You are on page 1of 9

TUGASAN EMM413

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

BAHAGIAN A
a. Isu
Isu yang dibincangkan oleh penulis dalam artikel ini ialah berkenaan dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh murid-murid pemulihan di kelas beliau dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kemahiran yang dibincangkan ialah dalam
bentuk kemahiran menulis dan juga lisan. Penulis menggunakan ujian diagnostik Bahasa
Malaysia sebagai medium pengukuran.
Berdasarkan ujian diagnostik tersebut, penulis mendapati seorang daripada empat murid
pemulihan beliau mempunyai masalah dalam penulisan dan juga lisan. Murid tersebut
didapati tidak menguasai kemahiran 1, iaitu menulis huruf kecil seperti yang dinyatakan
dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan. Selain itu, murid tersebut juga tidak dapat
membezakan antara nombor dan abjad. Ini kerana, guru menyebut abjad g dan o tetapi
murid tersebut memberi respon dengan menulis nombor seperti 5 dan 8.
Isu seterusnya yang ditimbulkan oleh penulis ialah murid tersebut mempunyai masalah
penulisan iaitu mencampur aduk antara huruf kecil dan huruf besar seperti huruf besar I dan
huruf kecil i. isu ini merupakan perkara yang menjadi satu kesalahan besar dalam penulisan
dan perlu diambil serius oleh semua guru terutamanya guru bahasa. Isu terakhir yang
dibincangkan dalam kajian ini ialah berkenaan dengan masalah murid yang tidak menulis
huruf yang telah disebutkan oleh guru secara lisan dengan betul.
Berdasarkan jadual yang diberikan, kita dapat melihat terdapat tujuh huruf yang
disebutkan secara lisan tidak dapat ditulis dengan betul oleh murid tersebut. Ini menunjukkan
bahawa murid tersebut mungkin masih belum dapat mengenal huruf. Oleh yang demikian, isu
utama yang ingin dibincangkan oleh penulis dalam kajian ini ialah isu penulisan murid. Ini
adalah berdasarkan masalah-masalah penulisan murid yang dapat dikenal pasti menerusi
ujian diagnostik yang telah dijalankan.

TUGASAN EMM413
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

b. Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan


Pada fasa perancangan, penulis terlebih dahulu mengemukakan dan membincangkan
tentang beberapa pendapat hasil daripada beberapa kajian tentang masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid-murid terutamanya dalam penulisan bagi menentukan cara terbaik bagi
mengatasi isu yang telah dibincangkan.
Selain daripada pendapat para pengkaji, penulis juga mengambil kira pengalaman dan
pemerhatian beliau sewaktu sesi praktikum dan internship, iaitu beliau mendapati murid
dalam golongan lemah dalah mereka yang pernah mengikuti kelas pemulihan ketika di tahun
dua dan tahun tiga.
Pada fasa perancangan ini juga penulis telah membaca jurnal hasil tulisan Harold dan
Eugene (1982) yang menyatakan bahawa kaedah taktile iaitu penulisan atas pasir dapat
membantu meningkatkan memori murid dalam pembelajaran. Oleh itu, penulis membuat
keputusan untuk menggunakan kaedah taktile dengan menggunakan Kotak Pasir sebagai
bahan bantu dalam pengajaran beliau sewaktu kajian tindakan ini dilaksanakan.
Pada fasa pelaksanaan tindakan, penulis menggunkan tiga peringkat pelaksanaan.
Peringkat pertama, murid akan diberikan set kotak pasir yang disertakan dengan kad huruf
yang ditulis berdasarkan tertib penulisan yang betul. Peringkat kedua, murid akan menulis
huruf tersebut berdasarkan tertib yang betul di atas pasir yang disediakan. Peringkat yang
terakhir, murid akan berlatih menulis huruf tersebut dalam buku garis tiga sebelum mula
menulis pada buku garis satu.
Proses pengulangan juga ditekankan pada peringkat kedua iaitu murid akan berulang kali
menulis huruf yang diberikan sehinggalah murid tidak perlu merujuk kepada kad huruf lagi.
Bagi memastikan keberkesanan kaedah yang dipilih, diakhir kajian penulis telah
melaksanakan ujian pengukuhan sebanyak empat kali sepanjang proses pelaksanaan tindakan.
Keputusan pelaksanaan ujian pengukuhan dicatat dan disimpan untuk dibincangkan.

TUGASAN EMM413
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

c. Hasil Dapatan
Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi penulis di akhir kajian beliau, penggunaan
kaedah taktile iaitu penulisan di atas pasir adalah dapat membantu dlam meningkatkan daya
ingatan murid pemulihan dalam kemahiran menulis huruf. Hal ini adalah berpandukan
keputusan ujian diagnostik dan ujian akhir serta perbandingan keputusan empat ujian
pengukuhan yang diberikan kepada murid yang dilaksanakan berdasarkan pengajaran dan
pembelajaran pada sebelumnya.
Sewaktu ujian diagnostik dijalankan, murid hanya memperolehi markah sebanyak 26%
sahaja. Pada ujian akhir pula, murid telah mendapat 91% markah dengan peningkatan
sebanyak 65% daripada markah ujian diagnostik. Peningkatan juga ditunjukkan dalam
markah ujian pengukuhan murid iaitu pada ujian pengukuhan yang pertama, murid berjaya
memperolehi 42% markah dan pada ujian keempat murid telah Berjaya meningkatkan
markah pencapaiannya kepada 91%. Dapat disimpulkan bahawa kaedah taktile yang
digunakan oleh penulis berjaya dalam membantu meningkatkan memori murid dalam
penulisan huruf.
Hasil daripada menggunakan kaedah taktile ini juga, penulis mendapati ianya membantu
beliau dalam menambah baik amalan mengajar sebagai seorang guru. Ini kerana penulis telah
berjaya merancang satu kajian tindakan dan melakukan inovasi dalam usaha membantu
pembelajaran muridnya. Kajian ini juga telah menjadikan penulis seorang guru yang lebih
peka dalam pemilihan kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan murid. Kajian
ini juga secara tidak langsung telah membantu penulis dalam meneroka kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang baharu dalam pembelajaran di dalam bilik darjah.

TUGASAN EMM413
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

BAHAGIAN B
Cabaran-Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis Bahasa Melayu di Sekolah Saya
1.0

Pengenalan
Sukatan pelajaran Bahasa Malaysia berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) menyatakan bahawa terdapat empat kemahiran berbahasa yang perlu diajar kepada
murid iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. Modul kemahiran menulis dalam Dokumen Standard Bahasa Malaysia (2012)
menyatakan bahawa kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan
dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.
Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahap Satu (2012) juga menyatakan bahawa
kemahiran menulis perlu memberi penekanan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan
imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
Marohaini (1996) menyatakan bahawa kemahiran menulis atau mengarang
merupakan kemahiran asas yang paling penting berbanding kemahiran-kemahiran berbahasa
yang lain. Hal ini disebabkan sebahagian besar bentuk ujian terutamanya dalam subjek
bahasa adalah dalam bentuk penulisan. Beliau menegaskan lagi bahawa banyak kegiatan
pembelajaran yang memerlukan kemahiran penulisan Bahasa bukan sahaja dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia tetapi juga dalam mata pelajaran lain seperti Sejarah, Geografi
dan sebagainya.
Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa pembelajaran kemahiran menulis oleh muridmurid terutamanya di pringkat sekolah rendah adalah sangat penting. Hal ini kerana
kemahiran menulis merupakan kemahiran asas yang diperlukan oleh murid-murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui penguasaan dalam
kemahiran penulisan, murid dapat mencatat segala ilmu dan pengalaman yang mereka
perolehi sepanjang tempoh pembelajaran mereka selain daripada bertujuan sebagai medium
untuk menyampaikan maklumat, idea perasaan dan pendapat mereka.

TUGASAN EMM413
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

2.0

Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu di Sekolah Saya


Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang saya lakukan ke atas guru-guru yang

mengajarkan subjek Bahasa Malaysia di sekolah, saya dapat melihat pelbagai teknik dan
kaedah yang mereka gunakan dalam mengajar kemahiran menulis di dalam bilik darjah. Bagi
guru-guru di tahap satu terutamanya mereka yang mengajar di Tahun Satu, guru tersebut
menggunakan teknik guntingan, menulis di udara, membentuk huruf menggunakan plastisin,
menulis huruf menggunakan buku tiga garis dan sebagainya dalam proses melatih murid
asas-asas dalam kemahiran menulis.
Murid-murid tahun satu juga diajarkan cara-cara memegang pensel dengan bentul
serta cara-cara menulis huruf dengan betul. Hal ini supaya murid dapat menulis dengan
menggunakan cara-cara yang betul dan huruf-huruf yang dibentuk tertulis dengan betul dan
jelas. Kaedah pengajaran yang pelbagai juga dapat saya lihat dan ini mampu menarik minat
murid dalam pembelajaran seperti penggunaan plastisin, teknik guntingan dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, murid-murid tahun satu di sekolah ini telah pun pandai menulis
dengan baik walaupun ada segelintir murid masih lagi lemah dalam penulisan mereka seperti
menekan pensel ketika menulis dan lain-lain lagi.
Untuk guru-guru yang mengajar di tahap dua pula, mereka juga menggunakan
pelbagai kaedah dalam pengajaran mereka terutamanya dalam penulisan karangan. Antara
teknik dan kaedah yang mereka gunakan ialah pendekatan bebas. Pendekatan ini bermaksud
guru memberikan banyak latihan penulisan bebas kepada murid. Latihan-latihan ini perlu
dipelbagaikan dari segi jenis dan format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan
bahawa, semakin banyak murid membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam
sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan, dan gaya
tulisan akan dapat dikuasai murid tersebut secara tidak langsung.
Mereka juga banyak menggunakan kaedah berpandu iaitu memberikan panduan
kepada murid dalam memulakan penulisan seperti karangan yang mempunyai format seperti
surat rasmi, laporan dan sebagainya. Ini mendedahkan murid kepada penulisan yang mampu
membimbing mereka di dalam keperluan kehidupan seharian mereka seperti dalam menulis
surat dan lain-lain lagi melalui kaedah ini. Secara kesimpulannya, guru-guru mengajar subjek
Bahasa Malaysia di sekolah saya menggunkan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di dalam bilik darjah mereka.

TUGASAN EMM413
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

3.0

Cabaran-Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis di Sekolah Saya


Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, guru-guru di sekolah saya menggunakan

pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di dalam
kelas Bahasa Malaysia mereka, namun begitu masih juga terdapat beberapa cabaran yang
terpaksa mereka hadapi. Antaranya ialah, walaupun kesemua murid Tahun Satu di sekolah
saya telah melalui pengalaman menulis di peringkat pra sekolah namun terdapat juga murid
yang tidak menunjukkan cara-cara menulis dan memegang pensel dengan betul. Ini
menyukarkan guru-guru untuk mengajar kemahiran penulisan yang seterusnya kerana perlu
bermula dari awal dalam mengajarkan kemahiran menulis yang paling asas.
Selain daripada itu, terdapat juga murid yang masih tidak mengenal huruf dan tidak
dapat membezakan antara huruf besar dan huruf kecil. Ini meneybabkan guru perlu
melakukan dua bentuk pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu tempoh
masa yang sama iaitu aktiviti khas untuk murid lemah dalam penulisan dan juga aktiviti
lanjutan untuk murid yang telah menguasai. Cabaranya di sini ialah guru kadang kala tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk menghabiskan satu kemahiran atau objektif
penulisan yang perlu dicapai pada hanya dalam tempoh masa satu jam.
Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran penulisan ialah terdapat juga murid yang memiliki tulisan yang cantik dan kemas
tetapi mereka sangat lambat dalam menulis latihan yang diberikan. Secara tidak langsung
menyukarkan guru untuk memberikan maklum balas terhadap kerja yang mereka berikan
pada satu hari yang sama dan menyukarkan guru untuk memberikan kerja rumah sebagai
latihan tambahan. Ini kerana, mereka tidak mampu menyiapkan kerja yang diberikan dalam
tempoh masa yang ditetapkan dan terpaksa menyiapkan kerja tersebut di rumah. Masalah ini
selalunya terjadi kepada murid-murid di tahap satu.
Cabaran mengajar kemahiran penulisan seterusnya pula ialah melibatkan murid-murid
di tahap dua. Pada tahap dua, murid-murid telah mula didedahkan kepada kemahiran menulis
karangan pendek. Cabaran yang selalu dihadapi oleh guru ialah penggunaan perkataan yang
berulang-ulang dalam karangan, penggunaan bahasa dialek, penggunaan perenggan yang
tidak betul, kesalahan penggunaan penanda wacana dan sebagainya. Hal ini kerana muridmurid terutamanya di sekolah saya yang terletak di pedalaman sangat kurang membaca dan
mengakibatkan mereka kekurangan perkataan untuk ditulis di dalam karangan mereka.

TUGASAN EMM413
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Guru-guru Bahasa Malaysia di tahap dua juga menghadapi cabaran dalam


menggalakkan murid untuk menghasilkan idea dalam penulisan akibat daripada latar
belakang murid yang tinggal di pedalaman yang kurang terdedah dengan dunia luar. Ini
menyebabkan mereka kekurangan idea terutamanya dalam penggunaan bahasa-bahasa yang
lebih moden dan sebagainya. Maslah murid yang kurang membaca buku juga antara faktor
sukar bagi guru untuk menggalakkan murid dalam penghasilan idea dalam penulisan
karangan.
Cabaran seterusnya ialah penggunaan kaedah dan teknik walaupun pelbagai namun
terdapat juga guru yang masih menggunakan teknik dan kaedah yang terdahulu dan terhad.
Mereka juga kurang pendedahan terhadap teknik mengajar proses dalam penulisan yang
terbaharu dan terkini. Hal ini kerana, teknik dan kaedah pengajaran proses penulisan sentiasa
berubah dari masa ke semasa oleh yang demikian guru-guru seharusnya mengguna pakai dan
mencuba pelbagai teknik menulis yang sesuai dengan kebolehan dan aras murid yang
pelbagai.
4.0

Rumusan
Kesimpulannya, melalui penulisan ini saya dapat merumuskan bahawa kemahiran

menulis ialah merupakan satu kemahiran yang penting yang perlu diajarkan kepada muridmurid untuk memahirkan diri mereka dalam kemahiran berbahasa. Hal ini kerana ianya dapat
membantu murid dalam menyampaikan maklumat, perasaan dan idea mereka dengan baik
melalui penulisan. Pelbagai kaedah dan teknik dapat digunakan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus bijak dalam memilih teknik yang
bersesuaian dengan tahap kebolehan penulisan murid yang berbeza antara satu sama lain.
Penggunaan kaedah yang bersesuaian akan membantu guru-guru dalam menghadapi pelbagai
cabaran dalam mengajarkan kemahiran menulis kepada murid-murid di masa akan datang
dan mampu menjadikan mereka lebih bersedia di dalam bilik darjah.

TUGASAN EMM413
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

BAHAGIAN C
1.0

Pendahuluan
Menurut Ahmad Khair, dll (2012), kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa

yang binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku mungkin kerana
kealpaan, ketidakfahaman atau kejahilan pengguna terhadap peraturan atau tatabahasa yang
dipelajarinya atau yang dituturkannya..
Nik Safiah Karim (1980) pula menyatakan bahawa kesalahan bahasa sebagai
penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di
peringkat sebutan, pilihan kata, susunan frasa atau ayat.
Antara jenis kesalahan bahasa yang selalu terjadi ialah kesalahan ejaan, kesalahan
pembentukan kata, pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Kesalahan kata seperti kata
ganti nama, kata ganti kerja dan kata tugas serta kesalahan frasa. Selain itu, kesalahan
sintaksis (binaan ayat) dan kesalahan penggunaan penanda wacana juga merupakan antara
kesalahan bahasa yang selalu dilakukan.
Kesalahan bahasa berdasarkan definisi-definisi yang berikan dapat saya rumuskan
sebagai menggunakan bahasa yang menyalahi beberapa peraturan berbahasa yang betul sama
ada dari segi morfologi, sintaksis dan tatabahasa pertuturannya. Bagi membincangkan tentang
kesalahan-kesalahan bahasa ini, guru telah menjalankan satu analisis penulisan murid dari
aspek morfologi, sintaksis dan penanda wacana.
Dalam menjayakan analisis ini, guru telah mengumpulkan sebanyak 15 buah
karangan daripada 15 orang murid Tahun 6 untuk di analisis. Soalan karangan yang diberikan
ialah seperti berikut:
Malam itu aku bersendirian di ruang tamu untuk menyiapkan kerja sekolah. Tibatiba..
Mulakan karangan kamu dengan Tiba-tiba
Hasil penulisan murid-murid tersebut kemudiannya akan dianalisis oleh guru dari
aspek morfologi, sintaksis dan penanda wacana. Data akan dikumpulkan dan kemudiannya

TUGASAN EMM413
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

dibuat perbandingan dan cadangan pembetulan bagi setiap kesalahan bahasa yang dilakukan
juga akan diberikan.
2.0

Ananlisis Daripada Kesalahan Aspek Morfologi dan Cadangan Pembetulan


Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid

(2008), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan
penggolongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang
(dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk dan pembentukan kata antaranya ialah bentuk kata tunggal, manakala
pembentukan kata pula ialah seperti pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan
pengakroniam. Penggolongan kata dalam Bahasa Malaysia pula ialah golongan kata nama,
kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

RUJUKAN
Ahmad Khair, dll. (2012). Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia (2012:522)
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Modul Teras Asas: Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Marohaini Yusoff. (1996). Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan di Sekolah Menengah:
Fokus dan Halatuju Pengajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Pendidikan. 17 (3), 25-27
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid. (2008). Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like