You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

1. Huraikan dan jelaskan TIGA persamaan dan perbezaan di antara asemblaj dan 2D dan
3D.
1.1 Pengenalan
1.2 Penyediaan Lakaran Idea
1.3 Persamaan dan Perbezaan Asemblaj 2d dengan 3D
1.4 Perkaitan Seni Asemblaj 2D dan 3D dalam Aspek Estetik, Fungsi dan Makna

1.5 Kesimpulan

2. Hasilkan sebuah karya baru dengan menggabungkan komponen-komponen asemblaj


dalam bentuk 2D atau 3D untuk menghasilkan keseluruhan idea, struktur yang kreatif dan
inovasi. Setiap penjanaan idea dengan Thumbnail-Print sehinggalah kepada pemilihan
lakaran akhir untuk penghasilan karya baru

1.0 Pengenalan
Dari pelbagai idea, pengarca mencari penemuan-penemuan baru bagaimana menghasilkan arca
boleh dilakukan dengan lebih kreatif dan berpotensi. Jika arca luakan dihasilkan melalui kerja
mengurang dan meluak objek asal, arca dicetak untuk menghasilkan arca acuan, arca digerak
untuk membentuk arca mobail atau kinetik dan akhirnya timbul pula gagasan pengarca
mencantumkan bahan-bahan buangan daripada pelbagai bahan konkrit dan membentuk satu
kesatuan atau komposisi arca yang harmoni lalu membentuk arca asemblaj. Arca asemblaj mula
mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise
Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul Sky Cathedral pada tahun 1958 dan
menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih
dikenali sebagai Wall-scale-assemblage. Karya Nevelson ini menggabungkan konsep kubis
dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan
kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan kayu. Berikutnya barulah muncul arcawan Jean
Tinguely menghasilkan karya Homage to New York tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert
Rauschenberg telah menghasilkan karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi.
Bagi Marcel Duchamp pula arca asemblajnya yang bertajuk Bicycle Wheel Green
Monumenta V karya Ramlan Abdullah,Pemain Rebab 1, karya Mad Anuar Ismail dan
Killing Tool karya Raja Shariman Raja Azidin.
Asemblaj (assemblage) merupakan karya dua dimensi atau tiga dimensi yang terhasil daripada
gabungan pelbagai bahan terpakai. Ia merupakan cabang daripada abstrak ekspressionisme.
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang
indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali
memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Oleh itu
penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self
expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.
Asemblaj dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan.
Ia menyerupai seperti arca dan karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika. Secara
ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi asemblaj.
1

1. Menepati Tema dan Tajuk


Sering kali tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh
pengarca. Ia mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan
emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat
atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi
pemerhati atau penonton, tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan
tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.
2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan
Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari
penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, asemblaj wujud secara gabungan
dan cantuman. Selagi bahan yang dipilih serasi dan boleh disepadukan, ia terus menerus
mewakili penggunaan bahan subjek yang mewah dan pelbagai.
3. Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat
Dari rintisan sejarah asemblaj, penggunaan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi
yang padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan
bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj.
Kemudian, asemblaj disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam
antara objek secara kukuh dan terancang.
4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik
Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik.
Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang
menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.
5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan
Semua objek seni digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya terkandung unsur
seni, prinsip seni dan struktur seni. Apabila asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan
betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.
6. Asli, Unik dan Berketerampilan
Ciplakan atau plagiat merupakan suatu fenomena yang tidak seharusnya berlaku. Ia
dianggap suatu kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap si pengkarya. Sebagai
2

pengkarya yang memahami hakikat keaslian (originality), ciplakan adalah satu


kelemahan apatah lagi jika tujuannya untuk komersial. Asemblaj yang asli diambil kira
melalui penyataan hanya satu atau tiada di tempat lain yang seperti ini. Bagi tujuan
keaslian reka cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai
satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku.

1.2 Penyediaan Lakaran Idea


Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasilkan arca asemblaj.
Perancangan yang rapi dan tertib boleh mendatangkan faedah yang besar untuk peringkat penghasilan
karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan seperti yang dinyatakan di bawah ini
akan menjadikan penghasilan arca asemblaj lebih bermakna.

1.3 Persamaan dan Perbezaan Asemblaj 2D dan 3D

1.3.1

Bentuk 2-dimensi ( 2D ) adalah sebarang bentuk yang mempunyai panjang dan tinggi
Manakala bentuk 3-dimensi ( 3D ) adalah sebarang bentuk yang mempunyai panjang,
lebar dan kedalaman.

1.3.2

Perbezaan dari segi ciri-ciri 2D dan 3D


Ciri-ciri 2D
a. Mempunyai panjang dan lebar
b. Semua bentuk 2D mempunyai sisi yang lurus kecuali bagi bentuk bulat.
c. Semua bentuk 2D mempunyai 1 permukaan yang rata kecuali bagi bentuk bulat.
d. Mempunyai bucu
Ciri-ciri 3D
a. Mempunyai panjang, lebar dan kedalaman
b. Semua bentuk 3D mempunyai sisi yang lurus
c. Semua bentuk 3D mempunyai permukaan yang rata kecuali bagi bentuk sfera, kon
dan silinder. (minimum bilangan permukaan bagi bentuk 3D adalah 2D.
d. Mempunyai bucu

1.3.3

Persamaan dan Perbezaan Bentul-bentuk 2D dan 3D

1.3.4

Perbezaan lain antara Karya 2D dengan 3D ialah :


Karya 2D wujud ruang di atas permukaan tepat berbanding karya 3D yang

wujud ruang nyata.


Karya 2D jalinan tampak dan 3D jalinan sentuh.
Karya 2D bersudut 180 dan 3D bersudut 360.
Karya 2D berbentuk ilusi dan ruang ilusi tiada konkrit jisim berbanding karya
3D yang berbentuk konkrit serta ruang dan jisim nyata

1.4 Perkaitan Seni Asemblaj 2D dan 3D dalam Aspek Estetik, Fungsi dan Makna

Dilihat dari sudut konsep yang berkait dengan estetika termasuklah keindahan, cita rasa,
simbolik, karya seni, pengalaman estetika dan sebagainya. Estetika adalah suatu ilmu yang
mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan keindahan, mempelajari semua aspek yang
disebut keindahan. Maksud keindahan itu amat luas. Estetika boleh membahas tentang indah
atau tidaknya sesuatu.. Yang jelas dalam hal ini, estetika adalah karya seni manusia atau
mengenai alam semesta ini.
Estetika sebagai penciptaan simbol-simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai
hasil kesenian dan juga sesuatu yang juga mewakili perasaan manusia. Maksudnya disini,
estetika bersifat simbolisme. Simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni
lukis tetapi juga hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri yang dicipta oleh manusia.
Contohnya, seni bina masjid yang kaya dengan simbolik seperti binaan reka bentuk masjid.
Estetika mempunyai ciri-ciri yang luas, seluas bidang cakupannya.
estetika adalah wujud iaitu kenyataan yang nampak secara konkrit

Antara ciri-ciri

melalui pancaindera

mahupun kenyataan yang tidak dapat dilihat secara konkrit, yakni abstrak yang hanya dapat
dibayangkan seperti suatu yang diceritakan mahupun dibaca dalam buku. Karya seni lukisan
yang mengandungi gambar yang berwujud pemandangan, potret diri, atau dekorasi. Lukisan
berbentuk abstrak boleh mempunyai wujud yang konkrit misalnya garis tebal berwarna merah di
sebela kiri dan lingkaran hitam di sebelah kanan, tetapi isi yang abstrak memerlukan
pembayangan secara aktif dari pemerhati untuk memikirkan apa yang dimaksudkan dan makna
tersiratnya.
Ciri seterusnya adalah indah. Keindahan merupakan pengertian yang didalamnya
tercakup sebagai aktiviti kebaikan. Plato misalnya menyebut tentang watak yang indah dan
hukum yang indah, sedangkan Aristoteles merumuskan keindahan sebagai sesuatu yang baik
dan menyenangkan. Plotinus menulis tentang ilmu yang indah dan kebajikan yang indah.
Berbicara mengenai buah fikiran yang indah dan adat kebiasaan yang indah. Contohnya,
kandungan yang dipesembahkan dalam kitab suci al-Quran. Bermula dengan perbincangan
disekitar penciptaan alam, kehidupan makhluknya, manusia dan sebagainya. Kemudian
digalakkan indera penglihatan dan pendengaran kepada segala yang ada dimuka bumi ini. Tidak
ketinggalan keindahan Yang Maha Mencipta itu sendiri. Akhirnya, ditekankan betapa pentingnya
keindahan dan perhiasan dalam menjalani kehidupan seorang mukmin.
6

Apabila membincangkan berkenaan keindahan pertanyaan yang sering disoal ialah


merungkai ciri estetika iaitu Apakah benda itu indah atau cantik?. Secara langsung ia telah
memperkatakan tentang estetika dalam diri orang yang bertanya. Walau pun keindahan dan
kecantikan adalah nilai yang subjektif, dua orang yang bertanya tentang kecantikan kepada
sesuatu barang itu sifatnya berbeza pada nilai keindahan. Tetapi setiap orang inginkan bendabenda yang cantik dan indah. Tiada manusia yang mahu kepada yang buruk. Itulah hakikatnya
fitrah manusia yang dikurniakan oleh tuhan.
Estetika boleh dicirikan sebagai satu simbolik yang dihasilkan oleh manusia melalui
kreativiti dan juga berkaitan dengan komunikasi kreativiti itu. Menghasilkan suatu simbol itu
banyak bentuknya. Baik estetika mahupun simbolisme adalah bahagian yang diperlukan dalam
arsitektur.
Ciri seterusnya, estetika dapat menggembiarkan seseorang apabila melihat dan
mengamat-amati sesuatu objek. Ia merupakan janji untuk kegembiraan. Estetika juga dicirikan
sebagai sesuatu yang abstrak iaitu sebagai suatu kemampuan atau kemahiran secara langsung dan
bukanlah pengabstrakan yang sunyi daripada kehidupan.
Estetika boleh dirumuskan sebagai falsafah keindahan, sepanjang permasalah yang
dibincangkan dalam estetika ini adalah aspek falsafahnya. Jika dilihat dari sudut filsafatnya,
estetika mempunyai ruang lingkup yang luas dan boleh dikatakan tidak terbatas. Merangkumi
penonjolan aspek nilai estetik, pengalaman estetik, kreativiti estetik, penampilan estetik, intuisi
dan emosi estetik, simbolisme dalam estetika, ekspresi estetik, dan juga apresiasi keindahan dan
kesenian.

1.5 Kesimpulan

Karya catan mixed media atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran Kubisme
yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau
akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau
kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk Three Musicians antara 1910 hingga 1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan karya.
Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal mixed
media lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini
ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap
sama.
Antara artis yang menggunakan mixed media adalah Carlo Crivelli yang menggunakan
kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat
gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala
Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam
karyanya.
Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada
pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan
alam benda.
Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan catan
tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat
catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang digunakan banyak kolaj dan
asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern Art
(New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk The Art of Asemblaj pada
tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana
penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan
media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-bahan buangan
dan lain-lain lagi.
Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan membuat dan
menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan ditekankan. Mereka tidak
memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan surealime.
Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan mencipta
8

penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan media campuran.
Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama yang masih berpendirian surelisme
di Julien Levy Gallery di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk
Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup dOeil, Jouets Surealistes.
Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada William C.
swseitz di buku perhubungan isu bersama Art of Asemblaj menunjukkan secara kias latihan
daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair
menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam
lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.
Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina yang
telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan teknik kolaj yang
baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan
bahan memperlengkapkan makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock
dan mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai
pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.
Tidak seperti kolaj, ianya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief. Penyusunan
dari welding besi, gum antara permukaan, objek yang dijumpai (sebagai contoh ) telah
dimasukkan bersama menjadi satu karya.
Artis seperti Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya yang berbentuk
Assemblage. Sebagai contoh mereka mengambil bahan-bahan yang terbuang dan tidak dipakai
diambil dan di simpan yang kemudiannya di 'kompos' kembali menjadi satu karya. Sebagai
contoh seperti akhbar, stamp, tali, kayu, besi, plastik, ( Sekadar menyebut beberapa bahan ) yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu.
Pembuatannya oleh Charlotte Weilder,
"He spread flour and water over the paper, then moved and shulted and manipulated his scraps
of paper around in the paint while the paper was wet. With his finger tips he worked little piece
of crumpled paper into the wet surface;also spread tints of water colour or gouches around to
get variation in shadings of tone".

Manakala kepada Max Ernst pula ialah kepada eksplorasi,


" the fortuitous ecounter upon a non suitable plane of two mutually distant realities".

Menghampiri kepada seni ialah ia berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi
teknikal dan keputusan yang lebih tegas terhadap pengalaman seseorang itu. Assemblage ini
ialah turutan kepada perkembangan collage yang telah dimajukan dalam seni dengan
penambahan-penambahan dan penerokaan baru dengan menjadikan sesuatu catan itu lebih
kepada relief. Menggunakan bahan-bahan yang dikutip atau jumpa yang kemudiannya di
kompos'kan kembali.

Rujukan
10

Vasudent T.Arasso. (1987).Membentuk & Membina: Longman Esensi, Siri Pendidikan


STPM, Fajar Bakti.
Chan Yan Piaw. (2011).Membentuk & Membina-arca asemblaj : Ace Ahead Esensi
Pendidikan Seni Visual SPM.Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
______________ (2003)Modul 1/2 Seni Dalam Pendidikan Kursus Perguruan Lepas
Ijazah SekolahRendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah.
______________(2003)Kuala Lumpur: BahagianPendidikan Guru,Kementerian
Pendidikan Malaysia. Modul 2/2 Seni Dalam Pendidikan Kursus Perguruan Lepas
Ijazah SekolahRendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah.Kuala
Lumpur: BahagianPendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia
______________ . (2006).HBEF1403 Seni dalam pendidikan.
.

Kuala Lumpur: FakultiPendidikan, Sasteradan Sains Sosial, Open University Malaysia.

11

You might also like