You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) LAWAS


Tempat

: Bilik Guru

Masa

Hari

Tarikh

Kehadiran :

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Mata pelajaran Sains
kerana sudi hadir pada mesyuarat panitia kali yang pertama. Juga berharap
para guru semua dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik
mungkin.
Tindakan : Cik Khairunnisa binti Rahman (Setiausaha)
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyurat yang lalu
-tiada3. Perkara-perkara Berbangkit
-tiada4. Penubuhan Carta Organisasi Panitia Sains 2015
-lampiran 1-

5. Perancangan Panitia Tahun 2015


a) Menyediakan fail panitia yang lengkap bermula tahun ini untuk
kemudahan pada masa akan datang. Fail panitia ini akan disimpan
dalam bilik dokumentasi untuk rujukan pada masa akan datang

Tindakan: S/U panitia Sains


b) Pembahagian tugas untuk dokumen standard bagi kelas-kelas KSSR.
Setiap guru yang ditugaskan hendaklah mencari standard untuk mata
pelajaran Sains mengikut kelas yang ditetapkan dan disimpan didalam
fail panitia untuk rujukan
Tindakan: Guru-guru Sains
c) Rancangan / aktiviti panitia sains tahun 2015 antaranya latihan topikal
dan berfokus, kelas tambahan, bengkel teknik menjawab soalan,
program pemulihan dan pengayaan, bulan sains, pembelian &
penyediaan bahan bantu mengajar dan ceramah motivasi, Analisa
keputusan UPSR tahun 2012 hingga 2014, Instrumen pemantuan
sektor pengurusan akademik penyeliaan pengajaran dan pembelajaran
PEKA Sains
Tindakan : Guru-guru Sains
6. Rancangan Mengajar Tahunan dan Huraian Sukatan
Pengerusi memberitahu bahawa rancangan mengajar tahunan dan huraian
sukatan boleh didapati melalui internet ataupun guru-guru yang mengajar
subjek

tersebut

mengajar

dan

terdahulu.
huraian

Setiap

sukatan

guru

yang

mesti

lengkap

mempunyai
supaya

rancangan

senang

untuk

penyemakan.
Tindakan : Guru-guru Sains
7. Peruntukan Kewangan
Peruntukkan kewangan bagi tahun ini belum diperolehi lagi dan kepada guruguru yang berhajat untuk membelanjakan duit itu bagi tujuan P&P hendaklah
mendapat kebenaran dari Guru Besar terlebih dahulu itu pun jika ada lebihan
kerana duit tersebut akan dipindahkan ke LBT.
Tindakan : Pentadbir Sekolah & Guru-guru Sains
8. Strategi Peningkatan Akademik
i.
Head Count- kena lengkapkan, hendaklah dibuat seawal mungkin.
Markah peperiksaan akhir tahun 2014 sebagai TOV. Ujian akan bermula
ii.

pada bulan Febuari.


Alat Bantu Mengajar Boleh dapatkan di pusat sumber sekolah dan
jumpa ______________ untuk pinjaman mesti direkodkan.

iii.

Penyelaras Tahun dan Pembuat Soalan Adalah berdasarkan guru-guru

yang mengajar bagi Tahun tersebut


Tindakan : Guru-guru Sains
9. Hal-hal Lain
i.
En Syed

mencadangkan

rancangan

mengajar harian

hendaklah

diselaraskan. Beliau akan menyediakan template rancangan mengajar


harian untuk rujukan guru-guru Sains
Tindakan : Guru-guru Sains
10.Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.
Tindakan : Guru-guru Sains

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

.............................................
.................................................
(Khairunnisa binti Rahman)
S/U Panitia Sains 2015

()
Ketua Panitia Sains

You might also like