You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS PERTAMA SK PANGTRAY

DARO 2013
Tarikh
: 11 Mac 2013
Masa
: 2.00 4.00 petang
Tempat
: Ruang Rehat,Bilik Guru Sk Pangtray Daro
Kehadiran:
1. Encik Ezahan Bin Ibrahim (Pen. Kanan Kurikulum)
2. Abdol Hamid Bin Saiben (Pen. Kanan HEM)
3. Wan Muhaini Bin Wan Mahsen (Pen. Kanan KK)
4. Cik Hafidah Binti Gusti (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
5. Puan Ranidah Binti Baddiri (Setiausaha)
6. Cik Licinie a/k Nok
Agenda
1.0
-

: Ucpan alu-aluan ketua Panitia


Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penolong kanan
dan ahli yang hadir kerana sudi meluangkan masa dan memaklumkan tujuan
mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan
panitia Bahasa Inggeris dan membincangkan beberapa perancangan aktiviti
yang akan dilaksanakan pada tahun 2013 dan beberapa perkara yang
melibatkan panitia bahasa inggeris. Beliau berharap agar setiap ahli dapat
memberikan cadangan dan kerjasama semasa mesyuarat berlangsung.

2.0 : Penubuhan AJK Panitia Bahasa Inggeris


- Beliau meminta ahli memberi kerjasama dalam penubuhan AJK kerana hanya
tiga orang sahaja guru yang mengajar bahasa inggeris.
- Pemilihan ahli adalah berdasarkan kaedah perbincangan kerana bilangan ahli
tidak mencukupi untuk membuat kaedah cadangan dan sokongan.
- Setelah perbincangan dibuat, AJK adalah seperti berikut.
AJK Penitia Bahasa Inggeris 2013
Penasihat
: En. Ezahan bin Ibrahim (Pen. Kanan Kurikulum
Ketua Panitia : Cik Hafidah Binti Gusti
Setiausaha : Puan Ranidah Baddiri
Ahli-ahli
: Cik Lucinie a/k Nok
-

Beliau memohon agar semua ahli yang dilantik dapat menjalankan


tanggungjawab yang diberikan dengan hati yang terbuka.
Tindakan : semua AJK

3.0

: Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pelajaran Tahunan


- Beliau berharap agar semua guru sudah menyiapkankan Rancangan Pelajaran
Tahunan bagi mata pelajaran yang diajar.
- Bagi persediaan rancangan mengajar harian pula diharap semua dapat
menyelaraskan butiran dalam buku persediaan mengajar terutama guru yang

terlibat dengan kelas KSSR yang berkaitan dengan KSSR kerana masing
masing sudah sedia maklum dan sudah menghadiri kursus tersebut.
Tindakan : Semua ahli
4.0
-

: Prosedur Pembelian Barang dan Pengurusan Stok


Beliau menerangkan kepada semua ahli tentang prosedur untuk pembelian
barangan untuk kegunaan panitia. Bagi tujuan pembelian barangan, setiap ahli
perlu mengemukan senarai cadangan barang untuk kegunaan panitia yang
ingin dipesan. Cadangan tersebut hendaklah disenaraikan mengikut
keutamaan. Setiap ahli hendaklah menyerahkan senarai barang yang
digunakan kepada setiausaha untuk diisi dalam nota minta dan seterusnya
akan dikemukakan kepada pembantu tadbir untuk diluluskan oleh Guru Besar.
Tindakan : Semua ahli

4. 1 : Pengurusan Stok
- Beliau memaklumkan tentang prosedur pegurusan stok. Pengurusan stok
adalah di bawah pengurusan Panitia. Semua barangan yang sampai perlu
direkodkan dalam buku stok. Setiap barangan yang keluar masuk serta baki
barangan perlu direkodkan. Buku petak disediakan bagi memudahkan
pengurusan stok.
Tindakan : Ketua Panitia/ Setiausaha
5.0 : Perancangan Aktiviti Panitia Bagi Tahun 2013
- Bagi Perancanga Aktiviti Panitia untuk tahun 2013 beliau berharap semua ahli
dapat mencadangkan sesuatu aktiviti yang sesuai pada tahun ini.
- Cik Lucinie telah menyediakan beberapa senarai aktiviti panitia yang boleh
dijalankan pada tahun ini.
- Puan Ranidah juaga telah mengemukan beberapa aktiviti untuk dijalankan
tahun ini.
- Setelah berbincang dan melihat kesesuaikan aktiviti yang dicadangkan. Antara
aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini ialah:
a/ Kelas Bimbingan Tahun 6 (Januari September)
b/ Correct Spelling Copetition Semasa PdP
c/ Word of the day di jalankan mengikut kelas.
d/ one day one sentence dijalankan mengikut kelas
-

Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, aktiviti yang dicadangkan adalah


untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran bahasa
inggeris.
Tindakan : Semua ahli

6.1
-

: Takwim Peperiksaan dan Penyediaan Soalan


Bagi takwim peperiksaan pula, beliau memaklumkan bahawa takwim
peperiksaan adalah seperti yang termaktub dalam takwim sekolah.
Peperiksaan diadakan 2 kali setahun bagi semua mata pelajaran. Bagi Ujian
Percubaan UPSR, masa telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.
Semua guru perlu menyediakan soalan seawal 2 minggu sebelum peperiksaan
dijalankan bagi mengelak timbulnya masalah. Guru perlu menyediakan soalan

mengikut tahap penguasaan murid. Bagi Percubaan UPSR, pihak pejabat telah
menyediakan soalan.
Tindakan : Semua ahli.
7.0 : Lain lain hal.
- Beliau meminta agar setiap ahli mengemukakan pendapat ataupun cadangan
dan usul pada mesyuarat akan datang. Beliau berharap agar semua ahli dapat
memberikan kerjasama dalam menjayakan aktitivi yang telah dirancang.
8.0 : Penangguhan Minit Mesyuarat.
- Minit mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:
(PUAN RANIDAH BADDIRI)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

Disahkan oleh:
( CIK HAFIDAH BINTI GUSTI )
Ketua Panitia Bahasa Inggeris

You might also like