You are on page 1of 31

1.

Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik pada
abad ke-16 dan 17. Bandingkan .
Pengenalan
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh
individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang
individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan
England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad
ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah
pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini
mempunyai keunikan tersendiri.
Isi-isi

Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja
mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan
lambang perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. . Raja
England merupakan ketua gereja Kristian. Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan
Matahari. Malahan pada masa itu, Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak.
Sebaliknya Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Ini kerana Maharaja
Jepun telah menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192.
Menjelang abad ke- 17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja.
Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di
England dikenali sebagai Lord . Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai daimyo.
Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan
kelas pertama, bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan
dengan keluasan tanah yang dimiliki.
Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua daimyo yang dikenali sebagai
Shogun. Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo
Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan
sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di
bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara
yang terdiri daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali
sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri
daripada suku-suku Barat. Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan
mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem pembesar
feudal di Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.
Di Negara Jepun, daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam
bidang pentadbiran. Golongan daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang

diberikan oleh Shogun kepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di England


mengalami kemerosotan dengan kemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu
mengawal golongan bangsawan. Ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada
ketenteraan yang dibekalkan bangsawan kerana raja mempunyai tentera upahan. Namun
begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan . Raja telah memberi
gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke justeru kesetiaan
bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah member tanah
kepada daimyo untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan
tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight
dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di England mempunyai hak
untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan
samurai Jepun tidak mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur
berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki tetapi kekayaan golongan samurai diukur
berdasarkan jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah
golongan Knight di England adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka
dalam bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling
berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan
pahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai melibatkan diri dalam aktiviti
kesenian seperti tarian Kabuki.
Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun
dan England. Di England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein, manakala
golongan petani Jepun dikenali sebagai nomin. Di England golongan petani tidak mempunyai
tanah dan hanya mengusahakan tanah milik tuan tanah. Sebagai balasannya , tuan tanah akan
memberi mereka perlindungan dan jaminan keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun
mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyat jelata. Mereka memiliki tanah
sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan menyerahkan
sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untuk
menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar
cukai yang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil keluaran
sebagai cukai tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada Samurai untuk
mendapat jaminan keselamatan.
Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat perbezaan dan pesamaan dalam system feudal
yang menjadi amalan di Jepun dan England. Keduan-dua sistem feudal mempunyai keunikan
masing-masing.

2. Masyarakat Belanda abad ke-16 dan 17 menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan


pertanian. Bincangkan.
Pengenalan:
Masyarakat agraria merupakan masyarakat berasaskan pertanian, penternakan dan
pemungutan hasil hutan serta hasil dari sungai. Kebiasaannya, petempatan terbentuk di
sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit serta
kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan
ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip
II dari Sepanyol. Revolusi pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat
Belanda di Eropah. Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah dan pelabuhan
Amsterdam juga turut berkembang kesan daripada kemajuan ekonomi pada abad ke- 16 dan
17.
Isi-isi penting :
Masyarakat Belanda mengusahakan pertanian berskala kecil untuk dijual di pasaran tempatan
dan dipasarkan di bandar lain di Belanda. Pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran ditanam
ialah bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Biji kol menjadi tanaman yang mendapat
perhatian petani-petani Belanda kerana tanaman ini menguntungkan. Biji kol diproses untuk
menghasilkan minyak dan menjadi minyak yang penting bagi masyarakat Belanda
menjelang pertengahan abad ke17. Kawasan Zeeland dan Bogaurden banyak ditanam dengan
biji kol. Tanaman ini seterusnya ditanam di Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstein pada
abad ke-16 hingga abad ke-17
Masyarakat petani lebih memberi tumpuan kepada tanaman bijiin seperti gandum, barli dan
oat sebagai sumber pertanian yang utama di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani
Belanda menghasilkan gandum antara 1150 kg hingga 1900 kg bagi setiap hektar. Selain itu,
tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan. Manakala di
Amsterdam, tanaman jagung diusahakan. Hasil pertanian telah diekport ke luar negara. Walau
bagaimanapun keadaan ini berubah pada abad ke17, Belanda tidak dapat memenuhi
permintaan terhadap bijirin kerana pertambahan bilangan penduduk kesan dari migrasi
penduduk di wilayah selatan. Kegagalan ini telah menyebabkan Belanda mengimport bijirin
dari Baltik, Perancis dan wilayah Walloon.
Selain itu, dianggarkan satu perlima daripada masyarakat Belanda terlibat dalam industri
perikanan yang menguntungkan Belanda. Belanda terkenal sebagai sebuah negara yang
mengusahakan pembinaan kapal yang terbaik di Eropah. Buktinya , industri pembinaan
kapal di Belanda telah mendapat kepercayaan pedagang-pedagang Nngara Eropah pada abad
ke-17. Misalnya pada tahun 1630an, sebanyak 2500 kapal Belanda telah digunakan dan
jumlah ini merupakan separuh daripada jumlah perkapalan di Eropah.
Selain pertanian, masyarakat agraria Belanda juga menjalankan penternakan binatang.
Penternakan lembu susu telah diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu dan Belanda

merupakan tempat utama penternakan lembu. Misalnya, pengeluaran hasil tenusu di Holland
dan Friesland amat tinggi berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Belanda
adalah negara pengeluar hasil tenusu seperti mentega dan keju yang terbesar di dunia. Selain
dari lembu susu, lembu daging juga diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain
di selatan. Malahan, pengeksportan lembu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara
tahun 1500 hingga tahun 1660.
Menjelang abad ke-17, penanaman bunga seperti tulip dan hop juga dijalankan secara meluas.
Hal ini berikutan permintaan yang tinggi akibat peningkatan harga tulip antara tahun 1636
hingga 1637. Bunga hop pula ditanam secara meluas di sepanjang Sg Maas dan menjelang
abad ke 16, penanaman ini tersebar ke luar Belanda seperti pantai timur England iaitu di
Kent, Essex dan Surrey. Bunga hop digunakan dalam industri minuman keras sejak abad ke14 dan terdapat 21 buah kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun
1600 hingga 1621
Kesimpulan:
Masyarakat agraria Belanda sememangnya mengamalkan aktiviti ekonomi berasaskan
pertanian namun turut sama menjalankan aktiviti ekonomi lain. Perkembangan ekonomi
Belanda membolehkan Belanda muncul sebagai kuasa penjajah pada abad ke19.

3. Masyarakat Portugal mempunyai kebijaksanaan dalam bidang maritim pada abad ke


16 dan 17. Buktikan pernyataan ini.
Pengenalan
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti
berasaskan laut. Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan , perikanan, pengumpulan hasil
laut, perkapalan, penerokaan, penjelajahan dan aktiviti-aktiviti lain yang mempunyai kaitan
dengan kelautan. Kemunculan masyarakat maritim di negara Eropah dapat dikesan sejak abad
ke-15. Portugal muncul sebagai kuasa laut yang terunggul menjelang abad ke-16 . Orang
Portugis ialah bangsa Eropah terawal mempelopori pelayaran-pelayaran ke seberang laut
pada abad ke-15 .
Isi-isi penting
1. Kebijaksanaan dalam teknologi pelayaran
Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran.Masyarakat maritim
mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik
dan astrolabe.Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautical.
Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi
di Sagres.

2. Kebijaksanaan membina kapal


Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal. Mampu membina
kapal yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas. Kemajuan dalam
pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal
3. Kebijaksanaan memilih petempatan
Lazimnya masyarakat maritim tinggal di kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan
kepulauan. Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti
berkaitan dengan laut
4. Kebijaksanaan tokoh kepimpinan
Galakan pucuk pimpinan telah menjadikan Portugal kuasaa maritim hebat di Eropah. Putera
Henry atau dikenali sebagai Henry the Navigator banyak menghabiskan masanya
mempromosikan kegiatan penjelajahan.Beliau menubuhkan Akademi Laut di Sarges dan
mengundang ramai ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi serta astronomi dari luar
untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal
5. Kebijaksanaan ilmu pengetahuan/kajibintang
Masyarakat maritim portugal menguasai kemahiran penggunaan kompas dan dapat
membantu arah pelayaran. Mereka mencipta peta pelayaran yang lengkap tentang benua
eropah dan laut Mediteranean pada abad ke 15 yang memudahkan pelayaran.Kesannya
mereka dapat melalui tempat yang sukar dan membuka petempatan baharu
6. Kemahiran menguasai laut
Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk
mencari dan menguasai laluan laut ke Timur .Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri
Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah
7. Semangat inkuiri
Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan.Sanggup mengharungi lautan luas dan
belayar ke negara-negara lain. Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat
tempatan. Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang
dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru
8. Kebijaksanaan memilih kegiatan ekonomi berasaskan kelautan
Kegiatan utama masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan .Masyarakat maritim
membekalkan hasil tempatan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan.
Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan barang dagangan kepada pedagangpedagang asing yang singgah di pelabuhan.
Kesimpulan
Kekayaan dan kemakmuran yang dinikmati oleh Portugal sebagai kuasa maritim adalah
berpunca daripada kebijaksanaan bangsa Eropah tersebut. Ini menyebabkan bangsa Eropah
yang lain turut serta dalam penerokaan dan pelayaran .Kejayaan dalam maritim ini telah
membawa kepada kelahiran masyarakat industri di Eropah kerana kebanjiran masuk bahan
mentah dari tanah jajahan dan peluang pasaran.

Tema 2: Pemerintahan & Pentadbiran


1. Sejauhmanakah maharaja memainkan peranan penting dalam pemerintahan di negara
China pada abad ke 16 hingga 20.
Pengenalan
Negara China merupakan Negara yang mengamalkan raja dan monarki mutlak pada
abad ke 16 sehingga akhir abad ke 20. Sistem maharaja yang diamalkan ini memperlihatkan
pemerintahan beraja mengikut amalan yang diguna pakai oleh masyarakat China. Dalam
masyarakat China, sistem maharaja menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial dan
merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan.
Isi
Institusi beraja memperlihatkan kedudukan maharaja sangat penting dalam
masyarakat China, mempunyai kuasa yang cukup besar serta merupakan perlambangan
kedudukan kerajaan. Pegangan konsep beraja ini menjadi penentu kepada maharaja dalam
mempertahankan pemerintahannya.
Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of
haven atau mandat dari syurga. Maharaja dikatakan sebagai wakil dari syurga atau anak
syurga dan mendapat kuasa spiritual yang tidak terhingga. Konsep ini juga menjelaskan
bahawa maharaja dianugerahkan kuasa memerintah oleh tuhan. Melalui konsep mandat dari
syurga, maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat dan merupakan
individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga dianggap sebagai anak syurga
yang diberi mandat untuk memerintah di atas muka bumi.
Dalam bidang eksekutif, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar
kerajaan, melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, serta mengurniakan
gelaran. Maharaja China berkuasa mutlak dalam melantik pegawai-pegawai mentadbir
wilayah dan daerah yang menjalankan tugas di bawah arahannya. Pentadbiran dan
pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui sistem berpusat, iaitu kuasa pentadbiran pusat
berada di tangan maharaja yang seterusnya dipecahkan kepada beberapa unit, iaitu Sekretariat
Agung, Majlis Tertinggi (6 Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).
Bagi melicinkan pemerintahan, mahajara membahagikan pentadbiran kepada tiga
fasa, iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran tempatan di bawah
badan pengawas. Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang menjadi badan penasihat
utama dan terbahagi kepada enam kementerian, iaitu Kementerian Personal, Kementerian
Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan, dan
Kementerian Kerja Raya. Selain itu, demi memastikan amanah dan kesetiaan pembesar,
maharaja turut menubuhkan Lembaga Penapis yang bertindak sebagai mata dan telinga
kepada maharaja bagi memaklumkan segala aktiviti-aktiviti pembesar China.
Seterusnya, pada peringkat wilayah pula maharaja Ming membahagikan empayarnya
kepada 15 wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih kecil.
Struktur organisasi pentadbiran pada peringkat wilayah ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya

yang dibantu oleh dua orang pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Maharaja
Ming juga menyerahkan urusan pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai
tentera, dan pegawai pengawas. Selain itu, pentadbiran pegawai di daerah pula ditadbir urus
oleh 6 orang menteri yang terdiri daripada Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri
Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri Kerja-kerja Awam. Menteri tersebut
akan dibantu oleh gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai
tempatan.
Namun begitu, Dinasti Ching memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh
gabenor dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja. Pentadbiran
ketenteraan berada di bawah ilmu ketua suruhanjaya tentera yang mempunyai kuasa kawalan
ke atas wilayah tertentu. Malah, maharaja turut berperanan sebagai ketua tentera bagi seluruh
empayarnya. Hal ini dibuktikan melalui usaha maharaja untuk mempertahankan negara dari
serangan luar dan meluaskan empayar pada awal kemunculan Dinasti Ming.
Seterusnya, pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang
perundangan. Antara tugas maharaja ialah menggubal undang-undang, mengendalikan kes
rayuan serta memberi pengampunan kepada seseorang yang didapati bersalah. Sistem
perundangan China melaksanakan hukuman secara kolektif dan seseorang itu dianggap
bersalah sehingga terbukti dia tidak bersalah.
Di samping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara
seperti pungutan cukai, hasil bumi, perdagangan, dan sebagainya. Hal ini diperkuatkan lagi
dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja. Maharaja memainkan peranan penting
dalam urusan dasar luar Negara. Dasar pemerintahan maharaja ini membawa kepada
peluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China. Ini dapat dilihat melalui dasar
keterbukaan semasa Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat masuk berdagang di
China. Semasa pemerintahan Dinasti Ching, iaitu pada abad ke 19 dan awal abad ke 20,
Maharaja China menjalankan dasar tutup pintu atau konsep pengasingan. Hal ini jelas
menunjukkan peranan maharaja dalam menentukan dasar luar negara.
Maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Dalam bidang keagamaan,
maharaja merupakan ketua agama dan melantik ketua-ketua agama bagi mengendalikan hal
ehwal keagamaan di China. Baginda juga mengetahui semua upacara pemujaan yang
diadakan di dalam negara.
Peranan maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang
pembelajaran dan memberi bantuan kewangan kepada golongan intelektual yang terlibat
dalam menyelenggarakan serta menerbitkan kitab dan ensiklopedia. Baginda turut terlibat
dalam perkembangan ilmu pengetahuan dengan memberi ceramah kepada pelajar-pelajar
yang menuntut di Kolej Imperial. Malah, maharaja juga mengarahkan pengendalian
peperiksaan awam serta terlibat dalam pemilihan calon dalam peperiksaan awam di peringkat
kebangsaan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Maharaja China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah
yang berkuasa sehinggalah kepada Perang Candu Pertama yang menyaksikan kekalahan
pihak China dengan British. Keterpaksaan menandatangani perjanjian-perjanjian telah

membawa padah kepada sistem kemaharajaan China. Segala pembaharuan yang dilakukan
untuk menaikkan imej kemaharajaan hanya menemui kegagalan dan akhirnya sistem beraja
China selama 267 tahun ditumbangkan dalam Revolusi 1911 di China.

2. Raja Louis XIV(1643-1715 )melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis dengan


mengukuhkan dasar dalam negara semasa pemerintahannnya.Bincangkan.
Pengenalan
Raja Louis XIV ditabal sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643. Memerintah selama
72tahun dan menjalankan pemerintahan secara mutlak. Baginda mengambil beberapa langkah
untuk mengukuhkan pemerintahan monarki iaitu menjalankan dasar dalam negara untuk
mengukuhkan pemerintahan monarki.
Isi
Dasar Dalam Negara
Raja Louis XIV menjalankan dasar pentadbiran yang membawa keamanan Perancis dengan
memperkenalkan pelbagai langkah untuk menyusun semula pentadbiran. Antara lainnya ,
baginda memperkenalkan 4 majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis
Kewangan dan Majlis Privy. Majlis Negara berperanan menguruskan hal ehwal luar negara.
Majlis Despatches mengurus semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan, Majlis
Kewangan mengurus hal percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara dan Majlis
Privy berperanan dalam menguruskan bidang pentadbiran keadilan.
Baginda juga mengukuhkan pengurusan pentadbiran dengan melantik menteri berkebolehan
seperti Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai menteri Penerangan dan Vauban
sebagai Menteri Ketenteraaan. Selain itu baginda menggunakan khidmat pegawai
berkebolehan bagi mengukuhkan kuasa di provinsi bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di
pelbagai provinsi
Dasar Ekonomi
Raja Louis XIV telah melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk mengukuhkan
kedudukan negaranya. Baginda memperkenalkan dan memulakan industri baru,
memansuhkan tarif tempatan, mengawal harga barang serta berusaha membina gudang
senjata di Toulan. Malah baginda juga mengadakan perhentian dagang di India, Senegal dan
Madagascar untuk menggalakan perdagangan antarabangsa dan meningkatkan perdagangan

Perancis. Selain itu baginda menggunakan pelbagai sekatan untuk meningkatkan industri
tempatan contohnya, mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada barangan asing serta
cukai yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis. Baginda
memberi bantuan kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan
perdagangan.
Dasar Ketenteraan
Raja Louis XIV juga mengukuhkan kuasa monarki dengan menjalankan dasar ketenteraan.
Antara lainnya baginda melakukan pembaharuan dan mengawal bidang ketenteraan seperti
langkah menghapus dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan, meletakkan
tentera dalam kawalan baginda dan melantik pegawai-pegawai tentera berasaskan merit.
Untuk menarik kesetiaan golongan tentera baginda menambahbaik ketenteraan dengan
merekrut anggota tentera dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bekalan
makanan. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera yang terkuat di Eropah
Dasar Agama
Dasar lain yang diamalkan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan kekuasaan monarki
adalah memaksa golongan Huguenot menerima agama Katolik. Baginda telah
membatalkan Edict of Nantes yang memberi kebebasan beragama kepada golongan
Huguenot pada 1685. Hal ini menyebabkan seramai 200 ribu orang
orangHuguenot meninggalkan Perancis
Dasar Luar
Melalui dasar luar Raja Louis IXV melakukan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan
wilayah Perancis hingga ke perbatasan Sungai Rhine. Baginda menguasai wilayah-wilayah
yang diperintah oleh putera-putera Jerman, Belguim dan Belanda
Kesimpulan
Raja Louis XIV mengukuhkan pemerintahan monarkinya bukan sahaja melalui dasar dalam
negara tetapi melalui dasar lain seperti dasar ekonomi, dasar ketenteraan dan dasar
agama.Semua dasar yang dijalankan berjaya mengukuhkan kedudukan sistem tersebut.
Kesannya Perancis muncul sebagai negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.

Amerika Syarikat mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan .


Bincangkan pernyataan di atas dalam konteks pemerintahan persekutuan di Amerika
Syarikat.
3.

Pengenalan
Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas
tetapi menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.Pemerintahan
persekuatuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara
kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai
bidang kuasa masing-masing. Pada 4 Julai 1776, kongres dalam persidangan yang diadakan
di Philadelphia melulusakan Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini

telah ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan
menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.
Isi-isi penting
Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masingmasing dalam perkara-perkara tertentu. Pada awalnya, Artikal Persekutuan yang digubal
selepas Amerika Syarikat bebas daripada British menjadi panduan dalam pembentukan
negara Amerika Syarikat. Malangnya, artikal ini tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan
yang kuat. Hal ini berpunca daripada pembahagian kuasa yang sedikit kepada kerajaan
persekutuan. Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah
negara yang lemah dan tidak mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di
samping tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Kerajaan persekutuan
terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi. Pada
peringkat ini juga, kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan
dengan negeri-negeri atau negara lain.
Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan
tentang kuasa yang akan diberikan kepada kerajaan pusat. Dari sini terbentuknya
Perlembagaan Amerika. Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti
dasar dasar luar negeri, pertahanan, cukai, dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat,
member kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan
budaya tempatan serta member kuasa yang lebih besar kepada kerajaan persekutuan.
Manakala, perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri masing-masing. Menjelang tahun 1788, Sembilan buah negeri telah
mengesahkan perlembagaan tersebut. Namun, oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri
New York masih belum dapat mengesahkan perlembagaan tersebut. Dengan hasil usaha
golongan federalis seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison menerusi
penerbitan buku, The Federalis. Akhirnya, New York mengesahkan untuk menyokong
Perlembagaan Amerika.
Perlembaan Amerika juga menggariskan badan-badan memerintah negara bagi
melindungi negara dari sebarang unsure-unsur authoritarian dan radikal. Perlembagaan telah
menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagia, iaitu Eksekutif,
Perundangan, dan Kehakiman. Kuasa Eksekutif diteraju oleh Presiden. Presiden dipilih untuk
tempoh empat tahun. Selepas empat tahun,Presiden boleh dilantik semula untuk penggal
kedua selama empat tahun.
Badan perundangan, iaitu Kongres terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Kongres berfungsi utk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden
Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawasi
Kongres. Namun melalui dua pertiga undi Kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa
veto Presiden. Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dipilih oleh rakyat.
Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain.
Badan ini merupakan badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap
Presiden sekiranya Presiden melanggar perlembagaan.

Pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan dalam
pilihan raya tersebut, George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat
yang pertama.
Kesimpulan
Pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang
paling berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British.
Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa
yang sama, hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik. Sekaligus, ini membantu
Amerika Syarikat untuk muncul sebagai kuasa besar dunia.

TEMA 3: Kemajuan & Pembangunan


1. Pembaharuan yang dilakukan semasa pemerintahan Maharaja Meiji meletakkan
asas bagi kemajuan dalam sektor perindustrian di Jepun.
Nilaikan pernyataan ini.
Pengenalan
Latar belakang Jepun : sebuah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu (sakoku) atau
dasar pemencilan. Kedatangan Komondor Matthew Perry dengan kapal hitam Angkatan
laut Amerika Syarikat berjaya mengubah dasar tutup pintu
Perubahan sistem pemerintahan Jepun : melalui perjanjian Kanagawa (Konvensyen
Kanagawa) Matthew Perry dengan angkatan laut yang kuat dan berteknologi moden berjaya
memaksa Jepun menerima kehadiran kuasa Barat.
Pemerintahan Meiji : peralihan era keshogunan (yang mengamalkan dasar feudal) kepada era
Meiji. Bermulanya zaman Pemulihan Meiji atau zaman pembaharuan Meiji. Membawa kesan
positif di Jepun seperti mempercepat proses pemulihan dan perindustrian di Jepun.
Isi
Pembaharuan semasa pemerintahan Meiji:
1.
-

Dasar kerajaan Meiji


kerajaan memberikan bantuan kepada pengusaha persendirian
bantuan modal kepada pengusaha industri
latihan dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri
bengkel-bengkel mengenai teknik perniagaan
mendapatkan khidmat pakar daripada luar negara untuk memodenkan perindustrian

2.
a)

Pembaharuan dalam bidang ekonomi


sektor pertanian berkembang pesat
langkah tingkatkan pengeluaran hasil pertanian

hantar pelajar jurusan pertanian ke luar negara


import pakar pertanian
import benih baru
baja kimia digunakan secara intensif
sistem pengairan dibaiki
menggalakkan tanaman dagang seperti teh dan sutera

b)

dasar kewangan yang teratur


mata wang diperkenalkan
bank ditubuhkan (contoh: Mitsui-Ono Bank, Bank Negara, Bank
Jepun, Bank Hypothec, Bank Perindustrian)
akhir abad ke-19, 200 buah bank) telah membantu pertumbuhan industri

3.
-

Pusat

Langkah lain
kemajuan dalam pengangkutan
kemajuan telegraf
kemunculan pengusaha-pengusaha baru
Kesimpulan
Peranan kerajaan amat penting sebagai asas kepada kemajuan negara dalam semua bidang.
Maharaja Meiji dan pemimpin-pemimpin Meiji memainkan peranan penting dalam
meletakkan asas perkembangan sektor perindustrian di Jepun.
Hingga kini Jepun menjadi negara maju yang setanding dengan negara Barat.

Sumbangan yang diketengahkan oleh Charles Louis Montesquieu melalui karyakarya beliau banyak membawa perubahan kepada landskap politik di Eropah pada
abad ke-19. Bincangkan.
2.

Pengenalan
Zaman Pencerahan (enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan intelektual yang
berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi .
Enlightenment bererti Zaman Kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan pegangan manusia
adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan keadah-kaedah saintifik.
Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, mengarah untuk
kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan suatu
masyarakat yang bedasarkan undang-undang. Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh
ialah Charles Louis Montesquieu (1689-1755)

Atau:
Latar belakang Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya
Perancis pada 18 Januari 1689. Lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan Berjaya
jadi peguam pada 1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak
memberi sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu
dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada tahun
1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.
Karya lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the
Romans (1734) dan Letters Persanes (1721)

Isi
The Spirit of Laws mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan yang
berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam
iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.
Doktrin yang kedua ialah menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu
pembahagian dan imbangan kuasa.Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan
hak asasi rakyat.
Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa . Menurut beliau kuasa perlu
dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada
pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana keputusan
perwakilan rakyat (cabinet) dan penghukum / pelanggar undang-undang /kehakiman
(judiciary)
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki
kebebasan.
Buku The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans
pula memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuan kerajaan Rom.
Beliau menyatakan dengan memahami kegemilangan dan kejatuhan sesebuah empayar,
sesorang perlu memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk
sesebuah negara. Kemerosotan moral dalam anggota masyarakat membawa kepada kejatuhan
empayar Rom
Karya Letters Persanes pula mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana
kemerosotan moral pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV.

Kesan kepada perubahan lanskap politik eropah/dunia:Menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlakunya Revolusi Perancis pada
1789.
Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang
mendokong kedaulatan rakyat (Prinsip rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan
(kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaraan yang tidak
adil) dan persamaan (hak yang sama kepada setiap individu dalam segala bidang.
Muncul pemerintah enlightened despot iaitu raja-raja memerintah dengan penuh kesedaran
dan mempraktikan undang-undang yang tegas.
Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu keistimewaan yang
dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan
Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera pentadbiran
sebuah Negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan raja. Raja-raja juga bertindak
menggantikan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, provinsi dan tempatan.
Perlantikan mereka berasaskan teori-toeri politik oleh golongan intelektual.
Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan
bangsawan dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.
Doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap bangsa Amerika dan
beberapa negara lain sehinggakan penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun
1787 berdasarkan idea beliau.

Kesimpulan
Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis
khususnya iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan
mengubah secara drastik lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea beliau
tersebar ke Negara-negara lain di benua Eropah. Idea dan doktrin beliau mempunyai
pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia hari ini.

Nilaikan sumbangan Adam Smith yang membawa kepada pemikiran ekonomi di


Eropah.
3.

Pengenalan
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland.
Adam Smith terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth Of Nations dan dianggap
sebagai Bapa Ekonomi Moden.
Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari
bidang falsafah moral. Beliau pernah memgang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow
dan menghembuskan nafas terakhir di Edinburgh pada 17 Julai 1790.

Isi
Adam Smith pelopor idea perdagangan bebas melalui bukunya The Wealth of Nations.
Melalui buku ini beliau memajukan kes yang komprehensif untuk kebebasan perdagangan
berasaskan kritikannya terhadap sistem merkantilisme. Laissez-faire istilah Perancis yang
membawa pengertian biarkan keadaan seperti sedia ada. Ia berasal daripada kehendak
sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu
oleh kerajaan.
Doktrin laissez-faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan
institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy. Ideanya dipengaruhi oleh
Richardo dan Thomas Malthus. Ketiga-tiganya berpendapat, kerajaan tidak harus campur
tangan dalam urusan ekonomi dan sebaliknya membiarkan ia berfungsi seperti biasa.
Dipercayai ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan
umum.
Doktrin laissez-faire yang digalakkan selepas Revolusi Perindustrian meminta negara
menjadi penonton dan membiarkan ekonomi kepada kuasa permintaan dan penawaran.
Antara kritikan yang dikeluarkan Adam Smith terhadap dasar merkantilisme ialah tindakan
kerajaan mengawal koloni. Menurut beliau koloni hanya akan berkembang pesat jika diberi
kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni
secara politik akan membebankan negara induk dari segi kewangan. Kritikan ini juga
ditujukan kepada monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Smith menganggap perdagangan akan meluaskan pasaran dan pembahagian kerja. Hal ini
akan membolehkan hasil lebihan dipasarkan ke luar negara. Hujah beliau juga membawa
maksud pengkhususan antarabangsa tidak dapat dielakkan dan menjadi sebahagian daripada
proses kemajuan.
Menurutnya, perdagangan bebas akan menambahkan pendapatan, mengurangkan kos
pengeluaran dan membolehkan modal mengalir kepada sektor yang produktif dan akan
meningkatkan permintaan untuk tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan
barangan kapas Manchester dipasarkan ke India menjelang abad ke-19 Masihi.
Perbincangan Smith juga menyentuh tentang nilai dan pengelasan dalam masyarakat. Nilai
bagi Smith ialah kuasa untuk membeli barangan lain. Menurutnya, nilai sesuatu barangan
boleh diketahui daripada jumlah tenaga buruh yang digunakan.

Kesimpulan
Melalui karyanya, The Wealth of Nation, Adam Smith banyak memberi sumbangan dalam
bidang ekonomi moden yang diguna pakai hingga hari ini dan doktrin yang diketengahkan
beliau sesuai bagi mengurus ekonomi negara.

Revolusi Perancis telah memberikan impak besar terhadap sistem pendidikan


di Perancis pada abad ke-19 Masihi.
Bincangkan.
4.

Pengenalan
Konsep pendidikan : kegiatan yang dijalankan secara terancang & sistematik terhadap
perkembangan jasmani, rohani dan intelek untuk melengkapkan kehidupan seseorang bagi
menjalani kehidupan yg sempurna.
Tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis telah membawa perubahan besar dalam
sistem pendidikan di Perancis. Hal ini kerana kesan ledakan percetakan yang membawa
kepada terbentuk masyarakat yang menguasai kemahiran membaca.
Sebelum abad ke-17 dan 18, pendidikan di Perancis di bawah tanggungjawab golongan raja.
Kesannya : pendidikan ketika itu tertumpu pada kelas-kelas tertentu dalam masyarakat.
Pendidikan juga terhad kepada kaum lelaki yang terdiri daripada golongan bangsawan,
pedagang dan profesional
Sistem pendidikan di Perancis mula berubah pada tahun 1880 apabila Jules Ferry menjadi
Menteri Pelajaran. Sekolah yang mempunyai guru terlatih dibina di setiap bandar dan
kampung untuk memberikan pendidikan percuma dan wajib kepada semua masyarakat.
Sekolah tidak lagi berada di bawah pengaruh gereja.

Isi
1. Dasar Pendidikan
Kesan pendidikan percuma dan wajib yang diberikan ialah Perancis menjadi negara Eropah
yang mempunyai rakyat celik huruf tertinggi. Pertengahan tahun 1920-an, majoriti rakyat
Perancis telah celik huruf dan 50% rakyat Perancis mendapat pendidikan rendah
Kesedaran untuk memajukan sistem pendidikan pada abad ke-18 makin popular kerana
kesan daripada perkembangan idea demokrasi dalam kalangan rakyat Perancis. Pendidikan
yang harus disediakan kepada rakyat berada di bawah tanggungjawab pemerintah.
Pada zaman Napoleon : perubahan dalam dasar pendidikan dilakukan. Sistem pendidikan
diseragamkan di seluruh Perancis. Semua institusi pendidikan di Perancis disatukan dan
diletakkan di bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.

Sistem pendidikan di Perancis pada era Napoleon tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya
kerana polisi Napoleon yang lebih mengutamakan aspek peluasan kuasa atau gerakan militer.
Zaman selepas Napoleon : sistem pendidikan di Perancis diubah lagi. Pendidikan
berteraskan teologi dan moral. Pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.
Selepas Revolusi 1830 : Louis Philippe yang menjadi pemerintah telah membuat perubahan
yang ketara dalam sistem pendidikan. Beliau telah membebaskan sistem pendidikan daripada
pengaruh gereja. Pendidikan pada zaman beliau diletakkan di bawah kuasa kerajaan dan
sistem pendidikan kebangsaan yang seragam diperkenalkan.
Pertengahan abad ke-19, Kerajaan Republik Kedua Perancis telah ambil usaha untuk
kukuhkan sistem pendidikan. Menteri Pendidikan mengetuai Majlis Tertinggi untuk
menguruskan sistem pendidikan. Untuk melicinkan pengurusan pendidikan, Majlis Akademi
ditubuhkan di setiap daerah. (Terdapat 17 Majlis Akademi)
Akhir abad ke-19, pendidikan diwajibkan kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 14
tahun. Kerajaan Perancis juga melaksanakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak.

2. Institusi Pendidikan
Pendidikan rendah: peraturan yang berhubung dengan penubuhan dan pengurusan sekolah rendah di Perancis
terkandung dalam Undang-Undang 1795.
setiap komuniti perlu sediakan bangunan dan kemudahan untuk dijadikan bangunan sekolah
dan rumah guru
sekolah diselia oleh ketua jabatan dan gaji guru diperoleh daripada yuran pelajar
memberikan penekanan kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, bahasa Perancis,
moral dan agama
Pendidikan menengah: dijalankan di Lyceum dan Kolej Awam
Lyceum sediakan kemudahan seperti bangunan sekolah dan dana pengurusan sekolah
diperoleh daripada kutipan yuran pelajar
Kolej Awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran dan perlu mendapat lesen daripada pihak
kerajaan
Sekolah tinggi: Undang-Undang 1802 memperuntukkan penubuhan sekolah tinggi
1803 : sekolah tinggi sastera dan perdagangan didirikan
1804 : sekolah teologi yang menekankan pengajian agama Katolik mula dibuka
Sekolah wanita: Sekolah Saint-Cyr diasaskan oleh Madame de Maintenon untuk beri peluang kanak-kanak
perempuan bersekolah
ketika itu wujud ketidaksamaan gender dan pandangan tradisional masyarakat yang
menganggap wanita sebagai kaum yang lemah
Universiti: diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Universiti
ketua pentadbir dan Majlis Universiti dibantu oleh reaktor

terdapat lima fakulti iaitu Sastera, Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Sains
pengendalian peperiksaan dan pengurniaan ijazah dikendalikan dalam fakulti
1890 : 15 fakulti yang berasingan telah disatukan di bawah Universiti Negeri
Kesimpulan
abad ke-18 Masihi, sistem pendidikan di Perancis mengalami perubahan yang pesat iaitu
sistem pendidikan kebangsaan mula diperkenalkan
pendidikan negara Perancis mula bebas daripada kongkongan gereja
sistem pendidikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dapat memenuhi aspirasi
pemerintah

Sistem pendidikan di Jerman mengalami perkembangan yang pesat pada abad


ke-19 Masihi. Bincangkan pernyataan ini.
5.

Pengenalan
Zaman Pencerahan / Enlinghtenment (1650-1800 Masihi) ialah satu gerakan intelektual yang
berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan di Jerman kerana kerajaan Jerman
mengambil alih sistem pendidikan yang sebelumnya dikuasai oleh pihak gereja.
Sistem pendidikan kebangsaan lebih mengutamakan kepentingan negara dengan pelbagai
perubahan dilakukan terhadap dasar pendidikan, institusi pendidikan dan kurikulum
pendidikan

Isi
1. Dasar Pendidikan
Awal abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja.
Raja Frederick II telah mengambil tindakan untuk mengawal pentadbiran sekolah.
Beliau telah mengubal kod undang-undang sekolah pada tahun 1763 dan 1765 dengan
seorang inspektor dilantik oleh kerajaan pusat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap
sekolah-sekolah.
Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melaksanakan kawalan pusat
terhadap sekolah-sekolah menengah dan sekolah tinggi di Prusia.
Abad ke-19, sistem pendidikan Jerman berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya
dengan semua hal ehwal pendidikan terletak di bawah Menteri Pendidikan.
Jabatan Pendidikan Awam ditubuhkan pada tahun 1809 bagi mengawal segala dasar tentang
pengurusan sekolah
Mata pelajaran serta buku-buku teks ditetapkan oleh kerajaan pusat.
Perlantikan guru serta penyeliaan sekolah juga dikawal oleh kerajaan pusat.
Undang-undang berhubung pengurusan dan pentadbiran sistem pendidiakan diperkenalkan
seperti mengisytiharkan kod undang-undang bagi sekolah-sekolah Latin dan sekolah yang
dikendalikan oleh golongan mubaligh

Melalui Advisory Order ibu bapa diwajibkan menghantar anak-anak ke sekolah dan akan
dikenakan denda jika enggan menghantar anak-anak ke sekolah.
Raja Frederick II mengisytiharkan undang-undang General Land-Schule Reglement yang
merupakan undang-undang persekolahan yang pertama bagi seluruh Prusia.

2. Institusi Pendidikan
Menjelang abad ke-19, institusi pendidikan di Jerman terdiri daripada sekolah rendah,
sekolah menengah, sekolah teknik dan universiti.
Pendidikan rendah: sekolah rendah ditubuhkan pada akhir abad ke-18
sekolah rendah (volkschulen) terbuka kepada semua lapis penduduk di Jerman
pendidikan sekolah rendah seawal umur tujuh hingga 14 tahun
pengajian meliputi membaca, menulis, mengira, geografi, sejarh dan gimnastik
Pendidikan menengah: terdiri daripada dua aliran, iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam(real-school)
tempoh pengajian di sekolah menengah meliputi jangka masa sembilan tahun dan dikenakan
yuran pengajian
pengajian di gimnasium mengutamakan pembelajaran bahasa Latin dan Greek dan para
pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti
sekolah awam nenekankan pembelajaran matematik, sains, bahasa moden dan bahasa ibunda
pelajar dilatih untuk menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
Pendidikan teknikal: Kerajaan memberi keutamaan pada pendidikan dalam bidang teknologi bagi membangunkan
sektor perindustrian dan perdagangan di Jerman.
Penekanan diberikan kepada mata pelajaran teknikal di sekolah menggantikan sistem
pembelajaran tradisional
Sekolah-sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah perdagangan ditubuhkan.
Universiti: Institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri
Kerajaan memberikan dana dan bantuan kewangan kepada institusi pengajian tinggi
Terdapat empat fakulti iaitu Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Falsafah
3. Kurikulum pendidikan Jerman
- Kurikulum sekolah rendah: Pembelajaran di sekolah rendah adalah berasaskan Pestalozzi.
Penekanan diberikan kepada perkembangan mental kanak-kanak.
Penekanan diberikan kepada mata pelajaran Geografi, Sejarah dan Bahasa Jerman.
Selain itu, subjek Lukisan, Muzik, Matematik dan agama juga diajar kpd kanak-kanak.
- Kurikulum sekolah Menengah
Usaha diambil untuk menyeragamkan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah.
Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Latin, Bahasa Greek dan Bahasa Jerman.

Selain itu, penekanan juga diberikan kepada mata pelajaran Matematik, sejarah, Geografi,
Agama dan Sains.
Selain itu, penekanan juga diberikan kepada pengajian humanisme.
- Kurikulum peringkat universiti
Pengajian di peringkat universiti memberi penekanan kepada pelbagai lapangan ilmu.
Kajian dan penyelidikan dijalankan dalam bidang philologi, egiptologi, sejarah, falsafah,
psikologi, undang-undang, anatomi, zoologi, kimia dan fizik.

Kesimpulan
Menjelang abad ke-18 dan abad ke-19 Masihi, terdapat sistem pendidikan yang teratur dan
sistematik di Jerman
Perkembangan dalam kurikulum menyebabkan muncul ramai sarjana dalam pelbagai
lapangan ilmu pengetahuan di Jerman.
Kemunculan pelbagai institusi pendidikan melambangkan kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat Jerman dalam lapangan pendidikan

TEMA 4 :Nasionalisme & Pembentukan


Negara Bangsa
Analisiskan reaksi masyarakat tempatan China terhadap perluasan kuasa barat
selepas pertengahan abad ke 19 hingga akhir abad ke 19.
1.

Pengenalan:
Menjelang pertengahan abad ke 19, dasar isolasi (dasar tutup pintu) kerajaan China
mengalami perubahan. Reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat bermula selepas China
kalah dalam Perang Candu pertama pada tahun 1839 -1842 , Perang Candu kedua tahun
1856-1860 dan Perang China-Jepun pada tahun 1894-1895. Kesan peperangan inilah yang
mempengaruhi reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat .
Isi-isi penting :
1 .Perjanjian Nanking (1842) menandakan kemerosotan Dinasti Manchu kerana tidak lagi
berupaya untuk mempertahankan Negara China dari penceroboh kuasa-kuasa Barat. Justeru
itu wujud kepercayaan dalam kalangan masyarakat China bahawa kerajaan Manchu telah
hilang mandat dari syurga. Turut mengeruhkan keadaan , apabila Negara China terpaksa
menandatangani perjanjian perjanjian seperti Perjanjian Boque , Perjanjian Wangsia ,
Perjanjian Whampao. Keadaan inilah yang memberi impak yang besar kepada masyarakat
China terhadap perluasan kuasa Barat.
2. Kekalahan China dalam siri peperangan dengan kuasa Barat telah memberi satu tamparan
yang hebat kepada masyarakat China dalam soal maruah. Maka dengan itu Negara China
ingin mengorak beberapa langkah untuk mengembalikan kekuasaan mereka . Gerakan

Menguatkan Diri (1861-1895) merupakan langkah yang diambil oleh China untuk mengatasi
kekuasaan Barat.
i. Ketenteraan
Kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk memodenkan bidang
ketenteraan.Pemimpin-pemimpin seperti Putera Kung dan Wen-hsiang bahawa kekurangan
senjata moden merupakan punca kekalahan China dalam peperangan dengan kuasa-kuasa
Barat. Kerajaan China mengambil tindakan untuk memodenkan tentera mengikut system
ketenteraan Barat. Antara langkah yang diambil ialah pembinaan kilang senjata, penubuhan
sekolah dan biro penterjemahan tujuan untuk bidang kejuruteraan dan ketenteraan ke dalam
bahasa China. Pembinaan limbungan kapal,penubuhan angkatan tentera laut dan
penghantaran pegawai-pegawai keluar Negara merupakan reaksi masyarakat China terhadap
kuasa Barat.

ii. Ekonomi
Kerajaan China mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan ekonomi Negara,
antaranya ialah menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk menambahkan
pendapatan negara. Hal ini kerana Negara China terpaksa menanggung hutang yang banyak
dan terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat akibat kekalahan dalam perang.
iii. Membangunkan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan
Kerajaan China beranggapan bahawa kekalahan mereka terhadap kuasa Barat ekoran
daripada system perhubungan dan pengangkutan yang kurang baik. Anara langkah yang
diambil untuk membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan ialah pembinaan
landasan kereta api, talian telegraf dan perkhidmatan pos. Keadaan ini juga menggambarkan
kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan China terhadap kuasa Barat membawa
kepada perubahan positif kepada Negara China.
iv. Diplomatik
Kerajaan China mengambil langkah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
kuasa-kuasa Barat untuk mengatasi kelemahan mereka iaitu dalam bidang ilmu pengetahuan
dan teknologi. Sebuah jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan bagi
menguruskan hubungan diplomatik kerajaan China dengan negara-negara Barat pada tahun
1861 .Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan terhadap
kuasa Barat membawa kebaikan kepada masyarakat China.
v. Pendidikan
Sistem pendidikan di Negara China turut mengalami perubahan ekoran daripada
kekalahan China terhadap kuasa Barat. Pada tahun 1862 sebuah maktab bahasa yang dikenali
sebagai Tung-wen Kuan ditubuhkan di Peking. Maktab ini ditubuhkan untuk mengajar
bahasa-bahasa eropah dan ilmu pengetahuan Barat kepada pegawai-pegawai kerajaan China.
Walau bagaimanapun Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan yang menyeluruh
ekoran daripada beberapa sebab seperti ketiadaan pemimpin yang cekap , tentangan daripada
golongan konservatif dan ketiadaan penyelarasan. Tetapi keadaan ini telah membawa reaksi
masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat.

3 .Pemberontakan Boxer (1899)


Sentimen anti-asing dalam kalangan orang China wujud selepas Negara China kalah dalam
peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Reaksi masyarakat tempatan China dapat kita lihat
melalui pemberontakan ini. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China
dan membunuh orang China yang beragama Kristian. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah
kongsi gelap China yang dikenali sebagai I Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan
Keharmonian)
Tindakan kuasa- kuasa Barat menyebabkan wujudnya kebimbangan masyarakat China
bahawa Negara China akan dibelah bahagikan sesama kuasa Barat. Lantaran itu adalah
menjadi kewajipan orang-orang China untuk mengusir orang-orang asing keluar dari Negara
China.
Perkembangan agama Kristian dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan
falsafah orang China yang berasaskan ajaran Confucius . masyarakat China juga turut
menunjukkan kebencian terhadap orang China yang memeluk agama Kristian sebagai
pengkhianat bangsa kerana mereka telah diperalatkan oleh orang-orang asing. Disini jelas
menunjukkan kepada kita reaksi masyarakat tempatan erhadap kuasa Barat.
Penguasaan Ekonomi China oleh orang asing telah menambahkan sentimen anti-asing dalam
kalangan orang-orang China. Kemelesetan ekonomi dan pengangguran merupakan impak
negatif kepada China. Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan ekonomi China oleh orang
asing telah menyebabkan ramai petani dan penganggur menyertai Gerakan Boxer. Malangnya
Gerakan Boxer ditumpaskan oleh pasukan tentera bersekutu yang terdiri daripada
Britan,Perancis dan Rusia.
Kesimpulan:
Kesimpulannya walaupun pelbagai reaksi yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap
kuasa Barat namun kerajaan China terpaksa tunduk terhadap kuasa Barat pada akhirnya.
Selain itu, kerajaan China terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Hal ini berlaku
kerana kelemahan sistem pentadbiran kerajaan China dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Landskap politik China menampakkan perubahan yang besar menjelang abad ke 20.

2. Sejauhmanakah pendidikan di Barat telah membangkitkan kesedaran kebangsaan


dalam kalangan rakyat di India pada abad ke 20.
Pengenalan
Kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India dapat dikesan sebelum tahun 1857 lagi.
Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama sebelum tahun 1857, menandakan bermula
semangat kebangsaan di India.

Pendidikan Barat yang diperkenalkan British merupakan faktor utama yang melahirkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India/ cerdik pandai
Pendidikan Barat menyebabkan rakyat India terdedah kepada konsep-konsep seperti
kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi individu.
Pperkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan dalam
gerakan kebangsaan di India.
Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy, W.C.Banerjee, Surendranath Banerjee,
G.K. Gokhale.
Isi-isi penting:
1. Bahasa Inggeris
-Bahasa Inggeris memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan
-lebihkurang 600 bahasa daerah yang dituturkan/ batu penghalang memupuk persafahaman
-Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan yang menyatukan rakyat
India yang terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.
2. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam
-British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan
tinggi dalam perkhidmatan awam
-mengadakan peperiksaan awam di England
-amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam golongan terpelajar di India.
3. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan
-pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden juga pencetus kepada semangat
kebangsaan
- pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan
4. Dasar pentadbiran Lord Lytton
-memperkenalkan Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular yang melahirkan sentiment antiBritish
-langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari Englang dan
menghadkan umur penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun
-langkah-langkah ini menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British
5. Akta Illbert 1883
-merancakkan lagi sentimen anti-British
-akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan
hukuman ke atas orang Inggeris
-mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan British menarik
balik akta tersebut
-tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang terpendam
dalam hati orang Inggeris
-Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan
bagi menentang British
6. Peranan akhbar

-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membengkitkan kesedaran kebangsaan


-Akhbar Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot merupakan akhbar yang
mengkritik dasar British.
-akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam
kalangan rakyat tempatan
7. Kajian terhadap keagungan silam
-kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban mereka
-sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier
Williams
-kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India
8. Peranan kesusasteraan
-karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting
-karya-karya telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea nasionalisme
tersebar keseluruh India.
-tokoh-tokohnya ialah Bankim Chandra Chatterjee dan Rabindranath Tagore
9. Dasar ekonomi British
-British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di
England
-dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industry tempatan
mengawal perusahaan-perusahaan tempatan
-langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di
India
10. Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut
-layanan buruk oleh British terhadap buruh-buruh India yang bekerja di seberang laut
-British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka
-layanan demikian menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan nasionalisme
11. Gerakan refomasi sosioagama
-kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama
-pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan
Pertubuhan Ramakrishna
-pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan
dan kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885
Kesimpulan
-pendidikan Barat merupakan faktor utama melahirkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat India disamping beberapa faktor lain
-dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British merupakan asas kepada kemunculan sentiment
anti-British
-kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang
mengatur gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah

3. Nilaikan peranan yang dimainkan oleh Dr.Sun Yat dalam Revolusi China pada
tahun 1911.
Pengenalan:
Dr. Sun Yat sen iaitu Bapa Revolusi Chinadilahirkan pada 12 November 1866 di Hsiang
Shan ,Kwangtung,China Selatan. Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur
6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau telah memasuki sekolah mubaligh Anglican
di Honolulu,Hawaii dan meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Pada
tahun 1887,beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan Queens College,Hong
Kong. Semasa menuntut di Hong Kong inilah beliau mula cenderung ke arah perkembangan
politik moden terutamanya mengenai nasionalisme,demokrasi ala-Amerika dan sejarah
revolusinya.Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong juga telah mempengaruhinya untuk
menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan republik China. Dr Sun Yat Sen
memainkan peranan penting dalam memimpin dan menggerakkan pergerakan revolusi di
China.
Isi-isi:
Menubuhkan pertubuhan revolusioner
Dalam usaha mengadakan revolusi,Dr Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang
Cina seberang laut amatlah penting selain sokongan dalam negara.Justeru itu,pada 24
November 1894,Dr Sun Yat Sen telah menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner yang
dikenali sebagai Hsing Chung-hui atau Persatuan Memulihkan Negara China di
Honolulu,Hawaii.Keahlian persatuan ini seramai 112 orang yang kebanyakkannya golongan
sarjana.Slogan perjuangannya ialah Singkirkan Orang-orang Manchu,Pulihkan
Pemerintahan Orang-orang China dan tubuhkan Republik.Matlamat utama pertubuhan
tersebut adalah untuk menggulingkan kerajaan Manchu .Beliau mendapat sokongan daripada
orang Cina di seberang laut untuk melancarkan pemberontakan.Pertubuhan ini juga
mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan secara sulit di
wilayah-wilayah dalam China.Walaupun pemberontakan yang dilancarkan oleh mereka
gagal,Dr Sun Yat Sen telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan
orang-orang Cina di dalam dan luar negara.
Menubuhkan Parti Revolusi
Ketika di Jepun,Dr Sun Yat Sen menubuhkan Parti Revolusi atau Tung Meng-hui atau
Liga Bersatu di Tokyo pada 20 Ogos 1905.Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsing
Chung-hui dengan dua persatuan revolusioner iaitu Hua Hsing-huidan Kung Fu-hui.Matlamat
utama parti ialah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan republik di
China.Tung Meng-hui juga bermatlamat untuk menjadikan tanah-tanah sebagai hak kerajaan
dan menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.Cawangan Tung Meng-hui ditubuhkan
di Brusells,San Francisco,Singapura,Tanah Melayu dan Honolulu.Di China cawangan Tung
Meng-hui terdapat di bandar-bandar utama di seluruh negara.Menerusi cawangan-cawangan
di seberang laut pula,beliau memperoleh wang dan merekrut sukarelawan bagi melancarkan
pemberontakan.Usaha yang dilakukan oleh Dr Sun Yat Sen menunjukkan bahawa beliau

memberi sumbangan yang besar dan berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan


perjuangannya dalam kalangan orang-orang Cina.Orang-orang Cina juga cuba disatukannya
di bawah perjuangan yang sama dalam menyingkirkan Manchu dari bumi China.
Menyebarkan perasaan anti-Manchu
Peranannya tidak terhenti setakat itu sahaja dalam menyebarkan perasaan anti-Manchu
dalam kalangan rakyat China.Dr Sun Yat Sen turut menyampaikan ceramah dan menulis
rencana-rencana dalam akhbar Min Pao(The People) di Tokyo.Melalui penerbitan rencananya
idea-idea republik disebarkan.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen akhirnya telah mendapat
sokongan daripada orang ramai terutamanya pelajar dan rakyat yang tidak puas hati dengan
kezaliman kerajaan Manchu.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen juga disokong oleh
kumpulan kongsi gelap dan anggota tentera yang mendapat latihan di Barat.Selain itu beliau
turut berkunjung ke merata tempat di dunia seperti Amerika dan Eropah bagi mendapat
sokongan moral dan material dari masyarakat Cina luar negeri.Kesungguhan beliau
menghasilkan kejayaan apabila bantuan kewangan yang diperolehi misalnya dapat membantu
Tung Meng Hui menjalankan pemberontakan di China.
Mengemukakan ideologi revolusi
Peranan yang dimainkannya menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang
Cina apabila beliau mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan yang relevan dengan
situasi semasa .Ideologi revolusi atau prinsip perjuangan yang dikemukannya dikenali
sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme,demokrasi dan kebajikan
sosial. Prinsip ini juga diterima sebagai ideologi utama Tung Meng-hui serta menjadi asas
kepada perkembangan gerakan revolusioner di China.
Melancarkan pemberontakan
Antara tahun 1891-1911,Dr Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya berperanan dalam
merancang dan melancarkan 10 kali pemberontakan di China bagi menggulingkan kerajaan
Manchu.Beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat di
wilayah Selatan China.Pada awalnya perancangan pemberontakan ini dilakukan di
Jepun.Namun setelah mendapat tentangan daripada Kerajaan China Dr Sun Yat Sen telah
beralih pula ke Hanoi.Pada 11April 1911,gerakan revolusi telah dilancarkan namun menemui
kegagalan.Walaupun gagal pengaruh,martabat dan kewibawaan Manchu merosot. Dr Sun Yat
Sen dan pertubuhan Tung Meng Hui telah berjaya mempengaruhi tentera China melancarkan
pemberontakan.Akhirnya pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 telah berjaya
mengakibatkan kejatuhan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China.
Kesimpulan
Dr Sun Yat Sen merupakan seorang tokoh yang berperanan penting dalam Revolusi China
1911.Beliau memainkan peranan dalam mengatur dan memimpin gerakan revolusioner di
China.Beliau juga seorang tokoh revolusioner yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal
jemu dalam perjuangannya.Peranan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tentera
revolusioner telah melancarkan revolusi yang menyebabkan kerajaan Manchu tumbang dan
sebuah kerajaan republik berjaya ditubuhkan di China.Dr Sun Yat Sen telah dilantik sebagai
Presiden Kerajaan Sementara di Nanking.

4. Konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat membawa kepada tercetusnya


Perang Dingin. Bincangkan.
Pengenalan
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas perang dunia
kedua.
Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan pertempuran
bersenjata secara langsung antara kuasa-kuasa besar secara besar-besaran.
Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan Doktrin Tuman
pada tahun 1947
Perang ini tercetus akibat konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat
Isi-isi Penting
Konflik berlaku akibat daripada :
1. Perbezaan ideologi politik
Amerika Syarikat dan Rusia sebagai pemenang Perang Dunia II memiliki ideologi yang
berbeza
Amerika Syarikat memiliki ideologi liberal-kapitalis sedangkan Rusia berideologi komunis.
Fahaman Liberal-kapitalis mengagungkan kebebasan individu yang mengutamakan hak asasi
manusia seperti hak untuk berkumpul, menyuarakan pendapat dan kebebasan media
manakala ideologi komunis, rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan
menyuarakan pendapat mereka.
2. Perbezaan sistem ekonomi
Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis iaitu sistem ekonomi yang
bebas daripada campur tangan kerajaan.
Rusia pula tidak menggalakkan kegiatan ekonomi bebas kerana bimbang masyarakat
terdedah kepada sistem ekonomi barat.
Perbezaan dalam sistem ekonomi oleh kedua-dua pihak menyebabkan hubungan semakin
renggang

3. Kemunculan kuasa besar dunia yang baharu


Perang Dunia Kedua menyebabkan lahir dua kuasa besar dunia yang baharu iaitu Amerika
Syarikat dan Rusia . Kedua-dua negara bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masingmasing.
4. Dasar perluasan pengaruh Rusia di Eropah
Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir, Rusia mula meluaskan pengaruhnya di benua
Eropah.
Semasa persidangan Yalta pada tahun 1945, Rusia menguasai kawasan yang menganjur
hingga ke garisan Carzon dijadikan sempadan antara Rusia dan Poland.

Semasa Perang Dunia Kedua hampir tamat, Rusia mengukuhkan cengkaman terhadap
Negara-negara di Eropah Timur.
Tindakan Rusia menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat menyebabkan Amerika
Syarikat mengambil langkah-langkah bagi menyekat penyebaran fahaman komunis.
5. Perubahan pucuk pimpinan
Perubahan pucuk pimpinan Amerika Syarikat dan England menyebabkan hubungan antara
kuasa-kuasa besar menjadi renggang.
Harry Truman dan Clement tidak mempunyai pengalaman dalamhal ehwal antarabangsa dan
mereka amat curiga dasar luar Stalin.
Harry Truman mula mengamalkan dasar menyekat perluasan pengaruh Rusia.
Beliau bertekad menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyekat perluasan
pengaruh Rusia.
6. Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Rusia
Hubungan antara Amerika Syarikat dan Rusia menjadi semakin buruk selepas bulan Mei
1945.
Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Rusia mengeruhkan
hubungan antara kedua-dua Negara
Pada Mac 1946, Winston Churchill dalam ucapannya di Foulton, Missouri menyatakan
terdapat tirai besi yang memisahkan Eropah Timur dan Eropah Barat.

Kesimpulan
Pemimpin-pemimpin di barat percaya kepada teori domino iaitu apabila sesebuah negara
dikuasai oleh komunis maka satu demi satu negara-negara lain akan jatuh ke tangan komunis.
Amerika Syarikat dan Britain bertekad menyekat perkembangan komunis di mana-mana
negara.
Keadaan ini mencetuskan ketegangan antara Rusia dengan Amerika Syarikat serta
merancakkan Perang Dingin.

5. PBB berjaya membawa keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua. Bincangkan.
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.
Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan
sejagat.
PBB juga memainkan perannan menyelesaikan konflik antarabangsa antara secara aman
tanpa penggunaan kekerasan.
Sejak awalan penubuhan hingga ke hari ini, PBB telah memberikan sumbangan yang amat
besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.
Isi-isi penting

Kemerdekaan wilayah jajahan


PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
Pada tahun 1960, PBB memluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan
penduduk negara yang dijajah.
Masalah pelarian
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan
pelarian di negara-negara tertentu.
Dasar Apartied
PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah Aparteid.
Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Perisytiharaan Pmbasmian Segala
Bentuk Diskriminasi Ras.
Hak asasi sejagat
Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.
Menangani konflik antarabangsa
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.
Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan
keamanan di negara tersebut.
Membantu negara mangsa perang
PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang "Program
Bantuan dan Pembangunan Semula PBB".
Dalam konteks ini, PBB memberi khidmat kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan
rakyat di negara tersebut terpelihara.
Membangunkan negara-negara mundur
PBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur.
International Develpoment Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek yang
memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.
Menyelesaikan perebutan pulau
PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat
dikurangkan.
Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada
tahun 1994.
Mengatasi perlumbaan senjata
PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang
meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikay mengundurkan
peluru berpandu dalam krisis di Cuba.
Kesimpulan

PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan


berkesan.
PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflikyang melibatkan negaranegara anggota.

6. Terangkan penglibatanAmerika Syarikat dan United Kingdom dalam North Atlantic


Treaty Organisation (NATO).
Pengenalan :
NATO ditubuhkan pada 4 April 1949. Pada asalnya, hanya 12 negara sahaja menganggotai
pertubuhan ini. Ibu pejabat NATO ialah di Paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat
sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di
Eropah Barat. Faktor penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa
ketenteraan Jerman di Eropah, melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik Eropah, mengekang peluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia
di Eropah, dan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua
negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada
dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet
Union.
Isi isi penting :
United Kingdom memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO. Sekiranya
dirujukkepadakoleksisurat-suratperibadi Ernest Bevin, SetiausahaLuar Britain daritahun 1946
hingga 1951, dandokumen yang dihasilkanoleholeh Foreign Office, United Kingdom
sememangnyamenyusunstrategidenganmengetengahkanperananbesarAmerika Syarikat dalam
proses penubuhan NATO.
Ini bermakna, United Kingdom Berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun
pihak British merupakan pemain utama (key player) dalam proses pembentukan NATO.
Dalam hal ini, United Kingdom yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun
pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut
disertai oleh Amerika Syarikat.

Berdasarkan pengalaman United Kingdom, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak
disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan
pihak United Kingdom perlu membuat perancangan jangka panjang untuk melibatkan
Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah khususnya.
Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa
ketika itu.
Perkembangan politik antarabangsa sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan
Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
Soviet Union memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika Syarikat dan Amerika
Syarikat adalah NATO.
Ini bermakna, NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.
Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dengan Amerika
Syarikat menjadi akrab.
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam bentuk
perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan, dan perisikan.
Kesimpulan :
Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan,
keutuhan, dan kestabilan sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan
keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.

You might also like