisasinya.
Matlamat: Mendidik konsulti.
Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti punca
kerumitan yang dihadapi oleh konsulti berkaitan cara pengurusan dan pentadbiran.
Selanjutnya bertindak secara tidak langsung bagi memperbaiki kerumitan tersebut.

Contoh: Seorang guru atau pun kaunselor peserta meminta bantuan tentang cara bagi
mengatasi masalah interaksi di kalangan masyarakat guru di sekolahnya. Dalam menanangi
kes seperti ini perunding tidak ada hubungan secara langsung dengan guru yang terlibat
sebagai "klien" konsulti.

Perundingan yang jalankan bermatlamat bagi memperbaiki fungsi profesional ahli


pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Perunding memang mempunyai satu komitmen
bekerja dengan konsulti dalam jangka masa yang panjang bagi melahirkan matlamat yang
dituntut itu. Perunding juga diberi kebebasan oleh pihak atasan organisasi untuk bergerak di
semua tahap organisasi. Ini penting bagi memastikan perunding mudah memperolehi
maklumat yang diperlukan. Namun, dalam keadaan yang kontranya pula, alhi di dalam
organisasi tersebut terutama ahli eksekutif mungkin merasa curiga dengan kebebasan ini.

Dalam modaliti perundingan ini, kedua pihak baik perunding mahu pun konsulti begitu aktif
bekerjasama bagi memastikan kejayaan matlamat perundingan yang dipersetujui. Perunding
bergerak sebagai pemangkin, mendapat dan juga memberi maklumat yang sangat releven
bagi memastikan kejayaan yang diidamkan. Di samping itu, perunding kerap akan
melakukan pencerapan ke atas segala cara yang sudah di tunjuk ajar kepada konsulti
bersabit cara perlaksanaan pengurusan atau pentadbiran yang bersesuaian dengan
organisasi tersebut. Sudah tentunya, cara perlaksanaan hanya akan dapat kejayaan apabila
adanya sokongan yang kukuh darai pihak atasan organisasi. Antara implikasi ke atas
menenpah kejayaan modaliti ini adalah pentingnya berlaku satu jaringan kerja yang
berkesan di semua tahap lapisan jabatan di dalam organisasi.

Proses perundingan

33
Perunding biasanya akan dijemput oleh staf sesuatu organisasi untuk menangani sesuatu
tugas pengurusan. Contohnya seperti menjalankan satu latihan program perkembangan,
cara menyediakan perlaksanan dasar, atau cara dan latihan bersabit dengan pengurusan
personel. Keseluruhan ini mempunyai unsur pengjaran.

Dalam perlaksanaan perundingan modaliti ini, sudah tentunya ciri perhubungan koordinat
wajar disedari berlaku semasa proses interaksi di antara perunding dengan konsulti. Penting
juga bagi perunding memastikan keupayaannya untuk mengenalpasti perbezaan kuasa yang
dipunyai oleh pelbagai para eksekutif di dalam organisasi tersebut. Keupayaan ini adalah
perlu supaya perunding cepat dapat mengenalpasti akan masalah yang mungkin berlaku
bagi staf tersebut dengan jabatannya.

Konsulti pula dijangka dapat meneroka tentang cara bagaimana penyelesaian sesuatu
masalah dapat di atasi pada peringkat awalan sebelum dibawa kepada perunding bagi
peneguhan atau mencari penyelesaian yang sebenar. Ini merupakan tanggungjawab
konsulti.

Tanggungjawab perunding pula adalah memberi sokongan, dan memberi bantuan


memperkembangkan keupayaan konsulti meneroka konsep masalah yang dihadapinya..
Tugas perunding di sini adalah sebagai seorang fasilitator, sentiasa menolong bagi mencari
cara untuk mengatasi masalah yang di alami konsulti bersabit organisasinya.. Contoh
masalah yang dihadapi mungkin melibatkan emosi staf seperti ketegangan, rasa hampa,
stres yang mana secara langsung boleh menjejas prestasi kekberkesanan organisasi.

34
Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti
Pemusatan Program Pentadbiran

Pengenalan

Fokus di dalam modaliti ini adalah kepada program pentadbiran yang dijalankan di dalam
sesuatu organisasi. Modaliti ini beranggapan bahawa konsulti – iaitu organisasi yang
memerlukan perundingan tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini,
perunding berusaha untuk memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh organisasi
tersebut. Kekurangan tersebut dipercayai mengurangkan kefungsian keberkesanan
organisasi. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada disedari atau
tidak disedari oleh pihak organisasi.

Fokus: Memperbaiki fungsi program di dalam sesuatu organisasi.


Matlamat: Mendidik konsulti.
Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti punca
kerumitan yang dihadapi oleh organisasi berkaitan cara pengurusan dan pentadbiran.
Selanjutnya bertindak secara tidak langsung bagi memperbaiki kerumitan tersebut.

Contoh: Sebuah organisasi yang meminta bantuan tentang cara bagi mengatasi masalah
penentuan missi organisasi.

Tumpuan yang dikenalpasti dalam modaliti ini bersabit dengan program pentadbiran yang
dikehendaki sebagai satu matlamat organisasi. Biasanya masalah yang ada berkaitan
dengan perkembangan program baru. Sehubungan ini sudah tentunya masalah yang
dikemukakan berkaitan dengan pengurusas, maka perunding wajar memahami dan
berpengetahuan tentang pelbagai teori organisasi, perancangan, kewangan dan juga isu
perjawatan dan personel. Perunding mesti aktif dalam usaha pengumpulan data dan faham
cara menganalisisnya.

Bagi menyahut kehendak dan tuntutan kefahaman masalah yang bersabit dengan pelbagai
isu yang terdapat di dalam sesuatu organisasi, maka perunding mesti faham tentang
organisasi yang menjadi konsulti. Di sina perunding wajar diberi segala kerjasama
sehubungan dengan usahanya bagi meneliti semua dokumen bertulis yang relevan.
Contohnya, semua dokumentasi berkaitan dengan perkara berikut: 10 matlamat organisasi;
20 misi organisasi; 3) peranan organisasi; 4) struktur organisasi; 5) produk yang dikeluarkan;
6) segala macam memo yang berkaitan; 7) laporan jabatan, cawangan dan sebagainya; 8)
isu yang muktakhir yang mungkin menjejas keberkesanan organisasi. Semua data ini perlu
bagi menjamin perunding betul-betul faham akan perkara yang dihadapinya sebagai
masalah. Cara bagi mengumpul data ini boleh dilakukan secara temuduga, soal selidik,
pencerapan perlakuan staf atau pun secara pencerapan bagaimana prosedur dilaksanakan.

Proses perundingan

Dalam modaliti ini, perunding dijemput oleh pihak pentadbir organisasi bagi menjalankan
perundingan. Dalam keadaan demikian, kepakaran perunding amat ketara dalam
keupayaannya menanangi masalah yang dihadapi konsulti. Biasanya konsulti sudah
kenalpasti keupayaan pelbagai perunding sebelum membuat satu pemilihan perunding yang
paling sesuai bagi menanangi masalah yang dihadapi organisasi sewajarnya. Namun,
tanggunagjawab berkaitan dengan perlaksannan acara perundingan masih dipegang oleh
konsulti.

35
Proses perundingan akan mengikuti cara kemasukan yang biasa dilakukan di dalam
perundingan kaunseling. Urutan proses sangat dipengaruhi dengan cara pegangan kuasa
atau autoriti yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Peranan pegawai atau eksekutif
mesti diambil kira oleh perunding agar ianya tidak mewajarkan rasa terancam atau pun
dirasai sebagai melanggar kuasa yang selama ini dipunyai oleh pegawai tersebut.
Perhubungan yang rapat di antara perunding dengan semua lapisan masyarakat organisasi
adalah sangat dialukan. Tugas mengumpul data di dalam sesuatu organisasi tidaklah
sebetitu mudah yang dijangka. Perunding mesti berani dan sabar menghadapi segala
rintangan dalam usaha ini. Kerahsiaan serta penyebaran maklumat terhad bersabit data
yang diperolehi sangat diperlukan dan mesti mengambil tempat yang istimewa dalam
perlaksanaan segala acara yang dirancang oleh perunding. Kuasa dan peranan kuasa mesti
difahami oleh perunding bagi menjamin perhubungan yang mesra.

Di dalam proses perundingan modaliti ini, perhubungan koordinat di antara perunding


dengan staf atau kelompok staf yang ada kaitan langsung dengan perlaksannna
perundingan masih diperlukan. Namun ada kalanya ciri hubungan kesamarataan
dikecualikan apabila teras tanggungjawab perlaksannna dan tugas pencerapan
perlaksanaan acara yang spesifik berhubung dengan perundingan itu dituntut bagi memasti
matlamat dan sasaran tercapai. Di samping itu, perunding juga dikehendaki menyediakan
satu laporan tentang prestasi, perlakuan koporat dan maklom balas ini memang dijangka
oleh pihak pentadbir yang pada asalnya menjemput perunding bagi menjalankan
perundingan tersebut.

36
MODUL 11: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan
pendekatan teori tingkahlaku dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

1. Apakah yang dimaksudkan teknik lisan berstruktur?


2. Apakah kesan emitters dan elicitors dalam perundingan tingkahlaku?

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

37
Topik 1: Perundingan Kaunseling Pendekatan Teori
Tingkahlaku

Pengenalan

Dalam perundingan kaunseling, pendekatan teori tingkahlaku jaga diguna bagai


menghasilkan satu cara yang boleh membantu perunding serta konsultinya dalam
menangani masalah yang dihadapi klien. Lazimnya diketahui bahawa terdapat pelbagai
modaliti tentang penerapan pendekatan teori tingkahlaku berdasarkan kepada aliran
rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan yang berlangsung bersama rangsangan dan
gerakbalas tersebut. Namun dalam perundingan kaunseling, Bergan telah mengemukakan
satu definisi sehubungan dengan apakah yang dimaksudkan perundingan kaunseling secara
pelaziman perlakuan.

Perundingan di sini dimaksudkan sebagai satu perkhidmatan penyelesaian masalah secara


tidak langsung yang melibatkan hubungan serakan antara perunding dengan konsulti di
mana perunding mendapatkan serta menyampaikandata psikologikal. Data yang berguna itu
bersabit dengan masalah yang dipunyai oleh konsulti, di samping wujudnya prinsip
psikologikal yang membolehkan konsulti menggunaka data tersebut.

Sehubungan dengan definisi di atas, Bergan juga telah memberikan tiga matlamat
perundingan: 1)mengubah perlakuan klien; 2) meminda perlakuan konsulti; dan 3)
mewujudkan perubahan di dalam organisasi. Antara objektif perubahan di dalam organisasi
pula adalah bagi memperbaiki komunikasi dan penyelesaian masalah di dalam organisasi.

Di dalam perlaksanaan perundingan perlakuan, kawalan dianggap sebagai satu prinsip yang
penting. Tidak dapat dinafikan bahawa proses pelaziman itu sememangnya berdasarkan
kepada prinsip kawalan ke atas objek yang hendak diubahsuaikan. Di dalam perundingan
kaunseling, kawalan ke atas konsulti di anggap penting oleh perunding. Sehubungan dengan
ini maka perhubungan peranan menggunakan teknik komunikasi yang spesifik memainkan
peranannya yang induk dalam perlaksanaan interaksi di antara perunding dengan konsulti.
Interaksi ini berasaskan kepada suasana lisan bagi kedua pihak yang terlibat dalam proses
perundingan. Ini diserta pula dengan peranan yang dimainkan oleh perunding-konsulti
masing-masing.

Peranan induk perunding

Peranan yang pertama bagi perunding adalah tugasnya untuk memberi informasi
psikologikal. Peranannya yang kedua adalah untuk mengutarakan prinsip penting kepada
konsulti.

Peranan induk konsulti

Konsulti dikehendaki menghuraikan secara spesifik masalah yang dialaminya. Di samping


itu, konsulti juga perlu membuat keputusan akan perancangan tindakan berasaskan
masalah kliennya. Sehubungan dengan perancangan yang dikemukakan, konsulti perlu
berusaha melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Apabila perlaksanan tindakan
dilangsungkan, konsulti juga perlu meneruskan penyeliaan ke atas perlakuan kliennya bagi
memastikan perubahan memang boleh dinilai dan diukur keberkesanannya.

38
Topik 2: Urutan Proses dalam Perundingan Tingkahlaku

Pengenalan

Urutan proses adalah penting di dalam perundingan kaunseling teori tingkahlaku. Secara
spesifik urutan proses mewajarkan cara intervensi perundingan menjadi lebih sistematik.
Data yang sempurna merupakan bahan penting di dalam persediaan intervensi mengikut
pendekatan teori ini. Oleh yang demikian, perunding wajar dapat mengumpulkan data
secara sistematik. Berikut adalah kebiasaan urutan proses yang terdapat dalam
perlaksanaan perundingan perlakuan:

1. Definisi masalah
2. Kumpul data asas
3. Kenalpasti penyebab
4. Kenalpasti konsekuen
5. Wujudkan strategi intervensi
6. Awasi keberkesanan intervensi

Teknik lisan berstruktur

Ungkapan lisan oleh perunding merupakan kunci bagi penyampaian informasi dan pengaruh
ke atas perlakuan konsulti. Penyampaian informasi bertujuan bagi memberi penjelasan
tentang latarbelakang keadaan muktakhir bersabit dengan masalah yang dialami klien. Satu
bentuk komunikasi sebagai ungkapan lisan adalah soalan secara langsung yang diguna oleh
perunding bagi mengawal proses komunikasi.

Biasanya soalan diguna bagi mendapatkan maklumat atau data. Secara tidak langsung
proses persoalan ini sudah menghasilkan satu ciri peneguhan yang agak bersistematik ke
atas diri konsulti kerana terpaksa memberi jawapan. Apabila jawapan dipersetujui, ini sudah
menghasilkan sati peneguhan. Oleh yang demikian berlakulah kawalan.

Teknik lisan berstruktur kerap diguna dalam penerokaan dan secara langsung juga
menyerap ke dalam minda konsulti. Langkan ini dapat mengubah perlakuan klien secara
tidak langsung melalui konsulti. Langkah tersebut juga dapat mengarah, membuat pilihan
mengubah tentang perlakuan konsulti. Secara tidak langsung juga boleh mengubah atau
mewujudkan perubahan ke atas suasana, perlakuan staf di dalam organisasi.

Topik 3: Proses Perundingan

Maklumat penting dalam proses perundingan perlakuan

Berikut adalah maklumat yang dianggap penting bagi menjamin kelicinan proses dalam
perundingan perlakuan.

1. Latarbelakang
2. Tempat di mana perlakuan terjadi
3. Parameter perlakuan klien
4. Ciri khusus klien
5. Keadaan pencerapan dilakukan
6. Perancangan yang telah dicuba
7. Data tambahan

39
Keupayaan mendapatkan maklumat di atas bersandar kepada cara komunikasi yang
berunsurkan persoalan secara terarah. Ciri ini memang sejati dengan aliran proses layanan
mengikut pendekatan teori perlakuan.

Latarbelakang

Fokusnya adalah kepada alam persekitaran terdekat yang wujud di mana masalah berlaku.
Tanda-tanda yang melahirkan informasi penting bersabit dengan ini pula berkaitan dengan
penyebab tentang sesuatu perlakuan atau acara yang menghasilkan konsekuennya.

Sehubungan ini, terdapat beberapa acara yang boleh dikategorikan seperti berikut:

Subkategori perlakuan

Kategori ini memerlukan penghuraian yang tepat berkaitan sesuatu perlakuan seperti:

1. kekerapan
2. jangka waktu
3. kepesatannya
4. bila sesuatu perkara itu berlaku dan sebagainya

Ciri-ciri khusus

1. kelemahan pembelajaran
2. kesulitan atau kecelaruan neurologi dan lain-lain

Data pencerapan

Biasanya kategori ini berkaitan dengan matlamat organisasi yang sedang diberi khidmat
perundingan.

Perancangan tindakan

Proses ini berkaitan dengan cara membuat keputusan sama ada secara demokratik atau
autokratik.

Topik 4: Pemerosesan lisan

Pengenalan

Interaksi proses di dalam pendekatan perundingan kaunseling teori tinglahlaku memerlukan


ciri perbualan yang sememangnya teratur. Perunding wajar boleh mengawal keadaan
perundingan bagi memastikan ia mendapat maklumat yang relevan bagi tujuan intervensi.
Berikut adalah kategori pemerosesan lisan yang dianggap penting dalam usaha interaksi di
antara perunding dengan konsultinya.

1. Spesifikasi
2. Penilaian
3. Inferensi
4. Rumusan

40
5. Kesahan

Spesifikasi penting di dalam pemerosesan lisan. Data yang diperlukan wajar dinyatakan
secara khusus dan terperinci. Ini penting kerana semua perancangan yang akan dijalankan
adalah bergantong kepada maklumat terperinci hasil dari penghuraian data yang diperolehi.
Di samping itu, perunding juga wajar dapat memastikan bahawa wujud keupayaan untuk
membuat penilaian tentang emosi konsulti dan juga terhadap klien hasil darai maklumat
yang diberi oleh konsulti. Dalam keadaan demikian, perundingan tidak dapat lari dari
keadaan mempunyai pandangan nilainya juga akan mempengaruhi penilaian yang
diutarakan oleh konsulti. Namun, dengan kesedaraan ini perunding akan dapat
membezakan, di samping sedar apakah nilainya dan apakah nilai yang dipegang oleh
konsulti, klien. Langsung membuat keputusan tanpa merasa janggal, bersalah dengan
keputusan yang diambil.

Inferensi dimaksudkan dengan pengtakrifan data berkaitan dengan emosi yang disampaikan
oleh konsulti semasa proses perundingan. Penyampaian ini boleh berlaku sama ada secara
lisan atau tanpa lisan. Manakala rumusan pula adalah keupayaan perundingan memilih data
yang relevan, menyaringnya bagi tujuan mendapatkan ketepatan pengumpulan data dari
konsulti. Bagi menangani bahawa masalah yang dihadapi itu benar sah, maka perunding
pada suatu ketika juga wajar menjalankan tinjauan bagi menentukan konsensus yang nyata.

Perunding dan cara berkomunikasi

Bagi Bergan, proses komunikasi adalah penting dalam perundingan. Maklomat boleh
disubkategorikan dan mencerminkan komunikasi bagi mengenalpasti masalah serta cara
menananganinya. Terdapat dua cara perunding berkomunikasi bagi memperolehi maklomat
dari konsulti. Perunding dengan secara sedar atau tidak sedar menggunakan dua cara: 1)
"emitters"; 2) "elicitors".

Emitters

Perunding yang berkomunikasi menggunakan cara ini tidak mempunyai kesan kawalan ke
atas orang atau konsulti yang berinteraksi dengannya. Cara emitters bersabit dengan
pernyataan yang hanya ada kaitan dengan isi kandung dan proses yang disampaikan
semasa dalam intyeraksi sahaja. Ciri yang biasa bersabit dengan emitters adalah unsur
layanan refleksi perasaan seperti mana yang berlaku di dalam kaunseling. Dalam keadaan
ini, walau pun klien akan respon, namun tidak terdapat tindakbalas spesifik yang
dikehendaki.

Elicitors

Cara ini mempunyai kesan kawalan ke atas orang yang mendengar semasa di dalam
interaksi. Di dalam proses perundingan, pernyataan yang berbentuk terbuka dna
sebenarnya mempunyai unsur arahan adalah ciri elicitors. Contohnya soalan secara
langsung… seperti: "Sekiranaya tak keberatan maklomkan kedada saya …."

Cara ini diguna bagi mengawal aliran maklomat bagi mendapatkan latar belakang,
perlakuan, ciri-ciri personal, data tertentu dan sebagainya. Ini memberi pengertian bahawa
hasil data yang diperolehi adalah lebih spesifik.

41
MODUL 12: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan
pendekatan teori psikologi individu Adler dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

"Berdasarkan kepada prinsip teras pendekatan perundingan psikologi individu, bincang


bagaimana anggapan matlamat yang salah boleh membantui perunding dalam menangani
masalah konsulti".

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

42
Topik 1: Perundingan Pendekatan Teori Psikologi Individu

Pengenalan

Perundingan yang merujuk kepada pendekatan teori psikologi individu berlandaskan jalinan
kesalingan hormat menghormati dan beberapa andaian tentang perlakuan manusia yang
sememangnya berpolakan bentuk bermasyarakat.. Dalam pendekatan perundingan teori ini,
manusia diandaikan sebagai mahlok yang suka berkongsi baik dari segi masalahnya,
kegembiraannya dan juga lain-lain kegiatan yang melibatkan kemasyarakatan.

Bagi pendekatan ini, perkongsian merupakan satu pendidikan yang dapat dilahirkan melalui
dasar demokrasi sosial. Bersamaan dengan prinsip demokrasi ini wujudnya logik tentang
falsafah yang memberi kewujudan bahawa wujud taraf kesamarataan di kalangan semua
manusia. Dalam fahaman psikologi Adler juga wujud satu kefahaman bahawa patologi atau
perlakuan bilazim itu bukannya sebagai suatu yang menjadi sumber masalah bagi interaksi
di dalam masyarakat.

Hakikatnya di dalam proses interaksi perundingan, konsulti sememangnya sanggup untuk


berubah perlakuannya, sikapnya dan juga bersedia menerima tanggungjawab. Perunding
pula mesti bersedia tentang perkara atau keadaan yang tidak dijangka kerana bukannya
semua perakaun olehnya akan dilaksanakan oleh konsulti. Dalam cara bagi menanangani
sesuatu isu, kaedah galakkan merupa suatu cara yang disanjungi. Sehubungan ini, konsulti
sememangnya menggerakkan inisiatif diri dan inovasi daripada saranan yang diberi
daripada perunding.

Prinsip teras

Berikut adalah prinsip teras bersabit dengan perundingan mengikut pendekatan teori
psikologi individu:

1. Merupakan satu modaliti yang mirip ke arah pendidikan psikologikal.


2. Andaian bahawa kekurangan maklumat atau pengalaman, bukannya keuzuran atau
penyakit mental yang menyebabkan tingkahlaku bermasalah.
3. Menggunakan kedua-dua perundingan individu dan juga kelompok.
4. Fokus kepada pengajaran ibu bapa dan guru bahawa perasaan dan rasa kekitaan
ialah satu pendorong yang kuat menggerakkan tingkahlaku manusia.
5. Semua tingkahlaku secara sedikit sebanyak terarah kepada perasaan dan rasa
kekitaan.
6. Kesihatan mental diterap dengan berlakunya perhubungan di antara insan secara
berkerjasama; mempunyai daya untuk membuat kesilapan; berani untuk membuat
kesilapan dan sanggup mempesertai dari kesilapan tersebut.

Topik 2: Matlamat dan Proses Perundingan

Tanggapan matlamat yang salah di dalam kefahaman psikologi


individu

Manusia diandaikan sering mempunyai kefahaman tentang matlamatnya yang salah untuk
mendapatkan rasa kekitaan. Matlamat ini biasanya punca dorongan bagi tingkahlaku yang
tidak normal. Dorongan tingkahlaku yang tidak normal itu berpunca daripada matlamat diri
yang salah seperti berikut:

43
1. kehendak bagi mendapatkan perhatian
2. kehendak bagi mendapatkan kuasa
3. kehendak bagi mendapatkan dendaman
4. wujudnya perasaan serta rasa serba kekurangan

Proses perundingan

Terdapat beberapa langkah yang penting bagi memastikan proses perundingan dapat
dilaksanakan sesempurnanya. Dalam kaedah perundingan mengikut psikologi individu,
sokongan sosial yang terdapat di dalam sesuatu organisasi itu sangat penting digunakan
oleh perunding dan juga oleh konsulti bagi memastikan kesempurnaan acara yang akan
dilaksanakan. Terdapat empat langkah penting dalam proses ini seperti berikut:

1. Biasanya data asas adalah diperlukan sebagai meklumat tentang tingkahlaku


yang hendak diubah. Sehubungan ini, perunding bersama dengan konsulti
wajar dapat mengenalpasti tentang acara penyebab dan konsekuennya.
2. Seandainya melibatkan masalah tingkahlaku kanak-kanak atau peserta, ibu
bapa atau guru perlu mempunyai suatu hipotesis berkaitan dengan
tingkahlaku tersebut.
3. Maklomat tentang persepsi peserta, kanak-kanak yang berklaitan. Dalam
perkara ini bagi memudahkan pengumpulan maklomat maka satu temuduga
diagnostik wajar diadakan dengan peserta atau kanak-kanak yang terlibat.
4. Perlaksanaan perancangan intervensi wajar diadakkan dengan kerjasama
konsulti.

44
MODUL 13: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

Pandangan umum tentang kandungan modul

1. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan


2. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan
pendekatan teori Gestalt dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

"Berdasarkan kepada prinsip teras pendekatan perundingan psikologi individu, bincang


bagaimana anggapan matlamat yang salah boleh membantui perunding dalam menangani
masalah konsulti".

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

45
Topik 1: Perundingan Pendekatan Teori Gestalt

Pengenalan

Pendekatan teori Gestalt memberi fokus terhadap kesedaran secara keseluruhan dalam
usahanya bagi memahami personaliti seorang individu. Individu secara menyeluruh
diandaikan sebagai mengandungi bahagian yang saling berhubungan antara satu dengan
yang lainnya. Manusia dilihat sebagai saling memerlukan antara fizikal, emosi, pemikiran,
kederiaan serta persepsi. Individu juga dilihat sebagai sebahagian daripada alam
persekitarannya (Othman Mohamed, 1999). Perundingan mengikut pendekatan teori
psikologi Gestalt memberi kepenting kepada konsulti supaya dapat satu kepelbagaian
kesedaran sealiran dengan kitaran Gestalt yang wajar dicapainya. Kitaran Gestalt adalah inti
di dalam perundingan mengikut pendekatan ini. Kefahaman tentang kitaran Gestalt ini
penting di dalam pendekatan perundingan mengikut teori Gestalt.

Kitaran Gestalt

Kitaran Gestalt yang dimaksudkan mempunyai empat fasa yang tersendiri. Ianya merupakan
satu kesedaran baru tentang tenaga yang selama ini terserap, terpendam dan mula
menyerlah ke tahap kesedaran. Kesedaran ini wajar dilahirkan dengan bantuan perunding
yang boleh memainkan perananyan bagi membantu konsulti memangkinkan daya
tenaganya yang selama ini terabai.

Pada fasa pertama, kesedaran perlu berlaku di dalam diri seorang individu dan kesedaran
tersebut pula wajar dapat dilahirkan secara pelbagai corak polanya. Lambang Gestalt yang
dahulunya terabai mula diberi kesedaran semula, di samping muncul lambang-lambang
Gestalt yang baru. Ini memberi nafas ke arah suatu kesedaran yang pelbagai model dan
pelbagai penjuru dalam pengertian Gestalt. Fasa ini boleh ditakrifkan sebagai fasa
kesedaran.

Pada fasa kedua, Gestalt yang baru itu dapat mewajarkan lambang tadi sebagai satu
kenyataan. Keadaan ini disusul dengan menghasilkan satu pengaliran tenaga baru yang
dapat mewujudkan pemerosesan dan aliran penerokaan. Pada tahap ketiga, ia-itu fasa
pengaliran tenaga, lambang itu dapat dirasai, disedari dari segi kontak kognitif dan juga
emosi. Kontak yang sedemikian rupa juga membolehkan seseorang itu mendefinisikan dan
meneroka kawasan-kawasan kontak yang dahulunya tidak disedari. Kawasan yang
dimaksudkan di sini adalah perhubungan atau interaksi di antara dirinya dengan orang lain.

Matlamatnya adalah bagi seseorang itu bekerja untuk meluaskan kawasan kontak ini.
Hakikatnya, seseorang itu harus sentiasa bergerak bagi mendapatkan kesedaran,
mendapatkan kontak yang baru dan terus meneroka ke arah persediaan terhadap
penghalangan yang berlaku sehubungan dengan pengalamannya di alam dunia ini.

Fasa ketiga sebagai fasa penerokaan penting oleh kerana seseorang individu itu diharapkan
berupaya dengan segala pengetahuan dan kepekaan kognitif serta emosinya dapat
menangani kerumitan yang dihadapi. Fasa keempat merupakan fasa penutup dan resolusi.
Di dalam fasa ini semua lambang lambang Gestalt yang terdapat di dalam fasa
terdahulunya telah dapat dialami dan diproses.

Mengikut fahaman Gestalt, manusia tidak hidup di dalam kekosongan. Oleh itu, sistem yang
dilalui oleh manusia dan pengalaman kitaran kehidupan itu bertimbal tindih dan sentiasa
berinteraksi. Ini telah dapat melahirkan satu sistem yang unik dan tersendiri. Sebagai
contoh, pengalaman seseorang itu boleh melahirkan kesedaran sinergi ke atas orang lain

46
dan sebaliknya. Namun, kitaran sistem seperti ini juga boleh menyebabkan kepincangan,
sekatan selain dari pertumbuhan yang sihat. Keseluruhannya amat bergantung daripada
apakah lambang (figures) dan apakah yang telah menjadi asasnya (ground) mengikut
kefahaman Gestalt.

Topik 2: Matlamat Perundingan Pendekatan Teori Gestalt


Matlamat utama perundingan pendekatan teori Gestalt adalah bagi membantu konsulti
menyedari kitaran pengalaman dan membantu konsulti mengguna pengalaman tersebut
sebagai alat menyelesaikan masalah. Sudah tentunya ini bergantung kepada pengalaman
yang sering dilalui oleh perunding dengan konsulti. Sebagai contoh, perhubungan interaksi
di antara perunding dengan konsulti juga merupakan sebagai satu pengalaman baru yang
wajar diproses oleh kedua pihak. Bagi seorang konsulti, perunding juga merupakan sebagai
satu lagi kawasan kontak yang perlu dijejak olehnya. Ini bermaksud bahawa konsulti wajar
menganalisis kawasan batasannya di antara dirinya dengan orang lain, iaini perunding.

Namun, di dalam interaksi tersebut berlaku satu sinergi bersistem. Sistem interaksi di antara
perunding dengan konsulti itu menjadi lebih responsif dan memudahkan perubahan dan
juga kontak interaksi. Di samping itu, perunding juga menjadi sebagai sumber kesedaran
oleh konsulti bagi memperolehi segala pengalaman pengetahuan yang baru. Di sinilah
wujudnya ciri kesalingan di antara perunding dengan konsulti.

Namun, apa sahaja jenis interaksi akan melalui rintangan kerana ianya melibatkan
perubahan. Dalam usaha bagi mengatasi elemen rintangan ini, perunding boleh memberi
kesedaran, orientasi konsulti ke arah kebaikan yang boleh terhasil berasaskan `lambang’
yang muncul dan menggarap peluang yang terhasil dari perubahan yang baru. Sehubungan
ini, adalah wajar bagi perunding untuk membantu konsulti mengalami cara bagi ancaman
perubahan dan menangani segala ketakutan dan emosi yang berkaitan.

Sebagai penutup, adalah wajar bagi semua pihak supaya sedar tentang pengalaman yang
lampau. Bagi perunding pula, beliau wajar mampu berfungsi meningkatkan semula tenaga
untuk penggunaan konsultinya. Proses yang demikian akan mewujudkan kesedaran ke atas
konsulti, maka tenaga yang baru itu terserlah dapat di alihkan ke arah aktiviti kreatif yang
lain. Tahap ini akan memastikan satu detik permulaan bekerjasama di antara semua pihak
yang terlibat.

©copyright othmanmohamed

47
MODUL 14: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Modul 14 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman
Mohamed.

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan
pendekatan teori pengurusan secara saintifik; teori pengurusan teori X dan teori Y dalam
perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

"Bincangkan perbezaan di antara Teori X dengan Teori Y dan kesesuaian dalam


penerapannya kepada proses perundingan."

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

48
Topik 1: Pengurusan secara saintifik
Produktiviti yang terhasil oleh sesuatu organisasi ada kaitannya dengan punca input seperti
bahan mentah, kemahiran pekerja dan sistem pengurusan. Pengurusan secara saintifik
mementingkan pencerapan dan analisis data berkaitan input yang asas bagi membolehkan
pengeluaran produktiviti cemerlang. Pengurusan secara saintifik perlukan maklomat yang
berasaskan analisis hasil kajian. Sebagai contoh, kes klasik dalam penyelidikan pengurusan
seperti kajian Ujikaji Hawthorne atau "The Hawthorne experiments" telah menunjukkan
betapa pentingnya faktor seperti layanan, apabila diwujudkan ke atas pekerja secara tidak
langsung meningkatkan produktiviti kepada kedua-dua kelompok yang diuji dan kelompok
yang dikawal.

Pada asalnya, pakar efisiensi dalam kajian Hawthorne tersebut beranggapan dengan satu
hipotesis bahawa suasana kerja yang mempunyai cahaya yang lebih terang akan
meningkatkan produktiviti. Sebagai kawalan, satu kelompok pekerja dibentuk tanpa
peningkatan cahaya terang. Hasil kajian menunjukkan seperti disangka bahawa kelompok
eksperimen memang meningkat produktivitinya. Tetapi, hasil kajian mendapati kelompok
kawalan juga meningkat produktiviti. Sehubungan ini, pengkaji Elton Mayo pada tahun 1933
(Hersey & Blanchard, 1972) membuat kesimpulan ada kaitan yang signifikan bahawa faktor
layanan dan perihatin terhadap pekerja memainkan peranan bagi meningkatkan
produktiviti. Apa yang telah berlaku dalam kajian Hawthorne itu ialah ahli-ahli dalam
kelompok kawalan secara tidak langsong juga diberi layanan dan kemungkinan tinggi
bahawa interaksi hubungan insan dan layanan mengubah cara mereka bekerja dan
seterusnya meningkat hasil produktiviti.

Kaunselor yang melaksanakan penyelidikan tindakan di dalam programnya telah


menerapkan konsep pengurusan saintifik. Data yang diperolehi kemudian dianalisis bagi
meenghasilkan dapatan kajiannya. Dapatan kajian yang diperolehi boleh diguna dan
diterapkan bagi peningkatan dan kemajuan perlaksanaan program kaunseling. Ciri ini lebih
tersusun dan sudah tentunya program yang diatur itu lebih sistematik sealiran dengan
kehendak dapatan kajian yang dilaksana.

Topik 2: Model pengurusan Teori X dan Teori Y


Pada tahun-tahun 60an, McGregor (1960) telah mengemukakan satu pendekatan teori yang
dinamakan Teori X dan Teori Y. Pendekatan ini menumpu kepada tingkah laku bekerja bagi
pekerja di dalam organisasi. McGregor (1960) mengemukakan bahawa dalam Teori X pekerja
sememangnya tidak suka terhadap pekerjaan, mengelak tanggungjawab dan memerlukan
penyeliaan bagi mencapai tujuan korporatnya. Teori ini juga beranggapan bahawa seorang
insan pekerja itu juga sememangnya malas dan tidak mempunyai cita-cita yang tinggi bagi
memperbaiki diri sendiri. Lumrah dalam Teori X ini, pekerja percaya bahawa beliau tidak
dapat mengawal diri dan semua akibat ke atas dirinya dipengaruh oleh faktor luaran.

Dalam Teori Y, McGregor (1960) menyatakan anggapan yang bertentangan Theori X. Setiap
pekerja sebenarnya faham akan tanggongjawabnya serta berupaya sedaya upaya bagi
mencapai ke arah objektif misi korporatnya. Teori ini beranggapan bahawa seorang insan
pekerja itu sememangnya mempunyai cita-cita untuk berinteraksi secara sosial. Insan
pekerja itu memang suka bekerja di samping gemar bermain, bersaing bagi mencapai
kecemerlangan. Sebagai seorang insan yang cergas dengan kepintaran kreatif, pekerja pada

49
lazimnya boleh mengawal hasrat diri sendiri dan boleh juga bergerak melakukan sesuatu
kerja tanpa penyeliaan rapi.

Pengurus yang mengutamakan Teori X akan mementingkan struktur kawalan dan peraturan
yang rapi ke atas para pekerjanya. Manakala pengurus yang mengutamakan Teori Y akan
lebih terbuka dengan pengurusan kerja yang tidak memfokus kepada pengstrukturan
peraturan yang ketat. Teori Y memberi kebebasan yang lebih kepada para pekerja bagi
menentukan tahap pencapaian dan gerak kerja ke arah kecemerlangan sesuai dengan misi
organisasi.

Modul 14 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia oleh Othman Mohamed.

MODUL 15: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Modul 15 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman
Mohamed.

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan
pendekatan teori pengurusan secara objektif dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

Kefahaman tentang teori pengurusan secara objektif memudahkan perlaksanaan


perundingan organisasi. Bincangkan.

50
Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

51
Topik 1: Pendekatan Pengurusan secara Objektif

Pengenalan

Keseimbangan adalah perlu di dalam sesuatu cara membuat keputusan. Begitu juga dalam
pengurusan yang melibatkan beberapa pihak di dalam sesuatu organisasi. Penerajuan
kepepimpinan pengurusan sangat bergantung kepada cara dan gaya kepepimpinan yang
digunakan oleh pengurus. Keseimbangan juga terpengaruh dengan kuasa desakan yang
hadir di dalam sesuatu alam persekitaran organisasi. Persaingan kuasa desakan ini boleh
wujud sama ada dari dalam atau pun dari luar organisasi. Kurt Lewin (1947) seperti
dilaporkan oleh Hersey dan Blanchard (1972) memberi penjelasan tentang kuasa desakan
ini yang dinamakan sebagai analisa kuasa lapangan. Dalam apa keadaan sahaja pun, kuasa
desakan menolak dan kuasa desakan menahan akan memainkan peranan yang penting bagi
mentafsirkan tindakan yang diambil oleh seorang pengurus (lihat Rajah 10) .

Antara kuasa menolak adalah seperti galakan dari penyelia, sistem insentif bersabit
ganjaran, persaingan yang wujud dari rakan sekerja. Suasana demikian akan menggalakkan
desakan ke arah satu haluan dalam pembentukan objektif yang diidamkan. Manakala
desakan menahan lebih berbentuk perlakuan dan pemikiran yang berunsurkan perasaan
sambil lewa; perasaan tidak ambil berat terhadap sesuatu tindakan, peraturan,
tanggungjawab; enggan menyelenggarakan peralatan dan sebagainya.

Seorang pengurus mesti dalam setiap masa merasai akan desakan yang dialami di dalam
organisasinya. Bagi seorang kaunselor di alam persekolahan, kaunselor mesti peka akan
dinamik yang terjalin dalam tindakan pengurusan dan gaya kepepimpinan yang terserlah.
Kefahaman tentang budaya ini akan dapat membantu kaunselor untuk mengambil tindakan
pengurusan yang sewajarnya. Kefahamnya tentang pengaruh keseimbangan desakan yang
tersemai di dalam alam sekolah membolehkan kaunselor membuat kata putus tindakan
pengurusan bersabit dengan perancangannya secara saksama dan berkesan.

Hasil daripada penjelasan tentang pengaruh kuasa desakan, maka kaunselor boleh
mengambil kira beberapa perancangan bagi mencapai matlamat perkhidmatan kaunseling
di sekolah. Kefahaman tentang matlamat yang hendak dicapai adalah penting bagi
menjayakan sesuatu projek. Begitu juga dasar yang serupa boleh dialihkan kepada
kefahaman akan matlamat bagi sesuatu perkhidmatan seperti kaunseling di sekolah.

Seorang pengurus perlu faham tentang jurang persepsi dan keupayan tindakan yang dialami
pihak pengurusan dengan pihak pekerjanya di dalam sesuatu organisasi. Apabila berlakunya
perbezaan persepsi tentang kuasa desakan dan pengarugnya di dalam alam organisasi,
matlamat yang hendak dicapai tidak akan dapat keselarian dan kesepakatan tindakan oleh
kedua-dua pihak pengurusan dengan pekerja.

Pendekatan pengurusan secara objektif (PSO) mengambil kira semua pengaruh desakan
penolakkan dan penahanan yang mungkin berlaku di dalam sesuatu organisasi, di samping
berasaskan kepada falsafah menyepadukan akan kawalan luaran dengan kawalan dalaman.
Kawalan luaran berpunca dari pengaruh pihak pengurusan manakala kawalan swadiri
berasal dari pihak pekerja.

Perancangan ke arah matlamat yang berkesan perlu mendapat persetujuan di antara kedua
pihak pengurusan dengan pekerja atau di antara pengurus kanan dengan pekerja di bawah
penyeliaannya. Dalam pendekatan PSO ini, persetujuan matlamat sudah dapat ditetapkan

52
dari permulaan projek. Ini akan memastikan bahawa semua pihak yang bertanggungjawab
tentang perlaksanaan projek faham tentang implikasi sesuatu tindakan yang dilaksanakan.

Setiap objektif yang hendak dicapai perlu diperincikan agar sesuatu yang realistik dapat
dirancang dan dilaksanakan. Dalam keadaan ini, maka matlamat organisasi secara
keseluruhan mesti difahami terlebih dahulu oleh semua ahli yang terlibat. Matlamat yang
tidak sesuai wajar digugurkan dan diganti dengan matlamat yang lebih baik. Kesedaran
mesti wujud bagi menjangkakan sesuatu matlamat yang hendak dicapai. Ini penting bagi
melahirkan suasana keiltizaman tugas dan missi yang gigih ke arah perlaksanaan dan
pencapai matlamat yang sudah ditetapkan. Rajah 11 menunjukkan kitaran perlaksanaan
Pengurusan secara Objektif.

Modul 15 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan
Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

53
MODUL 16: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Modul 16 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman
Mohamed.

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan
pendekatan teori pengurusan strategik dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

Bincang kepentingan 2KPA dalam proses menangani missi sesuatu sekolah daripada sudut
perundingan kaunseling.

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Serlangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

54
Topik 1: Pendekatan Pengurusan Strategik

Pengenalan

Pengurusan strategik mempunyai ciri yang tersendiri. Sebelum sistem pengurusan strategik
dilaksana, adalah penting mengenal pasti tentang kedudukan ciri-ciri yang sedia wujud
dalam alam sesuatu organisasi. Pengurusan strategik ditakrifkan sebagai satu proses
pengurusan dan upaya membuat keputusan yang menentukan struktur jangka panjang dan
aktiviti organisasi (Constable, 1980). Rajah 12 dapat menunjukkan secara grafik aliran
tujuan korporat dan kaitannya dengan nilai, sumber serta alam persekitaran dengan
tindakan yang perlu di sesuaikan dalam perlaksanaan tindakan jangka panjang.

Proses pengurusan. Proses pengurusan berkait rapat dengan cara strategi diterap dalam
semua aspek gerak kerja di dalam sesuatu organisasi. Pengurus wajar dapat menjangka
secara intuisi perubahan muktahir seperti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
(2KPA) yang wujud di dalam organisasinya.

Keupayaan membuat keputusan pengurusan. Seorang pengurus yang cekap wajar boleh
membuat keputusan yang baik. Seorang pengurus juga wajar berani membuat keputusan
bagi kepentingan organisasinya. Malomat menjadi bahan penting dan sumber kritikal
seorang pengurus memilih keputusan yang paling sesuai dan menguntungkan organsasinya.

Dimensi jangka masa. Pengurusan strategik memberi tumpuan komitmen terhadap demensi
jangka masa dalam penentuan perlaksanaan aktiviti organisasi. Oleh itu, pengurus wajar
perihatin dan sentiasa berwaspada tentang elemen 2KPA dalam organisasinya kerana aras
jangka masa strategik berbeza antara satu bahagian dengan satu bahagian yang lain
walaupun dalam satu organisasi.

Struktur Organisasi. Pergerakkan organisasi yang baik sangat bergantung kepada susunan
struktur organisasinya. Dalam organisasi yang effisien, kuasa untuk membuat keputusan
terserlah dan teratur susunannya. Penurunan kuasa boleh dilakukan dan tanggungjawab
boleh meningkatkan harga diri pengurus di samping mengoptimumkan kepantasan
membuat keputusan. Dalam keadaan demikian, penurunan kuasa juga merupakan satu cara
strategik bagi peningkatan hasil produktiviti.

Aktiviti Organisasi. Pelbagai aktiviti boleh bergerak dalam sesuatu organisasi. Dalam alam
pendidikan, keutamaan diberi kepada pemegang amanahnya seperti kerajaan, ibu bapa dan
juga kliennya seperti peserta dan ibu bapa. Walau apa pilihan keutamaan yang terserlah,
aktiviti organisasi tetap bergantung kepada keupayaan perlaksanaannya.

Topik 2 Perlaksanaan Pengurusan Strategik


Pengurusan strategik memerlukan kepemimpinan yang cekap dan berani. Strategi yang
melibatkan jangka masa yang panjang akan memerlukan budaya perkongsian dan
bekerjasama antara semua pengurus dalam sesuatu organisasi. Seorang ketua eksekutif
dalam alam kerja yang demikian perlu mempunyai wawasan untuk menyelaras tugas dan
tanggungjawab semua pengurusnya.

55
Dalam alam pendidikan seperti persekolahan pula, tanggungjawab ini akan terserlah kepada
seorang pengetua. Peranan kaunselor pula lebih kepada ciri perunding bagi menentukan
supaya budaya dan alam psikologikal persekolahan dapat diasah kepada arah tahap yang
lebih optimum.

Seorang kaunselor wajar dapat bekerjasama secara kolaboratif dengan pengetua dan
pengurusan sekolah. Kerjasama secara kolaboratif ini penting bagi menjangka matlamat
jangka pendek dan jangka panjang yang hendak dicapai sekolah dan menyediakan alam
psikologikal yang sesuai bagi mencapai matlamat yang terancang.

Keserasian kejayaan. Dinamik kejayaan dalam pengurusan strategik sangat memerlukan


satu daya upaya bagi mengenalpasti 2KPA. Kejayaan bagaimanapun tidak akan dapat
dihasilkan sekiranya ciri nilai, sumber dan alam persekitaran sesuatu organisasi tidak
diserasikan dengan keadaan sebenar 2KPA.

Nilai dan budaya kerja yang tinggi penting ditanam dalam alam organisasi pekerjaan. Nilai
murni bagi meningkat produktiviti dan kepuasan kerja wajar dapat diasah dalam setiap sikap
pekerja. Keperluan bagi persediaan alam ini akan dapat menjamin peningkatan produktiviti.

Sehubungan ini pihak pengurusan wajar dapat mengurus secara adil dan teratur sumber
yang sedia ada. Di samping boleh mempertimbangkan dengan wajar tentang kekuatan dan
kelemahannya serta daya mengambil peluang "advantage" yang wujud di dalam organisasi.

Keserasian ini dapat dilihat dalam Rajah 13. Dalam dinamik pengurusan strategik, pengurus
hendaklah perihatin tentang "advantage" persaingan alam persekitaran yang wujud di
organisasinya. Segala kekuatan dan kelemahan hendaklah diteliti di samping pengurus
berupaya mengenalpasti peluang bekerjasama dengan pihak lain bagi mengatasi kelemahan
serta memperkukuhkan kekuatan. Peluang seperti ini akan dapat meningkatkan nilai
kemasyarakatan pada tahap yang lebih luas. Kelemaham sumber dapat diatasi dan
kekuatan yang sedia ada diguna bagi meningkat mutu nialai tanggungjawab
kemasyarakatan. Di samping meningkatkan imej organisasi dalam alam masyarakat,
peningkatan perduktiviti akan dapat menjamin hasil keuntungan.

Thomson (1990) berpendapat perancangan strategik sebagai satu cara pengurusan bagi
menjamin kesinambungan tujuan sesuatu organisasi tercapai. Model yang dikemukakan
berasaskan tiga tema penting seperti analisis, membuat pilihan, dan perlaksanaan
(Thomson, 1990). Tiga tema ini akan mengakibatkan seorang pengurus berhadapan secara
langsung dengan proses pengurusan pada peringkat perancangan yang asas di dalam
organisasinya.

Pengurusan secara ini melibatkan pengurus mengambil peranan langsung sebagai seorang
yang mampu menjangkau ke arah masa hadapan serta mampu memain peranan sebagai
seorang futuristik. Aspek yang dipentingkan oleh pihak pengurusan adalah proses yang
paling baik bagi mengeluarkan produk yang hendak dihasilkan. Pengurusan strategik juga
mengabungkan keupayaan bagi menentukan kepentingan pelbagai pihak yang mempunyai
kepentingan di dalam organisasi yang sedang diurus. Di samping itu, pengurus sedia
menerima bahawa perubahan memang perlu dan mesti berani menghadapi perubahan
tersebut. Sehubungan ini, pihak pengurusan sentiasa bersedia, menyesuaikan keadaan
serta mampu menggunakan intuisi dalaman sanubarinya bagi menangani keadaan tidak
menentu yang muktakhir.

Pihak pengurusan juga semestinya peka dengan segala pengaruh yang akan dihadapi di
dalam dan di luar organisasinya. Selari dengan saranan yang dikemukakan oleh Thomson
(1990) berkaitan dengan analisis, membuat pilihan, dan perlaksanaan, Kurpuis, Burello, dan

56
Rozecki (1990) telah mencadangkan satu proses perancangan strategik seperti dipaparkan
dalam Rajah 14.

Pandangan masa hadapan dan perkongsian kepercayaan

Adalah penting di dalam sebuah organisasi bagi semua ahlinya dapat berkongsi segala visi
pandangan masa hadapan yang dibayangkan sebagai munasabah oleh pihak pengurusan.
Syarat kepemimpinan ini akan dapat membimbing ahli di dalam satu organisasi itu bergerak
sealiran dengan bayangan visi yang diilhamkan oleh ketua eksekutif organisasi tersebut.
Suasana perkongsian idea dan ilham bayangan masa hadapan organisasi ini akan dapat
membentukkan kesalingan harapan dan rasa tanggungjawab bagi semua yang mempunyai
kepentingan di dalam organisasi tersebut.

Penglibatan perkongsian idea dan ilham masa hadapan di setiap lapis keahlian di dalam
organisasi sangat penting. Setiap ahli wajar dididik tentang budaya yang terdapat di dalam
organisasi tersebut serta budaya kerja yang diilhamkan bagi menjamin prestasi yang ulung
yang akan dicapai oleh organisasi. Ciri ini mustahak bagi menjamin daya kreativiti akan
sentiasa wujud dan berkembang di kalangan keahlian tujuan mencari cara paling baik bagi
memajukan prestasi organisasi.

Missi, Matlamat dan Tujuan Organisasi

Missi organisasi mestilah jelas. Missi merupakan satu kehendak ideal yang boleh dicapai
oleh organisasi dengan mengambil kira segala ilham serta budaya kerja yang dikongsi
bersama semua ahli bagi memastikan produktiviti yang membena. Missi tercapai hasil
daripada pembentukkan visi yang diterima secara jelas oleh para perancang strategik di
dalam sesuatu organisasi. Missi yang dibentuk mesti dapat memberi haluan kehadapan
yang luas bagi organisasi supaya segala elemen yang perlu boleh disalurkan ke arah
matlamat yang mahu dicapai oleh organisasi.

Sebagai contoh, bagi sebuah organisasi universiti, keinginannya adalah menjadi sebuah
pusat pembelajaran dan penyelidikan yang ulung. Di samping itu, instituisi universiti ini juga
bukan sahaja mahu menjadi pusat penyelidikan bahkan sebagai sebuah pusat
kecemerlangan yang mempunyai fokus kepada beberapa bidang kecemerlangan.
Pembentukkan misi mengakibatkan para perancang strategik mengambil peranan yang
proaktif dan tidak passif atau reaktif.

Dalam bidang kaunseling pula, perkhidmatan kaunseling di alam persekolahan wajar dapat
mengenalpasti arah tujuan yang hendak dicapai bagi perkhidmatan kaunseling di sekolah
yang berkenaan. Sekiranya kecemerlangan perkhidmatan dituntut, maka sesuatu
perkhidmatan kaunseling sewajarnya dapat menyediakan secara sempurna bidang
kaunseling yang diidamkan. Dalam alam sekolah, adalah penting perkhidmatan kaunseling
yang menyeluruh dapat disediakan bagi menjamin peserta bersedia dengan alam pekerjaan
yang serba mencabar.

Apabila missi yang luas sudah dapat dipersetujui, maka pencarian bagi mewajarkan
matlamat organisasi akan menjadi lebih mudah. Matlamat merupakan titik peralihan
diantara visi dan misi yang luas pada satu penghujung dengan tujuan organisasi yang lebih
berfokus serta terperinci pada satu penghujung. Gambaran yang menunjukkan proses ini
dapat dilihat di dalam Rajah 15.

Matlamat melibatkan keupayaan organisasi merancang segala elemen penting yang boleh
memberinya suatu pemilihan untuk bergerak ke arah tujuan sebenar teras aktiviti

57
perniagaan organisasi. Perancangan akan hanya dapat diperolehi seandainya satu analisis
yang terperinci dilakukan ke atas tiga elemen yang boleh mempengaruhi pemilihan yang
strategik untuk mencapai tujuan yang diidamkan. Rajah 16 menunjukkan tiga bentuk
analisis yang wajar dilakukan adalah 1) analisis luaran; 2) analisis industri; dan 3) analisis
dalaman.

Pada hakikatnya, pemilihan strategik memberi peluang kepada pihak pengurusan menjamin
bahawa tujuan organisasi akan tercapai hasil daripada pilihan strategi perancangan yang
baik. Pemilihan strategi dapat dimulakan dengan kesedaran akan wujudnya pelbagai
cabaran ancaman yang sedia ada dan yang mendatang di alam persekitaran dimana
organisasi itu beroperasi.

Sehubungan ini, pengurusan wajar dapat mengenalpasti empat elemen penting tunggak
analisis dalam usaha membuat pemilihan strategik seperti berikut 1) Kekuatan 2)
Kelemahan 3) Peluang 4) Ancaman yang wujud berkaitan dengan organisasinya. Elemen
persekitaran luaran, industri dan dalaman perlu diteliti secara terperinci oleh pengurusan
bagi mengenalpasti empat tunggak analisis yang akan mempengaruhi pemilihan yang
paling strategik bagi menghasilkan tujuan organisasi yang diidamkan.

Setiap organisasi mahukan pencapaian yang cemerlang menggabungkan kedua-dua kuantiti


dan kualiti. Di samping idaman ini, budaya kejayaan dan kepekaan terhadap etika kerja yang
murni perlu juga disanjungi. Bagi mencapai kecemerlangan tadi, sudah tentunya organisasi
mesti mencari satu tempat yang istimewa dalam alam persekitaran teras perniagaannya
agar mampu bersaing dengan organisasi lain yang juga menawarkan produk yang serupa.

Dalam alam mencari pemilihan strategik, organisasi mesti mampu mengenalpasti produk
yang istimewa itu bagi memastikan keupayaan persaingannya dengan organisasi pesaing
yang lain. Elemen luaran yang boleh mempengaruhi pemilihan strategik lebih menumpu
kepada peluang yang boleh diambil oleh pengurusan bagi menjamin kesinambungan
kewujudan organisasinya dalam pasaran. Di samping itu juga, pengurusan tidak boleh lepa
dengan ancaman yang muncul dalam pasaran akibat dari kegiatan pesaing lain. Ancaman
ini boleh mengambil pelbagai rupa seperti cara pemasaran, pasaran yang baru, produk yang
baru, penghargaan produk yang lebih menarik bagi pengguna, kos pengeluaran yang
berkurangan dan sebagainya.

Bagi menjamin persaingan dalam pasaran dengan pesaing yang lain, pengurusan mesti
faham akan kekuatan dan kelemahan organisasi yang sedia ada baik di dalam mahu pun di
luar organisasi. Kelemahan yang boleh menggugat keupayaan organisasi bagi menjamin
produknya laku di dalam pasaran mesti dikenalpasti dan tindakan diambil bagi
memulihkannya secara segera. Perimbangan kekuatan organisasi tidak dapat disangkal
sebagai penting kerana kekuatan yang ada mesti dipelihara dan dibangunkan.

Kaunselor boleh memainkan peranan yang penting bagi mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan yang wujud di dalam organisasinya. Contohnya di alam persekolahan, hasil dari
analisis keperluan suasana alam akademik persekolahan dan juga keiltizaman para
pengajarnya, kekuatan dan kelemahan berkaitan potensi prestasi sekolah boleh dijangka.
Gunakan maklomat ini bagi membuat perancangan dan pemilihan strategik supaya dapat
meningkatkan keupayaan sekolah ke arah satu budaya kerja dan prestasi yang lebih baik.

Tujuan merupakan satu hasil yang hendak dicapai setelah matlamat terhasil. Tujuan adalah
lebih spesifik serta lebih terfokus berbanding matlamat. Bagi menghasilkan kehendak yang
terfokus ini akan memerlukan suatu pembentukan dasar yang dapat meyakinkan strategi
yang terancang ke arah kejayaan.

58
Strategi dan Pelan Tindakan.

Perancangan strategi melibatkan empat faktor utama yang perlu diberi perhatian. Empat
faktor penting dalah 1) pengurusan pemasaran; 2) pengurusan sumber manusia; 3)
pengurusan kewangan; dan 4) pengurusan maklomat (Thomson, 1990). Bagi mana-mana
organisasi yang menuju ke arah tujuan berfokus, perancangan strategiknya tidak dapat
ketepikan. Perancangan strategik yang melibatkan empat faktor tadi memberi satu nadi
terarah bagi memastikan keyakinan akan tercapainya tujuan yang diidamkan.

Pengurusan pemasaran adalah penting bagi menjamin produk yang terhasil dapat
dipasarkan secara optimum. Pemasaran sesuatu produk bergantung kepada objektif yang
dikaitkan dengan strategi keseluruhan organisasi. Contohnya, suatu fakulti di dalam sebuah
institusi pengajian tinggi yang perlu memasarkan produk akademiknya mesti dapat
memastikan strategi yang selari dengan dasar induk institusi. Kesalingan sokongan sangat
perlu bagi mengukuhkan perancangan strategi di peringkat fakulti serta perlu wujudnya
penurunan kuasa yang optima. Contoh ini selari dengan dasar pemasaran program Masters
yang dikendalikan secara pengajaran di luar kampus oleh Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia mulai pada tahun 1997. Pihak universiti menggalakkan setiap
fakulti agar dapat memastikan pasaran yang bukan konvensional bagi produk akademiknya.
Dalam strategi yang dilaksanakan, produknya iaitu program Masters Sains merupakan satu
produk yang berjaya dipasarkan mengguna strategi percampuran pemasaran yang klasikal.
Strategi melibatkan daya menentukan agihan tempat pengajaran di luar kampus. Ini
menepati dengan konsep pengedaran optima dalam pengertian strategi pemasaran. Tempat
perintis bagi melaksanakan program dipilih agar permintaan terjamin, di samping adanya
percampuran produk yang menarik bagi konsumer.

Tempat pertama yang dipilih bagi pelancaran produk adalah di Pantai Timur, iaitu di Kuala
Trengganu, Trengganu. Sebagai satu bandar yang jauh dari kampus induk di Serdang,
Selangor, kawasan Kuala Trengganu mempunyai potensi kawasan takungan permintaan
calon bagi program Master Sains dalam dua bidang, a) Bimbingan dan Kaunseling dan 2)
Pentadbiran Pendidikan. Strategi pemilihan ini juga disokong dengan cara menepati
kehendak konsumer supaya produk dapat diajukan dengan satu pakej yang baik serta
menarik. Sekali gus dapat mematahkan persaingan daripada produk program Masters yang
ditawarkan oleh sebuah institusi lain yang sudah bertapak di Kuala Trengganu.

Pentingnya disini adalah keupayaan menyajikan satu pakej program Masters yang berkualiti
di samping menjaga keupayaan konsumer boleh membelinya dengan harga yang
berpatutan. Perletakkan penghargaan yang berpatutan tanpa mengaut keuntungan yang
berlebihan bagi satu konsumer adalah sebagai satu strategi kewangan yang berkesan. Daya
penglibatan konsumer dan potensi ramai bilangan konsumer yang tertarik dengan pakej
tersebut dapat memastikan pulangan kos serta menjamin peningkatan pulangan
keuntungan.

Penjualan sesuatu produk juga bergantung kepada upaya bagi menyampaikan seberapa luas
maklomat tentang produk serta segala kebaikannya. Cara mempromosikan produk tadi
adalah secara konvensional iaitu menggunakan konsep pemasaran langsung. Interaksi
antara pihak universiti sebagai pembekal dengan konsumer atau bakal peserta diutamakan.
Kepercayaan dan kesetiaan dapat dijalin secara ikhlas dan wujud kesalingan menghormati
produk yang bermutu tanpa didagangkan secara komesial melalui pengiklanan media.

Kejayaan pemasaran produk Master Sains yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian
Pendidikan, UPM itu tidak terhad hanya kepada Kuala Trengganu. Strategi yang serupa juga
diterapkan di kawasan Jitra, Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Kelainannya, strategi
pemasaran menerap penggunaan mempelbagaikan produk dan dalam masa yang sama

59
membahagikan kawasan pasaran. Kawasan pasaran dikenalpasti pembahagiannya 1) di
kawasan timur, 2) kawasan selatan, 3) tengah semenanjung, 4) Sabah dan Sarawak, dan 5)
kawasan utara.

Strategi mempelbagaikan produk adalah penting bagi memastikan penggunaan sumber


pengajar akademik secara optima sebagai sumber manusia yang penting dalam penawaran
program Master. Perhubungan antara strategi pemasaran dengan strategi penggunaan
sumber manusia sangat rapat dalam pemasaran program akademik. Keterampilan akademik
tidak dapat dinafikan sebagai faktor utama dalam pembekalan produk yang bermutu tinggi
seperti program Master ini. Kepakaran dalam pengajaran sesuatu subjek di samping masa
yang boleh disedia serta digunakan oleh sumber pengajar tersebut adalah di antara
kekangan yang mewajarkan strategi menyediakan kepelbagaian produk. Standard
pengajaran dan standard Master tetap terjamin.

Pengurusan Secara Objektif.

Di dalam parameter perancangan strategik, ada juga penerapan pengurusan secara


berobjektif bagi menentukan supaya tugas kecil dapat diselenggarakan secara effisien.
Perancangan strategik secara keseluruhan penting, namun kejayaan menghasilkan tugas
kecil merupakan kunci dalam perlaksanaan yang licin dan optima sesuatu perlaksanaan
projek. Perlaksanaan tugas-tugas kecil ini tidak akan berjaya tanpa kerja secara kolaboratif
dan wujud satu pembentukan kerja berpasukan.

Ganjaran tetap merupakan satu daya motivasi dalam perlaksanaan tugas. Kesedaran akan
menjayakan projek dan pentingnya bagi meningkatkan integriti fakulti sebagai satu pusat
yang boleh maju ke hadapan dalam bidang pendidikan negara juga merangsang kegigihan
personnel. Di samping itu, keterampilan personnel juga meningkat hasil keperluan
persediaan modul pengajaran yang mencabar.

Tugas kecil juga melibatkan usaha pengurusan kewangan yang rapi kerana setiap
pergerakkan aliran wang tunai mesti dikawal bagi memastikan kos tetap dan kos berulang
adalah dalam kawalseliaan yang munasabah. Pengaliran masuk kewangan sebagai sumber
menjana pendapatan bagi fakulti berasaskan kepada penentuan jangkaan antara kadar
pertumbuhan pasaran dengan Bahagian Relatif Perkongsian Pasar seperti yang dapat dilihat
dalam Rajah 17

Pemilihan penjualan produk mengikut pasaran adalah penting bagi menjamin pulangan yang
menguntungkan. Pengurus wajar dapat menentukan kadar pertumbuhan pasaran, di
samping memantau bagaimana penjanaan wang berdasar pembahagian relatif pasaran
boleh mempengaruhi keuntungan. Pasaran yang tinggi kadar pertumbuhan akan
menyebabkan pembahagian pasaran produk yang rendah. Kemungkinan produk yang baru
apabila diperkenalkan tidak mungkin dapat pulangan balik modal, malahan kerugian -- Petak
K. Dalam kes Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, ada persaingan yang sederhana dalam
produk Master di antara institusi lain. Namun, pelbagaian dan perbezaan produk dari segi
pakej modular telah dapat menandingi produk dari institusi yang lain. Proses kata putus
yang penting adalah bagi memilih produk yang boleh mendatangkan pulangan keuntungan
yang paling optima dalam peringkat pelancaran projek supaya pasaran yang terjamin tetap
dalam kawasan Petak U -- Untung. Ini merupakan strategi peneguhan janaan kewangan
pelancaran dan cara pembayaran yuran pembelajaran secara beransur dalam tiga peringkat
selama satu tahun semasa belajar juga memastikan sistemnya menarik dan fleksibel.
Sistem pembayaran ini juga telah dapat mengekalkan bilangan peserta dengan tahap
pengguguran pembelajaran terkawal pada kurang 5 peratus.

60
Walau pun strategi pelbagaian dan perbezaan serta pembahagian pasar diterapkan, namun
wujud juga produk pengkhususan dalam program Master yang sukar dipasarkan di dalam
pasaran bidang pendidikan secara amnya. Produk yang kurang pasarannya tetap masih
ditawarkan di dalam kampus bagi menjamin kesinambungan penawaran secara
konvensional.

Penyemakan.

Sesuatu perancangan tindakan akan memerlukan penilaian ke atas perlaksanaannya.


Perancangan strategik juga tidak mengenepikan pentingnya faktor penyemakan dan
penilaian. Penyemakan perlu kerana tujuan strategik yang hendak dihasilkan dalam waktu
jangka panjang mesti dapat diukur sama ada tercapai atau pun tidak. Pencapaian matlamat
strategik yang telah dirancang akan menjadi petunjuk sama ada tujuan lebih jauh itu
realistik.

Apabila berlakunya kepincangan dalam perlaksanaan dan perlaksanaan tersekat, maka


punca sebenar mesti ditangani.

Segala 2KPA perlu dikaji semula dan ditangani secara sistematik. Tujuan berobjektif
hendaklah disemak dan diselaraskan agar matlamat secara keseluruhan mudah dicapai
semula. Cara pengurusan perancangan strategik sudah pasti dapat menghasilkan idaman
tujuan dalam jangka masa panjang. Pengurus menjadi lebih peka dengan keadaan alam
persaingan produknya di samping para pekerja dapat menjana satu visi bersama dengan
pihak pengurusan.

Modul 16 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan
Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

61
MODUL 17: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Modul 17 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 15: Etika dan perundangan dalam
kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang etika dalam
perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

Bincangkan kepentingan cara membuat keputusan mengikut prinsip etika semasa perunding
berhadapan dengan dilema eitka. Beri contoh.

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

62
Topik 1: Etika dalam perundingan kaunseling

Pengenalan

Etika dan perlakuan beretika adalah sesuatu tindakan yang menuntut keakuran terhadap
piawaian profesional serta perhakimannya tentang apa yang dianggap betul dan yang salah.
Manakala kod etika pula merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri
terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard
asas bagi mencerminkan satu praktis profesional (Othman Mohamed, 1999).

Di Malaysia, sungguh pun belum banyak kes litigasi yang emrujuk terhadap kod etika
perundingan kaunseling, namun Persatuan Kaunseling Malaysia atau PERKAMA ada
menerbitkan Kod Etika bersabit dengan perundingan. Bahagian F di dalam Kod Etika
PERKAMA jelas menghuraikan tentang enam perkara bersabit dengan perundingan seperti
berikut:

1. Tentang kesedaran berkaitan dengan nilai, pengetahuan, kemahiran dan batasan diri.
2. Tentang persefahaman dan persetujuan antara perunding dengan konsulti.
3. Tentang keupayaan dan kemampuan menjalankan perundingan.
4. Tentang pergantungan dan pentingnya kemampuan bagi memudahkan konsulti
berkembang dari sisi swadirinya.
5. Tentang pembayaran dan isu bila berhak menerima pembayaran perundingan.
6. Tentang kewajaran perunding tertakluk kepada kod etika persatuannya.

Pernyataan etika sepertimana yang diterbitkan oleh sesuatu pertubuhan profesional seperti
PERKAMA biasanya wujud sebagai satu niat kemahuan persetujuan bagi berkhidmat kepada
masyarakat. Niat ini adalah satu tanggungjawab yang dipegang oleh semua ahli profesion
tersebut dengan masyarakatnya. Oleh yang demikian, tanggungjawab terhadap niat etika ini
juga merangkumi semua nilai masyarakat yang dianggap paling tinggi tahapnya untuk
dipertahankan.

Di dalam sesuatu profesion, kod etika ditubuhkan bagi menjaga hak yang dipunyai oleh
orang awam atau ahli masyarakat. Hak seseorang individu di dalam masyarakatnya wajar
dipertahankan. Di samping itu, terdapat pula tanggungjawab yang dituntut daripada
seorang ahli profesional seperti kaunselor atau perunding kepada kelompok yang spesifik
seperti orang-orang yang memerlukan bantuan atau sesuatu khidmat yang disampaikan
oleh ahli profesional tersebut.

Di samping itu, kod etika juga merupakan sebagai satu ingatan kepada ahli yang
menjalankan praktis profesionnya supaya dibimbing dengan peraturan, membina serta
boleh menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan kliennya (Othman Mohamed, 1999). Di
dalam praktis perundingan, perunding wajar menjaga martabat dan keselamatan konsulti
dan juga kliennya. Kod etika juga memberi bantuan kepada ahli dalam sesuatu profesion
agar dapat memikirkan serta boleh mempertimbangkan tentang dilema membuat sesuatu
keputusan apabila berhadapan dengan isu moral (Othman Mohamed, 1999). Kod etika juga
dapat memberi satu penjelasan akan tanggungjawab kaunselor terhadap kliennya dan
apabila kaunselor memberi khidmat sebagai perunding, tanggungjawab ini teralih ke arah
konsulti serta klien konsulti.

63
Topik 2: Prinsip etika dalam perundingan kaunseling

Pengenalan

Terdapat tujuh prinsip etika yang boleh diketengahkan di dalam proses perundingan
kaunseling seperti berikut:

1. Tanggungjawab
2. Otonomi
3. Kebajikan klien dan konsulti
4. Salahwakil atau misrepresentation
5. Pembayaran
6. Perhubungan Perunding - Konsulti
7. Menjaga maklumat terhad atau confidentiality

Tanggungjawab.

Adalah sedia maklum bahawa perundingan kaunseling merupakan percantuman di antara


du profesion. Sebagai contoh interaksi perundingan di antara guru-perunding; pensyarah-
perunding; kaunselor-perunding. Setiap interaksi akan menuntu perjalanan komunikasi di
antara dua pihak yang terbabit. Dalam keadaan perundingan maka wujud tuntutan memberi
nasihat dan segala bentuk pengajaran, kaunseling di antara perunding dengan konsulti. Isu
tanggungjawab penting dari segi peranan komunikasi yang disampaikan oleh perunding ke
atas konsultinya.

Di sini termasuklah komunikasi dan persetujuan termaklum dari pihak perunding kepada
konsulti. Juga, perunding mesti menganggapkan komunikasi yang diperolehi daripada
konsulti itu sebagai suatu maklumat yang istimewa bagi perhubungan perundingannya.

Autonomi

Autonomi bermaksud bahawa seseorang itu berhak bertindak mengikut kehendaknya.


Apabila seseorang itu menuntut hak kebebasan diri maka dalam masa yang sama beliau
juga wajar menghormati hak dan kebebasan orang lain (Othman Mohamed, 1999). Di dalam
proses perundingan kaunseling seorang perunding wajar menghormati hak kebebasan
konsultinya.

Isu kepakaran berkait rapat dengan prinsip autonomi di dalam proses perundingan. Tidak
dapat dinafikan bahawa seorang perunding itu boleh juga dianggap sebagai seorang pakar.
Namun, sejauh manakah ianya boleh dianggap sebagai pakar di dalam proses perundingan
yang dijalankan sehingga menyebabkan pergantungan dari pihak konsulti. Pergantungan
dari pihak konsulti terhadap perunding mesti dihindar. Isu autonomi penting kerang konsulti
wajar dapat suatu pembelajaran yang baru hasil daripada interaksi perundingan. Dengan
cara yang demikian adalah diandaikan bahawa gejala pergantungan di dalam perundingan
kaunseling dapat dihindar.

Kebajikan klien dan konsulti

Falsafah dan pegangan prinsip hidup adalah penting bagi kedua-dua perunding dan konsulti.
Masing-masing sudah tentunya mempunyai kepenting dan keutamaan yang tersendiri. Oleh
kerana proses perundingan merupakan satu proses interaksi yang melibatkan
berkomunikasi, adalah diandaikan sesuatu kepincangan pendapat mungkin juga berlaku di

64
antara perunding dengan konsultinya. Apabila acara seperti ini berlaku, maka wajar bagi
perunding menjaga kepentingan imbangan di antara kepincangan yang boleh membabitkan
prinsip dan falsafah kehidupan kedua-dua pihak tujuan menjaga martabat konsulti.

Sehubungan ini juga, sebaik-baiknya perunding wajar juga menjaga keselamatan klien yang
sedang diberi pertolongan oleh konsulti. Kebajikan klien tersebut menjadi nas yang penting
dalam segala perhubungan interaksi perundingan di antara perunding dengan konsultinya
walau pun klien bukannya faktor yang mempunyai hubungan langsung dengan perunding.
Prinsip liabiliti memihak atau vicarious liability mengambil alih kepentingan dalam
perhubungan tiga segi perundingan di antara perunding - konsulti - klien, dimana
tanggungjawab keseluruhan adalah dalam tanggungan bebanan perunding.

Othman Mohamed (1999) memberi penjelasan bahawa dalam perkara seperti ini, prinsip
nonmaleficence iaitu tidak memudaratkan klien atau orang lain mengambil tempat
keutamaan. Prinsip ini menegakkan ketegasan bahawa sebaik-baiknya tidak melakukan
bahaya, tidak memudaratkan sesuatu. Dalam pengertian lain, tidak melakukan secara
sengaja keadaan yang boleh mendatangkan risiko membahayakan orang lain (Othman
Mohamed, 1999).

Sealiran dengan menjaga kebajikan klien dan konsulti, perunding wajar menggunakan teknik
perundingan yang berfaedah dan sesuai dengan masalah yang diajukan oleh konsulti bagi
menolong kliennya. Sewajarnya seorang kaunselor hendaklah lakukan perkara yang baik.
Othman Mohamed, (1999) memberi penjelasan bahawa prinsip beneficence iaitu membuat
kebaikan, berasaskan kepada niat melakukan sesuatu dengan kehendak yang bersih serta
hasrat yang murni. Dalam kaunseling, prinsip membuat kebaikan ini selaras dengan niat
bagi menjalankan proses kaunseling itu secara berkesan serta berfaedah. Dalam proses
perundingan pula adalah diharapkan hasil perundingan akan dapat memberi sumbangan
yang bermakna kepada konsulti dan selanjutnya membantu klien meneruskan kehidupan
sebagai seorang ahli yang sempurna dalam masyarakatnya.

Salahwakil

Salahwakil adalah satu kesalahan yang melibatkan keadaan melakukan sesuatu tindakan
yang boleh menyebabkan rasa tertipu oleh orang yang dilibatkan. Di dalam perundingan
kaunseling, apabila perunding sebagai agen melakukan sesuatu selain daripada
tanggungjawab pencegahan, pemulihan, perkembangan beliau boleh disabit dengan
kesalahan melanggar kod etika salahwakil. Salahwakil juga merupakan sebahagian daripada
undang-undang tort. Oleh yang demikian, mereka yang terlibat dengan kesalahan ini boleh
dibabitkan dengan tindakan litigasi sivil.

Maklumat adalah penting bagi membolehkan seorang individu membuat satu keputusan
berkaitan dengan isu yang sedang dihadapinya. Di dalam profesion kaunseling, maklumat
tentang praktis perkhidmatan seorang kaunselor serta ciri kelayakannya penting bagi bakal
seorang klien yang inginkan khidmat kaunseling.

Salahwakil melibatkan memberi maklumat yang mengelirukan tentang sesuatu


perkhidmatan, kelayakan dan latihan yang dipunyai oleh seorang kaunselor profesional.

Begitu juga prinsip dan segala peraturan undang-undang yang membabitkan salahwakil
diguna pakai untuk penjagaan standard praktis perundingan kaunseling.

Pembayaran khidmat

65
Pembayaran khidmat wajarlah berpatutan dan selaras dengan had pembayaran yang
dipersetujui oleh persatuan yang mengawal sesuatu profesion. Di dalam isu ini, perunding
mungkin bebas untuk mengenakan pembayaran khidmat spesialis di samping pembayaran
yang asas bagi sesuatu khidmat kaunseling yang umum. Namun, pembayaran khidmat yang
dikenakan ke atas konsulti wajar mengambil kira persetujuan termaklum yang menjadi asas
kontrak apabila khidmat perundingan dimulakan. Ciri ini adalah munasabah sahaja dimana
khidmat perundingan diambil dari perunding di luar sesuatu organisasi konsulti berkhidmat
atau bertugas. Biasanya pembayaran tidak dikenakan apabila perunding merupakan
sebahagian daripada pekerja di dalam sesuatu organisasi perundingan dijalankan.

Perhubungan perunding dengan konsulti

Perhubungan di antara perunding dengan konsultinya adalah di antara dua orang yang
berstatus profesional. Oleh yang demikian, perunding wajar menjaga martabatnya sebagai
seorang yang melaksanakan kemahirannya secara tertib dengan merujuk segala lunas
peraturan perlakuan profesionnya. Sehubungan ini, prinsip persetujuan termaklum menjadi
asas kontrak dalam segala perhubungan di antara dua pihak yang terlibat. Perunding dan
juga konsulti wajar telus dalam memaklumkan kesalingan hasrat masing-masing dalam
perhubungan khidmat perundingan tersebut.

Isu yang kerap terbongkar di dalam salah laku perhubungan perunding - konsulti biasanya
melibatkan perhubungan penduaan. Praktis yang profesional menghadkan perhubungan
intim di antara perunding dengan konsultinya. Perhubungan penduaan juga menghadkan
segala interaksi profesional di antara perunding dengan konsulti apabila timbul kepentingan
diri bagi salah satu profesional tersebut. Contohnya, apabila konsulti mempunyai ikatan
persaudaraan dengan perunding, maka perundingan tidak wajar dimulakan.

Menjaga maklumat terhad

Kepercayaan di antara perunding dengan konsultinya bergantung kepada sejauh manakah


wujud kesalingan hormat menghormati kedua dua pihak yang terlibat di dalam perhubungan
perundingan tersebut. Konsulti sudah tentunya mahukan agar segala maklumat yang
diluahkan itu dapat disimpan secara selamat oleh perunding tanpa terbocor kepada pihak
lain. Konsulti juga mempunyai jangkaan bahawa perunding boleh menjaga maklumat
tersebut secara selamat.

Keupayaan bagi menjaga maklumat terhad adalah satu kekuatan yang dipunyai oleh
perunding dan siapa sahaja yang mengurus perkhidmatan yang berprinsipkan lunas
kaunseling. Penjagaan maklumat terhad adalah lumrah terjamin di dalam perkhidmatan
yang berunsur kaunseling. Inilah satunya prinsip yang dapat mengekalkan kewibawaan
profesion kaunseling bagi menjamin keselamatan maruah dan martabat klien atau konsulti
tetap terjamin.

Namun, prinsip ini juga tidaklah terlaksana tanpa batasan yang terus bebas dan tidak
terkawal. Apabila berlaku sesuatu tindakan oleh konsulti atau pun klien di dalam interaksi
perundingan yang boleh menyebabkan kemudaratan mana-mana pihak, maka perunding
wajar membuat pertimbangan bagi ketepikan dan selanjutnya mematahkan amanah
penjagaan matlumat terhad. Dalam apa sahaja keputusan yang wajar dibuat di dalam
proses kaunseling atau pun perundingan, prinsip nonmaleficence iaitu tidak memudaratkan
klien atau orang lain mengambil tempat keutamaan. Tindakan keputusan seperti ini adalah
selari dengan pertimbangan prinsip penilaian perhakiman ke atas kesesuaian menjaga
kepentingan masyarakat.

66
Modul 17 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 15: Etika dan perundangan
dalam kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Srdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh
Othman Mohamed.

67
MODUL 18: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling
serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penilaian
dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

Bincang perbezaan di antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif di dalam


perundingan kaunseling.

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.

68
Topik 1: Penilaian dalam perundingan

Pengenalan

Proses perundingan juga memerlukan satu cara bagi memastikan perlaksanaan yang
diusahakan oleh perunding mendatangkan hasil seperti yang dijangka. Oleh yang demikian,
penilaian adalah perlu supaya acara yang telah dilaksana oleh perunding dan juga konsulti
selari dengan matlamat sebenar yang hendak dicapai. Hasil daripada penilaian juga boleh
memberi petanda kepada perunding akan kekuatan dan kelemahan tentang cara
perundingan yang telah dilaksankan dengan konsultinya. Terdapat dua cara perlaksanaan
penilaian di dalam perundingan kaunseling. Dua cara tradisi yang biasa dilaksanakan
adalah: 1) Penilaian Formatif; 2) Penilaian Sumatif.

Penilaian Formatif

Penilaian formatif juga dikenali sebagai penilaian proses. Sehubungan ini, biasanya
perunding akan cuba menangani acara bagaimana sesuatu tindakan perundingan telah
dilaksanakan. Paling penting di dalam penilaian proses adalah bagi memastikan proses yang
terhasil daripada setiap tahap perundingan yang dijalankan di antara perunding dengan
konsultinya. Cara ini bertujuan bagi menyerlahkan bantuan intervensi dengan pihak konsulti.

Objektif penting bagi perunding dalam cara penilaian ini adalah bagi memurnikan proses
perundingannya dengan konsulti. Ianya mementingkan cara bagaimana keberkesanan
intervensinya dapat diperbaiki. Sehubungan ini, perunding mementingklan darai cara
memperolehi maklumat daripada konsulti dan juga semua pihak yang terbabit di dalam
proses perundingan. Perunding berhasrat bagai mengetahui bagaimana rancangan
perundingannya bergerak sama ada secara licin atau pun melalui proses yang tersekat-
sekat. Biasanya cara penilaian formatif ini tidaklah terlalu formal. Ini memberi pengertian
bahawa semua keputusan yang terhasil adalah dipersetujui oleh perunding dengan konsulti
sahaja.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif adalah satu cara penilaian yang lebih berbentuk formal. Penilaian ini juga
biasa dikenali sebagai penilaian produk. Sebagai satu matlamatnya adalah mengkaji darjah
keberkesanan tentang pencapaian yang terhasil di dalam perundingan. Di samping itu,
penilaian cara ini juga cuba mengukur impak kejayaan perlaksanaan perundingan yang
dijalankan. Sudah tentunya fokus yang diutamakan di dalam penialain secara ini adalah
hasil perundingan.

Semua maklom balas yang dikumpul dan dianalisis akan diserahkan kepada pihak yang
lebih berkuasa ke atas pihak yang menuntut perlaksanaan perundingan tersebut. Sebagai
fokus terhadap hasil yang tercapai, pihak yang berkuasa biasanya ingin mendapatkan
maklumat tentang keberkesanan kos perundingan yang dijalankan; makluman balas juga
penting menghuraikan apakah kesan serta program terpenting yang dapat dihasikan
daripada perlaksanaan perundingan tersebut.

©copyright othmanmohamed

69

You might also like