You are on page 1of 23

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

ALAT PENGERING HASIL LAUT SOLAR DARI TIN MINUMAN.


Oleh: Noor Haslida binti Padzil
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.
2015

1. PENDAHULUAN
Pengeringan merupakan proses penurunan kadar air bahan sehingga mencapai
kadar air tertentu sehingga dapat melambatkan kadar kerosakan produk akibat aktiviti
biologi dan kimia. Pengeringan pada dasarnya merupakan proses perpindahan tenaga
yang digunakan untuk menguapkan air yang berada dalam bahan, sehingga mencapai
kadar air tertentu agar kerosakan bahan dapat diperlambat. Kelembapan udara
pengering harus memenuhi syarat iaitu sebanyak 55% - 60% (Pinem, 2004).
Menurut Hasibun (2005) bahawa bahasa pengeringan merupakan penghidratan,
yang bererti menghilangkan air dari suatu bahan. Proses pengeringan atau
penghidratan berlaku apabila bahan yang dikeringkan kehilangan sebahagian atau
keseluruhan air yang dikandungnya. Proses utama yang terjadi pada proses
pengeringan adalah pengewapan. Penyejatan berlaku apabila air yang dikandung oleh
suatu bahan teruwap, iaitu apabila panas diberikan kepada bahan tersebut. Panas ini
boleh diberikan melalui pelbagai sumber, seperti kayu api, minyak dan gas, arang baru
ataupun tenaga solar.
Ditambah penjelasan menurut Juliana dan Somnaikubun (2008), pengeringan
adalah suatu kaedah untuk mengeluarkan atau menghilangkan sebahagian besar air
dari suatu bahan melalui penerapan tenaga panas. Pengeringan dapat dilakukan
dengan memanfaatkan tenaga solar (pengeringan semula jadi) dan boleh juga
dilakukan dengan menggunakan peralatan khas yang digerakkan dengan tenaga
elektrik. Proses pengeringan bahan dipengaruhi oleh luas permukaan bahan, suhu
pengeringan, aliran udara, tekanan wap air dan sumber tenaga yang digunakan serta
1

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


jenis bahan yang akan dikeringkan. Nilai pemakanan makanan yang kering akan lebih
rendah jika dibandingkan dengan makanan yang segar.
Pengeringan akan menyebabkan berlakunya perubahan warna, tekstur dan
aroma. Pada umunmya bahan yang diikeringkan akan mengalami pemerangan
(browning) yang disebabkan oleh reaksi-reaksi non-enzim. Pengeringan menyebabkan
kadar air bahan menjadi rendah yang juga akan menyebabkan zat-zat yang terdapat
pada bahan seperti protein, lemak, karbohidrat dan mineral akan lebih tertumpu.
Vitamin-vitamin yang terdapat dalam bahan yang dikeringkan akan mengalami
penurunan kualiti, hal ini disebabkan, berberapa vitamin yang tidak tahan terhadap
suhu tinggi. Proses pengeringan yang berlangsung pada suhu yang sangat tinggi akan
menyebabkan berlakunya case hardening, iaitu bahagian permukaan bahan sangat
kering bahkan keras sedangkan bahagian dalamnya masih basah. Ikan masin perlu
dikeringkan untuk membolehkan ikan-ikan tersebut disimpan lebih lama kerana pada
kadar kegiatan air (water activity) yang rendah pertumbuhan kulat, bakteria, ulat dan
serangga dapat dikurangkan.
Secara tradisional, ikan dijemur untuk dikeringkan, tetapi cara pengeringan ini
terlalu bergantung pada keadaan cuaca, perlu banyak pengendalian dan ikan terdedah
pada kekotoran, serangga dan binatang. Alat pengering biasa boleh juga digunakan
tetapi memerlukan kos pengeringan yang tinggi. Penggunaan alat pengering suria
merupakan

kaedah

pengeringan

berterusan

yang

boleh

mengurangkan

kos

pengeringan. Malaysia menerima cahaya matahari untuk tempoh yang agak panjang
(12 jam) dengan tenaga purata sebanyak 0.45 kW setiap meter persegi permukaan.
Suhu udara pada permukaan alat pengumpul haba yang rata (flat-plate solar panel)
boleh mencapai 78C. Manakala di dalam ruang pengeringan suhu turun menjadi 47C49C (Mohd. Zainal. 1983). Dalam keadaan begini tenaga bahan pembakar tidak
diperlukan untuk menaikkan suhu udara bagi tujuan pengeringan. Pengeringan bahan
pertanian dan makanan dengan alat pengering suria telah didapati berjaya. Bahanbahan seperti padi, ubi kayu racik, kacang tanah, laksa, labu manis, mihun, kopi,
keropok dan tembakau telah dapat dikeringkan dengan mutu yang memuaskan (Mohd.
Zainal, Salma, W. Rahimah, Ruslina dan Zahara. 1985).
2

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


Pada peringkat kecilan (kurang daripada satu tan bahan muatan), penjimatan
kos operasi pengeringan ialah 32%-40%, manakala pada peringkat kilang (2500 tan
padi setahun) penjimatan kos dapat mencapai 75% (Mohd. Zainal, 1983; Chong,
komunikasi peribadi, 1986). Memandangkan pencapaian yang begitu menggalakkan,
kajian tentang pengeringan komoditi-komoditi lain seperti ikan masin dan ikan bilis
dengan tenaga suria telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kesan
suhu pengeringan terhadap masa dan kadar pengeringan serta perolehan ikan kering
dan ikan bilis selepas pengeringan.
Alat pengering hasil laut solar merupakan rekacipta model yang dilengkapi ciriciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.
Model yang dicipta juga menggunakan bahan terpakai seperti tin aluminium, gentian
kaca dan cat hitam. Selain itu juga, ia dapat menguruskan sumber ke arah
meningkatkan kecekapan dan penjimatan bahan api dan secara tidak langsung dapat
memulihara alam sekitar. Aplikasi tenaga solar di negara kita kini pada tahap sangat
rendah sedangkan ia berpotensi tinggi dan boleh dimanfaatkan.

2. PERNYATAAN ISU
Pada masa kini hampir 80 peratus daripada sumber-sumber tenaga adalah
daripada tenaga fosil seperti petroleum, arang batu dan gas asli. Pada masa yang
sama, sumber tenaga ini mengambil masa terlalu lama untuk dihasilkan secara
semulajadi. Oleh itu penggunaan sumber tanaga yang boleh diperbaharui termasuklah
tenaga solar mestilah digalakkan. Di ketahui umum bahawa solar adalah murah dan
boleh didapati di mana-mana sahaja di Malaysia dan ianya selamat malah ia tidak
berbahaya kepada persekitaran. Kajian pembinaan alat pengering hasil laut solar ini,
diharap dapat menjadi sumber alternatif kepada sumber tenaga yang sedia ada.

3. OBJEKTIF PROJEK
3

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


Terdapat tiga objektif kajian menguji keberkesanan penggunaan alat pengering hasil
laut solar, objektif-objektif berikut perlu dicapai di penghujung kajian ini.
i.

Menghasilkan tenaga alternatif daripada tenaga matahari di mana haba daripada

ii.

matahari digunakan dalam pengeringan bahan makanan.


Menguji pencapaian suhu maksimum yang boleh dihasilkan melalui penggunaan

iii.

alat pengering hasil laut solar ini.


Menguji penggunaan bahan terbuang dalam penghasilan kotak solar untuk
meningkatkan suhu.

4. TINJAUAN LITERATUR
Tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada
cahaya matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional
sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan
tenaga lain. Tenaga matahari sekarang digunakan dalam beberapa penggunaan
antaranya pemanasan (air panas, pemanasan bangunan, masakan), generasi elektrik
(fotovoltik, enjin pemanasan) dan penyahmasinan air laut.
Kegunaannya semakin meluas tatkala kesedaran mengenai kos persekitaran
dan bekalan terhad oleh sumber tenaga lain seperti bahan api fosil. Alat Pengering
Hasil Laut solar merupakan satu alternative yang digunakan untuk menggantikan
kaedah pengeringan secara konvensional. Ia menggunakan tenaga solar sebagai
medium utama dalam proses mengering. Alat Pengering Hasil Laut solar merupakan
satu alat pengering mesra alam dan tidak menyebabkan pencemaran terhadap alam
sekitar serta menjimatkan kos kerana tiada bahan api seperti kayu, arang batu atau gas
digunakan.
Alat pengering hasil laut solar ini menggunakan sumber alternative iaitu daripada
cahaya matahari untuk proses pengeringan. Tenaga alternative adalah bermakna
tenaga yang terjana daripada sumber bukan berasaskan bahan api asli seperti
petroleum ataupun arang batu. Lazimnya, tenaga alternative adalah merupakan tenaga
daripada unsur-unsur seperti tenaga angin, tenaga hidro, tenaga solar dan juga tenaga
4

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


nuklear. Tenaga solar yang diperoleh daripada pancaran cahaya matahari mempunyai
potensi luas di Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang menerima cahaya
matahari sepanjang tahun dengan suhu setinggi 27 C.
Kajian ini dihadkan dengan hanya menguji keberkesanan alat pengering hasil
laut solar terhadap suhu persekitaran iaitu terhadap suhu persekitaran di kawasan
perkampungan nelayan, Kota Kuala Muda, Kedah. Kajian ini dilakukan kawasan pesisir
pantai yang menerima cahaya matahjari tanpa dilindungi oleh baying-bayang atau apaapa sahaja objek yang boleh menghalang cahaya matahari ke atas alat pengering hasil
laut solar, kajian dilakukan bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Tenaga suria ialah tenaga yang percuma dan tidak terbatas. Tenaga suria tidak
menghasilkan pencemaran, tidak memerlukan modal yang tinggi serta menggunakan
bahan kitar semula. Di Malaysia, kita menerima cahaya matahari melebihi 6 jam sehari
sepanjang tahun. Oleh itu, tenaga suria amat berpotensi untuk digunakan di Malaysia.
Penggunaan alat pengering hasil laut solar boleh menggurangkan pengeluaran karbon
dioksida ke atas alam sekitar.
Alat pengering hasil laut solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim
panas seperti Malaysia dan mempunyai banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar
sebagai sumber tenaga alternatif yang murah, menggurangkan penggunaan bahan api
dari kayu ,tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas. Alat
pengering hasil laut solar ini juga menjadikan hasil laut yang dikeringkan lebih bersih
dan tidak tercemar kerana ia bertutup dan dilindugi dari serangga perosak seperti lalat
dan lipas. Oleh itu, kesihatan pengguna akan lebih terjamin.
Kaedah mengering menggunakan tenaga suria digunakan secara meluas di
negara-negara membangun sebagai alternatif bagi menggantikan panggunaan kayu,
arang kayu, arang batu atau bara api. Penggunaan bahan bakar ini menimbulkan
pencemaran yang memeberi kesan terhadap alam sekitar, kesihatan orang ramai dan
menggunakan kos yang tinggi.
Terdapat tiga prinsip asas bagi pembinaan asas bagi kotak solar iaitu :
5

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


i.

Cahaya matahari
Alat pengering hasil laut solar akan diletakan di kawasan yang panas.
Alat pengering hasil laut solar tidak dapat berfungsi apabila hari mendung
atau pada waktu malam. Jumlah kemasukan tenaga matahari ke dalam

ii.

alat pengering hasil laut solar bergantung kepada rekabentuk kotak solar.
Menukar cahaya matahari kepada tenaga haba
Permukaan gelap seperti warna hitam digunakan pada alat pengering
hasil laut solar serta permukaan yang berkilat seperti tin aluminium dapat
membantu dalam proses penyerapan cahaya matahari dan akan

iii.

ditukarkan kepada haba untuk mempercepatkan proses pengeringan.


Pemerangkapan haba.
Bahan seperti plastik atau kaca boleh digunakan untuk menyerap cahaya
matahari dan ditukarkan kepada haba. Plastik atau kaca akan
memerangkap haba yang terdapat pada alat pengering hasil laut solar.
Cahaya matahari akan diserap oleh rak pengering hasil laut solar serta
kotak solar yang diletakkan di bawah rak, kemudian cahaya matahari
akan ditukarkan kepada tenaga haba dan memanaskan hasil laut di
dalam rak yang terdapat di atas kotak solar. Tenaga haba akan
terperangkap di dalam kotak solar yang bertutup kerana haba tidak dapat
melepasi penutup kaca yang digunakan untuk kotak solar. Haba yang
terperangkap dalam kotak solar akan bertindak balas dengan permukaan
yang berwarna gelap dan menghasilkan haba.

5. KAEDAH KAJIAN
Kaedah metodologi ini merangkumi kaedah dan pendekatan yang digunakan
untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Setiap perkara yang dirancang
semestinya mempunyai kaedah atau prosedur yang betul bagi mencapai matlamat atau
tujuan yang telah ditetapkan. Metodologi bagi projek ini adalah seperti yang tertera di
bawah:
Pada peringkat awal, proses pemilihan tajuk amatlah penting. Ini kerana ia akan
mempengaruhi objektif atau tujuan yang sebenarnya.

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

Proses selanjutnya adalah perlaksanaan projek yang telah dibincangakan dan


kerja-kerja mencari malkumat dan bahan-bahan yang berkaitan dengan projek
yang ingin dilaksanakan.
Proses kerja-kerja mereka bentuk, menguji serta membuat jadual hasil bagi

kajian tersebut supaya data tersebut boleh dianalisis.


5.1 Sampel atau respondan
Respondan terdiri daripada masyarakat nelayan di perkampungan nelayan yang
terletak di pesisir pantai Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah. Mereka terdiri
daripada golongan berpendapatan rendah dan terlibat dengan aktiviti penghasilan
ikan asin.

Rajah 1: Lokasi kajian

5.2 Instrumen kajian


a) Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kotak solar ialah:

1 tetingkap bersaiz 117cm x 69 cm (kitar semula). Pemilihan tetingkap sebagai


bingkai

kotak solar akan menentukan bilangan tin yang diperlukan.

Untuk saiz tetingkap ini, bilangan tin aluminium yang diperlukan adalah 72 unit.

Kayu bersaiz 2x4 inci.

Penebat tembaga

Gentian kaca merupakan penutup bagi kotak solar ini. Gentian kaca digunakan
agar haba yang dapat masuk lebih banyak untuk diperangkap di dalam kotak
solar.

2 x 2.5 inci lubang (pada bahagian bawah)


7

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

1 x 3 inci lubang untuk pemasangan kipas computer (pada bahagian atas)

Logam Duct Tape (untuk pemasangan dan tin kedap akhir)

inci papan lapis (untuk bahagian belakang kotak) dalam kes ini pengukuran
adalah 2x4 inci.

Cat hitam (kira-kira 2 tin adalah mencukupi untuk 72 tin pelbagai dan mengecat
kotak solar.

Sekeping zink.

Jaring aluminium (untuk membina tray).

2 v kipas komputer.

3 v sel solar (s).

skru

b) Peralatan yang diperlukan


Pistol skru
Pemotong tin
Gam Pistol
2 dan 5/8 inci lubang gerek gerudi.
Gergaji tangan atau gergaji elektrik
Pengapit
Sesiku L
Pita ukur
Pensil
c) Langkah penghasilan:

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

Langkah 1- Bina kotak solar bersaiz 117cm x 69cm. Saiz kayu ialah 2x4 inci.

Langkah 2- Bina rangka alat pengering berdasrkan saiz kotak solar.

Langkah 3- Potong kayu pada kotak solar supaya dapat disambung pada alat
pengering.

Langkah 4- Pasangkan papan lapis di bawah kotak solar. Tebuk lubang pada kotak
solar untuk laluan udara.setelah itu, tebuk lubang dibahagian atas kotak solar mengikut
saiz kipas.
9

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

Langkah 5- Hasilkan tray menggunakan jaring aluminium.

Langkah 6- Potong zink dan letakkan di dalam kotak solar. Susun tin yang telah ditebuk
dan disambung di atas zink. Cat dengan warna hitam. Sangkutkan pada alat pengering.

Langkah 7- Pasangkan gentian kaca di atas kotak solar. Pasangkan bumbung pada
alat pengering.

Langkah 8- Pasang papan lapis di keliling alat pengering sebagai dinding dan pintu. Cat
untuk kemasan. Sedia untuk digunakan.
10

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


d) Prosedur Ujikaji Kotak Solar.
Prosedur untuk menjalankan ujikaji ke atas alat pengering hasil laut solar
menggunakan bahan aluminium sebagai bahan ujikaji ialah :
Jadual data untuk mengambil data bacaan suhu pada thermometer yang
diletakkan pada air dan kotak solar disediakan seperti berikut :
Masa

9am-

10am-

11am-

12pm-

1pm-

2pm-

3pm-

10am

11am

12pm

1pm

2pm

3pm

4pm

Suhu
Kotak
Solar
Suhu
Air

Peralatan dan bahan ujikaji disedikan seperti thermometer , air sebanyak 500ml

dan bikar.
Bahan untuk dibuat ujikaji pada hari tersebut akan dipasang dan diletakkan.
Kotak solar akan dipasangkan dengan thermometer pada dinding sebelah dalam
Air sebanyak 500ml sebagai sampel ujikaji dimasukkan ke dalam kotak solar.
Termometer juga diletakkan di dalam air untuk melihat suhu air .
Setelah itu, sampel air akan ditutupkan dengan penutup untuk menghalang

pengeluaran haba berlaku dan meningkatkan suhu air dengan cepat.


Selepas itu, penutup alat pengering hasil laut solar ditutupkan dengan rapat.
Setelah selesai, kotak solar diletakkan dikawasan ujikaji.
Bacaan termometer iaitu suhu pada air dan kotak solar akan diambil setiap 1

jam. Bacaan suhu ini akan dicatatkan dijadul yang telah disediakan.
Ujikaji selesai setelah semua data telah diambil mengikut masa yang ditetapkan.
Ujikaji setiap bahan akan dilakukan dalam masa sekurang-kurannya tiga hari

untuk melihat keberkesanannya dengan mengulang langkah.


Setelah data diperolehi ujikaji ditukar dengan bahan ujikaji yang berbeza iaitu
gentian kaca dan bikar yang bercat hitam .

5.3 Perancangan tindakan

JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROJEK


11

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


ALAT PENGERING HASIL LAUT TENAGA SOLAR / CARTA GANTT
BIL.
1

PROSES / AKTIVITI

M1

M2

M3

M4

M1 M2 M3 M4

Meramalkan isu yang dijangkakan


berlaku.
Mencari

idea

sebagai

alternatif

penyelesaian masalah.
2

Merancang tugasan projek.


Menyediakan

3
4

kertas

cadangan

projek.
Perbincangan bersama pensyarah
berkenaan

idea

yang

ingin

diketengahkan.
5

Merancang mencari bahan dan


alatan.
Merancang prosedur penyediaan
projek.

Menulis draf projek.

Membina prototaip projek.

Menguji prototaip yang dibina.

Membincangkan

hasil

ujian

prototaip.
Membincangkan penambahbaikan
dan pengubahsuaian yang perlu
dilakukan.
10

Menjalankan penambahbaikan dan


pengubahsuaian.
12

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


11

Menjalankan

projek

dengan

menggunakan model yang telah


ditambahbaik dan diubahsuai.
12

Membentangkan hasil projek.

6. DAPATAN KAJIAN
6.1 Data mentah
Gambar-gambar di bawah merupakan hasil dapatan terhadap keberkesanan projek
alat pengering hasil laut solar. Gambar-gambar berikut di ambil sebelum dan selepas
penggunaan alat pengering hasil laut solar.

Gambar 1 :Keadaan sebelum kajian. Hasil laut terdedah dan kurang bersih.

13

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

Gambar 2 :Keadaan selepas kajian. Hasil laut lebih bersih dan kos dapat dijimatkan.

6.2 Analisa data


Keputusan Ujikaji Peringkat Pertama

Kajian pada peringkat pertama melibatkan ujikaji ke atas bahan-bahan yang


sesuai digunakan untuk pembentukan kotak solar yang paling efisien. Pada peringkat
ini bahan seperti aluminium, cat hitam dan gentian kaca adalah menjadi bahan utama
kajian.
6.2.1 Tanpa penggunaan Aluminium, Cat Hitam dan Gentian kaca
MASA

Suhu

9am-

10am-

11am-

12pm-

1pm-

2pm-

3pm-

10am

11am

12pm

1pm

2pm

3pm

4pm

42

48

54

56

59

57

53

40

43

46

50

55

53

50

Kotak
Suhu
Air

Jadual 6.2.1.1 : Bacaan suhu kotak dan air tanpa apa-apa bahan tambah
14

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


Daripada Jadual di atas didapati bacaan suhu maksimum dicatatkan pada pukul
2 petang adalah 590C bagi suhu kotak dan 55 0C bagi suhu air. Manakala suhu minimum
dicatatkan pada pukul 10 pagi iaitu 420C bagi suhu kotak dan 400C bagi suhu air.

6.2.2 Penggunaan Gentian kaca


MASA

Suhu

9am-

10am-

11am-

12pm-

1pm-

2pm-

3pm-

10am

11am

12pm

1pm

2pm

3pm

4pm

41

44

55

58

62

42

46

39

40

53

56

60

55

53

Kotak
Suhu
Air

Jadual 6.2.2 : Bacaan suhu kotak dan air dengan penggunaan gentian kaca.
Daripada Jadual di atas didapati suhu maksimum yang dicapai adalah pada
pukul 2 petang dengan bacaan suhu kotak 62 0C dan suhu air 600C. Manakala suhu
minimum dicatatkan pada pukul 10 pagi dengan bacaan bagi suhu kotak 41 0C dan suhu
air 390C.
6.2.3 Penggunaan Gentian Kaca dan Cat Hitam
MASA

Suhu

9am-

10am-

11am-

12pm-

1pm-

2pm-

3pm-

10am

11am

12pm

1pm

2pm

3pm

4pm

45

47

55

62

65

58

52

42

45

53

60

64

62

55

Kotak
Suhu
Air
15

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

Jadual 6.2.3 : Bacaan suhu kotak dan air dengan penggunaan gentian kaca dan cat
hitam
Daripada Jadual di atas didapati penggunaan gentian kaca dan cat hitam dapat
meningkatkan lagi suhu kotak dan air. Suhu maksimum bagi kotak dicatatkan pada jam
2 petang dengan bacaan 65 0C, manakala suhu air pula dapat mencapai nilai bacaan
sehingga 640C.
6.2.4 Penggunaan Aluminium, Gentian kaca dan Cat Hitam
MASA

Suhu

9am-

10am-

11am-

12pm-

1pm-

2pm-

3pm-

10am

11am

12pm

1pm

2pm

3pm

4pm

47

55

57

62

71

59

40

40

45

50

58

68

70

55

Kotak
Suhu
Air

Jadual 6.2.4 : Bacaan suhu kotak dan air dengan penggunaan aluminium, gentian
kaca dan cat hitam
Daripada Jadual diatas didapati penambahan aluminium dapat meningkatkan
lagi suhu kotak dan suhu air dengan nilai bacaan maksimum 71 0C bagi suhu kotak yang
dicatatkan pada jam 2 petang manakala suhu air mencapai nilai maksimum pada jam 3
petang dengan bacaan 700C.

16

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

6.2.5 Perbandingan suhu kotak dan air terhadap penggunaan bahan

Rajah 6.2.5 (i) : Graf perbandingan suhu kotak terhadap penggunaan bahan
Graf diatas menunjukkan perbezaan bacaan suhu yang dicatatkan hasil daripada
ujikaji yang dijalankan. Daripada graf diatas, dapat dilihat perbandingan suhu kotak
solar tanpa bahan tambahan dan dengan bahan tambahan iaitu penggunaan gentian
kaca, cat hitam dan juga aluminium. Terdapat perbezaan bacaan iaitu penggunaan
bahan tambahan dan tanpa bahan tambahan. Bagi penggunaan kotak solar tanpa
bahan tambahan, bacaan suhu tertinggi yang dicatatkan ialah 59 0C bagi suhu didalam
kotak.
Bagi pengunaan kotak solar dengan penggunaan gentian kaca suhu yang
tertinggi dicatatkan ialah 620C didalam kotak. Ini menunjukkan bahawa penggunaan
gentian kaca sedikit sebanyak mempengaruhi bacaan suhu didalam kotak. Bagi
penggunaan cat hitam dan gentian kaca suhu tertinggi yang dicatatkan ialah 65 0C. Dan
bagi penggunaan aluminium, gentian kaca dan cat hitam suhu tertinggi yang dicatatkan
di dalam kotak ialah 710C. Daripada perbandingan ini dapat dilihat penggunaan bahan
untuk mereka bentuk kotak solar juga mempengaruhi suhu di dalam kotak.

17

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143

Rajah 6.2.5 (ii) : Graf perbandingan suhu air terhadap penggunaan bahan
Daripada graf di atas menunjukkan tanpa bahan tambahan suhu air dapat
dicapai sehingga 550C. Dengan penggunaan gentian kaca pula, suhu tertinggi
dicatatkan ialah 600C.
Bagi penggunaan cat hitam dan gentian kaca suhu tertinggi air yang dicatatkan
ialah 640C, dan bagi penggunaan aluminium, gentian kaca dan cat hitam suhu tertinggi
yang dicatatkan ialah 700C. Daripada graf dapat dilihat perubahan suhu semakin
meningkat terhadap pengunaan bahan tambahan. Pengunaan cat hitam, gentian kaca
dan aluminium banyak mempengaruhi bacaan suhu di dalam kotak solar.
Bacaan suhu tertinggi dicatatkan pada waktu kemuncak iaitu pada pukul 1 hingga 2
petang.

7. PERBINCANGAN
18

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


7.1 Perbincangan Dapatan
Daripada analisis data yang diambil, di dapati penambahan aluminium dapat
meningkatkan lagi suhu kotak dan suhu air dengan nilai bacaan maksimum 71 0C bagi
suhu kotak yang dicatatkan pada jam 2 petang manakala suhu air mencapai nilai
maksimum pada jam 3 petang dengan bacaan 700C.
Ini menunjukkan pengunaan cat hitam, gentian kaca dan aluminium banyak
mempengaruhi bacaan suhu di dalam kotak solar.
Selain daripada penggunaan bahan tambahan yang digunakan untuk membuat
ujikaji, antara faktor yang mempengarhi bacaan suhu pada kotak solar dan sampel air
ialah cuaca. Ujikaji keberkesanan penggunaan alat pengering hasil laut solar ini telah
dilakukan ke atas sampel air untuk tujuan pengerinan. Semasa ujikaji dijalankan,
banyak faktor yang telah diambilkira antaranya faktor cuaca. Masalah cuaca seperti
mendung dan hujan juga menjadi faktor utama kerana ia melambatkan pengujian. Ujian
dilakukan dalam bulan Mac di mana menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Selangor)
keadaan cuaca adalah panas berbanding bulan yang lain. Bilangan hari hujan yang
direkodkan adalah rendah dan terdapat hari-hari hujan yang diiringi dengan ribut petir
pada sebelah malam. Ujikaji ini agak berkesan kerana dibuat pada hari yang menerima
cahaya matahari terik.
Pemilihan bahan tambah ini terpaksa ditukar-tukar untuk melihat bahan tambah
mana yang lebih sesuai digunakan pada alat pengering hasil laut solar tersebut untuk
penyerapan haba yang lebih baik supaya sampel ujikaji iaitu air boleh mencapai suhu
semaksimum mungkin. Bahan tambah yang digunakan untuk pengujian alat pengering
hasil laut solar seperti aluminium dan gentian kaca mempengaruhi bacaan suhu di
dalam kotak solar dan sampel.
Hasil kajian ini juga dapat dikaitkan dengan teknologi hijau di mana Teknologi hijau
adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi
menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah
karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air
19

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang
demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas
Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui
kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan.
Dengan terciptanya inovasi ini juga dapat mengurangkan penggunaan elektrik iaitu
alat pengering bagi mengeringkan hasil laut sekaligus

dapat mengurangkan

penggunaan tenaga seperti petroleum dan arang batu. Tambahan lagi ianya dapat
dapat membantu penduduk miskin mengurangkan kos mereka serta menjalankan
amalan berjimat cermat dalam kehidupan.

7.2 Cadangan dan Penambahbaikkan


Daripada bukti-bukti data yang saya perolehi, saya dapat membuat kesimpulan
bahawa projek alat pengering hasil laut solar ini dapat diperkemaskan lagi
pembuatannya serta mungkin dapat dikormesialkan oleh pihak-pihak yang berwajib
agar dapat membantu golongan miskin seperti masyarakat nelayan menjimatmatkan
kos mereka.
Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa projek ini dapat digunakan oleh
pengamal kajian mahupun NGO yang terlibat dengan projek-projek mesra alam dan
teknologi hijau agar dapat menjalankan kajian dan projek rintis dengan memberi nilai
tambah terhadap inovasi alat pengering hasil laut solar ini.
Selain itu, untuk kajian pada masa akan datang, saya mencadangkan agar rekaan
alat pengering hasil laut solar ini diberi nafas baru seperti menggunakan rangka
aluminium yang lebih ringan dan tahan lama. Namun demikian, ianya haruslah
dipastikan agar mesra pengguna, tidak melibatkan kos yang besar serta mesra alam.
Selain itu juga, saya mencadangkan agar projek penghasilan alat pengering hasil
laut solar diserapkan dalam subjek Sains di sekolah samada sekolah rendah mahupun
di peringkat menengah bagi mendedahkan murid dengan inovasi baru.
20

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


Menurut Wendy (1994), seorang penyelidik di bidang pendidikan seni, beliau
menyarankan supaya warga pendidik atau guru seni memperkenalkan penggunaan
bahan kitar semula di dalam pembelajaran seni untuk menggalakkan aktiviti mengitar
semula. Komitmen dalam aktiviti kitar semula dapat memberikan satu cabang baru dan
peluang dalam bidang pembelajaran seni. Wendy juga menyatakan bahawa mereka
yang terlibat dalam pendidikan seni juga bertanggungjawab membina kesedaran
kepada pelajar mengenai isu-isu sosial terutama sekali yang berkaitan dengan
permasalahan alam sekitar.
Dengan penggunaan bahan kitar semula dalam pembelajaran, para pelajar dapat
memperolehi satu pengalaman baru dan menjadi satu cabaran dalam menyelesaikan
hal-hal yang berkaitan penghasilan produk atau karya seni. la juga memberi kesedaran
kepada pelajar bahawa bahan-bahan kitar semula yang berkait rapat dengan kehidupan
seharian

merangkumi

ekologi,

pemuliharaan

alam

sekitar,

komunikasi,

serta

tanggungjawab kendiri.

8. KESIMPULAN
Kesimpulannya, daripada tempoh ujikaji keberkesanan penggunaan alat
pengering hasil laut solar untuk melihat tahap suhu maksimum yang boleh dicapai oleh
kotak solar tersebut selama dua minggu di kawasan perkampungan nelayan, Kota
Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah. Suhu tertinggi yang dicacatkan ialah 71C dan
suhu air pula ialah 70C. Ujikaji ini menunjukkan penggunaan bahan tambah iaitu
aluminium, gentian kaca dan cat hitam sebagai bahan untuk meningkatkan suhu kotak
ternyata memang berjaya kerana melalui gabungan penggunaan bahan tersebut, suhu
kotak telah meningkat secara mendadak.
Walau bagaimanapun, suhu yang didapati daripada hasil ujikaji ini masih rendah
dan penghasilan kotak solar seharusnya lebih besar. Oleh yang demikian kajian lanjut
perlu dilakukan terhadap bahan tambah yang sesuai kepada alat pengering hasil laut
solar untuk meningkatkan suhu disamping dapat mempercepatkan proses pengeringan
21

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


hasil laut. Kajian ini tidak terhad kepada penggunaan bahan tambah sahaja tetapi kajian
mengenai rekabentuk juga harus diteliti supaya sesuai dengan persekitaran kajian.

RUJUKAN
Abd Latif Md. Ahmad dan Che Mat Hadzar Mahmud, 1993. Pengenalan Peralatan
Elektrik dan Sistem Sukatan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cory Budischak, DeAnna Sewell, Heather Thomson, Leon Mach, Dana E. Veron,
Willett Kempton. Cost-minimized combinations of wind power, solar power and
electrochemical storage, powering the grid up to 99.9% of the time. Journal of
Power Sources, 2013; 225.
Guiavarh, A. dan Peupoptier, B., 2005. Photovoltaic collectors efficiency according to
their integration in buildings. Solar Energy (2006), pg 65-77.
22

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT SCE 3143


G.Z. Brown and Mark DeKay 2000. Sun, Wind and Light. Son &Wiley Publisher.
Jamaludin, M.J . 1996. Impak Pembangunan terhadap Alam Sekitar. Bangi; Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lockhart-Ball, H. (2005). World renewable energy congress VIII. WREN News I.
Retrieved September 10, 2009.
Rex A. Ewing (2003). Power with Nature: Solar and Wind Energy Demystified.
Pixyjack Press Publisher.
Slonim M. A. dan Slonim, A. A., 2006. Transient process in different types of solar
cell panels. Experimental investigation. Solar Energy Materials & Solar Cells
pages 90-93.
Solar Dryer. Diperolehi pada 27 Februari 2015. Daripada http://www.ammmcrc.org/publications/Solardryer.pdf
Solar Energy. Diperolehi pada 27
http://www.risoe.dk/rispubl/solenergi/sec-r-24.pdf

Februari

2015.

Daripada

Solar Tunnel Dryer For Dryign Fish. Diperolehi pada 27 Februari 2015. Daripada
https://www.youtube.com/watch?v=QyNTK66VXVQ
Steven J. Strong & William G. Scheller 1993. The Solar Electric House: Energy for
the Environmentally Responsive, Energy-Independent Home. Sustainability
Press.

23

You might also like