You are on page 1of 17

Pengenalan

Dato Haij Ahmad Soffian bin Haji Mohd Arifdilahirkan pada tanggal 25
April 1939 bersamaan hari Selasa. Beliau lebih dikenali dengan gelaran
Ustaz

Soffian.

Beliau

merupakan

seorang

tokoh

guru

dan

tokoh

pembangunan umat Islam.1 Kebolehan beliau bertutur dalam Bahasa Arab


dan Bahasa Inggeris dengan baik banyak memberi kelebihan kepada
beliau. Minat dan kebolehan beliau dalam berdakwah menjadikan tugas
dakwah diumpamakan sebagai darah daging beliau. Dimana-mana sahaja
dan dalam apa-apa jua keadaan beliau terus berdakwah dengan
mengajak masyarakat melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Sifat peribadi beliau ialah beliau seorang yang sangat kritis semasa
memberikan pandangan dan kritikan. Beliau telah menyuburkan budaya
ilmu dalam kalangan masyarakat. Sebagai ulama dan tokoh agama, liku
kehidupan beliau juga banyak dipenuhi dengan ranjau dan duri yang
terpaksa dihadapinya. Beliau menghadapi semua dugaan dengan tabah
demi

menjayakan impian beliau untuk mengembangkan syiar Islam.

Beliau begitu aktif dalam program-program kemasyarakatan terutama


yang berkaitan dengan peningkatan semangat kecintaan kepada negara
dan umat-Nya.
Berperwatakkan sangat sederhana, tokoh ulama ini mudah didekati
oleh masyarakat. Beliau merupakan seorang tokoh yang memiliki hidup
sederhana, berpengetahuan dan sifat peribadinya tidak menonjol. Ketika
di rumah, beliau lebih selesa memakai kain pelekat, kemeja T atau
berbaju Melayu. Prinsip hidup beliau adalah bekerja dengan bersungguhsungguh sebagai pendakwah agama dan pendidik. Beliau seorang yang
gigih, tabah, dan mempunyai jati diri yang kental dalam usaha
mengembangkan syiar Islam. Hal ini menyebabkan beliau disegani dan
dihormati oleh masyarakat di sekelilingnya.2

Latar Belakang, Keluarga dan Pendidikan.


Dato Haji Ahmad Soffian dilahirkan di Batu 8, Kampung Pasir Putih,
Labu, Negeri

Sembilan. Beliau merupakan anak sulung daripada lapan

orang adik-beradik. Adik-beradik beliau yang lain ialah Haji Zabidi,


Norijah, Siti Fatimah, Suhaimi Hariri, Fauzi dan Shamsiah. Bapa beliau,
Haji Mohd Ariff bin Dato Kelana Maamor mendapat pendidikan di Malay
College Kuala Kangsar (MCKK) dan bertugas sebagai Penghulu di Temiang.
Manakala, ibunya Hajah Aishah binti Abdul Ghani pula berkelulusan
Maktab Perguruan Tanjung Malim.3
Datuk beliauialah Dato Kelana Maamor bin Kassim,Undang Luak
Sungai Ujong Ke-8yangmemerintah dari tahun 1889 hingga tahun
1945.Gelaran Undang sebelum kedatangan British ialah Penghulu
Luak. Haji Mohd Ariff yang bertugas sebagai Datuk Penghulu di Temiang,
merupakan seorang yang berakhlak mulia dan memiliki latar belakang
agama yang kukuh. Bapa Dato Haji Ahmad Soffian meninggal dunia pada
tahun 1976, manakala ibu beliau meninggal dunia pada tahun 2004.
Beliau amatlah bertuah kerana dilahirkan dalam golongan orang berada.4
Dato Haji Ahmad Soffian, mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Pantai, Seremban pada tahun 1946. Seterusnya, beliau berpindah
ke Sekolah Melayu Batu 8, Labu dari tahun 1947 hingga 1950 bagi
meneruskan persekolahan dalam darjah dua hingga darjah empat. Oleh
sebab ibu bapanya mementingkan pendidikan agama, maka Dato Haji
Ahmad Soffian telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Madrasah alAttas

al-Arabiah

al-Islamiah Johor pada usia 11 tahun. Bidang ilmu yang dipelajari adalah
2

seperti Bahasa Arab, Sastera Arab, Fiqah, Tauhid, dan Tajwid.Beliau telah
lulus cemerlang dan mendapat Sijil Senawi IV.5
Selepas mendapat bimbingan alim ulamadi Madrasah al-Attas Johor,
Ustaz Soffian telah melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya, Kelang.
Pada tahun 1957, beliau mendaftarkan diri sebagai penuntut Kolej Islam
Malaya, Kelang sehingga lulus dengan cemerlang pada tahun 1962. Dato
Haji Ahmad Soffian telah memperoleh Sijil Tertinggi Kolej pada tahun 1961
dan Diploma pendidikan pada tahun berikutnya. Beliau telah ditawarkan
ke Universiti al-Azhar selepas menamatkan pengajian di Kolej Islam
Malaya tetapi tidak dapat memenuhinya kerana telah mendirikan rumah
tangga.6
Pada 2 Januari 1969, Dato Haji Ahmad Soffian telah mendirikan rumah
tangga dengan Datin Hajah Rahmah binti Abd. Wahab. Hasil daripada
perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Anakanak beliau ialah Ahmad Rushdi berumur 43 tahun yang merupakan
seorang ahli perniagaan, Rusnaliza berusia 41 tahun seorang usahawan,
iaitu Pengurus Butik Mawaddah di Seremban 2, dan Hamidi Izwan seorang
Peguam.Kesemua anak-anak beliau telah berkahwin dankini beliau
mempunyai 16 orang cucu. Keserian dan kemeriahan di rumahnya
bertambah apabila terdapat anak dan cucu-cucunya yang tinggal
bersamanya di Taman Dato Wan.
Setiap bapa pastinya mahu akan anaknya berjaya dalam akademik.
Namun begitu, berbeza dengan Dato Haji Ahmad Soffian kerana baginya
kecemerlangan akademik sahaja tidak sempurna sekiranya kontang
rohani dan miskin akhlak.Beliau telah mendidik anak-anaknya melalui tiga
aspek iaitu pembentukan intelek, pembentukan rohani dan pembentukan
akhlak. Beliau berjaya mendidik anak-anaknya berdisiplin danmempunyai
budi pekerti yang mulia. Bagi beliau setiap ibu bapa perlu memberikan
pendidkan yang seimbang dunia dan akhirat. Oleh itu, hubungan
3

kekeluargaan yang erat mampu mengajar anak-anak mendalami ilmuilmu dunia dan akhirat.7

Kerjaya
Pada tahun 1964, Dato Haji Ahmad Soffian memulakan kerjaya
terawalnya sebagai guru agama di Sekolah Menengah Durian Daun,
Melaka.Sekolah ini terletak di Lorong Tun Fatimah Durian Daun. Ketika
beliau

berkhidmat

di

sana

sekolah

tersebut

masih

baru

didirikan.Seterusnya, atas nasihat Dato' Haji Mustaffa Bin Haji Ahmad iaitu
Pegawai Pelajaran Agama Negeri Sembilan beliau kembali ke Negeri
Sembilan dan berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Agama
Menengah Tinggi Bukit Merbah, Seremban dari tahun 1965 hingga tahun
1967. Pada tahun berikutnya, beliau telah menjadi Pengetua di Sekolah
Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor.
Oleh sebab pengetahuan Dato Haji Ahmad Soffian yang luas dalam hal
keagamaan dan hukum hakam Islam, beliau telah dilantik sebagai
Penolong Pengelola Pelajaran Agama Daerah Port Dickson pada tahun
1972 dan seterusnya

mennjadi Penolong Pengelola Pelajaran Agama

Negeri Sembilan pada tahun 1973. Pada tahun 1974, beliau telah
dinaikkan pangkat sebagai Pengelola Pelajaran Agama Negeri Sembilan
disebabkan rekod perkhidmatannya menunjukkan ciri-cirisebagai seorang
pembimbing agama yang giat membimbing dan membantu umat Islam
dalam

masalah-masalah

agama

dan

juga

masalah

semasa

yang

diperlukan, sama ada dari segi keagamaan mahupun kemasyarakatan.


Ustaz Soffian adalah seorang tokoh ulama dan ilmuwan yang telah
memperlihatkan sumbangan besar dalam menegakkan syiar Islam di
Negeri Sembilan. Antara tugas beliau semasa berkhidmat sebagai
Pengelola Pelajaran Agama Negeri Sembilan adalah menjalankan khidmat
nasihat agama kepada masyarakat, mengaturkan tempat mengajar guruguru agama, mengawasi kelas-kelas Pendidikan Islam, memerhati serta
mengkaji

kemajuan

pelaksanaan

tugas-tugas

guru

dan

perjalanan

pelajaran Pendidikan Islam di Negeri Sembilan. Beliau juga perlu


mentadbir dan mengurus hal ehwal pendidikan Islam di Sekolah Rendah
Agama Islam (SRAI), Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan Sekolah
Menengah Agama.
Pendaftaran bagi kelas-kelas mengaji Al-Quran Negeri Sembilan turut
berada di bawah tanggungjawabnya.Oleh itu, beliau perlu menyediakan
dan memproses borang-borang pendaftaran yang berkaitan. Beliau juga
perlu menyedia dan mengatur sukatan pelajaran bagi kelas-kelas mengaji
Al-Quran. Lawatan sering diadakan ke semua kelas dari semasa ke
semasa bagi menentukan proses pengajaran dan pembelajaran diadakan
dengan teratur untuk menjamin pencapaian murid-murid dan menepati
objektif kelas ini diwujudkan.Peranan yang dimainkan oleh pengelola
Pelajaran Agama dalam Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
agak

besar

terutamanya

dalam

memastikan

perkembangan pelajaran agama secara formal.

perjalanan

dan

Pada tahun 1975, beliau dipertanggungjawabkan memikul amanah


sebagai Pemangku Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan

(JHEAINS)

dan

MAINS.8

Beliau

banyak

melaksanakan

perubahan dengan mengurus MAINS mengikut objektifnya iaitu sebagai


badan

yang

meningkatkan

syiar

Islam

di

Negeri

Sembilanserta

bertanggungjawab memelihara kesucian Islam. Di samping itu juga,


MAINS menentukan dasar bagi menjana pembangunan ummah dalam
pelbagai bidang berlandaskan syariah Islam.9 Sebagai seorang yang
sentiasa menjadi rujukan dalam perbincangan, kadang kala pendirian
dan pandangannya yang gemar berterus-terang menimbulkan polemik
dalam kalangan pentadbir dan pemimpin politik. Beliau sedar akan
kedudukannya sebagai penjawat awam yang terikat pada peraturan.
Pendapat yang dikemukakannya lebih didorong oleh sikapnya yang
sentiasa berpegang kepada kebenaran. Setiap kali membuat keputusan,
beliau akan berpegang pada landasan syarak yang betul. Beliau
seorang yang lantang dalam mengeluarkan hujah yang berkaitan
dengan Islam serta tidak pernah mengenal erti jemu dan kecewa dalam
menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Idea dan perancangan
untuk MAINS dalam menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi
umat Islam merupakan hasil daripada buah fikiran beliau. Antara
perancangan yang berjaya beliau laksanakan adalah membangunkan
Ladang Kelapa Sawit di Bangka Hulu Gemas dengan kelulusan Yang
Amat Berhaormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Sembilan. Reka
bentuk bangunan MAINS juga adalah daripada idea beliau semasa
bertugas sebagai Setiausaha MAINS.
MAINS berfungsi sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab
dalam hal-hal seperti zakat, fitrah, baitulmal, pelajaran, kewangan dan
syariah. Usaha penubuhan MAINS bermula sejak tahun 1947 apabila
pihak British memperkenalkan sistem pentadbiran moden dan mula
mengambil tindakan melantik pentadbir daripada golongan orang
6

Melayu dalam usaha ke arah persediaan untuk kemerdekaan. Pelbagai


kegiatan yang telah dijalankan demi kepentingan masyarakat Islam di
Negeri Sembilan. Pulangan yang diterima daripada aktiviti pelaburan
dalam sektor ekonomi seperti perladangan dan perumahan telah
banyak membantu organisasi ini menguruskan tanggungjawabnya.
Hasil yang diterima dibahagikan untuk perbelanjaan MAINS bagi
sektor-sektorpendakwahan,

pendidikan

seperti

bantuan

biasiswa,

dermasiswa dan tajaan kepada pelajar-pelajar. Di samping itu, MAINS


juga menguruskan keperluan bagi sektor ekonomi dan sosial penduduk
Islam terutamanya golongan fakir miskin.MAINS juga berperanan
dalammeningkatkan kesedaran dan pengamalan Islam sebagai cara
hidup

oleh

masyarakat

Islam

dan

dalam

masa

yang

sama

meningkatkan persefahaman dengan masyarakat bukan Islam. 10 Dato


Haji Ahmad Soffian banyak memberi pandangan dalam menggerakkan
kempen kesedaran zakat kepada masyarakat dan kini kesedaran umat
Islam Negeri Sembilan dari segi pembayaran zakat begitu baik dan
pendapatan zakat yang diterima oleh kerajaan negeri semakin
meningkatsetiap tahun.
Semangat Dato Haji Ahmad Soffian dalam menuntut ilmu tidak pernah
padam dalam jiwanya. Semasa bertugas dalam perkhidmatan awam,
beliau telah menyertai pelbagai seminar dan kursus, sama ada di
peringkat

jabatan,

negeri

atau

kebangsaan.

Beliau

juga

telah

menyertai kursus selama enam bulan di Muslim College London.


Peluang ini beliau gunakan dengan sebaik mungkin untuk mempelajari
dan mendalami ilmu agama yang boleh dimanfaatkan semasa
menjalankan tugas. Kursus ini telah memberi pendedahan tentang
perkembangan Islam di serata dunia. Beliau berpeluang melawat
gereja, mengkaji pembangunan serta penyebaran Kristian di United
Kindom. Kursus ini telah banyak membantunya dalam membangunkan
Islam dan menjadikan beliau sebagai tokoh ulama yang unggul.
7

Dato Haji Ahmad Soffian telah memilih untuk bersara awal bagi
menumpukan perhatian kepada keluarga dan masyarakat setempat.
Pada tahun 1992 ketika beliau berusia 52 tahun, beliau telah bersara
setelah berkhidmat selama 28 tahun dengan kerajaan. Beliau tidak
bimbang akan ketiadaan pekerjaan kerana beliau penuh yakin bahawa
pintu rezeki setiap manusia ditentukan oleh Tuhan. Beliau juga tidak
mahu menerima wang saguhati yang diberikan apabila menyampaikan
ceramah. Menurutnya, wang pencen yang beliau terima setiap bulan
daripada kerajaan sudah memadai untuk menyara kehidupan beliau
sekeluarga. Keikhlasan dalam perjuangannya tanpa mengharapkan
balasan, imbuhan mahupun gelaran. Baginya tanggungjawab sebagai
penjawat awam bukannya satu tugas yang mudah dan boleh diambil
ringan kerana tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sebaik
mungkin.11
Onak Duri
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan

Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti
Bait-bait lagu diatas merupakan lagu yang bertajuk Mimpi yang Indah,
dinyanyikan oleh kumpulan Mestica12 yang menjelaskan bahawa setiap
manusia pastinya pernah melalui saat pahit dan sukar dalam kehidupan.
Walaupun begitu perjuangan tetap diteruskan walau apa-apa jua
halangan dan rintangan yang diberi oleh Tuhan. Dalam menempuhi ujian
yang diberi oleh-Nya, kita haruslah bersabar kerana sabar menunjukkan
kita kuat menghadapi segala dugaan.

Dato Haji Ahmad Soffian juga pernah melalui saat sukar dalam
kehidupannya. Semasa Jepun memerintah Malaya pada tahun 1941,
kehidupan Dato Haji Ahmad Soffian amat sukar. Hal ini demikian kerana,
ada kalanya beliau dan keluarganya terpaksa lari ke dalam hutan untuk
menyelamatkan diri. Masalah kekurangan makanan menjadi isu besar
ketika pendudukan Jepun dan ada yang memanggilnya Zaman Ubi
Kayu.Keluarganya terpaksa menanam ubi kayu dan sayur-sayuran untuk
menampung keperluan hidup. Dasar keselamatan yang diamalkan oleh
tentera Jepun sangat tidak berperikemanusiaan hingga zaman ini boleh
dikatakan ibarat telur di hujung tanduk. Sesiapa sahaja yang disyaki
menentang Jepun akan diseksa dan dibunuh. Oleh itu, pemerintahan
Jepun tersebut merupakan antara pengalaman pahit yang pernah dilalui
oleh beliau.
Selain itu, saat dan ketikahendak merantau demi menuntut ilmu
merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Dato Haji
Ahmad Soffian. Ketika beliau berusia 11 tahun, beliau telah pergi ke Johor
Baharu seorang diri dengan berbekalkan beg besi yang berisi pakaian
9

dan kelengkapan peribadinya untuk menuntut ilmu. Beliau menaiki


kereta api dengan iringan bacaan doa oleh Sheikh Haji Ahmad bin Mohd
Said iaitu bekas mufti pertama Negeri Sembilan. Dalam perjalanan beliau
ke Johor Baharu, kereta api yang dinaiki beliau telah diserang oleh
komunis apabila sampai di Kulai. Beliau bertolak dari Seremban pada jam
8.00 pagi dan sepatutnya tiba di Johor Baharu pada jam 6.00 petang
tetapi disebabkan serangan tersebut beliau telah sampai di Johor Baharu
pada jam 4.00 pagi hari berikutnya.
Kereta api yang dinaiki beliau telah terbalik dan beliau telah dibawa
ke Johor Baharu dengan menaiki kereta polis. Nasib telah menyebelahi
beliau kerana telah terselamat daripada serangan tersebut dan berjaya
sampai ke Madrasah al-Attas al-Arabiah Johor. Ketika di madrasah
tersebut, setiap bulan ayah beliau akan memberinya wang sebanyak RM
40 untuk menampung kos sara hidup beliau semasa belajar di sana.
Walaupun pada masa itu jumlah wang itu agak besar nilainya, tetapi
Dato Haji Ahmad Soffian perlu berjimat kerana beliau perlu membeli
buku-buku dan kitab-kitab serta membayar RM 10 sebulan untuk bayaran
makan minumnya kerana selama enam bulan beliau menumpang tinggal
di rumah gurunya, Syed Abdullah. Beliau juga menyimpan lebihan
perbelanjaannya untuk kegunaan lain.
Sebagaimana yang kita ketahui hasad adalah penyakit hati yang amat
berbahaya. Hasad boleh menghakis keimanan seseorang jika tidak
dipulihkan dengan bertaubat.Sewaktu berkhidmat dengan MAINS beliau
pernah ditemu ramah oleh pihak media dari Arab Saudi untuk
bertanyakan pendapat beliau mengenai orang Islam yang minum arak
dan beliau mengatakan bahawa sepatutnya orang Melayu dan Islam
telah lama meninggalkan arak. Akibat daripada artikel tersebut terdapat
individu yang menyimpan dendam dan hasad dengki kepadanya. Individu
tersebut telah menelefonnya pada tengah malam dan mengugutnya
untuk menculik anak atau ahli keluarga beliau yang lain. Namun begitu,
10

beliau tidak takut akan ugutan itu kerana baginya dia berada di pihak
yang benar kerana dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa arak, judi
dan riba perlu dijauhi oleh seluruh umat Islam.
Seterusnya, satu peristiwa ketika beliau menunaikan fardhu haji
bersama-sama YAB Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isadi Madinah
pada tahun 1987. Pada ketika itu, berlaku demonstrasi oleh orang Iran
diikuti dengan kes tembak menembak. Selepas menunaikan fardhu haji
mereka pergi ke Madinah. Sedang mereka bersama-sama menaiki teksi,
tiba-tiba berlaku kejadian tergempar yang menyebabkan teksi yang
dinaiki mereka berhenti secara mengejut. Oleh sebab terlalu takut,
mereka telah berlari keluar dari teksi itu dengan secepat mungkin. Tetapi
sebenarnya tiada apa-apa peristiwa atau kekecohan yang berlaku. Jauh
juga mereka berlari kerana mereka fikir nyawa mereka berada dalam
bahaya. Peristiwa ini boleh dikatakan peristiwa pahit dalam masa yang
sama kenangan yang indah bagi mereka.13

Sumbangan dan Pencapaian


Dato Haji Ahmad Soffian telah banyak menyumbangkan tenaga, idea
dan masa bersama-sama dengan pelbagai badan. Antaranya Ahli
Lembaga Penasihat Tabung Haji Kebangsaan mewakili kerajaan Negeri
Sembilan dari tahun 1992 hingga tahun 2004. Beliau diberi peluang
untuk menunaikan fardu haji pada setiap dua tahun sekali ketika
berkhidmat sebagai Penasihat di Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
Beliau juga kerap mengerjakan ibadah umrah dan kali terakhir
mengerjakan umrah pada tahun 2012 bersama-sama dengan anak-anak
dan cucu-cucu seramai sepuluh orang.
Selain itu, beliau pernah mengajar agama di surau kediaman
Menteri Besar Negeri Sembilan pada setiap hari Rabu dan Khamis. Ketika
itu, YAB Dato Seri Utama Tan Sri haji Mohd Isa memegang jawatan
Menteri Besar dan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kelas
11

agama yang dikendalikan oleh Dato Haji Ahmad Soffian terbuka kepada
ketua-ketua jabatan, dan kakitangan yang berminat untuk belajar ilmu
agama sama ada secara mendengar syarahan atau membaca kitab. Pada
bulan Ramadhan setiap tahun akan diadakan sembahyang Tarawih dan
beliau akan menjadi salah seorang daripada imam secara bergilir-gilir di
kediaman Menteri Besar. Hubungan beliau dengan Menteri Besar Negeri
Sembilan itu bukan sahaja setakat guru dan murid serta pemimpin dan
pegawai malah sebagai sahabat.
Beliau juga merupakan Penasihat Surau Taman Dato Wan,
Ampangan dan Nazir Masjid Dato Kelana Mubarak, Ampangan. Beliau
akan menghadiri majlis-majlis yang diadakan di surau dan di masjid
tersebut walaupun mempunyai aktiviti harian yang padat. Tugasnya
sebagai penasihat surau dan Nazir masjid tersbut menjadikan hubungan
beliau dan masyarakat bertambah erat. Pada setiap malam Jumaat,
beliau akan mengetuai bacaan Yassin di Surau Taman Dato Wan.
Berteraskan prinsip hidup beliau iaitu bekerja bersungguh-sungguh
sebagai pendakwah dan pendidik beliau sering mengadakan kuliah
agama untuk umat Islam di sekitar Seremban.
Pada tahun 1995, beliau telah mendapat pingat Darjah Setia Negeri
Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato. Selain itu, beliau juga
menerima pingat Ahli Negeri Sembilan (ANS), Pingat Khidmat Masyarakat
Cemerlang (PMC) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK). Keikhlasan beliau
menjalankan amanah terbukti dengan anugerah yang diterimanya dan
dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2004. Anugerah ini
menjadi pendorong dan semangat untuknya meneruskan perjuangan
yang masih jauh dan belum ada titik nokhtah.
Semasa berkhidmat dengan MAINS, Dato Haji Ahmad Soffian telah
menulis untuk ruangan Celoteh Pak Long di Majalah an-Nur. Beliau juga
telah mengarang buku Panduan Zikir. Beliau seorang tokoh yang
kreatif dalam menghasilkan karya.Ada kalanya penulisannya cenderung
12

untuk mendidik masyarakat dengan gaya berseloroh untuk menyindir


serta memberi kesedaran kepada masyarakat. Risalah berjudul Panduan
Zikir telah ditulis dan disusun oleh Dato Haji Ahmad Soffian pada tahun
1992 dan telah dicetak semula pada tahun 1994. Risalah 44 muka surat
ini mengandungi panduan seperti adab berzikir, berdoa, amalan
harian,sembahyang sunat, doa shifa dan adab membaca Al-Quran.14
Kesimpulan
Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan Dato Haji Ahmad Soffian bin
Mohd Arif kepada masyarakat boleh dijadikan contoh dan teladan
kepada generasi akan datang. Antara nasihat beliau ialah kita haruslah
bekerja dengan ikhlas, menuntut redha Tuhan dan tidak mementingkan
balasan dalam apa-apa jua perkara. Setiap individu perlu sentiasa
menambah ilmu pengetahuan. Oleh itu, beliau menyarankan agar
masyarakat banyak membaca untuk menambahkan pengetahuan kerana
baginya ilmu pengtahuan harus dicari. Bagi umat Islam, untuk
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. umat Islam hendaklah banyak
berzikir, membaca Al-Quran dan tidak meninggalkan ibadat fardhu dan
sunat.
Hala tuju beliau adalah ingin merapatkan lagi hubungan
kekeluargaannya. Beliau juga ingin berkongsi segala ilmu yang beliau
ada kepada masyarakat kerana baginya ilmu itu adalah harta yang paling
bernilai. Dalam kita mengejar arus dunia kita juga harus mempersiapkan
bekalan di hari akhirat kelak. Beliau berharap masyarakat akan sentiasa
berhijrah kepada yang lebih baik. Hijrah memerlukan pengorbanan dan
perubahan iaitu berubah kepada yang lebih positif dan cemerlang dalam
kehidupan. Selain itu, beliau berharap umat Islam sentiasa menjaga
hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Dato Haji
Ahmad Soffian merupakan tokoh ulama yang mempunyai pandangan

13

yang begitu baik, cetusan idea, saranan dan pandangan yang bernas
untuk dijadikan pedoman.

Penutup
Pada keseluruhannya, kajian berbentuk sejarah terutamanya
sejarah tokoh amat penting bagi melihat sumbangan tokoh-tokoh bukan
sahaja dalam kalangan tokoh ternama malahan mereka yang telah
menyumbangkan tenaga dalam memajukan negara dari aspek politik,
sosial dan ekonomi. Melalui kajian ini, saya dapat mendisiplinkan diri
dalam

membahagikan

masa

antara

belajar

dengan

menjalankan

penyelidikan dalam tempoh yang ditetapka. Seterusnya ialah hasil kajian


ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kebaikan serta ilmu
pengetahuan kepada pelbagai peringkat masyarakat.Hal ini termasuklah
para pelajar tidak kira pada peringkat rendah atau menengah mahupun
peringkat universiti dan penduduk setempat serta berkemungkinan
kepada para penyelidik yang ingin menyambung kajian ini. Dengan itu,
PBS ini boleh dijadikan sebagai satu panduan kepada mereka pada masa
yang akan datang .

14

Nota Hujung
1. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Profil Tokoh Ulama Dato Haji Ahmad
Soffian Bin Haji Mohd Arif, Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul
Kursus,1.
2. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Sifat Peribadi Tokoh Ulama Dato Haji
Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif, Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul
Kursus, 95(Sifat Peribadi).
3. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Profil Tokoh Ulama Dato Haji Ahmad
Soffian Bin Haji Mohd Arif, Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul
Kursus,1.
4. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Sejarah Sungai Ujong dan Dato
Undang Tokoh Ulama Dato Haji Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif,
Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Kursus,14-15.
5. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Perkembangan Pelajaran Tokoh Ulama
Dato Haji Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif, Jabatan Mufti Negeri
Sembilan Darul Kursus,19-20.
6. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Melanjutkan Pelajaran di Kolej Islam
Malaya Tokoh Ulama Dato Haji Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif,
Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Kursus, 23.

15

7. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Alam Berumah Tangga Tokoh Ulama


Dato Haji Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif, Jabatan Mufti Negeri
Sembilan Darul Kursus,69.
8. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Membina Kerjaya Tokoh Ulama Dato
Haji Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif, Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Darul Kursus,31-35.
9. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Objektif,
http://www.mains.gov.my/objektif(di akses pada 8 Mac 2014)
10.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Fungsi,
http://www.mains.gov.my/fungsi-mains (di akses pada 8 Mac 2014)
11.
Siti Adnon Abdul Wahid, Membina Kerjaya,Tokoh Ulama Dato
Haji Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif , Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Darul Kursus,31-35.
12.
Mohd Arifuddin Mohd Zahari , Mimpi yang Indah (di akses pada
16 Mac
2014)http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/2878/mesticamimpi-yang-indah.html
13.
Siti Adnon Abdul Wahid,2013.Cabaran Hidup Tokoh Ulama
Dato Haji Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif , Jabatan Mufti Negeri
Sembilan Darul Kursus,24-26.
14.
Siti Adnon Abdul Wahid,2013.Sumbangan dan Kegiatan Tokoh
Ulama Dato Haji Ahmad Soffian Bin Haji Mohd Arif , Jabatan Mufti
Negeri Sembilan Darul Kursus,75.
Bibliograf
1. Dato Haji Ahmad Soffian, Celoteh Pak Long dlm. Majalah an-Nur,
Bilangan 67, Disember 1990.
2. Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, 2014.
http://jheains.ns.gov.my/(di akses pada 8 Mac 2014)
3. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan,2014
http://www.mains.gov.my/(di akses pada 8 Mac 2014)
4. Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Baharuddin,2014. Pencetus
Kebangkitan Ummah. Kuala Lumpur : Casamas Resourses Sdn. Bhd.

16

5. Mohd Arifuddin Mohd Zahari , Mimpi yang Indah


http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/2878/mesticamimpi-yang-indah.html (di akses pada 16 Mac 2014)
6. Siti Adnon Abdul Wahid,2013. Tokoh Ulama Dato Haji Ahmad Soffian
Bin Haji Mohd Arif. Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Kursus.

17

You might also like