You are on page 1of 2

KAWALAN MOTOR

Oleh Norasa Pakirkhan, Juruelektrik


1. KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR
1.1 Motor boleh digerakkan laju atau perlahan, ke hadapan atau ke
belakang serta boleh dihentikan iaitu dengan cara mengadakan
sistem kawalan motor.
1.2 Dalam penggunaan harian biasanya motor hanya digunakan untuk
mengerakkan atau memutarkan sesuatu peralatan. Sebagai contoh,
kipas angin dan mesin basuh.
1.3 Di samping itu, kawalan kelajuan dapat dibuat agar kekuatan
putarannya dapat disesuaikan mengikut kehendak pengguna.
1.4 Putaran kehadapan atau ke kebelakang amat diperlukan bagi
jentera
angkut seperti kren untuk memudahkan kerja-kerja
mengangkut barang sama ada ke depan atau ke belakang.
1.5 Bagi motor yang berukuran besar, ianya tidak boleh dihidupkan
secara membekalkan terus dengan bekalan kerana arus permulaan
motor amatlah tinggi.
1.6 Oleh yang demikian,motor-motor besar tersebut mestilah
dipasangkan dengan alat-alat kawalan yang sesuai bagi
mengelakkan bahaya arus permulaan yang tinggi.
1.7 Diantara jenis kawalan yang biasa digunakan ialah, kawalan terus
pada talin (D.O.L.), kawalan mara-songsang,kawalan turutan,
kawalan auto pengubah, kawalan bintang-delta dsb.

2. ALAT PADUAN MAGNET/ALAT KAWALAN


2.1 ALAT PENGHIDUP
-

Penghidup, pemula atau kawalan bermaksud satu sistem yang


paling mudah untuk membantu menghidupkan dan menghentikan
pergerakkan sesebuah motor. Ia juga dibekalkan dengan pelindung
beban lampau (over load leakage).

2.2 ALAT PENYENTUH


-

Merupakan sejenis suis yang dikendalikan oleh satu electromagnet


yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan melengkapkan
litar dengan menggunakan punat tekan.

Arus akan mengalir ke dalam gegelung dan menghasilkan urat


daya magnet yang menarik omboh supaya ia bergerak dari
keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.

Sesentuh-sesentuh suis disambung secara mekanikal ke omboh


supaya apabila omboh bergerak kepada keadaan menutup,ia juga
akan turut sama tertutup.

2.3 PELINDUNG BEBAN LAMPAU


-

Untuk menghalang sesebuah motor elektrik dari terbakar ,maka


satu pelindung beban lampau perlu diadakan untuk satu alat
kawalan motor.

Semasa beban lampau berlaku terhadap sebuah motor,ianya akan


mengeluarkan arus yang berlebihan yang mana akan
menyebabkan kepanasan yang boleh merosakkan gegelung motor
tersebut . Tetapi dengan adanya pelindung beban lampau,bekalan
akan diputuskan bagi memutuskan arus pada motor dan beban.

Alat ini juga bertujuan untuk menjauhkan sesebuah motor dari


mengeluarkan arus berlebihan.

2.4 PUNAT TEKAN / PUSH BUTTON


-

Terdapat berbagai bentuk dan jenis punat tekan (p/b) yang mana ia
berfungsi sebagai p/ tekan hidup (p/b on) atau p/tekan henti (p/b off)
untuk sesuatu kawalan motor.

P/ tekan ini biasanya dipasang pasa tempat yang mudah dicari atau
ditemui oleh pengguna.

Ia menggunakan kekunci sebagai keselamatan di mana ia sebuah


kawalan motor tidak boleh dihidupkan tanpa kekuncinya.

You might also like