You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT TERENGGANU

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
EDU 3083

NAMA

AISYAH BINTI MAHAT

NO. KAD PENGENALAN

910709-12-5314

AMBILAN

JANUARI 2011

UNIT

8 PISMP PENGAJIAN ISLAM 1

MATA PELAJARAN

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU

KOD MATA PELAJARAN

EDU 3083

TARIKH SERAHAN

11 SEPTEMBER 2014

NAMA PENSYARAH

EN. ZULKIFLI BIN DAUD

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya .
NAMA : AISYAH BINTI MAHAT
TARIKH : 11 SEPTEMBER 2014
TANDATANGAN :

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
22200 BESUT TERENGGANU

HALAMAN JUDUL

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
22200 BESUT TERENGGANU

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya.
menyempurnakan tugasan bagi subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan
bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi
sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam
hidup .
Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu isu mengenai Isu perpaduan
nasional dalam pendidikan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini.
Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, En. Zulkifli bin Daud kerana beliau telah
banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami semua sepanjang menjalankan tugasan
kerja kursus ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dan rakan-rakan dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya juga turut berterima kasih kepada rakanrakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

ISI KANDUNGAN

TAJUK

HALAMAN / MUKASURAT

Halaman Pengakuan

ii

Penghargaan

iv

Isi Kandungan

Pendahuluan

vi

1.0 Pengenalan
2.0 Isu Semasa Mengenai Penderaan Murid
3.0 Kewajaran Tindakan Profesional Guru
3.1 Kewajaran Tindakan Oleh Guru Disiplin
3.2 Kewajaran Tindakan Oleh Guru Besar
3.3 Kewajaran Tindakan Oleh Ibu Bapa
4.0 Analisis Cadangan Tindakan Berdasarkan Teori Kepimpinan Guru

1
3
7
9
11
12
13

Refleksi

vii

Rumusan
Rujukan

ix
x

PENDAHULUAN
Profesion

perguruan

juga

merupakan

badan

yang

dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa


depan

yang

serba

canggih

sebagai

jentera

penggerak

negara.

Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat


masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan
dengan

pelbagai

ilmu

pengetahuan

semata-mata,

tetapi

perlu

juga

diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang
murni. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa
kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula pelbagai masalah
dikalangan guru-guru.
Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul anak didik sendiri
sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia
menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul
pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu,
para

pendidik

mempunyai

status

yang

tinggi

dalam

hierarki

hidup

masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca dari sikap dan
kelalaian guru itu sendiri?
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung
dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan
yang dimainkan oleh seorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting
terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok
Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah sebagai pengarah
pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar
secara individu atau berkumpulan dan bertindak sebagai ibu bapa kepada
pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan
membantu pelajar menyesuaikan diri dan menganggap sekolah sebagai
sebahagian keluarga mereka. Selain itu, guru juga sebagai pendisiplin yang
bertanggungjawab

menjaga

disiplin

pelajar

serta

membantu

mereka

membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma
masyarakat. Guru juga sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku
guru menjadi contoh teladan kepada pelajar.

Dengan ini, nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat
diterapkan

dalam

jiwa

pelajar.

Sebagai

seorang

pendidik

yang

bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang
diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa
kelak.

RUMUSAN
Setiap organisasi sekolah memerlukan seorang pemimpin iaitu guru
besar. Tanpa Guru besar sesebuah sekolah tidak dapat berfungsi dengan
sempurna. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah sekolah bergantung kepada
guru besar. Seseorang guru besar dikatakan berjaya sekiranya dia berjaya
menerapkan kepemimpinan yang tepat di dalam organisasinya. Kejayaan
sesebuah sekolah bergantung kepada sokongan dan sanjungan semua guruguru dan kakitangannya. Untuk menjadi guru besar yang berwibawa,
seseorang bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman,
tetapi juga perlu bekerja untuk membina kuasa dalaman lebih dari kekuatan
fizikal.
Daya kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan untuk mengawal,
mempengaruhi,
membuat

memujuk,

rujukan.

daya

Terdapat

memaksa,

beberapa

mengesahkan

teori

kepimpinan

dan
di

daya
dalam

menguruskan organisasi antaranya ialah teori latar, teori kontigensi Fiedler,


teori laluan matlamat, teori sumber kongnitif, teori Karismatik dan juga teori
bidang daya penggerak. Teori latar mengambil kira kajian kepimpinan
sebagai salah satu cabang psikologi sosial iaitu dengan melihat beberapa
perspektif yang berbeza iaitu perspektif kelompok, perspektif konflik
perspektif keperluan di pelajari dan perspektif penghakikian diri. Perspektifperspektif ini pula boleh dilihat melalui tiga pendekatan iaitu pendekatan
tret, pendekatan fungsi dan juga pendekatan tingkah laku. Teori kontigensi
Fiedler pula mengandaikan tidak munasabah untuk menjangkakan bahawa
seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap masa lebih
baik daripada orang lain. Teori kontigensi dapat dilihat malalui situasi
kepimpinan, situasi ini merupakan hubungan yang dijalinkan diantara
pemimpin dan juga pengikut serta dimensi kedua dalam membentuk situasi
iaitu struktur tugas.

Manakala teori laluan matlamat pula ialah peranan kepimpinan dalam


menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori ini menggariskan empat
gaya kepimpinan yang boleh di manfaatkan untuk memotivasikan murid iaitu
kepimpinan berorentasikan arahan, kepimpinan berorentasikan sokongan,
kepimpinan berorentasikan penyertaan dan juga kepimpinan berorentasikan
kepimpinan.

REFLEKSI
Alhamdulillah, pertama-tamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke
hadrat ilahi kerana telah memberikan saya peluang dan ruang untuk
menyelesaikan kerja kursus Guru dan Cabaran Semasa

ini hingga ke

akhirnya walaupun terpaksa melalui beberapa cabaran dan halangan


sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Sekalung ucapan terima kasih
ditujukan

kepada

pensayarah

Asas

Kepimpinan

dan

Perkembangan

Profesional Guru saya iaitu En. Zulkifli bin Daud kerana telah meluangkan
masa untuk menerangkan bagaimana hendak membuat tugasan kerja kursus
ini walaupun beliau kesuntukan masa. Ucapan terima kasih juga tidak lupa
ditujukan kepada rakan-rakan sekumpulan yang banyak membantu dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Usaha mereka amat saya hargai dan kami telah
bersama-sama berjaya menyiapkan kerja kursus dengan penuh sabar.
Sepanjang saya dan rakan-rakan menjalankan kerja kursus Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ini, banyak juga masalah
dan cabaran yang timbul dan menyebabkan agak sukar bagi kami untuk
memastikan kerja kursus ini sempurna kesemuanya Tugasan Kerja kursus ini
juga memerlukan penerangan yang tepat dan terperinci. Pada mulanya kami
tidak dapat menangkap perkara penting iaitu perkara apa yang perlu diisi
dan perlu ada di dalam tugasan

kerja kursus ini. Kami tidak mendapat

gambaran yang jelas mengenai susunan isi dan perkara yang perlu dilakukan
di dalam kerja kursus ini. Oleh sebab itu, saya agak konfius dan tidak dapat

menginterpretasi maklumat yang disampaikan dengan betul dan jelas dan


kami menghadapi kesukaran untuk membuat tugasan ini pada mulanya.
Untuk mengatasi masalah ini, kami telah membaca soalan tersebut berkalikali dan merujuk kepada rakan-rakan serta pensyarah kami sendiri iaitu En.
Zulkifli bin Daud untuk mendapat penjelasan mengenai kerja kursus ini
dengan lebih jelas dan terperinci.
Selain itu, terdapat juga beberapa kelemahan yang tidak dapat kami
atasi

dan

ada

juga

kelemahan

yang

dapat

kami

atasi.

Antaranya

pengumpulan bahan dan maklumat mengenai Kewajaran Tindakan yang


diambil dan Analisis Cadangan Penambahbaikan kepada tindakan tersebut.
Fakta mengenai kes yang berkaitan sukar di dapati sama ada di buku
ataupun internet. Hal ini kerana,mencari fakta yang betul-betul tepat dan
terperinci sukar di dapati di internet. Untuk merujuk kepada buku juga agak
sukar memandangkan di Perpustakaan agak kekurangan buku-buku untuk
isu semasa seperti ini. Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk
mengambil hanya empat komponen untuk tajuk ini iaitu pengenalan bagi
kerja kursus ini, isu isu semasa yang berkaitan, kewajaran tindakan yang
diambil oleh guru yang menepati kehendak profesionalisme keguruan, sesuai
dengan pemilikan kuasa autonomi seseorang pendidik mengikut lunas-lunas
kepimpinan
memasukkan

pendidikan
analisis

yang

cadangan

dikehendaki.
bagi

Seterusnya,

menyelesaikan

kes

saya

juga

yang

telah

disebutkan dengan memberi fokus kepada teori-teori kepimpinan guru.


Selain itu juga, masalah lain yang timbul adalah kesukaran untuk
mencari bahan rujukan yang berkaitan. Oleh itu, saya telah merujuk kepada
kajian-kajian lepas atau kajian literatur yang menceritakan permasalahan
sekolah atau guru dan dijadikan sebagai rujukan kepada kerja kursus ini.
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus selama beberapa hari ,saya
berjaya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini walaupun terdapat pelbagai
kesukaran yang dihadapi.

RUJUKAN
Feidler, F.E. (1976), A theory of Leadership Sffectivensee, New York : Mc
Crow Hill Inc.
Druckers, P. (1969). The Practice of Management. New York : Harper and
Row
Edmonds, R, (1979). Effective School for The Urban Poor. Educational
Leadership 40(3), hlm. 4-11
Sergiovanni, T. J. (1967). Factors Which Effect Satisfaction and
Dissatisfaction of Teachers. Journal of Educational Administration 5, 66-83.
Ahmad Atory Hussain (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Stogdill, R.M. (1974). Handbook of leadership: A survey of the
literature, New York: Free Press
Holtzman,N,(1992), Testimony On Genetictesting Before The
Subcomitte On Human Resources And Intergovernment Relations,

Committee On Government Operations, U.S. House Of Representatives, July


23.
Roe, W.H., & Drake, T.L. (1982). The Principalship. New York : McMillan
Publishing Co.
Hanafi Kamal (1990). lmplikasi Beberapa Teori Kepada Kepimpinan Di
Sekolah . Suara Pendidik 73 - 74 (3 & 4) : 28 - 32.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda
Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1990). Pusat Latihan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. (KBSM). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Abdul Karim Mohd Nor (1989). Characteristic of Effective Rural
Secondary School in Malaysia. Disertasi Kedoktoran Tidak Diterbitkan,
University of Wisconsin, Madison, USA.
Aminuddin Mohd Yusof (1994) Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi
-Mode/ Guru Dan Tenfera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa DanPustaka.
Douglas McGregor (1960). The Human Side Of Enterprise. McGraw-Hill
Book Co.
Sweeney, J. (1982). Research Synthesis On Effective School Leadership,
Educational Leadership 39 (5) : 346 - 352.
Gaya dan Teori Kepmpinan (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index
[24.5.07]).

You might also like