You are on page 1of 8

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Oleh yang
demikian, wujudnya pelbagai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Bahasa
Melayu telah dipilih

sebagai Bahasa Kebangsaan yang telah termaktub dalam

perlembagaan. Dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menyebut


bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.
Oleh itu, segala upacara yang rasmi seperti perhimpunan, mesyuarat dan suratmenyurat

haruslah

menggunakan

Bahasa

Melayu

yang

standard.

Walaubagaimanapun, penggunaan Bahasa Melayu yang standard atau baku tidak


digunakan secara menyeluruh di semua tempat. Ini disebabkan oleh wujudnya
pelbagai perbezaan mengikut negeri-negeri yang terdapat dalam negara ini. Setiap
rakyat negara ini menggunakan bahasa pertuturan yang berbeza mengikut kawasan.
Bahasa pertuturan ini disebut sebagai dialek .
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, dialek bermaksud satu bentuk bahasa
yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza
daripada bahasa standard, atau disebut juga sebagai loghat. Antara dialek yang
terdapat di Malaysia ialah, dialek kelantan, dialek Terengganu, dialek Perak, dialek
Utara dan sebagainya. Kewujudan dialek ini dipengaruhi daripada persekitaran dan
bahasa pertuturan yang telah lama digunakan semenjak mereka lahir lagi. Namun
begitu, kepelbagaian dialek Bahasa Melayu menyebabkan sebutan mereka sukar
difahami. Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan dialek JohorRiau sebagai sumber sehingga menjadi asas kepada Bahasa Melayu baku yang
digunakan sekarang.

1.2 Batas Kajian


Tugasan BMM 3108 di bawah tajuk Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
telah diberikan kepada pelatih PISMP ambilan Januari 2009. Tugasan ini
merangkumi kajian terhadap penggunaan dialek dan sebutan Melayu baku yang
digunakan oleh masyarakat dalam negara ini. Oleh itu, saya telah mencari pelbagai
maklumat di internet, buku rujukan dan perpustakaan bagi menyiapkan tugasan ini.
Tugasan meminta kami menjalankan analisis terhadap dua dialek yang
terdapat di Malaysia. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang terdapat dalam
dialek yang telah dipilih. Contohnya seperti dialek Terengganu dengan dialek
Kelantan atau dialek Perak dengan dialek Melaka.
Selain itu, kami diminta membuat satu rakaman secara audio-visual mengenai
cerita-cerita prosa klasik masyarakat Melayu lama. Kemudian, rakaman yang telah
dibuat akan dianalisis dari sudut simbol fonetik dan fonologi mengikut dialek Bahasa
Melayu yang telah dipilih. Hasil rakaman akan ditranskripsi satu peranggan
sepanjang 150-200 patah perkataan.

1.3 Definisi Sebutan Baku.


Sebelum melangkah lebih jauh lagi, kita akan melihat dahulu definisi setiap
perkataan. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan baku ini membawa pengertian
yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah.dan dapat dijadikan asas
perbandingan.
Selain itu, menurut Garvin dan Mathiot sesuatu bahasa itu adalah bahasa
baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum
serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut. Jelas di sini menyatakan
bahawa perkataan baku bermaksud satu perkara yang telah diterima dan
dipersetujui umum. Di mana, sesuatu perkara yang telah dibincangkan secara
beramai-ramai dan mendapat sokongan oleh semua.
Manakala sebutan baku pula bermaksud, menurut Profesor Nik Safiah Karim
Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang
daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan
tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan
masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan
Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah
mempunyai sifat-sifat tersendiri.
Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi.
Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan
pemelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara, siaran melalui
media elektronik.
Secara

kesimpulannya

dapatlah

ditafsirkan

bahawa,

sebutan

baku

merupakan satu bahasa yang telah diterima dan dipersetujui oleh semua pihak
walaupun masing-masing mempunyai bahasa pertuturan yang berbeza mengikut
dialek

negeri

masing-masing.

Semua

negeri

bersatu

untuk

memilih

dan

menggunakan satu bahasa pertuturan yang sama. Di sini, dialek Johor-Riau telah
dijadikan sebagai pedoman dan panduan dalam pembinaan bahasa Melayu yang
standard.

1.4 Latar Belakang Bahasa Melayu Baku.


Sebelum membuat pemilihan mengenai sesuatu perkara, kita haruslah
mengadakan perbincangan dengan semua pihak bagi mendapatkan persetujuan
ramai. Ini bertujuan bagi mengelakkan percanggahan atau perselisihan pendapat
antara beberapa pihak yang boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku
dalam negara ini. Oleh itu, satu persidangan yang melibatkan semua kaum di
Malaysia telah diadakan bagi memilih Bahasa Kebangsaan secara rasmi. Bahasa
Melayu Baku telah wujud selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Bahasa Melayu baku telah dijadikan sebagai bahasa pertuturan rasmi bagi
negara ini. Bahasa Melayu baku telah dicipta berikutan wujudnya kepelbagaian
bahasa mengikut daerah yang disebut dialek . Bahasa Melayu baku telah
dijadikan sebagai bahasa standard bagi mengelakkan kekeliruan disebabkan oleh
penggunaan dialek daerah yang sukar untuk difahami oleh sesetengah pihak.
Rentetan bahasa Melayu baku mula diselaraskan apabila gagasan mula
diketengahkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura
dan di Johor Bahru pada tahun 1956. Penekanan terhadap ejaan dan bunyi sebutan
juga jelas tercatat dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka (pindaan 1972).
Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang sebutan baku melalui bengkel dan
seminar sejak awal RMK4 (1981). Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun
1987 antara DBP dengan PLM, dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perumusan
tentang pedoman sebutan baku turut dilakukan oleh sebuah jawatankuasa teknikal
antara DBP dengan

Pusat Perkembangan

Kurikulum (PPK), Kementerian

Pendidikan Malaysia, dan pakar bahasa. Penggunaan sebutan baku di sektor


pendidikan di Malaysia dilaksanakan bermula pada penggal kedua persekolahan
dalam tahun 1988.

1.5 Matlamat Pembakuan sebutan Bahasa Melayu


Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan
cara penyebutannya. Sebutan bahasa Melayu baku harus digunakan oleh semua
pihak di negara ini bagi menyelaraskan cara sebutan yang betul. Terdapat beberapa
matlamat yang ingin dicapai dalam pembakuan sebutan bahasa Melayu. Pertama
ialah, mewujudkan satu variasi sebutan bahasa Melayu baku dalam situasi formal.
Penggunaan bahasa Melayu baku harus digunakan dalam mana-mana situasi
formal seperti, perhimpunan, majlis rasmi dan sebagainya. Ini kerana, penggunaan
bahasa Melayu baku memudahkan kita untuk memahami sesuatu majlis yang
sedang dijalankan. Secara tidak langsung, kita tidak memerlukan masa yang lama
untuk memberikan tindak balas terhadap majlis yang sedang dijalankan kerana
dapat memahami bahasa yang sedang dituturkan.
Kedua

ialah meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam

kalangan semua pengguna Bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai
bahasa rasmi negara. Oleh yang demikian, semua rakyat negara ini haruslah
bertutur dalam Bahasa Melayu. Apabila kita bertutur dalam bahasa Melayu ketika
berkomunikasi, kita akan dapat meningkatkan kecekapan berbahasa dalam bahasa
Melayu. Ini khususnya kepada orang bukan Melayu seperti kaum Cina dan India.
Mereka

akan bertambah mahir bertutur dalam bahasa Melayu sekiranya

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam kehidupan harian


mereka.
Selain itu, sistem dan struktur bahasa Melayu perlu dimantapkan supaya
sistem sebutan menjadi lebih mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan
pembakuan tatabahasa, kosa kata,

sistem ejaan dan laras bahasa. Melalui

pertuturan dalam bahasa Melayu baku, kita dapat memantapkan sistem bahasa
yang terdapat dalam Bahasa Melayu itu sendiri. Selain itu, kita akan dapat
memahami sesuatu konsep bahasa dengan lebih mendalam dan memahaminya.
Kita bukan sahaja tahu bertutur dalam bahasa Melayu malah dapat memahami
maksud dari pertuturan kita itu.

Keempat ialah, menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta


mengurangkan

penggunaan

pelbagai

variasi

dan

gaya

sebutan

serta

menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran


di peringkat sekolah. Penggunaan bahasa Melayu baku dapat memberi banyak
kesan positif kepada kita. Penggunaan dialek daerah tidak sesuai digunakan ketika
majlis-majlis rasmi. Ini kerana, terdapat sesetengah pihak yang tidak dapat
memahami dialek yang didengar. Selain itu, penggunaan dialek akan menyebabkan
kita menerima maklumat yang salah ekoran daripada tafsiran yang tidak tepat.
Ini khususnya kepada para guru yang menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Para guru haruslah menggunakan bahasa Melayu baku
ketika menyampaikan sesi pengajaran. Ini kerana, murid-murid sukar untuk
memahami ilmu yang disampaikan oleh guru apabila guru itu bertutur menggunakan
dialek daerah. Contohnya, guru yang berasal dari negeri Kelantan sedang mengajar
sebuah sekolah di negeri Johor. Di sini akan berlaku kesulitan kepada murid-murid
untuk

memahami

pelajaran

yang

disampaikan

sekiranya

guru

tersebut

menggunakan dialek Kelantan ketika berkomunikasi dalam kelas.


Kesimpulannya, penggunaan bahasa Melayu baku merupakan suatu perkara
yang penting terutamanya ketika sedang berkomunikasi dengan orang di sekeliling
kita bagi mengelakkan kekeliruan dan tafsiran yang salah terhadap komunikasi yang
sedang berjalan.

1.6 Pelaksanaan Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu


Di dalam perlembagaan telah dinyatakan bahawa Bahasa Melayu dijadikan
sebagai Bahasa Kebangsaan negara. Ini bermaksud, Bahasa Melayu telah dijadikan
sebagai bahasa pertuturan yang harus digunakan di mana-mana majlis rasmi yang
di adakan di negara ini. Oleh itu, penggunaan dialek daerah tidak boleh digunakan
ketika majlis-majlis rasmi kerana sukar difahami dan boleh mengundang kekeliruan
kepada pendengar. Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan telah
dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Pada 31 Ogos
1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga diperkenalkan. Dasar Pelajaran
Kebangsaan pula dilaksanakan pada 1970 di mana istilah Bahasa Malaysia
diperkenalkan di sekolah dan dalam segala urusan rasmi. Minggu Bahasa dan Bulan
Bahasa diadakan dengan cogan kata Bahasa Jiwa Bangsa.
Media massa memainkan peranan yang penting dalam menjayakan
pembakuan sebutan bahasa Melayu. Media massa terdiri daripada surat khabar,
rancangan di televisyen dan sebagainya. Melalui media massa, kita dapat
meluaskan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Sebagai contoh, rancangan yang terdapat dalam televisyen seperti berita. Pemberita
haruslah menggunakan bahasa Melayu baku ketika sedang menyampaikan
maklumat. Ini bagi menjaminmaklumat yang disampaikan dapat diterima dengan
baik. Selain itu, pihak televisyen harus memperbanyakkan iklan yang berkaitan
dengan penggunaan bahasa Melayu baku. Melalui iklan seperti ini, para penonton
dapat mempelajari cara dan sebutan bahasa Melayu baku yang sebenar. Secara
tidak langsung, iklan ini dapat memberi kesedaran kepada penonton tentang
kepentingan bahasa Melayu baku dalam berkomunikasi.
Pihak kerajaan harus mengadakan pelbagai program yang berkaitan dengan
penggunaan bahasa Melayu baku. Contohnya, Bulan Bahasa Baku yang dapat
memartabatkan lagi penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan rakyat di
negara ini. Selain itu, pihak kerajaan juga disarankan untuk mengadakan kempenkempen yang berkaitan dengan program memperkasakan bahasa Melayu baku.
Para guru turut memainkan peranan penting dalam pelaksanaan bahasa Melayu
baku.

Guru

boleh

menggunakan

medium

pengajaran

dalam

kelas

untuk

memperkasakan bahasa Melayu baku. Sebelum meminta murid-murid bertutur

menggunakan bahasa baku, guru itu sendiri harus menjadi contoh kepada muridmurid dalam penggunaan bahasa Melayu baku. Guru harus menggunakan bahasa
Melayu baku ketika menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dalam menjayakan
pelaksanaan bahasa Melayu baku agar dapat digunakan oleh semua golongan
dengan baik.

You might also like