You are on page 1of 19

1

BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu


1.0 PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan bahasa didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan
individu yang lain). Bahasa juga merupakan percakapan yang baik dan penuh sopan santun.
Bahasa juga meliputi adab, tatatertib, sopan santun, dan tingkah laku yang baik. Bahasa
dirumuskan sebagai satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan menjadi medium
manusia berkomunikasi. Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu: bunyi ucapan,
dan satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna. Melalui bahasa, kita dapat:
berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya,
mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana, dan mewariskan ilmu, budaya, peradaban,
dan agama
Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu
memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan
karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang.
Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil
mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera
terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir
bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya
sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan
keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan.
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji cerpen nukilan A.Samad Said yang bertajuk Kenangan Yang Jernih dengan
menggunakan kaedah struktural.
Mengkaji cerpen ini dari sudut plot, tema, persoalan, gaya bahasa, watak dan perwatakan latar.
Memberi pandangan secara kritis mengikut pandangan peribadi secara menyeluruh.
1.2 BATASAN KAJIAN
Mengkaji sebuah cerpen A.Samad Said yang bertajuk Kenangan Yang Jernih dengan
menggunakan kaedah struktural.

2
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
1.3 KAEDAH KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah secara keperpustakaan dan laman sesawang.
2.0 PENGENALAN KAEDAH STRUKTURAL
Kaedah struktural merupakan kaedah paling klasik yang sering digunakan dalam penkajian dan
pengajaran kesusasteraan melayu sejak beberapa dekat yang lalu. Menurut Mahzan Arshad
(2008), kaedah Struktural melibatkan kritikan teks kerana

melihat karya yang dihasilkan

daripada dua aspek utama iaitu bahan atau bentuk format tersebut di samping kajian terhadap
bahasa yang digunakan oleh penulis dalam karyanya. Kaedah ini mengkaji sesuatu
penghasilan karya berdasarkan struktur-struktur yang konkrit untuk membina karya itu.
Kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera berdasarkan plot,
perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks aksi memuncak, nada, fokus dan mood.
Kaedah ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.
Aspek yang dikaji meliputi tema, persoalan, perutusan, pengajaran, plot, watak dan perwatakan,
latar, gaya bahasa dan sudut pandangan. Pendekatan struktural ialah pendekatan yang
menekankan analisis karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.
Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu,
di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi
mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang,
renungan ke dalam diri, imaginasi,emosi, penerapan pengetahuan,
pengalaman

manipulasi

dan

kerohanian. Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-

komponen di atas.
Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan
sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk
memudahkan lagi memahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen
dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini
bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

3
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
DEFINASI KAEDAH STRUKTURAL
Kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera berdasarkan plot,
perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks aksi memuncak, nada, fokus dan mood
Kaeadah

ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur

karya. Aspek yang dikaji meliputi tema, persoalan, perutusan, pengajaran, plot, watak dan
perwatakan, latar, gaya bahasa dan sudut pandangan.pendekatan struktural ialah pendekatan
yang menekankan analisis karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya
CIRI-CIRI KAEDAH STRUKTURAL

Berasaskan kepada kritikan Sastera Moden

Bersifat induktif
Proses pembacaan yang rapi diperlukan semasa menggunakan kaedah ini
Penganalisaan akan mengakibatkan pemahaman, dan penghayatan sastera dan
memerlukan pembacaan yang rapi
Tujuan utama adalah untuk mengkaji sastera sebagai bahan pengajaran sastera semata-mata.
Beberapa ciri kaedah analisis struktural adalah seperti yang berikut:
kajian secara induktif
pembacaan yang rapi
pemahaman pelajar terhadap setiap elemen sesebuah karya sastera dan hubungan setiap
elemen.
penjelasan setiap unsur secara terperinci
pemahaman istilah sastera, makna istilah berkenaan dan contoh penggunaan istilah
berkenaan.

4
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
PRINSIP KAEDAH STRUKTURAL
Terdapat bebrapa prinsip teori yang patut difahami pengkritik, antaranya
1.Keseluruhan, iaitu melihat perhubungan antara struktur secara keseluruhan, bukannya
terpisah.
2.Perkaitan; setiap satu stkrutur adalah berkait dengan sturktur yang lain. Tanpa perkaitan ini
tidak mungkin makna teks dapat ditemui.
3.Transformasi; makna terhasil daripada satu proses transformasi. tema kemiskinan terhasil
kesan daripada perhubungan pemilihan bahasa dengan persoalan.
4.Regulasi diri; stuktur bergerak dan berfungsi dalam lingkaran tekstual teks, bukannya akibat
daripada pengaruh pengarang atau aspek- aspek di luar teks.
5.Binari oposisi; maka terhasil daripada setentangan duaan
3.0 CERPEN KENANGAN YANG JERNIH
3.1 SINOPSIS
Sinopsis ialah ringkasan cerita yang

mengambarkan keseluruhan sesuatu karya tersebut.

Melalui sinopsis pembaca atau penonton mengetahui serba sedikit mengenai perjalanan karya
yang dihasilkan oleh penulis.Dalam cerpen Kenangan yang Jernih cerita ini berkisarkan tentang
zaman kanak-kanak lelaki di sebuah desa. Beliau mengimbas zaman kanak-kanaknya dengan
permainan yang pengantin-pegantin olok-olok sahaja . Malah saya ini mempunyai beberapa
orang sahabat baik ketiika dia masih lagi kanak-kanak. Dan saya selalu berangan untuk duduk
bersanding bersama rakan sepermainan sewaktu kecil iaitu Zariah.3
3.2. TEMA
Tema dalam cerita ini menagisahkan seorang lelaki yang memegang watak saya telah
mengimbas kembali zaman permainan kanak-kanaknya bersama rakanya sewaktu kecil .Malah
tema cerita ini juga memaparkan watak saya yang berangan untuk berkahwin dengan zariah
dalam permainan pengantin-pegantin. Malah watak saya semasa kecil kurang matang dan
panas baran serta sedia memaafkan sahabat .Dan akhirnya setelah dewasa impian saya untuk
berkahwin dengan Zahariah telah tercapai.

5
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
3.3 PERSOALAN
i.

Wujudkah persahabatan seperti itu pada zaman sekarang pada zaman yang serba
canggih. Dimana teknologi berkembang dengan pesat malah anak anak zaman
sekarang lebih selesa berkomunikasi dan bermain dengan gajet dan permainan zaman

ii.
iii.

sekarang.
Sejauh manakah persahabatan saya bersama rakan sepermainan saya sekarang.
Dengan siapakah saya akan bakal berkahwin .Kerana tidak dinyatakan dalam cerpen ini
secara jelas.

3.4. PLOT
Bermaksud

cara

yang

digunakan

oleh

pengarang

untuk

mengembangkan

plot

supaya ceritanya menjadi menarik. Plot bermaksud susunan peristiwa dalam sesebuah cereka
dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat.Peristiwa itu mungkin disusun sama ada secara
kronologi atau tidak kronologi. Plot yang disusun secara kronologi akan mengikut urutan waktu,
peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala peristiwa yang berlaku kemudian
yang

disusun

didahulukan

secara

tak

sementara

kronologi

peristiwa

pula,peristiwa
yang

berlaku

yang

berlaku

dahulu

kemudian

dikemudiankan.

Binaan plot pula terdiri daripada eksposisi atau pengenalan,pertengahan dan akhiran. Eksposisi
ialah bahagian untuk memperkenalkan watak-watak,masalah dan konflik yang wujud.Dalam
bahagian
rumit

dan

pertengahan,konflik
terpaksa

dihadapi

yang

oleh

watak-watak.

berlaku

menjadi

Kerumitan

itu

menuju

semakin
ke

satu

tahap yang dikenali sebagai klimaks atau puncak cerita.Pada tahap ini juga konflik akan
menemukan

penyelesaian

lalu

cerita

itu

akan

bergerak

ke

bahagian akhir atau peleraian. Plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana adanya
peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik imbas kembali. Peristiwa Saya
menimbas kembali zaman kanak-kanak yang bermain pegantin-pegantin. Plot Permulaan /
eksposisi merupakan peringkat awal dalam cerita. Pada peringkat ini penulis mendedahkan
watak, latar dan juga masalah yang dialami oleh watak berkenaan. Melalui teknik plot yang
digunakan oleh penulis, peringkat ini tidak semestinya berada pada permulaan cerita. Ia
mungkin berada di tengah atau akhir cerita melalui teknik imbas kembali.
3.4.1 PLOT PERMULAAN

6
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
Dalam plot cerpen kenangan Yang Jernih dimulai dengan imbas kembali zaman kanak-kanak
saya.Jalan ceritanya mendatar sahaja. Dan penulis menggunakan teknik imbas kembali iaitu
zaman kanak-kanak saya di kampung. Malah jalan cerita dimulai dengan saya melihat budakbudak kecil dibawah kolong rumah Pak Leman . Kemudian disinilah bermulanya teknik imbas
kembali iaitu watak saya mengingat zaman kanak-kanaknya yang bermain pegantin-pegantin
bersama Dollah, Kalsom dan Zariah. Sebelum permaianan bermula mereka telah membina
pelamin dari ranting-ranting kayu serta dua buah tunggul kayu. Dan hidangan makanan terdiri
daripada kulit-kulit pisang, padi dan kulit-kulit manggis Saya mengharapkan bahawa Saya yang
akan dikahwinkan dengan Zariah apabila permainan ini bermula. Namun Saya tidak terpilih
sebagai pegantin lelaki untuk Zariah.
3.4.2 KLIMIKS
Kemuncak / klimaks merupakan peringkat akhir konflik dan ketegangan. Pada peringkat ini,
konflik antara watak dengan watak utama mencapai peringkat paling tegang dan rumit. Selepas
peringkat ini, sebahagian besar atau semua konflik selesai.
Klimiks cerita ini ialah apabila Si Dolah dan Zariah dikahwinkan dalam permainan pegantinpegantin. Dan tanpa membuang masa Saya mengamuk dan menterbalikan semua termasuklah
dua buah tunggul kayu dan merobohkan pelamin. Selain itu, saya menyepak-nyepak hidangan
makanan yang terdiri daripada kulit-kulit pisang dan padi serta tempurung-tempurung dan
gelas-gelas. Dan akhirnya suasana menjadi tegang. Lalu Saya dan Dolah berlawan sehingga
kalsom dan Zariah masuk campur.

3.4.3. PELERAIAN
Pengakhiran / antiklimaks merupakan peringkat penyelesaian konflik dan ketegangan mulai
hilang. Biasanya peringkat ini terdapat pada bahagian akhir cerita dan perkembangannya agak
pendek.
Sesudah bergaduh selalunya masing-masing tidak bertegur sapa. Tetapi itu hanya seketika .
Dolah yang selalu dan meminta maaf serta menunjukan mukanya yang manis.Akhirnya Saya
dan Dolah berbaik semula dan kami berkawan semula seperti tiada apa-apa yang berlaku.
3.5 TEKNIK PLOT

7
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
Teknik plot adalah cara atau kaedah seseorang penulis menyusun peristiwa dalam karya prosa
mereka. Susunan ini akan menentukan bahawa plot sesebuah cerita mengikut kronologi atau
tidak. Terdapat empat teknik plot yang biasa digunakan oleh penulis.
(a) Imbas Kembali adalah penceritaan semula sesuatu peristiwa yang pernah berlaku pada
masa lepas. Ia diimbas secara langsung melalui pemerian penulis atau secara tidak
langsung melalui pemikiran atau dialog watak.
i) Teknik Imbas kembali
Melihat budak-budak itu bermain, teringatlah saya akan hal semasa kecil-kecil dulu.
Saya pun seperti mereka itu juga.Saya, Dolah,kalsom san zariah main masak-masak di
bawah kolong juga tempat kami bermain.
Diawak penceritaan cerpen ini penulis telah menggunakan teknik imbas kembali zaman
kanak-kanak Saya.
(b) Imbas Muka pula merupakan bayangan peristiwa yang akan berlaku. Biasanya ia wujud
dalam fikiran atau minda watak dalam cerita dalam bentuk angan-angan, mimpi atau
jangkaan watak itu.
ii) Teknik Imbas Muka
Dalam cerpen ini terdapat teknik imbas muka diakhir jalan cerita iaitu watak Saya akan
berkahwin tidak lama lagi dengan seseorang.
Sebenarnya saya pun akan bermain-main sedemikian tidak lama lagi.Bukan yang olokolok.seperti masa saya kecil-kecil dahulu.
(c) Kejutan adalah peristiwa yang berlaku secara tidak disangka-sangka sama ada oleh
pembaca atau watak dalam cerita tersebut. Kejutan ini membuatkan plot cerita
berkembang dengan cepat.
Teknik plot kejutan telah berlaku di antara saya dan Dolah. Iaitu mereka telah bertumbuk
akibat ketidakpuasan hati Saya kerana tidak dapat berkahwin dengan Zariah. Akibatnya
saya telah menyerang dan bergaduh dengan Dolah.
Inilah yang saya tidak sukakan. Saya mahu biarlah Zariah kahwin dengan saya. Kawan
saya tidak membenarkan ini. Lalu saya pun bertindaklah.
3.6 LATAR

8
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
Latar adalah ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang
mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa. Ia bertujuan menjadikan sesuatu persitiwa
lebih konkrit, realistik dan tidak berlaku pada ruang kosong.
a) Latar Masa merupakan ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. Ia
dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana ketika itu.
i)
Latar masa:semasa.
a. Dari tingkap rumah saya, saya pandang keluar tingkap.
ii)

Latar masa:Imbas kembali iaitu zaman kanak-kanak.


a. Melihat budak-budak itu bermain, teringatlah saya akan hal semasa kecil-kecil
dahulu.

iii)

Latar masa:Akan datang iaitu saya akan berkahwin dengan seseorang.


a. Sebenarnya saya pun akan bermain-main sedemikian tidak lama lagi.

(b) Latar Masyarakat merupakan ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam
sesuatu peristiwa. Ia merujuk kepada ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam
sesebuah cerita. Watak dalam cerita merupakan wakil untuk menggambarkan masyarakat
sebenar. Ia juga dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watakwatak dalam cerita berkenaan.
Latar masyarakat dalam cerpen ini ialah masyarakat kampung yang masih lagi mengamalkan
cara hidup tradisional dan budaya menghormati orang tua masih menjadi pegangan dalam
cerita ini. Malah dalam cerpen ini permainan tardisional kanak-kanak menjadi satu permainan
yang sering saya dan rakan-rakan main iaitu pengantin-pengantin dan masak-masak.
i)

Latar masyarakat :Masyarakat kampung Melayu.


a. Dibawah kolong rumah Pak Leman saya dapati sekumpulan budak-budak kecil
sedang ria bermain.

ii)

Latar masyarakat:Zaman kanak-kanak.


a. Saya ingat dengan terang lagi akan peristiwa semasa kecil-kecil dahulu.

(c) Latar Tempat merupakan ruang tampat yang melatari sesuatu peristiwa dalam cerita. Ia
boleh terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti
bukit, hutan, sungai, laut dan sebagainya atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya
seperti rumah, masjid, padang, istana dan sebagainya

9
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
Latar tempat dalam cerpen Kenangan Yang Jernih di

kawasan kampung buktinya dalam

cerpen ini penulis menunjukan dengan jelas bahawa saya berasal dari kampung. Kolong
biasanya merujuk pada bawah rumah yang mempunyai tempat pangkin untuk berehat.
Biasanya rumah ini ditenuai dalam masyarakat kampung dahulu . Sehingga sekarang ada
masyarakat kampung melayu yang mempertahankan rumah tradisional

seperti ini. Bukti

ayatnya ;
i.

Latar tempat:Kolong rumah .


a. Di bawah kolong rumah Pak Leman saya dapati sekumpulan budak-budak kecil
sedang ria bermain.
b. Saya, Dolah Kalsom dan Zariah main masak-masak di bawah kolong juga
tempat bermain.
Latar tempat :Dalam rumah berdiri di jendela atau tingkap
a. Dari tingkap rumah saya, saya pandang ke luar tingkap.

ii.
iv)

Latar tempat:pelamin
a. Dalam permainan kami itu, Zariah (konon-kononnya) kahwin dengan Si Dolah.

v)

Latar tempat:halaman rumah


a. Dengan mengesat hingus saya ke lengan baju, saya pun memulakan
perlawanan. Kami bergumpal.

3.7 .WATAK DAN PERWATAKAN


3.7.1 WATAK
a. Watak merupakan pelaku atau pelakon dalam sesebuah cerita. Selain daripada manusia
biasa, watak dalam cerita bolek terdiri daripada binatang ataupun makhluk lain seperti jin,
peri, raksasa dan sebagainya. Setiap watak ini mempunyai identiti mereka tersendiri. Watak
terbahagi kepada golongan utama. Watak Protagonis atau watak utama dalam sesebuah
cerita. Ia berkembang mengikut jalan cerita. Watak ini juga dikenali sebagai watak bulat.
Pada kebiasaannya watak ini akan memperjuangkan nilai-nilai positif. Watak Antagonis
merupakan watak sampingan dalam sesebuah cerita. Ia merupakan watak penentang
kepada watak utama. Pertembungan watak utama dengan watak antagonis ini akan
mewujudkan konflik dan membolehkan plot berkembang.
i)

Watak utama dalam cerpen ini ialah saya.


Manakala watak sampingan dalam cerpen ini ialah Si Dolah, Kalsom, Zariah, Pak
Leman dan kanak-kanak yang bermain di kolong rumah Pak Leman.

10
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
3.7.2.PERWATAKAN
Perwatakan juga disebut sebagai penokohan merupakan sifat peribadi seseorang watak dalam
cerita sama ada sifat luaran atau dalaman. Sifat luaran termasuklah perlukisan tentang bentuk
badan, perlakuan atau tindakan dan juga pertuturan.Manakala sifat dalaman termasuklah
pemikiran dan perasaan watak. Perwatakan dalam dikesan oleh pembaca melalui pemerian
penulis secara langsung, pemikiran watak itu sendiri, dialog watak itu sendiri dan dialog watak
lain tertentang watak berkenaan.
i.

Perwatakan saya sewaktu kanak-kanak


a. Nakal
Biasanya sayalah yang membawa penca pertengkaran.
Biasanya saya akan memulakan pergaduhan dengan rakan sepermainan kerana
berasa tidak puas hati terhadap tindakan Si Dollah yang berkahwin olok-olok
dengan Zariah
b. Panas baran
Pelamin yang telah dibuat oleh Dolah, Maimun Kalsom dan Zariah daripada
ranting-ranting kayu dan dua buah tunggul itu segera. Saya terbalikkan.
Sewaktu kecil saya merupakan seorang yang panas baran dan sanggup
memusnahkan tempat permainan serta bertumbuk dengan Dolah kerana hal
atau pekara yang remeh temeh.
c. Bertindak secara melulu
Hidangan makanan-makanan untuk tetamu, yang terdiri daripada kulit pisang,
padi dan kulit manggis, habis saya sepak-sepakkanya.
Tanpa berfikir panjang saya terus merobohkan dan

menyepahkan barang-

barang permainan hanya kerana saya tidak dapat kahwin olok-olok dengan
Zahariah.Malah saya sanggup bergusti lengan dengan Si Dolah kerana untuk
memuaskan hati sendiri.
d. Tidak sabar
Lalu saya pun bertindaklah.
Saya memang seorang yang tidak sabar dan tidak mahu mendengar penjelasan
dari kawan-kawan yang lain. Malah selalunya sayalah yang memulakan
pergaduhan.
e. Ego
Sesudah bergaduh akan tidak bertegur-teguranlah kami.
Watak saya seorang yang ego kerana saya tidak mahu meminta maaf semula.
Selalunya Si Dolah yang akan menghulurkan salam kemaafan.

11
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

iii)

Perwatakan saya dewasa


a. Perahsia
Dengan siapa saya akan kahwin, itu biarlah saya rahsiakan
Saya akan berkahwin pada masa akan datang tetapi saya tidak menyatakan
gerangan nama wanita yang akan dikahwini.
b. Riang dan gembira
Mengingatkan peristiwa itu semula, saya sungguh berasa riang.
Saya seorang sewaktu zaman kanak-kanak saya, terlalu sarat dengan memori
yang indah belaka.

Watak sampingan
iv.
Watak Dolah

Kawan saya sewaktu zaman kanak-kanak.

Kawan saya sewaktu saya kecil.

Sedia memaafkan

Dolah akan meminta maaf selepas bergaduh dengan saya

Kawan yang setia.,

Walaupun selalu bergaduh tetapi Dolah akan berbaik semula dengan saya selepas
meminta maaf.
v.

vi.

Watak Zariah dan Kalsom


Perempuan kanak-kanak
Berkawan dengan Saya dan Dolah
Kawan saya sewaktu zaman kanak-kanak.
Pak Leman
Tuan rumah tempat kanak bermain cik kak-cik kak.
Seorang yang tua kerana ada gelaran Pak Leman.

3.8 TEKNIK PENCERITAAN


Teknik penceritaan adalah cara atau kaedah seseorang penulis menyampaikan cerita dalam
karya prosa mereka. Terdapat empat teknik penceritaan yang biasa digunakan oleh penulis.

12
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
i.

Pemerian
a. Dari tingkap rumah saya, saya pandang ke luar. Dibawah kolong rumah Pak
Leman saya dapati sekumpulan budak-budak kecil sedang ria bermain. Mereka
main cik kak-cik kak.

ii.

Imbas kembali
b. Saya ingat dengan terang lagi akan akan satu peristiwa semasa kecil-kecil
dahulu.Belakunya kejadian ini ialah semasa kami bermain pegantin-pegantin.

vii.

Monolog Dalaman
a. Saya renung budak-budak yang bermain di bawah kolong itu dengan hati yang
ria. Damai benar nampaknnya mereka. Mereka bermain cik kak-cik kak dengan
tenang sahaja.

viii.

Imbas muka
a. Sebenarnya saya pun akan bermain-main sedemikian tidak lama lagi. Bukan
main yang olok-olok. Seperti masa saya kecil-kecil dahulu. Saya akan kahwin
benar-benar".

ix.

Kejutan
a. Saya

mahu

biarlah

Zariah

kahwin

dengan

saya.

Kawan

saya

tidak

membenarkan ini. Lalu saya pun pun bertindaklah. Pelamin yang telah dibuat
oleh Dolah, Mahmud, Kalsom dan Zariah daripada ranting-ranting kayu dan dua
buah tunggul itu segera saya terbalikan.
x.

Suspens .
a. Suasana menjadi tegang. Dolah marah saya. Dia dengan berani menentang
saya.Hati saya pun panaslah. Dengan mengesat hingus saya ke lengan baju,
kami pun memulakan perlawanan.Kami bergumpal-gumpalan.

3.9. GAYA BAHASA


i.
Personafikasi merupakan pemberian sifat-sifat manusia sama ada dari segi
perasaan, perwatakan atau perbuatan kepada objek-objek lain.
Contoh: Hati saya pun panaslah.
ii.

Kata ganda
Kata ganda penuh; gelas-gelas,pinggan-pinggan tempurung-tempurung.

iii.

Kata ganda berimbuhan


Bergumpal-gumpalan, bertegur-teguran.

13
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

iv.

Asonasi ialah pengulangan bunyi vokal a


Contoh:Saya, Dolah, Kalsom dan juga Zariah main masak-masak di bawah kolong
juga tempat kami bermain.
Pengulangan vokal a Sembilan belas kali.

v.

Inversi ialah pembalikan kata kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim.
Contoh:Rasanya hendak saya balik ke zaman kanak-kanak semula.
Contoh:Sesudah bergaduh akan tidak bertegur-teguranlah kami.

vi.

Sinkope
Si Dolah, Si Kalsom

vii.

Aliterasi
Mereka main cik kak-cik kak
Pengulangan konsonan k sebanyak 5 kali.

3.10 NILAI
i.

Setiakawan
Saya masih lagi mengenangkan kawan-kawan dan peristiwa yang sewaktu zaman
kanak-kanak. Malah masih segar dalam ingatan nama kawan sewaktu kecil.

ii.

Bekerjasama
Mereka saling bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain dalam
menyiapkan pelamin mainan dan tempat mainan.

iii.

Saling memafkan
Selalunya selepas bergadu Dolah dan Saya akan saling bermaafan di antara satu
sama yang lain.

iv.

Sedia memaafkan
Saya akan memaafkan Dolah dan mereka berkawan seperti biasa.

v.

Keberanian
Selalunya sayalah orang yang selalu menimbulkan masalah dan berani memberikan
pendapat kepada rakan-rakan mengenai sesuatu perkara.

vi.

Hormat kepada orang tua


Dalam cerpen ini Saya menggunakan gelaran yang sesuai untuk memberi gelaran
kepada seseorang. Contohnya Pak Leman. Ini menunjukan Pak Leman seorang
yang lebih tua dari saya.

14
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

3.11 PENGAJARAN
i.
Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari kita dengan menggunkan kata
panggilan yang sesuai .Contohnya Pak Leman.
ii.

Kita hendaklah saling bertolak ansur dalam melalukan sesuatu perkara dan jangan
bertindak terburu-buru .Akibat perbuatan saya habis semua alat permainan dan tempat
bermain pegantin-pegantin olok-olok disepahkan oleh saya.

iii.

Kita hendaklah mengamalkan sikap saling bermaafan dan sedia memaafkan orang lain.
Contohnya Selepas bergaduh Dolah akan segera meminta maaf kepada saya dan kami
berkawan seperti biasa . Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

iv.

Kita janganlah bertindak melulu tanpa. Contohnya saya berharap agar Zariah dapat
bersanding dengan saya namun sebaliknya yang berlaku. Maka saya pun bertindaklah
lalu bergaduh dengan Dolah. Perbuatan saya yang bertindak secara melulu
mengakibatkan persahabatan mereka renggang sebentar.

4.0 RUMUSAN
Gaya penulisan A.Samad Said membawa kembaranya dekat dengan pembaca. Dalam
tulisannya Potret Diri: Baca, Alami dan Tulis bagaikan sebuah autobiografi pendek tentang
beliau. Pengalaman zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu ketika itu, kesengsaraan
yang melatari kehidupan masyarakat dan luahan keinginan dan suara hati rakyat yang inginkan
ketenteraman dan kemerdekaan memberikan pengalaman berharga buat beliau, walaupun
perit. Tulisan ini lebih banyak berupa refleksi bagi A.Samad Said berupa catatan bagaimana
penghasilan novel Salina juga kesan peristiwa-peristiwa politik tanah air juga bidang penerbitan.
Di sini juga beliau menceritakan perkenalannya dengan pemimpin Mingguan Fikiran Rakyat,
Ahmad Boestamam dan hubungan baik dengan individu tertentu seperti Usman Awang, Keris
Mas, Kassim Ahmad, Syed Husin Ali dan Ismail Hussein. Individu-individu ini merupakan tokoh
penting dalam persuratan dan sosiopolitik tanah air kemudiannya. Begitu juga persahabatan
dengan M.Ghazali, Noor S.I dan A.S Amin yang bukan sahaja digulati karya-karya mereka
malah secara peribadi mereka sememangnya akrab. Manusia-manusia di sekeliling A.Samad
Said ketika itu, ditambahi dengan gelora zaman dan latar masyarakat yang tidak begitu teratur
sudut sosioekonomi dan sosiopolitiknya telah memberi tanggapan pada diri beliau sendiri
sambil menanyai dirinya, ke mana jalan pilihannya. Tidak hairanlah kesan semua itu

15
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
menyebabkan beliau begitu gigih dalam bidang sastera, seperti teman-teman seangkatannya
yang menuju ke arah bidang dan graduasi yang lain namun A.Samad Said memilih bidang
penulisan kreatif dan juga sebagai wartawan pada peringkat awalnya. Itulah perjuangan
A.Samad Said, hingga ke hari ini.
Malah dalam cerpen beliau yang bertajuk kenangan Yang Jernih menceritakan mengenai
latar masyarakat melayu zaman dahulu. Dipamerkan dalam situasi kanak-kanak bermain
permaianan tradisional seperti cik kak-cik kak dan pegantin-pegantin. Malah cerpen ini
membawa diri saya berada terlalu dekat dengan latar dan jalan ceritanya yang pernah dilalui
oleh saya sebagai kanak-kanak kampung.
Kesimpulannya Kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera
berdasarkan plot, perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks, aksi memuncak, nada,
fokus dan mood .Kaedah ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan
atau struktur karya.Pengajaran sastera melalui

kaeadah ini bermaksud mengajar elemen-

eleman yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita
rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan
perwatakan. Dari segi,latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar
waktu. Jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi , sudut pandangan watak dan sudut
pandangan pandangan bawah sedar. Jenis perbualan seperti dialog, monolog dan multilog.
Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun

tidak begitu

mendalam dari segi jangkauan penjelesanya.


5.0 REFLEKSI
Saya telah menerima tugasan ini pada 7 Febuari 2015 daripada pensyarah pembimbing
bagi subjek Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu . Menerusi tugasan ini, saya
perlu menyiapkannya secara individu. Terdapat tiga sub-tugasan yang diberikan iaitu
pengenalan kepada Kaedah Struktural dengan menghuraikan secara terperinci mengenai
konsep dan prinsip Kaedah Struktural secara ilmiah. Dan seterusnya saya perlu menganalisis
sebuah cerpen hasil tulisan A.Samad Said sasterawan negara yang bertajuk Kenangan Yang
Jernih. Akhir sekali saya perlu menghasilkan sebuah

penulisan refleksi secara ilmiah dan

mengetahui kekuatan, kelemahan serta penambahbaikan dalam menyiapkan tugasan


ini.Setelah memahami kehendak soalan yang diberikan saya telah pun mula mencari bahan

16
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
yang bertajuk Kaedah Struktural dalam menganalisis sebuah cerpen. Terdapat banyak huraian
dan isi mengenai kaedah ini.
Melalui bacaan meluas barulah saya mengerti bahawa Kaedah Struktural merupakan
kaedah yang telah saya pelajari semasa berada di tingkatan lima dahulu. Dimana kita perlu
mengkaji sesebuah cerpen, novel ataupun cerita mengikut analisis beberapa perkara yang telah
diberi mengikut kaedah struktural .Setelah memperolehi cerpen Kenangan Yang Jernih saya
membaca dan meneliti setiap bait ayat agar saya memahami tema,persoalan, latar, plot, sudut
pandangan,watak perwatakan ,gaya bahasa, simbol / lambang, nilai ,pengajaran serta teknik
penceritaan.
Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu
ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya mengaplikasikannya dalam
pengajaran dan

pembelajaran

di dalam kelas serta pemahaman tentang subjek Genre

kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Sememannya semua maklumat atau nota dapat
dicari atau dirujuk di dalam buku-buku rujukan dan sumber internet, namun untuk menjawab
dan menjelaskan soalan tugasan ini saya perlu memahami jalan cerita Kenangan Yang Jernih
terlebih dahulu. Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu saya kaji dan huraikan dengan tepat
mengikut kaedah struktural.
Saya sebenarnya sudah mempelajari kaedah ini semasa berada di kelas sastera dahulu.
Namun saya telah melupai apa yang telah dipelajari. Oleh itu, saya membuat rujukan menerusi
beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan oleh pensyarah pembimbing
memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini
membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas
membantu daya ingatan kami. Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak
dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal
yang demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam menghayati keseluruhan
cerita ini. Bukan itu sahaja, saya mulai sedar bahawa untuk memahami dan menguasai bidang
sastera ini,bacaan yang meluas perlu untuk menambah ilmu.
Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya mulai jelas sedikit
demi sedikit berkenaan tugasan ini. Setelah sesi soal jawab dan bimbingan di dalam kelas
bersama pensyarah, saya mula mendapat gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Menerusi
tugasan ini, saya dapat membina banyak kefahaman berkenaan konsep kaedah Struktural .
Walaupun masih tidak dapat menguasai sepenuhnya, namun saya akui tugasan ini banyak

17
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
membantu saya memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Saya akan berusaha untuk
sentiasa membuat bacaan bagi mengukuhkan penguasaan saya dalam cerpen ini.
Segala usaha dan penat lelah saya dalam menyelesaikan tugasan ini membuahkan hasil
apabila ianya telah lengkap dan siap untuk dihantar. Ia merupakan hasil daripada kerjasama
setiap ahli kumpulan yang tidak berbelah bahagi. Selain itu, pertolongan dan bimbingan
daripada pensyarah juga banyak membantu. Segala ilmu yang diajar dalam waktu kuliah sangat
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ulasan novel ini mengikut kehendak pensyarah.
Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan semasa kami menghantar salinan awal
laporan kertas kerja juga banyak membantu. Ulasan-ulasan yang diberikan oleh pensyarah
dalam waktu kuliah kami jadikan sebagai garis panduan dalam membuat tugasan-tugasan yang
diberikan.
Kelemahan
Antara kelemahan yang saya dapati sewaktu menyelesaikan tugasan ini ialah cerpen tulisan
A.Samad Said ini mempunyai aras yang tinggi dan perlu dihayati oleh pembaca. Ayatnya amat
mudah dan menggunakan banyak ayat sonsang. Oleh kerana saya lemah dalam mengkaji
aspek gaya bahasa maka saya perlu banyak mencari bahan dan maklumat tambahan
mengikut kaedah struktural. Saya perlu baca dengan teliti setiap baris ayat dan perkataan untuk
mencari gaya bahasa yang bertepatan dengan cerpen ini. Dan oleh kerana terlalu lama saya
tidak mengkaji cerpen sukar untuk saya memulakan analisis cerpen ini dengan baik. Saya
menjadi keliru antara plot dan teknik plot. Namun melalui sumber rujukan dan bacaan yang
berulangkali maka segala masalah ini dapat saya atasi dengan baik.
Selain itu, kesukaran mencari bahan membuatkan saya hampir berputus asa dan menyebabkan
saya perlu mencari bahan lain dari laman sesawang. Selain itu kekangan masa menyebabkan
saya berasa tertekan dalam menyiapkan tugasan kerana pada masa yang sama saya perlu
bertugas di sekolah setiap hari. Manakala masa selebihnya saya perlu menyiapkan tesis dan
tugasan yang lain.
Kekuatan
Antara kekuatan yang saya perolehi sewaktu menyiapkan kerja kursus ini saya peroleh
pengalaman dan ketahanan mental yang tinggi menyiapkan tugasan ini dengan jaya. Kerana
sepanjang tiga tahun kebelakangan ini pengalaman menjadi guru yang terbaik dalam kehidupan

18
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
saya sebagai siswazah pegajian jarak jauh. Malah banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang
mengkaji cerpen ini. Dalam masa yang sama membantu saya meningkatkan bahan bacaan
berkaitan sastera. Dan ilmu baharu yang saya perolehi ialah selain kaedah struktural terdapat
beberapa lagi kaedah sastera yang boleh dikaji oleh pembaca iaitu kaedah global dan kaedah
menghayati.
Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini
semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya
rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan merupakan
keperluan bagi seseorang guru bahasa. Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil mudah
terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa memastikan diri saya memberi fokus seratus
peratus terhadap apa yang disampaikan di dalam kelas. Saya mulai sedar masih banyak
kelemahan diri saya dalam bidang sastera.
Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan perubahan dalam
diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek yang dipelajari serta lebih rajin
untuk membuat latihan agar penguasaan dalam bidang Bahasa Melayu dapat dikukuhkan.
Saya akan cuba memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih
mendalam memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa
Melayu ini. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari
lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah yang mempunyai banyak
pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan
dijadikan ilmu sebagai mempersiapkan diri pada hai mendatang.
6.0 SUMBER RUJUKAN
1. Arbaie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn
Bhd.
2. A. Samad Said / Dr. Othman Puteh (1995).Hati Muda Bulan Muda.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka
3. Che Zainon Omar et.all (2005) Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 4
dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19
BMM 3163 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
4. Lim Swee Tin. 2001. Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen. Shah Alam : Cerdik Publications
Sdn. Bhd.
Internet
1.Mohammad Yaqin .(15 Jan 2013). Kaedah-Struktural-Global.dicapai pada 10 Febuari.Dari
http://www.slideshare.net/5015/kaedah-struktural-global.
2. Abdul majid Abdullah.(18 April 2012). Kaedah Struktural 2. Dicapai pada 20 Febuari 2015
dari https://www.scribd.com/doc/89924883/KAEDAH-STRUKTURAL-2.
3.Hashim Awang. Strukturalisme dalam ilmu sastera dan aplikasinya.Dicapai pada 22 Febuari
2015.darihttp://eprints.um.edu.my/666/1/Strukturalisme_dalam_ilmu_sastera_dan_aplikasinya_
Hashim_Awang_UM.pdf.
4. .Bab II Penulisan dan kajian berkaitan. dicapai pada 26 febuari 2015
http://studentsrepo.um.edu.my/2544/3/BAB_2.pdf.
7.0 LAMPIRAN

You might also like