You are on page 1of 20

TUGASAN

SEPTEMBER 2014 SEMESTER


KOD KURSUS

EMB 412

NAMA KURSUS

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN


BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MALINI HARUN

NO MATRIK

E30209121188

NAMA FASILITATOR

PN ROSLIAH KITTING

AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU RANAU

BAHAGIAN A
Tinjauan Interaksi Bahasa Melayu dalam Kalangan Remaja Malaysia dari Sudut
Etnografi Komunukasi oleh Ghazali Lateh dan Shamsudin Othman.

Apakah tujuan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini? [3 markah]
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti bentuk bahasa yang

digunakan oleh sampel kajian semasa berinteraksi menggunakan Bahasa Melayu. Disamping
itu, kajian ini turut memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan
oleh sampel kajian.
Bentuk - bentuk bahasa tersebut termasuklah interaksi lisan, kemampuan berbahasa,
dan pertimbangan-pertimbangan komunikatif dalam perbualan formal. Selain itu, kajian ini
juga membincangkan aspek kognitif yang mempengaruhi interaksi lisan sampel kajian.
Perbincangan kedua-dua aspek ini dilaksanakan dalam kerangka teori etnografi komunikasi
dan juga teori Relevan.
Manakala, kaedah yang diaplikasikan dalam menjalankan kaedah ini ialah kaedah
lapangan dan kaedah kepustakaan. Kaedah lapangan melibatkan pemerhatian terhadap
aktiviti-aktiviti ujian lisan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah yang dikenal pasti.
Rakaman aktiviti lisan yang melibatkan aktiviti forum, bercerita, dan wawancara.
Kaedah lapangan dipilih kerana selama ini kajian bahasa lebih bersifat kajian
kepustakaan. Menurut Nor Hashimah, kajian yang bersifat kering dan serpihan gagal
memberikan satu penjelasan yang sahih tentang penerapan teori pada data bahasa Melayu,
khususnya semantik bahasa Melayu. Beliau berpendapat satu cara yang paling berkesan ialah
dengan mengemukakan kajian empiris. Kajian empiris ialah kajian yang menitikberatkan
pemerhatian, penjelasan, dan penghuraian masalah bahasa yang dikaji. Data yang dipilih
mestilah data yang dikutip melalui kerja lapangan, sementara teori yang digunakan mestilah
teori yang mampu menjelaskan segala masalah yang timbul dalam kajian.
Kaedah kepustakaan pula digunakan untuk mencari teori-teori yang berkaitan dan
dapatan-dapatan kajian lampau bagi menyokong kajian ini. Rujukan utama kajian ini ialah
buku-buku tentang analisis wacana yang ditulis oleh pakar-pakar linguistik tempatan dan
mancanegara. Selain itu, bahan-bahan sokongan yang diakses melalui internet juga akan
digunakan sebagai bahan sokongan untuk memperteguh analisis dalam kajian ini.
Memandangkan

aspek

ujaran

meng-gambarkan

kebolehan

manusia

untuk

menyampaikan idea dan maklumat, aktiviti lisan dipilih untuk meneliti keberkesanan strategi
berbahasa murid sebagai satu kriteria penilaian. Kemampuan murid menggunakan strategi
untuk mengungkapkan wacana dengan lebih sempurna merupakan kelebihan dari sudut

pandangan penilai. Sebaliknya jika mereka mempunyai maklumat tetapi gagal menggunakan
strategi wacana yang terbaik, maka mereka tidak berjaya menyalurkan maklumat itu secara
lancar.

Dalam interaksi lisan, pelajar menggunakan beberapa strategi yang telah dikenal
pasti. Huraikan strategi-strategi tersebut.[7 markah]
Terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh pelajar wujud dan dikenal pasti

dalam kajian ini. Strategi strategi tersebut adalah seperti yang berikut:
i.

Pengulangan
Sampel kajian menggunakan bentuk pengulangan sesuatu perkataan berdasarkan

beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk menguatkan mesej yang cuba disampaikan.
Dengan mengulangi kata atau kalimat untuk beberapa kali, penutur yakin mesej yang
disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar. Dalam hubungan kajian ini,
pendengar ialah pemeriksa atau guru yang menjalankan sesi ujian, dan juga rakan-rakan
panel dalam sesi forum.
Beberapa data dari kajian yang dijalankan membuktikan wujudnya strategi pengulangan kata
digunakan oleh sampel kajian ketika interaksi. Strategi ini digunakan dengan tujuan untuk
memastikan tujuan interaksi lisan itu tercapai dengan jayanya.
Pengulangan kata pembuka ayat
Terdapat kecenderungan sampel kajian menggunakan bentuk pengulangan kata atau
beberapa patah kata ketika memulakan ayat, terutamanya ayat pertama dalam setiap sesi
soal jawab. Yang berikut ialah beberapa contoh pengulangan kata pertama dalam ayat yang
sering digunakan oleh sampel kajian dalam interaksi.
Pengulangan Urutan dalam Ayat
Pengulangan urutan bertujuan untuk menunjukkan kesinambungan idea dalam mesej yang
dituturkan. Kata atau frasa terakhir dalam ujaran awal menjadi kata atau frasa pertama
dalam ujaran yang berikutnya. Ini adalah untuk menguatkan mesej yang ingin
disampaikan.
Pengulangan Rawak

Satu lagi jenis pengulangan yang digunakan dengan meluas oleh sampel kajian dalam
interaksi lisan ialah pengulangan rawak. Pengulangan jenis rawak merujuk kepada
pengulangan perkataan atau frasa yang sama dalam mana-mana bahagian dalam sesi
interaksi. Pengulangan jenis ini sifatnya tidak begitu sistematik tetapi sering digunakan
oleh penutur sebagai bentuk bahasa yang digunakan dalam proses interaksi mereka.
Pengulangan rawak ini menjadi bentuk rujukan penutur, iaitu sebagai gantian konsep yang
berkaitan.
Pengulangan Kata di Tengah-Tengah Ujaran
Satu lagi bentuk pengulangan yang agak ketara digunakan oleh sampel kajian dalam
interaksi mereka ialah pengulangan kata di tengah-tengah ujaran. Dalam kategori ini,
sampel kajian atau penutur gemar mengulang-ulang satu kata yang tertentu sebagai
penekanan terhadap maklumat berkaitan perkataan berkenaan. Dengan cara mengulangulang kata berkenaan di tengah-tengah ujaran, fokus pendengar dijuruskan kepada
perkataan yang diulang-ulang itu.
Oleh yang demikian pendengar akan menumpukan perhatian yang lebih untuk menanti
perkataan yang akan digabungkan dengan perkataan yang diulang itu. Jadi, maklumat yang
cuba disampaikan oleh penutur dapat ditanggapi dengan lebih jelas.
Pengulangan Suku Kata
Selain pengulangan kata atau frasa dalam ujaran, penutur turut menggunakan pengulangan
suku kata pertama beberapa perkataan dalam ujaran mereka. Jenis pengulangan ini agak
ketara meliputi aktiviti individu seperti wawancara dan syarahan, serta aktiviti
berkumpulan iaitu forum. Jadi, bentuk pengulangan suku kata seperti yang digunakan di
atas dapat menerbitkan fikiran sampel kajian dengan berkesan.
ii.

Penyoalan Kembali

Satu lagi bentuk bahasa yang sering digunakan oleh sampel kajian dalam pertuturan
mereka adalah dengan mengemukakan kembali soalan yang diajukan kepada mereka,
sebelum memberikan jawapan sebagai respons kepada soalan tersebut. Bentuk ini jika
dilihat sepintas lalu, perkara yang terserlah ialah ketiadaan perhatian terhadap isu yang
dibicarakan.
iii.

Penukaran Kod

Penukaran kod dalam interaksi merupakan sebahagian daripada bentuk mesej yang
disampaikan oleh penutur. Dalam melaksanakan proses interaksi penutur cuba
meningkatkan konteks dan meminimumkan usaha memproses mesej oleh pendengar.
Untuk meningkatkan tahap kerelevanan maklumat, ketiga-tiga aspek iaitu konteks, kesan
konteks, dan kos proses perlu bergerak seiring. Penukaran kod yang digunakan bersesuaian
dengan konteks iaitu istilah yang dipilih sesuai dengan wacana interaksi.
iv.

Hentian

Tindakan berdiam seketika juga mungkin ada kaitan dengan perkataan yang dikodkan
fikiran merupakan sesuatu yang bersifat halus atau merupakan sesuatu yang penuh dengan
pantang larang. Bahkan berdiam juga berkemungkinan berlaku apabila penutur kehilangan
kata-kata disebabkan faktor psikologi atau emosi.
v.

Penggunaan Peribahasa

Peribahasa merupakan satu wadah yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam
menyampaikan sesuatu maksud dengan cara yang halus, tersusun, dan indah. Secara
umum, peribahasa berfungsi sebagai satu media untuk menyampaikan mesej tertentu yang
melambangkan keupayaan berbahasa Melayu seseorang penutur.
vi.

Bunyi Bukan Verbal

Bagi sampel kajian, penggunaan bunyi bukan verbal ini memungkinkan pelbagai implikasi
terhadap keterampilan interaksi lisan mereka. Lazimnya sampel kajian yang banyak
menggunakan bunyi sedemikian dalam pertuturan mereka dianggap sebagai memiliki
keupayaan interaksi yang rendah.
vii.

Pemilihan Kata Sapaan dan Nama Rujukan

Dalam memilih kata sapaan, didapati sampel yang menjadi subjek kajian tidak menghadapi
sebarang masalah. Hal ini demikian kerana tidak terdapat sebarang kejanggalan dalam
penggunaan kata sapaan mahupun nama rujukan dalam kalangan sampel .

viii.

Penggunaan Ucap Selamat

Daripada kajian yang dijalankan, rata-rata sampel yang terlibat dalam interaksi lisan secara
formal menggunakan ucap selamat yang bersesuaian. Data-data kajian menunjukkan
sampel tidak meninggalkan ucapan selamat dalam setiap model pengujian yang
dilaksanakan. Dalam hubungan ini, jika dilihat dari sudut etnografi komunikasi,
penggunaan ucap selamat merupakan sebahagian daripada komponen urutan lakuan dalam
sesuai proses interaksi lisan.
xi. Bahasa Melayu Tinggi
Kehalusan bahasa dalam interaksi bermaksud penutur menggunakan istilah-istilah atau
frasa-frasa yang tertentu untuk mewakili sesuatu konsep yang lain. Dalam kajian etnografi,
hal ini dianggap sebagai peraturan interaksi.
xii. Dia Orang sebagai Kata Ganti Diri Ketiga
Satu lagi dapatan lain yang tidak kurang penting untuk dibincangkan ialah penggunaan
frasa dia orang sebagai kata ganti diri ketiga. Penggunaan unsur tersebut bukanlah
sesuatu yang gramatis kerana dalam interaksi lisan yang formal, setiap kata yang
digunakan mestilah baku.

BAHAGIAN B

Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu di Sekolah Rendah


Tidak Ditekankan di Sekolah
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Sokong jawapan anda dengan
memberi contoh contoh yang sesuai.
i.

Definisi kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,
perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah
kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan.
Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar
dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta
boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan
pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih
bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu.
Kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara
intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung
dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya
begitu meluas dalam kehidupan seharian.
ii.

Definisi kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi
menggunakan bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh
dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Model pertuturan yang lemah akan
menghasilkan ajukan yang lemah. Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin
ajukan yang baik. Namun begitu, model yang baik itu sangat diperlukan kerana model
tersebut mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik juga.
Dalam ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal ini
demikian dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan
persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna guru
bahasa mengajarkan penguasaan audio-lingual sahaja. Pernyataan di atas tadi member

implikasi bahawa menghurai bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola bahasa
seperti yang terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak lengkap dan tidak sempurna
sifatnya.
iii.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu tidak dititik


beratkan di Sekolah Rendah?
Merujuk kepada silibus pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, adalah tidak

wajar sekiranya menyatakan bahawa kedua dua kemahiran ini tidak dititikberatkan dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini sedemikian kerana dalam pengajaran Bahasa Melayu itu
sendiri, terdapat beberapa garis panduan dan prinsip prinsip yang diambil kira dalam
pengajaran.
Berdasarkan prinsip yang dinyatakan tersebut penekanan diberikan terhadap
pengajaran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Pengajaran lisan perlu diutamakan
terlebih dahulu kemudian barulah disusuli dengan pengajaran lain seperti membaca dan juga
menulis. Lisan merupakan asas kepada kemahiran kepada kemahiran membaca dan juga
menulis kerana di dalamnya merangkumi semua aspek bahasa seperti bunyi, perkataan,
rangkai kata, ayat, makna, intonasi, dan lain-lain yang terdapat juga dalam kemahiran bacaan
dan tulisan. Ini bererti apabila seseorang itumenguasai kemahiran lisan, individu tersebut
boleh memindahkan kemahiran tersebut bagi memudahkannya menguasai kemahiran
membaca dan menulis.
Kepentingan kemahiran mendengar serta bertutur diberi penekanan dalam kurikulum
terkini yang akan digunakan mulai tahun 2011 iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Kemahiran mendengar dan bertutur ini dinyatakan melalui aspek komunikasi yang
perlu diterapkan dalam kalangan murid-murid iaitu penggabungjalinan kemahiran bahasa
secara lisan dan juga bukan lisan ketika berinteraksi. Hal ini jelas telah dinyatakan dalam dua
medium KSSR iaitu Standard Kandungan Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami serta
memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan serta pesanan yang didengar dengan
betul. ,medium yang kedua pula ialah Standard Pembelajaran Bahasa Melayu iaitu
mendengar, memahami dan memberi respons yang betul secara lisan terhadap soalan yang
pelbagai.
Disamping itu, beberapa kaedah juga diperkenalkan agar kemahiran bertutur dan
menulis ini dapat diterapkan dalam diri pelajar dengan lebih berkesan. Ini menunjukkan

bahawa pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu tidak
diabaikan.
Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan
kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Dari segi pendekatan
pengajaran bahasa yang digunakan ialah berlandaskan teori linguistik dan juga psikologi.
Manakala pengertian bagi kaedah penguasaan kemahiran bertutur dan mendengar ialah
prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan
oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Melalui prosedur-prosedur
ini, penguasaan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan
objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan
diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Secara umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan dalam pengajaran Bahasa
Melayu misalnya kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah
fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga kaedah komunikatif.
Namun begitu, bagi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya beberapa kaedah
sahaja yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah kaedah terus. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan
Harald Palmer pada tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah tentera
kerana pernah digunakan untuk melatih tentera serta diplomat dalam Perang Dunia Kedua.
Tegasnya, dalam Perang Dunia Kedua, ketika askar memerlukan kemahiran dalam beberapa
bahasa perlu dicapai dalam masa yang singkat. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk
masa yang singkat. Tentera pelatih dikehendaki mencapai peringkat kemahiran bahasa yang
sama dengan penutur bahasa ibunda sama ada dalam sebutan mahupun dalam bidang
memahami bahasa itu. Kemahiran menulis bukanlah satu matlamat yang penting. Ekoran
daripada masa dipengaruhi oleh peperangan yang sentiasa mendesak jadi masa belajar
diperuntukkan sehingga enam hingga sembilan jam sehari. Oleh seab itulah adakalanya
kaedah ini dikenali Kaedah Askar.
Secara amnya, kaedah terus merujuk kepada pengajaran serta pembelajaran bagi
menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus
iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda.
Kemahiran mendengar dan bertutur kerana perkataan yang diujarkan diaplikasikan hari-hari.

Hal ini selari dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
yang bermatlamat agar murid-murid dapat mendengar serta memahami pengucapan dengan
teliti dan menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi formal.
Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk menerangkan misalnya untuk
menyatakan sesuatu perkataan konkrit seperti almari, jadi perkataan almari tersebut diajar
dengan menunjukkan objek almari tersebut. Namun begitu berbeza pula dari segi perkataan
abstrak pula, contohnya perkataan cinta diterangkan dengan menggunakan perkataan yang
mudah serta diketahui oleh murid-murid. Selanjutnya, pengajaran yang baharu adalah
berdasarkan sesuatu topik yang lain telah diajarkan namun ada perkaitan dengan topik baharu
tersebut. Antara contoh yang oleh diambil untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata
nama + kata kerja + kata nama sepatutnya berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelum ini.
Misalnya ayat yang sebelum diajar ialah saya makan kemudian diajar kepada ayat yang baru
menjadi saya makan nasi.
Kaedah terus ini memberi penekanan terhadap kemahiran bahasa terutamanya
kemahiran mendengar dan bertutur dan bukanlah pengetahuan mengenai bahasa. Jadi, guru
yang mengajar dan menggunakan kaedah ini haruslah benar-benar menguasai bahasa yang
diajarkan supaya boleh dijadikan garis panduan kepada murid-murid. Kaedah ini merupakan
satu kaedah yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur iaitu pengajaran
lisan. Hal ini ekoran daripada murid-murid menggunakan terus bahasa yang diajarkan tanpa
sebarang terjemahan. Jadi kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat
dikurangkan kerana murid-murid telah dilatih dengan cara berfikir dan bertutur secara terus
dalam bahasa sasaran.
Kesimpulannya, pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu
sangat dititikberatkan di peringkat sekolah rendah.

BAHAGIAN C
Tulis satu laporan bertajuk:
Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Di Sekolah Saya : Satu Tinjauan

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DI SEKOLAH


SAYA : SATU TINJAUAN

Laporan ini ditulis berdasarkan hasil tinjauan saya terhadap pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur yang dilaksanakan di sekolah saya. Hasil laporan ini ditulis dalam beberapa
bahagian, seperti yang tercatat di bawah:
i.

Bagaimana kemahiran mendengar dan bertutur diterapkan


Berdasarkan tinjauan yang saya telah laksanakan, saya mendapati bahawa
kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu diperkembangkan di
sekolah saya dengan pelbagai langkah. Salah satu langkah yang penting ialah melalui
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan didik libur. Melalui
pelaksanaan pembelajaran didik libur, murid murid dapat mempelajari kemahiran
mendengar dan bertutur melalui pelbagai aktiviti pembelajaran yang dirancang.
Antara contoh aktiviti yang dijalankan untuk menerapkan kemahiran mendengar
dalam kalangan murid ialah, mendengar cerita yang disampaikan oleh guru. Cerita
yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ada dipilih dengan teliti terlebih dahulu.
Cerita tersebut hendaklah bersesuaian dengan aras murid. Bagi murid murid yang
berada di tahap satu, guru akan memilih cerita berkisar tentang kisah teladan yang
pendek. Manakala bagi murid yang berada di tahap dua pula, guru biasanya akan
memilih cerita yang lebih panjang. Melalui cerita yang disampaikan, kemahiran
mendengar murid dapat diuji dengan mengenalpasti kafahaman mereka terhadap
cerita yang telah mereka dengan dengar.
Manakala, kamhiran bertutur pula dapat diperkembangkan dalam kalangan
murid dengan menggalakkan mereka untuk berkomunikasi samada dalam kalangan
sesama murid, mahupun dengan guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran, murid

- murid digalakkan untuk membuat perbincangan sesama

mereka. Melalui perbincangan yang mereka lakukan, murid murid dapat


mengamalkan kemahiran bertutur dengan lebih baik. Selain daripada itu, murid
murid juga digalakkan untuk mengajukan soalan kepada guru. Sebenarnya, apabila
murid mengajukan soalan, mereka bukan sahaja memperbaiki kemahiran bertutur,
malah turut meningkatkan kemahiran mendengar. Hal ini sedemikian kerana, murid
murid hendaklah memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap penjelasan yang
diberi oleh rakan mahupun guru agar mereka dapat memahami perkara yang
disampaikan.
Kebiasaannya, perbincangan yang dibuat oleh murid murid adalah meliput
pelbagai perkara. Sebagai contoh, Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Masalah yang dipilih oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan
murid di sekolah atau di rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di
bilik darjah, kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau
mencalarkan kereta guru.
Seterusnya, murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak
mengumpulkan wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi
membina dewan sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan
sebagainya. Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas,
membimbing, menegur dan membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil
bahagian dalam mesyuarat, perbincangan atau forum adalah terhad.
Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu
perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi perbicaraan
yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai mahkamah. Selain
berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang yang dituduh atau
didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai saksi, pegawai polis dan
juri.
Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada
mereka menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang
mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bertutur dan berunding tentang masalah
tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya. Simulasi murid yang bergaduh dan

murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga yang cuba mendamaikan atau
menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan cara berunding supaya keduduanya berbaik semula.
Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh menjadi
Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin masalah
pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah.
ii.

Kepentingan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur


Memandangkan kemahiran mendengar dan bertutur ini begitu ditekankan
dalam proses pembelajaran di sekolah saya, sudah semestinya kemahiran ini
mempunyai kepentingan tertentu dalam perkembangan murid. Sebenarnya, terdapat
banyak kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur.
Terdapat banyak sebab mengapa murid perlu menjadi seorang pendengar yang
baik. Antaranya adalah untuk memudahkan murid mengenali dan mengingati
penyampai yang memberi maklumat ataupun ucapan kepada murid. Contohnya,
murid menghadiri sebuah seminar dan melalui seminar tersebut murid dapat
mengenali penceramah yang menyampaikan maklumat dengan lebih dekat lagi.
Selain itu, apabila murid mendengar sesuatu perkara yang disampaikan dengan
tekun, penyampai akan rasa lebih dihargai. Sebagai contoh yang dapat dilihat, jika
murid menyampaikan sesuatu maklumat dan tiada sesiapa pun yang mendengarnya,
hal ini tentu sekali akan menyebabkan murid terasa hati dengan mereka walaupun
murid tidak menunjukkan kemarahan di hadapan mereka.
Murid juga perlu menjadi pendengar yang baik untuk menerima dan
memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tepat. Sebagai contoh, para pelajar
mestilah menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru
semasa berada di dalam kelas. Mereka juga harus mendengar segala maklumat dan
ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru untuk dapat memahami dengan lebih
jelas dan terperinci. Antara sebab lain murid perlu menjadi seorang pendengar yang
baik adalah untuk menilai setakat mana kemahiran yang dapat murid perolehi dengan
mendengar dengan jelas.

Di samping menjadi pendengar yang baik, murid juga ditekankan untuk


bertutur degan lebih berkesan. Hal ini sedemikian kerana terdapat banyak kepentingan
kemahiran bertutur. Bertutur adalah untuk tujuan memaklumkan. Bertutur bertujuan
memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin berbentuk nasihat,
tunjuki ajar dan berita. Bagi profesion tertentu, terdapat orang yang tugasnya
memeberitahu atau memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu, misalnya, guru
atau pengajar dan jurujual. Dalam situasi alam persekolahan pula, murid murid di
ajar bertutur agar dapat memaklumkan perkara perkaran penting kepada pihak
tertentu. Sebagai contoh, murid dapat memaklumkan kepada ibu bapa mereka tentang
perkara penting yang disampaikan di sekolah. Sebagai contoh, makluman tentang
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Murid murid juga dibimbing untuk

bertutur agar dapat menikmati

keseronokkan alam persekolahan. Di mana-mana sahaja mereka pergi dan apa pun
yang mereka buat, mereka suka bertutur atau berbual dengan orang lain. Biasanya,
bertutur atau bersembang dengan orang lain memang menyeronokkan mereka,
terutama apabila mereka berhimpun atau berkumpul dalam sesuatu majlis keramaian
seperti majlis sambutan hari kanak kanak dan majlis sambutan hari kemerdekaan.
Dalam keadaan seperti di atas, banyak yang berlaku adalah perbualan sosial,
kadangkala mereka diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara
spontan yang berkaitan dengan sesuatu majlis.
Bertutur juga adalah untuk menyelesaikan masalah. Tiada manusia yang boleh
lari daripada masalah. Oleh yang demikian, apabila timbul masalah, perkara tersebut
perlu diatasi atau diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada pada peringkat individu,
keluarga, sekolah, institusi, pejabat, negeri atau negara. Walau pada peringkat apa pun
masalah tersebut, mereka perlu bertutur untuk menyelesaikan sebarang masalah,
kesulitan dan sebagainya. Oleh yang demikian, mereka mengadakan mesyuarat,
perbincangan , perundingan. Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang timbul melalui perbicaraan tersebut.
iii.

Masa yang diperuntukkan


Berdasarkan pemerhatian saya, masa yang diperuntukkan untuk sesi
pengajaran kemahiran bertutur dan mendengar adalah tidak spesifik. Masa yang
diperuntukkan adalah berubah ubah mengikut silibus dan aktiviti yang digunakan

oleh guru. Berdasarkan pemerhatian saya, guru guru yang mengajar muris tahun 1
sehingga tahun empat yang mengikuti silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), masa yang digunakan untuk menerapkan pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur adalah lebih daripada 4 waktu, iaitu bersamaan dengan dua jam.
Manakala bagi guru - guru yang mengajar di kelas tahun 5 dan tahun 6, yang
berpandukan kepada silibus Kurilum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), masa yang
diperuntukkan untuk pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur adalah lebih
singkat iaitu 3 masa, bersamaan dengan satu jam tiga puluh minit. Hal ini sedemikian
kerana, masa untuk pengajaran Bahasa Melayu dalam KSSR ialah 12 waktu,
bersamaan dengan 6 jam. Sedangkan, masa untuk proses pengajrana subjek Bahasa
Melayu pula adalah 10 waktu, bersamaan dengan 5 jam.
iv.

Kaedah mengajar kemahiran mendengar dan bertutur yang digunakan


Berdasarkan pemerhatian yang saya buat, saya mendapati ada banyak kaedah yang
digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran mendengar dan betutur dalam Bahasa
Melayu kepada murid murid. Berikut merupakan kaedaha yang digunakan untut
menerapkan kemahiran mendengar.

a. Mendengar rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti


perbualan, ucapan, cerita, drama, dan juga pelafazan puisi.
b. Mendengar lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan
mental dan emosi pelajar.
c. Pertandingan kuiz di mana pelajar dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan
oleh guru serta memberi jawapan yang betul.
d. Menjalankan permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar
dalam kalangan pelajar.
e. Pengalaman mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi
percakapan (bahasa) dan bukan percakapan. Berikut ialah jenis gerak kerja yang boleh
dijalankan dalam pelajaran bahasa Melayu :
Mendengar bunyi alamiah.
o Mengecam bunyi biasa seperti bunyi kenderaan, binatang dan lain-lain secara
berasingan atau dalam satu turutan bunyi, secara jelas atau digangguioleh bunyi
latar belakang
o Mendengar dan mengingat semula satu turutan bunyi yang biasa dan jarang
didengar
o Mencari bunyi yang sengaja dihilangkan dalam sesuatu konteks pendengaran.
o Mencari bunyi yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks tertentu

o Memikirkan satu turutan peristiwa berdasarkan satu turutan bunyi yang diberi.
o Memanjangkan arah dan jarak bunyi secara berasingan dan juga bersama-sama
dengan bunyi lain.

o
o
o
o

Kefahaman mendengar (percakapan)


Mendengar, mengingati dan menyebut semula kenyataan.
Mendengar. Mengingati dan melakukan arahan dengan teliti
Mendengar dan encuba mencari kelainan dan persamaan bunyi.
Mendengar dan mencari isi atau butir utama dalam sesuatu cerita, laporan,
perbahasa, ceramah dan perbualan.

o Mendengar dan mencari suatu butiran terperinci yang dinyatakan terlebih dahulu
ataupun tidak

o Mendengar dan membuat jangkaan daripada sesuatu cerita, kenyataan, pendapat


o
o
o
o
o

dan sebagainya
Mendengar untuk mencari bahan berkaitan ataupun tidak.
Mendengar dan memahami tafsiran tentang pendapat seseorang
Mendengar dan menilai sesuatu kenyataan.
Mendengar dan membincangkan cerita atau laporan melalui pengingatan.
Mendengar sesuatu perbualan, kemudian menjangka keadaan, perasaan dan ragam
penuturnya.

o Mendengar perbualan dan menjangkakan perhubungan antara penutur.


o Mendengar dan mencari perkara yang bercanggahan dalam sesuatu perbalahan
pendapat.

Kemahiran bertutur diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu dengan menggunakan beberapa kaedah seperti yang berikut:
a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan
1. Murid menyampaikan cerita.
2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.
3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.
4. Murid menyanyi.
5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang murid
berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru sahaja
berjumpa dan ingin berkenalan.
6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau
guru.
7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru baru
yang datang mengajar di kelas mereka.

8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah


dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.
b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan.
1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.
2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas tentang
cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau cara memasak
sesuatu masakan.
3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya,
tentang rancangan atau jadual kokurikulum.
4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan
sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola sepak,
ragbi, bola jaring atau bola keranjang.
5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau persatuan
di sekolah.
6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang dijalankan
berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini adalah
kerja kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk mencari
bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau esei.

c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi.


1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang atau
pembangkang.
2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.
3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu
persatuan yang diwakilinya di sekolah.
4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau
mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun
pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.
d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.
1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih
oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di
rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik darjah, kebersihan
kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau mencalarkan kereta guru.
2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan
wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan

sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan sebagainya. Dalam


hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas, membimbing, menegur
dan membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil bahagian dalam
mesyuarat, perbincangan atau forum adalah terhad.
3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu
perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi
perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai
mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang
yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai
saksi, pegawai polis dan juri.
4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada mereka
menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang
mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding tentang
masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.
5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga
yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan
cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula.
6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh
menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin
masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah.
v.

Adakah kemahiran mendengar dan bertutur diberi penekanan yang sama


seperti membaca dan menulis.
Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa sememangnya guru guru
Bahasa Melayu memberi penekanan terhadap pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur, sesuai dengan penekanan yang diberikan kepada pengajaran kemahiran
membaca dan menulis.
Walau bagaimanapun setelah membuat penelitian, saya mendapati bahawa
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur agak kurang diberikan penekanan
kepada murid murid yang berada di Tahun 6. Hal ini sedemikian kerana guru guru
lebih menumpukan perhatian kepada kemahiran murid menulis karangan. Ini kerana,
murid murid tahun 6 akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan

kemahiran menulis serta menjawab soalan adalah sangat penting bagi mereka dalam
menghadapi ujian tersebut.
vi.

Hasil temubual bersama guru


Berdasarkan temubual yang saya jalankan, ketiga tiga orang guru
menyatakan bahawa mereka memberikan keutamaan kepada pengajaran kemahiran
mendengar dan bertutur. Hal ini sedemikian kerana mereka sedar bahawa kedua dua
kemahiran ini hendaklah murid kuasai agar mereka dapat berkomunikasi dengan
berkesan. Mereka juga berpendapat bahawa salah satu sebab mereka menekankan
kemahiran tersebut ialah untuk meningkatkan keyakinan diri murid. Mereka
menyatakan bahawa, apabila murid dapat mendengar dan bertutur dengan lebih baik,
secara tidak lansung, keyakinan diri mereka dapat dipertingkatkan.
Antara kaedah yang digunakan ialah melalui teknik bercerita, dan mendengar
lirik lagu serta menjelaskan erti lirik lagu. Penilaian dibuat dengar membuat penelitian
terhadap beberapa perkara penting dalam bertutur seperti penggunaan kosa kata,
sebutan perkataan dengan jelas dan menggunakan nada yang bersesuaian.

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusuff, Mohd Izam Ghazali & Mohd Hasani Zali.(2011).
Kanak-kanak minoriti Orang Asli di Malaysia: menggapai literasi Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (2): 59-70. Diakses daripada http://
www.journalarticle.ukm.my pada 5 November 2014.
Awang Sariyan. (2011). Pendidikan Bahasa Melayu dalam pembentukan jati diri bangsa:
Pengajaran seni bahasa untuk penghayatan bahasa kepada pelajar asing. Persatuan
Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur pada 14- 16 Mac 2011.
Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman (2008). Pengabaian kemahiran mendengar dan
bertutur dalam bilik darjah di sekolah menengah: Punca, masalah dan kesannya di
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Faizah Abd. Manan, Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2009). Penyelidikan stategi
pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar luar
negara. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke-4 2009, 259-268

You might also like